rusdiansyah

8
MENAMBAH BAIK AMALAN PENGAJARAN GURU DALAM PENGUASAAN ALGORITMA PENDARABAN NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT BAGI MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN TEKNIK SULLAM MELALUI KAEDAH KONSTRUKTIVIS Rusdiansyah Arsak Azlin Mohd Rosdi ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambah baik amalan saya dalam mengajar kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit menggunakan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis. Tujuh orang murid Tahun 4 yang mempunyai masalah algoritma pendaraban telah dipilih untuk kajian ini. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan teknik Sullam dan bimbingan guru melalui kaedah konstruktivis telah dijalankan. Pengumpulan data yang dibuat sepanjang kajian ini melibatkan tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil analisis menunjukkan triangulasi data telah berlaku. Hasil analisis menunjukkan bahawa saya berupaya menambah baik amalan pengajaran dan tahap penguasaan murid dalam algoritma pendaraban setelah menggunakan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis. Selain itu, murid juga lebih faham dan berjaya menjawab soalan yang melibatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan teknik Sullam telah berjaya menambah baik pengajaran saya dan meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab dalam kalangan murid. Kata kunci : Sullam, kaedah konstruktivis, kemahiran mendarab PENGENALAN Semasa praktikum fasa III berlangsung, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar murid Tahun 4 Syahbandar. Pada awalnya sebelum saya mula mengajar anggapan saya terhadap pengetahuan sedia ada murid agak tinggi dan sama rata kerana murid sudah pun mempelajari konsep pendaraban sejak Tahun 2. Murid-murid juga sudah didedahkan dengan fakta asas sifir seawal Tahun Dua sebelum melangkah kepada kemahiran mendarab. Namun setelah saya mula mengajar kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit dalam topik Pendaraban, saya dapat mengenal pasti beberapa masalah. Setelah saya mengajar topik pendaraban melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit, saya mendapati murid sukar untuk memahami apa yang saya sampaikan. Ramai dalam kalangan murid tidak dapat menguasai

Upload: a-rusdiansyah-didi

Post on 11-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

prosiding

TRANSCRIPT

Page 1: RUSDIANSYAH

MENAMBAH BAIK AMALAN PENGAJARAN GURU DALAM PENGUASAAN ALGORITMA PENDARABAN NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT BAGI

MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN TEKNIK SULLAM MELALUI KAEDAH KONSTRUKTIVIS

Rusdiansyah Arsak

Azlin Mohd Rosdi

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambah baik amalan saya dalam mengajar kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit menggunakan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis. Tujuh orang murid Tahun 4 yang mempunyai masalah algoritma pendaraban telah dipilih untuk kajian ini. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan teknik Sullam dan bimbingan guru melalui kaedah konstruktivis telah dijalankan. Pengumpulan data yang dibuat sepanjang kajian ini melibatkan tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil analisis menunjukkan triangulasi data telah berlaku. Hasil analisis menunjukkan bahawa saya berupaya menambah baik amalan pengajaran dan tahap penguasaan murid dalam algoritma pendaraban setelah menggunakan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis. Selain itu, murid juga lebih faham dan berjaya menjawab soalan yang melibatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan teknik Sullam telah berjaya menambah baik pengajaran saya dan meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab dalam kalangan murid.

Kata kunci : Sullam, kaedah konstruktivis, kemahiran mendarab

PENGENALANSemasa praktikum fasa III berlangsung, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar murid Tahun 4 Syahbandar. Pada awalnya sebelum saya mula mengajar anggapan saya terhadap pengetahuan sedia ada murid agak tinggi dan sama rata kerana murid sudah pun mempelajari konsep pendaraban sejak Tahun 2. Murid-murid juga sudah didedahkan dengan fakta asas sifir seawal Tahun Dua sebelum melangkah kepada kemahiran mendarab. Namun setelah saya mula mengajar kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit dalam topik Pendaraban, saya dapat mengenal pasti beberapa masalah.Setelah saya mengajar topik pendaraban melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit, saya mendapati murid sukar untuk memahami apa yang saya sampaikan. Ramai dalam kalangan murid tidak dapat menguasai kemahiran mendarab yang diajar dengan baik dan saya sedar bahawa masalah ini berlaku adalah berpunca daripada kesilapan saya sendiri dalam mengendalikan pengajaran saya.

Punca yang menyumbang kepada masalah ini berlaku adalah disebabkan teknik pengajaran saya yang tidak praktikal dan biasa diguna pakai oleh guru-guru lain di sekolah. Saya memberikan penjelasan tentang algoritma pendaraban dalam bentuk lazim dengan tidak berstruktur. Penerangan saya kepada murid semasa proses mendarab adalah dari sebelah kanan dengan nombor di bawah didarabkan dengan nombor di atas. Saya juga menjelaskan kepada murid apabila mendarab nombor tiga digit dengan dua digit, hasil darab perlu disusun seperti tangga sebelum menambah untuk mendapatkan hasil jawapan akhir. Selain itu, pengurusan masa yang kurang cekap menyebabkan saya kurang memberikan penekanan terhadap proses mendarab khususnya kepada kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Bahkan, arahan yang kurang sesuai dan tidak berstruktur menyebabkan murid tidak dapat memahami dengan jelas prosedur pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit. Penerangan saya terhadap susunan hasil darab nombor seperti tangga berkemungkinan sukar difahami oleh murid-murid tanpa sebarang lakaran atau bahan bantu belajar.

Page 2: RUSDIANSYAH

FOKUS KAJIANFokus kajian ini adalah menjurus kepada masalah algoritma pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit dengan menggunakan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis. Perkataan ‘Sullam’ yang bermaksud tangga dalam Bahasa Arab dapat membantu murid mengingat susunan hasil darab nombor tiga digit dengan dua digit yang disusun secara tangga. Lakaran tangga akan membantu murid memahami proses pendaraban dan algoritma dengan lebih mudah. Melalui pembelajaran visual seperti lakaran, murid dapat memahami dan menghubungkait gambaran visual dengan ciri-ciri yang terdapat padanya (Lee Chiong Wee, 2009). Kaedah konstruktivis menerusi Zon Perkembangan Terdekat menekankan kepada pembelajaran menerusi bimbingan daripada orang yang lebih mahir. Menurut Vygotsky, isi pelajaran mudah dikuasai murid jika berasaskan skema ataupun pengetahuan sedia ada. Sekiranya murid dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah. Sebaliknya jika murid dapat menguasai isi pelajaran dengan bimbingan orang lain maka ianya berada dalam Zon Perkembangan Terdekat. Bagi membantu murid menguasai isi pelajaran yang berada dalam Zon Perkembangan Terdekat, proses membimbing diperkenalkan dalam membantu pembelajaran murid. Peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan kepada murid perlulah mengikut keperluan murid dan akan dikurangkan apabila murid telah menguasai peringkat demi peringkat. Setelah murid dapat melakukannya sendiri bimbingan akan dilepaskan.

OBJEKTIF KAJIANKajian ini dilaksanakan untuk menambah baik amalan pengajaran guru dalam menguasai algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit bagi murid Tahun Empat menggunakan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis.

SOALAN KAJIANKajian ini memberikan fokus terhadap dua soalan kajian iaitu :1. Bagaimanakah penggunaan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis dapat menambah baik amalan pengajaran guru dalam pengajaran topik pendaraban tiga digit dengan dua digit bagi Tahun Empat.

2 Bagaimanakah penggunaan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis dapat membantu murid dalam menguasai algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit bagi Tahun Empat.

KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran yang telah saya pilih dalam menjalankan kajian ini ialah murid-murid Tahun Empat di sebuah sekolah sekitar daerah Labu, Negeri Sembilan. Tujuh orang murid Tahun 4 yang mana terdiri daripada dua orang lelaki dan lima orang murid perempuan telah dipilih sebagai kumpulan sasaran bagi kajian ini kerana pencapaian mereka berdasarkan tinjauan awal adalah antara yang paling rendah di dalam kelas tersebut. Murid-murid berkenaan juga terdiri daripada murid yang mempunyai aras kognitif yang pelbagai.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengumpulan Data

Refleksi Tindakan

Perancangan

Mengenal pasti Aspek Amalan

Page 3: RUSDIANSYAH

A) Mengenal pasti aspek amalanBerdasarkan kepada amalan refleksi, pemerhatian dan temu bual yang saya jalankan terhadap guru mata pelajaran, saya mendapati bahawa terdapat seramai 7 orang murid menghadapi kesukaran untuk memahami topik pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit dengan baik.

B) PerancanganIsu dalam topik pendaraban yang melibatkan proses mendarab akan ditambah baik dengan menggunakan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis sebagai tindakan dalam kajian ini.

C) TindakanTindakan dalam kajian ini dijalankan sebanyak dua sesi pengajaran dan pembelajaran selama satu jam bagi setiap sesi.

Rajah 1. Carta alir tindakan yang dijalankan

Gambar rajah Penerangan

123 ×12=¿ -Soalan pendaraban yang diberi dalam bentuk ayat matematik. Soalan pendaraban antara nombor tiga digit dengan dua digit.

123 ×12=¿

123

X 12

-Melalui ayat matematik, wakilkan atau tukarkan dalam bentuk lazim. Pastikan susunan nombor tiga digit dan dua digit disusun dalam susunan yang betul. Begitu juga dengan kedudukan simbol (×) diletakkan dalam kedudukan yang betul.

123 ×12=¿

123

X 12

-Lakar atau lukis lakaran tangga di bawah nilai tempat sa. Lakaran tangga tersebut bergantung kepada bilangan digit yang didarab. Jika nombor tiga digit didarabkan dengan nombor dua digit, maka lakaran tangga perlu dilukis sebanyak dua susunan tangga.

123 ×12=¿

123

X 12

2 4 6

1 2 3

-Seterusnya, cari hasil darab bagi setiap digit. Murid dilarang untuk mengisi hasil darab pada ruangan merah dalam lakaran tangga berkenaan. Larangan ini secara tidak langsung akan membantu murid menyusun hasil darab dengan betul bagi soalan pendaraban tiga digit dengan dua digit.

Sesi 1

Guru perkenalkan teknik Sullam melalui sesi pengajaranGuru beri lembaran kerja kepada murid secara individuGuru jalankan temu bual kali kedua

Sesi 2

Guru beri lembaran kerja kepada murid secara individuGuru jalankan temu bual kali ketiga

Page 4: RUSDIANSYAH

123 ×12=¿

123

X 12

2 4 6

+ 1 2 3

1 4 7 6

-Tambahkan hasil darab bagi mendapatkan jawapan akhir bagi soalan berkenaan. Mulakan proses menambah dari sebelah kanan nombor.

Jadual 1. Penjelasan teknik Sullam dalam kemahiran mendarab

D) Pengumpulan DataDalam kajian ini, saya menggunakan kaedah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian bagi menunjukkan triangulasi data berlaku. Melalui ketiga-tiga kaedah ini, saya menggunakan instrumen soalan temu bual, lembaran kerja dan diari sebagai alat untuk mengumpulkan data dalam kajian ini.

E) Refleksi

Analisis DokumenAnalisis ini dibuat berdasarkan lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid. Merujuk kepada hasil kerja murid, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa orang murid yang menunjukkan peningkatan dari segi skor seperti dalam jadual 2.

Murid Skor PencapaianTinjauan Sesi 1 Sesi 2

Murid A 1 1 2 Kurang baik

Murid B 0 0 0 Lemah

Murid C 1 5 6 Baik

Murid D 0 2 6 Baik

Murid E 2 3 6 Baik

Murid F 1 4 6 Baik

Murid G 1 3 6 Baik

Jadual 2. Keputusan analisis dokumen

Dapat disimpulkan bahawa isu yang timbul dalam algoritma pendaraban sebenarnya berjaya ditambah baik melalui penggunaan teknik Sullam namun semasa perlaksanaan kajian ini terdapat beberapa masalah yang timbul. Antara masalah timbul ialah berkenaan dengan tahap penguasaan murid dalam fakta asas sifir yang cukup lemah hingga menyebabkan kesilapan ketika menyelesaikan soalan yang diberi. Selain itu, bimbingan yang saya berikan hanya memberi penekanan kepada algoritma pendaraban walhal masalah seperti fakta asas sifir tidak saya tekankan.

Page 5: RUSDIANSYAH

Temu bualDi akhir setiap sesi saya mengambil masa untuk mengadakan sesi temu bual bersama beberapa orang murid bagi mendapatkan maklum balas mereka terhadap sesi yang dijalankan dan akhirnya menjawab persoalan kajian ini. Dapat disimpulkan bahawa penggunaan teknik Sullam dalam menambah baik amalan pengajaran guru melibatkan algoritma pendaraban berjaya ditambah baik. Hasil analisa menunjukkan murid A, B, C, D, E, F dan G sudah mampu menguasai algoritma pendaraban dengan bantuan teknik Sullam. Implimentasi kaedah konstruktivis dalam sesi bimbingan terhadap murid juga mendorong kepada pencapaian soalan kajian ini. Bimbingan yang diberikan oleh guru semasa sesi pertama dan diteruskan semasa sesi kedua memenuhi prinsip yang terdapat dalam kaedah konstruktivis. Namun, disebabkan penekanan diberi kepada penguasaan algoritma pendaraban murid secara keseluruhannya masih kurang menguasai fakta asas sifir. Penguasaan fakta asas sifir ini dikenal pasti melalui analisa soalan berkenaan keyakinan murid untuk menjawab soalan pendaraban.

PemerhatianHasil analisa melalui penulisan diari menunjukkan penggunaan teknik Sullam sememangnya diaplikasikan oleh guru semasa sesi dijalankan. Penggunaan teknik Sullam telah membantu murid untuk memahami proses mendarab dengan lebih berstruktur. Penggunaan teknik Sullam juga membantu murid memahami proses algoritma pendaraban melalui lukisan tangga yang ditekankan oleh guru sepanjang dua sesi perlaksanaanya. Lukisan tangga sebelum mencari hasil darab secara tidak langsung membantu proses pembinaan pengetahuan baru murid. Kaedah konstruktivis melalui teknik bimbingan scaffolding juga nyata diterjemahkan oleh guru sepanjang perlaksanaan sesi pertama dan kedua dijalankan. Bimbingan yang diberikan oleh guru mengenai lukisan tangga dan susunan hasil darab merupakan prinsip utama dalam kaedah ini.

RUMUSANBerdasarkan hasil analisis ketiga-tiga instrumen yang digunakan sepanjang kajian ini dilaksanakan secara tidak langsung telah menjawab persoalan kajian iaitu bagaimanakah penggunaan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis dapat membantu murid dalam penguasaan algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit bagi Tahun Empat. Manakala soalan kajian yang kedua pula ialah mengenai bagaimana penggunaan teknik Sullam melalui kaedah konstruktivis dapat menambah baik amalan pengajaran guru dalam pengajaran algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit bagi Tahun Empat juga terjawab melalui analisa yang dijalankan.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

1. Kajian ini boleh dijalankan dalam tempoh masa yang lebih lama bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan keesahan hasil dapatan kajian.

2. Kajian ini boleh digunakan untuk kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan satu digit.3. Penggunaan teknik Sullam akan lebih berkesan sekiranya murid dapat menguasai fakta asas

darab dengan baik.4. Penggunaan ICT semasa tindakan boleh digunakan untuk tujuan menarik minat murid serta

mengekalkan perhatian murid semasa sesi PdP.

RUJUKAN

Lee Chiong Wee. (2012). Pembelajaran Visual dalam Usaha Meningkatkan Tahap Kefahaman MuridPrasekolah. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah Ambilan 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 85-97.

Alex Kozulin, Boris Gindis, Vladimir S. Ageyev, Suzanne M. Miller. (2003). Vygotsky’s EducationalTheory in Cultural Context. Cambridge University.