sastera.docx

6
Memanfaatkan Sastera Dalam Abad Ke-21 Memanfaatkan Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21 Pengenalan Kemunculan abad baru sudah pasti membawa bersamanya cabaran terhadap perkembangan dunia pendidikan dan bahasa Melayu. Yang penting adalah bagaimana pendidikan bahasa Melayu harus berhadapan dengan keperluan abad baru ini. Pada hari ini kita ingin melihat pula kemampuan sastera untuk mengisi ruang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam arus abad ke- 21. Jika sastera mampu untuk mengisi ruang tersebut, bagaimana pula coraknya dapat mewarnai dan menangani proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. 1. Definisi bahasa dan Sastera Menurut Kamus Dewan bahasa didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu dengan individu yang lain). Bahasa juga merupakan percakapan yang baik dan penuh sopan santun. Bahasa juga meliputi adab, tatatertib, sopan santun, dan tingkah laku yang baik. Bahasa dirumuskan sebagai satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan menjadi medium manusia berkomunikasi. Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu: bunyi ucapan, dan satuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna. Melalui bahasa, kita dapat: berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya, mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana, dan mewariskan ilmu, budaya, peradaban, dan agama Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan

Upload: hilmi-azmi

Post on 13-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: sastera.docx

Memanfaatkan Sastera Dalam Abad Ke-21

Memanfaatkan Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21

Pengenalan

Kemunculan abad baru sudah pasti membawa bersamanya cabaran terhadap perkembangan dunia pendidikan dan bahasa Melayu. Yang penting adalah bagaimana pendidikan bahasa Melayu harus berhadapan dengan keperluan abad baru ini. Pada hari ini kita ingin melihat pula kemampuan sastera untuk mengisi ruang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam arus abad ke-21. Jika sastera mampu untuk mengisi ruang tersebut, bagaimana pula coraknya dapat mewarnai dan menangani proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

1. Definisi bahasa dan Sastera

Menurut Kamus Dewan bahasa didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu dengan individu yang lain). Bahasa juga merupakan percakapan yang baik dan penuh sopan santun. Bahasa juga meliputi adab, tatatertib, sopan santun, dan tingkah laku yang baik. Bahasa dirumuskan sebagai satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan menjadi medium manusia berkomunikasi. Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu: bunyi ucapan, dan satuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna. Melalui bahasa, kita dapat: berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya, mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana, dan mewariskan ilmu, budaya, peradaban, dan agama

Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan.

2. Hubungan antara bahasa dan sastera

Titik pertemuan antara bahasa dan sastera adalah sifat sastera itu sendiri yang memerlukan bahasa sebagai wahana komunikasi. Melalui bahasa isi dan tujuan karya itu dapat difahami pembaca. Bahasa memungkinkan pembaca menghayati pengalaman dan emosi yang terkandung dalam karya sastera. Bahasa sastera dilahirkan melalui imaginasi, fikiran, dan emosi. Bahasa bukan sastera bermaksud untuk memberikan keterangan manakala bahasa

Page 2: sastera.docx

sastera di dalamnya merangkumkan adunan emosi, imaginasi dan pemikiran. Bahasa sastera membawa unsur ketaksaan dalam maknanya berbanding bahasa bukan sastera yang lebih objektif sifat maknanya.

Bahasa sastera mempunyai sistem bahasa yang tersendiri. Bahasa sastera tidak terikat pada sistem bahasa yang amat ketat seperti mana yang perlu ada pada bahasa sains atau bahasa ilmu. Bahasa sastera juga bukanlah suatu yang sewenang-wenangnya diungkapkan. Keterikatan dan sekatan makna pada bahasa sastera tidak akan menghidupkan sastera kerana ia gagal berfungsi meperagamkan emosi dan bayangan. Susun kata dalam sastera juga tidak boleh sewenang-wenangnya kerana ia akan gagal melahirkan kesan keindahan yang diharapkan dalam sastera.

Keupayaan bahasa sastera untuk lahir sebagai bahasa yang penuh estetika terletak pada kebijaksanaan pengarang mengolah bahasa yang melahirkan kesan mendalam terhadap pembaca. Pengarang berkemampuan untuk menjadikan bahasa beranekaragam kesan penggunaannya serta melahirkan kesan rasa dalaman terhadap pembaca. Pengarang menggunakan kata untuk melahirkan makna konotatif atau mempelbagaikan makna kata atau frasa yang digunakan. Hidupnya karya sastera bergantung kepada hidupnya bahasa yang digunakan oleh seseorang pengarang.

Selain estetika bahasa, sastera juga mengandungi unsur keindahan yang terkandung dalam susunan cerita seperti perwatakan, plot, sudut pandangan, latar, dan bentuk. Sastera mempunyai bentuk berdasarkan genrenya sama ada pantun, syair, sajak, drama, cerpen, atau novel. Meskipun bahasa menjadi wahana karya sastera namun ia terbina atas organisasi atau strkutur yang tersendiri. Dalam puisi ada imej dan bunyi sebagai unsur yang menyumbang kepada pembentukan makna puisi itu sendiri. Dalam cerpen pula ia dibina oleh urutan plot, latar, watak dan perwatakan serta nilai yang dibawa oleh karya berkenaan.

3. Pengajaran bahasa menggunakan bahan sastera

3.1. Hubungan pembaca dengan teks

Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan untuk memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Bahan sastera dapat memberi kefahaman terhadap pelajar dari aspek penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran emosi, serta pelajar dapat membuat apresiasi dan penghayatan terhadap karya sastera.

Aspek estetika yang diutamakan dalam penggunaan bahan sastera adalah kebolehan pelajar untuk memahami dan memberi respons peribadi terhadap karya sastera. Ia dapat dilakukan melalui penceritaan semula sesebuah karya sastera, mengenalpasti perkara yang menarik dalam karya sastera, menyatakan bentuk dan nada puisi, menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran. Di samping itu pelajar berkebolehan untuk menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan unsur bunyi dalam puisi, dan mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan.

Penggunaan bahan sastera dapat membantu merangsang pelajar supaya memberikan pelbagai tindak balas dalam kegiatan pengajaran-pemelajaran di dalam bilik darjah (Marohaini Yusoff : 2001). Pelajar boleh menggunakan bahasa secara aktif sewaktu pengajaran kemahiran bahasa seperti membaca, mendengar, bertutur, dan menulis. Kegiatan membaca,

Page 3: sastera.docx

membuat perbincangan, dan menulis tentang kesusasteraan dapat membantu pelajar memahami teks yang dibaca dengan lebih baik. Pembacaan bahan sastera dapat memberikan pelajar latihan dari segi kemahiran pemahaman dan memperkukuhkan perbendaharaan kata dan kebolehan mereka untuk berfikir secara kritis.

3.2. Kemahiran abad ke-21

Sandra Burchsted merumuskan kemahiran abad ke-21 sebagai berikut :

• Literasi Informasi - Kompetensi mencari, menilai dan menggunakan informasi yang bersesuaian• Literasi Budaya - Menerima dan menghayati kepelbagaian budaya dan manusia; • Kesedaran Global - Memahami dan menerima hubungan antara negara, perbadanan multinasional, serta manusia di serata dunia; • Adaptabiliti / Kebolehan Menghadapi Kompleksiti; • Kreativiti dan Kesanggupan Menghadapi Risiko – Kesediaan untuk meningkatkan pengetahuan ke arah pendidikan sepanjang hayat• Kreativiti – Menggunakan imaginasi untuk membina perkara baru• Pemikiran Tinggi - Proses penyelesaian masalah secara kreatif menggunakan informasi, pendapat, dan penilaian. • Kerja Berpasukan - Kebolehan bekerjasama dalam satu pasukan ke arah pencapaian matlamat• Kolaborasi dan Kemahiran Interpersonal – Boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain dengan berkesan ke arah pencapaian matlamat• Rasional – Boleh berfikir secara logik untuk mencapai hasil dan membuat keputusan• Kemahiran Visual – Kebolehan membuat interpretasi, dan mengemukakan pendapat melalui imej, grafik, lakaran, ikon, fotografi, dan video• Kebolehan Merancang dan Mengurus Untuk Mencaoai Hasil• Keberkesanan Mengunakan Kemudahan dan Mencapai Produk Berkualiti (Prospectiva)

Jika dilihat dari aspek kemahiran tersebut bermakna bahasa Melayu mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai bahasa ilmu pada abad ke-21. Nik Safiah Karim (2004) menyatakan bahawa bahasa Melayu harus muncul sebagai bahasa ilmu dan bahasa perhubungan umum pada abad ini. Sebagai bahasa ilmu ia memerlukan penyediaan bahan bacaan dan bahan rujukan yang mencukupi. Di samping itu perlu lahir lebih ramai intelektual yang dapat menjadi contoh penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada tempat dan waktu yang

Page 4: sastera.docx

sesuai. Bahasa Melayu perlu muncul sebagai bahasa perhubungan dalam kalangan rakyat jelata melibatkan pelbagai konteks. Selain menumpukan kepada interaksi bahasa dalam situasi yang melibatkan pelbagai laras bahasa seperti laras politik, laras sastera dan sebagainya, penekanan perlu diberikan terhadap estetika bahasa.

Pengisian terhadap estetika bahasa akan menentukan keupayaan bahasa Melayu bertahan sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu abad ke-21. Masyarakat perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu yang indah dan menarik. Bahasa perlu sebati dengan masyarakat agar bahasa Melayu dapat diterima sebagai bahasa yang indah dan menarik. Kris Gutiérrez (2000) menerangkan bahawa keperluan pengajaran bahasa pada abad ke-21 adalah menggunakan bahan yang realistik dan mempunyai perkaitan dengan komuniti. Di samping itu kemahiran yang diajar hendaklah dapat memenuhi keperluan kerjaya pelajar. Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan termasuklah sosio budaya, linguistik, jati diri bangsa, serta nilai. Oleh itu peranan bahan sastera dalam pengajaran bahasa amat relevan dalam menentukan keupayaan bahasa Melayu memenuhi keperluan alaf baru ini.