rph kssr bm contoh

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MEMBACA Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 2 Anggerik Masa : 8.15 hingga 9.15 pagi Bilangan murid : 28 orang Unit : 10. Yang Baik Jadikan Teladan Tajuk : Pak Senik Insaf Standard Kandungan : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Standard Pembelajaran : 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i) Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. ii) Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan berdasarkan teks cerita Pak Senik Insaf. Sistem bahasa : Kosa kata : luas, kering, miskin, bakhil, gelagat. Tatabahasa : Kata adjektif

Upload: nurfatinnabilah

Post on 13-Dec-2015

261 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Rph Kssr Bm Contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Kssr Bm Contoh

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KEMAHIRAN MEMBACA

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 2 Anggerik

Masa : 8.15 hingga 9.15 pagi

Bilangan murid : 28 orang

Unit : 10. Yang Baik Jadikan Teladan

Tajuk : Pak Senik Insaf

Standard Kandungan : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera

yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran : 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk

menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

i) Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan

sebutan dan intonasi yang betul.

ii) Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan berdasarkan

teks cerita Pak Senik Insaf.

Sistem bahasa :

Kosa kata : luas, kering, miskin, bakhil, gelagat.

Tatabahasa : Kata adjektif

Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca dan menulis.

Pengisian kurikulum:

Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup

Page 2: Rph Kssr Bm Contoh

Nilai : Murah hati, tolong menolong.

Kemahiran bernilai tambah (KBT): :

i) Belajar cara belajar

ii) Kecerdasan pelbagai

a. Interpersonal

b. kemahiran berfikir

c. verbal linguistik

Elemen Merentasi Kurikulum ; Kreatif dan Inovatif

Bahan bantu mengajar (BBM) : Teks cerita, kad ayat dan lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang

lain dan kata adjektif.

Langkah pengajaran dan pembelajaran :

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Tajuk cerita haiwan

dan cerita rakyat.

1. “Sang Kancil

Dengan Harimau.”

2. “Pak Pandir”

3. “Lebai Malang”

Set induksi (5 minit)

- Murid diminta menyatakan tajuk-

tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat

yang diketahui.

- Guru menyatakan bahawa setiap

cerita mempunyai pengajaran

tertentu.

BBB : Buku Cerita

Nilai : Keyakinan

KBT : Kemahiran

Berfikir

Teks cerita “Pak

Senik Insaf”

Penilaian Kemahiran

Membaca Mekanis

Langkah 1 (20 minit)

- Murid diedar teks cerita “Pak Senik

Insaf”

- Murid ditunjukkan cara membaca

cerita dengan kelancaran, sebutan

dan intonasi yang betul.

- Murid membaca teks cerita secara

BBB : Teks cerita

Nilai : Berani, tekun.

KBT : KBCB

Page 3: Rph Kssr Bm Contoh

bergilir-gilir.

- Guru mengambil markah untuk

tujuan penilaian membaca secara

mekanis.

1. Kata adjektif

2. Perkataan

berlawanan.

Langkah 2 (10 minit)

- Murid diterangkan tentang maksud

kata adjektif.

- Dalam kumpulan, murid diminta

mencari perkataan adjektif yang

terdapat dalam teks.

- Murid mencari perkataan antonim

dengan kata adjektif yang telah

dicari dalam teks dan diisi dalam

lembaran kerja.

- Wakil setiap kumpulan

membentangkan hasil perbincangan

di hadapan kelas.

BBB : teks cerita,

lembaran kerja.

Nilai : kerjasama,

berani.

KBT : KBCB, KB,

TKP

Keusahawanan:

Etika Kerja

Berkumpulan

1. Menyusun urutan

cerita.

2. Nilai yang

terdapat dalam

cerita.

Langkah 3 (10 minit)

- Murid diedar ayat yang tidak

tersusun tentang cerita “Pak Senik

Insaf”.

- Murid menyusun ayat tersebut

secara berpasangan dan membuat

kesimpulan tentang cerita tersebut.

- Beberapa orang murid tampil ke

hadapan kelas untuk menyusun

ayat-ayat yang betul mengikut

urutan cerita di papan tulis.

- Murid membuat kesimpulan cerita

dengan membacakan nilai yang

terdapat dalam cerita tersebut

BBB : lembaran

kerja, kad ayat.

Nilai : berani, tekun.

KBT : KBCB, TKP

Page 4: Rph Kssr Bm Contoh

dengan bantuan guru.

Pemulihan dan

Pengayaan

Langkah 4 (10 minit)

Pemulihan: Mengeja dan membaca

kata adjektif dan antonimnya.

Pengayaan: Mencipta serangkap

pantun berkaitan teks dan

membacakannya di hadapan kelas

BBB : Kertas Manila

Penutup Kognitif:

Soal jawab

1. Apakah perkara

penting yang

perlu dikuasai

dalam

pembacaan

mekanis?

1. Apakah kata

adjektif yang

terdapat dalam

cerita?

2. Apakah nilai yang

kamu peroleh

dalam cerita?

Penutup (5 minit)

- Murid menjawab setiap soalan yang

disampaikan oleh guru.

- Guru merumuskan pengajaran dan

pembelajaran.

BBB : Kertas sebak

Nilai : tekun.

KBT : TKP, KBCB.

Penilaian: Kemahiran Membaca Teks Prosa Moden Secara Mekanis

Aspek yang dinilai Skor Markah

1. Kelancaran /20

2. Sebutan /15

3. Intonasi /15

JUMLAH /50

Page 5: Rph Kssr Bm Contoh