rph kssr sains tahun 4

9
[RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN] KSSR SAINS TAHUN 4 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 9.0 SISTEM SURIA 9.1 Sistem Suria 9.1.1 Memerihalkan ahli dalam system suria iaitu matahari, planet, satelit semulajadi, asteroid, meteoroid, komet melalui pemerhatian menerusi pelbagai media. 9.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau tulisan. Mata Pelajaran : Sains Kelas : Tahun 4 Tema/Tajuk : Bumi dan Sains Angkasa/ Sistem Suria Masa : 60 Miniit/1 Jam Bilangan Murid : 20 Orang Standard Pembelajaran : 9.1.1 dan 9.1.4 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan Pembelajaran, murid dapat: Menyatakan ahli dalam sistem suria Memerihalkan ahli dalam system suria KPS : Memerhati dan berkomunikasi

Upload: mohd-muhaimin

Post on 02-Jan-2016

319 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

rancangan pengajaran harian kurikulum standard sekolah rendah bagi subjek sains tahun 4

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Kssr Sains Tahun 4

[ ] KSSR SAINS TAHUN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

9.0 SISTEM SURIA

9.1 Sistem Suria9.1.1 Memerihalkan ahli dalam system suria iaitu

matahari, planet, satelit semulajadi, asteroid, meteoroid, komet melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.

9.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau tulisan.

Mata Pelajaran : Sains

Kelas : Tahun 4

Tema/Tajuk : Bumi dan Sains Angkasa/ Sistem Suria

Masa : 60 Miniit/1 Jam

Bilangan Murid : 20 Orang

Standard Pembelajaran : 9.1.1 dan 9.1.4

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan Pembelajaran, murid dapat:

Menyatakan ahli dalam sistem suria

Memerihalkan ahli dalam system suria

KPS : Memerhati dan berkomunikasi

Bahan Bantu mengajar : Gambar-gambar ahli sistem suria dalam powerpoint,

sampul surat, soalan teka teki dan lembaran kerja.

Page 2: Rph Kssr Sains Tahun 4

[ ] KSSR SAINS TAHUN 4

Aktiviti P&P :

1. Guru menunjukkan satu gambar matahari dan menanyakan beberapa soalan

kepada murid.

i. Apakah benda ini? ( Matahari )

ii. Apakah kepentingan matahari kepada manusia?

2. Kemudian, guru mengaitkan dengan pembelajaran pada hari ini iaitu sistem

suria.

3. Guru menunjukkan gambar sistem suria dan menanyakan beberapa soalan

kepada murid

i. Melalui pemerhatian kamu, gambar ini berkenaan apa?

ii. Apakah yang terdapat dalam gambar ini?

iii. Pada pendapat kamu dimanakah kita berada sekarang ini?

4. Guru memperkenalkan ahli-ahli dalam system suria melalui powerpoint. semasa

penerangan, guru mengemukakan gambar-gambar matahari, planet, satelit

semulajadi, asteroid, meteoroid dan komet untuk menjelaskan ciri-cirinya.

Dengan ini murid dapat memahami ciri-ciri ahli system suria dengan lebih jelas.

5.

6. Guru membimbing murid membaca nama ahli system suria dengan sebutan

betul.

7. Aktiviti teka teki

Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan

Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi dua soalan teka teki

untuk setiap kumpulan.

Guru menerangkan aktiviti

i. Setiap kumpulan diminta mencari jawapan untuk setiap teka teki

dan menulis jawapan di ruangan pada papan tulis.

Page 3: Rph Kssr Sains Tahun 4

[ ] KSSR SAINS TAHUN 4

ii. Kumpulan yang paling cepat menyiapkan aktiviti ini dan memberi

jawapan dengan betul akan diberi hadiah.

Setiap kumpulan menulis jawapan mereka dan setelah siap, guru

membawa murid-murid berbincang tentang jawapan bersama-sama.

Guru memberikan hadiah kepada kumpulan yang menang dalam aktiviti

ini.

8. Lembaran Kerja

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid

Guru menerangkan cara menyiapkan lembaran kerja itu

Guru memantau dan memastikan murid-murid dapat menyiapkan

lembaran kerja itu.

Guru bertindak sebagai fasilitator, memberi tunjuk ajar kepada murid.

9. Kesimpulan

Guru merumuskan pengajaran pada hari ini

Murid-murid menyatakan nama-nama ahli dalam system suria.

Guru membuat rumusan dengan menggunakan cara menanya soalan;

i. Sila senaraikan ahli dalam sistem suria?

ii. Apakah palanet yang membolehkan manusia hidup? ( Bumi )

Guru memberitahu murid bahawa hanya bumi sesuai bagi manusia hidup,

Oleh itu kita perlu menjaga bumi.

Guru menggalakkan murid melayari internet untuk memahami lagi system

suria.

EMK : Teknologi maklumat dan Komunikasi

Penilaian pdp : Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 dan soalan Teka teki

Refleksi : 12 daripada 20 orang pelajar dapat menyatakan nama-nama ahli

dalam sistem suria. Pelajar yang belum menguasai diberi latihan

pengayaan.

Page 4: Rph Kssr Sains Tahun 4

[ ] KSSR SAINS TAHUN 4

LEMBARAN KERJA 1

Arahan : Sila isi tempat kosong berpandukan jawapan dibawah

1. Sistem suria terdiri daripada ______________ buah planet.

2. ______________ ialah sebuah planet dengan tiga gelang lebar

3. ______________ merupakan planet yang terbesar dalam sistem

suria.

4. Lingkaran asteroid terletak di antara orbit planet _____________ dan

___________________.

5. Komet adalah terdiri daripada __________________ dan

________________ yang membeku.

Musytari

Debu Gas-gas

lapan zuhal

marikh

Page 5: Rph Kssr Sains Tahun 4

[ ] KSSR SAINS TAHUN 4

Soalan Teka Teki

1. Aku bintang bercahaya di sistem suria ini. Siapakah Aku?

2. Keluarga aku ada lapan adik beradik.

Apakah keluargaku ini ?

3. Diriku tidak bercahaya tetapi bersinar pada waktu malam.

Siapakah Aku ?

4. Ke hulu ke hilir dan ke mana-mana sahaja. Aku sentiasa

mengikut planet? Apakah Aku?

5. Diriku bergas, mempunyai ekor dan bergerak mengelilingi

matahari siapakah aku?

6. Badanku keras seperti batuan dan logam, kampungku di

antara marikh dan musytari, siapakah aku?

Page 6: Rph Kssr Sains Tahun 4

[ ] KSSR SAINS TAHUN 4

7. Aku merupakan jalan yang dilalui oleh planet-planet. Apakah

aku?

8.

9.

10. Diriku adalah serpihan daripada asteroid, dengan diriku

ada sebesar debu sehingga bersaiz beberapa kilometer.

Apakah aku?

11. Nama panggilan ku adalah Tahi bintang, siapakah aku?

12.Aku pernah sampai ke bumi dari angkasa, siapakah aku?

JAWAPAN TEKA-TEKI

1. Matahari2. Planet3. Bulan4. Satelt semulajadi5. Komet6. Asteroid7. Orbit8. Meteoroid9. Meteor10. Meteorit