rogol
TRANSCRIPT
1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Definisi
Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang
sebagai jenayah yang sangat serius. Definisi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang
serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi
dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual.
Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang
mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan
seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau
"dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan
seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual
dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali
sebagai "rogol statutori".
Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance
rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berdating atau
berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau seumpama flunitrazepam atau
GHB untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang dikenali
sebagai "dadah rogol dating". Di Amerika Syarikat, "Laporan Jenayah Seragam"
(Uniform Crime Reports) menggunakan istilah "rogol paksaan" hanya untuk meliputi
perogolan seorang wanita oleh seorang lelaki; walau bagaimanapun, badan kehakiman
masing-masing boleh mentakrifkan "rogol" mereka untuk merangkumi serangan seksual
2
ke atas, ataupun oleh, mana-mana satu jantina, berikut keperluan mereka. Undang-
undang mentakrifkan "rogol" dan isu berkait, seperti "usia kerelaan" (age of consent).
berbeza di antara badan kehakiman yang berlainan. Di bawah Akta Kesalahan Seksual
2003, yang berkuat kuasa pada April 2004, istilah "rogol" didefinisikan semula. Maksud
asal iaitu rogol sebagai perbuatan "bersetubuh melalui kemaluan wanita atau lubang
dubur tanpa persetujuan" diubah kepada "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam
kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain".
Banyak sumber yang menyatakan bahawa masalah kes rogol ini sering di lakukan
oleh golongan-golongan yang dikatakan mengalami masalah mental atau lebih di kenali
sebagai individu yang “sakit” walau bagaimanapun kajian yang di lakukan oleh
Jamaludin bin Mustafa dan rakan-rakannya (2004), Menurut hasil kajian hanya 1/3
daripada kes rogol dilakukan oleh mereka yang `sakit', sebenarnya 2/3 jenayah ini
dilakukan oleh golongan lelaki dalam jenayah yang terancang. Iaitu mangsa yang di rogol
kebanyakan di kenali oleh perogol.
2.0 Isu-isu semasa.
Isu rogol sering terdengar di televisyen mahupun di dada akhbar terdapat juga kes rogol
yang melibat kematian yang melibatkan kanak-kanak. Pada Oktober 2006, bekas pelatih
program latihan khidmat negara (PLKN) di Setiu, Terengganu telah dirogol oleh
jurulatihnya semasa berada di dalam latihan tersebut. Mangsa walau bagaimanapun,
mengambil langkah memberitahu hal tersebut kepada ibu bapa mangsa dan ibu bapa
mangsa kemudiannya membuat laporan polis.
3
Pada 18 Mei 1999 Audrey MelissaBathinathan, 17 tahun telah dijumpai
berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil
bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
Noor Suzaily Mukhtar,24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober
2000 Klang.Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya
dicampak di sebuahjalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air
di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan
separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol
sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di
bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah
pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali. Kes
berikutnya ialah Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari
sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001.
Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak
berumur dua tahun telah diculik,dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan
bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung
Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa,
selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak
dipercayai akibat dipukul dengan benda keras. Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah
4
dijumpai mati di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur
pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh.
Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak
kereta Bangsar Shopping Center . Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam
sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama,KualaLumpur. Pada 17 Januari 2004 seorang
kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda AbdulGhani telah dirogol, diliwat sebelum
dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad
KampungPekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada
dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.
Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh
pada 23 November 2004. Siti SyazwaniAhmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh
selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.
3.0 Faktor-faktor yang menyebabkan masalah Rogol.
Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh di lihat menjadi punca berlakunya masalah kes
rogol terutamanya di Malaysia. Antara faktor-faktornya adalah seperti berikut.
3.1 Pengaruh media massa
Media massa adalah satu saluran yang terpenting atau faktor yang utama dalam masalah
rogol. Ini kerana terdapat banyak kesan yang boleh kita lihat dari peranan media itu
sendiri. Sebagi contoh banyak cerita yang mengandungi unsur-unsur lucah daripada
5
siaran luar negara khususnya. Banyak aksi-aksi yang boleh meningkatkan nafsu
seseorang individu. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu terdedah kepada perkara-
perkara yang negatif dan devian. Seperti merogol dan sebagainya.
Kajian yang dilakukan oleh Willibald Zeck M dan rakan-rakan telah membuat
kajian ke atas beberapa orang remaja berumur 17 tahun ke bawah di Medical University
Clinic of Graz, Austria pada Oktober 2005 dan Disember 2005. kajian yang dilakukan
oleh Willibald Zeck M dan rakan-rakannya adalah melihat faktor-faktor yang mendorong
seseorang itu bertingkah laku devian seperti melakukan pencabulan terhadap kanak-
kanak, merogol dan sebagainya. Hasil kajian yang di peroleh, faktor media seperti media
cetak dan media elektronik mempunyai sumbangan yang agak besar dalam masalah
tingkah laku seksual ini. Oleh itu kajian ini juga membuktikan bahawa pengaruh media
massa adalah satu faktor yang besar dalam masalah seksual ini seperti masalah rogol.
3.2 Faktor persekitaran.
Faktor persekitaran dilihat dari segi keadaan sekeliling dalam persekitaran. Kajian
mendapati persekitaran memainkan peranan yang penting dalam sesuatu tingkah laku.
Persekitaran juga memberi ruang seseorang itu bertingkah laku yang negatif sebagai
contoh, tempat-tempat gelap, tempat yang sunyi dan sebagainya. Keadaan ini
memudahkan perogol mudah menjalankan aktiviti mereka. Selain itu, banyak juga kajian
mendapati kes rogol semakin meningkat adalah di sebabkan oleh gaya pemakaian
mangsa. Keadaan ini bermaksud, mangsa rogol selalunya sering memakai pakaian yang
seksi yang menonjolkan bentuk tubuh badan yang menggiurkan perogol. Akibatnya
6
perogol tersebut akan mudah terangsang dan akibatnya si pemangsa menjadi perhatian
perogol.
Selain itu dari segi faktor persekitaran melalui pengaruh rakan sebaya juga
mempengaruhi seseorang bertingkah laku yang delinkuen (rogol). Sutherland (1990)
menyatakan tingkah laku yang delinkuen wujud kerana dipelajari dari rakan sebaya.
Beliau telah mengemukakan teori jenayahnya dengan menyatakan kelakuan jenayah
adalah di pelajari melalui proses interaksi dengan rakan sebaya dan juga, pengaruh
sahabat karib sangat kuat bagi mempelajari tingkah laku jenayah.
3.3 Pengambilan Alkohol .
Pengambilan alkohol, adalah satu punca atau faktor yang menyebabkan seseorang itu
melakukan aktiviti seksual. Jika individu yang sering mengambil alkohol yang banyak
iaitu mengambil dalam dos yang banyak, menyebabkan seseorang itu mudah mabuk, dan
akhirnya mereka yang mabuk ini tidak akan sedar akan tingkah lakunya. Tendensi untuk
melakukan perkara yang negatif seperti rogol, aktiviti seksual adalah tinggi. Ini kerana
mereka yang mabuk (mengambil alkohol dengan kadar yang tinggi ) akan menyebabkan
mereka tidak sedar akan tingkah laku mereka.
3.4 keluarga yang tidak berfungsi.
Keluarga yang tidak berfungsi atau tidak mempunyai struktur yang baik dalam institusi
keluarga menjadi faktor seseorang individu (remaja) terlibat dalam aktiviti-aktiviti
delinkuen. Ini kerana walau pun sesebuah keluarga mempunyai ahli keluarga yang
7
sempurna, akan tetapi dari segi perjalanan atau fungsi-fungsi da;am sesebuah keluarga
tidak sempurna. Antara ciri-ciri keluarga yang tidak berfungsi seperti perjalanan keluarga
yang menyeleweng daripada hidup berkeluarga, gagal menjalankan tugas keibubapaan,
suasana keluarga yang tidak selesa dan gagal memberi kasih sayang dan sebagainya
(Mohd Amin H.A Shariff,2003).
Kegagalan keluarga berfungsi dengan baik menyebabkan anak akan sering rasa
terpinggir, mengalami masalah emosi dan keadaan ini juga menyebabkan anak
memberontak dengan cara memprotes seperti bertingkah laku delinkuen untuk
menunjukkan protes terhadap ibubapa. Kajian yang di lakukan oleh Rada, Laws dan
Keller (1989) menyatakan latar belakang perogol di dapati mendapat didikan awal yang
zalim daripada ibu bapa mereka (keluarga yang tidak berfungsi). Keadaan ini
menyebabkan mereka mudah terangsang dengan senario yang menggambarkan seks.
4.0 Statistik.
Statistik di Malaysia menunjukkan dari tahun 1984 hingga Februari 2007 terdapat 87 kes
rogol dan bunuh di laporkan, daripada jumlah tersebut hanya 23 kes atau 26.4 peratus
sahaja yang selesai dengan pesalah di jatuhi hukuman. Dari statistik jenayah keganasan
yang dikeluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan yang ketara
dalam kes-kes rogol yang dilaporkan semenjak tahun 2000. Sebanyak 1,210 kes rogol
dilaporkan pada tahun 2000, 1,354 kes lagi sepanjang tahun 2001 dan 1,418 kes dalam
tahun 2002. Hingga bulan Mac 2003, sudah sebanyak 237 kes rogol dilaporkan di negara
ini. Dari segi umur mangsa, sekitar 60 hingga 67 peratus dilaporkan melibatkan mangsa
8
berusia 16 tahun ke bawah. Kebanyakan perogol pula adalah orang yang dikenali oleh
mangsa iaitu 83.4 peratus pada tahun 1995 dan 84 peratus pada tahun 1998.
Kajian yang dilakukan oleh polis di raja Malaysia menunjukkan hasil statistik
Pada tahun 2004, jenayah rogol telah bertambah sebanyak 16.8% kepada 1,718 kes
daripada 1,471 kes pada tahun 2003 (statistik Polis D Raja Malaysia) berbanding
pertambahan penduduk yang hanya meningkat sebanyak 2.1%. Pada tahun 2005, kes
rogol telah meningkat kepada 1,895 kes, peningkatan sebanyak 10.3% berbanding 2004
dan pada tahun lalu pula, jenayah rogol terus meningkat kepada 2,238 kes, pertambahan
sebanyak 18.1%. Jika dibandingkan, pertambahan penduduk hanya meningkat sebanyak
1.9% sahaja. Bagi kes pencabulan kehormatan pula, PDRM telah merekodkan 1,399 kes
pada tahun 2003, meningkat 18.7% kepada 1,661 pada tahun 2004, meningkat lagi pada
tahun 2005 kepada 1,771 dan pada tahun lepas terus lagi meningkat kepada 2,023 kes
iaitu pertambahan sebanyak 14.2%.
5.0 Teori.
Masalah rogol, sering di kaitan dengan faktor individu, persekitaran dan sebagainya,
terdapat banyak ahli psikologi membina teori-teori untuk menerangkan dengan lebih
terperinci akan sebab dan punca seseorang itu bertingkah laku sedemikian. Bagi
permasalahan kes rogol ini, terdapat teori-teori yang boleh diketengahkan untuk
membuktikan perkaitan seseorang itu bertingkah laku sedemikian. Antara teori-teorinya
adalah seperti berikut.
9
5.1 Teori pikoanalitik.
Seseorang yang bertindak melakukan aktiviti rogol boleh dikaitkan dengan beberapa
teori. Antara teori yang boleh diketengahkan ialah teori psikoanalisis yang diperkenalkan
oleh Sigmund Feud. Di mana Freud menekankan struktur keperibadian. Antaranya ialah
id, ego dan super ego. Dari segi id ia berkait rapat dengan aspek biologi dan merupakan
sistem yang original di dalam keperibadian. Proses Id berlaku dalam keadaan tidak sedar.
Matlamatnya bersifat prinsip keseronokan mempunyai konsep bahawa manusia sentiasa
berusaha untuk memaksimumkan keseronokan dan meminimumkan kesakitan. Ia adalah
subjektif manusia. Ia adalah yang dibawa sejak lahir lagi. Oleh itu jika individu yang
mempunyai Id yang tinggi, keadaan ini akan menyebabkan seseorang tu hanya ingin
keseronokan seperti melakukan aktiviti rogol dan sebagainya.
Tenaga yang ada di dalam id ini akan meningkat oleh kerana dirangsang melalui
faktor dalaman mahupun luaran. Apabila tenaga ini meningkat maka ia akan
menimbulkan tegangan dan menimbulkan pengalaman yang tidak baik. Jadi apa yang
boleh dikatakan di sini ialah ia id ini digunakan untuk menghilangkan ketidakpuasan dan
mengejar keenakan. Ego pula berkait rapat dengan aspek psikologis daripada
keperibadian dan ia timbul kerana individu mempunyai hubungan baik dengan
persekitaran.. Ia juga dipandang sebagai aspek eksekutif keperibadian kerana ia
mengawal jalan-jalan yang ditempuhnya. Manakala super ego pula berkait rapat dengan
sosiologi keperibadian dan ia mewakili nilai-nilai tradisional serta cita masyarakat. Ia
lebih ke arah kesenangan, menentukan apa yang benar dan salah dan bertindak dengan
moral masyarakat. Apabila Id pada seseorang itu melebihi kekuatan ego dan super ego
10
akan menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada perkara-perkara yang negatif atau
lebih kepada perkara yang memberikan keseronokan sahaja. Sebagai contohnya adalah
kes rogol, individu yang mempunyai kecenderungan seks yang tinggi akan menyebabkan
mereka mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti rogol agar kepuasannya tercapai
tanpa memikirkan kesan pada mangsa.
5.2 Teori biologikal.
Pendekatan ini, mengandaikan bahawa tingkah laku seseorang itu adalah berasaskan ciri-
ciri biologinya (genes, keturunan darah, dan sebagainya). Keadaan ini bermaksud teori
biologi menerangkan berlaku perubahan hormon yang tidak stabil menyebabkan
seseorang untuk bertingkah laku yang lain daripada orang lain.. Teori ini mempunyai
pandangan bahawa terdapat sesuatu kelainan dan kelemahan dalam pembentukan
fizikalnya yang menyebabkan tingkah lakunya luar biasa atau ke arah devian.
Teori ini, dikaitkan dengan seseorang pakar sakit jiwa iaitu Cesare Lombroso
(1835-1909), beliau menyatakan penentu utama kepada gejala jenayah adalah faktor
biologi iaitu ciri-ciri fizikal seseorang penjenayah di lahirkan untuk menjadi penjenayah.
Daripada pendekatan ini perubahan atau berdasarkan unsur biologi manusia itu,
perlakuan manusia adalah kaitan dengan faktor kromosom. Seseorang lelaki yang
mempunyai kromosom Y (XYY) yang menyebabkan seseorang itu mempunyai tendensi
yang tinggi ke arah tingkah laku jenayah. Sebagai contoh menjadi pelaku kepada aktiviti
rogol. Banyak kajian yang membuktikan bahawa tingkah laku jenayah seperti pelaku
rogol adalah disebabkan masalah biologi iaitu mereka ini tidak memikirkan kesan tingkah
11
laku mereka terhadap orang lain, mereka mempunyai satu sifat keberanian yang
terlampau yang bermaksud mereka sangat berani dan tidak ada sedikit pun perasaan takut
dalam diri mereka. Terdapat kajian yang dilakukan oleh Rada. Laws dan Keller (1989)
mendapati perogol itu mempunyai tahap plasma testosteron yang tinggi.
5.3 Teori pembelajaran sosial.
Teori pembelajaran sosial menekankan aspek pembelajaran (process learning).
Pembelajaran sosial sering di kaitkan seseorang itu bertingkah laku di sebabkan oleh
pembelajaran atau persekitaran yang dilihat dan akhirnya di aplikasikan dalam bentuk
praktikal dan sebagainya. Teori pembelajaran ini boleh kita lihat daripada pengaruh
persekitaran rakan sebaya mahupun faktor-faktor dalam keluarga itu sendiri yang
menyebabkan seseorang itu melihat sebagai “role model“ dan akhirnya menjadi satu
bentuk tingkah laku yang tekal (akibat daripada peniruan) dan di aplikasikan pada sosial.
Individu yang di katakan devian (pelaku rogol) ini adalah disebabkan oleh kesan
persekitaran atau media massa. Sebagai contoh banyak VCD porno atau lucah di jual di
merata tempat. Keadaan ini menyebabkan individu tersebut menjadi ketagih untuk
meniru aksi tersebut. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk mempraktikkan pada
orang lain. Kita juga boleh lihat kesan ini akibat daripada kesan “ Turning On” yang
menyebabkan seseorang itu terpengaruh dan akhirnya melakukan perkara-perkara yang
negatif.
12
6.0 Kesan.
Terdapat kesan-kesan yang boleh dilihat akibat daripada kesan rogol. Kesan dilihat dari
segi psikologikal mahupun dari segi fizikal. Rogol yang tidak berperikemanusiaan boleh
mengakibatkan kematian. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang
serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan paling
biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Pada masa dahulu, mangsa rogol dan
mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya, didapati terhidap Sindrom
Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)) yang dianggap sebagai sejenis
penyakit psikologi pada zaman dahulu. Sekarang, RTS dianggap sebagai sejenis balasan
psikologi dan fisiologi yang biasa dialami oleh seorang mangsa rogol, dan bukan sejenis
penyakit psikologi lagi. Ia melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan, kemarahan,
ketidakselesaan pada perut, dan depresi (Mohd.Amin H.A Shariff,2003).
Antara kesan lain yang boleh dilihat akibat daripada rogol adalah dari segi emosi
mangsa. Selalunya mangsa akan sentiasa murung, mengalami depresi dan sentiasa
memencilkan diri daripada keluarga mahupun masyarakat. Mangsa akan sentiasa
memikirkan diri mereka tidak berguna, dan keadaan ini menyebabkan penghargaan diri
mereka rendah. Mengikut hasil laporan yang di keluarkan oleh polis di raja Malaysia,
kebanyakan mangsa yang di rogol, tidak membuat laporan polis dan sebagainya. Mereka
(mangsa rogol) biasanya akan hanya duduk di bilik, dan menyelesaikan masalah itu
seorang diri, mengikut kajian yang di lakukan oleh Jamaludin bin Mustafa dan rakan-
rakannya (2004), yang membuat kajian terhadap mangsa rogol di beberapa pusat
13
kebajikan di Malaysia menunjukkan, mangsa kerap tidak memberitahu, atau melaporkan
kepada pihak berkuasa adalah disebabkan oleh perasaan malu dan sebagainya. Mereka
merasakan diri mereka tidak berguna, dan takut jika masyarakat tahu dan keadaan ini
boleh mengaibkan mangsa, keluarga dan lebih teruk dipandang hina oleh masyarakat dan
keadaan ini kan menyebabkan masyarakat melakukan penolakan terhadap mangsa.
Kajian oleh Briere (1992) membuktikan kaitan rapat yang wujud antara mangsa
rogol dengan kemurungan. Simptom-simptom kemurungan yang boleh dikenal pasti
pada mangsa rogol termasuklah, sentiasa berasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal
untuk memberi tumpuan dan tidur secara berlebihan (Kilpatrick et al. 2003). Bagi mangsa
yang telah sedar bahawa dia telah “dicemari” dan sudah kehilangan dara atau kesucian
sebagai seorang wanita, mereka lebih cenderung untuk menjauhkan diri daripada
masyarakat sekeliling, tiada hasrat untuk berkahwin jika belum berkahwin dan juga
kemungkinan besar menceraikan pasangannya jika sudah berumah tangga (Gowaty &
Buschhaus 1997). Kejadian rogol telah meninggalkan impak yang amat mendalam
sehinggakan mampu mengubah tingkah laku mangsa. Menangis secara berlebihan,
kesukaran untuk memberi tumpuan, sentiasa gelisah dan cuba untuk menjauhkan diri
daripada orang ramai merupakan antara kesan yang di manafestasikan oleh mangsa rogol
(Miller et al. 1998).
14
7.0 Program Intervensi.
Program intervensi adalah satu kaedah di mana satu pendekatan atau program yang
membantu individu (yang bermasalah) dalam mengurangkan tingkah laku atau membaiki
tingkah laku mereka. Program intervensi biasanya di lakukan selepas seseorang individu
itu melakukan kesalahan. Dalam kes ini, intervensi yang dilakukan adalah melihat akan
kesan rogol terhadap mangsa rogol. Seperti yang kita tahu, banyak kesan rogol yang
boleh kita lihat pada diri mangsa, sebagai contohnya adalah mengalami depresi, kurang
yakin pada diri, menghadapi Post-traumatik stress disorder (PTSD), dan yang paling
membahayakan adalah kecenderungan untuk membunuh diri. Maka program-program
intervensi seperti berikut membantu mangsa untuk meningkatkan keyakinan diri dan
mengelakkan mangsa melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri mereka
sendiri. Antara program-program intervensi yang di kenal pasti dapat membantu mangsa
rogol adalah seperti berikut.
7.1 Terapi kongnitif Beck.
Terapi ini di hasilkan oleh Aaron Beck. Beliau telah membentuk satu terapi kognitif
untuk merawat masalah psikologi, khususnya berkaitan dengan masalah kemurungan.
Jika kita lihat selalunya mangsa rogol ini akan menghadapi kemurungan, trauma dan
sebagainya. Terapi ini mengatakan kemurungan terhasil apabila manusia berfikir secara
tidak logik mengenai diri mereka, mengenai dunia yang mereka didiami dan mengenai
masalah hadapan mereka. Terapi ini adalah fokus untuk membantu mangsa rogol ini
menyedari dan membuang kognisi menyerah kalah, rasa tidak yakin pada diri serta cuba
menghilangkan rasa trauma yang ada pada diri mangsa.
15
Mengikut terapi ini, kemurungan akibat mangsa rogol adalah hasil jangkaan yang
tidak realistik, pandangan umum yang negatif terhadap diri sendiri, melihat tidak balas
yang negatif semata-mata daripada masyarakat sekitar dan melihat kehidupan diri ini
tidak lagi boleh di teruskan dan akhirnya ada keinginan untuk membunuh diri. Terapi ini
akan cuba mengembalikan semula pemikiran yang realistik dan rasional untuk
memulihkan tingkah laku klien. Pada peringkat awal terapi, ahli terapi membantu mereka
untuk mengenal pasti pemikiran automatik mereka dan menyimpan rekod tentang
kandungan pemikiran dan reaksi emosi mereka. Dengan bantuan terapi, individu di ajar
mengenai kesilapan logik dalam pemikiran mereka dan belajar untuk mencabar ketepatan
kepercayaan automatik tersebut.
Terapi ini juga lebih kepada dialog yang bersifat terbuka dia antara ahli terapi
dengan klien. Matlamat dialog ini adalah untuk membawa individu mencerminkan isi-isu
peribadi mereka dan menemui konsepsi kendiri mereka dan menggalakkan mereka untuk
mengeksperimenkan, yang akhirnya dapat mengutarakan kepercayaan-kepercayaan yang
tidak tepat itu.
7.2 Program kaunseling keluarga.
Kaunseling keluarga atau terapi keluarga adalah melibatkan kelompok bersama-sama ahli
keluarga. Program kaunseling keluarga ini adalah satu kaunseling yang cuba memberi
pendedahan kepada keluarga serta cuba memberi maklumat-maklumat penting dalam
institusi keluarga tersebut. Kebanyakan mangsa-mangsa rogol ini sering memencilkan
16
diri di rumah, menghadapi depresi serta mengalami emosi yang tidak stabil. Banyak kes,
di mana mangsa rogol ini, tidak mahu keluar rumah dan tidak mahu berjumpa dengan
pakar-pakar kaunselor dan sebagainya. Di sini kita lihat peranan keluarga itu memberi
sokongan kepada anak mereka.
Program kaunseling keluarga ini, adalah bertujuan untuk menyedarkan ahli
keluarga lebih-lebih lagi penjaga mangsa tersebut. Kaunselor akan memberi pendedahan,
memberi maklumat kepada keluarga bagaimana menangani masalah anak mereka.
Banyak kajian yang membuktikan mangsa rogol yang kurang mendapat sokongan
daripada keluarga, lebih-lebih lagi apabila keluarga tersebut tidak mempunyai ilmu atau
pendedahan anak-anak yang bermasalah, menyebabkan anak mereka melakukan perkara
yang lebih teruk seperti membunuh diri dan sebaginya. Oleh itu program ini sedikit
sebanyak dapat membantu ahli keluarga mereka memahami apa yang patut mereka
lakukan antaranya seperti memberi sokongan moral, memberi semangat spritual dan
sebagainya.
7.3 Peer support network.
Program “peer support network” adalah satu program yang unik, ini kerana program ini
membabitkan rakan sebaya. Banyak kajian telah membuktikan rakan sebaya mempunyai
kekuatan yang tersendiri dalam mempengaruhi seseorang itu bertingkah laku berbanding
ibu bapa, persekitaran dan sebaginya. Oleh dengan itu pengaruh rakan sebaya diambil
tetapi di tukar dalam bentuk yang lebih positif. Peer support network di hasilkan dengan
membentuk kumpulan dengan persetujuan bersama. Keadaan ini bermaksud ahli-ahli
17
dalam kumpulan adalah terdiri daripada individu-individu (senior) yang mengalami
masalah seperti subjek yang baru (junior). Walau bagaimanapun, rakan sebaya (senior)
yang dipilih ini adalah individu yang berjaya dan mempunyai sifat resilient yang tinggi,
dan telah menjadi contoh terbaik dalam institusi tersebut. Oleh yang demikian fungsi
rakan sebaya tersebut adalah membantu pesakit baru (mangsa rogol) dengan cuba
memberi sokongan moral, bimbingan kepada individu yang lemah. Selain itu fungsi lain
adalah mewujudkan hubungan komunikasi dan meningkat interaksi antara kumpulan
rakan sebaya dengan individu tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung akan
menyebabkan individu (mangsa rogol) tadi akan rasa selesa kerana dia akan merasakan
dirinya di hargai dan memudahkan individu itu berkongsi masalah dengan kumpulan
rakan sebaya tadi
Individu yang dirogol biasanya sering merasakan dirinya adalah insan yang
malang dan merasakan dirinya tidak berguna. Fungsi Peer support network ini adalah
Cuma menjelaskan pada individu tersebut bahawa individu tersebut sama sahaja seperti
orang lain. Ini kerana peer group yang di pilih adalah bekas mangsa rogol juga, tetapi
telah berjaya puluh. Keadaan ini akan menyebabkan individu (junior) akan mengubah
pemikirannya bahawa dia tidak keseorangan dan merasakan dirinya disayangi dan
sebaginya. Program-program sedemikian banyak di lakukan di pusat-pusat kebajikan
yang penghuninya terdiri daripada mangsa-mangsa rogol, lari pada rumah dan sebaginya.
Program ini dilihat satu program yang cuba meningkatkan pencapaian kendiri
seseorang, mewujudkan sifat resilient dalam diri. Banyak kejayaan dalam program ini, di
18
Malaysia program seumpama ini sering dilakukan di pusat-pusat kebajikan yang
menempatkan kesalahan-kesalahan delinkuen.
7.4 Program latihan vokasional (dalam institusi kebajikan)
Program-program berbentuk latihan vokasional. Program sedemikian adalah satu
program yang bertujuan untuk membantu pelatih seperti mangsa rogol, penderaan seksual
dan sebagainya agar mempunyai kemahiran sekali gus dapat meningkatkan pencapaian
kendiri serta dapat membentuk keyakinan dalam diri. Program seumpama ini sering
dilakukan di pusat-pusat kebajikan, pusat penetapan remaja yang melakukan kesalahan
juvenil.
Mereka yang berada di pusat ini di ajar khusus-khusus yang lebih kepada
kemahiran atau praktikal antaranya seperti belajar menjahit, kursus Culinary Skill (Sijil
MLVK), kelas jahitan, belajar kursus asas komputer, memasak dan sebagainya. Rasional
nya program ini, adalah untuk melatih mereka lebih yakin, dan sekali gus dapat
menghilangkan perasaan rendah diri, rasa tidak berguna dan sebagainya. Tujuan lain
program ini adalah untuk memberi kekuatan dari segi dalaman pelatih, ini kerana apabila
mereka sudah keluar dan bergaul dengan masyarakat mereka tidak akan merasa
terpinggir, tidak akan rasa diri tidak berguna dan sebagainya. Dan sekali gus dapat
menghilangkan perasaan trauma dalam diri mereka. Program seumpama ini pening lebih-
lebih lagi pada mangsa rogol, ini kerana dengan adanya program seumpama ini, mereka
akan merasa diri di hargai, rasa dipunyai, dan rasa di hormati. Di Malaysia program
19
seumpama ini sering di lakukan, program seumpama ini juga dilihat berkesan dalam
memulihkan jiwa serta masalah dalam mangsa.
Kesimpulan.
Masalah rogol adalah satu masalah yang amat berat yang perlu di berikan perhatian. Di
Malaysia sahaja statistik menunjukkan bilangan kes rogol bertambah dari tahun demi
tahun. kebanyakan kes rogol ini sering melibatkan kematian dan yang lebih memilukan
adalah melibatkan pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Jika kita lihat akan kesan rogol
terhadap mangsa seperti mengalami trauma, Post-Traumatik Stress Disorder (PTSD),
depresi, hilang keyakinan diri dan sebagainya. Oleh itu program-program intervensi di
wujudkan untuk membantu klien atau mangsa kembali ke tahap yang normal. Intervensi
yang di lakukan ini adalah untuk memberi keyakinan dalam diri mereka, dan membantu
menghilangkan trauma dan rasa kesalan terhadap diri mereka. Selain itu intervensi yang
telah di bincangkan di atas, adalah untuk mengelakkan klien atau mangsa rogol ini pergi
ke tahap yang lebih berbahaya seperti berfikiran dan bertingkah laku untuk membunuh
diri. Oleh peranan ibu bapa dan juga peranan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu
memberi perhatian akan kes rogol ini, agar masalah ini tidak akan sampai ke tahap yang
lebih berbahaya. Selain itu peranan kerajaan dalam menangani masalah ini perlu di ambil
perhatian. Ini kerana pihak kerajaan perlu peka dan prihatin akan keselamatan negara
bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
20
RUJUKAN.
Ab.Alim Abdul Rahim. 1994. Penghantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hazli Ezzat Ghazali, Ponnusamy S, Normah Che Din & Nik Farideh Yusof. 2006,
Kesejahteraan Psikologi, Kemurungan dan Sokongan Sosial di Kalangan Mangsa
Rogol:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia,4 (1),99-106.
McWhirter.J.J, McWhirter B.T, McWhirter E.H & McWhirter R.J,2004. At Risk Youth A
Comprehensive Response. Third edition.USA: Thomson.
Mohd.Amin H.A Shariff,2003.Perkembangan Remaja Pandangan, Pemahaman dan
Interpretasi. Cetakan ke Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Resnick. H, Acieno, R. Waldrop. A. E, King. L. et al. 2007. Randomized Controled
Evaluation Of An Early Intervention to Prevent Post - Rape Psychopathology.
Elsevier: USA. vol 2432-2447
Resnick. H, Acieno. R, Holmes. M, Kilpatrick D.g& Jager. N. 1999. Prevention of Post –
Rape Psychopathology: Preliminary Finding Of A Controlled Acute Rape Treatment
Study. Journal of Anxiety Misorder. No 4. vol 359-370.
21
http://www.fskb.ukm.my/jurnal/Jilid%204(1)2006/Shazli%20Ezzat.pdf. Di cetak pada 7
Oktober 2008