rujukan

18
Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003 Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia Abstrak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan semenjak detik pengisytiharan tersebut Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ainon Mohammad (1984) pula merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Oleh itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentabiran dan di dalaam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi pula mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara. Kepentingan dan Peranan Bahasa Melayu Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu bermula kira- kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan serta menjadi bahasa lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. 1

Upload: soh-cw

Post on 21-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

r

TRANSCRIPT

Page 1: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia

Abstrak

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan semenjak detik pengisytiharan tersebut Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ainon Mohammad (1984) pula merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Oleh itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentabiran dan di dalaam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi pula mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara.

Kepentingan dan Peranan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu bermula kira-kira abad ke tujuh.

Pada  waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan

bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan

bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat

menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan

pesat dan serta menjadi bahasa lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu.

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi alat komunikasi dalam bidang

pentadbiran negara.  Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi

digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga

badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan

1

Page 2: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa

mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

Antara peranan bahasa Melayu di negara kita ini ialah seperti berikut :-

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat 

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan

Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf

dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara.

Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan

bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu

bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan

ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih

daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152

mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

2) Lambang jati diri

Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan

bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih

sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara

mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman

dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian,

Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan

hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi

memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan

2020.

2

Page 3: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

3) Bahasa perpaduan

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting

dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan

musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu,

Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk

yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah

bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui

oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.

Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan

negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu,

bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman

perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.

4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan

Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara

ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan

syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya

menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa

Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai

bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan

mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia

Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan

negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna

bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan

perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati

daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan

3

Page 4: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian,

penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan

bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.

6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan

Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan

pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat

keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini

menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain

terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh

sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai

nilai estetika dan nilai kesantunan.

7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya

Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam

menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara

bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan

berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa

Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan

professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali

masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang,

meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya

ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai

berkuasa dalam arenanya.

4

Page 5: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa

Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa

Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun

begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era

globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu

akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu

kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui

usaha penerbitan bahan bacaan.

Isu-Isu Bahasa Melayu Sebagai Wadah Penyatuan Bangsa

Cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak melalui

Gagasan 1 Malaysia adalah ingin membentuk satu identiti masyarakat Malaysia melalui budaya

dan aspek terpenting untuk membentuk satu budaya ialah melalui satu bahasa dan satu suara.

Sejarah membuktikan bahawa perpaduan amatlah sukar dicapai oleh masyarakat pelbagai bangsa

dan etnik tetapi bukan mustahil. Semasa zaman penjajahan British mengamalkan dasar ‘pecah

dan perintah’ yang mewujudkan jurang ekonomi manakala dasar ‘laissez-faire’ dalam

pendidikan menyebabkan perkongsian pengetahuan dan keseragaman perperiksaan tidak dapat

dicapai.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat

yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat

permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan

kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara

sendirian. Pelajaran Cina telah mewujudkan kesedaran kebangsaaan pemuda –pemuda Cina.

Sekolah Cina bukan hanya menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang

dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil

5

Page 6: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah

Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang

memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah

setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat

aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah

mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain.

Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan.

Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan

menghasilkan laporan-laporan berikut:

1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;

2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;

3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem

persekolahan kebangsaan; dan

4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk

memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem

peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem

pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan

Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada

tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961

yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat

pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

6

Page 7: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas merdeka ialah

mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni

masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup

bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai

sebagai rakyat Malaysia. Bahasa digunakan untuk membangkitkan kesedaran bahawa bahasa

penting sebagai pembentuk kesatuan politik yang disebut `negara' atau negara bangsa. Satu cara

yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi

pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul

dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah

melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan

persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa

curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Bahasa Melayu boleh berfungsi sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling

ampuh dalam menyatukan bangsa di Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan

sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya

setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta

dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai

penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi

satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa

perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat

perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat

menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.

Penyata Razak telah digazetkan dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun

1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama

manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus

untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi

pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

7

Page 8: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Penyatuan bangsa di Malaysia sudah pastinya dapat diwujudkan melalui pembentukan

jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.

Penyatuan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan melalui

penerapan nilai-nilai murni seperti yang tercatat dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu

pembentukan masyarakat yang bersatu padu.

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mampu menyemarakkan lagi semangat

perpaduan bangsa Malaysia dengan membawa dimensi baharu dalam arena kebahasaan. Menurut

Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu

perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui

keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah

fikiran yang berkesan dan tepat yakni ampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan

fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa

yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang

lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan

keindahan.

Nik Safiah Karim (1984) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan

bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa

ilmiah. Namun, dengan pengecualian ini, wujudlah idea pembelajaran ilmu sains dan metametik

dalam bahasa Inggeris sebagai syarat kononnya bagi mempersiapkan generasi pelapis negara

dengan ilmu kemajuan; menerusi bahasa yang dipanggil ‘bahasa kemajuan’. Ini jelas

menunjukkan bahasa Melayu mampu mengorak langkah dalam meneroka perlbagai bidang ilmu.

Bahasa Melayu bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga

memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia.

Perkara ini telah dibuktikan sejak sekian lama kerana melalui perpaduan yang kukuh dan

persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut

stabil sekali gus merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Secara ringkasnya, inilah berkat hasil

bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara ini sejak

awal tahun 70-an.

8

Page 9: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Selaras

dengan konsep rakyat didahulukan, perpaduan akan dikecapi. Nikmat daripada kesejahteraan

rakyat maka dapatlah kita merealisasikan pencapaian melalui ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu

telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan, sains dan

teknologi, ekonomi sekali gus dapat melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi sinergi

dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara.

Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai ‘lingua-franca’ dan juga

‘bahasa kedua’ akhirnya menjadi bahasa pengantar yang dapat mengungkapkan pelbagai genre

dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian,bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap

kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan

wahana merealisasikan penyatuan bangsa di Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari

semasa ke semasa.

Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa

Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi

sebagai bahasa basahan,namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. Bahasa ini bukan sahaja dijadikan

bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke

peringkat antarabangsa. Buktinya Dato Seri Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu

sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.

Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan

mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.

Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila

bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan

Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan

digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang

lain.

Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang

cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa

yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan

9

Page 10: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

perubahan.

Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka

begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai

tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan

kata asing. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak

terkubur seperti bahasa Sanskrit dan beberapa bahasa purba yang lain.

Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan

sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti bahasa Sanskrit yang akhirnya pupus

kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.

Menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan

menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan

teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuh apabila

kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak

dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan

bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.

Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan

hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah

menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan

Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.

Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan

betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa

komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan

pelbagai kaum.Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian

Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini

membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa

sahaja. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan

10

Page 11: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model

perpaduan bangsa di dunia.

Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa

komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan

sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar

raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan. Namun begitu terdapat beberapa

ancaman terhadap bahasa Melayu ini walaupun ia mampu menjadi wahana penyatuan bangsa.

Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal

tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya terpecah

kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar tanpa

sempadan menerusi lingkungan jaringan komunikasi elektronik yang menjangkau keseluruh

pelesuk rantau. Darihal ini turut mengancam kemurnian dan keaslian Bahasa Melayu apablia

turut menerima cabaran daripada golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah

dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. Ini terbukti apabila munculnya

teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating.

perkataan yang panjang telah diringkaskan dan banyak istilah-istilah baru tercipta. Surat yang

dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik, menelefon telah

digantikan dengan SMS dan MMS. Ini satu perkembangan yang menakjubkan sekali gus

menunjukkan bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa.

Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu

akan terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian

pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini.

Dalam konteks perpaduan Malaysia, interaksi amat penting bagi menentukan supaya

hubungan antara masyarakat pelbagai ras dan etnik dapat terus berlangsung atau dipertahankan.

Oleh itu, perlu pengetahuan luas berkenaan bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan, cerita rakyat,

budaya setempat dan sebagainya. Pokoknya, kita mesti tahu pelbagai perkara tentang bahasa.

Fungsi peribadi pula ialah fungsi bahasa memberi kesempatan kepada manusia untuk

menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya.

11

Page 12: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Malaysia memang sudah berjaya melaksanakan semua perakuan bermula dengan

Penyata Razak (1956) mengenai pendidikan bahasa, dengan mengambilkira perakuan-perakuan

dalam hal yang sama dalam laporan-laporan seterusnya seperti laporan Barnes, Feng Wu dan

Rahman Talib. Selain itu melalui dasar bahasa kebangsaan dan pendidikan yang dibentangkan

oleh kerajaan untuk memantapkan bahasa Melayu sebagai wahana perpaduan bangsa. Namun

begitu banyak kesulitan dan juga hal-hal sensitif yang perlu diselesaikan, dan ini telah dapat

diatasi melalui sikap dan tindakan kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambilkira

kesensitifan setiap kaum.  Pada satu pihak kepelbagaian bahasa di sekolah hendaklah

dikurangkan untuk meningkatkan perpaduan rakyat. Pada pihak yang lain segala tuntutan setiap

kaum etnik yang bertentangan juga hendaklah diatasi dengan saksama dan bijaksana supaya

tidak mengorbankan tujuan untuk menyatukan kaum di negara kita.

Penutup

Kesimpulannya, Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri adalah

selangkah di hadapan kita. Perbezaan bahasa bukan lagi penghalang ke arah usaha murni

kerajaan ini kerana kita adalah satu bangsa, satu bahasa dalam Gagasan 1 Malaysia. Manakala

penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan bangsa haruslah dilihat dengan lebih telus

memandangkan akar penyatuan bangsa hendaklah diasaskan pada kedudukan bangsa Melayu

yang menjadi asas budaya di Malaysia. Oleh yang demikian memartabatkan bahasa melayu

adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak.

Kemajuan dari segi budaya, komunikasi dan pendidikan membuatkan kedudukan bahasa melayu

semakin tercabar dan terhimpit. Untuk mengeluarkan bahasa Melayu dari kesempitan ini maka

rakyat dan pemimpin memain peranan yang penting untuk melaksanakan peraturan dan undang-

undang untuk memastikan bahasa Melayu terus berkembang sebagai bahasa perpaduan. Perlu

diperhalusi, bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat

baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai

etnik di negara ini. Faktor ini tidak harus dilupakan kerana dengan adanya perpaduan inilah,

maka negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang ini.

12

Page 13: rujukan

Ahmad Faizal bin Osman Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia 690223085015003

Rujukan

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS

Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

13