saturday

11
SATURDAY, NOVEMBER 14, 2009 Kaedah Pengajaran Sejarah KULIAH 1 Prof. Amey http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/kaedah-pengajaran-sejarah.html 1.2.2 Penyediaan RPH adalah untuk membolehkan guru: i. merancang dengan jelas matlamat dan objektif pengajaran, pemilihan isi pelajaran, kaedah dan teknik mengajar serta penggunaan bahan bantu mengajar. Penerapan nilai murni dan unsur patriotisme juga perlu diberi penekanan; ii.. memaksimumkan penggunaan masa melalui kaedah yang terancang dan sistematik; iii. menentukan isi pelajaran yang mencukupi untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan; iv. menghadapi murid dengan penuh keyakinan; dan v. menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih berkesan, menarik dan menyeronokkan. 2. Persediaan Awal Sebelum memulakan pengajaran, guru hendaklah memahami dengan jelas langkah yang akan diambil berdasarkan perancangan yang telah disediakan. Perkara- perkara berikut dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran: 2.1 objektif yang hendak dicapai pada akhir pengajaran perlu jelas, spesifik dan berasaskan Taksonomi Bloom; 2.2 mengenal pasti Nilai Letak Kerja (Take Of Value - TOV) murid. Maklumat TOV dapat membantu guru merancang aktiviti pengajaran clan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid; 2.3 pengajaran clan pembelajaran Sejarah merupakan kesepaduan pengetahuan, nilai dan kemahiran seperti kemahiran belajar, kemahiran pemikiran sejarah dan penghayatan nilai-nilai murni. Oleh itu, aspek ini perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran; 2,4, guru perlu mendedahkan pemahaman dan penghayatan idea serta konsep Sejarah yang relevan dengan kehidupan harian agar murid merasakan mereka terlibat dengan peristiwa sejarah berkenaan; 2.5 semasa pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah berusaha memupuk nilai dan semangat patriotik serta iktibar melalui rentetan peristiwa sejarah.

Upload: nanisaaid

Post on 24-Jun-2015

27 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saturday

S A T U R D A Y , N O V E M B E R 1 4 , 2 0 0 9

Kaedah Pengajaran Sejarah

KULIAH 1

Prof. Amey

http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/kaedah-pengajaran-sejarah.html

1.2.2 Penyediaan RPH adalah untuk membolehkan guru:i. merancang dengan jelas matlamat dan objektif pengajaran, pemilihanisi pelajaran, kaedah dan teknik mengajar serta penggunaan bahanbantu mengajar. Penerapan nilai murni dan unsur patriotisme jugaperlu diberi penekanan;ii.. memaksimumkan penggunaan masa melalui kaedah yang terancang dan sistematik;iii. menentukan isi pelajaran yang mencukupi untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan;iv. menghadapi murid dengan penuh keyakinan; danv. menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih berkesan, menarik danmenyeronokkan.2. Persediaan AwalSebelum memulakan pengajaran, guru hendaklah memahami dengan jelas langkah yang akan diambil berdasarkan perancangan yang telah disediakan. Perkara-perkara berikut dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran:2.1 objektif yang hendak dicapai pada akhir pengajaran perlu jelas, spesifik dan berasaskan Taksonomi Bloom;2.2 mengenal pasti Nilai Letak Kerja (Take Of Value - TOV) murid. Maklumat TOV dapat membantu guru merancang aktiviti pengajaran clan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid;2.3 pengajaran clan pembelajaran Sejarah merupakan kesepaduan pengetahuan, nilai dan kemahiran seperti kemahiran belajar, kemahiran pemikiran sejarah dan penghayatan nilai-nilai murni. Oleh itu, aspek ini perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran;2,4, guru perlu mendedahkan pemahaman dan penghayatan idea serta konsep Sejarah yang relevan dengan kehidupan harian agar murid merasakan mereka terlibat dengan peristiwa sejarah berkenaan;2.5 semasa pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah berusaha memupuk nilai dan semangat patriotik serta iktibar melalui rentetan peristiwa sejarah. Berdasarkan kaedah sebab dan akibat, kajian masa depan dan sebagainya, guru dapat menanam sikap patriotik dalam kalangan murid.2.6 pengajaran guru yang berkesan dapat meningkatkan kemahiran dan minatbelajar dalam kalangan murid melalui pelbagai kaedah. Antaranya:* mengumpul maklumat* mengelas maklumat* mentafsir maklumat

Page 2: Saturday

* menganalisis maklumat* mensintesis maklumat* mengaplikasi maklumat2.7 Penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat: * meningkatkan kebolehan dan keupayaan murid;* menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan tajuk; dan* melibatkan murid secara aktif dan interaktif di dalam bilik darjah.2.8 Memastikan bahan bantu mengajar bersesuaian disedia dan dimanfaatkan secara optimum (buku teks, majalah, cetakan laman web, bahan maujud, kemudahan TV Pendidikan dan sebagainya).3 . Penyampaian dan Perkembangan Pelajaran3.1 Guru hendaklah melaksanakan set induksi yang dapat menarik perhatian, merangsang dan memotivasikan minat murid. Set induksi hendaklah menjurus ke arah kesediaan minda mereka seperti mengaitkannya dengan pelajaran lepas, isu-isu semasa dan pengalaman serta persekitaran murid.3.2 Bagi men menjelaskan konsep sejarah, guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira kaedah penyampaian daripada mudah kepada kompleks, dekat kepada jauh dan konkrit kepada abstrak. Di samping itu, guru perlu menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian dan persekitaran murid. Aktiviti yang dilaksanakan perlu memperlihatkan pemeringkatan dan perkembangan pelajaran.3.3 Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan secara optimum serta melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid. Murid digalakkan memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru. Guru turut melaksanakan pendekatan integrasi merentasi kurikulum serta menerapkan kemahiran berfikir dengan berpusatkan murid.3.4 Pengajaran yang berkesan bukan sahaja menggalakkan daya ingatan semata-¬mata tetapi turut mengambil perhatian kepada minat dan kefahaman murid.3.5 Pengajaran yang berkesan, memerlukan guru bijak menggunakan masa dengan optimum bagi membolehkan tajuk yang diajar dapat disempumakan mengikut perancangan. Di samping itu, guru perlu menggunakan laras bahasa dan istilah yang tepat bagi memudahkan idea yang ingin disampaikan dapat difahami oleh murid.3.6 Guru yang berkesan akan menyampaikan pengajaran secara fleksibel mengikut situasi. Pengajaran dan pembelajaran tidak perlu terikat kepada kaedah pengajaran yang terhad.3.7 Guru membuat penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti penguasaan kefahaman murid secara individu bagi merancang tindakan penambahbaikan.4. Teknik Penyoalan4.1 Dalam pengajaran dan pembelajaran, soal jawab memainkan peranan yang penting untuk:i. merangsang dan menimbulkan minat murid kepada tajuk yang diajar;ii. mendapatkan pandangan atau maklumat daripada murid; iii. memberi penekanan kepada fakta-fakta yang kurang jelas;iv. memperkenalkan suatu tajuk yang baru;v. menarik semula perhatian murid kepada perkara yang dibincangkan; terutama apabila idea yang dibangkitkan oleh murid menyimpang daripada arah perbincangan; danvi. mempengaruhi fokus perbincangan4.2 Guru mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif, antaranya berdasarkan

Page 3: Saturday

Taksonomi Bloom, menyusun soalan dari aras rendah kepada aras tinggi, mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah serta mengikut tahap kebolehan murid. Guru menyebarkan soalan ke seluruh kelas, memberi masa untuk murid berfikir dan mengikut rentetan peristiwa sejarah (kronologi). Justeru, guru perlu mempelbagaikan cara penyoalan supaya terdapat soalan:i. umum yang diarahkan kepada kelas seluruhnya;ii. spesifik, maksud yang jelas dan mudah difahami; iii. diajukan semula kepada murid yang menyoalnya; daniv. soalan murid dijawab pula oleh murid lain4.3. Soalan perlu dirancang bagi mengelakkan jawapan "Ya" atau "Tidak". Guru boleh menyediakan soalan-soalan bermula dengan "Apakah", "Bilakah”, "Di manakah", "Siapakah", "Mengapakah" dan "Bagaimanakah" serta aras kesukaran soalan berdasarkan tahap kebolehan murid.4.4. Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dan harus mengelak daripada memberi jawapan kepada soalan yang dibangkitkan. Sebaliknya, guru memberi galakan dan bimbingan supaya dijawab oleh murid sendiri.4.5 Guru hendaklah menggunakan contoh atau pandangan yang pernah dibangkitkan oleh murid. Contoh dan pandangan murid dapat membantu mengukuhkan kefahaman, kepercayaan diri clan minat mereka bagi memantapkan daya ingatan.4.6 Guru perlu memberi respons dan peneguhan yang sesuai terhadap jawapan murid untuk menambah minat dan motivasi belajar.4.7 Guru boleh membimbing dengan mengemukakan soalan, tetapi soalan berkenaan bukanlah jenis soalan yang menjurus kepada jawapan. Contohnya:i. Pada pendapat kamu, mengapakah Rancangan Briggs dilaksanakan bagi menghalang kegiatan komunis?ii. Pada pendapat kamu, bukankah dengan penempatan kaum Cina di kampung baru bertujuan untuk menghalang kegiatan komunis?(Soalan i adalah lebih baik daripada soalan ii kerana soalan tersebut tidak menjurus kepada jawapan).5. Penglibatan Murid5.1 Pengajaran Sejarah yang berkesan memerlukan penyertaan aktif murid supaya mereka melalui proses pengalaman pembelajaran. Dalam hal ini, pembelajaran lebih penting daripada pengajaran. Pembelajaran berlaku apabila murid turut terlibat secara aktif.5.2 Dalam pengajaran clan pembelajaran, guru merangsang minda dan minat murid bagi menggalakkan mereka terlibat dalam proses pembelajaran.

5.3 Murid membuat persediaan awal dengan membawa peralatan atau bahan yang diperlukan. Mereka juga digalakkan membuat catatan dan rujuk secara spontan daripada pengajaran guru.5.4 Murid berinteraksi secara aktif dengan guru, murid lain dan bahan sumber pembelajaran. Mereka perlu memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan termasuk bahan latihan interaktif TMK bagi mewujudkan interaksi yang berkesan.5.5. Galakkan penglibatan murid secara aktif dalam kumpulan. Mclalui aktiviti kumpulan, murid dapat :i. berbincang dalam kumpulan tentang pengalaman dan pengetahuan berdasarkan tajuk yang diberi;ii. Saling membantu untuk mengemukakan hasil kerja kumpulan yang berkualiti; daniii. menyediakan laporan dan membentangkan hasil kumpulan.

Page 4: Saturday

5.6 Pelaksanaan AktivitiPelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam pengajaran Sejarah dengan melibatkan murid supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Antara aktiviti tersebut adalah perbincangan berdasarkan gambar, buku teks dan bahan-bahan bacaan, mengkaji peta, mengkaji jadual dan graf, merujuk laman web, perbahasan dan lakonan.5.6.1 Aktiviti 1: Mengkaji GambarGambar-gambar sejarah yang terdapat dalam buku teks, majalah dan laman web merupakan bahan konkrit yang merekodkan peristiwa masa lalu. Murid boleh membina imej atau pandangan mengenai sesuatu peristiwa lama. Biasanya, gambar-gambar boleh digunakan untuk memperkenalkan sesuatu topik baru melalui kajian secara terperinci terhadap gambar itu. Murid boleh digalakkan untuk mengkaji seberapa banyak perkara berkenaan gambar itu dari sudut sejarah.Semasa menggunakan gambar sebagai bahan aktiviti, guru dicadangkan supaya mengambil langkah-langkah berikut:Langkah I - Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan-kumpulan im diarah supaya melantik seorang ketua dan seorang pencatat.Langkah II Guru mengedarkan beberapa soalan kepada setiap kumpulanbersama-sama gambar yang akan dikaji.Langkah III - Guru memperuntukkan masa kepada kumpulan untuk mengkaji gambar dan mencari jawapan kepada soalan-soalan yang diedarkan.Langkah IV- Ketua atau wakil setiap kumpulan membaca jawapan kumpulan masing-masing.Langkah V - Guru meminta murid dari kumpulan lain memberi komen terhadap jawapan kumpulan.Langkah VI - Guru membuat ulasan dan rumusan melalui perbincangan.5.6.2 Aktiviti 2: Mengkaji Bahan BacaanGuru boleh menggunakan buku teks dan bahan-bahan bercetak untuk menjayakan aktiviti ini. Berikut dicadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk melaksanakan aktiviti tersebut:Langkah I - Membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan. kecil (lima hingga enam orang murid setiap kumpulan).Langkah II - Guru mengedarkan bahan bacaan dan juga soalan yang telah disediakan.

Langkah III - Guru menyuruh murid meneliti bahan bacaan yang diedarkan dan mencari jawapan bagi soalan yang telah diberikan. Guru memberi masa yang cukup kepada kumpulan-kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini.Langkah IV - Ketua kumpulan atau wakil diminta menyampaikan jawapan yang telah disediakan secara bergilir-gilir.Langkah V - Guru meminta murid dari kumpulan lain memberi komen terhadap jawapan kumpulan.Langkah VI - Guru memberi komen terhadap jawapan kumpulan. Guru membuat rumusan daripada hasil perbincangan.5.6.3 Aktiviti 3: Projek BerkumpulanProjek berkumpulan merupakan suatu aktiviti pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, yang dapat mendorong murid untuk membuat kajian atau penyelidikan. Melalui aktiviti projek berkumpulan, semangat kerjasama dan sikap saling membantu

Page 5: Saturday

dapat dipupuk. Langkah yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Langkah I - Guru mengenal pasti tajuk projek untuk setiap kumpulan murid.Langkah II - Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasanLangkah III-Guru memberi garis panduan kepada kumpulan tentang prosedur untuk melaksanakan projek. Aktiviti projek hendaklah merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan, pelaporan dan penilaian.Langkah IV - Murid akan menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan.

Langkah VI - Sesi perbincangan dan penilaian dijalankan selepas pembentangan.

5.7 Selain daripada aktiviti yang dicadangkan di atas, guru boleh melaksanakan aktiviti seperti berikut:i. Mengkaji PetaAktiviti ini boleh dijalankan secara kelas atau kumpulan. Murid meneliti peta yang diberikan. Mereka akan membuat tafsiran atau memberi jawapan berdasarkan arahan dan soalan guru.ii. PerbahasanPerbahasan merupakan aktiviti yang boleh memberi peluang kepada penyertaan murid. Murid yang tidak terlibat dalam perbahasan boleh diberikan peluang untuk menilai dan mengadili perbahasan tersebut melalui sesi perbincangan.

iii. LakonanAktiviti ini boleh dilaksanakan secara spontan atau secara terancang. Guru memilih aspek-aspek tertentu dalam topik yang diajar untuk dilakonkan oleh murid. Lakonan yang terancang memerlukan penyediaan skrip sebelum aktiviti dilaksanakan.iv. Mengkaji Jadual dan GrafUntuk melaksanakan aktiviti ini, dicadangkan guru merujuk kepada garis panduan bagi Aktiviti 3: Projek Berkumpulan.5.8 Kaedah lain dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah5.8.1 Theory Of Constraints For Education ( TOCFE )TOCFE adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan kepada kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik menerusi penggunaan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah serta konkrit. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.i. Teknik TOCFETerdapat tiga Teknik TOCFE yang boleh diaplikasikan iaitu:• Teknik Awan (The Cloud)• Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)• Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)ii. Objektif Teknik TOCFEMenerusi pelaksanaan teknik TOCFE dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya:• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;• menyelesaikan masalah dengan berkesan;• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama;• berkomunikasi dengan baik; dan

Page 6: Saturday

• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.

iii. Kaedah pelaksanaan TOCFEGuru menggunakan teknik TOCFE melalui kaedah berikut:• Aktiviti bercerita (mendedahkan pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan);• Kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian); dan• Kandungan huraian sukatan pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik)

5.8.2 Experiential Activities Planner (EAP)EAP merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan beberappedagogi seperti kemahiran berfikir, kajian masa depan, teori kecerdasan pelbagaidalam satu pengajaran. EAP merangkumi lima aspek pembelajaran seperti berikut:• belajar dalam suasana yang riang dan harmonis.• kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif• Pembelajaran Koperatif• penglibatan komuniti.• proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagaii. Prosedur EAP :• warm-up• pengenalpastian masalah• penerokaan individu• keria kumpulan• komunikasi• rumusan

ii. Langkah-langkah Pelaksanaan EAP Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan langkah-langkah pelaksanaan EAP sebagaimana yang disenaraikan.• Menganalisis kandungan tema / tajuk• Memilih topik atau tajuk dan subtajuk• Menentukan objektif / hasil pembelajaran yang ingin dicapai• Mengemukakan soalan tentang tajuk atau topik• Merancang penggunaan EAP secara sistematik• Menyediakan media rangsangan dan bahan bantu mengajar• Mengadakan raptai• Membuat demonstrasi pengajaran di bilik darjah• Membuat penilaian selepas pengajaran dan pembelajaraniii. Kelebihan EAPKaedah EAP membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih bermakna dan menggembirakan. Kaedah ini mengambil kira aspek penglibatan murid secara aktif dan koperatif dalam aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

5.8.3 Pembelajaran Secara KontekstualPembelajaran Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi

Page 7: Saturday

kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini memerlukan guru mengaplikasikan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan juga perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.i. Bentuk Pembelajaran KontekstualDalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut:• Menghubungkait (Relating)• Mengalami (Experiencing)• Mengaplikasi (Applying)• Bekeriasama (Cooperating)• Memindahkan (Transfering)

ii. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran KontekstualDalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran, mesti memenuhi keperluanstrategi yang berikut:MOTIVASI--------- PEMAHAMAN KEMAHIRAN---------PENILAIAN

5.8.4 Kajian Masa Depan (KMD)Kajian Masa Depan merupakan salah satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membina keupayaan murid untuk menghadapi cabaran hidup dan berfikiran jauh ke hadapan. Melalui KMD murid akan menyedari bahawa masa depan sentiasa berubah dan penuh cabaran. Murid dapat merancang masa depan sesuai dengan hasrat melahirkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan berketrampilan.Dalam proses membuat Kajian Masa Depan, guru perlu mendedahkan kepada murid tentang apakah yang telah berlaku (sejarah) dan apa yang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini). Seterusnya, guru perlu membimbing murid membuat pertimbangan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku pada masa hadapan dan impaknya sebelum membuat keputusan terbaik.i. Kemahiran KMDMelalui KMD guru hendaklah melatih murid untuk meramal masa hadapan dengan asas-asas tertentu melalui kemahiran khusus KMD seperti:• Pemahaman konsep KMD• Pengumpulan maklumat• Ramalan dan analisis• Imaginasi dan kreatif• Strategi mengatasi cabaran• Proses inovasi sosial• Membina senario• Penjelasan nilai-nilai masa depan• Dimensi kemapanan

5.8.5 Pembelajaran KonstruktivismeKonstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau

Page 8: Saturday

konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.Melalui kaedah ini, guru memberikan lebih penekanan kepada peranan murid. Murid berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperoleh kefahaman yang jelas. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. Sesuatu pengetahuan individu murid adalah hasil daripada pengalamannya. Walau bagaimanapun, segala pengetahuan yang diperoleh perlu berkisar pada ciri-ciri sejarah.i. Kelebihan Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran secara konstruktivisme mengubah peranan guru dan murid menjadi lebih:• berfikir• faham• ingat• yakin• berkemahiran sosial• seronok

5.8.6 Belajar Sambil MainPembelajaran sejarah merupakan pembelajaran yang dinamik. Kaedah belajar sambil bermain dapat membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan lebih berkesan, menarik dan menyeronokkan. Melalui kaedah ini, murid akan seronok belajar tanpa menyedari mereka belajar dalam suasana tidak tertekan dan dapat mengingati fakta-fakta secara tidak langsung.5.8.7 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Guru digalak menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sumber rujukan TMK, boleh didapati daripada laman web yang dibangunkan oleh KPM seperti http://myschoolnet.ppk.kpm.my, http://www.cikgu.net.my/ dan sebagainya. Guru boleh memanfaatkan Portal e-Pembelajaran, yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran bagi menyediakan kandungan digital setempat (indigenous) untuk tujuan pembelajaran on-line. Selain itu, guru boleh menggunakan perisian yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum atau yang dibangunkan sendiri oleh guru.6. PeneguhanGuru memberi peneguhan kepada murid mengikut situasi pembelajaran. Peneguhan diberi sama ada pujian secara lisan atau bukan lisan (mimik muka, isyarat tangan, pergerakan postur badan dsb). Guru mempelbagaikan kaedah peneguhan agar pujian yang diberi dapat memotivasikan murid. Guru juga perlu membuat teguran terhadap perlakuan negatif yang dilakukan oleh murid.7. Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid7.1 Guru memberi latihan clan tugasan serta kerja rumah mengikut tahap, potensi clan keupayaan murid. Tugasan hendaklah dipelbagaikan bentuknya dan selari dengan pemeringkatan tajuk agar murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran serta mempunyai pelbagai kemahiran.7.2 Latihan dan kerja rumah perlu diperiksa mengikut kekerapan yang munasabah. Guru hendaklah memberi ulasan yang membina, menunjukkan kesalahan murid dan memberikan penghargaan kepada penghasilan latihan yang terbaik. Di samping itu, guru juga

Page 9: Saturday

memastikan murid membuat pembetulan kesalahan bagi meningkatkan potensi diri mereka.8. Penilaian di Bilik Darjah8.1 Guru perlu melaksanakan penilaian secara lisan atau bertulis untuk mengukur sejauh mana penguasaan pembelajaran murid serta mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka.8.2 Proses penilaian hendaklah dijalankan secara berterusan.8.3 Hasil penilaian memberi maklum balas keberkesanan pengajaran danpembelajaran, sama ada objektif yang dirancang tercapai atau sebaliknya.9. Penutupan Pengajaran9.1 Guru mengakhiri pengajaran dengan membuat penutupan kognitif (rumusan berkaitan tajuk yang diajar perlu dilakukan secara lisan atau bertulis).9.2 Guru juga hendaklah membuat penutupan sosial melalui kenyataan yang mententeramkan emosi murid dan meminta murid membuat persediaan untuk pelajaran berikutnya.

RujukanAbdul Rahim Abd. Rashid. (1999). Kemahiran berfikir merentasl kurikulum:pendekatan pedagogi dan wawasan pendidikan bestari. Shah Alam: Fajar Bakti.____________________ (1999). Pendidikan sejarah, falsafah, teori dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Abd. Rashid Omar. (1999). Pancaminda: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk sekolah rendah.(Ed.2) Ipoh : First Copy (M) Sdn. Bhd.