sejarah mahkamah batu pahat bp_0.pdf · batu pahat. bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat...

8
Datuk Mohd Salleh Perang @ Datuk Bentara Luar Batu Pahat adalah jajahan (daerah) ketiga dibangunkan dan ketiga terbesar dan terpenting diabad ke 19. (Selepas Johor Bahru dan Muar) Pentadbiran berdaerah batu pahat bermula dengan pembangunan Bandar Batu Pahat pada 2 Disember 1893. Kemajuan Bandar Maharani mencabar keupayaan pemimpin-pemimpin Batu Pahat bagi mencipta sebuah Bandar. Lantas penghulu Kitam Bin Dewasin dan Penghulu Rahmat Bin Ragam iaitu penghulu dua kawasan terbesar di Batu Pahat telah memohon pembukaan Bandar Batu Pahat dengan meminta jasa baik Datuk Bentara Luar melalui Sultan Abu Bakar. Akhirnya Sultan Abu Bakar bersetuju dengan pembukaan Bandar Batu Pahat dan pada 2 disember 1893, Datuk Bentara Luar kemudian memulakan projek membangunkan bandar pusat pentadbiran daerah. Pada bulan januari 1894, terdirilah sebuah Bandar dan pusat pentadbiran daerah Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina. Pada 1 disember 1894, daerah batu pahat dirasmikan dan dinamakan sebagai Bandar Penggaram. Mulai tahun itu buat pertama kalinya Batu Pahat ditadbir oleh Pesuruhjaya Kerajaan memerintah Batu Pahat. Yang menarik sekali sehingga tahun 1911 kesemua pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kerajaan keseluruhannya terdiri daripada orang melayu.

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

46 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH MAHKAMAH BATU PAHAT BP_0.pdf · Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina. • Pada 1 disember

Datuk Mohd Salleh Perang @ Datuk Bentara Luar

• Batu Pahat adalah jajahan (daerah) ketiga dibangunkan dan ketiga terbesar dan terpenting diabad ke 19. (Selepas Johor Bahru dan Muar)

• Pentadbiran berdaerah batu pahat bermula dengan pembangunan Bandar Batu Pahat pada 2 Disember 1893.

Kemajuan Bandar Maharani mencabar keupayaan pemimpin-pemimpin Batu Pahat bagi mencipta sebuah Bandar. Lantas penghulu Kitam Bin Dewasin dan Penghulu Rahmat Bin Ragam iaitu penghulu dua kawasan terbesar di Batu Pahat telah memohon pembukaan Bandar Batu Pahat dengan meminta jasa baik Datuk Bentara Luar melalui Sultan Abu Bakar. Akhirnya Sultan Abu Bakar bersetuju dengan pembukaan Bandar Batu Pahat dan pada 2 disember 1893, Datuk Bentara Luar kemudian memulakan projek membangunkan bandar pusat pentadbiran daerah.

• Pada bulan januari 1894, terdirilah sebuah Bandar dan pusat pentadbiran daerah Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina.

• Pada 1 disember 1894, daerah batu pahat dirasmikan dan dinamakan sebagai Bandar Penggaram.

• Mulai tahun itu buat pertama kalinya Batu Pahat ditadbir oleh Pesuruhjaya Kerajaan memerintah Batu Pahat. Yang menarik sekali sehingga tahun 1911 kesemua pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kerajaan keseluruhannya terdiri daripada orang melayu.

Page 2: SEJARAH MAHKAMAH BATU PAHAT BP_0.pdf · Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina. • Pada 1 disember

• Dalam tahun 1911, menjelma pula sistem pentadbiran yang “paralelisma” dalam nama Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Pegawai Daerah yang berbangsa inggeris dikenali sebagai “Penolong Penasihat” (Assistant Adviser) menjalankan pentadbiran. J.L Humphreys telah dilantik menjadi penolong penasihat yang pertama di Batu Pahat dan diberi tugas dan kuasa-kuasa majistret , pemungut khazanah, tanah dan hasil-hasil daerah.

• Pada tahun 1911 hingga tahun 1975, Mahkamah Batu Pahat ditempatkan di bangunan pre-kolonial sehingga ia dirobohkan untuk tujuan pembinaan Mahkamah Batu Pahat yang sekarang ini masih beroperasi.

• Sementara menunggu pembinaan Mahkamah Batu Pahat yang baru pada tahun 1975 sehingga 1980, Mahkamah ini ditempatkan secara sementara di Pejabat Kadi Batu Pahat, Jalan Kluang.

• Pembinaan Bangunan Mahkamah Batu Pahat siap untuk diduduki dan beroperasi pada penghujung tahun 1982.

• Bangunan Mahkamah Batu Pahat telah mengalami beberapa fasa naik taraf infrastruktur dan baik pulih pada tahun 2003 kerana Mahkamah ini kerap dilanda banjir apabila tiba musim hujan selain menampung pertambahan pendaftaran jumlah kes di mahkamah ini seiring dengan peredaran masa.

Page 3: SEJARAH MAHKAMAH BATU PAHAT BP_0.pdf · Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina. • Pada 1 disember

• Mahkamah ini turut mengukir sejarahnya yang tersendiri kerana antara tokoh dan individu yang telah mencipta nama dalam lapangan masing-masing yang pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret di mahkamah ini ialah:

1. Tun Daim bin Zainuddin (Mantan Menteri Kewangan Malaysia) 2. Tan Sri Mohamed Yaacob (Mantan Menteri Besar Kelantan) 3. Tan Sri Mohtar Abdullah (Mantan Peguam Negara dan Hakim Mahkamah

Persekutuan Malaysia) 4. Tan Sri Md Raus Sharif (Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia)

• Turut bersama-sama dalam menyumbangkan bakti dalam melunaskan

tanggungjawab kehakiman kepada Mahkamah ini, berikut adalah antara senarai nama-nama Hakim Mahkamah Sesyen Batu Pahat dari dahulu sehingga kini:

1. Tn Yaacob Ismail 2. Tn Zainuddin Ismail 3. Tn Nik Hashim Nik A. Rahman 4. Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud 5. Tn Md Raus Sharif 6. Pn Rohani Dali 7. Tn Hamdan Indah 8. Tn Abd Kohar Kamari 9. Pn Sabariah Atan 10. Pn Yamuna Menon 11. Tn Akhtar Tahir 12. Tn Hj Saufee Afandi Mohamad 13. Tn Tarmizi Abd Rahman 14. Tn Stanley Clement Augustine 15. Pn Hayatul Akmal Abdul Aziz 16. Tn Abu Bakar Katar 17. Tn Zamri Bakar 18. Pn Indra Nehru Savandiah 19. Tn Kamaruddin Kamsun 20. Tn Mohamad Haldar Abd Aziz 21. Tn Abu Bakar Manat 22. Pn Nizam Zakaria 23. Tn Amran Jantan

Manakala antara nama-nama pegawai kehakiman yang pernah menyandang jawatan Majistret di Mahkamah ini adalah seperti berikut:

Page 4: SEJARAH MAHKAMAH BATU PAHAT BP_0.pdf · Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina. • Pada 1 disember

1. Tn Yusof Khan Ghous Khan 2. Tn Mohtar Abdullah 3. Tn M.C. Ruthrapathy 4. Tn Gurdial Singh 5. Tn Sarjit Singh Randawa 6. Tn Sulaiman Ismail 7. Tn Abdul Rahim Uda 8. Tn Ooi Sam Heng 9. Tn Mohd Fauzi Nasir 10. Tn Low Kian Boon 11. Tn Kamarulzaman Abideen 12. Tn Seah Hock Thean 13. Tn Mohamad Al Saifi Hj Hashim 14. Tn Azman Mustapha 15. Pn Emelia Kaswati 16. Pn Zahilah Mohamad Yusof 17. Pn Norma Ismail 18. Pn Azureen Shahira Saufee Afandi 19. Pn Amalia Marsita 20. Tn Mohd Zulhilmi Ibrahim 21. Pn Siti Hajar Ali 22. Tn Azlan Bohari 23. Pn Zuraidah Abu Bakar 24. Tn Mohd Syafiq Mustaza

Page 5: SEJARAH MAHKAMAH BATU PAHAT BP_0.pdf · Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina. • Pada 1 disember

PERISTIWA TRAGIS DI MAHKAMAH BATU PAHAT

• Mahkamah Sesyen/ Majistret Batu Pahat ini tidak lekang dengan rentetan peristiwa bersejarah sepanjang penubuhannya sejak tahun 1894, yang mana antara rentetan sejarah dan peristiwa yang mendapat liputan masyarakat dan media masa adalah seperti:

(1) Tragedi Pembunuhan Kejam Dua Beradik

8 Mei 1984 - Dua orang adik-beradik berumur 11 dan 4 tahun dijumpai mati dalam lubang tandas di sebuah rumah jiran mereka di Kampung Muhibbah, Batu Pahat. Allahyarham adik Azman Wardi dan Samiah Wardi telah dilaporkan hilang beberapa hari dan dianggap mereka telah diculik. Tragedi pembunuhan itu telah membongkar hubungan sulit antara Salmah dan Samsir (gambar). Mereka dihadapkan ke mahkamah. Samsir didapati tidak bersalah dan mahkamah membebaskannya. Sejurus pembebasannya, Samsir ditahan di luar mahkamah untuk didakwa dalam kes pembunuhan yang lain pula.

(2) Tragedi Berdarah 1980 Serangan di Balai Polis Batu Pahat pada pada 16 Oktober 1980 itu mencatatkan satu tragedi hitam kepada sejarah keamanan negara ini. Lantaran fahaman songsang, kumpulan 15 lelaki itu melakukan tindakan `gila' kerana berani mengamuk dengan menyerang dan cuba membunuh di dalam balai polis. Polis yang menjadi pihak pembenteras jenayah dan memiliki kelengkapan senjata api tidak mereka takuti malah mereka cuma menyerang menggunakan senjata tajam. Seramai 23 insan yang tidak bersalah cedera akibat ajaran sesat yang menjadi titik mula kepada tragedi hitam berkenaan.

Page 6: SEJARAH MAHKAMAH BATU PAHAT BP_0.pdf · Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina. • Pada 1 disember

Semua penyerang itu percaya dengan tindakan nekad mereka menyerang balai polis itu, mereka kononnya akan mendapat jalan pintas untuk ke syurga. Fahaman songsang mereka untuk ke `syurga' itu mensyaratkan bahawa semua orang kafir di negara ini perlu dihapuskan dan langkah permulaan tindakan mereka adalah dengan menyerang balai polis berkenaan. Perancangan awal mereka adalah untuk memulakan `peperangan' lebih awal, iaitu pada 12 Oktober 1980 tetapi rancangan gila mereka itu terlebih dulu diketahui pihak berkuasa menyebabkan mereka terus menyembunyikan diri di puncak Bukit Payong, Batu Pahat. Di situ, katanya mereka membina pondok yang digantung sesikat pisang pada dinding dan melakukan amalan seperti bertapa, beratip dan bertahlil dengan anggapan amalan berkenaan bertujuan menyediakan diri mereka bagi menghapuskan orang kafir. Intipan pihak berkuasa pada mulanya mengesan seramai 20 orang menganggotai kumpulan sesat yang dipelopori dua lelaki pelarian Kemboja, Lamin dan ketua anggota kumpulan itu, Mohamed Nasir Ismail. Bagaimanapun hanya 15 daripada mereka nekad menyerang balai polis berkenaan. Mungkin menyangka mereka kebal apabila hanya berani menentang polis yang bersenjatakan senjata api dengan pisau dan parang tetapi sebaik enam rakan mereka mati ditembak, mereka terus bertempiaran melarikan diri. Agenda kumpulan itu tidak saja menghapuskan orang kafir di negara ini tetapi juga untuk menguasai kerajaan. Bermula dengan serangan di Balai Polis Batu Pahat, kumpulan itu merancang menawan Batu Pahat dan akhirnya seluruh negara. Mahkamah pada ketika itu yang terletak di Pejabat Kadi dan berkongsi bangunan dengan Mahkamah Syariah Batu Pahat nyaris menjadi sasaran berdarah kumpulan terbabit kerana dipercayai kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan keputusan Kadi Daerah Batu Pahat yang menggelar kumpulan mereka sebagai pengikut ajaran sesat. Ketika serangan tersebut, perbicaraan dalam mahkamah berjalan seperti hari-hari biasa dan tiba-tiba suasana digemparkan apabila jurubahasa pada ketika itu

Page 7: SEJARAH MAHKAMAH BATU PAHAT BP_0.pdf · Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina. • Pada 1 disember

menerima maklumat dari Pengawai Pendakwa bahawa kumpulan ajaran terbabit menuju ke arah bangunan mahkamah. Kedengaran dari luar mahkamah pengikut ajaran terbabit bertakbir melaung Kalimah Allah sambil membawa pedang. Pada ketika itu, polis mahkamah dengan kadar segera mengunci pintu mahkamah yang penuh sesak dengan peguam, OKT dan orang awam. Majistret dan kakitangan mahkamah yang lain bertempiaran lari ke rumah kuarters kerajaan yang berhampiran dengan bangunan mahkamah. Antara ciri ajaran sesat yang diamalkan kumpulan itu adalah Mohamed Nasir mengaku dirinya Imam Mahadi dan pembantunya, Lamim sebagai Nabi Isa; solat tidak perlu menghadap arah kiblat, solat Subuh tidak perlu baca surah al-Fatihah, tidak perlu solat Jumaat, solat tidak perlu berimam dan kain putih menggantikan tanah untuk bertayamum. Ajaran sesat itu mula disebarkan pada pertengahan September 1980 oleh dua lelaki rakyat asing berkenaan.

Page 8: SEJARAH MAHKAMAH BATU PAHAT BP_0.pdf · Batu Pahat. Bangunan-bangunan atap bagi pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah dan pejabat polis, pejabat pos juga telah dibina. • Pada 1 disember