rpt pizen haiwan jinak.doc

11
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH NEGERI PAHANG 2014 MINGGU 22 HAIWAN JINAK KUMPULAN 1 SHIMA KUANTAN SITI MARAN INA LIPIS MAT PEKAN EMY BENTONG SAYUDI ROMPIN SARA BILUT ITA TEMERLOH

Upload: teyhaomar

Post on 22-Dec-2015

93 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPT PIZEN HAIWAN JINAK.doc

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH NEGERI PAHANG 2014

MINGGU 22

HAIWAN JINAKKUMPULAN 1

SHIMA KUANTAN

SITI MARAN

INA LIPIS

MAT PEKAN

EMY BENTONG

SAYUDI ROMPIN

SARA BILUT

ITA TEMERLOH

LIZA BERA

Page 2: RPT PIZEN HAIWAN JINAK.doc

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH NEGERI PAHANG 2014

MINGGU : 23

TEMA : ALAM HIDUPAN

TARIKH :

TUNJANG KOMUNIKASI – BAHASA MALAYSIA

FOKUS STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

(B.M 1.0) Kemahiran Mendengar

BM 1.1 Mendengar dengan penuh perhatian

BM 1.1.8 Mengecam pelbagai bunyi di persekitaran murid

BM 1.1.9 Membezakan jenis bunyi yang ada dipersekitaran.

1. Guru memaparkan rakaman bunyi haiwan jinak seperti kucing, anjing, burung. Murid diminta mengenalpasti atau membezakan bunyi haiwan jinak tersebut.

2. Permainan ‘Bunyi dan Teka’. Murid diminta membunyikan haiwan-haiwan tertentu dan diteka oleh rakan-rakan.

3. Membawa murid keluar kelas dan cuba mengesan bunyi haiwan jinak yang terdapat disekitar contohnya bunyi ayam, itik, anjing, kucing dan burung. Murid boleh menandakan jenis haiwan yang didengar berdasarkan lampiran.

(B.M 2.0) Kemahiran Bertutur

BM 2.1 Berinteraksi dengan mesra

BM 2.1.3 Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.

BM 2.1.5 Menyatakan permintaan dengan sopan.

1. Guru menunjukkan gambar haiwan jinak. Murid dipilih secara rawak untuk bercerita tentang gambar haiwan yang ditunjukkan dengan ayat yang betul sambil dibantu oleh guru (Contoh: Ini adalah…. kambing, ayam, kerbau,dll).

2. Guru mengagihkan model haiwan kepada setiap murid kemudian murid diminta bertukar-tukar model haiwan dengan menggunakan ayat yang sopan dan betul.

3. Guru menunjukkan model haiwan yang berlabel, kemudian label tersebut diceraikan daripada model. Seterusnya, guru meminta murid menamakan haiwan tersebut (boleh digunakan untuk aktiviti penyesuaian model dengan perkataan atau aktiviti membaca).

Page 3: RPT PIZEN HAIWAN JINAK.doc

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH NEGERI PAHANG 2014

BM 2.1.7 Menamakan objek dipersekitaran.

TUNJANG KOMUNIKASI – BAHASA MALAYSIA

(B.M 3.0) Kemahiran Membaca

BM3.4 Membina dan membaca suku kata

BM 3.4.7 Membina dan membunyikan suku kata tertutup secara rawak.

BM 3.9.3 Bercerita secara lakonan, Main peranan atau nyanyian berdasarkan bahan yang dibaca.

1. Guru menunjukkan kad suku kata ( bu, ku, an, rung, jing, cing ). Murid memancing kad sukukata. Murid membunyikan perkataan yang dicantumkan melalui permainan memancing. Guru tunjuk perkataan yang betul iaitu bu-rung,an-jing,ku-cing.

2. Bercerita menggunakan buku cerita (cth: Serigala Yang Lapar). Gunakan kostum atau hiasan binatang(contoh topeng atau topi) untuk lakonan berpandukan cerita tersebut.

(B.M 4.0) Kemahiran Menulis

BM 4.2 Menguasai kemahiran menulis

BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul

BM 4.2.7 Menyalin ayat dengan cara yang betul.

1. Guru meminta menulis perkataan seperti burung, kucing dan anjing dengan cara yang betul.

2. Murid menyalin perkataan di atas lembaran kerja beserta gambar yang disediakan oleh guru.

TUNJANG KOMUNIKASI – BAHASA INGGERIS

(B.I 1.0) Listening And Special Skills

BI 1.3 Acquire and use simple phrases and statement

BI 1.4 Listen to and follow simple instuctions.

BI 1.3.4 Talk about happenings around them.

BI 1.4.3 Listen to and follow instruction. E.g ‘Please get me the books from the shelf’.

BI 1.5.1 Listen to and recite nursery rhymes and action songs.

BI 1.5.2 Listen to, recite and act out nursery rhymes and action songs.

1. The children watch CD about the animals. Children talk about what happen to the animals.

2. Played out the games of, ‘Cage Game’. Children listen to instruction given such as ‘Go to the duck cage!’. Use other station with various of tame animals and carry out the instruction to see if the children make wrong turns.

3. Children listen to the song ‘Old McDonalds Have A Farm’. Based on the song, they sing and act out the animals movement.

4. Children listen to the song ‘Old McDonalds Have A Farm’. Based on the song, the teacher show some movements and the children follow.

(B.I 2.0) Pre reading Skills

BI 2.1 Understand that printed materials contain meaning.

BI 2.1.1 Show awareness that print conveys meaning by doing Pretend Reading.

Make a ‘Mock Reading Presentation’ based of tame animals.

Page 4: RPT PIZEN HAIWAN JINAK.doc

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH NEGERI PAHANG 2014

(B.I 3.0) Reading Skills

BI 3.2 Read simple words with understanding.BI 3.3 Read phrases with understanding

BI 3.2.5 Recognise and sound out simple words, e.g. C up for cup.

BI 3.3.2 Read simple phrases

1. Teacher show the word and picture card about animal e.g.: cat, dog, bird. Children follow the spelling and read the word card. In group of three, children play the picture cards and spell the word in correctly.

(B.I 4.0) Writing Skills

BI 4.2 Writing Skills BI 4.2.5 Write simple phrases 1. Teacher give children work sheet and children write simple phrases correctly. E.g. Black horse, white cat, black dog, pink bird etc.

2. Play the ‘Writing Game’. A child write an animal base on instruction given, other children guess what the animal base on the clues given is.

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA – PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KESIHATAN (PFK)

(PFK 1.0) Perkembangan Motor Halus

PFK 1.1 Melakukan kemahiran motor halus

PFK 1.1.2 Menggunakan PFK1.1.9 Menggunakan jari untuk mengoyak bahan mengikut rupa.

1. Menggunakan kertas minyak yang direnyuk berbentuk bulat, murid diminta menghasilkan dua objek bulat, yang pertama agak besar dan yang kedua agak kecil yang mana yang kecil akan dilekatkan pada yang besar. Objek tersebut akan dihias menjadi kucing.

2. Guru menunjukkan cara mengoyak bentuk-bentuk dengan menggunakan jari dengan betul dan berhati-hati.Murid diminta membuat kolaj bentuk haiwan ( contoh ikan, burung, kucing ).

(PFK 2.0) Perkembangan Motor Kasar

PFK 2.1 Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor

PFK 2.1.14 Merangkak dengan lakuan yang betul di ruang tertentu

1. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terdiri dari kumpulan ( 1 ) kucing, ( 2 ) anjing dan ( 3 ) burung.

2. Guru menyebut nombor tertentu dan murid di dalam kumpulan perlu bersedia untuk membuat gaya yang telah ditunjukkan.

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA – PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KESIHATAN (PFK)

(PFK 3.0) Kesihatan Fizikal

PFK3.2 Mengamalkan pemakanan yang sihat

PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.

1. Guru menunjukkan carta gambar makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat dan bersoal jawab dengan murid.

2. Guru menerangkan jenis makanan berkhasiat dan kuantiti yang diperlukan oleh murid mengikut umur mereka.

(PFK 4.0) Kesihatan Persekitaran

PFK 4.1 Menjaga kebersihan

PFK 4.1.7 Menyatakan kepentingan memakai pakaian yang bersih, sesuai dan kemas.

1. Guru menyatakan kepentingan memakai pakaian yang bersih, sesuai dan kemas setiap masa dan apa natijah jika tidak menjaga kebersihan contohnya mendapat penyakit.

2. Menyatakan jenis-jenis penjagaan kendiri yang betul 3. Aktiviti mengenalpasti murid yang bersih (pemeriksaan badan).

(PFK 5.0) Keselamatan

PFK 5.2 Mengamalkan langkah keselamatan

PFK 5.2.6 Menjalankan simulasi semasa menghadapi situasi bahaya dengan menggunakan langkah-langkah berikut: menjerit, lari dan memberitahu orang dewasa

1. Menjalankan simulasi semasa keadaan cemas seperti kebakaran, penculikan, lemas dan langkah-langkah mengatasinya.

Page 5: RPT PIZEN HAIWAN JINAK.doc

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH NEGERI PAHANG 2014

diri

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA – KREATIVITI (KTI)

(KTI 1.0) Seni Visual

KTI 1.2 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya (eksrpesi kreatif)

KTI 1.2.6 Melukis rupa geometric iaitu segitiga, bulat, segiempat, bujur.

1. Murid diminta menghasilkan bentuk geometri dan membuat rupa bentuk haiwan mengikut kreativiti sendiri berdsarkan contoh yang telah siap.

(KTI 2.0) Muzik KTI 2. 1 Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi

KTI 2.1.13 Menyanyi dengan gerakan 1. Guru memperdengarkan lagu Pak Abu Ada Kucing ( tempo lagu a e i o u ). Murid menyanyi sambil membuat gerakan yang betul dengan bantuan guru dan pembantu.

(KTI 3.0) Drama & Gerakan Kreatif

KTI 3.1 Mengambil bahagian dalam drama dan gerakan kreatif

KTI 3.1.6 Berlakon dengan menggunakan props. 1. Lakonan menggunakan kostum atau hiasan haiwan berdasarkan cerita yang telah diperdengarkan.

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI – AWAL SAINS

(ST 2.0) Kemahiran Saintifik

ST 2.1 Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena alam persekitaran.

ST 2.1.5 Memerhati perubahan warna-warna di persekitaran (contoh:Perubahan daun pada musim berlainan).

1. Berdasarkan carta, gambar atau tayangan, murid melihat perbezaan warna pada haiwan-haiwan yang kecil sehingga dewasa

(ST 3.0) Menyiasat Alam Hidupan

ST3.1 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan.

S.T 3.1.2 Mengenalpasti bahagian tubuh badan (lidah, pipi, dagu, dahi, kening, bibir, dada, perut, bahu, siku, lutut, peha, betis, pusat, tumit, kuku).

1. Mengecam bahagian-bahagian pada badan haiwan jinak.

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI – AWAL MATEMATIK

ST 6.0) Pengalaman Pranombor

ST 6.4 Mengecam corak berulang dan membina pola

ST 6.4.5 Membina corak berulang mengikut kreativiti sendiri menggunakan bahan yang disediakan dan menyatakan coraknya.

1. Berdasarkan lembaran yang bercetak gambar haiwan, murid di minta mengecap menggunakan ibu jari. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan hasilan.

Page 6: RPT PIZEN HAIWAN JINAK.doc

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH NEGERI PAHANG 2014

(ST 7.0) Konsep Nombor

ST 7.3 Memahami nombor 10-20

ST 7.3.3 Menulis 10-20 1. Murid diminta membilang 1 hingga 10 dan 10 hingga 20 dengan menggunakan bahan konkrit seperti mainan binatang.

2. Guru menunjukkan cara menulis nombor 10 ( gabungan angka 1 dan sifar ).3. Seterusnya murid menulis nombor 11 dengan menggunakan kad tebuk dan

krayon.4. Aktiviti membentuk nombor 10 dan 11dengan tali / doh dan kad nombor

berdasarkan arah anak panah.5. Murid menulis nombor 10 dan 11 dalam lembaran kerja yang disediakan.

(ST 8.0) Operasi Nombor

ST 8.1 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10

ST 8.1.2 Menyatakan hasil tambah dengan membilang terus dari suatu nombor hingga nilai 10 ( Counting all and counting on )

1. Murid mengumpul bilangan haiwan mengikut arahan guru.2. Buat operasi tambah dengan membilang terus haiwan tersebut.3. Aktiviti diteruskan dengan jumlah tambah direkodkan.

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI - ICT

(ST 13.0) Penggunaan ICT

ST 13.3 Menggunakan ICT untuk meningkatkan pembelajaran.

ST 13.3.1 Menggunakan CD atau VCD untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran.

1. Murid diminta memasang VCD dengan betul.

TUNJANG KETERAMPILAN – PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI (PSE)

(PSE 1.0) Mengenali Dan Mengurus Emosi Sendiri

PSE 1.1 Mengurus emosi sendiri

PSE 1.2.3 Meluahkan dan menyatakan perasaan sendiri kepada orang lain mengeani sesuatu perkara atau peristiwa yang telah berlaku melalui pelbagai cara seperti lisan, lukisan, tingkahlaku.

1. Murid diminta melakonkan cerita sang anjing, kucing dan si burung yang berkawan rapat sejak dulu. Murid diminta memberi komen serta meluahkan perasaan berdasarkan cerita tersebut.

(PSE 2.0) Mencapai Emosi Yang Positif

PSE 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi

PSE 2.3.8 Menunjukkan kebolehan sendiri melalui pelbagai kaedah komunikasi seperti melukis, menyanyi dan berlakon.

1. Guru memperdengarkan lagu Anak Ayam Dikejar Musang.Murid mengikut seni kata lagu yang guru bacakan.Seterusnya menyayi dan membuat gerakan kreatif.

(PSE 3.0) Membina kemahiran sosial

PSE 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam interaksi

PSE 3.2.6 Menghormati hak orang lain seperti : a) Meminta izin menggunakan atau meminjam barang orang lainb) Memulangkan barang selepas meminjamc) Menjaga keselamatan barang yang dipinjam

1. Guru bercerita kisah ‘Ayam dengan Helang (Jarum Emas)’. Guru bersoaljawab tentang ayam yang tidak memulangkan jarum emas kepada helang dan apa natijahnya.

TUNJANG KEMANUSIAN – (KM)

Page 7: RPT PIZEN HAIWAN JINAK.doc

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH NEGERI PAHANG 2014

(KM 6.0) Saya dan Alam Sekitar

KM 6.2 Memahami perhubungan antara manusia dan alam sekitar.

KM 6.3 Menjaga Alam Sekitar

KM 6.2.2 Bercerita dengan bimbingan guru tentang kepentingan air, udara, matahari kepada hidupan di dunia.

KM 6.3.1 Mewujudkan keceriaan dan keindahan alam dengan bimbingan (contoh: menanam bunga).

1. Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan kepentingan unsur-unsur asas bumi kepada hidupan khususnya kepada haiwan jinak ,peternak, haiwan belaan.

1. Menjalankan aktiviti projek contoh,membela anak puyuh.2. Mengemas, membersihkan atau menghias tempat tinggal haiwan belaan di dalam prasekolah

TUNJANG KEROHANIAN SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN MORAL

(PM 1.0) Kepercayaan kepada Tuhan

PM 1.1 Mengetahui dan menghormati kepercayaan dan pantang larang pelbagai kaum

PM 7.1 Menyayangi diri, keluarga dan orang di sekeliling

PM9.1 Berinteraksi dengan yakin di sekolah

PM 1.1.3 Menyatakan Tuhan adalah pencipta alam

PM 7.1.6 Menyata dan menunjukkan sifat kasih sayang kepada diri sendiri, keluarga dan orang di sekelilingnya secara lisan dan bukan lisan.

PM 9.1.4 Berani bercakap dengan yakin menggunakan ayat yang mudah.

1. Guru menunjukkan kad gambar kehidupan alam semesta seperti gambar tumbuhan, haiwan dan manusia.

2. Guru menerangkan kepada murid bahawa tumbuhan, haiwan dan manusia diciptakan oleh Tuhan.

3. Murid dipilih secara rawak dan diminta menceritakan contoh hidupan lain yang diciptakan oleh Tuhan dengan bantuan guru.

1. Guru menceritakan sebuah cerita melalui buku cerita yang menunjukkan sifat kasih sayang kepada semua makhluk Tuhan.

2. Kemudian, guru dan murid bersoal jawab mengenai cerita tersebut.

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang haiwan jinak.2. Murid di pilih secara rawak ke hadapan untuk bercerita tentang haiwan jinak

yang di pelihara oleh mereka dengan menggunakan ayat yang mudah ( dibantu oleh guru ).