sapie sabilan fakulti pendidikan, kolej universiti islam

17
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/329236207 Tahap Keberkesanan Penggunaan Kad Warna Jawiku Dalam Meningkatkan Kemahiran Menyambung Huruf Jawi Conference Paper · July 2018 CITATIONS 0 READS 2,362 3 authors, including: Some of the authors of this publication are also working on these related projects: Keperluan Pembangunan Modul Integrasi Latihan Perguruan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) View project Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan Modular Dalam Kurikulum KSSR View project Sapie Sabilan International Islamic University College Selangor 24 PUBLICATIONS 3 CITATIONS SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Sapie Sabilan on 28 November 2018. The user has requested enhancement of the downloaded file.

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/329236207

Tahap Keberkesanan Penggunaan Kad Warna Jawiku Dalam Meningkatkan

Kemahiran Menyambung Huruf Jawi

Conference Paper · July 2018

CITATIONS

0READS

2,362

3 authors, including:

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Keperluan Pembangunan Modul Integrasi Latihan Perguruan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) View project

Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan Modular Dalam Kurikulum KSSR View project

Sapie Sabilan

International Islamic University College Selangor

24 PUBLICATIONS   3 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Sapie Sabilan on 28 November 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.

Page 2: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

1

TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAD WARNA JAWIKU DALAM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI1

Sapie Sabilan

Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

Mohd Borhan Jamaluddin, Siti Nga’ishah Mohni

Kementerian Pendidikan Malaysia

ABSTRAK

Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab iaitu menggunakan huruf-

huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.

Tulisan jawi juga merupakan satu jenis tulisan yang mempunyai

hubungan yang erat dengan perkembangan agama Islam di Malaysia.

Jawi merupakan bidang yang ditekankan dalam Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh

yang demikian itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau permasalahan

menyambung huruf jawi tunggal dalam kalangan murid Tahun Dua

Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang. Kajian ini

mengunakan kaedah campuran (mixed method) berbentuk deskriptif iaitu

metod kualitatif dan kuantitatif. Melalui metod kualitatif pengkaji

menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Manakala

metod kuantitatif menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pos. Pengkaji

akan mengaplikasikan penggunaan Model Kajian Kurt Lewin (1946)

yang mengandungi empat tahap iaitu merancang, bertindak, memerhati

dan mereflek dalam kajian ini. Seramai 17 orang murid telah terpilih

sebagai responden. Responden akan diperkenalkan dengan penggunaan

Kad Warna Jawiku sebagai salah satu alternatif kepada penyelesaian

masalah menyambung huruf jawi tunggal. Hasil dapatan kajian

memberikan petunjuk yang positif dan memberangsangkan. Secara

keseluruhannya, kajian mendapati keberkesanan pelaksanaan Kad Warna

Jawiku memberi satu cara mudah untuk mempelajari kaedah

menyambung huruf jawi tunggal. Namun terdapat beberapa elemen dari

sudut input dan proses perlu ditambahbaik bagi mempertingkatkan

keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran

jawi di sekolah rendah.

Kata kunci : jawi, pendidikan Islam

1 Kertas kerja ini dibentangkan di Intenational Conference on Da’wah 2018 (ICOD 2018) bertempat Beijing China

anjuran Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tarikh 21-27 Julai

2018.

Page 3: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

2

PENDAHULUAN

Tulisan jawi merupakan medium komunikasi yang sangat penting sebelum dan selepas

merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi pada zaman dahulu seperti

batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya. Terdapat juga surat khabar yang

ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tulisan jawi juga merupakan satu mata pelajaran

wajib di sekolah-sekolah pada masa dahulu. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan

menggunakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa

Melayu. Tulisan jawi juga merupakan tulisan yang mempunyai hubungan yang erat

dengan perkembangan agama Islam di Malaysia. Tulisan jawi adalah antara tulisan

terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam

Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh

pada abad ke 17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya

Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M. Manakala tulisan rumi

yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke 19. Ini menunjukkan tulisan jawi

telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi.

Pada hari ini melalui matapelajaran Pendidikan Islam KSSR, bidang jawi telah

diwujudkan dan diajar dengan menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan supaya

murid dapat menguasai setiap kemahiran dalam mata pelajaran ini. Namun

kebelakangan ini, beberapa isu yang agak merisaukan adalah penguasaan dan minat

masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam

tulisan jawi dan kurangnya bahan-bahan bercetak dalam tulisan jawi. Kesedaran dan

keprihatinan pihak kerajaan yang tidak ingin melihat tulisan jawi pupus menyebabkan

tulisan jawi telah diberi nafas baru bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji

Ahmad Badawi yang memperkenalkan program j-QAF di setiap sekolah rendah

bertujuan bagi memantapkan lagi tulisan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.

Dalam program j-QAF ini murid-murid yang lemah penguasaan jawi akan dibimbing

dalam kumpulan kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi ditulis dalam tulisan

jawi. Terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah(KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini telah dilaksanakan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Semasa wujudnya sekolah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan utama di sekolah-

sekolah di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Namun apabila sekolah-sekolah

Melayu dihapuskan dan diganti dengan sekolah kebangsaan, peranan tulisan jawi

semakin berkurangan di sekolah-sekolah. Tulisan jawi menjadi mata pelajaran sahaja

dan dimasukkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu. Bagaimana pun keadaan ini tidak

bertahan lama kerana guru yang berkemahiran dalam mata pelajaran Jawi berkurangan.

Akhirnya mata pelajaran Jawi berpindah ke dalam pengajaran Pengetahuan Agama

Islam. Namun ianya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana matapelajaran jawi

telah mengurangi waktu pengajaran matapelajaran Pengetahuan Agama Islam. Keadaan

yang tidak menentu ini wujud sehingga sekarang yang mengakibatkan kedudukan

tulisan Jawi terus menerus malap dan merosot. (Amat Juhari Moain 1992)

Menurut Abd Rahman Hamzah (2008) identiti orang Islam sebenar ialah al-Quran.

Terdapat usaha untuk memisahkan umat Islam daripada tulisan Arab dengan

menyisihkan identiti Islam daripada diri individu Muslim. Usaha demikian dirancang

dan dilaksanakan oleh para musuh Islam menerusi penjajahan yang begitu halus

Page 4: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

3

sehingga hilang rasa sayang dan hormat umat Islam terhadap tulisan jawi. Sebelum

kemerdekaan negara, rakyat negara ini dilaporkan ramai yang buta huruf iaitu tidak tahu

membaca dan menulis khususnya tulisan rumi tetapi mereka masih celik al-Quran dan

fasih dalam membaca dan menggunakan tulisan jawi. Namun apa yang berlaku hari ini,

masih ramai rakyat yang berkeadaan buta huruf tetapi ianya bukan buta huruf dalam

tulisan rumi sebaliknya buta huruf dalam tulisan jawi.

Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan Islam diajar

melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang ditulis dalam

tulisan jawi. Tulisan jawi adalah hasil daripada pengubahsuaian dan penambahan huruf-

huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh huruf ga (ض) diperkenalkan dengan

berasaskan bunyi huruf kaf (ك) dan jim (ج) serta cha (خ)berasaskan bunyi huruf ta (ت)

dan jim (ج) (Syed Muhammad Naquib al-Attas 1990). Oleh itu, tulisan jawi merupakan

medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah

Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Quran (Kang Kyoung Seouk

1990).

Matlamat pelajaran jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran

menulis dan membaca jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu

dalam Pendidikan Islam. Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam

Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari

semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Namun begitu, hal ini sukar bagi

murid yang lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan masa

belajar dan berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi pada waktu persekolahan

dan tambahan waktu 30 minit untuk pemulihan atau di luar waktu persekolahan.(Kang

Kyoung Seouk 1990) Menurut pendapat Mohammad Amin Dan (2009) kelemahan murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf bersambung jawi amat

ketara sehingga mereka gagal dalam menjawab soalan-soalan yang menggunakan

tulisan jawi.

Menguasai kemahiran menulis tulisan jawi bukanlah mudah seperti kemahiran

bahasa lain. Ianya memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan

kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-

bentuk huruf di samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi

merupakan suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul

sejak awal lagi. Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan

bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan

dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental. (Norhawati,

2000, Shazana, 2009) Kajian Zamferi Ibrahim (2009) mendapati ramai murid yang

lemah dan kurang memahami kaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf jawi

yang diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang tepat

dan betul. Walaupun murid dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul pula

masalah mengenai bagaimana menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang

bersambung.

Kelemahan penggunaan tulisan jawi dalam kalangan murid dapat dilihat ketika

proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam tidak dapat

dilaksanakan menggunakan tulisan jawi sepenuhnya. Ketidakupayaan murid

menggunakan tulisan jawi melambatkan proses pengajaran guru dan terpaksa

menggunakan tulisan rumi walaupun dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Page 5: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

4

Sehubungan itu juga terdapat murid yang tidak boleh membaca al-Quran dan menulis

jawi dengan baik. Berdasarkan kepada isu-isu yang dijelaskan, mendorong pengkaji

untuk mengkaji kemahiran tulisan jawi dalam kalangan murid-murid Tahun Dua

Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji penggunaan kad warna jawiku dalam

meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

beberapa objektif khusus ditetapkan dalam kajian ini:

a. Mengenalpasti masalah-masalah kelemahan murid dalam penulisan jawi.

b. Menjelaskan penggunaan “kad warna jawiku” dalam meningkatkan kemahiran

menyambung huruf jawi.

c. Menilai tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menyambung huruf jawi

menggunakan “kad warna jawiku”.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkaitan

dengan penggunaan kad warna jawiku dalam meningkatkan kemahiran menyambung

huruf jawi di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang berdasarkan objektif

kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini

adalah seperti berikut:

a. Apakah masalah-masalah kelemahan murid dalam penulisan jawi.

b. Bagaimanakah penggunaan “kad warna jawiku” dalam meningkatkan kemahiran

menyambung huruf jawi.

c. Bagaimanakah tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menyambung

huruf jawi menggunakan “kad warna jawiku”.

BATASAN KAJIAN

Tumpuan kajian ini terbatas kepada penggunaan kad warna jawiku dalam meningkatkan

kemahiran menyambung huruf jawi Sampel kajian ini hanya melibatkan di Sekolah

Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang. Seramai 17 orang murid Tahun 2 dipilih

daripada sekolah tersebut yang terdiri daripada 12 murid perempuan dan 5 murid lelaki.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini penyelidik memilih rekabentuk kajian yang berbentuk campuran

(mixed metode) iaitu metod kualitatif dan kuantitatif. Data yang dikutip lazimnya

merangkumi data deskriptif (kualitatif) dan maklumat statistik (kuantitatif). Melalui

rekabentuk kajian tinjauan ini, penyelidik akan dapat mengumpul maklumat dan

mengutip data secara langsung dengan responden berkaitan sikap, pendapat,

kepercayaan semasa dan lain-lain. Menurut Neuman (2000) kajian yang terbaik

merupakan kajian yang sering menggabungkan ciri-ciri yang terdapat di dalam kajian

berbentuk kuantitatif dan kualitatif kerana kekuatan dan kelemahan yang terdapat di

Page 6: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

5

dalam kedua-dua bentuk kajian tersebut saling akan menampung di antara satu sama lain

(Azmil Hashim dan Ab. Halim Tamuri, 2012).

Pendekatan kuantitatif yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos kerana ini

bersesuaian dengan kaedah tinjauan (Robson, 1988). Manakala pendekatan kualitatif

digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan “kad warna jawiku”

dalam meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi di Sekolah Kebangsaan

Mengkuang, Triang Pahang. Melalui pendekatan ini kaedah pemerhatian dan analisis

dokumen akan dijalankan. Melalui reka bentuk kajian ini penyelidik akan dapat

mengumpul maklumat secara langsung daripada responden.

Dalam kajian ini, jumlah keseluruhan murid tahun dua di Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang adalah seramai 17 orang. Maka

pengkaji memilih semua murid tersebut untuk dijadikan sampel kajian. Pemilihan

sampel dibuat berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang telah

menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. Menurut

Mohd Najib (1998) menyatakan bahawa cara ini amat baik kerana lebih besar sampel

yang digunakan oleh para penyelidik akan membantu para penyelidik mendapatkan

kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu, para penyelidik juga dapat mengurangi

kesilapan keputusan atau masalah kebarangkalian.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Yusri Salleh (2009) mendapati hasil yang

serupa iaitu tahap penguasaan murid dalam membaca dan menulis jawi masih berada

pada tahap yang lemah. Dua aspek yang dikaji iaitu membaca dan menulis merupakan

kemahiran yang penting dalam pembelajaran jawi. Berdasarkan dapatan kajian tersebut,

pengkaji telah membuat perbandingan di antara masalah tersebut dengan sesi pengajaran

dan pembelajaran jawi yang telah dijalankan olehnya. Pengkaji mendapati masalah yang

dihadapi juga adalah sama sebagaimana yang berlaku di dalam kajian-kajian sebelum

ini. Murid-murid gagal menulis jawi dengan baik termasuklah dalam aspek kemahiran

menyambung huruf jawi tunggal.

Berkemungkinan masalah-masalah ini timbul kerana kebanyakan murid kurang

meminati mata pelajaran jawi. Kenyataan ini disokong oleh kajian Nik Rusila Yaakob

(2001) mendapati murid-murid lebih seronok mempelajari mata pelajaran lain

berbanding mata pelajaran Pendidikan Islam. Kurangnya minat murid terhadap mata

pelajaran ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada permasalahan-permasalahan

dalam bidang jawi. Murid yang tidak berminat mempelajari jawi ini turut merasakan

bahawa penggunaan buku teks jawi menyulitkan pembelajaran mereka. Hal ini kerana

kesemua buku-buku teks mata pelajaran Jawi disediakan dalam tulisan jawi. Keadaan ini

akan menyukarkan mereka untuk menguasai pelajaran jawi kerana mereka tidak mampu

membaca dan memahami kandungan di dalam buku teks tersebut dengan baik.

Kenyataan berikut adalah berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan oleh

Affandi Ag Ghani (2006), yang menilai mengenai sejauhmana persepsi pelajar terhadap

penggunaan Buku Teks Jawi Pendidikan Islam. Menurut Abdullah Sani (2004), faktor

minat sememangnya penting ketika menghadapi pembelajaran. Penggunaan bahan bantu

ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minat dan

penumpuan murid. Bahan-bahan bantu mengajar yang dapat dipandang, didengari,

dirasai, berwarna-warni dan berbentuk menarik dapat membantu murid membina

konsep-konsep yang dipelajari dengan tepat.

Page 7: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

6

Penggunaan kaedah khas diperlukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran

menulis jawi dan mengenal huruf jawi tunggal yang boleh dan tidak boleh

disambung.(Dalilah Desa & Abdul Kahar Abdul Rahim ,2008) Bagi menarik minat

murid supaya dapat memahami cara menyambung huruf jawi tunggal dengan betul,

pengkaji telah memilih untuk menggunakan pendekatan warna berdasarkan kajian

Zaridah Zuber (2005) dengan hasil kajian murid lebih mudah memahami konsep

pelajaran yang disampaikan oleh guru di samping dapat membantu meningkatkan tahap

pencapaian mereka di dalam sesuatu pelajaran dengan bantuan penggunaan warna.

Masalah utama berkaitan kelemahan murid menyambung huruf jawi tunggal

ialah murid-murid keliru apabila diminta menyambungkan beberapa huruf jawi tunggal

supaya ianya menjadi satu ayat atau perkataan yang bermakna. Begitu juga keadaannya

ketika menukarkan tulisan rumi ke dalam tulisan jawi. Mereka tidak dapat membezakan

di antara huruf-huruf jawi tunggal yang boleh disambung dengan huruf-huruf jawi

tunggal yang tidak boleh disambung. Satu contoh huruf jawi yang perlu disambung

untuk menjadi satu perkataan yang bermakna iaitu polis (فوليس) tetapi murid menulisnya

( Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat sepanjang proses pengajaran dan .( فو ل يس

pembelajaran berlangsung, kesemua murid yang berhadapan dengan masalah ini dapat

mengenali huruf-huruf hijaiyyah dengan baik bermula dari huruf alif (ا) sehinggalah ke

huruf ya’ (ي). Justeru itu, pengkaji merasakan bahawa mereka perlu dibantu supaya

kelemahan ini dapat diatasi memandangkan keupayaan mereka dalam mengenalpasti

huruf-huruf hijaiyyah amat baik.

Kelemahan yang telah dikenalpasti adalah masalah menyambung huruf-huruf

jawi tunggal. Terdapat beberapa huruf yang menyukarkan murid untuk membezakan

sama ada ianya boleh bersambung dengan huruf lain atau tidak. Huruf yang paling

ketara gagal dikuasai oleh murid ialah apabila bertemunya huruf alif (ا) dengan huruf kaf

Murid-murid .(ل) yang bertemu dengan huruf lam (ا) Begitu juga dengan huruf alif .(ك)

ini menjadi keliru bagaimana untuk menyambungkan kedua-dua huruf ini sedangkan

pada hakikatnya huruf alif (ا) yang berada di hadapan huruf hijaiyyah lain adalah tidak

boleh disambungkan. Beberapa huruf lain yang turut mendatangkan kekeliruan kepada

murid adalah seperti berikut : Bil Huruf sebelum Huruf selepas

1. Huruf mim (م) Huruf Fa (ف ) dan Khaf (ك)

2. Huruf fa ( ) dan khaf (ك) Huruf hijaiyyah selain fa ( ) dan khaf (ك)

3. Huruf hijaiyyah selain nga (غ) Huruf nga (غ)

Jadual 1 : Huruf hijaiyyah yang tidak dapat disambung oleh murid.

Setelah masalah dikenal pasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai

rawatan kepada masalah yang menjadi fokus utama. Pada tahap ini, pengkaji cuba

memikirkan cara yang sesuai dan berkesan bagi membantu menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh responden kajian ini. Dengan mengambil kira beberapa aspek seperti

minat murid dan penggunaan bahan bantu yang menarik, pengkaji telah mereka satu kad

Page 8: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

7

yang dinamakan “Kad Warna Jawiku” bagi membantu murid mengatasi kelemahan yang

dihadapi.

Bahagian Hadapan Kad

Bahagian Belakang Kad

BAHAGIAN BELAKANG KAD

BAHAGIAN BELAKANG KAD

Bahagian Belakang Kad

Rajah 1: Kad Warna Jawiku

Penghasilan kad ini lebih menekankan kepada penggunaan warna yang terdapat

pada setiap huruf.Setiap huruf jawi tunggal yang terdapat pada kad ini diwakili oleh dua

warna utama yang digunakan iaitu kuning dan biru. Huruf-huruf tersebut adalah seperti

berikut :

Penggunaan Warna Huruf yang diwakili

Kuning ا ، د , ذ , ر , ز , و , ؤ Biru Huruf selain huruf berwarna kuning dan hamzah (ء)

Jadual 2 : Warna Huruf Jawiku

Murid yang memiliki kecerdasan ini peka terhadap warna, garis bentuk dan ruang.

Mereka juga berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasikan diri dalam

Page 9: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

8

matriks ruang (Mok Soon Sang, 2003). Justeru, pengkaji telah mengambil inisiatif ini

untuk membantu perkembangan kemahiran murid berpandukan kepada warna yang

terdapat pada setiap huruf. Murid perlu mengingati warna bagi setiap huruf untuk

membezakan di antara huruf-huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung.

Pada tahap tindakan pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran

yang terancang di sekolah. Perkara pertama yang dilakukan oleh pengkaji ialah

memperkenalkan “Kad Warna Jawiku” kepada sampel kajian. Tindakan ini bertujuan

supaya kad tersebut menjadi bahan mesra pengguna. Setiap responden dibekalkan

dengan sekeping kad bagi memudahkan penggunaan mereka. Seterusnya, responden

diminta membaca huruf-huruf hijaiyyah yang terdapat pada kad tersebut bermula

daripada huruf alif (ا) sehinggalah ke huruf ya (ي) kecuali huruf hamzah (ء). Melalui

sebutan huruf yang dinyatakan oleh responden, pengkaji dapat mengenalpasti tahap

pengetahuan mereka dalam mengenali kesemua huruf-huruf hijaiyyah yang dipaparkan.

Secara keseluruhannya, kesemua responden dapat mengenali huruf-huruf hijaiyyah

dengan baik.

Setelah pengkaji mendapati kesemua responden berkemampuan mengenali

huruf-huruf hijaiyyah dengan baik, mereka diminta menghafal setiap huruf berserta

warna yang diwakilinya. Tujuh huruf berwarna kuning dan dua puluh tujuh huruf

berwarna biru perlu diingat dengan baik setiap satu daripadanya. Kegagalan responden

mengingati warna-warna yang terdapat pada huruf tersebut akan menyukarkan mereka

mengatasi kelemahan menyambung huruf jawi tunggal. “Kad Warna Jawiku” ini boleh

diumpamakan seperti penggunaan sifir matematik. Responden perlu menghafal

fungsinya dan ketika menyelesaikan soalan yang berkaitan. Responden perlu mengenal pasti iaitu huruf tersebut boleh atau tidak disambungkan dengan huruf sebelum atau

selepasnya. Bagi mengetahui sama ada huruf tersebut boleh atau tidak disambungkan

dengan huruf lain, ianya perlu digunakan bersama panduan yang telah disediakan.

Arahan panduan formulanya juga perlu diingat dengan baik. Huruf yang

berwarna biru bertemu dengan huruf selepasnya yang berwarna biru boleh

disambungkan. Begitu juga dengan huruf berwarna biru yang bertemu dengan huruf

selepasnya yang berwarna kuning juga boleh bersambung di antara satu sama lain.

Berbeza pula keadaannya dengan huruf yang berwarna kuning bertemu dengan huruf

selepasnya yang berwarna biru adalah tidak boleh disambungkan kedua-duanya. Sama

keadaannya dengan huruf yang berwarna kuning bertemu dengan huruf selepasnya yang

juga berwarna kuning, juga tidak boleh bersambung. Responden perlu mengingati

formula ini dan mengaplikasikannya sewaktu menyelesaikan soalan berkaitan.

Seterusnya, responden didedahkan dengan rupa bentuk huruf yang telah

bersambung di antara satu dengan yang lain. Terdapat beberapa huruf yang gagal

disambung bentuk hurufnya dengan baik oleh responden. Justeru itu, pengkaji turut

memberikan penekanan terhadap kelemahan ini. Hal ini adalah kerana kebanyakan

huruf berubah bentuk asalnya mengikut kedudukan ia berada sama ada di awal, tengah

atau akhir huruf di dalam perkataan. Bentuk-bentuk tersebut adalah sebagaimana yang

telah dinyatakan pada Jadual 2 sebelum ini. Bagi memahirkan responden menggunakan

kad ini, soalan-soalan latihan telah diberikan. Soalan-soalan latihan dibina berpandukan

kepada sebuah buku yang mana menurut penulisnya, permasalahan-permasalahan yang

dianggap perlu di dalam tulisan jawi disajikan di dalam buku ini dengan ringkas dan

tepat serta dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami (Muhammad Roihan

Hasbullah, 2002).

Page 10: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

9

Ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan oleh pengkaji menunjukkan kesan

yang sangat positif. Prestasi pencapaian responden telah mengalami peningkatan apabila

penggunaan “Kad Warna Jawiku” dijalankan. Dengan berpandukan arahan dan formula

yang terdapat pada kad tersebut, responden telah dapat menjawab soalan dengan baik.

Keputusan pencapaian setiap responden pula amat memberangsangkan dan ternyata

telah mencapai tujuan kajian ini dijalankan. Berdasarkan ujian-ujian yang diadakan

terhadap tiga orang responden yang memerlukan bimbingan, berikut adalah data-data

yang telah diperolehi semasa ujian pra dan ujian pos dijalankan seperti mana jadual di

bawah :

Bil Responden Markah

Ujian Pra

Peratus (%) Markah

UjianPos

Peratus (%)

1 Responden 1 6/10 60% 10/10 100%

2 Responden 2 6/10 60% 9/10 90%

3 Responden 3 3/10 30% 7/10 70%

Markah Keseluruhan 50% 86%

Jadual 3: Markah Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan jadual di atas, keputusan ujian pos adalah lebih baik berbanding

dengan ujian pra yang diduduki oleh responden. Tiga tahap pencapaian murid yang

berbeza pada peringkat ujian pra iaitu lemah, sederhana dan cemerlang telah berubah

kepada tahap yang lebih membanggakan iaitu seramai dua orang murid berjaya

mencapai tahap cemerlang. Manakala baki seorang responden yang berada pada tahap

sederhana. Walaupun berada pada tahap sederhana, keputusan ujian responden tersebut

turut mengalami peningkatan kerana semasa ujian pra, pencapaiannya berada pada tahap

yang lemah. Perbandingan keputusan pencapaian di antara kedua ujian ini dapat dilihat

berdasarkan rajah berikut :

Rajah 2: Graf Perbandingan Markah Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Setiap soalan yang terdapat di dalam ujian ini telah dianalisis oleh pengkaji. Hal

ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran responden bagi setiap soalan.

Bermula dari soalan yang pertama sehinggalah kepada soalan yang kesepuluh. Berikut

merupakan keputusan yang telah diperolehi :

0

50

100

R1 R2 R3

Pencapaian Ujian Pra Dan Ujian Pos

Ujian Pra

Ujian Pos

Page 11: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

10

Bil Perkara Bil Responden Peratus (%) Bil Responden Peratus (%)

1 Soalan 1 1/3 33% 2/3 66%

2 Soalan 2 2/3 66% 1/3 33%

3 Soalan 3 1/3 33% 3/3 100%

4 Soalan 4 2/3 66% 3/3 100%

5 Soalan 5 1/3 33% 2/3 66%

6 Soalan 6 1/3 33% 3/3 100%

7 Soalan 7 1/3 33% 2/3 66%

8 Soalan 8 2/3 66% 3/3 100%

9 Soalan 9 2/3 66% 2/3 66%

10 Soalan 10 2/3 66% 3/3 100%

Jadual 4: Markah Keputusan Item Soalan

Berdasarkan jadual di atas, sebanyak sembilan soalan telah mengalami

peningkatan yang memberangsangkan. Pada peringkat awal, hanya sebahagian kecil

sahaja responden yang dapat menjawabnya dengan betul tetapi setelah didedahkan

dengan penggunaan “Kad Warna Jawiku”, responden telah dapat menjawab soalan

tersebut dengan betul. Hal ini membuktikan bahawa responden telah mahir

menyambung huruf jawi tunggal berbanding sebelum menggunakan kad tersebut. Satu

soalan iaitu soalan yang bernombor sembilan tidak mengalami apa-apa perubahan.

Semasa ujian pra dijalankan seramai dua orang responden sahaja yang dapat

menjawabnya dengan betul. Demikian juga keadaannya setelah ujian pos dilakukan.

Keadaan ini menunjukkan bahawa baki responden yang terlibat masih gagal menguasai

kemahiran menyambung huruf jawi dengan betul pada soalan tersebut.

Soalan nombor dua juga mengalami kemerosotan. Pada asalnya dua orang

responden berjaya menjawab soalan tersebut dengan betul, namun setelah ujian pos,

jumlah responden yang dapat menyambung huruf jawi pada soalan tersebut dengan

betul telah berkurang kepada satu orang. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor

yang tidak dapat dielakkan seperti tahap kesihatan responden yang mengganggu

penumpuannya sewaktu penilaian dijalankan. Berikut merupakan graf perbandingan

jumlah responden yang dapat menjawab setiap soalan yang disediakan dengan betul.

Page 12: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

11

Rajah 3 : Graf Perbandingan Keputusan Item Soalan

Berikut merupakan di antara kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh

responden semasa menyambungkan huruf-huruf jawi tunggal menjadi perkataan.

Kesilapan-kesilapan tersebut telah dikenalpasti melalui jawapan yang dihasilkan oleh

responden di dalam kertas ujian pra dan juga ujian pos. Berikut merupakan di antara

kesilapan semasa ujian pra dijalankan :

Melalui kaedah pemerhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas, kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menyambung huruf kaf (ك)

mengikut bentuk yang sebenar. Selain itu, huruf lam (ل) yang bertemu dengan alif (ا ) juga paling ketara kelemahannya. Justeru itu, pengkaji memfokuskan kepada dua

kelemahan ini untuk diperhatikan semasa ujian pra dan ujian pos dijalankan. Hasil

pemerhatian semasa ujian pra yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

PERKARA UJIAN PRA

YA % TIDAK %

1. Murid menulis jawi dari kanan ke kiri. 3/3 100% 0/3 0%

2. Murid menyambung huruf jawi mengikut bentuk

yang sebenar bagi setiap soalan.

0/3 0% 3/3 100%

3. Murid dapat menyambung huruf kaf (ك) pada

awal perkataan dengan betul.

2/3 66% 1/3 33%

4. Murid dapat menyambung huruf lam (ل) dan

alif ( ا ) mengikut bentuk yang betul.

1/3 33% 2/3 66%

5. Murid dapat menyambung semua huruf dengan

betul sehingga menjadi perkataan bagi setiap

soalan.

0/3 0% 3/3 100%

Jadual 5: Rekod Pemerhatian Ujian Pra

Berdasarkan jadual di atas, tahap penguasaan kemahiran menulis jawi dalam

kalangan responden masih berada pada tahap yang agak lemah. Hasil pemerhatian yang

dijalankan menunjukkan kesemua responden iaitu 100% responden gagal menyambung

0

20

40

60

80

100

Ujian Soalan-pra Dan Pos

Pra

Pos

Page 13: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

12

semua huruf tungal dengan betul sehingga menjadi perkataan bagi setiap soalan yang

diberikan. 66% responden masih tidak dapat menyambung huruf kaf (ك) pada awal

perkataan dengan betul manakala 33% responden tidak dapat menyambung huruf lam

mengikut bentuk yang betul. Hasil pemerhatian ini dapat digambarkan ( ا ) dan alif (ل)

melalui rajah di bawah :

Rajah 3 : Graf Rekod Pemerhatian Ujian Pra

Seterusnya, perkembangan responden dilihat setelah mereka menjalani ujian pos.

Peningkatan yang berlaku merupakan kesan yang positif terhadap diri responden.

Begitu juga sekiranya keadaan sebaliknya berlaku. Hal ini bermakna keputusan yang

diperolehi adalah negatif. Berikut merupakan keputusan yang telah diperolehi melalui

pemerhatian yang dijalankan sewaktu ujian pos :

PERKARA UJIAN POS

YA % TIDAK %

Murid menulis jawi dari kanan ke kiri. 3/3 100% 0/3 0%

Murid menyambung huruf jawi mengikut bentuk

yang sebenar bagi setiap soalan.

2/3 66% 1/3 33%

Murid dapat menyambung huruf kaf

.pada awal perkataan dengan betul (ك)

3/3 100% 0/3 0%

Murid dapat menyambung huruf lam

.mengikut bentuk betul ( ا ) dan alif (ل)

2/3 66% 1/3 33%

Murid dapat menyambung semua huruf dengan

betul sehingga menjadi perkataan bagi setiap

soalan.

1/3 33% 2/3 66%

Jadual 6 : Rekod Pemerhatian Ujian Pos

Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mendapati peningkatan positif telah berlaku.

Hal ini dibuktikan melalui hasil pemerhatian yang merekodkan sebanyak 100%

0

20

40

60

80

100

Perkara 1 Perkara 2 Perkara 3 Perkara 4 Perkara 5

YA

TIDAK

Page 14: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

13

responden dapat menyambung huruf kaf (ك) pada awal perkataan dengan betul.

Manakala seramai dua daripada tiga orang responden atau 66% responden yang terlibat

telah dapat menyambung huruf lam (ل) dan alif ( ا ) mengikut bentuk betul. Hasil

pemerhatian ini dapat digambarkan melalui rajah di bawah :

\

Rajah 4 : Graf Rekod Pemerhatian Ujian Pos

Secara kesimpulannya, hasil pemerhatian bagi ujian pra dan ujian pos ini adalah seperti

mana berikut :

PERKARA

UJIAN PRA UJIAN POS

YA TIDAK YA TIDAK

Murid menulis jawi dari kanan ke kiri.

100%

0%

100%

0%

Murid menyambung huruf jawi mengikut bentuk

yang sebenar bagi setiap soalan.

0%

100%

66%

33%

Murid dapat menyambung huruf kaf (ك) pada awal

perkataan dengan betul.

66%

33%

100%

0%

Murid dapat menyambung huruf lam (ل) dan alif (ا)

mengikut bentuk betul.

33%

66%

66%

33%

Murid dapat menyambung semua huruf dengan betul

sehingga menjadi perkataan bagi setiap soalan.

0%

100%

33%

66%

Jadual 7 : Rekod Pemerhatian Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa huruf jawi tunggal yang

sukar dikuasai oleh responden adalah huruf lam (ل) dan alif ( ا ) . Hal ini adalah

berdasarkan hasil pemerhatian yang telah diperolehi iaitu sebanyak 33 % responden

masih tidak dapat menguasai kemahiran menyambung huruf lam (ل) dan alif ( ا )

mengikut bentuk yang sebenar. Walau bagaimanapun, bagi kemahiran menyambung

0

20

40

60

80

100

Perkara 1 Perkara 2 Perkara 3 Perkara 4 Perkara 5

YA

TIDAK

Page 15: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

14

huruf kaf (ك) pada awal perkataan dengan betul telah berlaku peningkatan sebanyak

100%. Hal ini membuktikan bahawa responden telah dapat menguasai kemahiran

menyambung huruf kaf (ك) pada awal perkataan dengan lebih mudah berbanding dengan

menyambung huruf lam (ل) dan alif ( ا ).

RUMUSAN

Tahap penguasaan kemahiran menyambung huruf jawi tunggal dalam kalangan

responden telah mengalami peningkatan yang memberangsangkan. Hal ini telah

dibuktikan melalui hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Hasil daripada ujian pos

yang dibuat menunjukkan peningkatan sebanyak 66%. Hal ini adalah kerana menurut

responden warna yang terdapat pada huruf-huruf tersebut dapat membantu mereka

mengingat dengan baik ketika membezakan di antara huruf-huruf jawi tunggal yang

boleh dan tidak boleh disambung. Walaubagaimanapun, kelemahan menyambung huruf

lam (ل) dan alif (ا) dalam bentuk yang sebenar masih berada pada tahap sederhana

kerana hasil kajian menunjukkan 17% responden masih gagal menguasainya. Gabungan

dua huruf jawi tunggal ini merupakan huruf-huruf yang sukar dikuasai oleh responden.

Kajian berkaitan dengan kemahiran menyambung huruf jawi tunggal yang dijalankan

oleh pengkaji ini merupakan satu usaha murni yang cuba diketengahkan oleh pengkaji

bagi membantu murid-murid yang lemah di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Pengkaji mendapati kesan yang positif berlaku terhadap tahap penguasaan kemahiran

responden. Jika sebelum ini mereka sering mengajukan soalan berkaitan dengan boleh

atau tidak sesuatu huruf jawi tunggal bersambung dengan huruf jawi tunggal yang lain,

namun setelah pendedahan penggunaan “Kad Warna Jawiku” soalan-soalan demikian

sudah semakin jarang didengari.

Secara keseluruhannya kajian ini telah mencapai matlamat iaitu murid yang

keliru dan gagal menyambung huruf tunggal jawi sebelum diperkenalkan “Kad Warna

Jawiku” kini telah boleh menyambung huruf dengan menggunakan formula kad

tersebut. Walaupun pencapaiannya secara sederhana tetapi di masa akan datang ia akan

memberi kesan yang positif khususnya kepada masyarakat yang mencintai tulisan jawi.

Responden dalam kajian ini telah membuktikan bahawa tulisan jawi tidak sukar untuk

dipelajari. Mereka memberikan satu petanda bahawa tulian jawi tidak akan hilang atau

dilupai begitu sahaja. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mungkin di suau masa

nanti ada di kalangan mereka yang akan memperjuangkan tulisan jawi hingga ke

peringkat antarabangsa.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahya. (2004). Mengurus Disiplin Pelajar.Kuala Lumpur: PTS

Profesional Publishing Sdn.Bhd.

Affandi Ag Ghani. (2006). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Teks Jawi

Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran : Satu kes atas pelajar tingkatan

4,Sekolah Menengah Kebangsaan Masai.Tesis tidak diterbitkan, Universiti

Teknologi Malaysia,Kuala Lumpur.

Page 16: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

15

Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Askara Jawi. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas

dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941.

Azmil Hashim dan Ab.Halim Tamuri. 2012. Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah

Pembelajaran Tahfiz al-Quran di Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and Arabic

Education, 2 (4). pp. 1-10. Bangi :UKM

Cohen, P. A. 1981. Student Ratings of Instruction and Student Achievement: A

Metaanalysis of Multi Section Validity Studies. (Review of Educational Research):

n.pb. p. 281 – 309.

Cohen,L.,Manion,L.& Marrison,K. (2002). Research Methods In Education.5th ed.New

York:Routledge Falmer.

Cresswell,J.W. (2003). Research design:qualitative,quantitative and mixed methods

approaches.Thousand Oaks:Sage Publications.

Dalilah binti Desa. (2008). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi dan

Mengenal Huruf Tunggal Jawi yang Boleh dan Tidak Boleh Disambung dengan

Kaedah Dalil Avu Zar Zad. Tesis tidak diterbitkan, Labuan.

Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah

Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).

Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Sizes For Research

Activities. Educational and Psychological Measurement, 607-610

Lewin, K. (1946). Action Research And Minority Problems. In Lewin, G. W. (Ed.),

Resolving Social Conflict. London: Harper & Row. Lewin, K. (1947a). ‘Frontiers

in group dynamics’.In Cartwright, D. (Ed.), Field Theory in Social Science.

London: Social Science

Paperbacks.

Muhammad Roihan Hasbullah. (2002). Belajar Membaca dan Menulis Jawi dalam Masa

30 jam.Kuala Lumpur:Pustaka Syuhada.

Muhammad Yusri Salleh. (2009). Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi

di Kalangan Pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding. Tesis tidak

diterbitkan.Universiti Kebangsaan Malaysia,Kuala Lumpur.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Pengurusan

Semester 3.Subang Jaya:Percetakan Sentosa(KL)Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang.(2008). Kompetensi umum Profesional, Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan

Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Nik Rusila bt Yaakob. (2001). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan

Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,

Jil.22,161-172.Universiti Sains Malaysia.

Nornajidah Abdul Rahman. (2008). Panduan Pemilihan Kombinasi Warna bagi Reka

bentuk Skrin dan Penggunaan Mutimedia. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 17: Sapie Sabilan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam

16

Sabariah Bahrun. (2008). Model Pemulihan Jawi: Satu Analisis Pelaksanaannya Di

Sekolah Rendah Sabah. Prosiding Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri

Ke-6, hlm: 523-534.

W. Lawrence Neuman. (2000). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative

Approaches. Pearson Education Limited.

View publication statsView publication stats