rphbenda hidup dan benda bukan hidup

Download RPHbenda Hidup Dan Benda Bukan Hidup

If you can't read please download the document

Upload: madge-majnan

Post on 02-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

DUNIA SAINS & TEKNOLOGI TAHUN 1

Mata pelajaran : Dunia Sains dan TeknologiTahun : Tahun 1Tajuk : Benda Hidup Dan Benda Bukan HidupStandard Kandungan : 1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup.Standard Pembelajaran : 1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.Tempoh Masa : 1 jamSumber : 1. Kad gambar 2. Kad Imbasan- Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup 3. Lembaran kerjaPendekatan Pedagogi : Pembelajaran Masteri dan Pembelajaran Kontekstual

Aktiviti :

Langkah Pembelajaran dan Pengajaran

Aktiviti fokus murid / guruEMK / SPS / BBM / Nilai Moral

Set Induksi( 10 minit )1. Guru membawa murid berjalan di sekeliling kawasan sekolah dan memerhati setiap benda hidup dan benda bukan hidup.EMK : Elemen kreativiti dan Inovatif.SPS:Pemerhatian

BBM : Luar bilik darjah ( kajian Lapangan )

Nilai Moral : Cintai Alam Sekitar, minat dan sifat ingin tahu.

Langkah 1( 15 minit )1. Guru menyoal murid secara rawak berpandukan kepada pemerhatian di luar bilik darjah.

Soalan:i) Cuba kamu sebutkan / nyatakan benda-benda yang kamu Nampak di luar kelas tadi. Cth: burung, rama-rama, Bunga, penyapu, tong Sampah, kucing, dll.

2. Guru menyuruh murid mengenalpasti yang manakah benda hidup dan benda bukan hidup.EMK : Elemen kreativiti dan Inovatif.SPS: Meramal dan pengkelasan; Membuat inferens

BBM : Bahan konkrit

Nilai Moral : Bertanggungjawab, Berfikiran kreatival Dan analitis.

Langkah 2( 20 minit )

1. Guru memberi lembaran kerja dan murid menandakan gambar berdasarkanPERNYATAAN yang di beri dengan tepat.(Aktiviti berkumpulan)

2. Guru menerangkan contoh-contoh lain benda hidup.

3. Guru menerangkan contoh-contoh lain benda bukan hidup.

4. Guru memperkenalkan istilahBenda hidup dan Benda bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan.

5. Murid diminta menampal kad imbasan Benda hidup danBenda bukan hidup ke ruang pengelasan yang telah dibuat.EMK : Elemen kreativiti dan Inovatif.SPS:Pengkelasan

BBM : Lembaran kerja(LK1) Kad Imbasan Benda Hidup dan benda Bukan Hidup

Nilai Moral : Kerjasama

Langkah 3( 10 minit )

1. Menyiapkan Lembaran kerja.

Guru meminta murid mewarnakan benda hidup dan benda bukan hidup.

Contoh :

Benda hidup warna hijau Benda bukan hidup warna kuning

2. Guru meminta murid menandakan benda hidup di dalam Lembaran Kerja.EMK : Elemen kreativiti dan Inovatif.SPS: Pengkelasan

BBM : Lembaran kerjaLembaran kerja.docxNilai Moral : Bekerjasama, Keyakinan diri

Penutup( 5 minit )

Permainan : Soal jawab atau teka teki.EMK : Elemen kreativiti dan Inovatif.SPS:MeramalNilai Moral : Berfikiran kritival dan analitis, berkeyakinan diri

Refleksi PengajaranKelemahanPengajaran DST untuk Tahun 1 hanya akan bermula selepas minggu Transisi. Murid-murid yang menghadiri kelas Tahun 1 2011 bukan semuanya murid yang cerdas. Namun begitu, disebabkan tajuk yang diajar ada berkaitan dengan latar belakang murid, jadi senang sikit hendak mengendalikannya. Pengajaran saya dimulakan dengan bertanya khabar dan memperkenalkan benda-benda yang ada di sekeliling murid.Murid masih belum memahami tujuan pembelajaran DST pada hari itu. Jadi tugas saya adalah memperkenalkan DST sebelum saya memperpanjangkan lagi topik berkenaan. Saya bertanya kepada seorang murid, namanya Nangkin." Nangkin, apa ada di tangan cikgu?" Nangkin menjawab, " Enda nemu."(maksudnya tak tahu). Saya pun membuka tangan. Seekor rama-rama kecil terbang dari tangan saya. Apalagi, murid-murid pun berlari mengejar rama-rama tersebut. Set induksi saya dijalankan di luar kelas, jadi banyak masa saya hilang di situ. Kemudian apabila hendak balik semula ke dalam kelas, murid-murid masih sibuk bercerita tentang rama-tama tadi. Itulah antara kelemahan P & P saya kali ini.

Kekuatan

Setelah Set induksi selesai, saya cuba mengorak langkah ke langkah satu seterusnya yang mengambil masa selama sepulut minit. Saya bernasib baik sedikit, murid-murid boleh memahami Bahasa Melayu dengan agak baik. Apabila saya cuba memperkenalkan konsep benda hidup dan benda bukan hidup, mereka faham. Tambahan pula contoh yang digunakan adalah perkara-perkara asas seperti meja, kucing, tumbuhan, baju dan sebagainya. Tajuk pengenalan ini agak mudah. Murid seronok apabila ditunjukkan dengan gambar berwarna warni dan cikgu berlakon menggunakan bahan yang ada. Lembaran kerja yang saya berikan kepada murid juga agak mudah diselesaikan.

PenambahbaikanSecara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan P & P saya pada hari ini. Sedikit sebanyak tajuk ini memberi minat kepada murid untuk belajar Sains. Pada masa akan datang, mungkin lebih banyak lagi contoh dan bahan sumber perlu ditunjukkan kepada murid-murid .