sabah · 2013. 12. 5. · biodiversiti di daratan sabah terdapat di hutan37. dengan itu, setiap...

26
koridor pembangunan sabah _184

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _184

Page 2: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _185

BAB 7

Persiapan Masa Depan dengan

Pemeliharaan Kurniaan Semula Jadi

Page 3: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _186

Page 4: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _187

BAB 7

Memulihara dan Melindungi Alam Sekitar untuk

Generasi akan Datang

7.1 Gambaran Keseluruhan Hutan Simpan dan Biodiversiti Sabah

Melindungi alam sekitar adalah antara tiga prinsip Rangka Tindakan SDC bagi membolehkan

pertumbuhan mampan dalam industri seperti eko-pelancongan, pertanian dan pembuatan

dengan memanfaatkan biodiversiti Sabah untuk berkembang maju. Biodiversiti adalah

aset penting dan anugerah alam semula jadi utama bagi negeri ini. Di utara Borneo inilah

terdapat kepelbagaian flora dan fauna serta hidupan karang antara yang terluas di dunia.

Jelas sekali, pengekalan alam sekitar yang efektif melalui pemuliharaan tanah, hutan

dan biodiversiti adalah penting bagi agenda rancangan SDC. Pemantauan alam sekitar,

perancangan penggunaan tanah, pendidikan dan kesedaran serta langkah-langkah mitigasi

untuk menangani kemungkinan kesan negatif alam sekitar, adalah menjadi fokus utama yang

penting dalam pengurusan alam sekitar semasa pelaksanaan SDC.

Secara geografi, Sabah amat beruntung. Ini memandangkan dua per tiga daripada

sempadannya merupakan garis pinggir pantai - melebihi 1,440 km panjang, dengan Laut

China Selatan di barat laut, Laut Sulu di timur laut dan Laut Sulawesi di bahagian tenggara.

Selain tanah besar, Sabah juga mempunyai lebih daripada 497 pulau36, termasuklah

satu-satunya pulau lautan Malaysia, iaitu Pulau Sipadan. Dari segi ciri-ciri fizikal, Sabah

mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau. Ia juga mempunyai dataran pantai

yang ditumbuhi tanaman kontan sementara jauh ke pedalaman terdapat hutan rimba dan

banjaran gunung yang berceranggah.

Sebahagian daripada negeri ini juga dipenuhi dataran banjir yang diliputi hutan paya yang

luas, dan juga Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah yang ditaburi tasik ladam

dan singkapan batu kapur, serta mengandungi ikan air tawar semula jadi yang paling kaya

di Malaysia.

36 Jabatan Pemetaan Malaysia

Page 5: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _188

Rizabhutanlindungan

Kelas I

Rizabhutankomersial

Kelas II

Rizabhutandomestik

Kelas III

Rizabhutankemudahan

Kelas IV

Rizabhutanpaya

Kelas V

Rizabhutandara

Kelas VI

Rizabhidupanliar

Kelas VII

Jumlah

348,016

2,682,636

7,355 21,284 320,522

92,401132,653

3,604,867

Estet Hutan Kekal di Sabah (2007)

Hektar

Pada tahun 2005, 59% daratan di Sabah diliputi hutan. Komposisi hutan Sabah (diketahui

sebagai estet hutan) disenaraikan dalam Rajah 7.1. Hutan di Sabah dikelaskan kepada tujuh

kelas. Kelas II ialah Hutan Simpan Komersial (atau Hutan Pengeluaran) merangkumi kawasan

terbesar (2.7 juta hektar) diikuti Kelas I, Hutan Simpan Perlindungan dan Kelas V, Hutan

Simpan Paya Bakau.

Rajah 7.1: Estet Hutan Kekal di Sabah (2007*)

Nota: *Termasuk Kawasan yang Didaftar sebagai PFE

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dari segi biodiversiti, banyak kajian penyelidikan telah dijalankan untuk menentukan status

biodiversiti Sabah dalam tiga dekad yang lalu. Jadual 7.1 menunjukkan beberapa usaha

yang dimulakan berhubung perkara ini.

Page 6: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _189

PengarangNo. Bilangan

Spesies

Penyelidikan mengenai

10,000 – 20,000

220

900

449

155

140

145

103

4,000

Pokok Berbunga (mewakili

5-6% daripada jumlah dunia)

Mamalia darat liar

Rama-rama

Burung

Ikan air tawar

Katak

Ular

Anai-anai

Tumbuhan pembuluh

Van Steenis (1950), Kiew (1984),

Mat Salleh dll., (1992)

Payne dll., (1985)

Otsuka (1988)

Rajaratnam (1997)

Inger dan Chin (1990)

Inger dan Stuebing (1997)

Inger dan Tan (1996)

Thapa (1981)

Beaman dan Beaman (1990)

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Jadual 7.1: Senarai Pengarang dan Kerja Penyelidikan Mereka Mengenai Flora dan Fauna Sabah

Sumber: IDS (1998) ”Penggunaan Mampan Produk Hutan bukan Balak: Masalah dan Prospek”

Kekayaan flora dan fauna Sabah mesti dipelihara supaya dapat dirasai dan dinikmati oleh generasi akan datang.

Page 7: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _190

7.2

7.2.1

Cabaran Utama

Penggunaan dan Penuaian Sumber Semula Jadi yang Mampan

Dalam proses pembangunan negeri ini, beberapa perkembangan kritikal boleh memberikan

kesan negatif kepada kestabilan alam sekitar di Sabah. Alam sekitar akan terus dirosakkan

jika pembangunan ekonomi tidak dirancang dengan memberikan tumpuan terhadap

kemampanan. Pada peringkat awal, cabaran utama yang perlu diatasi merangkumi:

kemampanan pengambilan sumber alam terutamanya balak, kurangnya pendekatan

bersepadu terhadap pemuliharaan, perpecahan habitat, sistem rawatan air buangan yang

tidak mencukupi, pencemaran dari industri dan ketiadaan peraturan statutori yang

mengawal Amalan Pertanian Baik (GAP).

Kegiatan Hutan

Selama tiga dekad yang lalu, jumlah balak yang dikeluarkan daripada hutan semula jadi adalah

jauh lebih besar daripada kadar pertumbuhan semula pohon balak asli. Amalan konvensional

ini lama-kelamaan mengurangkan bekalan bahan mentah untuk dibekalkan kepada industri

hiliran lalu menyebabkan penutupan secara besar-besaran pelbagai kilang pemprosesan

yang berorientasikan balak di seluruh negeri.

Menyedari masalah ini, Kerajaan Sabah telah mengambil langkah positif dengan

memperkenalkan dasar pengurusan hutan mampan (hanya sejumlah volum pertumbuhan

pokok boleh dikeluarkan daripada hutan). Berikutan usaha berterusan dan bilangan

pelaburan yang ketara, akhirnya, Hutan Simpan Deramakot telah diakui dan diiktiraf

di peringkat antarabangsa sebagai hutan semula jadi pertama yang diuruskan secara

mampan. Pada masa akan datang, lebih banyak hutan akan dituai hasilnya berdasarkan

model Deramakot untuk memastikan kemampanan.

Kegiatan Perikanan

Dalam usaha membanteras pengeluaran sumber asli berlebihan, terdapat keperluan untuk

membendung risiko penangkapan ikan berlebihan yang dapat memberikan kesan negatif

kepada pembangunan mampan bagi industri akuakultur. Aktiviti perikanan berlebihan ini

telah memberikan kesan langsung terhadap industri perikanan menyebabkan Negeri Sabah

perlu mengimport ikan. Ini mengakibatkan kerugian pertukaran asing diiringi masalah

berkurangnya keselamatan makanan.

Penggunaan kaedah menangkap ikan yang memusnahkan kehidupan laut seperti

penggunaan jala bersaiz kecil, bot pam haram, menggunakan elektrik dan racun,

pencerobohan bot pukat tunda bersaiz sederhana di perairan tepi pantai, dan penangkapan

Page 8: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _191

tidak sengaja spesies laut yang terancam, seperti dugong dan penyu merupakan masalah

penting yang dihadapi oleh industri perikanan Sabah.

Usaha perlindungan alam sekitar akan terus tertumpu pada pencegahan penangkapan

tidak sengaja spesies laut terancam dan kaedah menangkap ikan yang membinasakan serta

dilarang, seperti mengebom ikan yang mengakibatkan kemusnahan terumbu karang yang

tidak ternilai.

Kegiatan Pertanian

Perkembangan ladang tanaman perindustrian seperti kelapa sawit, jika tidak terkawal

kerana ketiadaan pengurusan teratur, akan memberikan kesan langsung yang ketara kepada

alam sekitar. Ladang kelapa sawit yang ditanam terlalu dekat dengan sistem sungai dan

di tepi jalan tanpa peruntukan zon muara dan penampan akan menjejaskan alam sekitar.

Ia boleh mengakibatkan kesan, seperti hakisan tebing sungai, permukaan air yang

mengalirkan baja dan racun rumpai yang mengalir ke dalam sistem sungai, pencemaran air

dan kemusnahan biodiversiti sungai.

Dalam sesetengah keadaan, pembangunan kegiatan pertanian yang berselerak tanpa

perancangan dan pengurusan yang betul akan menyebabkan perpecahan habitat yang

mengancam pergerakan dan kemandirian hidupan liar.

Ketiadaan muara simpan atau zon penampan di sepanjang sistem sungai menimbulkan

ancaman bagi komuniti hidupan liar yang mendiami ekosistem sungai. Pembangunan

pertanian tidak bertanggungjawab pada masa lampau telah mengunjur hingga ke tebing

sungai. Selain itu, kegiatan pembakaran terbuka di tanah persendirian yang bersebelahan

dengan hutan simpan serta pembukaan tanah, meningkatkan lagi risiko kehilangan

biodiversiti.

Kawasan Paya dan Paya Bakau

Ancaman terbesar kepada kawasan paya dan paya bakau ialah penebangan keseluruhan

kawasan paya terutamanya di sepanjang garis pinggir pantai dan di sepanjang tebing

sungai. Pemugaran sedemikian termasuk (a) pembangunan hartanah melalui tebus guna

paya; (b) akuakultur dalam kolam tanah; c) pemugaran, membuat ban dan pengeringan paya

untuk penanaman kelapa sawit; dan d) pembangunan pusat peranginan yang melibatkan

pemugaran dan pembinaan dilanjutkan hingga ke pinggir tebing sungai.

Dalam tempoh pelaksanaan SDC, perancangan diatur bagi mengelakkan kehilangan

biodiversiti pada masa hadapan dari segi biodiversiti daratan (termasuk hutan dan paya

gambut) dan biodiversiti laut (termasuk paya bakau).

Page 9: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _192

Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang

ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan biodiversiti

daripada tanah tersebut. Pada masa lampau, pembalakan berulang telah menyebabkan

kehilangan biodiversiti dan telah memberikan laluan kepada tumbuhan “perintis” berumpai

untuk hidup.

Mujurlah tiada spesies yang terus pupus di Sabah. Namun begitu, terdapat kajian yang telah

membuktikan kehilangan diversiti gen intraspesies. Sesetengah tumbuhan dan spesies

haiwan invertebrata yang paling sensitif kepada gangguan mungkin akan pupus sekiranya

tiada usaha pemulihan hutan secara aktif dilaksanakan. Ini merupakan antara bidang yang

akan ditekankan melalui rancangan SDC.

37 Beberapa jenis berlainan (hutan dipterokarpa tanah pamah, hutan dipterokarpa bukit, hutan konifer, hutan montane

lebih rendah, hutan montane lebih tinggi, hutan paya gambut, hutan paya air tawar, hutan kerangas, hutan kerapah,

hutan peralihan, hutan paya bakau, hutan tanah ultrabes dan sebagainya).

7.2.2 Pencemaran Industri (Masalah Alam Sekitar ‘Perang’)

Selain isu alam sekitar ‘hijau’ yang disentuh dalam bahagian sebelumnya, terdapat

beberapa risiko utama dari segi alam sekitar ‘perang’ yang berkaitan dengan pembangunan

industri. Beberapa program untuk mengurangkan risiko ini akan dibentuk, yang antara lain

termasuk:

• Meningkatkan rawatanbuangankilangminyaksawit (POME)denganmenyediakan

insentif kepada syarikat untuk mengguna pakai teknologi lebih bersih

• Menguatkuasakan keperluan bagi zon penampan di sungai yang berdekatan dengan

estet perladangan

• MengukuhkanstesenpemantauanJabatanAlamSekitardisepanjangsungaiutamadi

Sabah untuk memeriksa pemendapan berlebihan

• Memperketat kepatuhan terhadap pengezonan dan melaksanakan rawatan sisa

lebih baik dalam estet perindustrian (seperti industri makanan diasingkan daripada

industri berat)

• Pengurusanteratursisaorganikdalamladangperindustrian(sepertimemeriksabaja

asli yang dibuang ke dalam aliran sungai)

• Lebihbanyaksumberuntuksistempengendaliansisapepejalyangcekap

• Menyediakan kemudahan di Sabah untuk mengendalikan sisa berjadual (minyak

terpakai, sisa toksik dan sebagainya)

Page 10: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _193

Kurang Pendekatan Bersepadu ke Arah Pemuliharaan

Ketika ini, terdapat berbagai program aktif yang mencakupi keseluruhan keperluan

pemuliharaan yang giat dijalankan oleh agensi kerajaan berkenaan (Jabatan Perhutanan,

TamanSabah,dansebagainya),majlisdaerahdanNGO.Meskipunusaha-usaha ini telah

sekian lama memanfaatkan negeri ini, terdapat keperluan untuk menyatukan segala

usaha pemuliharaan ini supaya menjadi satu pendekatan bersepadu ke arah pemantauan,

pemuliharaan dan penguatkuasaan alam sekitar. Ini akan memastikan penyelarasan yang

lebih baik, perancangan yang lebih teratur dan penggunaan sumber pemuliharaan yang

lebih berkesan.

Ketika ini, terdapat pertindanan dalam bidang dan tanggungjawab pengurusan sumber asli.

Umpamanya, ruang Taman Negara dan Hutan Simpan meliputi aset yang serupa di mana

sempadan tanah antara taman dan hutan sering kali bertindih dan tidak begitu jelas.

Unsur pendekatan bersepadu harus merangkumi:

• Sistempengurusanmaklumatalamsekitarbersepadu

• Pengurusan sumber air bersepadu merangkumi kawasan tadahan, bekalan air

dan penguatkuasaan terhadap pencemaran air

• Pengawasan pengurusan program menyeluruh yang dikukuhkan oleh agensi

kerajaan utama, seperti Jabatan Alam Sekitar (alam sekitar ‘Perang’) dan Jabatan

Perlindungan Alam Sekitar (alam sekitar ‘Hijau’)

• Takrifskopdanhasildisasarkanyangjelasbagisetiappihakberkepentingan

7.2.3 Pemecahan Habitat

Selain pembalakan dan penukaran status guna tanah bekas hutan kepada penggunaan

tanah alternatif, terdapat ancaman tambahan terhadap biodiversiti dan kemandirian

haiwan besar – perpecahan habitat hutan menjadi kelompok-kelompok kawasan kecil.

Kajian empirik mendapati bahawa lebih besar kawasan hutan, lebih banyak spesies yang

mendiaminya. Jika kawasan besar hutan telah dipecahkan oleh perubahan penggunaan

tanah, pada bila-bila masa sahaja haiwan besar, yang biasanya dari spesies yang sukar

ditemui dan sensitif kepada perubahan ini akan pupus. Hanya kawasan hutan amat besar

yang selanjar (lebih besar daripada 1 juta hektar) dalam keadaan baik, boleh mengekalkan

komposisi spesies asalnya yang lengkap.

Page 11: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _194

7.2.4

7.2.5

Loji Rawatan Air Buangan dan Pembetungan tidak Mencukupi

Amalan Pertanian Mampan

Kemudahan sanitasi yang tidak mencukupi di pusat bandar utama seperti Kota Kinabalu,

Sandakan, Tawau mempunyai kesan langsung terhadap alam sekitar. Kebanyakan bandar

di Sabah kekurangan loji rawatan air buangan dan pembetungan berpusat. Ini diburukkan

lagi dengan kurangnya penyelenggaraan sistem rawatan air buangan ketika ini, kebocoran

saluran pembetungan utama disebabkan oleh saluran pembetungan yang sudah lama dan

dana yang tidak mencukupi.

Berkenaan dengan sanitasi dan kesihatan awam di daerah luar bandar (seperti Sipitang,

Kudat, Tambunan) air graviti dan hujan adalah sumber utama bagi rawatan untuk

pembetungan di kampung.

Kapasiti loji rawatan dan pemprosesan air ketika ini akan ditingkatkan dengan mengambil

kira rancangan untuk sistem rawatan sisa yang mencukupi di pulau-pulau peranginan

utama dan tapak menyelam, seperti Pulau Sipadan dan pelbagai taman laut di seluruh

negeri Sabah.

Ketika ini terdapat garis panduan dan kapasiti penguatkuasaan yang tidak memadai

berkaitan dengan perkara yang berikut:

• Penggunaanracunperosakdanbajayangberlebihandiestetperladangan

• Kepatuhan terhadapundang-undangnegeriberkaitanmuara simpan (berhampiran

sungai), zon penampan dan perpindahan sosial

• Amalanterbaikatautatakelakuanuntukakuakultur

• Enakmen pertanian bagi mengawal penggunaan racun perosak yang

mengehadkan potensi eksport produk pertanian

Langkah-langkah akan diambil untuk mengurangkan risiko pencemaran di atas semasa

pelaksanaan SDC. Langkah-langkah ini tidak bermaksud untuk menghalang pembangunan

sektor pertanian. Usaha ini adalah sejajar dengan wawasan untuk menjadikan Sabah pusat

kecemerlangan bagi amalan pertanian yang mampan. Mungkin terdapat kos permulaan

bagi pemilik ladang, tetapi ini akan diimbangi dengan akses kepada pasaran yang lebih bijak

menilai seperti di negara maju dan membuka peluang untuk mendapat harga yang lebih

tinggi pada masa hadapan.

Page 12: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _195

Penyelarasan dengan Jabatan Pertanian Negeri akan dilakukan untuk menangani masalah di

atas, umpamanya dengan memanfaatkan piawai yang dikeluarkan oleh Meja Bulat mengenai

MinyakSawitMampan (RSPO). Jikaperlu,piawai-piawai inibolehditerjemahkankepada

undang-undang dengan kuasa pengurusan bagi menangani masalah sedemikian, seperti

pelaksanaan amalan lebih baik dan kawalan terhadap kimia toksik yang digunakan dalam

pertanian dan seterusnya.

7.3 Strategi

Untuk meningkatkan pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar di Sabah, beberapa

strategi perlu dilaksanakan:

• Menggubal Dasar Alam Sekitar Kerajaan Negeri selaras dengan Dasar Alam Sekitar

Kebangsaan

• Meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dalam bentuk pembinaan

keupayaan dan latihan tenaga manusia

• Mengawal pembangunan yang memberikan kesan terhadap hutan hujan tropika,

kehidupan liar dan sumber air

• Menentuataumewartakankawasantertentusebagai‘KawasanKawalanKhusus’iaitu

semua pembangunan di dalamnya akan dikawal supaya mematuhi amalan

terbaik dalam hal kemampanan; kawasan utama: Kundasang dan Kinabatangan

• Memastikanperancanganprasaranayanglebihbaik–yangperludiutamakanialah

mewujud atau memulihkan “koridor ekologi” di sepanjang jalan utama

• Memeriksa dengan teliti penggunaan tanah luar bandar yang tidak digunakan dan

menetapkan dengan jelas sempadan kawasan alam sekitar yang sensitif

• Menggalakkan kerjasama di antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berwibawa

dengan badan korporat besar untuk pendanaan, pembinaan keupayaan dan

pengurusan persepsi positif

• Menanamdanmeningkatkankesedaran,pendidikandanlatihanuntukorangawam,

pelancong dan industri

Page 13: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _196

Pendidikan dan kesedaran• Didik orang awam mengenai kitar semula, kebersihan, pemuliharaan biodiversiti, pemuliharaan sistem sungai yang bersih, dan sebagainya

Infrastruktur• Mengurus pembetungan dan sisa pepejal• Melindungi petempatan, sistem sungai, paya

Pembangunan mampan• Promosi pensijilan hasil pertanian untuk mematuhi standard yang berdaya tahan lagi berwibawa (spt. RSPO)

Hutan• Menetapkan sempadan dengan jelas dan kawal atur rizab hutan• Pulihkan hutan yang dicemari

Biodiversiti• Pulihara hidupan marin dan liar• Pulihara flora dan fauna• Perjanjian G2G mengenai perlindungan spesies yang berhijrah

Pemuliharaan fizikal• Pengurusan pinggir pantai• Pulihara tapak Warisan Dunia

Menjelang2025, tempatyang paling

selesa didiamidi Asia

Rajah 7.2: Ringkasan Strategi Utama untuk Pemuliharaan Alam Sekitar yang Seimbang

7.4 Program dan Projek

Seksyen berikut menggambarkan program dan projek yang sedang dijalankan yang menyumbang

kepada pemeliharaan alam sekitar Sabah untuk generasi akan datang. Program pemuliharaan baru

yang selaras dengan strategi tersebut telah dikenal pasti dalam Rangka Tindakan ini.

Page 14: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _197

7.4.1 Nadi Borneo

Pada 12 Februari 2007, sebuah pengisytiharan tiga negara telah ditandatangani oleh

kerajaan Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia untuk memulihara ‘Nadi Borneo’

- satu daripada pusat kepelbagaian biologi yang paling penting di dunia yang meliputi

hutan hujan tropika seluas 220,000 km persegi. Walaupun Borneo telah lama diteroka dan

diselidiki, masih terdapat beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan yang masih belum

diketahui.

Page 15: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _198

Keunikan biodiversiti di Sabah menjadikannya antara tempat tercantik di dunia.

‘Nadi Borneo’ bertujuan untuk menguruskan dan memulihara landskap hutan bersambungan

yang kedua terbesar di dunia. Ia memanfaatkan kerjasama melintasi sempadan kerajaan,

melibatkan kepentingan tempatan dalam perancangan jangka pendek dan jangka panjang,

dan mendapatkan pembiayaan yang mampan dalam jangka panjang. Kerjasama tersebut

diterajui oleh kerajaan-kerajaan di Borneo dan disokong oleh komuniti global.

Wawasan ‘Nadi Borneo’ adalah untuk:

…bekerjasama dalam memastikan pengurusan dan pemuliharaan yang berkesan ke atas

suatu rangkaian kawasan dilindungi, hutan yang produktif dan penggunaan tanah lain secara

mampan dalam kawasan yang digelar ‘Nadi Borneo’. Dengan itu, ia akan mengekalkan

warisan semula jadi Borneo untuk faedah generasi semasa dan akan datang. Ia dijalankan

dengan menghormati kedaulatan dan sempadan setiap negara, dan juga tanpa prasangka

dalam rundingan yang berkaitan dengan pembatasan sempadan tanah.

seperti yang ditandatangani oleh tiga Menteri sewaktu Pengisytiharan ‘Nadi Borneo’,

Februari 2007, Bali

Ia bertujuan untuk memulihara dan mengurus secara mampan kepelbagaian biologi

Nadi Borneo terutama orang utan, gajah, badak, bay cat (catopuma badia) dan banteng yang

hampir pupus.

Page 16: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _199

7.4.2 Koridor Kehidupan Kinabatangan

Koridor Kehidupan Kinabatangan (KCoL) meliputi satu dataran banjir yang terbentang dari

hutan tanah tinggi Unit Pengurusan Hutan Deramakot (FMU) hingga ke pinggir laut paya

bakau di muara Sungai Kinabatangan. Dataran banjir Kinabatangan hilir seluas 27,000

hektar ini telah diisytiharkan sebagai kawasan terlindung pada tahun 1997 dan kemudiannya

dinaik taraf menjadi Kawasan Lindungan Hidupan Liar pada tahun 2001 melalui usaha World

Wildlife Foundation (WWF).

Pandangan udara Sungai Kinabatangan.

Page 17: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _200

Kawasan ini menjadi pelindung kepada banyak spesies yang jarang dijumpai dan yang

hampir pupus, termasuk monyet probosis, gajah, orang utan dan badak sumbu serta

berbagai-bagai hidupan unggas. Ia dipercayai merupakan dataran banjir berhutan di Asia

yang masih wujud dan dataran banjir terbesar di Malaysia. Ia bertindak sebagai sistem

penapisan kepada alam sekitar dan kawasan tadahan air bagi Sub-Wilayah Timur.

Pada waktu ini, WWF Malaysia mempunyai dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan

ladang kelapa sawit di Kinabatangan. Melalui MoU tersebut, usaha sedang dijalankan untuk

memulihkan semula sebahagian daripada kawasan yang dijadikan ladang kelapa sawit

untuk dijadikan hutan semula demi mewujudkan Koridor Kehidupan untuk hidupan liar di

dalam kawasan tersebut.

Tujuan Koridor Kehidupan ini diwartakan adalah untuk mewujudkan suatu koridor

pembangunan mampan yang mana industri (pada waktu ini minyak sawit dan pelancongan),

komuniti tempatan dan alam semula jadi boleh berkembang maju secara harmoni. Ia sudah

menjadi ikon pelancongan dan pertanian untuk rantau ini.

Kawasan tanah, air dan persekitaran akuatik di Sabah memerlukan pengurusan yang

berkesan dengan perhatian utama diberikan kepada dataran banjir Kinabatangan.

Pengurusan lembangan Kinabatangan hendaklah mengambil kira faktor dan keperluan

kepelbagaian ekologi, ekonomi dan sosial tempat ini. Agensi berkenaan yang terlibat

dalam pengurusan sumber air dan alam sekitar disaran agar segera menjalinkan kerjasama

yang erat dan menyelaraskan aktiviti masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini,

Jabatan Pengairan dan Saliran (Sabah) sedang menyediakan Pelan Pengurusan Lembangan

Sungai Secara Bersepadu (PLSB) untuk Lembangan Sungai Kinabatangan dengan bantuan

WWF. Pelan PLSB menggabungkan pengurusan tanah, sumber air dan alam sekitar yang

mampan dalam satu sistem menyeluruh. PLSB merupakan satu kaedah untuk menyelesaikan

isu berkaitan penggunaan tanah dan air secara mampan.

Satu program sedang dijalankan untuk memperoleh dan menawarkan insentif yang

membolehkan Sabah memulihkan KCoL ialah dengan memulihkan tumbuh-tumbuhan

semula jadi di sepanjang tebing sungainya. Beberapa hutan yang dipulihkan hendaklah

dipastikan hanya untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti sahaja, yang akan menyokong

pelancongan berasaskan ekologi dan tinjauan bio, sementara kawasan lain boleh digunakan

untuk pengeluaran kayu secara mampan.

Page 18: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _201

7.4.3 Rantau Ekologi Marin Sulu Sulawesi

Rantau Ekologi Marin Sulu Sulawesi (di mercu Segi Tiga Karang) adalah landskap laut yang

terbentang dari selatan Filipina hingga ke Sabah, Sulawesi dan bahagian timur Kalimantan.

Ia adalah sebahagian daripada Segi Tiga Karang yang terkenal di seluruh dunia sebagai

sebuah pusat biodiversiti marin.

Hidupan marin yang berharga dipelihara di Sabah.

Kerajaan terlibat menjalankan usaha untuk menguruskan dan melindungi kawasan ini

dengan cara yang lebih baik. Pada waktu ini terdapat pelbagai organisasi antarabangsa

lain yang juga sedang menjalankan kerja-kerja tersebut di segi tiga karang ini. Segi Tiga

Karang merupakan sebuah kawasan yang amat penting bagi industri perikanan dan sumber

marin lain di peringkat global.

Page 19: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _202

Taman marin membuka peluang untuk merasai hidupan marin dengan lebih dekat.

Taman Marin Tun Sakaran

Keunikan taman ini terletak pada penduduknya yang tinggal di dalam kawasannya dan ia

merupakan kawasan pelbagai guna yang direka bentuk untuk melindungi biodiversiti dan

menguruskan industri perikanan. Penduduk taman tersebut dibenarkan untuk menangkap

ikan di zon yang telah ditentukan dan menanam rumpai laut di kawasan yang lain. Ia adalah

satu-satunya kawasan marin yang dilindungi di Sabah yang meliputi tanah persendirian

dan menyediakan penggunaan pelbagai jenis sumber, yang tidak dibenarkan dalam taman

marin yang lain.

7.4.4 Mewartakan Taman Marin sebagai Tapak Warisan Dunia

Taman marin seperti Pulau Sipadan dan Taman Marin Tun Sakaran (terdiri daripada lapan

pulau) wajarlah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia.

Pulau Sipadan

Keunikan Pulau Sipadan dan ciri alam yang luar biasa, kepelbagaian spesies terumbu karang

lembut dan keras serta flora dan fauna marin yang lain, telah menjadikan Pulau Sipadan

destinasi selam bertaraf dunia.

Page 20: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _203

Pesisiran pantai Pulau Manukan yang mengkagumkan.

Taman-taman marin ini diuruskan oleh Taman Sabah dengan objektif yang berikut,

terutamanya untuk:

• melindungialamsekitar

• melindungimatapencarian

• menggalakkanpenggunaansumbersemulajadisecaramampan

• menggalakkanpembangunanyangsensitifkepadaalamsekitar

• membinakesedarantentangkepentingantamantersebutdikalanganmasyarakatumum

Page 21: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _204

7.4.5

7.4.6

Projek Darwin Kepulauan Semporna

Pemuliharaan Taman Marin Tun Mustapha

Setelah Sipadan Island Project berjaya dilaksanakan, Persatuan Pemuliharaan Taman-taman

dan Marin Sabah sedang menjalin kerjasama dalam satu program baru yang dipanggil

Tindakan Komuniti untuk Penggunaan Secara Mampan dan Pemuliharaan Terumbu Karang

yang dilancarkan pada tahun 2005. Program ini dikenali sebagai Projek Darwin Kepulauan

Semporna, yang mengiktiraf hubungannya dengan projek sebelum ini dan inisiatif yang

menjadi pembiayanya. Projek ini dilaksanakan di dalam Taman Marin tersebut, tetapi akan

memberikan kesan yang lebih besar dengan menambah keupayaan untuk melaksanakan

konsep yang serupa di tapak lain di Sabah.

Laut yang melingkungi Pulau Banggi, Balambangan dan Malawali termasuk Teluk Marudu

dan pesisiran pantai timur laut Sabah, mengandungi biodiversiti bertaraf global yang

penting. Kawasan ini terdiri daripada kumpulan terumbu karang kedua terbesar di Malaysia

dan menjadi tuan rumah kepada habitat penting lain, seperti rumput dasar laut yang jarang-

jarang didapati di seluruh dunia, di samping hutan paya bakau yang luas.

Pada waktu ini, kawasan ini diancam teruk oleh aktiviti menangkap ikan yang keterlaluan

yang mengakibatkan kemusnahan, diikuti pula dengan pembangunan pesisir pantai yang

tidak terkawal. Kajian terbaru menunjukkan sumber ikan telah terlebih guna dan struktur

tropika telah mengalami proses degradasi yang teruk.

Pada tahun 2003, kerajaan Sabah mengisytiharkan hasratnya untuk mewartakan kawasan

tersebut sebagai taman marin. Taman Marin Tun Mustapha yang dicadangkan itu dijangka

akan merevolusikan pemuliharaan marin dan pengurusan aktiviti penangkapan ikan bukan

sahaja di Sabah, malah di Malaysia. Projek ini bertujuan untuk menyokong pembangunan

taman dan seterusnya memulihkan populasi ikan dan sistem ekologi di terumbu yang

penting di peringkat global ini.

Projek ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi dan menyokong

pembangunan taman dan matlamatnya untuk melindungi biodiversiti, memulihkan aktiviti

penangkapan ikan dan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat. Projek ini akan:

• Melibatkan masyarakat tempatan dalam pemuliharaan marin, termasuk dalam

perundingan mengenai penetapan zon dan pelan pengurusan, dan menubuhkan

Kawasan Perlindungan Marin kecil yang berasaskan komuniti

Page 22: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _205

• Meningkatkan garis asas biologi yang telah dibangunkan selama tiga tahun dan

menetapkan suatu sistem pemantauan untuk menjejak kejayaan program pengurusan

• Mengekalkan dan meningkatkan sokongan institusi untuk taman dan proses

pembangunannya

7.4.7 Kawasan Pemuliharaan Yayasan Sabah –

Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Ngarai Imbak

Pada tahun 2003, Yayasan Sabah menetapkan Ngarai Imbak sebagai Kawasan

Pemuliharaan secara sukarela. Ia dilakukan dengan tujuan menjadikannya tempat

penyelidikan, pendidikan dan latihan yang serupa dengan yang terdapat di Lembangan

Maliau dan Lembah Danum. Pada waktu ini, Lembangan Maliau dan Lembah Danum

diklasifikasikan sebagai bertaraf Perlindungan Hutan Simpan Kelas I sementara Ngarai

Imbak masih lagi sebahagian daripada kawasan satu juta hektar Yayasan Sabah bertaraf

Hutan Simpan Komersial Kelas II.

Lembah Danum

Lembangan Maliau

Page 23: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _206

Dengan jumlah keseluruhan kawasan dilindungi seluas 133,000 hektar, kawasan

pemuliharaan Yayasan Sabah (Lembangan Maliau, Lembah Danum dan Ngarai Imbak)

memainkan peranan penting dalam usaha melindungi spesies haiwan yang hampir

pupus, seperti gajah, orang utan, badak sumbu, bay cat, banteng, monyet probosis dan

berbagai-bagai spesies mergastua yang endemik di Borneo. Kawasan yang dilindungi ini

juga menjadi tempat bagi beberapa habitat hutan yang jarang ditemui di samping

berbagai spesies flora seperti orkid dan pokok buyung serta berbagai spesies tumbuhan

yang masih belum dikenali dan baru bagi sains.

Kawasan pemuliharaan Yayasan Sabah adalah penting dan bernilai untuk:

• Sumberbenihataubankgenbagimemudahkanpemulihanhutan

• Penyelidikan dan pendidikan, latihan dan rekreasi berbentuk eko-pelancongan/

hidupan liar

• Perlindungandanpemuliharaanbiodiversitidanhabitathutan

• Pemeliharaandanpemuliharaanwarisanbudaya

• KawasantadahanSungaiKinabatangan

• Koridor Hidupan Liar yang menghubungkan Lembah Danum, Ngarai Imbak dan

Lembangan Maliau

7.4.8 Projek Pensekuesteran Karbon

Pada bulan Disember 1997, lebih daripada 160 negara yang menyertai Persidangan Rangka

Kerja Mengenai Perubahan Iklim telah menerima Protokol Kyoto dengan tujuan untuk

mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau (GHG). Protokol tersebut mengehendaki

negara industri mengurangkan pengeluaran enam daripada GHG pada tahun 2008-2012

ke tahap yang setara dengan pengeluaran pada tahun 1990. Untuk mencapai matlamat

ini, Protokol tersebut menyediakan tiga mekanisme yang membenarkan pemindahan

atau pengkreditan pengurangan emisi yang dicapai di negara lain:

• Negaramajubolehberkongsikredityangterhasildaripadapelaksanaanbersama(JI)

projek yang menghasilkan pengurangan bersih bagi pengeluaran GHG

• Mekanisme pembangunan bersih (CDM) mewujudkan pendanaan projek yang

diluluskan di negara maju untuk mempromosikan pembangunan mampan dan juga

menjana kredit pengeluaran

• Kredit atau elaun boleh dipindahkan melalui perdagangan emisi antarabangsa.

Contohnya, negara perindustrian boleh membeli kredit pengurangan emisi daripada

negara lain

Page 24: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _207

7.4.9 Program Menyelamatkan Badak Sumbu

Di Sabah, potensi untuk mengurus paras karbon melalui perhutanan adalah ketara.

Pensekuesteran karbon boleh dicapai melalui pemuliharaan hutan, dan dengan yang

demikian mengurangkan pembasmian hutan melalui beberapa cara – menggunakan

teknik pengurusan hutan untuk meningkatkan kawasan tadahan karbon yang sedia ada;

mewujudkan kawasan tadahan karbon baru dengan menanam pokok di kawasan rumput

ragut ternakan, tanah pertanian, atau kawasan hutan yang telah tercemar; dan menyimpan

karbon dalam produk kayu.38

Sabah merupakan salah satu peneraju pensekuesteran karbon di Malaysia. Setakat ini

terdapat beberapa projek pensekuesteran dan perdagangan karbon dalam bentuk usaha

sama antarabangsa telah dijalankan. Ini termasuk:

• UtiliTreeCarbonCompanyyangmembiayaiProjekPembalakanImpakBerkurangan

(RIL)yangmeliputi2,500ekardenganRakyatBersatuSdnBhd(RBJ)/YayasanSabah

dengan usaha sama New England Power Company, FRIM, CIFOR dan Rainforest

Alliance

• Infapro-Innoprise/RBJ dan FACE Foundation39 dalam projek pensekuesteran

karbon untuk memulihkan 25,000 hektar hutan yang telah dicemari dan yang

musnah akibat pembalakan dalam konsesi hutan Yayasan Sabah

38 Kinsman, J. and Kaster, G. (1999). Flexibility Mechanisms for Dealing with Air and Climate Change – Emissions Trading

and Carbon Sequestration. In Proceedings of the Electric Utilities Environmental Conference, Tuscon, AZ, 1999.39 FACE (Forests Absorbing Carbon-dioxide Emissions) Foundation of the Netherlands ialah pertubuhan yang

ditubuhkan oleh Dutch Electricity Generating Board.

Anggaran bilangan badak sumbu Sumatra daripada subspesis Borneo (dicerorhinus

sumatrensis harrissoni) di Sabah sudah mencapai paras kurang daripada tiga puluh ekor.

Langka-langkah diambil untuk memelihara badak sumbu Sumatra yang hampir pupus.

Page 25: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _208

Bilangan badak sumbu Borneo semakin berkurangan akibat sejarah pemburuan dan

pencabulan, perpecahan serta pemencilan habitatnya disebabkan oleh pembangunan

pertanian yang pesat. Namun, kini jaminan perlindungan kepada subspesis ini sahaja

sudah tidak lagi mencukupi untuk memastikan kemandiriannya.

Kurangnya aktiviti pembiakan dan pembiakbakaan dalam (bahaya demografi yang wujud

dalam kehidupan populasi yang kecil dan tersebar luas) merupakan masalah yang

menimbulkan ancaman mendesak pada masa ini. Matlamat jangka pendek yang perlu

dicapai adalah untuk menghalang kepupusan dicerorhinus sumaterenisis harrissoni dan

menambah bilangan subspesis ini.

Untuk mencapai objektif ini, usaha mewujudkan populasi yang diuruskan dengan teliti di

kawasan yang diperuntukkan, perlu untuk memastikan sebanyak mungkin badak sumbu ini

membiak.

7.4.10 Dermawan,BadanKorporatdanNGO

Negeri Sabah sedang berusaha untuk melaksanakan kerja sama dengan pertubuhan

antarabangsa,dermawan,sektorkorporatdanNGOuntukmenyediakankepakaranteknikal,

teknologi dan pembiayaan yang amat diperlukan untuk melindungi dan memulihara

sumber asli Sabah.

Rangka tindakan SDC ini berhasrat untuk memastikan SEDIA melalui komuniti perniagaan

terusmenarikminatparadermawan,badankorporatdanNGOuntukmembantu.Berikut

adalah beberapa contoh inisiatif berbeza dan program yang kini sedang dilaksanakan:

• YS/INIKEA – Satu projek perhutanan berhubung pemulihan hutan yang telah

tercemar yang dilaksanakan dengan kerjasama antara ICSB dan Sow-a-Seed

Foundation yang ditubuhkan oleh kumpulan IKEA dari Sweden

• RBJ/NEP RIL – Satu projek perhutanan berhubung penggunaan sistem

Pembalakan Impak yang Dikurangkan (RIL) antara RBJ dan New England

Power Company (NEP) dari Amerika Syarikat

• UNDP-GEF/DANIDA - Projek perhutanan paya gambut di Klias yang dibiayai

oleh UNDP/GEF dengan sokongan tambahan daripada Bantuan Pembangunan

Antarabangsa Denmark (DANIDA)

• Program JICA/BBEC – Sebuah program untuk mewujudkan pendekatan

mampan terhadap pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem Sabah yang tidak

ternilai dan kini terancam

• UNDP-GEF/IDS Demo Plot - Sebuah program mempromosikan penggunaan

secara lestari sumber biodiversiti melalui proses mendomestikasi herba dan

tanaman hutan yang bernilai tinggi di SAIP, Kimanis

Page 26: sabah · 2013. 12. 5. · Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan

koridor pembangunan sabah _209

7.4.11 Program Bio-X Sabah

Bioteknologi menawarkan pelbagai cara untuk memulihara biodiversiti, alam sekitar dan

spesies haiwan, melalui rawatan air, guna semula tenaga, kultur tisu, inseminasi beradas

dan lain-lain. Pemuliharaan alam sekitar amat penting untuk memastikan pembangunan

yang mampan manakala biodiversiti adalah faktor utama bagi perkembangan pesat

industri biotek pada masa hadapan. Sabah memiliki kekuatan dalam bidang ini kerana ia

mempunyai biodiversiti antara yang terkaya dari segi flora dan fauna di dunia. Justeru

itu, adalah penting bagi SDC untuk membangunkan modal insan yang perlu bagi

membolehkan warga Sabah meraih manfaat daripada bioteknologi, termasuk inisiatif

untuk memulihara biodiversiti dan mengurangkan emisi karbon.

Sabah sememangnya mempunyai rangka kerja asas dan pengalaman dalam inisiatif

berkaitan biotek melalui agensi-agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri

Makanan, Yayasan Sabah, Pusat Penyelidikan Hutan (FRC), UMS, SAFODA dan

IDS. Bahkan FRC, Jabatan Perikanan Sabah dan IDS telah menerima sumbangan

bantuan untuk penyelidikan dan pembangunan biotek daripada Kementerian Sains,

TeknologidanInovasiMalaysia(MOSTI).

Program Bio-X Sabah diwujudkan sebagai rangkaian pelbagai disiplin dan usaha sama bagi

penyelidikan dalam biodiversiti dan bioteknologi, merangkumi kepentingan pelancongan,

pemuliharaan, pertanian dan pembuatan. Ia berasaskan struktur fleksibel dengan neksus

bertindak sebagai penghubung pelbagai aktiviti penyelidikan yang tersebar yang sedang

dilaksanakan di seluruh negeri Sabah. Bidang tumpuannya termasuk rawatan air dan

pengurusan alam sekitar, bioteknologi pertanian, bioteknologi makanan, pencarian

sebatian bioaktif daripada tumbuhan, bioteknologi haiwan, bioteknologi marin, penjagaan

kesihatan dan perubatan, serta bioteknologi perindustrian. Dalam pelaksanaannya,

Program Bio-X Sabah menawarkan platform yang dikongsi bersama untuk menarik para

penyelidik dan menggunakan kepakaran mereka di Sabah. Ini membolehkan SDC

mendapat akses pantas kepada bakat dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan biotek

dan menggunakan dana yang sedia ada.

Program ini akan melengkapi inisiatif Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan dalam

Enakmen Biodiversiti Sabah 2000 dan dilaksanakan melalui Majlis Biodiversiti Sabah.

Untuk menambah nilai kepada biodiversiti Sabah yang kaya ini, negeri ini memerlukan

satu program sistematik yang meliputi bidang penyelidikan sehinggalah pembangunan

melalui pengkomersialan. Maka Sabah seharusnya memanfaatkan kerja-kerja

pemuliharaan yang sedia ada sebagai satu daya yang mampan untuk menarik aktiviti

penyelidikan dan pengkomersialan ke negeri ini. Untuk membangunkan sektor biotek

di Sabah, Kerajaan Negeri telah merumuskan dan melancarkan pada awal 2007 Rangka

Tindakan Bioteknologi Sabah, untuk menyediakan hala tuju dan rangka kerja dasar bagi

industri ini.