sabarina binti md ghani d20102043795 kemahiran al quran.18 nov s.4

32
1 KOD & NAMA KURSUS KEMAHIRAN AL QURAN HIQ 3023 TAJUK TUGASAN KUMPULAN GROUP UPSI- 103 (A121 PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFON SABARINA BINTI MD GHANi D20102043795 019 4769713 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR ABD RAHMAN BIN ABD GHANI TARIKH SERAH: 18 /11 / 2012 KERTAS KERJA : Anda dikehendaki mengenalpasti seorang tokoh Al Quran di tempat anda (spt guru,qari,qariah imam dan sebagainya dan tulis mengenai beliau berkaitan : a) Biodata (sertakan no.tel tokoh) b)Latarbelakang pendidikan c) Sumbanganya kepada masyarakat d) Pandangan mengenai beberapa masalah dalam bacaan quran.

Upload: muhd-khairul

Post on 05-Dec-2014

79 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

1

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KEMAHIRAN AL QURAN HIQ 3023

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

GROUP UPSI- 103 (A121 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SABARINA BINTI MD GHANi D20102043795 019 4769713

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR ABD RAHMAN BIN ABD GHANI

TARIKH SERAH: 18 /11 / 2012

KERTAS KERJA : Anda dikehendaki mengenalpasti seorang tokoh Al Quran di tempat anda(spt guru,qari,qariah imam dan sebagainya dan tulis mengenai beliau berkaitan :

a) Biodata (sertakan no.tel tokoh) b)Latarbelakang pendidikan

c) Sumbanganya kepada masyarakat d) Pandangan mengenai beberapa masalah dalam bacaanquran.

Page 2: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

2

Isi Kandungan

1. Pengenalan

2. Al-Quran Dari Segi Istilah & Syarak

3. Permasalahan Masyarakat Dalam Konteks Jahiliah

4. Masyarakat Jahiliah kini

5. Masalah Yang Dihadapi Oleh Umat Islam Kini

6. Masalah Kemerosotan Ekonomi

7. Masalah Keraguan Terhadap Islam

8. Masalah Kejahilan Terhadap Islam

9. Penyelesainnya

10. Kesimpulan

11. Kelebihan Mengajar Dan Belajar Al-Quran

12. Faedah Belajar Dan Mengajar Al-Quran

13. Biodata Tokoh Yang Dikaji

14. Sumbangannya Terhadap Masyarakat

15. Permasalahan Yang Ditimbulkan

16. Penutup

Page 3: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

3

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kesihatan dan

kekuatan untuk saya menyiapkan tugasan Kemahiran Al Quran ini. Dengan limpah

dan kurnia-Nya, saya mampu menyiapkan tugasan dengan lancar dan tuntas. Saya

juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Abd Rahman b. Abd Ghani,

selaku Pensyarah Kemahiran Al Quran kerana beliau telah banyak memberikan

tunjuk ajar kepada saya. Di samping itu, beliau juga telah banyak memberikan buah

fikiran kepada saya dalam memperkemas lagi tugasan saya.Tanpa bantuan beliau,

nescaya, saya keliru dan mengalami kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir

sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga dan

rakan seperjuangan kerana banyak memberikan sokongan moral dan memberikan

kerjasama yang sangat ternilai. Tanpa bantuan mereka semua, saya pasti

mengalami banyak kesulitan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sekian.

Page 4: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

4

KEMAHIRAN AL QURAN

TOKOH YANG DIPILIH SEORANG GURU AGAMA SK SENTOSA.

Pengenalan.

Dr Subhi Al-Salih mengemukakan satu pendapat yang kuat mengenai definisi al-Quran

iaitu al-Quran bermaksud ‘bacaan’ yang berasal daripada perkataan qara’a ( َقََرأ). Inilah salah satu

definisi al-Quran dari segi bahasa.

Dari segi bahasa terdapat 3 makna:

1) Qara’a bererti mengumpulkan dan menghimpun.

2) Qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu

ucapan yang tersusun rapi.

3) Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infinitif) dari kata qara’a, qiraatan, quranan.

Di dalam al-Quran juga terdapat perkataan Quran seperti berikut:

“Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada

lidahmu) itu adalah tanggungan KAMI. Kerana itu jika KAMI telah membacakannya, hendaklah

kamu ikut bacaannya.” [surah al-Qiyaamah ayat 17-18]

“Dan, apabila dibacakan Quran, maka dengarlah dan perhatikanlah ….” [surah Al-A’raaf ayat

204]

Perkataan ‘Quran’ itu adalah khusus sebagai nama kepada kitab yang merupakan mukjizat yang

diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ia juga dapat diertikan sebagai

kalam Allah S.W.T. Kalam Allah yang diwahyukan kepada nabi-nabi lain sebelum Nabi

Muhammad S.A.W tidak dikenali sebagai al-Quran sebagai contoh kitab Injil kepada Nabi Isa

a.s. dan kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.

Page 5: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

5

Dari segi istilah:

Definisi Quran sukar untuk diberi batasan-batasan dengan definisi-definisi logika sehingga ianya

memiliki batasan yang benar-benar konkrit. Ulama menyebutkan definisi Alquran yang

mendekati maknanya dengan membezakan dari yang lain dengan menyebutkan bahawa Al-

Quran adalah kalam atau firman Allah yang diturunkan kepada Muhammad saw. yang

pembacaannya merupakan ibadah. Maka terdapat 3 perkara utama dalam definisi yang diberikan

ini yakni:

1) Al-Quran adalah kalam atau firman Allah.

2) Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

3) Pembacaan al-Quran satu ibadah.

Dalam definisi kalam merupakan kelompok jenis yang meliputi segala kalam. Dan, dengan

menggabungkannya kepada Allah (kalamullah) bererti tidak termasuk semua kalam manusia, jin,

dan malaikat.

Dan, dengan kata-kata yang diturunkan, maka tidak termasuk kalam Allah yang sudah khusus

bagi milik-Nya.

>Kalam Allah (kalamullah) = kelompok jenis yang meliputi segala kalam yang tidak termasuk

semua kalam manusia, jin, dan malaikat. Serta dengan kata-kata yang diturunkan, tidak termasuk

kalam Allah yang sudah khusus baginya.

“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman Rabku, akan habislah

lautan sebelum firman Rabku habis ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu

pula.” [surah Al-Kahfi ayat 109].

“Dan, seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan

sesudahnya tujuh lautan lagi, nescaya kalam Allah tidak akan habis-habisnya. [surah Luqman

ayat 27].

Page 6: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

6

“Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam

bahasa arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia

membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran

(kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak

mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak

mematuhiNya.” [surah Fussilat ayat 3-4]

Al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah melalui

Malaikat Jibril .Al-Quran merupakan mujizat terbesar diturunkan kepada Rasulullah s.a.w yang

mengandungi prinsip-prinsip asas agama Islam.Ia meliputi segala ilmu kerohanian dan

kebendaan.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w : “Aku tinggalkan kalian untuk dua perkara, kalian tidak akan

sesat selama berpegang padanya, iaitu kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (Hadis

riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: “ Barang siapa yang hendak berdialog dengan

Allah s.w.t maka hendaklah dia membaca Al-Quran”.

Riwayat dari utsman ibn Affan r.a berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud

:”sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya”.

Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas’ud:”Barang siapa membaca satu huruf dari kitab Allah s.w.t

(Al-Quran) maka baginya pahala satu hasanah (satu kebajikan ) dan satu hasanah itu berganda

sepuluh .Tidak aku katakan alif lam min adalah satu huruf , melainkan alif satu huruf , lam satu

huruf dan min satu huruf”.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari

kitab Allah s.w.t(Al-Quran), Sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat

seratus rakaat.

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:

Page 7: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

7

“barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah s.w.t maka dicatatkan untuknya hasanah

berganda , dan barangsiapa membaca satu ayat kitab Allah s.w.t maka ayat itu merupakan nur

baginya kelak di hari kiamat”.

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia , dan kau selalu begitu

sehingga datang maut menghampiri mu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyung-

duyung kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyung-duyung ke Baitullah Al-

Haram”.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya

satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun (iaitu)

berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya

daripada seribu dinar ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin”.

Maka dengan berpandukan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w dapat dirumuskan betapa

agungnya kebesaran Al-Quran.

Manakala Hadis dan sunnah merupakan prinsip-prinsip asas kehidupan beragama dan

pendekatan ilmu pengetahuan yang bersifat umum terkandung dalam Al-Quran kemudian

dihuraikan dan diperincikan oleh hadis dan sunnah Rasulullah s.a.w. .Apa yang dibawa oleh

hadis dan sunnah tidak boleh dipertikaikan kerana apa yang disampaikan dan diamalkan oleh

Rasulullah s.a.w juga merupakan sebahagian daripada wahyu Allah s.w.t Berpandukan hadis dan

sunnah manusia akan dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang sesuatu perkara untuk

dilaksanakan dalam kehidupan mereka tanpa melanggar prinsip yang ditetapkan oleh Al-Quran.

Hadis dan sunnah merupakan pelengkap kepada Al-Quran.

2.0 Permasalahan masyarakat dalam konteks jahiliah

2.1 Masyarakat jahiliah dulu

Bagi memudahkan kita mengenali masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam, eloklah kita

melihat kembali sejarah kebangkitan umat di samping melihat dan meneliti peringatan-

Page 8: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

8

peringatan al-Quran al-Karim yang menggariskan panduan kepada umat Islam. Semoga dengan

penelitian ini semua itu akan memudahkan kita melihat permasalahan kita bagi mencari

penyelesaian.

Pada zaman pra-Islam, manusia dalam sejarahnya telah mengikut cara hidup jahiliah. Cara hidup

itu telah digambarkan oleh Jaafar Ibn Abi Talib dih adapan Najashie (Mahraj Habashah) ketika

beliau berhadapan dengannya semasa perpindahan pertama berlaku. Jaafar menjelaskan kepada

Najashie tentang sifat-sifat utama cara hidup masyarakat jahiliah dengan katanya yang

bermaksud: “Kami dahulunya adalah orang-orang jahiliah. Pada zaman itu kami menyembah

berhala, memakan bangkai, menyakiti (memusuhi) jiran tetangga, melakukan berbagai-bagai

perlakuan keji dan mungkar. Orang yang kuat di kalangan kami menindas dan menganiaya orang

yang lemah (dan bermacam-macam lagi), sehingga agama Islam didatangkan kepada kami lalu

berubahlah kami menjadi umat baru (Islam)…”

Jahiliah sebenarnya merupakan suatu sistem hidup yang mempunyai kepercayaan beragama dan

peraturan hidup serta hukum-hakamnya sendiri.Hal ini diakui sendiri oleh al-Quran al-Karim,

bahawa mereka ada kepercayaan terhadap Tuhan.

“Dan jika kamu bertanya mereka, siapakah yang menciptakan segala langit dan bumi serta

menjadikan matahari dan bulan, nescaya mereka berkata Allah.” (al-‘Ankabut 29: 61)

“Dan jika kamu bertanya mereka, siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dengannya

dihidupkan bumi yang gersang, nescaya mereka berkata Allah.” (al-‘Ankabut 29: 63)

Meskipun begitu tepat jawapan mereka tentang pencipta alam semesta, dengan mengaku

Allahlah yang melakukan segala-galanya, akan tetapi yang sebenarnya mereka membohongi diri

mereka sendiri.Mereka hanya melahirkan pendapat seolah- olah mereka beriman, sedangkan

pada hakikatnya mereka tidak beriman. Al-Quran sendiri menyebut dan membongkar rahsia hati

mereka.

“Kalau kamu bertanya mereka: Siapakah menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab

Allah.Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan daripada menyembah Allah yang sebenar

(kepada menyembah yang lain) dan (Allah mengetahui) ucapan Muhammad s.a.w., ‘Ya Tuhanku

Page 9: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

9

sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman.’ Maka berpalinglah (hai

Muhammad) daripada mereka dan katakanlah: Salam (selamat tinggal semuanya), kelak mereka

akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).” (al-Zukhruf 43: 87 – 89) Golongan yang serupa

dengan itulah, al-Quran mengesahkan lagi:

“Dan ada di antara manusia (orang jahiliah) yang berkata: ‘Kami beriman dengan Allah dan

dengan hari akhirat’, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman, mereka hanya menipu Allah, dan

orang-orang yang beriman denganNya, sedang sebenarnya, mereka tidak menipu melainkan diri

mereka sendiri, cuma mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit (hati) lalu Allah

menambahkan lagi sakit itu dan bagi mereka azab yang bersangatan pedih sebagai balasan

kepada apa yang mereka dustakan.” (al- Baqarah 2: 8 –10)

Masyarakat jahiliah mengakui kewujudan Allah s.w.t dan mempercayai kekuasaan dan

penciptaanNya. Pada waktu yang sama, mereka tidak menyembah dan mengabdikan diri kepada

Allah s.w.t. dengan sebenar-benar pengabdian. Mereka menyembah dan mempercayai sesuatu

yang lain daripada Allah s.w.t. Kerana itu, Allah s.w.t. menurunkan perintahnya, maksudnya:

“Sesungguhnya kami turunkan kepada engkau (hai Muhammad) kitab al-Quran dengan

(membawa) kebenaran, maka sembahlah Allah dengan seikhlas-ikhlas hati kerana agamaNya.

Ingatlah hanya kepunyaan Allah, agama yang bersih dan murni.” (al-Zumar 39: 2- 3)

Malangnya orang-orang jahiliah tetap tidak mahu menerima semuanya itu, mereka masih

berkeras hendak menyembah juga berhala-hala yang mereka ciptakan dengan tangan mereka

sendiri.Apabila ditanya mengapa mereka berbuat demikian? Mereka menjawab, seperti yang

Allah s.w.t. kisahkan di dalam al-Quran:

“Dan mereka-mereka yang mengambil pelindung (menyembah) selain daripada Allah,mereka

beralasan: Kami tidak menyembah mereka, melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada

Allah dengan sedekat-dekatnya.” (al-Zumar 39: 3)

Sebenarnya perbuatan dan alasan seperti ini hanya rekaan mereka semata-mata,

sedangkan Allah s.w.t. sendiri tidak mengizinkan mereka berbuat demikian. Kerana itu,

Page 10: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

10

di hujung ayat yang tersebut di atas itu (al-Zumar 39: 3) Allah s.w.t. menyanjung dengan

firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah akan menghukum (memutuskan) di antara mereka tentang apa yang

mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat kepada orang yang amat

pendusta lagi amat kufur.” (al-Zumar 39: 3)

Al-Quran menyebut lagi, maksudnya: “Apakah hukum (undang-undang) jahiliah yang mereka

kehendakkan dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang

yang yakin.” (al-Ma’idah 5: 50)

Jahiliah juga merupakan suatu sentimen perkauman sempit yang menjadikan mereka patuh dan

tunduk kepada sentimen itu, sehingga sukar untuk menerima perubahan. Mereka lebih kukuh

berpegang kepada cara hidup yang mereka pusakai daripada nenek-moyang mereka:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu semua mengikut kepada apa yang

diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul lalu mereka itu berkata cukup memadailah bagi kami

apa yang kami dapati daripada bapa-bapa kami meskipun bapa- bapa mereka itu tiada

pengetahuan suatu apa pun dan tidak pula mendapat petunjuk.” (al-Ma’idah 5: 104)

Masyarakat jahiliah amat sombong dan besar diri dengan apa yang mereka miliki. Di dalam hati

mereka penuh dengan kesombongan itu. Kerana itu Allah s.w.t. menjadikan hati-hati mereka

penuh dengannya.

“Dijadikan kepada mereka yang kafir kesombongan di hati mereka yang dikenali

dengan kosombongan jahiliah.” (al-Fath 48: 26)

Kesombongan itu menyebabkan mereka memandang rendah akan Rasul: “Dan mereka (orang-

orang jahiliah) berkata: Mengapa Rasul itu memakan makanan dan berjalan-jalan di pasar-

pasar.Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang Malaikat yang boleh membantu memberi

peringatan (kepada kamu). Atau dicampakkan sahaja kepadanya harta berharga (dari langit) atau

dia mempunyai sebidang dusun (kebun) yang dapat dimakan hasilnya. Berkata lagi orang-orang

Page 11: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

11

zalim (kafir) itu: Tiadalah yang kamu ikut itu melainkan seorang lelaki yang kena sihir.” (al-

Furqan 25: 7 – 8)

Umat jahiliah adalah suatu umat yang suka menegakkan kebatilan dan memerangi kebenaran.

Apa yang mereka warisi itulah pegangan mereka. Apa sahaja bukti yang dibawa untuk

meruntuhkan kepercayaan sesat mereka, tetap mereka sangkal dan berpegang kepada

kepercayaan mereka juga. Ketika orang-orang jahiliah tidak mempercayai al-Quran, Allah s.w.t.

mencabar mereka agar menandingi ciptaan Allah s.w.t. dengan ciptaan mereka:

“Dan jika kamu ragu-ragu tentang (aurat) yang Kami turunkan ke atas hamba Kami

(Muhammad) maka perbuatkanlah olehmu satu surah seumpamanya dan jemputlah saksi-saksi

kamu selain daripada Allah. Jika kamu orang yang benar. Jikalau tidak kamu lakukan dan tak

akan dapat kamu lakukan, yang demikian itu, maka takutlah kepada api neraka yang bahan

bakarnya ialah manusia dan batu-batu yang disediakan untuk orang-orang kafir.” (al-Baqarah 2:

23 – 24)

Orang-orang jahiliah sengaja menolak kebenaran yang terbentang di hadapan mata mereka,

setelah mereka meminta bukti itu dan dibuktikan dengan jayanya oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Di antara peristiwa yang berlaku ialah bulan terbelah dua, seperti yang dikisahkan di dalam ayat-

ayat ini:

“Telah hampir (kedatangan) hari kiamat dan telah terbelah dua bulan. Jika mereka (orang-orang

jahiliah) melihat suatu petanda (yang jelas tentang kenabian Muhammad s.a.w.), mereka

berpaling daripadanya dan berkata: Semuanya itu adalah perbuatan sihir yang berterusan.

Mereka mendustakan dan mengikut hawa nafsu mereka, sedang pada tiap-tiap hal yang berlaku

telah ada ketetapannya.” (al-Qamar 54: 1 – 3 )

Masyarakat jahiliah tidak berhenti setakat sekadar yang tersebut itu sahaja. Permusuhan dan

penolakan mereka terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam yang dibawanya terus

dipertingkatkan hingga mereka mengambil keputusan untuk membunuh baginda seperti yang

Allah s.w.t. sebutkan di dalam al-Quran:

Page 12: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

12

“Dan ingatlah ketika orang-orang kafir (Quraish) memikirkan tipu-daya mereka terhadapmu

untuk menangkap dan memenjarakan kamu atau membunuhmu atau mengusir kamu (keluar dari

Makkah). Mereka memikirkan tipu-daya yang kotor dan Allah menggagalkan tipu-daya itu dan

Allahlah sebaik-baik pembalas kepada tipu-daya mereka.” (al-Anfal 8: 30)

Daripada urutan sejarah yang tersebut, fahamlah kita bahawa masyarakat Arab jahiliah dahulu

mempunyai masalah-masalah yang begitu ketara. Kerananya Allah s.w.t. membangkitkan

RasulNya, Muhammad s.a.w., untuk menyelesaikan masalah-masalah itu. Dengan petunjuk

utusan dan dengan bimbingan Nabi Muhammad s.a.w. masalah masyarakat jahiliah terhurai, lalu

mereka berubah menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang amat setia kepada jalan yang

dibawa oleh baginda. Mereka hidup mulia dan menjadi contoh utama.

2.2 Masyarakat jahiliah kini.

Al-Quran pula menyatakan, maksudnya: “Maka datanglah sesudah mereka (yang dahulu)

generasi baru (yang jahat dan ingkar) yang mewarisi al-Kitab. (Mereka tidak mempedulikan al-

Kitab), tetapi lebih mementingkan harta benda dunia yang rendah (mutunya), lalu mereka

berkata ‘Allah akan memberi ampun kepada kami.” (al-‘Araf 7: 169)

Ayat tersebut itu meskipun pada hakikatnya mengisahkan hal orang-orang yang diberi Taurat

tetapi tidak mempedulikan kitab Allah s.w.t. itu, akan samalah bandingannya dengan umat yang

diberi al-Quran tetapi meninggalkan aturannya kerana hal-hal keduniaan yang sempit, yang

mereka kejarkan sehingga membelakangkan petunjuk al- Quran yang dengannya menimbulkan

masalah demi masalah:

Seterusnya al-Quran lebih jelas menyatakan, maksudnya: “Maka datanglah sesudah mereka

angkatan baru yang meninggalkan solat dan menurut hawa nafsu, maka kelak akan tersesat dari

jalan yang benar kecuali orang- orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh. Maka mereka

itulah yang akan masuk syurga dan tidak teraniaya sedikit pun.” (Mariam 19: 59 – 60)

Umat Islam pada hari ini lebih mirip kepada apa yang disebut di dalam ayat-ayat tadi yang

meskipun tidak boleh dikatakan ayat-ayat itu bulat-bulat ditujukan kepada kita secara khusus.

Akan tetapi fakta dan fenomena umum seolah-olah menepati dengan keadaan umat Islam kini.

Page 13: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

13

3.0 Masalah yang dihadapi oleh umat Islam kini.

3.1 Masalah Iman dan Taghut (Syaitan dan Sekutu-Sekutunya)

Allah s.w.t. mengingatkan manusia, maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan

Rasul pada tiap-tiap umat untuk menyeru mereka agar menyembah (menyerah diri) kepada Allah

sahaja dan hendaklah menjauhkan diri pada daripada taghut.” (Nahl 16: 36)

Persoalan iman adalah persoalan pokok yang menjadi punca kepada segala-galanya. Rasul

diutuskan untuk menjelaskan persoalan itu dengan sebaik-baiknya; untuk membimbing manusia

ke jalan yang benar, jalan menuju Allah s.w.t. dengan membulatkan kepada Tuhan dan ketaatan

kepadaNya di dalam serba-serbi bidang kehidupan. Jalan iman adalah jalan lurus. Jalan yang

mendapat rahmat Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. berfirman,maksudnya:

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (di dunia) beriman dan bertaqwa (kepada Allah)

pastilah Kami (Allah) akan melimpahkan barakah (rezeki dan sebagainya) dari langit dan bumi.

Tetapi mereka mendustakan (kufur dengan ayat-ayat Kami) maka Kami seksa mereka

disebabkan perbuatan mereka sendiri.” (al-A’raf 7: 96)

Oleh kerana persoalan pengukuhan iman dengan secara menjauhi taghut (syaitan dan sekutu-

sekutunya) sudah dipandang remeh serta tidak mendapat tempat dalam senarai masalah umat,

maka lenyaplah masalah itu ditimbun oleh masalah-masalah lain. Kerana itu, untuk

menimbulkan dan mengukuhkan iman, maka perlulah ia digarap dan sentiasa dibaja dan dikawal

daripada musuhnya.

Di antara musuh utama kepada Islam itu ialah syirik dengan segala cabangnya, kufur

dengan segala keadaannya, maksiat dengan selok-beloknya.

3.2 Masalah kemerosotan ekonomi

Page 14: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

14

kebimbangan dan ketakutan yang lahir daripada keadaan kesusahan dan kepapaan hidup

sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada masalah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah

s.w.t. Segala rezeki yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepada manusia yang kelihatan naik turun

keadaannya, juga bergantung kepada darjah keimanan tersebut. Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Dan Allah telah memberikan suatu contoh (peringatan) dengan sebuah negeri yang dahulunya

amat aman lagi tenteram. Rezeki didapati (datang) padanya melimpah-ruah dari segenap tempat.

Tiba-tiba penduduknya (berubah) mengkufuri nikmat Allah (dengan menderhaka kepadaNya).

Maka kerananya dibalas dengan memberikan pula mereka merasa kesusahan sehingga terjadi

kelaparan dan ketakutan berpunca daripada perbuatan (kekufuran) yang mereka lakukan.” (Nahl

16: 112)

Jelas memberi gambaran bahawa masalah kemelesetan ekonomi yang di alami sekarang hingga

menyebabkan kebuluran kepada sebuah negeri yang dahulunya senang dan kaya-raya, adalah

berpunca daripada sikap manusia yang tidak tahu berterima kasih kepada Allah s.w.t. Begitu juga

masalah keamanan yang sentiasa mengancam manusia baik daripada masalah-masalah dalaman

mahupun luaran yang menyebabkan manusia sekarang berada dalam kebimbangan danketakutan,

juga berpunca daripada masalah iman.

Orang yang beriman dan beramal soleh dengan sebenarnya akan terlepas daripada semua

kebimbangan, ketakutan dan kedukacitaan itu. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal segala yang soleh, mendirikan solat dan

mengeluarkan zakat, bagi mereka itu pahala dari sisi Tuhan mereka, dengannya mereka tidak

akan berasa sebarang ketakutan dan mereka tidak pula berdukacita.” (al- Baqarah 2: 277)

Persoalan kemerosotan ekonomi yang membawa kepada masalah kemiskinan yang menjadi

fokus utama masyarakat Islam kini sehingga menjadikan masalah itu masalah besar yang mesti

diperangi habis-habisan, sebenarnya jika ditinjau dari sudut al- Sunnah, apakah ianya benar-

benar masalah besar dan berat, maka kita akan dapati masalah itu kecil.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: “Bukanlah kefakiran yang

aku takut berlaku ke atas kamu, tetapi yang paling aku takut kekayaan dunia yang melimpah-

Page 15: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

15

ruah ke atas kamu, yang dengannya kamu berlumba (mengejar harta itu hingga lupa kepada

Allah) sepertimana umat-umat lain sebelum kamu berlumba-lumba (mengejarnya) sehingga

mereka binasa sepertimana kamu juga akan binasa.”

3.3 Masalah Keraguan Terhadap Islam

Islam yang di imani oleh umat Islam kini banyak yang boleh dipersoalkan tentang sejauh

manakah kekuatan fahaman itu pada diri mereka. Apakah Islam telah diubahsuai untuk

disesuaikan dengan selera dan zaman yang kita lalui ini, ataupun masih boleh dikatakan Islam itu

tetap dengan keasliannya? Masalah ini ada hubungan dengan maruah bangsa dan agama, di mana

ketinggian dan kehinaan umat Islam itu banyak bergantung kepada komitmen kepada hukum-

hakam Allah s.w.t. Memadailah rasanya kalau kita lihat kepada sepotong ayat al-Quran iaitu:

Maksudnya;

“Bacalah kepada mereka berita tentang orang-orang yang kami datangkan keapda mereka ayat-

ayat kami (hukum-hukum Allah) lalu mereka melepaskan diri (membuang danmeninggalkannya)

daripada ayat-ayat itu. Maka syaitan pun menunggangi mereka sehingga mereka menjadi orang

yang sesat. Kalau kami kehendaki, nescaya kami angkat darjat mereka dengan pelaksanaan

hukum-hukum daripada ayat-ayat itu. Akan tetapi (mereka) menumpang di bumi (seperti hendak

kekal selama-lamanya) dan menurutkan hawa nafsunya maka bandingan mereka itu sama seperti

seekor anjing (yang terjulur lidahnya). Dihalau (dihina) ia menjulurkan lidahnya, dibiarkan

sahaja pun dijulur juga lidahnya, yang demikian itu adalah bandingan kepada kaum (bangsa)

yang mendustakan (membelakangkan) ayat-ayat Kami, maka ceritakanlah kisah-kisah itu moga-

moga mereka berfikir. Amat buruklah bandingan kamu (bangsa) yang mendustakan ayat-ayat

Kami dan kepada kami mereka sendirilah mereka berbuat zalim.” (al-A’raf 7: 175 – 177)

3.4 Masalah Kejahilan Terhadap Islam

Salah satu perkara yang benar, tetapi sukar hendak diakui ialah masalah kejahilan umat Islam

terhadap Islam yang dipegang dan dianuti. Daripada kejahilan itu, timbullah tanggapan dan

pegangan yang berbeza-beza terhadap Islam. Kerananya timbul perbalahan dan pertelingkahan

yang kadang-kadang membawa kepada perpecahan dan permusuhan. Kerananya penghormatan

Page 16: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

16

kepada ilmu Islam itu sendiri tidak diberikan, yang menyebabkan ulama-ulama Islam dipandang

rendah dan direndah- rendahkan.

Rasulullah s.a.w. menerima wahyu pertama mengisahkan permasalahan ilmu. Di antara tugasnya

juga mengembangkan dan menyebarkan ilmu. Dalam hierarki ilmu, maka ilmu yang membawa

manusia kepada beriman kepada Allah s.w.t. (ilmu makrifat) adalah ilmu yang tertinggi sekali

yang perlu diberi perhatian dan kehormatan. Apabila ilmu itu dipandang ringan dan enteng maka

berkembanglah ilmu yang menyesatkan manusia dari Allah s.w.t.

Jika dilihat daripada perkembangan ilmu dalam sistem pendidikan umum di dalam masyarakat

Islam hari ini, kita akan dapati perkembangan ilmu-ilmu yang berasaskan kepada menjaga

kepentingan hidup dunia begitu pesat dan begitu luas cabang dan bidangnya. Ilmu-ilmu dalam

bidang bahasa dan sastera, dalam ekonomi dan pengurusan, dalam sains dan teknologi kelihatan

sentiasa berkembang pesat dan pantas. Tetapi ilmu-ilmu dalam bidang mengenali Allah s.w.t.

seolah-olah seperti telah beku dan kaku. Ilmu-ilmu tentang syariah pun demikian juga.

Kerananya maka, tarikan terhadap ilmu-ilmu Islam akan berkurangan. Apabila ini berlaku maka

kejahilan umat Islam semakin parah, akhirnya Islam tidak dikenali dengan baik maka kerananya

timbul masalah demi masalah.

Masalah paling besar yang dihadapi oleh umat Islam dari dahulu hingga sekarang ialah

kemurkaan dan kutukan Allah s.w.t. Hal ini telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku ke

atas umat Islam secara khusus, kerana merekalah umat yang diberi hidayah tetapi ada yang

menolak hidayah itu. Mereka diberi al-Quran tetapi tidak mengenali dan memahaminya. Mereka

diberi jalan yang lurus, tetapi memilih jalan bengkang-bengkok kerana pujukan hawa nafsunya.

Sekiranya berlaku kemurkaan dan kutukan Allah s.w.t., maka malapetaka besar akan menimpa

umat Islam yang akan menyebabkan kesengsaraan di dunia dan keazaban yang dahsyat di

akhirat. Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Maka adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menyempurnakan

pembalasan (pahala) baik mereka dan menambah untuk mereka sebahagian daripada kurniaNya.

Adapun orang yang enggan (mengingkari perintah) dan menyombong diri (menolak kebenaran),

maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih dan mereka tidak akan

Page 17: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

17

memperolehi bagi diri mereka pelindung (pembela) dan penolong (pembantu), selain daripada

Allah.” (al-Nisa’ 4: 173)

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan peliharalah dirimu daripada melakukan fitnah, kerana

seksaan Allah terhadap kesalahan itu tidak sahaja terkena kepada orang yang melakukan

kezaliman itu secara khusus sahaja (malah terkena kepada semua) dan ketahuilah bahawa Allah

itu amat keras seksaannya.” (al-Anfal 8: 25)

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud “Hendaklah kamu

menyuruh melakukan ‘makruf’ dan menegah mereka melakukan ‘mungkar’ kalau tidak, Allah

akan menurunkan azabNya ke atas manusia.”

Sebenarnya amat banyak lagi keterangan-keterangan dari al-Quran dan al-Sunnah tentang

ancaman Allah s.w.t. terhadap umat Islam yang merupakan sebesar-besar masalah yang perlu

difikirkan dengan serius untuk mengelakkan azab tersebut. Penyelesaian perlu difikirkan dan

dicari secara bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah itu. Bukan sahaja untuk melepaskan

diri daripada masalah di dunia ini sahaja malah akan sampai ke akhirat nanti.

4.0 Penyelesaiannya

Masyarakat jahiliah dahulu yang disebutkan pada permulaan ini telah menghadapi

berbagai-bagai masalah yang disifatkan oleh al-Quran sebagai:

“Dan kamu (masyarakat jahiliah) sedang berada di tepi tebing neraka (kemusnahan)

maka kamu diselamatkan (oleh Islam) daripadanya.” (Ali ‘Imran 3: 103)

Ayat ini memberi suatu jalan penyelesaian kepada umat Arab ketika itu dengan memilih Islam

sebagai suatu cara hidup bagi menyelesaikan semua masalah yang dihadapi. Kalau mereka telah

berjaya, maka tentu juga kita boleh berjaya dengan memilih Islam, sebagai suatu pilihan utama

dalam erti kata lain, Al-Quran dan Al-sunnah sebagai sumber panduan.

Page 18: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

18

Islam sebagai suatu pilihan untuk menyelesaikan masalah, bukan Islam yang sekerat- kerat dan

mengikut selera, malah Islam yang sebenar yang disebut oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran,

maksudnya:

“Wahai orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam keseluruhan (kesemuanya) dan janganlah

kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata.”

(al-Baqarah 2: 208)

Program utama bagi penyelesaian ini adalah dengan mengatur strategi untuk pulang kepada

Islam secara yang lebih serius dan berkesan. Bukan dengan cakap dan lambang-lambang yang

tidak bermakna.

Langkah penerapan nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan adalah suatu langkah yang

baik dan perlu diberi sanjungan dan sokongan. Hal ini adalah suatu yang berguna untuk

menyelesaikan masalah ummah. Apa yang perlu ditambah untuk lebih mengemaskan langkah

tersebut ialah dengan meletakkan matlamat jangka waktu yang akan dicapai.

Tanpa jangka waktu tertentu, program yang tersusun sukar dilaksanakan dengan baik. Program

itu juga tidak dapat disemak: Manakah yang sudah dijalankan dan apa pula yang belum? Apakah

tekanan yang patut diberi dan apa pula yang mesti diatasi segera?

Dalam memenuhi keperluan asas penerapan nilai Islam, penumpuan ke arah memahamkan Islam

secara menyeluruh perlu disegerakan. Program ini hendaklah menyeluruh dan serentak keseluruh

negara, melalui berbagai-bagai cara, di antaranya mengadakan kelas-kelas khusus untuk

pendedahan ini secara wajib yang dimasukkan ke dalam sebahagian daripada tugas harian dalam

kerjayanya.

Buku-buku agama yang difikirkan sesuai hendaklah dipilih dan dijadikan buku wajib yang mesti

dibekalkan dan dipergunakan setiap hari sebagai bahan bacaan dan rujukan.

Untuk membolehkan program ini lebih berkesan, maka hendaklah seboleh-bolehnya persoalan-

persoalan Islam dijadikan sebagai suatu persoalan penting dalam temuduga- temuduga kenaikan

pangkat, di samping soalan-soalan lain yang berhubung dengan kerjayanya. Kegagalan seorang

Page 19: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

19

Islam untuk menjawab soalan-soalan mudah mengenai Islam amatlah serius dan sepatutnya

dijadikan penghalang kepadanya untuk mendaki ke jawatan yang lebih tinggi.

Selain itu, sistem pendidikan juga perlu diubahsuai mengikut pendekatan Islam, dalam erti kata

lain, Al-Quran dan Al-sunnah perlu menjadi teras dalam sistem pendidikan. Program

pembelajaran anak-anak ketika mereka berusia 7 tahun hingga mereka berumur 17 tahun

dimulakan dengan penghafalan dan ilmu tafsir Al-Quran dan Al-sunnah, dengan itu anak-anak

akan diserap nilai-nilai Islam ke dalam diri mereka.

Anak-anak yang diajar dengan asas-asas kukuh Al-Quran dan Al-sunnah akan dapat memahami

Islam secara keseluruhan seterusnya akan membentuk satu masyarakat Islam yang baik dan

diberkati Allah s.w.t yang sudah pastinya akan menjadi masyarakat yang memahami Islam suatu

masa kelak.

Merujuk kepada Islam iaitu Al-Quran dan Al-sunnah sebagai suatu penyelesaian masalah

ummah, tentulah akan dirasakan terlalu umum untuk dilaksanakan dan seolah-olahnya tidak

praktikal dalam bentuknya yang terlalu umum itu. Sebenarnya apabila kita merujuk kepada Islam

sebagai suatu pilihan ertinya kita perlu meletakkan diri kita dan masyarakat dalam suatu keadaan

yang seluruh potensi yang ada diletakkan di bawah kehendak Allah s.w.t. Meletakkan diri kita ke

dalam senarai orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dengan sepenuh daya-upaya kita.

Mengimani Allah s.w.t. sebagai Tuhan sebenar yang segala-galanya dirujukkan kepadaNya.

Memahami diri kita sebagai insan yang tidak berdaya melainkan dengan izin Allah s.w.t.

“Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Adil.”

Kita hendaklah bergantung dengan sebenar-benar pergantungan yang benar kepada Allah s.w.t.

kerana kita akan mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Dan sesiapa yang bergantung dengan Allah, maka sesungguhnya diberi petunjuk

kepada jalan yang lurus.” (Ali ‘Imran3: 101)

Penyelesaian masalah umat Islam tidak seharusnya dipandang dari sudut yang sempit dalam

jangka masa yang singkat sahaja, malah perlu kepada penyelesaian yang luas dalam jangka masa

Page 20: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

20

yang amat panjang. Penyelesaian masalah duniawi memang perlu, kerana di dunia kita sedang

berpijak dan bekerja keras untuk kembali kepada Allah s.w.t. Tetapi kalau sekadar

menyelesaikan masalah dunia sahaja, secara pandangan dan penyelesaian duniawi yang tidak

dihubungkaitkan dengan masalah akhirat, maka bukanlah penyelesaian sebenar yang

diperlakukan oleh umat Islam. Sebaliknya kalaulah masalah keakhiratan dapat dibereskan di

dunia ini, dengan berusaha untuk menempah tempat yang baik di akhirat, maka itulah yang

sebenarnya suatu penyelesaian yang memberi keuntungan yang sebenar.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. banyak masalah keduniaan tidak diselesaikan dalam jangka waktu

yang pendek, masalah keamanan dan penindasan serta penganiayaan masyarakat Quraish

(jahiliah) terhadap umat Islam di Makkah, juga masalah sosio- ekonomi yang melanda

masyarakat Islam ketika itu, tidak diambil langkah segera oleh Rasulullah s.a.w. untuk

menyelesaikannya. Contoh hidup yang dapat disaksikan; apabila berlaku perkara tersebut ada

sahabat yang datang mengadu kepada Rasulullah, meminta penyelesaian segera bagi masalah itu

dengan sekurang- kurangnya berdoa memohon kepada Allah s.w.t. agar memberi pertolongan

segera kepada mereka untuk mengatasi masalah kehidupan. Rasulullah s.a.w. bertindak

mengumpulkan umat Islam yang berada di sekitarnya ketika itu dan memberi penjelasan di

antara lain sabdanya:

“…bahawa sesungguhnya orang yang sebelum daripada kamu (kerana mereka menjadi penganut

Islam sebenar) mereka diseksa (oleh musuh) dengan menggunakan sikat besi sehingga tanggal

daging daripada tulangnya, namun mereka tidak berganjak dari agamanya akan tetapi kamu

gopoh (dengan tidak lebih banyak bersabar).”

Masalah-masalah yang begitu banyak yang dihadapi oleh umat Islam menjadikan mereka seperti

kelumpuhan tenaga yang boleh mematikan semangat untuk lebih kuat bekerja mengatasi

masalah. Berdasarkan kepada Islam, maka ada yang merasakan bahawa Islam tidak berupaya

untuk menghidupkan balik keadaan yang hampir lumpuh itu. Sebenarnya Islam mampu

menyelesaikan masalah ummah. Lihat firman Allah s.w.t., maksudnya:

Page 21: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

21

“Wahai orang yang beriman, sahutilah (penuhilah) seruan Allah dan seruan Rasul apabila diseru

kamu kepada sesuatu yang akan memberi kehidupan (yang lebih sempurna kepada kamu).” (al-

Anfal 8: 24)

Sayangnya seruan itu tidak disahut oleh umat Islam maka berlakulah masalah demi masalah.

Untuk kembali kepada Allah s.w.t. bagi mendapatkan penyelesaian, umat Islam perlu

mempunyai keyakinan yang bulat bahawa Islam mampu menyelesaikan masalah dalaman suatu

jangka yang munasabah bagi mengatasi masalah lama yang mengongkong umat Islam.

Rasulullah s.a.w. sendiri mengambil masa yang sesuai sebagai seorang Rasul akhir zaman bagi

menyelesaikan segalanya. Begitu juga kita lebih memerlukan masa yang sesuai untuk

melaksanakan kehendak Allah s.w.t. dalam masyarakat yang amat memerlukan penyelesaian

secara Islam.

Keyakinan kepada diri dan kepada agama Islam sebagai teras penyelesaian masalah, memerlukan

kepada ilmu yang cukup dan kefahaman terhadap Islam yang sebenar. Hal ini hanya akan

berlaku jika Islam difahami dan dikaji dari sudut pendangan Islam itu sendiri, bukan dari sudut

pandangan orang luar (yang bukan Islam) bagi mengatasi masalah kita.

Sekiranya diterima penyelesaian masalah ummah dalam bentuk yang disebutkan itu, maka

langkah seterusnya ialah perlunya diubahsuaikan segala kegiatan kehidupan ummah seluruhnya

agar selaras dengan kehendak Islam, secara yang berkesan dan berfaedah. Apa yang tidak sesuai

dengan Islam perlu ditukar sedikit demi sedikit, agar tidak menjadi suatu kegemparan. Cara

hidup hendaklah dibiasakan dengan cara hidup Islam, melalui perubahan, peraturan dan falsafah

hidup yang bersendikan falsafah Islam.

5.0 Kesimpulan

Menurut Islam ,permulaan hari bermula pada azan yang menandakan waktu Maghrib,iaitu pada

malam hari dan berakhir pada senja hari. Begitulah tanda kebesaran Allah s.w.t dalam

memperlihatkan kepada kita umat manusia bahawa pada permulaan manusia dalam kegelapan

,namun kemudiannya diganti dengan cahaya iatu malam hari kemudiannya diganti dengan siang

hari .Begitulah kasih sayang Allah s.w.t melebihi murkaNya , maka Allah tidak Sewenang-

Page 22: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

22

wenang menghukum umat manusia tetapi memberi mereka peluang untuk beribadat kepadaNya.

Firman Allah s.w.t maksudnya:

“Dan kamu (masyarakat jahiliah) sedang berada di tepi tebing neraka (kemusnahan)

maka kamu diselamatkan (oleh Islam) daripadanya.” (Ali ‘Imran 3: 103)

Punca utama masalah itu adalah kerana umat Islam telah jauh menyimpang daripada

Islam itu sendiri. Allah s.w.t. telah membayangkan:

“Dan sesungguhnya (agama Islam) yang Kami turunkan ini adalah jalanKu yang lurus maka

hendaklah kamu ikutinya dan jangan sekali-kali kamu mengikut jalan-jalan yang lain, kelak

jalan-jalan itu akan memporak-porandakan kamu (menyesatkan kamu) daripada jalan (Allah)

yang sebenar. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepaamu agar kamu bertaqwa.” (al-An’am

6: 153)

Untuk memperbaiki umat Islam yang sedang berada dalam berbagai-bagai masalah hidup,

penyelesaiannya jelas daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., maksudnya:

“Tidak akan menjadi baik umat ini melainkan dengan mencontohi apa yang boleh

menjadi baik umat yang terdahulu.”

Kepimpinan Rasulullah s.a.w. tetaplah menjadi tauladan. Demikian juga kepimpinan Khulafa al-

Rasyidin dan para pemimpin Islam yang berpegang teguh kepada Islam. Oleh itu kepimpinan

yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah adalah salah satu cara yang mengatasi masalah umat.

Sebenarnya apa yang mengizinkan agar sesuatu masalah itu terjadi adalah Allah s.w.t. Perlakuan

manusia hanya sebab ke arah masalah-masalah itu. Oleh itu, apa yang paling mampu

menyelesaikan masalah umat itu ialah petunjuk Allah s.w.t. jua. Oleh itu, merujuk kepada Allah

s.w.t. dalam menyelesaikan masalah umat adalah sesuatu yang wajar, seperti firmanNya yang

bermaksud:

Page 23: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

23

“Apakah Dia (Allah) yang menunjukkan kepada kebenaran, lebih patut (berhak) kamu ikutinya

ataupun kamu hendak mengikut mereka yang tidak memiliki petunjuk, melainkan jika diberi

petunjuk oleh Allah kepadanya, maka apakah kamu ini. Bagaimana kamu membuat keputusan.”

(Yunus 10: 35)

Islam adalah agama Allah s.w.t. yang sentiasa untuk diikuti oleh sesiapa sahaja, sentiasa bersedia

memberi jalan untuk menyelesaikan masalah umat dari dahulu hingga sekarang. Kekurangan

umat Islam hanyalah pada keyakinan untuk kembali kepada Islam itu sepenuhnya. Kalau sudah

ada keyakinan dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan Islam sebagai penyelesai masalah,

maka Allah s.w.t. akan menolong hambanya menyelesaikan masalah.

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, akan dibukakan jalan keluar (penyelesaian

masalahnya) baginya dan diberi rezeki kepadanya sehingga tidak teritung banyaknya.” (al-Talaq

65: 2 – 3)

Kalau masalah hidup sudah ada jalan penyelesaian yang sebenar dan masalah ekonomi (rezeki)

pula telah diatasi dengan banyaknya anugerah Allah s.w.t., maka tercapailah penyelesaian yang

dikehendaki untuk masyarakat Islam.

“dan kalau sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertaqwa nescaya Kami bukakan

kepada mereka keberkatan (pintu rezeki) dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan

(membelakangi ayat-ayat Kami) maka Kami seksa mereka (dengan berbagai-bagai masalah)

daripada perbuatan mereka sendiri.” (al-A’raf 7: 96)

Jelaslah daripada ayat tersebut, punca masalah yang berlaku ke atas umat Islam adalah iman dan

taqwa. Kalau masalah itu selesai maka yang lain-lainnya akan turut selesai dengan pertolongan

Allah s.w.t

Page 24: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

24

Kelebihan belajar dan mengajar Al Quran.

DARIPADA Aisyah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Orang (mukmin) yang mahir

membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani malaikat yang mulia. Dan orang

yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat

pahala ganda.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu)

itu ialah al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan

dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh

makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.”

(Surah Al-Waaqiah, ayat 77-80)

Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran perlu dititikberatkan kerana

melalui al-Quran Allah memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mencapai keredaan dan

keselamatan. Dan kerana al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan

kepada cahaya. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran

seperti sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Orang yang paling baik di antara kalian ialah

orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Hadis riwayat Bukhari,

Abu Daud, Tirmidzi)

Kebaikan membaca al-Quran amat banyak antaranya, bagi orang yang membaca al-Quran

dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali

pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah menghafalnya.

Orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap)

maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran dan mengamalkannya

lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca al-Quran.

Ibnu Abbas menceritakan Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya orang yang di dalam

dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang

kosong.

Faedah Belajar dan Mengajar.

Page 25: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

25

Firman Allah bermaksud:

" Maka bertanyalah kepada ahli ilmu, jika kamu tidak mengetahui"

Surah An.Nahl - ayat 43.

Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud:

" Bahawa sesungguhnya engkau berjalan pergi mempelajari suatu bab dari ilmu adalah lebih

baik daripada engkau melakukan solat seratus rakaat".

Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud:

" Suatu bab dari ilmu yang dipelajari seseorang, adalah lebih baik baginya dari dunia dan

isinya".

Sabda Rasulullah.s.a.w.yang bermaksud:

" Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu untuk diajarkannya kepada manusia. maka ia

diberikan pahala tujuh puluh orang siddiq".

Page 26: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

26

(orang yang selalu benar seperti Abu Bakar Siddiq - membenarkan Nabi )

Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud:

"Menunjuk kepada kebajikan, adalah seperti mengerjakannya"

Biodata tokoh yang dikaji iaitu seorang guru agama di SK Sentosa.

Nama : Ustazah Khalijah binti Abdullah

Umur : 37 Tahun

Tarikh Lahir : 19 /11/1975

Negeri asal : Kelantan Darul Naim

Hand phone : 013 – 9541857

Larar belakang Pendidikan : Sekolah Rendah – SK Chica Menyabung (Tahun 1-6)

:Sekolah Men – SMU Muhamaddiah Beris Panchor (Ting. 1-5)S

:Sek. Men Atas – Al Rahmah Kenali (Tingkatan 6)

:IPT - Al Azhar ,Mesir Cawangan Iskandariah)

Sumbangannya Kepada Masyarakat.

Mengajar murid-murid mengaji Al Quran di rumahnya.

Tempar rujukan guru-guru dan penduduk setempat dalam permasalahan agama

Hakim Tilawah Al Quran peringkat Zon Daerah Kinta Selatan

Banyakmembantu dan menghulurkan sumbangan kepada keluarga murid-murid yang

memerlukan atau yang miskin.

Page 27: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

27

Pandangan beliau mengenai beberapa permasalahan yang berlaku dalam bacaan Al Quran .

1. Permasalahan 1.

Soalan – Apakah pandangan ustazah mengenai kesalahan khofi dan jail yang biasa

dilakukan oleh segelintir orang dalam masyarakat kita ?

Pandangan tokoh – Kesalahan bacaan Al Quran dari segi bacaan khofi dan Jali ini tidak

patut dipandang ringan dan patut diberi penekanan oleh guru agama sejak mereka masih

kecil lagi agar perkara ini tidak menjejaskan bacaan mereka dalam solat.

Pandangan saya – Saya sangat bersetuju dengan pandangan ustazah tersebut kerana

dalam pembacaan Al Quran kita sangat perlu menitikberatkan panjang pendeknya.

2. Bacaan Al-Fatihah Makmum dalam Solat Berjemaah

Soalan:

Kalau kita menjadi makmum sembahyang fardu, adakah kita perlu membaca Al-Fatihah semasa

imam membaca surah. Dan kalau perlu, adakah sah sembahyang kita apabila kita tidak sempat

habis membaca Al-Fatihah kerana imam membaca surah pendek. Kes ini adalah bukan kes

makmum masbuk atau muafik?

Jawapan:

Mengikut pendapat jumhur ulamak termasuklah imam Asy-Syafi'i sendiri, membaca Al-Fatihah

di dalam solat bagi makmum adalah satu rukun daripada rukun-rukun solat. Ini bermakna tidak

sah solat makmum itu jika ia berkesempatan membaca Al-Fatihah tetapi ditinggalkannya dengan

sengaja.

Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada solat (tidak sah) bagi

sesiapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah". Ini berbeza dengan pendapat imam Abu Hanifah

yang tidak mewajibkan makmum membaca surah Al-fatihah. jika anda membaca agak lambat

dan imam pula agak pantas sehingga anda tidak sempat menghabiskan surah Al-Fatihah. Dalam

hal ini sekiranya imam telah rukuk anda merasakan anda boleh menghabiskan surah Al-Fatihah

sebelum imam sujud, maka hendaklah anda menghabiskanya.

Page 28: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

28

Jika anda rasa tidak sempat berbuat demikian, maka anda hendaklah rukuk bersama imam kerana

bacaan imam akan dikira sebagai bacaan makmum seperti juga kedudukannya orang yang

masbuk. Ini kerana dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan Rasulullah SAW pernah

menjelaskan: imam itu dilantik untuk diikuti oleh makmum sekiranya ia rukuk maka hendaklah

anda semua rukuk dan sekiranya ia sujud maka hendaklah anda semua sujud. Bagaimanapun

bagi sesetengah ulamak Syafi'i seperti imam Nawawi orang terlibat luput rakaat pertama dan ia

dikehendaki menambah rakaat yang luput itu diakhir solatnya.

Pandangan saya – Saya pun sangat bersetuju dengan pandangan ustazah

3. Membaca Jahar (kuat) dan Sir (perlahan) dalam Solat

Soalan:

Mengapakah dalam solat berjamaah hanya waktu zohor dan asar sahaja makmum kena membaca

surah sendiri, sedangkan tiga waktu yang lain itu makmum hanya membaca fatihah saja?

Jawapan:

Nabi pernah membolehkan para makmum membaca dalam solat bila imam mengeraskan bacaan.

Ketika itu solat Subuh, bacaan sahabat mengganggu baginda. Selesai solat baginda bersabda:

"Mungkin kamu membaca di belakang imam? Kami menjawab: "Betul, dengan bacaan yang

cepat ya Rasulullah". Baginda bersabda: "Jangan kamu lakukan itu kecuali membaca al Fatihah,

kerana solat tidak sah tanpa membacanya". (HR. Bukhari)

Kemudian baginda melarang semua bacaan pada solat jahar (bacaan kuat) iaitu setelah baginda

mengerjakan solat jahar (Solat Subuh). Baginda bersabda: "Adakah di antara kamu tadi yang

membaca bersama denganku ?".

Salah seorang sahabat menjawab: "Benar ya Rasulullah". Nabi bersabda: "Sekarang aku katakan,

janganlah kamu menyaingiku".

Menurut Abu Hurairah semenjak mendengar itu mereka berhenti membaca bila Rasulullah

mengeraskan bacaannya dalam solat. Mereka membaca berbisik bila imam mengeraskan

bacaannya. Memusatkan perhatian terhadap bacaan imam oleh Rasulullah SAW dinyatakan

sebagai suatu kesempurnaan mengikut imam. Rasulullah SAW bersabda: "Imam hanya untuk

Page 29: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

29

diikut, apabila ia takbir, takbirlah, apabila ia membaca perhatikanlah". (HR Abu Daud dan

Muslim)

Mendengar bacaan imam, juga sudah cukup menjadi bacaan orang yang di belakang. Baginda

bersabda: "Siapa yang mengikut imam, bacaan imam adalah bacaannya" (Riwayat Daruquthni

dan Ibnu Majah). Ini dalam solat jahar (bacaan kuat) saja.

Untuk lebih jelas lagi kami ungkapkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu

Daud. "Rasulullah SAW membaca ayat dengan suara jelas (jahar) dalam solat Subuh dan pada

dua rakaat pertama pada solat Maghrib dan Isyak. Baginda bacanya dengan berbisik pada solat

Zohor, Asar dan pada rakaat ketiga solat Maghrib serta dua rakaat terakhir pada solat Isyak. Para

makmum mengetahui bahawa baginda membaca sir (perlahan) dari gerakan janggut baginda, dan

kadang-kadang dari bacaan ayat yang baginda bacakan kepada mereka".

(Sila rujuk "Contoh Solat Nabi": Karya Muhammad Nasyiruddin Albani)

Pandangan saya

Dengan hadis dan ayat Al Quran yang dihujahkan oleh ustazah saya pun bersama-sama dalam

hal tersebut.

Soalan keempat

4. (Soalan keempat )Hukum pegang al-Qur'an (musyhaf) tanpa wudhu':

Pandangan Ustazah :Pendapat muttakhir adalah dibolehkan.

Dalil Al-Qur'an al-Waqi'ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci) telah

pun dihapuskan khilafnya kerana 'orang-orang' dalam ayat itu adalah Malaikat dan ia

berlaku di Lauh Mahfudz.

Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) telah mengesahkan hal ini.

Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas RA.

Pandangan saya ,memang betul apa yang diperkatakan oleh ustazah kerana ini memang pendapat

ulama muktabar.

Page 30: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

30

Soalan ke lima .-Apakah pendapat ustazah mengenai bacaan Al Quran oleh sesetengah orang

yang menggunakan loghat daerah masing-masing?

Pandangan tokoh – Ia bukanlah satu kesalahan kerana cara percakapan atau dialek seseorang

sukar untuk diubah yang pentingnya tajwidnya betul.

Pendapat saya –Saya juga turut bersetuju dengan pandangan tersebut dan sependapat dengan

ustazah.

Permasalahan yang ke 6.

Permasalahan : Bagaimanakah pendapat ustazah mengenai orang yang mengajar Al Quran

kepada orang lain sedangkan dia sendiri tidak tahu mengenai hukum tajwid ?

Pandangan Tokoh : Saya rasa perkara ini tidak berapa baik,sepatutnya seorang guru agama

tersebut mesti mengetahui lebih lagi berkenan hukum tajwid daripada orang diajarnya.

Pendapat Saya ; Saya pun rasa begitu ,walaupun bacaannya betul,sekurang-kurangnya hukum

tajwid yang asal perlu diketahuinya.

Permasalahan yang ke 7.

Apakah perbezaan bacaan antara rathm uthmani dengan Majid

Pandangan Tokoh – Perbezaan antara bacaan antara kedua-dua bacaan tersebut ialah

Baris yang berbeza,dan tulisan yang berbeza.

Pandangan saya – Ya betul tu,saya pun turut bersetuju.

Penutup.

Page 31: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

31

Al Quran merupakan mukjizat terunggul yang diturunkan kepada nabi Muhammad secara

mutawattir melalui perantaraan Malaikat Jibril selama 23 tahun.Sesiapa yang membacanya akan

mendapat pahala.Jadi sangatlah penting bagi kita semua menjaga kemaslahatan Al Quran sama

ada dari segi bacaannya atau dari segi penjagaanya.

Bibliography

Page 32: Sabarina Binti Md Ghani d20102043795 KEMAHIRAN AL QURAN.18 Nov s.4

32

1. Abdullah basmeih (1995),Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim (ed).Tafsir

Pimpinan Al-Rahman .Kuala Lumpur :Bah .Hal Ehwal Islam Jab. Perdana Menteri

2. Abdullah al-Qari bin Hj.Saleh (1988).Kursus Qari dan Qariah .Kota Bharu : Pustaka

Aman Press.

3. Azahari Ibrahim (1998) .Kitab Pelajaran Tajwid .Kuala Lumpur : Dar al-Nu’man.

4. Kamarul Hazeri & Ammar Azizul (2006) .Kamus j-Qaf .Petaling Jaya :Sasbadi

SDN.BHD

5. Abd al-Fattah al-Qadhi (2003) . Al-Wafi fi Syarh al-Syatibi . Kaherah : Dar al-Salam.