rph gerak balas manusia

4
Mata Pelajaran Sains Kelas Tahun 4 Amanah Bilangan Murid 30 orang Tema/Tajuk Sains Hayat / Manusia Masa 8.05 – 9.05pagi (60 minit) Standard Pembelajaran 3.3.1, 3.3.2 dan 3.3.3 Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyatakan manusia bergerakbalas apabila salah satu organ deria menerima rangsangan. ii. Memberi contoh lain gerakbalas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan harian KPS Memerhati, membuat inferens, berkomunikasi Aktiviti P&P Aktiviti 1 1. Guru meniup wisel dengan kuat dan melihat reaksi murid (menutup telinga). 2. Guru menyoal murid mengapa murid bertindak sebegitu. 3. Murid menyatakan deria yang terlibat. Soalan guru: Mengapa murid menutup telinga? Jawapan murid: Kerana bunyi wisel terlalu kuat. Penerangan guru: Murid menutup telinga kerana bergerakbalas terhadap rangsangan iaitu bunyi yang kuat. Soalan guru: Apakah deria yang digunakan? KPS MEMERHATI TP 1 INFERENS TP 1 CONTENT DSKP TP 1

Upload: nim-ishak

Post on 02-Jan-2016

651 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kssr sains tahun 2

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Gerak Balas Manusia

Mata Pelajaran Sains

Kelas Tahun 4 Amanah

Bilangan Murid 30 orang

Tema/Tajuk Sains Hayat / Manusia

Masa 8.05 – 9.05pagi (60 minit)

Standard Pembelajaran 3.3.1, 3.3.2 dan 3.3.3

Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:i. Menyatakan manusia bergerakbalas apabila salah satu organ deria menerima rangsangan.ii. Memberi contoh lain gerakbalas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan harian

KPS Memerhati, membuat inferens, berkomunikasi

Aktiviti P&P Aktiviti 1

1. Guru meniup wisel dengan kuat dan melihat reaksi murid (menutup telinga).

2. Guru menyoal murid mengapa murid bertindak sebegitu.

3. Murid menyatakan deria yang terlibat.Soalan guru: Mengapa murid menutup telinga?Jawapan murid: Kerana bunyi wisel terlalu kuat.Penerangan guru: Murid menutup telinga kerana bergerakbalas terhadap rangsangan iaitu bunyi yang kuat.Soalan guru: Apakah deria yang digunakan?Soalan murid: Deria pendengaran

KPS

MEMERHATITP 1

INFERENS

TP 1

CONTENT DSKP

TP 1

Aktiviti 2

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2. Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan:

a) Stesen A – Menghidu bahan dalam kotak ( buah binjal yang rosak)b) Stesen B- Merasa air yang disediakan ( air perahan limau)

Page 2: Rph Gerak Balas Manusia

c) Stesen C – Menyentuh air yang disediakan dengan hujung jari ( air panas di dalam gelas)d) Stesen D – Melihat cahaya dalam kotak. (Lampu suluh)

3. Murid bergerak mengikut stesen.

4. Murid melengkapkan jadual pemerhatian yang disediakan. BERKOMUNIKASI

TP 2TP 3

Aktiviti 3

1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membentangkan pemerhatian mereka.

2. Berdasarkan lima organ deria yang telah dikenalpasti, murid diberikan masa selama 3 minit untuk berbincang dan mengenalpasti beberapa contoh gerakbalas manusia lain terhadap rangsangan dalam kehidupan seharian.2. Murid diterangkan oleh guru mengenai rangsangan dan deria secara lisan.i. Arahan guru: Dalam kehidupan seharian, kita akan bergerakbalas terhadap rangsangan. Berdasarkan 3 deria yang telah dikenalpasti, senaraikan beberapa contoh laingerakbalas manusia terhadap rangsangan.ii. Pembentangan murid: menarik tangan apabila tersentuh objek panas (seterika, cerek,air panas). Menarik tangan apabila tersentuh objek tajam( duri ros, duri dan durian).Mengecilkan mata apabila silau dengan cahaya. Menutup hidung jika terhidu bau busuk (sampah, stoking busuk, bangkai, longkang tercemar, tandas)

TP 2

Penutup Aktiviti 4

1. Murid membuat kesimpulan bahawa deria manusia mampu bergerakbalas terhadap rangsangan.

2. Guru menyatakan betapa kita perlu mensyukuri deria yang ada pada diri dan menjaganya dengan baik.

TP 4

Page 3: Rph Gerak Balas Manusia

Soalan guru:Apakah tujuan gerakbalas kita apabila mengesan rangsangan?Bagaimana cara kita hendak menjaga setiap organ deria yang dianugerahkan?

3. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

INFERENS TP 2

MENGELAS TP 3

TP 5

TP 6

EMK Komunikasi, Pendidikan Alam Sekitar, Kemahiran BerfikirBahan bantu Belajar

Kotak berlubang, bahan busuk,wisel, air limau, air suam, bikar, lampu suluh lembaran kerja

Penilaian P&P Pengukuhan

Rujuk lembaran kerja

Pemulihan Rujuk lembaran kerjaP engayaan Rujuk lembaran kerjaRefleksi 26 orang murid dapat menguasai standard pembelajaran yang diajar.

4 orang murid perlu bimbingan guru untuk menguasai standard pembelajaran yang diajar.