scratch bpg1

18
Program Latihan Untuk Guru 2015 1 4.0 Projek Pengatur caraan PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAJUK 4.0 PROJEK PENGATURCARAAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menghasilkan projek pengaturcaraan B. Kandungan Pengajaran 4.1 Memahami situasi 4.2 Menghasilkan algoritma, pseudokod dan carta alir 4.3 Mengekod atur cara 4.4 Menguji 4.5 Mendokumentasi

Upload: lehskss

Post on 10-Nov-2015

72 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

panduan pengaturcaraan komputer

TRANSCRIPT

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    1 4.0 Projek Pengatur caraan

    PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    TAJUK 4.0 PROJEK PENGATURCARAAN

    A. Objektif

    Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

    1. Menghasilkan projek pengaturcaraan

    B. Kandungan Pengajaran

    4.1 Memahami situasi

    4.2 Menghasilkan algoritma, pseudokod dan carta alir

    4.3 Mengekod atur cara

    4.4 Menguji

    4.5 Mendokumentasi

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    2 4.0 Projek Pengatur caraan

    4 MENGHASILKAN PROJEK PENGATURCARAAN

    Latar belakang projek Projek pengaturcaraan ialah satu proses sistematik untuk menyelesaikan masalah. Projek

    ini merangkumi proses memahami situasi; menterjemahkan algoritma kepada pseudokod

    dan carta alir; mengekod atur cara; menguji dan membuat dokumentasi projek. Hasil projek

    adalah atur cara yang menarik, kreatif dan mempunyai dokumentasi yang lengkap. Projek

    pengaturcaraan ini mengandungi dokumentasi projek dan projek pengaturcaraan Scratch.

    Arahan pelaksanaan projek

    1. Guru diberi satu situasi.

    2. Guru membaca dan memahami situasi tersebut sebelum melaksanakan aktiviti.

    3. Guru menghasilkan algoritma melalui pseudokod dan carta alir berdasarkan

    situasi yang diberi.

    4. Guru menyenaraikan blok arahan yang diperlukan oleh pengaturcaraan Scratch

    untuk melaksanakan pengaturcaraan.

    5. Guru membuat projek hasil dari algoritma melalui carta alir dan pseudokod serta

    blok yang telah dibina.

    6. Guru menambah baik projek yang telah dibangunkan secara kreatif dan menarik.

    7. Membuat dokumentasi projek yang dirancang.

    Peruntukan masa: 180 minit

    Pengetahuan sedia ada guru

    1. Guru mengetahui asas cara menulis algoritma, pseudokod dan carta alir.

    2. Guru mengetahui asas penggunaan aplikasi pengaturcaraan Scratch.

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    3 4.0 Projek Pengatur caraan

    Keperluan perkakasan

    Komputer, Kertas A4

    Keperluan perisian

    Aplikasi pengaturcaraan Scratch v2.0

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    4 4.0 Projek Pengatur caraan

    4.1 MEMAHAMI SITUASI

    Rajah 4.1: Situasi

    4.2 MENGHASILKAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR

    a) Membina pseudokod

    Mula

    Putera raja terdengar jeritan meminta pertolongan

    Bergerak ke arah jeritan

    Putera raja bertanya, Siapa di dalam?

    Puteri raja menjawab, Saya puteri raja, tolong keluarkan saya.

    Putera raja mencari jalan untuk menyelamatkan puteri raja

    Jika memilih tali (tekan kekunci A)

    maka puteri berjaya keluar dari perigi

    Jika memilih ranting kayu (tekan kekunci B)

    maka puteri gagal diselamatkan kerana ranting kayu patah

    Pulang ke istana

    Tamat

    Misi Menyelamatkan Puteri

    Seorang putera raja sedang mengembara di dalam hutan. Tiba-tiba

    putera raja terdengar satu jeritan meminta pertolongan dari arah

    sebuah perigi lama di hutan itu. Putera raja pun menuju ke arah perigi

    tersebut. Putera raja bertanya, Siapa di dalam? Puteri raja

    menjawab, Saya Puteri Aurora. Tolong selamatkan saya. Putera raja

    mencari jalan untuk menyelamatkan tuan puteri. Jika putera raja

    memilih tali maka puteri raja berjaya diselamatkan. Jika putera raja

    memilih ranting kayu maka puteri raja gagal diselamatkan kerana

    ranting kayu patah. Akhirnya, pulang ke istana.

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    5 4.0 Projek Pengatur caraan

    b) Membina carta alir

    Rajah 4.2.1: Carta alir

    Mula

    Putera raja terdengar jeritan meminta pertolongan dan kemudian bergerak ke

    arah jeritan tersebut

    Putera raja bertanya,Siapa di dalam?

    Saya puteri raja, tolong keluarkan saya

    Pilih tali?

    Pilih kayu?

    Puteri berjaya keluar dari perigi

    Puteri gagal diselamatkan

    Tamat

    Ya

    Tidak

    Tidak

    Ya

    Putera raja mencari jalan untuk menyelamatkan puteri raja

    Pulang ke istana

    Nota kaki: Putera raja mempunyai 3 pilihan iaitu memilih tali, ranting kayu atau pulang terus ke istana.

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    6 4.0 Projek Pengatur caraan

    c) Membuat lakaran

    Rajah 4.2.2: Membuat lakaran

    d) Menggunakan perisian Scratch

    Senaraikan block yang bakal digunakan dalam projek anda nanti.

    Bil Nama Block Catatan

    1

    Melaksanakan arahan apabila pengguna klik pada bendera hijau.

    2

    Sprite meluncur ke tengah stage.

    3

    Berhenti melaksanakan arahan mengikut tempoh masa yang ditentukan.

    4

    Menghantar mesej ke semua Sprite.

    5

    Melaksanakan semua arahan di bawahnya apabila menerima broadcast tertentu. Ini digunakan untuk berkomunikasi antara dua Sprite.

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    7 4.0 Projek Pengatur caraan

    6

    Sprite bergerak ke tengah stage.

    7

    Sprite menggunakan dialog hello selama

    2 saat.

    8

    Untuk menghilangkan Sprite dan juga background.

    9

    Memaparkan Sprite atau latar belakang

    Stage.

    10

    Memainkan bunyi meow pada Sprite

    sehingga selesai.

    Jadual 4.2.1: Senarai blok

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    8 4.0 Projek Pengatur caraan

    4.3 MENGEKOD ATUR CARA

    Senarai Block dan Sprite yang telah lengkap dalam projek

    Block

    Sprite

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    9 4.0 Projek Pengatur caraan

    Jadual 4.3.1: Blok dan Sprite dalam projek

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    10 4.0 Projek Pengatur caraan

    4.4 MENGUJI ATUR CARA

    Bil. Print Screen Projek

    1.

    2.

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    11 4.0 Projek Pengatur caraan

    3.

    4.

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    12 4.0 Projek Pengatur caraan

    5.

    6.

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    13 4.0 Projek Pengatur caraan

    7.

    8.

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    14 4.0 Projek Pengatur caraan

    9.

    Jadual 4.4.1: Print Screen Projek

    4.5 MENDOKUMENTASI

    i. Fail dokumentasi projek

    ii. Fail projek pengaturcaraan Scratch

    iii. Fail bahan sumber (grafik, sound, background dan lain-lain)

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    15 4.0 Projek Pengatur caraan

    LATIHAN 1: PROJEK PENGATURCARAAN

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    16 4.0 Projek Pengatur caraan

    Lampiran 1

    Contoh Format

    Dokumentasi Projek Pengaturcaraan

    Nama Sekolah:..

    Nama Guru:.

    Tajuk Projek:

    1. Hasil dokumentasi projek 1.1 Fail dokumentasi projek

    Bil. Senarai semak dokumentasi projek Ada Tiada

    1. Memahami situasi

    2. Membina algoritma

    3. Membina pseudokod

    4. Membina carta alir

    5. Membuat lakaran

    6. Menggunakan aplikasi pengaturcaraan Scratch

    7. Mengekod atur cara

    8. Menguji atur cara

    9. Mengumpul dokumen dalam satu folder

    1.2 Fail projek pengaturcaraan Scratch

    1.3 Bahan sumber (grafik, sound, background dll)

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    17 4.0 Projek Pengatur caraan

    2. Laporan pencapaian guru

    Nama Guru:

    Nama sekolah:

    Tajuk Projek:

    Modul: Pengaturcaraan

    Standard Kandungan:

    4.0 Menghasilkan Projek Pengaturcaraan

    Standard Pembelajaran:

    4.1 Membina satu projek pengaturcaraan yang menarik dan kreatif yang

    melibatkan objek-objek yang bergerak dengan menggunakan arahan

    urutan dan pilihan berdasarkan langkah-langkah:

    a) Memahami situasi

    b) Menghasilkan algoritma, pseudokod dan carta alir

    c) Mengekod atur cara

    d) Menguji

    e) Mendokumentasi

  • Program Latihan Untuk Guru 2015

    18 4.0 Projek Pengatur caraan

    3. Kriteria pentaksiran projek pengaturcaraan

    Bil Perkara yang dinilai

    Pencapaian

    Catatan Ya Tidak

    1. Guru dapat memahami masalah atau situasi dengan membina jalan cerita

    2. Guru dapat memilih objek yang perlu di masukkan atur cara

    3. Guru boleh membina algorithma bagi setiap objek yang dipilih

    4. Guru dapat menghasilkan projek pengaturcaraan yang menarik dan kreatif melibatkan objek-objek yang bergerak dengan menggunakan arahan urutan dan pilihan

    5. Guru dapat mendokumentasi hasil projek pengatur caraan dengan lengkap

    KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)

    TARIKH

    Nama Pentaksir:

    Tandatangan & Tarikh

    Disahkan oleh:

    Tandatangan & Tarikh