salah faham terhadap islam

10
Salah faham terhadap islam. Isi kandungan 1. Mukaddimah 2. contoh-contoh salah faham terhadap islam 3. punca-punca salah faham terhadap islam 4. cara-cara mengatasi salah faham ini.

Upload: matju

Post on 12-Jun-2015

6.732 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Salah Faham Terhadap Islam

Salah faham terhadap islam.

Isi kandungan

1. Mukaddimah2. contoh-contoh salah faham terhadap islam 3. punca-punca salah faham terhadap islam 4. cara-cara mengatasi salah faham ini.

Page 2: Salah Faham Terhadap Islam

Mukaddimah

Islam?Apa yang bermain difikiran kita jika diajukan soalan sebegini? pelbagai tafsiran yang diketengahkan berkenaan islam ini. Islam dari segi bahasa bermaksud selamat sentosa atau kedamaian.Manakala menurut istilah syara’ pula bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.Islam juga adalah peraturan hidup yang bersifat integrasi dan mengatur hidup serta dasar akhlak mulia.Kekeriluan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan ummat sebuah gerakan islam adalah suatu penyakit yang parah.Hal ini boleh mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap islam dan matlamatnya.

Sering kali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan jitu akan menghasilkan natijah yang salah dan tersasar dari matlamat murni.

Dalam hal ini siapakah yang sepatutnya dipersalahkan?persoalannya mengapa perkara ini boleh berlaku?mungkin kita tidak sedar apa yang telah dilakukan dan telah berlaku di dunia sekarang.mungkin juga umat islam terlalu leka dengan dunia hari ini. inginkah kita melihat kita diambang nasib sebegini.oleh itu,apakah cara dratik dan releven untuk mengawal gejala ini agar dalam keadaan terkawal.

Page 3: Salah Faham Terhadap Islam

Contoh-contoh salah faham terhadap islam

Salah faham terhadap Islam terbahagi kepada dua pandangan iaitu pandangan barat(kafir) dan juga pandangan dari pihak umat Islam sendiri.antara contoh-contoh pandangannya ialah seperti berikut :

Pandangan barat(kafir) Pandangan Islam1. Ekstremis 1.berlebih-lebihan dalam agama Islam (ekstremis)2. Menuduh islam menyembah berhala 2.mengaibkan undang-undang Islam seperti mereka 3. Melabelkan islam melakukan 3.meyangka bahawa zakat itu sedekah atau diskriminasi dalam pengenaan pemberian secara ehsan dari orang kaya jiyziah kepada orang miskin4. Anggap Islam agama yang kolot 4.menuduh islam menjatukan taraf dan kehormatan wanita

Pandangan barat dan islam terhadap islam

Ekstremis

Ekstremis bermaksud pelampau.Ekstremis ini merangkumi kedua-dua pandangan. Orang barat menyangka Islam itu ektremis kerana mereka ingin menjatuhkan martabat umat Islam di mata dunia.Sebagai contoh pengeboman PWTC pada 11 setember 2001 itu, mereka telah melabelkan Islam ekstremis walaupun tiada bukti yang kukuh mengatakan umat Islam yang melakukannya(pengeboman).Ini adalah muslihat mereka untuk mendapatkan sesuatu perkara yang diinginkan.Yang menjadi mangsa adalah umat islam.

Salah faham terhadap Islam dari pandangan Islam sendiri juga, ada kaitan dengan ekstremis. Dengan erti kata lain berlebih-lebihan dalam ilmu agama islam contohnya terpengaruh dengan ajaran sesat yang bertopengkan dakwah,tarikat dan sebagainya.antara yang terbaru adalah pengakuan dirinya sebagai Rasul.sedangkan itu adalah tidak wujud sama sekali di zaman ini.pengaruh ini mudah tersebar kerana nafsu manusia ingin sesuatu dengan mudah.’pendakwah’ yang diagung-agungkan mereka itu telah menjanjikan masuk syurga dengan mudah.hal ini adalah salah satu salah faham terhadap islam ini..

Page 4: Salah Faham Terhadap Islam

Salah faham barat terhadap Islam

1.Menuduh Islam menyembah berhala

Pada zaman serba moden ini pelbagai perkara yang boleh berlaku. Antaranya orang barat menuduh umat islam menyembah berhala seperti agama mereka.Dengan kata lain, mereka menganggap Islam ada Tuhan lain melainkan Allah.Tuduhan ini berdasarkan Kaabah di Makkah.Sedangkan Kaabah itu adalah sebagai satu simbolik dalam Islam.Hal ini dapat dibuktikan kerana manusia pernah naik di atas Kaabah itu.Berbeza pula dengan agama mereka kerana berhala yang mereka sembah itu tidak boleh dipijak.Jelas menunjukkan islam bukan seperti mereka sangkakan itu.

2. Melabelkan islam melakukan dikriminasi dalam pengenaan jiyziah.

Jiyziah ialah cukai yang dikenakan ke atas orang-orang kafir yang menetap di Negara islam dan mentaati undang-undang negara islam.Contohnya kafir harbi.Mengikut buku Muhammad Qutb yang dikarang oleh Yusoff Zaky Yacob, Jiyziah itu hanya dikenakan ke atas setiap orang lelaki yang berkuasa sebagai bayaran perkhidmatan tentera yang memang akan diwajibkan ke atas mereka yang jika mereka beragama Islam. Dan juga kelompok orang-orang kristian adalah dibebaskan dari bayaran jiyziah apabila mereka masuk ke dalam perkhidmatan tentera.

Berdasarkan dari kenyataan ini jelaslah bahawa persoalan jiyziah bukanlah persoalan dikriminasi terhadap orang-orang yang bukan islam ,malah menjadi persoalan di sini ialah perkhidmatan tentera.sesiapa yang menunaikan perkhidmatan ini akan dibebaskan dari bayaran jiyziah atau disebaliknya iaitu tanpa diperhitungkan agama mereka anuti.

Firman Allah berbunyi, ”perangilah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak menganuti agama yang benar, iaitu orang-orang yang dikurniakan kitab suci (yahudi dan kristian),hingga mereka membayar jiyziah dengan patuh dan tunduk.” (Surah al-Taubat ayat 29).

Firman itu khusus ditujukan kepada orang-orang yang bukan islam yang telah melancarkan peperangan terhadap negeri-negeri Islam dan bukannya ditujukan kepada orang-orang yang bukan Islam yang tinggal di dalam negeri-negeri Islam...

Page 5: Salah Faham Terhadap Islam

3. Anggap Islam agama yang kolot

Pada saat ini, gejala-gejala baru timbul seperti yang dinyatakan di atas iaitu orang-orang barat menganggap islam agama yang kolot.Dengan kata lain mereka menuduh islam tidak lagi dapat diterimadi zaman ini.Tambah lagi mereka mengatakan islam ini tidak lagi relevan dengan logik akal kehidupan moden hari ini.Seterusnya, mereka menuduh cara hidup islam itu akan menjadikan manusia berfikiran sempit mengenai perkembangan terkini dan menghalang kemajuan sesebuah Negara..Contohnya perkembangan dalam bidang sains dan teknologi.Sedangkan islam adalah agama yang syumul(lengkap).Syumul ini berkait rapat dengan Al-Quran dan Al-Sunnah serta merangkumi semua aspek kehidupan manusia termasuklah sains dan teknologi.namun begitu aspek ini tidak mengira umat islam atau disebaliknya.dari sudut ekonomi pula melalui sistem riba.mereka mengatakan bahawa riba itu penting dalam sistem ekonomi.oleh itu mereka anggap islam kolot kerana tidak mengamalkan system riba ini .

Salah faham islam terhadap islam

1.mengaibkan undang-undang islam

Undang-undang islam yang dimaksudkan adalah berteraskan Al-Quran dan Al-sunnah.seperti mana yang kita tahu undang-undang islam juga menyeluruh dari semua aspek kehidupan.Aspek-aspek ini ialah aspek ekonomi,politik,agama,masyarakat dan sebagainya.

Pada masa yang sama, masih ada lagi manusia yang mengaibkan undang-undang islam walhal undang-undang islam yang kita ketahui ini adalah yang terbaik dan menyeluruh. Kita tidak seharusnya bersikap sedemikian terhadap islam .kita haruslah selidiki dengan jelas berkenaan sebelum berkata sesuatu tentang islam.Ini dapat dijelaskan kerana islam tidak menjatuhkan hukuman dengan membabi buta dan tidak pula melaksanakan itu tanpa pertimbangan .Dalam hubungan ini islam mempunyai konsep yang unik berbeza dari semua konsep di dunia.hukuman yang dilakukan kelihatan kejam dan terlalu keras menyebabkan tuduhan meluru terhadap undang-undangb islam iaitu menyeksa umat.Padahal ,hukuman itu kelihatan kejam dan terlalu keras kepada mereka yang memandang seimbas tanpa penilaian yang mendalam.Namun islam tidak melaksanakan hukuman begitu sahaja melainkan sesudah mendapat kepastian penjenayah itu telah melakukan jenayah tanpa sebab yang tidak dapat dimaafkan atau dilakukan dengan sengaja .misalnya,islam menentukan hukuman potong tangan kepada pencuri ,tetapi islam tidak melaksanakannya jika pencuri itu mencuri kerana dia kebuluran..hal ini menunjukan islam bukan agama yang ganas seperti mereka sangkakan tadi.

Page 6: Salah Faham Terhadap Islam

2. Menyangka zakat dalam islam itu sebagai hadiah kepada orang miskin dari orang kaya.

Zakat dari segi bahasa bermakna subur bersih dan berkembang .manakala menurut pengertian syara’ pula zakat bermaksud kadar dari harta tertentu yang wajib dikeluarkan kepada golangan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu. Merka telah salah erti dan punca kesilapan mereka yang paling besar ialah menyangka zakat itu sedekah atau satu pemberian secara ehsan dari orang kaya kepada orang miskin.jika mereka berfikir dengan akal yang waras tentulah mereka dapati bahawa gambaran zakat yang sebenar bukan begitu.hal ini kerana dari segi logik apabila dikatakan pemberian secara ihsan dengan sendirinya bererti bahawa pemberian itu merupakan pemberian sukarela yang tidak diwajibkan dalam islam.sedangkan zakat adalah diwajibkan kepada umat islam dan sudah pun termaktub dalam rukun islam.

Kewajipan zakat adalah jelas dari firman Allah yang bermaksud “ambilah zakat pada sebahagian dari harta mereka, dengan zakat itu dapat mensuci dan membersihkan mereka”(Al-Taubah : 103)

Bagi menjelaskan lagi sangkaan berkenaan zakat itu adalah pemberian ihsan bertentangan dengan ajaran islam seperti, mana-mana pihak yang menunjukan keengganan untuk membayar zakat ini akan ditentang dan mereka halal dibunuh kerana dianggap sebagai kaum yang murtad.ini menunjuknan zakat itu bukan pemberian atau sedekah.

3. Menuduh islam menjatuhkan taraf dan kehormatan wanita

Menuduh islam menjatuhkan taraf dan kehormatan ini adalah kerana dikaitkan wanita itu sebagai alat pemuas nafsu bagi lelaki dan sebagai alat untuk melahirkan keturunan tidak melebihi dari itu.Dengan kata lain taraf wanita tidak lebih dari taraf hamba kepada lelaki ,di mana lelaki menguasai wanita di dalam segala hal.kedua-duanya masing-masing tidak memahami hakikat islam yang sebenar.

Punca –punca salah faham terhadap islam

1.Kejahilan masyarakat islam itu sendiri 2.pengaruh media massa3.kurangnya pendedahan ilmu pengetahuan agama islam 4.serangan ideologi barat5.proses pembaratan terhadap umat islam6.godaan syaitan dan mengikut hawa nafsu

Page 7: Salah Faham Terhadap Islam

1. Kejahilan masyarakat islam itu sendiri

Kejahilan masyarakat islam ini boleh ditakrifkan sebagai pemberontakkan umat islam terhadap agamanya sendiri.Sebagaimana yang dijelaskan di atas ajaran sesat atau ekstremis pada pandangan islam itu adalah salah satu daripada kejahilan masyarakat islam.hal ini kerana individu muslim tidak mengenali dengan tepat berkenaan ajaran-ajaran dan nilai-nilai syriat dalam semua aspek kehidupan.melalui pembelajaran itu kita seharusnya melaksanakan apa yang di pelajarinya itu dalam kehidupan amaliah.jika tidak islam hanya menjadi ‘intelektual islam’ dan bukan sesuatu yang realiti hidup dalam masyarakat ..

2. pengaruh media massa

Pengaruh media massa terhadap masyarakat begitu kuat sekali.media massa ini meliputi media cetak dan juga media elektronik.kedua-duanya memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan hari ini.Media massa ini banyak mempengaruhi salah faham terhadap islam adalah kerana pengaruh media massa ini boleh mencorakkan gaya hidup sesebuah masyarakat.

Peranan media massa pada hari ini banyak berunsurkan kearah kepada keburukan daripada kebaikan terutama sekali kepada golongan remaja.segala bentuk budaya luar sama ada dari barat atau timur di bawa masuk ke negara islam melalui media massa ini.media cetak lebih cenderung kepada hiburan yang banyak memaparkan gaya hidup artis sehingga menyebabkan golongan remaja mahupun dewasa lebih mengenali artis daripada tokoh-tokoh islam.Hal ini yang berlaku di dunia fana ini yang menyebabkan unsur-unsur islam semakin lemah ditelan zaman.Oleh itu siapa yang patut dipersalahkan?Sama ada tenaga pengajar,masyarakat ataupun ibu bapa?fikir-fikirkanlah.apabila kekuatan dan penerapan islam dalam diri semakin lemah,maka jangan terkejut jika salah faham terhadap islam terjadi.

Menerusi medi elektronik pula media banyak memaparkan program-program hiburan yang berunsurkan negatif yang berjaya menarik minat remaja hari ini.contohnya,melului rancangan realiti .penularan budaya negatif dalam internet dengan berbagai-bagai informasi yang tidak terbatas merupakan sesuatu yang sukar dikawal.malah adengan –adengan pendedahan aurat ,ganas ,dan sebagainya boleh dilihat dengan senag melalui telefon canggih milik persendirian.hal ini tealh menjadi gaya hidup golongan remaja kini.keruntuhan akhlak ini sedikit sebanyak menyebabkan maruah islam tergadai seterusnya slah faham terhadap islam ini makin meningkat.

3. kurangnya pendedahan ilmu pengetahuan agama islam

punca yang ketiga adalah berkaitan dengan pengetahuan agama dalam diri individu itu sendiri.sejak akhir-akhir ini pendedahan tentang ilmu agama amat mrerunsngkan kita.menurut Mohd.Kmal Hassan,pendidikan moden hari ini lebih bersifat liberal dan sekular tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada aspek akhlak.akhlak juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan salah faham terhadap islam disamping akidah.

Page 8: Salah Faham Terhadap Islam

4.serangan ideologi barat

ideologi merupakan fahaman falsafah yang berbentuk teori dan andaian dihasilkan dari usaha pengamatan atau pengalaman manusia sebagai pegangan dalam pelaksanaan sesuatu sistem.ideologi ini adalah bercanggah dengan islam.serangan ideologi telah berjaya melemahkan akidah dan pemikiran umat islam terhadap agama.seterusnya salah faham terhadap islam ini terjadi.

5. proses pembaratan terhadap umat islam

musuh islam (kafir) tidak senang dengan perpaduan umat islam lantas merancang strategi untuk memesongkan pemikiran umat islam sekaligus menghancurkan pegangan umat islam.hal ini lebih lagi praktikal tanpa kekerasan melalui serangan pemikiran yang halus bagi memikat umat islam.hal ini juga menjadi satu punca atau penyebab salah faham terhadap islam..

6. godaan syaitan dan mengikut hawa nafsu

syaitan adalah musuh yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan nafsu manusia.firman Allah yang bermaksud:

“sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia (syaitan) pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.”(Al- Nahl:100)

jelas menunjukan syaitan dan hawa nafsu ini juga menjadi punca kepada salah faham terhadap islam.

Cara-cara mengatasi salah faham terhadap islam.

1.Umat islam perlu mengamalkan gaya hidup islam yang sebenar.2.Mengawal pegnaruh media3

1.Umat islam perlu mengamalkan gaya hidup islam yang sebenar

Ada banyak perkara yang perlu diubah dalam masyarakat islam pada hari ini contohnya berkenaan dengan ‘Kebersihan’. Kalau kita lihat pada hari ini kebanyakan bandar-bandar yang didiami oleh umat islam sangat kotor jika kita bandingkan negara-

Page 9: Salah Faham Terhadap Islam

negara orang orang bukan islam. Walaupun perkara ini bukan berlaku di semua tempat yang yang didiami oleh umat islam tetapi perkara ini boleh mencemarkan nama baik seluruh umat islam seperti kata pepatah “Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” . Persoalannya kini apakah yang menyebabkan perkara ini daripada terus berlaku?. Disini saya ingin kemukakan beberapa tanggapan yang boleh memungkinkan perkara ini daripada terus berlaku antaranya ialah sikap umat islam itu sendiri yang sukakan persekitaran yang kotor Dalam islam sendiri kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.