rph dan kajian tindakan

28
1 Lampiran 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013 MANUSIA KPF 3026 NAMA NO. MATRIK MALIA BTE HJ.LATIP D20121061619 PUSAT PEMBELAJARAN EL-S01(A122PJJ) NAMA TUTOR E LEARNING: Dr. Zahari Bin Hashim Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan TARIKH SERAH : 05.05.2013 PEMARKAHAN PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Upload: mohd-fairullizam-aab

Post on 12-May-2015

5.439 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH dan Kajian Tindakan

1

Lampiran 1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

SEMESTER 2 SESI 2012/2013 MANUSIA

KPF 3026

NAMA NO. MATRIK

MALIA BTE HJ.LATIP D20121061619

PUSAT PEMBELAJARAN EL-S01(A122PJJ)

NAMA TUTOR E – LEARNING:

Dr. Zahari Bin Hashim

Fakulti Pengurusan & Ekonomi,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

TARIKH SERAH : 05.05.2013

PEMARKAHAN

PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Page 2: RPH dan Kajian Tindakan

2

KANDUNGAN

Tajuk

Muka surat

Rancangan Pengajaran Harian

3 – 9

Refleksi

10 - 14

Kajian Tindakan

15 - 28

Page 3: RPH dan Kajian Tindakan

3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3

Tarikh : 23.4.2013

Masa : 3.25 – 4.25

Tahun : 3 Bestari

Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 3

Tema : TEMA 3 – KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

Tajuk : Aktiviti di Padang Sekolah

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan.

2. Murid mengambil imlak frasa dan ayat yang dibacakan oleh guru dalam buku tulis.

Standard kandungan :

2.2. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan

sebutan yang betul.

3.4. Menulis imlak dengan tepat.

Standard pelajaran :

2.2.1. Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran

dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

3.4.2. Menulis imlak frasa dan ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan dengan tanda

baca dan ejaan yang tepat.

Sistem bahasa : Imbuhan.

Penerapan ilmu : Kbt :- KB – Mengenal pasti

Kontekstual - Menghubungkaitkan

Nilai : Kesihatan

BBM : Power point, LCD, Lembaran kerja.

Page 4: RPH dan Kajian Tindakan

4

Masa /

Langkah

Isi Pelajaran Aktiviti P& P Catatan

Set

Induksi

(5 minit)

Power point, LCd

1.Guru menayangkan slaid

1 murid 1 sukan dan

gambar murid sedang

bersenam di padang.

2 . Murid bercerita

mengenai slaid dan

gambar yang ditanyangkan

oleh guru.

BBM

Power point dan LCD.

Kbt :- KB – Mengenal

pasti

Kontekstual -

Menghubungkaitkan

Nilai : Kesihatan

Langkah

1

(10

minit)

Power point. LCD

1. Guru mengaitkan set

induksi dengan tajuk pada

hari ini.

1. Murid diperlihatkan

gambar-gambar kegiatan

aktiviti di padang sekolah.

2. Murid bercerita

mengenai gambar yang

mereka lihat.

Kemahiran Lisan

Kbt: Menjana idea

Langkah

2

(10

minit)

Power point, LCD,

teks.

1.Murid membaca teks

yang ditayangkan.

2. Murid mengenal pasti

perkataan berimbuhan

awalan dan akhiran yang

terdapat dalam petikan.

Kemahiran menaakul

BBM : LCD dan power

point

Nilai: Kesihatan

Page 5: RPH dan Kajian Tindakan

5

Langkah

3

(15

minit)

Imbuhan

Ayat tunggal dan ayat

majmuk.

1 Guru menerangkan dan

memberikan contoh-contoh

imbuhan.

2.Murid menyebut

perkataan berimbuhan

dalam petikan seterusnya

menyatakan imbuhan dan

kata akarnya.

3.Murid melengkapkan

teks dengan perkataan

berimbuhan awalan dan

akhiran.

4. Murid membaca petikan

yang telah dilengkapkan.

5. Murid diminta membina

ayat dengan menggunakan

perkataan berimbuhan

kemudian membacanya.

BBM : LCD dan power

point

Kbt :- KB – Mengenal

pasti

Sistem bahasa:

Imbuhan

Kemahiran mendengar.

Menjana idea

( 5 minit) Frasa dan ayat

1. Murid mengambil imlak

frasa dan ayat yang

dibacakan oleh guru dalam

buku tulis.

2. Murid membaca frasa

dan ayat yang telah

diimlakkan.

Kemahiran mendengar

Penutup

(5 minit)

Rumusan isi

1.Guru merumuskan P&P

dengan sesi

soal jawab bersama murid

tentang aktiviti yang telah

dipelajari.

BBM: LCD dan power

point.

Nilai : Kesihatan

Page 6: RPH dan Kajian Tindakan

6

Page 7: RPH dan Kajian Tindakan

7

Page 8: RPH dan Kajian Tindakan

8

Page 9: RPH dan Kajian Tindakan

9

Page 10: RPH dan Kajian Tindakan

10

REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3

berjalan lancar seperti yang telah pun dirancang. Murid-murid menunjukkan minat yang

mendalam terhadap tajuk pembelajaran iaitu ‘Aktiviti di Padang Sekolah’. Setiap rangsangan

minda yang saya curahkan kepada murid dibalas dengan baik dan aktif. Murid sepanjang

rancangan pengajaran ini berlangsung dapat menguasai objektif pembelajaran dengan baik

dan cemerlang. Kawalan disiplin murid pada awalnya sedikit longgar di mana murid didapati

lambat masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana

masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selesai sahaja waktu rehat sekolah. Ini

menyebabkan sesi pembelajaran lewat 2 minit daripada yang sepatutnya seperti yang

dirancang. Keadaan ini diperbaiki dengan memberi nasihat tegas tetapi berhemah kepada

murid akan peri pentingnya menepati waktu. Kemudian, murid juga didapati masuk ke

dalam kelas dengan tidak beratur. Situasi ini diatasi dengan memberi arahan agar murid

beratur semasa masuk dan keluar dari kelas pada mula dan akhir sesi persekolahan. Berbicara

tentang keadaan kelas semasa pembelajaran berlangsung, murid didapati menyediakan

persekitaran kelas yang bersih dan kemas. Suasana pembelajaran yang kondusif ini sedikit

sebanyak membantu saya dan murid-murid untuk belajar dengan lebih selesa. Sedikit

gangguan apabila tidak semua kipas berfungsi lantas menyebabkan murid di bahagian

hadapan kelas kurang selesa. Kekurangan ini tidak dapat dielakkan memandangkan

masalah ini bersifat teknikal. Namun, keadaan ini menyebabkan murid beralih ke kawasan

yang lebih sejuk, menyebabkan taburan tempat duduk di dalam kelas tertumpu ke kawasan

yang lebih sejuk.

Set induksi saya mulakan dengan paparan multimedia PowerPoint berkenaan slaid murid

sedang bersenam di padang dan melaksanakan program kebangsaan iaitu ‘1M1S’. Saya

menjana idea murid dengan bersoal jawab tentang gambar yang dipaparkan. Murid didapati

memberi respons yang tepat (pengetahuan sedia ada) dan jawapan yang diberikan adalah

bernas dan ringkas. Kontak mata dilaksanakan dengan baik, media pandang dengar juga

didapati banyak membantu pemahaman murid. Murid dapat menyatakan bahawa amalan

kesihatan adalah penting dalam kehidupan. Rangsangan berbentuk ingin tahu ini

menunjukkan murid menguasai Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) topik ini iaitu

‘menghubungkaitkan’. Tahniah!

Page 11: RPH dan Kajian Tindakan

11

Aktiviti 1 adalah kesinambungan daripada set induksi yang berlangsung sebelumnya.

Masa yang diperuntukkan adalah 10 minit. Terkandung di dalam aktiviti ini adalah menjana

idea dan menaakul. Teknik pengajaran adalah berasaskan lisan. Dalam aktiviti ini, murid

disajikan dengan tayangan slaid PowerPoint berkenaan gambar-gambar aktiviti yang

diadakan di padang sekolah. Saya mengaplikasikan gerak geri semula jadi guru dan bentuk

penglibatan lisan murid untuk membincangkan gambar yang ditunjukkan. Didapati murid

boleh menerangkan aktiviti yang dipaparkan dengan baik. Murid dapat bercerita dengan

ringkas akan gambar yang dipaparkan terutama berkenaan program 1M1S.

Aktiviti 2 merupakan fokus utama pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menaakul.

Aktiviti ini sepatutnya mengambil masa 10 minit di mana murid membaca teks yang

dipaparkan pada pemancar skrin (perancangan asal). Semasa aktiviti ini dilaksanakan,

didapati murid membaca dengan pantas, kurang daripada 8 minit sahaja aktiviti ini selesai

dilaksanakan. Murid menunjukkan gaya bacaan baik berserta sebutan yang jelas dan intonasi

yang sesuai. Dengan itu, aktiviti ini singkat berbanding yang dirancang. Murid kemudiannya

mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam petikan yang

telah dibaca. Teknik menyoal ‘membantu dengan memberi petunjuk’ saya guna pakai.

Teknik ‘hentian’ juga saya guna pakai dengan menghentikan imbuhan awalan dengan

imbuhan akhiran.

Pada Aktiviti 3 pula, saya menjalankan tugas sebagai fasilitator (pemudah cara) yang baik.

Sesi pertama ini yang sepatutnya mengambil masa 10 minit namun hanya berlangsung selama

8 minit. Saya berjaya menerangkan imbuhan berserta contoh dengan menggunakan kaedah

menerang. Arah permulaan yang menarik dan mengajak perhatian murid turut saya gunakan

pada aktiviti 3 ini. Berbantukan paparan PowerPoint sebagai alat bantu mengajar, saya

mengarahkan murid untuk melengkapkan teks dengan perkataan yang berimbuhan awalan

dan akhiran secara berperingkat-peringkat, secara inklusif iaitu dari yang mudah kepada

yang lebih susah. Selepas itu murid juga telah berjaya membina ayat dengan menggunakan

perkataan berimbuhan kemudian membacanya untuk diperdengarkan kepada rakan lain.

Berdasarkan pemerhatian kasar, didapati murid menguasai kemahiran bernilai tambah yang

saya rancang iaitu Kemahiran Berfikir – mengenal pasti.

Turut dilakukan pada Aktiviti 3 adalah sesi kedua iaitu bahagian frasa dan ayat. Sesi

Page 12: RPH dan Kajian Tindakan

12

‘Frasa dan Ayat’ ini memakan masa selama 5 minit sahaja. Masa yang terhad ini saya

luangkan sepenuhnya bersama murid dengan mengguna pakai Kemahiran Ilustrasi iaitu

‘media pandang-dengar yang merangsang pembelajaran murid’. Murid menggunakan

paparan slaid PowerPoint untuk mempelajari hukum imbuhan. Dalam sesi kedua ini, saya

dapati mampu membaca petikan yang telah dilengkapkan (berserta imbuhan) dengan sebutan

yang jelas dan intonasi yang sesuai. Fokus pembelajaran murid pada sesi ini dapat

disimpulkan secara purata sebagai tertumpu pada lisan positif.

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung, didapati murid melibatkan diri

secara kolektif dan aktif. Murid berjaya mengambil imlak frasa dan ayat yang saya bacakan

ke dalam buku tulis. Sedikit arahan penegasan saya segarkan kepada murid memandangkan

kawalan kelas semakin longgar pada kala murid menulis ayat yang saya bacakan kepada

mereka. Murid yang lemah pula saya dampingi dan ajari dengan lisan positif, penuh

kelembutan dan kasih sayang. Alhamdulillah saya berjaya membimbing murid lemah untuk

mengikuti pembelajaran ini.

Pada sesi Penutup, saya menjalankan perbincangan rumusan bersama murid dengan

menggunakan teknik soal jawab. Saya menanyakan soalan berkaitan susunan topik yang

dipelajari hari ini kepada murid-murid. Secara keseluruhan, saya dapati murid mengikuti

setiap aktiviti yang saya anjurkan dengan baik. Teknik-teknik pengajaran yang pelbagai

menunjukkan kesan yang positif kepada mereka. Nampaknya murid memberi respons yang

baik dengan menyatakan isi-isi penting . Dapat saya simpulkan bahawa objektif pengajaran

dan pembelajaran saya pada hari ini tercapai dengan jayanya. Selesai sesi pengajaran dan

pembelajaran hari ini. Alhamdulillah!

Penilaian Kendiri

Kelebihan (Strengths)

Suara yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid memahami apa yang disampaikan.

Nada yang lembut tetapi tegas ketika mengajar dapat membantu murid fokus terhadap

pelajaran dan keprihatinan guru pada situasi sekelilingnya dapat memastikan murid-murid

tidak alpa dan bermain di dalam kelas. Guru juga dilihat sentiasa berinteraksi dengan

Page 13: RPH dan Kajian Tindakan

13

murid dan sentiasa mendapat maklum balas yang cepat daripada murid. Selain itu, murid-

murid kelihatan seronok dan melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti pembelajaran

berlangsung. Murid-murid di kelas ini dapat menerima penerangan dengan baik sekali dan

dapat memberi respons yang baik dan saya berpuas hati dengan kerjasama yang murid

berikan kepada saya.

Alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan amat jelas, mudah dilihat dan dibaca serta

tidak melupakan aspek penonjolan bagi mencapai maksud dan tujuan. Penyediaan slaid

PowerPoint yang saya siapkan lebih awal telah memberi kesan kepada penjimatan masa yang

kritikal dan memudahkan murid menggunakan kemahiran visual bagi niat memahami isi

pembelajaran yang dipaparkan. Jenis tulisan dan warna amat saya titik beratkan dalam setiap

slaid yang dibina agar bersifat lebih menarik dan efektif.

Duduk secara berkumpulan membolehkan murid membentuk sikap bekerjasama,

bertolak ansur dan boleh menerima pendapat orang lain. Melalui cara ini dapat dilihat

dengan jelas bahawa mereka mempunyai sikap bekerjasama, tolong menolong dan rela

menerima pendapat kawan-kawannya dalam menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa

yang singkat. Persaingan untuk menjadi yang pertama telah menguatkan lagi semangat

mereka.

Kelemahan (Weaknesses)

Antara kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran

ini adalah guru tidak menulis hari, tajuk dan tarikh. Justeru itu tidak hairanlah jika di

penghujung sesi pengajaran dan pembelajaran ada murid yang agak keliru apabila ditanya

tentang apa yang mereka pelajari pada hari tersebut. Tiada penglibatan secara individu dalam

bacaan dilakukan. Murid hanya diminta membaca secara beramai-ramai. Kadangkala guru

lupa menyebut nama murid ketika meminta murid menjawab soalan. Soal jawab antara guru

dengan murid secara individu juga dilihat kurang dilakukan. Murid dilihat suka menjawab

secara beramai-ramai.

Peluang (Opportunities)

Setiap kelemahan-kelemahan yang dikesan perlu diambil serius dan diatasi dengan

Page 14: RPH dan Kajian Tindakan

14

melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Saya

seharusnya ingat untuk menulis hari, tajuk dan tarikh di papan tulis sebagai langkah awal

untuk murid mengetahui apa yang bakal dipelajarinya nanti. Saya juga harus memberi

peluang kepada beberapa orang murid untuk membaca secara individu. Dengan cara ini saya

boleh mengesan kebolehan membaca seseorang murid dengan lebih tepat. Saya juga harus

lebih prihatin ketika sesi soal jawab yang berlaku antara guru dengan murid terutamanya

penyoalan secara individu. Saya seharusnya ingat nama semua murid.

Walaupun kaedah yang saya gunakan membolehkan objektif pengajaran saya tercapai,

saya bercadang untuk mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan

pembelajaran yang lebih menarik agar murid-murid dapat memahami sesuatu topik dengan

lebih jelas dan terperinci lagi. Diharapkan kaedah dan teknik yang pelbagai akan

menjadikan pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan

pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa rasa jemu dan bosan di samping

boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Page 15: RPH dan Kajian Tindakan

15

KAJIAN TINDAKAN MENGENAI PENGUNAAN KOMPUTER SEMASA PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SK PENGALAT BESAR

Oleh:

MALIA HJ LATIP

D20121061619

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication

Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di kalangan guru Sekolah

Rendah di SK Pengalat Besar. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu

kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Sains, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P

Sains dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam P&P

Matematik. Sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih yang menjalani latihan

mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu

temubual dan cerapan terhadap guru pelatih. Analisis data dilakukan dengan menggunakan

analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru kurang meggunakan ICT dalam P&P

Matematik. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang

tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah

dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru dan pihak sekolah bagi

memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Sains

1. Pengenalan

Teknologi yang berkembang dengan semakin pesat dan pantas telah mewujudkan

persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksible dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan

pembelajaran. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa

perubahan dan membina banyak Makmal Komputer di sekolah-sekolah. Harapan

Kementerian Pelajaran bila adanya Makmal Komputer ini ialah, guru dapat menggunakan

Komputer bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Makmal komputer ini akan

dibekalkan capaian internet yang meluas dan kemudahan yang lebih banyak berbanding

sebelum ini.

Page 16: RPH dan Kajian Tindakan

16

Di negara maju, penggunaan pengajaran berbantukan komputer telah diterima oleh

guru, pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan. Di Malaysia pula, penggunaan

pengajaran berkomputer ini telah digunakan secara meluas terutamanya di kalangan guru

Sains dan Matematik. Pengajaran berbantukan komputer ini dapat mengatasi masalah

miskonsepsi pelajar. Ia juga berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat pelajar

untuk mempelajari sains dan membantu mereka mempelajari Sains melalui pengalaman yang

menyeronokkan.

2. Latarbelakang Masalah

Bagi kebanyakan pelajar, Sains merupakan mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari

serta kurang diminati. Oleh yang demikian kaedah pembelajaran yang berkesan adalah perlu

bagi meningkatkan pengetahun dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap sesuatu

konsep dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.

Pengenalan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan menyebabkan kurikulum

pendidikan berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk

membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan

guru. Pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan

teknologi. Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar.

Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan dua subjek yang

sangat penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan. Pada

dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran

sastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada

guru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya.

Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah diutamakan untuk

merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer merupakan media penting yang

digunakan untuk membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini dalam memantapkan

ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar.

Page 17: RPH dan Kajian Tindakan

17

3. Pernyataan Masalah

Perubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan dengan

pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan. Maklumat bertukar dalam mod

digital dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan menggabungkan elemen

multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang

lebih menarik untuk pelajar dan guru. Menggabungkan multimedia dalam kelas telah menjadi

satu trend yang global serta mendapat sokongan kuat dari pihak kerajaan Malaysia. Seperti

kenyataan Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satu

persidangan e-pembelajaran pada Mei 2000 di Kuala Lumpur, “Teknologi telah dan akan

menjadi satu komponen penting pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan

negara kita. Pendekatan dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan penyampaian bahan

pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi. Guru sepatutnya dapat

mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran”. Dari kenyataan

tersebut, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar. Berdasarkan hal itu, kajian

dilakukan untuk mengenalpasti penggunaan komputer dalam P&P mata pelajaran sains di

kalangan guru sains di Sebuah Sekolah Rendah di Papar, Sabah.

4. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:

a) Mengenalpasti penggunaan komputer di kalangan guru semasa proses pengajaran

dilaksanakan.

b) Mengenalpasti halangan-halangan yang mungkin timbul terhadap penggunaan

komputer untuk pelaksanaan proses pengajaran.

5. Hipotesis Kajian

Secara khususnya, skop kajian adalah menjurus hipotesis seperti berikut:

a) Apakah perisian komputer yang digunakan oleh guru sains dalam melaksanakan

proses pengajaran?

b) Bagaimanakah guru sains mengatasi halangan penggunaan komputer yang mungkin

timbul semasa melaksanakan proses pengajaran?

Page 18: RPH dan Kajian Tindakan

18

6. Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada Guru Besar sekolah

rendah yang dikaji khususnya dan Pejabat Pelajaran Daerah Papar amnya untuk

mengenalpasti sejauh mana kemahiran komputer membantu guru sains semasa proses

pengajaran. Kajian ini juga mengemukakan cara bagaimana untuk mengatasi halangan-

halangan yang mungkin timbul semasa penggunaan komputer di kalangan guru di sekolah.

Ianya boleh dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalam

menggunakan komputer sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk

mengatasinya.

7. Kekangan Kajian

Kajian ini terbatas kepada 2 orang guru sains di salah sebuah sekolah rendah di Papar sahaja.

Kajian ini dikaji melalui 3 kali temubual dengan guru berkenaan. Temubual dilaksanakan

untuk mengetahui jenis perisian komputer yang digunakan semasa proses pengajaran sains

serta halangan yang dihadapi oleh guru berkenaan dalam menggunakan komputer semasa

proses pengajaran.

Guru sains yang terlibat dalam kajian juga hanyalah guru sains tahap 1 sahaja. Justeru

itu, kajian ini tidak boleh disamakan dengan kemahiran penggunaan komputer guru sains di

tahap lain atau di sekolah yang terletak di kawasan bandar.

8. Definisi Istilah

Istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini bolehlah ditakrifkan seperti berikut:

a) Penggunaan

Perihal (perbuatan, kegiatan) menggunakan sesuatu.

b) Pengajaran

Perkataan “pengajaran” itu asalnya daripada perkataan “ajar” yang bermaksud

menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Ia

juga bermaksud mendidik, memberi petunjuk dan melatih.

Page 19: RPH dan Kajian Tindakan

19

9. Metodologi Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kajian kes dan ianya adalah berbentuk jenis temubual yang

separuh berstruktur . Soalan yang dibangunkan adalah bertujuan untuk mendapat respons

yang terbuka daripada guru – guru yang ditemubual.

Dalam kajian yang dilakukan ini, pengkaji telah memilih populasi guru – guru Sains

di sekolah – sekolah rendah di daerah Papar dan sampel adalah terdiri daripada kalangan

guru-guru Sains di sebuah sekolah rendah di daerah Papar. Dalam pemilihan sampel kajian,

terdapat pelbagai pendapat mengenai jumlah persampelan yang sepatutnya digunakan oleh

para pengkaji. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelah bertujuan dan pensampelan

berkriteria. Disebabkan penyelidik perlu menjalankan temubual secara individu dan

terperinci, jadi hanya dua orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Responden yang

dipilih adalah guru-guru dari sebuah sekolah di daerah Papar yang mengajar Sains.

Instrumen kajian adalah soalan temubual. Pengkaji memilih kaedah temubual kerana

ianya sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan terperinci.

Temubual adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai

kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

Temubual adalah kaedah di mana responden dan pengkaji hadir bersama dalam proses

memperoleh maklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak pemikiran seseorang

responden. Sumber maklumat yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan mendalam,

terutamanya apabila membincangkan mengenai proses pemikiran responden itu. Soalan

temubual merupakan salah satu instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianya

digunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu pengkaji menyokong

hasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atas responden. Ianya juga digunakan untuk

memperoleh maklumat mengenai teknik atau cara pengajaran yang telah dipilih oleh

responden. Terdapat tiga jenis temubual, iaitu temubual berstruktur. Temubual tidak

berstruktur dan temubual separuh berstruktur. Namun dalam kajian ini pengkaji hanya

menggunakan temubual separuh berstruktur yang merupakan temubual yang melibatkan

soalan-soalan yang lebih terbuka dan memberi kebebasan kepada responden untuk

mengutarakan respon mereka. Jangkaan jawapan tidak disediakan dan segala kemungkinan

jawapan daripada responden diterima.

Page 20: RPH dan Kajian Tindakan

20

Pengkaji memilih kaedah ini kerana temubual bersifat fleksibel. (Azizi, 2007 ).

Penemubual berkesempatan memerhatikan responden dan situasi mereka memberikan

jawapan. Melalui kaedah ini juga penemubual dapat memperolehi informasi yang lebih

daripada responden apabila jawapan yang diperolehi tidak sempurna ataupun tidak relevan.

Ini akan memudahkan pengkaji untuk menjawab persoalan kajian iaitu mengenai kelebihan

dan kelemahan penggunaan komputer serta masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam

menggunakan komputer dalam pengajaran Sains.

Kajian rintis merupakan kaedah yang dilakukan untuk menilai kebolehpercayaan dan

kesahan soalan yang dibina. Ia bertujuan untuk memeriksa sejauh mana responden

memahami soalan yang dikemukakan. Ia juga untuk mengelak timbulnya masalah dari

segibahasa, struktur ayat dan maksud ayat tersebut.

Satu kajian rintis telah dijalankan terhadap 2 orang guru yang dipilih di salah sebuah

sekolah rendah kebangsaan di sekitar Daerah Papar, Sabah. Item-item yang dianggap tidak

sesuai digunakan dalam soalan temu bual akan diperbetulkan oleh penyelidik sebelum kajian

sebenar dijalankan.

Kajian ini akan dijalankan dengan berpandukan kepada kerangka kajian kualitatif

jenis kajian kes (Gerring, et al 2007). Teknik yang digunakan bagi mengumpulkan data-data

kajian merangkumi temu bual separuh berstruktur.

Penggunaan teknik temubual separuh berstruktur bagi proses pengumpulan data

dalam kajian ini adalah bertujuan untuk membolehkan sebarang perubahan terhadap bentuk

soalan, urutan soalan dan cara soalan diajukan kepada peserta kajian dilakukan setelah

mendapat maklum balas dan reaksi daripada peserta kajian (Merriam, 2009).

10. Analisis Data

Semua data daripada rakaman temubual ditranskripsikan untuk di analisis. Transkrip data

digunakan untuk mencirikan cara-cara responden menggunakan komputer. Seterusnya

pengkaji menganalisis satu persatu hasil rakaman temubual tersebut.

Page 21: RPH dan Kajian Tindakan

21

Menurut responden A contoh-contoh pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan

harian boleh ditunjukan dengan menggunakan komputer, LCD dan CD courseware. Jadi,

pelajar boleh mengaitkan perkara yang dipelajari dengan kehidupan harian. Dengan

menggunakan pengajaran berbantukan komputer, responden dapat melaksanakan proses

pengajaran Sains dengan lebih berkesan. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan perkara

yang dipelajari dan ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna. Responden

A juga mengatakan bahawa terdapat banyak kebaikan penggunan pembelajaran berbantukan

komputer ini.

Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran yang

bermakna. Melalui pembelajaran yang bermakna, pelajar akan lebih mudah memahami isi

pengajaran dan akan merasakan keseronokan mempelajari Sains. Tetapi terdapat juga

kekangan yang dinyatakan oleh Responden A iaitu masalah ketiadaan elektrik semasa proses

pengajaran dan pembelajan berlaku, yang mana masalah ini akan menyebabkan responden

mengajar secara tradisional atau konvensional semula.

Untuk memberi respon terhadap petikan di atas (Ittigson et al, 2004), mengatakan

komputer adalah peralatan yang ideal untuk digunakan sebagai alat yang memberikan

pengalaman yang berbeza. Pengalaman yang berbeza ini perlu untuk membina pelbagai jenis

pembelajaran Matematik yang bermakna. Penggunaan teknologi dalam kelas Sains

membantu pengajaran guru untuk memahamkan pelajar.

Responden B mengatakan bahawa kemahiran komputer perlu ada pada masa sekarang

kerana guru – guru perlu mengubah cara pembelajaran tradisional yang lebih kreatif.

Contohnya penggunaan cd perisian pelajar dan menggunakan perisian power point.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sangat membantu

terutamanya dalam tajuk pembentukan fotosintesis. Ini kerana penggunaan komputer akan

memudahkan untuk menunjukkan proses pergerakan sesuatu objek. Ini akan memudahkan

pemahaman pelajar untuk memahami sesuatu konsep. Penggunaan komputer mampu

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains.

Ini kerana menurut responden A dan B, penggunaan alat multimedia seperti CD Rom

dan Courseware mampu menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk

Page 22: RPH dan Kajian Tindakan

22

belajar. Dengan menggunakan alat multimedia pelajar-pelajar sangat-sangat memberi

perhatian kerana pelajar tertarik dengan apa yang dipaparkan.

Responden B menyatakan terdapat juga masalah yang wujud iaitu kekurangkan peralatan

multimedia seperti LCD. Responden turut berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) dapat membekalkan lebih banyak kemudahan kepada sekolah beliau.

ANALISIS DATA

Responden (R)

Soalan/Jawapan Temubual

TEMA

Soalan Apakah yang anda faham tentang komputer

dan multimedia?

Responden A Komputer dan multimedia adalah saling

berkait rapat komputer adalah alat atau

mesin untuk memainkan multimedia.

Contoh multimedia adalah seperti

penggunaan perisian Courseware yang

mana ianya merupakan contoh multimedia

yang baik kerana ia adalah penghasilan

bunyi dan animasi.

Responden B Komputer adalah alat yang menerima input

dan kemudiannya memprosesnya sebagai

output dengan menggunakan printer.

Multimedia pula adalah penggunaan

komputer untuk menyajikan dan

menggabungkan teks, suara, gambar,

animasi dan video dengan alat bantu

sehingga pengguna dapat bernavigasi,

berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi.

Page 23: RPH dan Kajian Tindakan

23

Analisis Kedua-dua responden faham maksud

komputer dan multimedia.

KEFAHAMAN

Soalan Apakah anda pernah menghadiri kursus

atau latihan kemahiran komputer sebelum

ini?

Responden A Ya. Saya pernah menghadiri kursus

komputer iaitu dalam 3 kali setahun dan kos

adalah tanggungan sendiri kerana saya

memang minat menggunakan komputer

sejak di bangku sekolah lagi

Responden B Tidak pernah. Selalunya kursus komputer

ini akan dihadiri oleh guru penyelaras ICT

sekolah dan selalunya guru-guru lain akan

berkursus berbayar. Saya memang minat

mengikuti kursus komputer ini tapi ada

sahaja halangan untuk saya menghadirinya.

Analisis Kedua-dua responden berminat dengan

menggunakan komputer dan telah

mengetahui kemahiran komputer .

MINAT

Soalan Berapa kali anda pernah menggunakan

komputer semasa proses pengajaran dan

pembelajaran sains?

Responden A Lebih dari lima kali seminggu . Subjek

Sains merupakan subjek major saya dan

saya memang akan menggunakan komputer

dan lcd semasa mengajar kecuali semasa

kelas yang ada satu masa sahaja.

Responden B Dalam seminggu ada lebih daripada 5 kali.

Ini kerana saya mengajar empat buah kelas

sains dan semuanya memerlukan

penerangan untuk menerangkan proses dan

Page 24: RPH dan Kajian Tindakan

24

tindak balas . Contoh proses pembentukan

hujan, para pelajar selalunya tidak dapat

membayangkan sekiranya tiada paparan

yang jelas ditunjukkan oleh guru.

Analisis Berdasarkan respon kedua – dua orang

responden didapati penggunaan komputer

adalah sangat kerap kerana menurut

responden mereka sukar mengajar jika tidak

menggunakan pengajaran berbantukan

komputer untuk menerangkan sesuatu

proses atau fenomena.

KEKERAPAN PENGGUNAAN

KOMPUTER

Soalan Apa pandangan anda dalam melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan komputer?

Responden A Saya sangat setuju kerana Penggunaan

komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dapat meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan hasil

pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat

membuat persiapan dan bersedia dengan

lebih awal dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara

ini guru dapat mencari maklumat-maklumat

berkenaan dengan pengajaran dengan lebih

baik seterusnya dapat menyampaikan

kepada pelajar secara berkesan

Responden B Saya amat bersetuju terutamanya subjek

Sains kerana subjek seperti ini kita tidak

boleh diajar secara chalk and talk sahaja.

Sekurang – kurangnya pelajar dapat

menerima input yang diberikan oleh guru

walaupun sedikit. Kebiasaannya pelajar

akan merasa cepat bosan dan akan membuat

hal sendiri jika pembelajaran itu tidak

menarik mereka. Dengan adanya

penggunaan pembelajaran berbantukan

komputer ini pembelajaran akan lebih

menarik dan berkesan di hati pelajar.

Page 25: RPH dan Kajian Tindakan

25

ANALISIS Kedua – dua orang responden sangat

bersetuju untuk menggunakan pembelajaran

berbantukan komputer semasa proses

pengajaran Sains dan mereka bersetuju

bahawa penggunaan komputer lebih

berkesan semasa pengajaran.

SETUJU TERHADAP

PENGAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER

Soalan Adakah anda merasakan pelaksanaan

pembelajaran menggunakan ICT dan

komputer ini berjaya dalam meningkatkan

kualiti pelajar?

Responden A Ya. Kita boleh lihat sendiri dan bandingkan

apabila saya mengajar secara tradisional

tiada seorang pun pelajar yang berani

bertanya tapi apabila saya menggunakan

alat bantu mengajar seperti ini mereka dapat

melaksanakan tugasan dengan baik dan

rajin bertanya guru.

Responden B Saya rasa sangat berjaya. Ini kerana pelajar

selalunya lebih tertarik untuk mendengar

pengajaran guru jika guru menggunakan

alat bantu mengajar seperti ini. Kita dapat

lihat mereka menunjukkan semangat belajar

yang tinggi kerana pelajar sekolah rendah

sangat sukar dikawal tetapi oleh kerana

guru menayangkan animasi-animasi yang

menarik dan hanya digunaka semasa subjek

Sains, maka mereka akan sentiasa tertunggu

– tunggu supaya mereka mendapat input

yang berguna.

Analisis Kedua – dua orang responden bersetuju

pembelajaran dengan berbantukan

komputer lebih berjaya berbanding

pembelajaran secara tradisional.

PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER

VS TRADISIONAL

Soalan Apakah contoh – contoh perisian yang anda

gunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran?

Responden A Perisian yang selalu saya gunakan ialah I-

teach , power point, dan CD coursware

Responden B Selalunya saya akan menayang Cd

Courseware dan menunjukkan video yang

menerangkan satu proses atau fenomena.

Page 26: RPH dan Kajian Tindakan

26

Analisis Kedua – dua orang responden

menggunakan perisian yang sama untuk

memerangkan satu proses atau fenomena

PERISIAN

Soalan Apakah masalah-masalah yang sering

timbul dalam melaksanakan pembelajaran

berbantukan komputer?

Responden A Selalunya masalah yang timbul adalah

apabila berlaku ketiadaa elektrik. Guru

terpaksa mengajar secaraa tradisional dan

tidak dapat memberi gambaran jelas

mengenai konsep yang diajar.

Responden B Masalah yang berlaku adalah kekurangan

LCD , guru terpaksa berebut-rebut dengan

guru lain kerana LCD yang berfungsi hanya

3 sahaja.

Analisis Masalah yang dihadapi semasa mengajar

menggunakan komputer adalah diluar

kawalan guru

KEKANGAN

Soalan Bagaimanakah anda mengatasi masalah

tersebut?

Responden A Kami meminta supa JPN menyediakan

generator setiap sekolah dan ini tidak akan

membimbangkan guru kerana elektrik ada

pada setiap masa

Responden B Diharap supaya KPM membekalkan LCD

yang baru kerana LCD yang lama

kebanyakkannya rosak

Analisis Kedua – dua orang responden berharap

masalah – masalah yang berlaku dapat

diatasi oleh KPM dan JPN.

HARAPAN

Page 27: RPH dan Kajian Tindakan

27

11. Kesimpulan

Penggunaan komputer dalam penyampaian bahan pembelajaran semasa proses

pengajaran lebih menarik minat para pelajar serta menyenangkan guru. Oleh itu sepatutnya

guru-guru telah bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran teknologi komputer untuk

melaksanakan pengajaran. Komputer dapat memudahkan proses pengajaran guru dan

membantu pembelajaran pelajar. Pengetahuan teknologi komputer adalah amat penting untuk

memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berjalan lancar. Melalui

penganalisaan dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawa

penggunaan IC Tdi kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains semasa

menjalani latihan mengajar di sekolah yang berkenaan bergantung kepada kemudahan yang

disediakan disekolah. Guru-guru didapati kurang menggemari kaedah pengajaran

menggunakan ICT atas beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan

masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk

memulakan P&P serta kekurangan bahan- bahan ICT menyebabkan guru-guru kurang

bermotivasi untuk menggunnakan ICT dalam pengajaran

.

Page 28: RPH dan Kajian Tindakan

28

Bilbiografi

Azizi Yahaya et. al (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd

Gerring, John. (2007). Case Study Research: Principles and Practices. Cambridge University

Press

Hannafin, R., & Foshay, W. R. (2008). Computer-based instruction's (CBI) rediscovered role

in K-12: An evaluation case study of one high school's use of CBI to improve pass

rates on high-stakes tests. Educational Technology Research & Development, 56(2),

147-160

Jensen, E. (2006) “The Social Context of Learning” In: The Praeger Handbook of Learning

and the Brain, Sheryl Feinstein, ed. pgs. 452-456. Praeger, Westport, CN.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP, 2003

Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation.

Jossey-Bass Higher & Adult Education Series

Patton, M.Q. (2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand Oaks, CA:

Sage.

Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe (2004). Challenges of Teaching with Technology

across the Curriculum .GI Publishing Hershey, PA, USA ©2003

Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di

Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia