satu kajian di negeri selangor darul ehsan

25
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR·FAKTOR YAN G MEMPENGARUHI KEPASTIAN KERJAYA REMAJA: SATU KAJIAN DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN. WAN MARZUKI BIN WAN JAAFAR FPP 1999 18

Upload: duongdien

Post on 01-Jan-2017

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR·FAKTOR YAN G MEMPENGARUHI KEPASTIAN KERJAYA REMAJA:

SATU KAJIAN DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.

WAN MARZUKI BIN WAN JAAFAR

FPP 1999 18

Page 2: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

FAKTOR·FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPASTIAN KERJAYA REMAJA:

SATU KAJIAN 01 NEGERI SELANGOR OARUL EHSAN.

WAN MARZUKI BIN WAN JAAFAR

MASTER SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1999

Page 3: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPASTIAN KERJAYA REMAJA:

SATU KAJIAN 01 NEGERI SELANGOR OARUL EHSAN.

Oleh

WAN MARZUKI BIN WAN JAAFAR

Projek yang dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat bagi mendapatkan Ijazah Master Sains

di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

Februari 1999

Page 4: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

PENGHARGAAN

Seting g i- t ing g i k esyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S. W T

kerana deng an izinNya dapat saya m eyempumakan t esis m aster dengan

jayanya. Alham dulillah .. . . .

Ucapan terim a k asih yang tidak terhingg a ditujuk an k has kepada

Profesor Madya Dr. Othm an Dato' Hj. Moham ed yang t elah banyak

m emberi nasihat, bimbing an, teg uran dan dorongan bag i m enjalankan

k ajian dan m enyiapkan tesis ini. Ucapan terim a kasih jug a kepada Dr.

Rusnani Abdul Kadir dan Dr. Rohani Ahm ad Termizi yang turut m emberi

bimbing an dan dorong an dalam m enyiapkan tesis ini.

Pada k esempatan ini jug a, saya ing in m erakam k an penghargaan

dan ucapan terim a kasih kepada isteri yang am at saya cintai, Rozila Bte

Mobin yang sentiasa m emberi dorongan, pert% ng an dan sem angat

sem asa saya m enyiapkan tesis ini.

Untuk keluarg a tersayang, Ma, Abah dan adik-adik yang banyak

berkorban dan tidak pemah m erasa jem u m emberikan sokong an dan

dorongan bag i m enyiapkan tesis ini. Untuk Ayah Ng ah, terim a k asih

kerana banyak m emberi sokongan dan sudi m enjadi penj am in pengajian .

11

Page 5: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

Buat ak himya, tidak lupa kepada Kem enterian Pendid ikan Malaysia,

Jabatan Pendidikan Se/ang or Daru/ Ehsan, sekolah-seko/ah yang terpilih,

rakan-rakan kaunselor dan rakan-rakan yang banyak m emberi bantuan.

Tanpa kerjasam a kalian tidak m ung k in kajian ini dapat d isempumakan.

Doa dan peng orbanan k alian akan sentiasa seg ar da/am sanubariku.

/kh/as daripada,

WAN MARZUKI BIN WAN JAAFAR

111

Page 6: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

KANDUNGAN

PENGHARGAAN SENARAI JADUAL ABSTRAK ABSTRACT

BAB

1. PENGENALAN

Latar belakang kajian

Pernyataan masalah

Tujuan kajian

Hipotesis kaj ian

Kepentingan kaj ian

Definisi operasional

Batasan kajian

2. SOROTAN LITERA TUR

3. METODOLOGI

Pengenalan

Reka bentuk kajian

Lokasi kajian

Populasi kajian

Prosedur pemil ihan sam pel

IV

Muka Surat

i i vi i ix xi

1

5

7

7

9

9

13

14

31 31 33 33 33

Page 7: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

Analisis kuasa saiz sampel ' 0 ' • • 0 ' 0 . ' 0 , ' 0 , . 0 _ . 0 . 35

Alat kajian ' 0 ' . 0 . ' 0 ' " 0 ' 0 , . 0 • • 0 . 38

Pengumpulan data . 0 • • 0 . ' 0 ' , 0 ' . 0 . ' 0 , • • 0 39

Kebolehpercayaan alat kaj ian ' 0 • • 0 • • 0 . ' 0 ' . 0 • • 0 • • • • 40

Penganalisisan data . 0 . ' 0 , . 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • 0 . 42

4. HASIL KAJIAN

Pengenalan . .. . , 0 , . 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • 0 . 45

Pembolehubah-pembolehubah Demografi . 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • • 0 . 0 . 47

Perbincangan terhadap hipotesis- . 0 . ' 0 , . 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • • • 58 hipotesis kajian

Penguj ian h ipotesis 1 . 0 • • 0 . ' 0 ' . 0 . , . , ' 0 ' • • • 58

Pengujian hipotesis 2 • • 0 ' 0 • • • 0 . 0 • • 0 • • 0 • • , . 59

Penguj ian h ipotesis 3 . 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • • • 60

Penguj ian h ipotesis 4 • • 0 • • • • 0 • • • 0 ' 0 ' . 0 • • • • 61

Penguj ian hipotesis 5 . 0 • • 0 . ' 0 , . 0 • • 0 • • 0 • • • • 61

Pengujian h ipotesis 6 . 0 • • 0 • • 0 • • 0 . ' 0 , • • • • • • 63

Penguj ian h ipotesis 7 . 0 . ' 0 • • 0 • • 0 . ' 0 ' • • • • 0 • • 64

5. PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Pengenalan ' 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • 0 • • • • 65

Kesimpulan . 0 . ' 0 , . 0 • • 0 . ' 0 • • 0 • • • • 69

Impl ikasi kajian ' 0 , ' . 0 ' 0 ' . 0 • • • 0 . 0 • • • • 70

Saranan kajian . 0 • • 0 . ' 0 ' . 0 . , 0 , . 0 . , . 0 7 1

v

Page 8: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

Cadangan

Rumusan dan Penutup

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

A. Soal-sel idik penyelid ikan

B. Surat-surat kebenaran

BIODATA DIRI

VI

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . , . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

74

75

76

84

99

1 05

Page 9: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

SENARAI JADUAL

Jadual

1 Persampelan mengikut kategori sekolah, bangsa dan jantina

2 Taburan Responden mengikut Umur

3 Taburan Responden mengikut Jantina

4 Taburan Responden mengikut Bangsa

5 T aburan Responden mengikut Agama

6 Taburan Responden mengikut Aturan Kelahiran

7 Taburan Responden mengikut Lokasi Sekolah

8 T aburan Responden mengikut Sekolah

9 Taburan Responden mengikut Pendapatan Bapa

10 T aburan Responden mengikut Pendapatan Ibu

11 T aburan Responden mengikut Pendapatan Ibu dan Bapa

12 Ringkasan Statist ik yang Mengukur Ni lai Pekerjaan, Lokus Kawalan dan Kepastian Kerjaya secara Keseluruhan

VB

Muka Surat

38

47

48

. 0 • • 0 ' ' 0 • • 0 . ' 0 • • 0 • • 0 ' 49

. 0 . ' 0 ' ' 0 ' ' 0 • • 0 . ' 0 ' • • , 50

. 0 . ' 0 ' . 0 . ' 0 • • 0 • • 0 • • • _ 51

. 0 • • 0 ' . 0 . ' 0 ' ' 0 • • 0 • • • • 52

' 0 ' . 0 ' ' 0 ' ' 0 ' . 0 • • 0 • • 0 _ • • 52

' 0 • • 0 ' ' 0 • • 0 • • 0 , . 0 • • 0 • • • 54

. 0 . ' 0 ' . 0 . ' 0 , , 0 , ' 0 • • 0 • • ' 55

. 0 • • 0 ' " 0 . 0 . , 0 , . 0 . ' 0 • • • 56

. 0 . ' 0 , . 0 . ' 0 . , 0 , . 0 . ' 0 ' • • 57

Page 10: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

13 Ujian-t menunjukkan Perbezaan d i antara Jant ina dan Kepastian Kerjaya

14 Ujian Anova-sehala menunjukkan Perbezaan di antara Bangsa dalam Kepastian Kerjaya

15 Ujian Anova-sehala menunjukkan Perbezaan di antara Agama dalam Kepastian Kerjaya

16 Ujian-t menunjukkan Perbezaan dalam Kepastian Kerjaya di antara Remaja yang Bersekolah di Bandar dan d i Luar Bandar

17 Ujian Pekal i Korelasi Pearson-r menunjukkan Hubungan di antara Status Sosial Ekonomi dengan Kepastian Kerjaya di Kalangan Remaja

18 Ujian Pekal i Korelasi Pearson-r menunjukkan Hubungan di antara Ni lai Pekerjaan dengan Kepastian Kerjaya

19 Ujian Pekali Korelasi Pearson-r menunjukkan Hubungan di antara Lokus Kawalan dengan Kepastian Kerjaya Remaja

Vl11

, . , e o • • • • • • • • • • • • • • • • "

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

• • • • • • • • • • 0 • • • 0 • • • • • • • •

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

• • • • • • ' " . 0 • • 0 • • • • • • • • •

. 0 • • • • • • • • • • • • • • • • • • 0 • •

• • • • • • • • • • • • • • • • • 0 • • • • •

58

59

60

61

62

63

64

Page 11: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

Abstrak projek yang dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian syarat bagi

mendapatkan Ijazah Master Sains.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPASTIAN KERJAYA REMAJA: SATU KAJIAN 01 NEGERI SELANGOR OARUL EHSAN.

Penyelia

Fakulti

Oleh

WAN MARZUKI BIN WAN JAAFAR

Februari 1999

Othman Oato' Hj. Mohamed, Ph.D., Profesor Madya

Pengajian Pendidikan

Kajian in i bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepastian kerjaya remaja iaitu untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara lokus kawalan, ni lai pekerjaan dan faktor demografi dengan kepastian kerjaya. Keduanya untuk mengenal pasti sam a ada terdapat perbezaan faktor-faktor demografi Uantina, etnik, agama dan tempat belajar sama ada bandar atau luar bandar) dengan kepastian kerjaya. Kajian in i d ijalankan d ibeberapa buah sekolah menengah d i negeri Selangor Darul Ehsan. Sampel kajian adalah seramai 355 orang yang diambil mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar bandar. Alat kajian yang digunakan ialah soal-selidik lokus kawalan oleh Rotter (1 966) untuk mengukur lokus kawalan, soal-selidik ni lai pekerjaan oleh Zakaria Kasa (1 993) untuk mengukur nilai pekerjaan dan soal-sel idik kepastian kerJaya oleh Othman Mohamed (1 966). Data dianalisis dengan menggunakan uj ian-t, ujian-Anova sehala dan uj ian korelasi Pearson. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan yang signifikan d i antara jantina, tempat belajar dalam kepastian kerjaya . Uj ian-Anova sehala d igunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara bangsa, agama dalam kepastian kerjaya. Manakala ujian korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara status sosial ekonomi , ni lai pekerjaan, lokus kawalan dengan kepastian kerjaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dalam kepastian kerjaya (t(352.89) = .7 1 , p> .05 ) .

IX

Page 12: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

Seterusnya, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan di antara bangsa dalam kepastian kerjaya ( F(2) = 8.73, p< . 05) . Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan d i antara agama dalam kepastian kerjaya ( F(3) = 5 .06, p< . 05) . Hasi l kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara remaja yang bersekolah di bandar dan d i luar bandar dalam kepastian kerjaya (t(351 .93) = .22, p> . 05). la juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara status sosial ekonomi dengan kepastian kerjaya ( r(355) = .0 1 21 , p> .05). Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan d i antara ni lai pekerjaan dengan kepastian kerjaya ( r(355) = . 0007, p> .05). Akhir sekal i , hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan d i antara lokus kawalan dengan kepastian kerjaya ( r(355) =

- .061 , p> . 05) .

x

Page 13: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

Abstract of project presented to the Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia in partial fulfi l lment of the requirements for the

Degree of Master of Science.

FACTORS INFLUENCING ADOLESCENTS' CAREER DECISION: A STUDY IN SELANGOR DARUL EHSAN

By

WAN MARZUKI BIN WAN JAAFAR

Februari 1999

Supervisor : Othman Dato' Hj. Mohamed, Ph.D., Associate Professor

Faculty Educational Studies

The main purpose of the study was to investigate the factors that influence career decision. First, to determine whether there is a significant relationship between locus of control , work values, demographic factors and career decision. Second , to determine whether there is a significant d ifferences between demographic factors (gender, ethnic, religion and school whether urban or rural) and career decision. 355 respondents from the secondary schools in Selangor were choose by purposive sampling. The Rotter Locus of Control ( 1 966) was used to measure locus of control. Work values Inventory by Zakaria Kasa ( 1 993) was used to measure work values and Career Decision Inventory by Othman Mohamed ( 1 996) was used to measure career decision. The data was analyzed by using the t-test to determine the significant d ifferences between gender and school location (urban or rural) on career decision. One-way Anova was used to determine if significant d ifferences existed between ethnic and rel igion in career decision. Pearson-Correlation was used to determine the relationships between social economic status, work values and locus of control with career decision. Results showed that there is no significant differences between gender in career decision (t (352. 89) = .71, P > .05). Also it was found, there was significant differences between ethnic group in career decision (F(2) = 8.73, p < .05) . There was a lso a significant differences between religious groups on career decision (F(3) = 5.06, P < . 05). No significant d ifference was found between urban and rural schools on career decision (t(351 .93) = .22 , P > . 05) . There was no significants relationship between social economic status and career decision (r(355) = . 01 2 1 , p > . 05). No significant relationship between work values and career decision (r(355) = . 0007, p > . 05).

Xl

Page 14: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

Finally was found in the study, there was no significant relationship between locus of control and career decision (r(355) = - .06 1 , p> .05).

xu

Page 15: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

BAB SATU

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Dewasa ini apabi la menyentuh mengenai remaja, kita tak dapat

lari daripada mempersepsi mereka sebagai satu golongan muda yang

sedang berusaha untuk mencapai kestabilan daripada pelbagai aspek

kehidupan terutama aspek masa depan dan kerjaya mereka. Remaja

boleh din ilai dari pelbagai kategori . Sebagai contoh ada segolongan

remaja yang begitu berkeyakinan dengan kerjaya pad a masa hadapan

mereka , manakala segolongan remaja yang lain d i l ihat sebal iknya iaitu

masih lagi t idak past i . Menurut Brown dan Brooks ( 1 991 ) , individu yang

tidak pasti dengan pi l ihan kerjaya biasanya menunjukkan mereka sebagai

ind ividu yang tak pasti dan tak ada pi l ihan. Lebih daripada jangkamasa

hidup yang lain, peringkat remaja adalah waktu krit ikal sesuatu keputusan

kerjaya dibuat. Remaja merupakan masa transisi dan persediaan

mencirikan orang muda dalam mengendal ikan hidup dewasa (Banks,

Bates , Breakwel l , Bynner, Emler, Jamieson dan Roberts , 1 992) .

Perubahan biologikal yang berkaitan bermula pada umur 14.5 tahun bagi

lelaki dan 1 3.5 tahun bagi perempuan.

1

Page 16: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

2

Seterusnya , transisi daripada remaja kepada dewasa mel ibatkan

perubahan peranan dan tanggungjawab orang dewasa (Tanner, 1 962) .

O rang dewasa biasanya mempunyai kerjaya yang stabi l , kewangan

yang bebas, berkahwin, terlibat dalam politik serta kemungkinan

mempunya i anak. Peringkat remaja merupakan satu tahap di mana

individu mula bersedia ke arah kestabi lan tersebut. Walau

baga imanapun banyak ciri-ciri kedewasaan adalah lahir di awal

kehidupan, dan in i merupakan satu ja lan yang kritika l bag i mereka

untuk mencecah umur 20-an . Pendidikan , pekerjaan dan masa rehat

memberikan mereka pelbagai pi l ihan yang perlu mereka gunakan

sewajarnya . Dalam jangka masa 16 hingga 19 tahun ind ividu remaja

melalu i pelbagai pengalaman dalam pencapaian akademik, kehidupan

sosia l dan sebagainya merupakan satu masa yang kritikal da lam

menentukan hala tuju d i masa akan datang. Pi l ihan-pi l ihan yang d ibuat

ini berkemungkinan dipengaruhi oleh budaya-budaya kelompok mereka .

Malah , kelas sosia l , jantina , etnik dan juga lokus kawalan juga turut

berperanan dalam membentuk aspirasi iaitu faktor yang membentuk ciri­

ciri d iri remaja itu . Pengaruh ini d ianggap sebagai satu media antara

hubungan sosia l dengan kematangan individu. Dalam pemil ihan kerjaya

oleh individu , remaja turut dipengaruhi secara dominan oleh keluarga

yang banyak memberikan nasi hat dan bimbingan kepada mereka.

P ihak lain seperti saudara-mara terdekat, pemimpin-pemimpin remaja

dan guru juga turut berperanan dalam mempengaruhi remaja membuat

keputusan.

Page 17: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

3

Oa lam konteks in i , b imb ingan kerjaya yang d iberikan oleh para

pendidik terutama kaunselor b imbingan dan kerjaya dirasakan amat

penting dalam mempengaruhi individu remaja membuat keputusan

mengenai kerjaya masa depan mereka . Sagi individu remaja yang

berada dalam l ingkungan pertengahan 20-an , ketika berhadapan

dengan di lema ini, kebarangkal ian adalah tinggi untuk memikirkan dan

memutuskan apa yang harus dibuat, iaitu sama ada untuk meneruskan

pend idikan atau meninggalkannya untuk mendapatkan pekerjaan.

T erdapat segolongan remaja yang terus meninggalkan a lam pendidikan

dan ada segolongan lagi meneruskannya . O i luar a lam pendidikan ,

remaja mempunyai pelbagai a lternatif sama ada untuk memil ih

pekerjaan-pekerjaan, skim-skim latihan atau kerja-kerja separuh masa

yang tidak terikat. Ketika berumur 1 9 tahun, resolusi kepada

kebanyakan d i lema-di lema ini yang berkaitan dengan pi l ihan pekerjaan

kebanyakannya telah dicapai (Sanks et a l . 1 992).

Oi awal 20-an , sebagaimana di laporkan oleh Hendry (1 989) ,

aktiviti masa lapang untuk orang muda tertumpu kepada aturan orang

dewasa seperti kelab-kelab bel ia , berpengakap dan sebaga inya .

Secara kebetu lan aktiviti-aktiviti i n i memberi peluang kepada remaja

untuk menghabiskan masa dalam kumpu lan remaja tertentu seperti

menghabiskan masa di rumah rakan-rakan atau menceburi aktiviti

berkumpulan seperti bersukan. Mengisi masa lapang juga merupakan

Page 18: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

4

satu jenis pi l ihan, pasukan manakah yang harus d isokong, stai l muzik

yang bagaimana yang dikehendaki , pakaian apa yang perlu dipil ih untuk

melambangkan identiti , dan juga baga imana untuk menunjukkan

perasaan setiakawan kepada rakan sebaya . Namun in i juga merupakan

pi l ihan-pi l ihan yang memerlukan remaja membuat keputusan untuk

menentukannya (Bynner, 1 969) . Pada dekad-dekad kebelakangan in i ,

Schaffer dan Hargreave ( 1 978) menyatakan bahawa kebanyakan

remaja menyerta i pasaran buruh pada peringkat umur 16 tahun, dan in i

adalah pengalaman hidup yang normal bagi remaja . Courteney ( 1 988) ,

melalui kaj iannya mendapati bahawa hampir separuh remaja yang

berumur 16 masih kekal da lam a lam pendidikan, manakala mereka yang

terus bekerja selepas meningga lkan sekolah adalah sedikit sahaja iaitu

kurang daripada dua puluh peratus. Bag i remaja yang masih

meneruskan pendidikan , mereka akan terus berhadapan dengan pi l ihan

dan masih terus dalam di lema untuk membuat keputusan yang

meyakinkan. Mereka ini berhadapan dengan pi l ihan-pi l ihan kursus dan

juga pelbagai pi l ihan la in , misalnya sama ada untuk mengambi l kursus

vokasiona l atau a kademik, sama ada untuk belajar sambi I bekerja atau

belajar sepenuh masa , sama ada untuk ke universiti , kolej , maktab atau

sebagainya . Jelas fenomena d i atas memperl ihatkan bahawa remaja ,

ketika memerlukan mereka untuk membuat keputusan , menentukan

pi l ihan tentang masa depan dan kerjaya , mereka akan mengalami

sindrom kekurangpastian.

Page 19: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

5

Seandainya mereka meningga lkan a lam pendidikan tidak

mel ibatkan diri da lam bidang bidang pekerjaan , mereka didapati

menyertai pelbagai skim latihan dan juga kerja separu h masa yang tidak

terikat. 8agi remaja yang masih meneruskan pendidikan , mereka akan

terus berhadapan dengan pi l ihan-pi l ihan kursus dan juga pelbaga i

pi l ihan lain sam a ada untuk mengambi l kursus vokasional atau

akademik, sama ada untuk mencampurkan belajar dengan kerja

sambilan , sam a ada untuk ke universiti atau sebagainya . Mereka ini

masih tidak begitu pasti dengan kerjaya mereka masa depan. Oleh itu

adalah penting bagi kita untuk mengena l pasti apakah faktor-faktor yang

mungkin mempengaruhi kepastian kerjaya remaja itu sendiri supaya

tindakan yang sewajarnya dapat di lakukan dalam proses membantu

mereka.

Pernyataan Masalah

Kepastian terhadap kerjaya di kalangan remaja bukanlah

dipengaruhi oleh sistem pembelajaran semata-mata , tetapi juga boleh

di l ihat daripada beberapa faktor terutamanya yang melibatkan diri

remaja itu sendiri . Super ( 1 983) menegaskan bahawa keputusan

berhubung dengan kerjaya seseorang individu pad a sepanjang

hidupnya mempunya i hubungan dengan penentu-penentu ekonomi ,

sosial dan psikologi . Penentu-penentu ekonomi termasuklah edaran

perdagangan, perubahan teknologi dan peperangan. Penentu sosial

Page 20: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

6

pula termasuklah sosio-ekonomi, pendidikan, kewarganegaraan ,

bangsa, agama dan jantina . Penentu psikologi pula me/iputi warisan

b i% g i , kecerdasan , bakat istimewa dan ni la i .

Proses perkembangan ini pula bukan sahaja melibatkan

kompromi l uaran antara ind ividu dengan dunia pekerjaan , sebal iknya ia

juga mel ibatkan kompromi dalaman antara keperluan individu , ibu bapa

dan pengaruh kebudayaan (Super 1 957) . Krumboltz ( 1 983)

menyatakan faktor-faktor seperti pewaris genetik, peristiwa-peristiwa

persekitaran , pengalaman pembelajaran kognitif, emosi , pencapa ian

dan kemahiran memberi kesan kepada proses membuat keputusan

yang berkaitan dengan kerjaya . Oaripada pendapat Super ( 1 957) dan

Krumboltz ( 1 983) , maka terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi

kepastian kerjaya individu. O leh itu apakah pengaruh ekonomi , sosia l

dan psikologi itu turut mempengaruhi kepastian kerjaya ind ividu dalam

konteks senario d i Malaysia . Sehubungan in i , pengkaji beranggapan

bahawa kemungkinan faktor-faktor seperti ni la i pekerjaan , lokus

kawa lan , umur, jantina , etnik, status sosia l ekonomi , bandar dan l uar

bandar juga merupakan faktor-faktor penting yang mempengaruhi

kepastian kerjaya . Maka , kajian in i dija lankan bag i mencerap perkaitan

faktor-faktor yang penting itu dengan kepastian kerjaya remaja

terutamanya d i kalangan remaja Malaysia.

Page 21: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

7

Tujuan Kajian

Secara umum, kaj ian in i bertujuan untuk melihat faktor-faktor

yang mempengaruhi kepastian kerjaya remaja. Secara khususnya ,

kajian ini d ijalankan untuk mencapai objektif berikut:-

1. Untuk men genal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepastian

kerjaya di kalangan remaja.

2. Untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara faktor

demografi , lokus kawalan, ni lai pekerjaan dan faktor-faktor demografi

dengan kepastian kerjaya remaja.

3. Untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan faktor-faktor

demografi Uantina, etnik, agama dan tempat belajar sam a ada

bandar atau luar bandar) , ni lai pekerjaan dan lokus kawalan dengan

kepastian kerjaya remaja.

Hipotesis Kajian

Hipotesis 1

Terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dalam kepastian

kerjaya di kalangan remaja.

H ipotesis 2

Terdapat perbezaan yang signifikan d i antara bangsa dalam kepastian

kerjaya di kalangan remaja.

Page 22: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

8

Hipotesis 3

Terdapat perbezaan yang signifikan d i antara agama dalam kepastian

kerjaya di ka langan remaja.

H ipotesis 4

Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepastian kerjaya d i antara

remaja yang bersekolah di bandar dan luar bandar.

H ipotesis 5

Terdapat hubungan yang signifikan d i antara status sosia l ekonomi

dengan kepastian kerjaya d i ka langan remaja .

H ipotesis 6

Terdapat hubungan yang signifikan d i antara ni la i pekerjaan dengan

kepastian kerjaya di kalangan remaja .

H ipotesis 7

Terdapat hubungan yang signifikan d i antara lokus kawalan dengan

kepastian kerjaya remaja .

Page 23: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

9

Kepentingan Kajian

Kaj ian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kepastian

kerjaya remaja perlu d ijalankan dewasa in i agar ia dapat membantu

para remaja terutamanya remaja yang masih kurang pasti dengan

masa depannya. Menurut Brown dan Brooks ( 1 991 ) , ind ividu yang t idak

pasti dengan pi l ihan kerjaya biasanya menunjukkan mereka sebagai

individu yang tak pasti dan tidak ada pi l ihan. Maka, dapatan kaj ian ini

d iharapkan akan dapat memberi gambaran sebenar dan pengetahuan

yang berguna kepada pihak tertentu seperti kaunselor, pendidik dan

pemimpin remaja agar dapat merancang dan menyediakan program­

program yang dapat membantu remaja itu sendiri . Merujuk kepada

sumbangan teoritikal pula, d iharapkan kajian ini akan dapat

menambahkan koleksi keilmuan yang berkaitan dengan aspek kerjaya

terutamanya remaja. Tambahan pula kaj ian in i memberi fokus kepada

kaj ian tempatan dan boleh d ijad ikan panduan kepada kaj ian-kaj ian yang

akan datang.

Definisi Operasional

Kepastian Kerjaya

Bagi kaj ian in i , kepastian kerjaya dirujuk kepada cara indiy idu

mel ihat dan memahami dirinya berdasarkan maklumbalas yang

diberikan oleh responden (remaja terhadap kenyataan-kenyataan yang

Page 24: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

10

diambi l daripada Inventori Kepastian Kerjaya oleh Othman Mohamed

( 1 997) . Kepastian kerjaya dalam kaj ian ini murujuk kepada skor

kesel uruhan kepastian kerjaya .

Jantina

Menurut Ivy dan Backlund ( 1 994), jantina merupakan ciri-c i ri

psikologika l dan emosional yang terdapat dalam setiap ind ividu seperti

c i ri-c i ri kelelakian , kewanitaan atau gabungan kedua-dua ciri tersebut.

la mel ibatkan tra it-trait persona l iti seperti sikap, kepercayaan dan n i la i ,

orientasi seksual dan persepsi terhadap peranan lelaki dan perempuan

yang bersesuaian dengan masyarakat. Dalam kaj ian in i , jantina merujuk

kepada remaja lelaki dan remaja perempuan yang berumur 16 h ingga

1 9 tahun.

Etnik

Kumpulan etnik terdi ri daripada manusia yang mempunyai latar

belakang sosia l dan budaya yang sam a dan perasaan adanya identiti

yang sama antara mereka . Menurut Gordon (1983) , menyatakan

bahawa etnik adalah kumpula n manusia yang secara sosialnya berbeza

dengan kumpulan-kumpulan la in , telah membangunkan sub budayanya

tersendiri dan mempunyai "a shared feeling of peop/ehood'. Etnik

dalam kaj ian in i adalah merujuk kepada bangsa Melayu, Cina dan Ind ia .

Page 25: satu kajian di negeri selangor darul ehsan

1 1

Agama

Agama merupakan suatu pegangan dan kepercayaan sesuatu

bangsa atau kaum. Dalam kajian ini agama merujuk kepada agama

Islam , Kristian, Buddha dan Hindu.

Status Sosio-ekonomi

Status sosio-ekonomi dalam kajian ini merujuk kepada

pendapatan keluarga iaitu jumlah pendapatan bulanan ibu dan bapa.

Bandar dan Luar Bandar

Dalam kajian ini bandar merujuk kepada remaja yang bersekolah

di sekolah-sekolah d i bandar manakala luar bandar merujuk kepada

remaja yang bersekolah di luar bandar di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Nilai Pekerjaan

Pengertian ni lai ialah apabila seseorang memberikan penilaian

kebaikan dan keburukan , merit dan penggunaannya. la merupakan satu

standard yang boleh membuatkan seseorang individu melakukan

sesuatu yang dikehendakinya. Apabila individu itu menyatakan sesuatu

itu penting untuknya atau berkait rapat dengannya ind ividu itu

berpegang kepada nilainya. Ni la i berkaitan dengan keperluan, walau

bagaimanapun ia tidaklah sarna seperti keperluan. Ni la i bukanlah satu

trait perlakuan yang boleh d iperhatikan secara luaran tetapi ianya