rujukan

4
ISU BERBANGKIT BERKAITAN INOVASI DAN TEKNOLOG DALAM PENDIDIKAN Marcapa ini, sektor kurikulum Negara telah beralih arah kepada bidang inovasi dan teknologi. Inovasi dan teknologi dalam pendidikan ternyata memberi impak yang mendalam ke atas pencapaian pelajar. Selain mempunyai ciri-ciri konsep pengajaran dan pembelajaran yang unik dan tersendiri, pendekatan ini membolehkan sesi dan ruang belajar tidak terhad kepada kelas semata-mata. Malah, pelajar boleh berekperimentasi dan menggunakan pemikiran yang kritikal lagi kritis dalam sesuatu pembelajaran. Walaubagaimanapun, dalam menikmati segala kebaikan yang mampu diperoleh daripada inovasi dan teknologi dalam bidang pendidikan Negara, harus diingat terdapat juga kelemahan yang perlu dititikberatkan. Berdasarkan pemerhatian saya, antara isu yang timbul adalah fokus pelajar ketika sesi dijalankan. Memandangkan penggunaan internet dalam penyampaian kelas, kemungkinan sebahagian pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kelas yang dihadiri. Pemerhatian daripada pengajar perlu dilaksanakan oleh pengajar bagi memastikan pelajar mengikuti sesi pembelajaran yang sedang berlangsung. Selain daripada masalah etika pelajar, isu lain adalah peruntukan fasiliti bagi subjek yang memerlukan komputer bagi setiap pelajar. Sesetengah topik pembelajaran memerlukan pelajar menggunakan komputer untuk sesi demo atau sesi praktikal untuk pemahaman yang lebih baik. Namun, dapat dilihat bahawa sesetengah pelajar khususnya, pelajar separuh masa tidak dapat kemudahan komputer dan harus berkongsi dengan pelajar lain. Perkongsian fasiliti bukanlah menjadi satu kesalahan, namun bagi pelajar mempraktikkan pengajaran daripada pensyarah mengenai topik penting mungkin terbatas dan terhad. Dari konteks perbincangan yang berbeza, saya berpendapat pengajar perlu meletakkan kedudukan pelajar sebagai titik pertimbangan dalam pembelajaran. Hal yang demikian kerana, bagi sesetengah modul pengajaran, aplikasi-aplikasi tertentu

Upload: bella-damin

Post on 13-Jan-2017

52 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rujukan

ISU BERBANGKIT BERKAITAN INOVASI DAN TEKNOLOG DALAM PENDIDIKAN

Marcapa ini, sektor kurikulum Negara telah beralih arah kepada bidang inovasi dan teknologi. Inovasi dan teknologi dalam pendidikan ternyata memberi impak yang mendalam ke atas pencapaian pelajar. Selain mempunyai ciri-ciri konsep pengajaran dan pembelajaran yang unik dan tersendiri, pendekatan ini membolehkan sesi dan ruang belajar tidak terhad kepada kelas semata-mata. Malah, pelajar boleh berekperimentasi dan menggunakan pemikiran yang kritikal lagi kritis dalam sesuatu pembelajaran.

Walaubagaimanapun, dalam menikmati segala kebaikan yang mampu diperoleh daripada inovasi dan teknologi dalam bidang pendidikan Negara, harus diingat terdapat juga kelemahan yang perlu dititikberatkan. Berdasarkan pemerhatian saya, antara isu yang timbul adalah fokus pelajar ketika sesi dijalankan. Memandangkan penggunaan internet dalam penyampaian kelas, kemungkinan sebahagian pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kelas yang dihadiri. Pemerhatian daripada pengajar perlu dilaksanakan oleh pengajar bagi memastikan pelajar mengikuti sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.

Selain daripada masalah etika pelajar, isu lain adalah peruntukan fasiliti bagi subjek yang memerlukan komputer bagi setiap pelajar. Sesetengah topik pembelajaran memerlukan pelajar menggunakan komputer untuk sesi demo atau sesi praktikal untuk pemahaman yang lebih baik. Namun, dapat dilihat bahawa sesetengah pelajar khususnya, pelajar separuh masa tidak dapat kemudahan komputer dan harus berkongsi dengan pelajar lain. Perkongsian fasiliti bukanlah menjadi satu kesalahan, namun bagi pelajar mempraktikkan pengajaran daripada pensyarah mengenai topik penting mungkin terbatas dan terhad.

Dari konteks perbincangan yang berbeza, saya berpendapat pengajar perlu meletakkan kedudukan pelajar sebagai titik pertimbangan dalam pembelajaran. Hal yang demikian kerana, bagi sesetengah modul pengajaran, aplikasi-aplikasi tertentu yang hanya terdapat daripada telefon pintar diperlukan untuk menjalankan sesi pengjaran. Keadaan ini mungkin membebankan segilintir pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan tidak berkemampuan untuk memiliki telefon pintar bagi tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, sesetengah pelajar tidak mempunyai telefon pintar tidak dapat memuat turun aplikasi yang diperlukan oleh pengajar dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, ketika sesi pengajaran belangsung, pelajar hilang tumpuan dan tidak berminat untuk mencuba melibatkan diri. Pada pendapat saya, perisian dan aplikasi dalam komputer perlu diajar kepada pelajar bagi menyeimbangkan pelajar yang tidak mempunyai aplikasi dalam telefon pintar. Terdapat banyak perisian komputer dalam bidang inovasi dan teknologi yang boleh diterokai oleh pelajar seperti pembikinan blog, laman web unttuk tujuan tertentu eg. Perniagaan dan lain-lain.

Di samping itu, konteks subjek pembelajaran perlu penambahan dari segi kandungannya. Dewasa ini, pelajar banyak mengambil upah kerja separuh masa untuk menampung perbelanjaan pengajian. Kebanyakannya menggunakan media serta inovasi dan teknologi sebagai saluran untuk mendapatkan sumber yang lumayan. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja kejayaan blogger-blogger anak tempatan seperti Muhamad Lutfi dn Fatin Liyana yang

Page 2: Rujukan

begitu terkenal hingga melayakkan mereka dinobatkan anugerah-anugerah yang menjanjikan pendapatan. Pada cadangan saya, pembelajaran mengenai pengurusan blog perlu diberikan penekanan yang lebih. Malah penggunaan medium-medium lain yang membolehkan pelajar yang berminat dalam bidang perniagaan untuk mempromosikan peniagaan mereka perlu dimasukkan dalam syllabus. Tanpa pendedahan yang mendalam, pelajar mungkin tidak dapat menguasai bidang teknologi yang oleh dimanipulasi sebagai medium penjanaan modal kendiri.

Page 3: Rujukan

Zanariah Kadir. 2007. Persepsi Pelanggan Terhadap Aplikasi Perjanjian Tahap Perkhidmatan Dalam Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Di Institusi Pengajian Tinggi.

Teuku Afrizal. 2012. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Penglibatankomuniti Tempatan Dalam Pengurusan Sisa Pepejaldi Malaysia: Kajian Kes Di Kota Bharu Kelantan. Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsauniversiti Kebangsaan Malaysiabangi.

Wahid, Murad. 2002. Poverty and Environment: Case Study of Solid WasteManagement Among The Squaters and Low-Cost Flat Dwellers in KualaLumpur City, Malaysia..Tesis Doktor Falsafah, LESTARI, UniversitiKebangsaan Malaysia. Anschutz, J. 1996.

Community Based Solid Waste Management and Water Supply Projects: Problems and Solutions Compared A Survey of Literature. KertasDokumen Kerja No.2. Netherland: Urban Waste Expertise Programme.

Edi Suharto. 2005. Membangun Masyarakat Memberdayakan Rakyat. Bandung: P.T. RefikaAditama.

Ellie, H.M.; Gilbertson, W.E., Jaaq,O., Okun, D.A., Shural, H.I. &; Summer, J. 1969. Problem in Community Waste Management. Geneva: World Health Organisation.

Flintoff, F. 1976. Management of Solid Waste in Developing Countries. SEA Series (1). NewDelhi : WHO Regional Publication.

Furedy, C. 1992. Garbage: exploring non-conventional options in Asian cities. Environment and Urbanisation 4(2) : 42-61.

Furedy, C. 1993. Working with waste pickers, Asian approaches to urban solid Wastemanagement. Alternative 19(2): 18-23.

Jamaluddin Md. Jahi. 1998. Environmental Quality Management : What The LocalAuthorities Can Do. Dlm Mohd Nordin Hassan, Ibrahim Komoo and LizuryatiAzlina Abdullah (pnyt.). National Review on Environmental Quality Management: Towards The Next Two Decades, hlm 112-129. Bangi:LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malaysia. 2007. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta672). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Sdn.Bhd.