scanned - uthm institutional...

24

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin
Page 2: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

SCANNED

Page 3: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

"Saya akui bahawa saya telah membaca kaiya ini dan pada pandangan saya karya

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional."

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

Page 4: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

ii

"Saya akui kaiya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

MOHD NORBI BIN BAHARIN

Page 5: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

i i i

Istimewa buat keluarga tercinta dan teman-teman sepeijuangan yang sentiasa dalam

ingatan, perjuangan masih beliun berakhir...

Page 6: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

i v

PENGHARGAAN

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Syukur ke hadrat Allah SWT dan salam serta selawat ke atas junjungan kita

Nabi Muhammad SAW. Dengan limpali kurnia Allah SWT jua dapatlah penulis

menyiapkan Laporan Projek Saijana ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasili ditujukan kepada penyelia

projek, Cik Ruliaya Binti Abd. Aziz di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

dalam menjayakan projek ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada pihak pengurusan Politeknik

Ungku Omar di atas keijasama yang diberikan untuk membolelikan kajian ini

dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Mardziah Binti Shaari, Pensyarah

Jabatan Kejuruteraan Elektrik PUO kerana banyak membantu dalam pengedaran

borang soal selidik sewaktu kajian ini dilaksanakan. Penghargaan kepada

penyelaras Projek Saijana, Dr. Wan Rashid Bin Wan Ahmad, pensyarah-pensyarah

dan juruteknik-juruteknik yang turut membantu.

Akhir sekali kepada teman-teman seperjuangan dan individu yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung sehingga laporan ini berjaya disiapkan.

Alhamdulillah.

Page 7: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

XI

A B S T R A K

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kebolehgunaan Pembeiajaran

Berbantu Komputer (PBK) untuk membantu proses pembeiajaran bagi mata

pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik. Satu perisian kursus PBK telah

dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 6.5,

Macromedia Flash MX dan Adobe Photoshop. Kajian ini meninjau persepsi pelajar

daripada aspek penerimaan mereka terhadap kaedah PBK, aspek kemudahan dalam

pembeiajaran, aspek kemahiran penyelesaian masalah dan aspek memotivasikan

pelajar melalui kaedah PBK. Seramai 36 orang responden yang terdiri daripada

pelajar semester satu Sijil Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ungku Omar telah

dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai

instrumen kajian untuk mengumpul data daripada responden. Data dikumpulkan

dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 10.0 bagi

mendapatkan nilai peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan

kebolehgunaan perisian kursus yang dibangunkan boleh membantu pelajar dalam

proses pembeiajaran berdasarkan purata min keseluruhan bagi setiap persoalan

kajian iaitu aspek penerimaan pelajar terhadap PBK (4.09), aspek memudahkan

pembeiajaran pelajar (4.07), aspek memberi kemahiran penyelesaian masalah (3.99)

dan aspek memotivasikan pelajar melalui kaedah PBK (3.90). Hasil kajian

menunjukkan penerimaan pelajar terhadap perisian kursus yang dibangunkan dan

kaedah pembeiajaran yang digunakan adalah baik kerana boleh digunakan untuk

membantu pembeiajaran mereka.

Page 8: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

vi

A B S T R A C T

This research was conducted to review the usability of Computer Aided Learning to

assist student learning Electronics System 1 subject in polytechnics. A Computer

Aided Learning courseware has been developed using Macromedia Authorwarc 6.5,

Macromedia Flash MX and Adobe Photoshop software. This research reviewing

student perception of their acceptance on the Computer Aided Learning method,

facilitate student learning activities, demonstrating problem solving skills and

motivating student learning activities with Computer Aided Learning. Samples were

randomly selected among 40 respondents of Ungku Omar Polytechnic students in

the first semester of Electrical Engineering Certificates. Data collection has been

done using questionnaires form as a research instrument. Data was collected and

analyzed descriptively using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version

10.0 to obtained the percentages and mean score value. Research results shows

respondents agreed with the courseware usability to assist student learning activities

based on mean score average of each research question regarding their acceptance

on the Computer Aided Learning method (4.09), facilitate student learning process

(4.07), demonstrating problem solving skills (3.99) and motivating student learning

activities with Computer Aided Learning (3.90). These results show high

acceptance of the developed courseware and the learning method as a good student

learning assistance.

Page 9: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

Vll

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PEGESAHAN STATUS TESIS

PEGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalali

1.3 Pernyataan Masalali

3

4

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Objektif Kajian

1.6 Kerangka Teori

5

6

7

1.7 Kepentingan Kajian 8

Page 10: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

vm

BAB 2

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Kebolehgunaan 9

1.9.2 Pembeiajaran Berbantu

Komputer (PBK) 9

1.9.3 Teknologi Pendidikan 10

1.9.4 Perisian 10

1.9.5 Perisian Kursus 10

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Aplikasi Teknologi dalam

Pendidikan 12

2.3 Penggunaan Komputer dalam

Proses Pengajaran dan Pembeiajaran 13

2.4 Kelebilian Pembeiajaran Berbantu

Komputer 13

2.4.1 Penggunaan yang Efisien 14

2.4.2 Mempelbagaikan Penyampaian

Isi Pelajaran 14

2.4.3 Menjadikan Proses

Pembeiajaran Lebih Menarik 16

2.5 Teori PBK 17

2.5.1 Pendekatan Penyelesaian Masalah 17

2.5.2 Pendekatan Kognitif 19

2.5.3 Pendekatan Motivasi 20

2.6 Teori Reka Bentuk PBK 21

2.7 Ciri-ciri PBK 22

2.8 Jenis-jenis PBK 23

2.8.1 Latili Tubi 23

2.8.2 Tutorial 24

2.8.3 Simulasi 24

2.8.4 Permainan Pendidikan 25

Page 11: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

2.85 Penyelesaian Masalah 25

B A B 3 M E T O D O L O G I K A J I A N

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Kerangka Kerja 28

3.4 Sumber Data 29

3.4.1 Lokasi Kajian 29

3.4.2 Populasi Kajian 29

3.5 Instrumentasi 30

3.6 Kaedah Kajian 32

3.6.1 Kajian Rintis 33

3.6.2 Pengesahan Pakar 33

3.7 Kaedah Analisis Data 35

3.7.1 Soalan Bahagian A 36

3.7.2 Soalan Bahagian B 37

3.8 Andaian 39

3.9 Batasan Kajian 39

BAB 4 REKA BENTUK DAN PENILAIAN

PRODUK

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Teori Reka Bentuk Produk 40

4.3 Model Penghasilan Produk 41

4.4 Pembangunan Perisian 43

4.4.1 Pemilihan Topik 43

4.4.2 Merangka Objektif 44

4.4.3 Mereka Bentuk Skrin 44

4.4.4 Melakar Papan Cerita 45

4.4.5 Menyediakan Carta Alir 46

4.5 Penghasilan 49

4.5.1 Perisian Utama 49

Page 12: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

4.5.2 Perisian Sokongnn 50

4.5.3 Hasil Akliir 50

4.6 Pengesahan 55

4.7 Penilaian 55

BAB 5 A N A L I S I S DATA DAN K E P U T U S A N

5.1 Pendahuluan 57

5.2 Analisis Bahagian A 57

5.2.1 Jantina 58

5.2.2 Bangsa 59

5.2.3 Bidang Pengkhususan 60

5.2.4 Kadar Penggunaan Komputer 60

5.2.5 Pandangan Responden 60

5.3 Analisis Bahagian B 57

5.3.1 Analisis Item Persoalan Kajian 1 62

5.3.2 Analisis Item Persoalan Kajian 2 64

5.3.3 Analisis Item Persoalan Kajian 3 66

5.3.4 Analisis Item Persoalan Kajian 4 68

5.4 Rumusan 70

BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pendahuluan 72

6.2 Perbincangan 72

6.2.1 Penerimaan Pelajar Terhadap

Kaedah PBK 73

6.2.2 Memudahkan Pembeiajaran Pelajar 74

6.2.3 Memberi Kemahiran kepada Pelajar

Menyelesaikan Masalah 76

6.2.4 Memotivasikan Pelajar dalam

Pembeiajaran 77

6.3 Kesimpulan 78

6.4 Cadangan 80

Page 13: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

XI

RUJUKAN 82

LAMPIRAN A - N 85

Page 14: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

xii

SENARAI JADUAL

3.1 Pemberatan skala Likert 31

3.2 Pembahagian item soal selidik 32

3.3 Keputusan kajian rintis 35

3.4 Penentuan keputusan 36

3.5 Pengiraan skor min 38

5.1 Bilangan responden mengikut jantina 59

5.2 Bilangan responden mengikut bangsa 59

5.3 Kadar penggunaan komputer oleh responden 60

5.4 Julat skor min piawai dan keputusan 62

5.5 Skor min item persoalan kajian 1 63

5.6 Skor min item persoalan kajian 2 65

5.7 Skor min item persoalan kajian 3 67

5.8 Skor min item persoalan kajian 4 69

Page 15: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Kerangka teori 7

3.1 Kerangka kerja 28

4.1 Lakaran papan cerita skrin utama 47

4.2 Paparan sebenar skrin utama 47

4.3 Carta alir 48

4.4 Paparan skrin menu utama 51

4.5 Paparan skrin menu Silibus 51

4.6 Paparan skrin menu Ringkasan 52

4.7 Paparan skrin menu Rumus 52

4.8 Paparan skrin menu Contoh 53

4.9 Paparan skrin menu Soalan 53

4.10 Paparan skrin menu Jawapan 54

4.11 Paparan skrin menu Keluar 54

5.1 Graf jumlah skor min persoalan kajian 71

Page 16: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

xiv

SENARAI SINGKATAN

CDROM Compact Disc Read Only Memory

PBK Pembeiajaran Berbantu Komputer

P&P Pengajaran dan Pembeiajaran

PUO Politeknik Ungku Omar

SPSS Statistical Package for Social Science

Page 17: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

XV

S E N A R A I L A M P I R A N

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Jadual Penentuan Sampel 85

B Borang Soal Selidik 86

C Alpha Cronbach Borang Soal Selidik 92

D Alpha Cronbach Persoalan Kajian 1 93

E Alpha Cronbach Persoalan Kajian 2 94

F Alpha Cronbach Persoalan Kajian 3 95

G Alpha Cronbach Persoalan Kajian 4 96

H Sukatan Mata Pelajaran Sistem Elektronik 1 97

I Pengesahan Isi Kandungan Produk 107

J Pengesahan Reka Bentuk Produk 108

K Skor Min Item Persoalan Kajian 1 109

L Skor Min Item Persoalan Kajian 2 111

M Skor Min Item Persoalan Kajian 3 113

N Skor Min Item Persoalan Kajian 4 116

Page 18: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

BAB I

PENGENALAN

Page 19: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

BAB I

P E N G E N A L A N

1.1 Pendahuluan

Pendidikan Teknik dan Vokasional memerlukan seseorang individu yang

mempunyai kemahiran berfikir, menganalisis dan mengaplikasikan pengetahuan

untuk menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah dalam bidang Teknik dan

Vokasional contohnya bidang kejuruteraan menitikberatkan penguasaan dan

kefahaman penggunaan formula dan ramus matematik selain daripada penguasaan

teori sesuatu perkara.

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang Teknik dan Vokasional

memerlukan penguasaan aspek teori dan praktikal untuk mencapai objektif

pengajaran. Menurut Rebecca (1994:12) objektif ini dapat dicapai melalui proses

pengajaran dan pembelajaran yang menekankan aspek kemahiran berfikir bagi

menyelesaikan sesuatu masalali di dalam bidang Teknik dan Vokasional.

It was noted that modern industry requires workers who are capable of applying their knowledge in a flexible, adaptable way and that there is need to embed the teaching of thinking skills in vocational education and training.

Page 20: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

3d

Kemahiran berfikir di dalam bidang Teknik dan Vokasional memerlukan

seseorang pelajar mahir menggunakan formula dan rumus matematik yang dipelajari

untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun masalah utama pelajar

dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan adalah untuk mengubahsuai formula dan

rumus matematik yang telah dipelajari (Rebecca, 1994).

Mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik merupakan salah satu mata

pelajaran dalam bidang kejuruteraan yang memerlukan pelajar menguasai kedua-dua

aspek teori dan praktikal untuk mencapai objektif pengajaran. Sukatan mata

pelajaran Elektronik 1 di politeknik menggabungkan aspek pengetahuan teori dan

praktikal untuk menyelesaikan masalah yang berasaskan penggunaan formula dan

rumus yang perlu dikuasai oleh pelajar.

Sehubungan dengan itu aplikasi Teknologi Pendidikan akan digabungkan

dengan aspek pedagogi untuk dijadikan asas bagi menangani masalah ini.

Penggunaan Teknologi Pendidikan mampu memberi dimensi baru kepada kaedah

penyelesaian masalah dalam pendidikan. Ini disebabkan setiap masalah yang

berlaku sering berkaitan di antara satu sama lain dan perlu ditangani melalui kaedali

terbaru dan saintifik. Sebagai contoh masalah penguasaan pelajar sering dikaitkan

dengan kekurangan bahan pembeiajaran yang menarik dan mudah digunakan oleh

pelajar. Pelajar juga sering menghadapi masalali untuk mendapatkan bahan

pembeiajaran yang dapat memberi penerangan yang jelas tentang sesuatu topik yang

memerlukan kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan menggunakan

formula-formula matematik.

Page 21: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

3d

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar-pelajar di dalam bidang kejuruteraan sukar menguasai kedua-dua

kemahiran teori dan praktikal yang menjadi teras mata pelajaran kejuruteraan di

institusi pengajian tinggi. Kelemahan ini berpunca daripada kesukaran pelajar di

dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan untuk mengubahsuai formula dan ramus

matematik yang telah dipelajari (Rebecca, 1994).

Kelemahan pelajar di dalam bidang kejuruteraan menguasai kemahiran

penyelesaian masalali yang melibatkan penggunaan ramus dan formula matematik

lebih ketara berbanding penguasaan teori. Banyak faktor yang menyebabkan

perkara ini berlaku di kalangan pelajar-pelajar di dalam bidang kejuruteraan sama

ada di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Lindsey (1988) menyatakan struktur pendidikan yang "rigid" sentiasa

menghalang perasaan ingin tahu pelajar kerana hanya memberikan pelajar ilmu

pengetahuan yang diperlukan iaitu sekadar untuk menghabiskan sukatan mata

pelajaran sahaja. Pelajar-pelajar yang mengikuti bidang kejuruteraan di politeknik

juga tidak terlepas daripada masalah ini. Antara faktor yang menyebabkan pelajar-

pelajar bidang kejuruteraan di politeknik lemah di dalam penguasaan kemahiran

praktikal khususnya kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan penggunaan

ramus dan formula matematik adalah kerana kurangnya bahan pengajaran yang

dapat membantu proses pembelajaran pelajar menguasai kemahiran ini.

Fenomena yang sama juga diperhatikan berlaku di Politeknik Ungku Omar.

Pelajar-pelajar bermasalah untuk mempelajari mata pelajaran yang memerlukan

kemahiran matematik bagi menyelesaikan sesuatu soalan atau masalah. Keadaan ini

berlaku disebabkan tahap penguasaan matematik yang lemah di kalangan pelajar

kerana menganggap mata pelajaran ini sukar untuk difahami dan dipelajari (Abdul

Aziz, 1999).

Page 22: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

3d

1.3 Pernyataan Masalah

Kaedah pembeiajaran mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik tidak

menumpukan aspek kemahiran pelajar untuk menguasai kemahiran penyelesaian

masalah. Pelajar hanya ditekankan dengan aspek teori walaupun mata pelajaran

yang dipelajari memerlukan mereka untuk mengingat rumus dan memahami

langkah-langkah penyelesaian untuk menyelesaikan sesuatu masalah kejuruteraan.

Oleh itu, pengkaji mencadangkan kaedah Pembeiajaran Berbantu Komputer

(PBK) sebagai satu alternatif untuk mengatasi masalah ini dengan menghasilkan

satu perisian pembeiajaran bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 1. Perisian yang

dihasilkan membantu pelajar mempelajari mata pelajan Sistem Elektronik 1 dengan

lebih mudali kerana memberi penekanan kepada penggunaan rumus dan langkah-

langkah penyelesaian sesuatu masalah. Pengkaji memilih kaedah ini berdasarkan

ciri-ciri penggunaannya yang efisyen (Rabiah, 1995), berkeupayaan

mempelbagaikan penyampaian isi pelajaran melalui sokongan aplikasi multimedia

untuk merangsang minat pelajar di dalam pembeiajaran (Oblinger, 1993) serta

menjadikan proses pembeiajaran yang lebih menarik di kalangan pelajar (Summers,

1990).

Selain itu, kaedah ini menggalakkan pembeiajaran yang berpusatkan pelajar

berbanding kaedah biasa melalui penyampaian pensyarah. Secara tidak langsung,

ini akan mengurangkan beban pensyarah untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran

dan merangsang perasaan ingin tahu pelajar melalui pembeiajaran yang berpusatkan

pelajar.

Dalam kajian ini perisian PBK yang dihasilkan diuji kebolehgunaannya

untuk membantu pembeiajaran pelajar dalam mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di

Politeknik Ungku Omar bagi menguasai kemahiran penyelesaian masalah yang

menggunakan rumus dan formula matematik.

Page 23: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

5

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini ingin memastikan kebolehgunaan perisian Kaedah Pembelajaran

Berbantu Komputer yang dihasilkan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran

penyelesaian masalali yang berasaskan rumus dan formula matematik bagi mata

pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik.

Persoalan kajian yang dikemukakan adalali berdasarkan kepada

kebolehgunaan perisian yang dihasilkan untuk membantu pelajar menguasai

kemahiran penyelesaian masalah yang berasaskan rumus matematik bagi mata

pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik. Persoalan kajian yang dikemukakan

dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap kaedah Pembelajaran Berbantu

Komputer bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 1 ?

ii. Bagaimanakah perisian yang dihasilkan memudahkan pelajar mempelajari

mata pelajaran Sistem Elektronik 1 ?

iii. Bagaimanakah perisian yang dihasilkan memberi pelajar kemahiran untuk

menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Sistem Elektronik 1 ?

iv. Bagaimanakah perisian yang dihasilkan memotivasikan pelajar untuk

mempelajari mata pelajaran Sistem Elektronik 1 ?

Page 24: SCANNED - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/629/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN… · student perceptio onf their acceptanc oen the Compute Aider d Learnin

6

1.5 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menguji kebolehgunaan perisian

Pembeiajaran Berbantu Komputer yang dihasilkan bagi membantu pelajar

mendapatkan kemahiran penyelesaian masalah dengan menggunakan rumus dan

persamaan matematik bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik. Selain

itu, kajian ini bertujuan untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut iaitu :

i. Menggunakan kaedah Pembeiajaran Berbantu Komputer untuk

menyelesaikan masalah pembeiajaran pelajar bagi mata pelajaran Sistem

Elektronik 1 di politeknik.

ii. Menghasilkan satu perisian yang boleh digunakan untuk membantu pelajar

mempelajari mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik dengan lebih

mudah.

iii. Menghasilkan satu perisian yang boleh digunakan untuk membantu pelajar

mendapatkan kemahiran penyelesaian masalah dan mahir menggunakan

rumus dan formula matematik dalam mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di

politeknik.

iv. Menghasilkan satu perisian yang boleh digunakan untuk memotivasikan

pelajar mempelajari mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik.