rmk-7,8,9

36
Rancangan Malaysia Ketujuh RMK-7 1996-2000

Upload: tikkerburn

Post on 30-Jul-2015

132 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000,

meliputi fasa kedua RRJP2. Disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam. Bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.

Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan

yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan ekonomi negara, juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998. Teras RMK-7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan yang seimbang.

Strategi dan Pelaksanaan RMK-7 Beberapa cabaran telah dikenal pasti dalam

pelaksanaan RMK-7 ini. Cabaran utama yang akan dihadapi oleh negara pada masa hadapan termasuklah memesatkan transformasi ekonomi daripada pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan kepada pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti dan kualiti melalui peningkatan kecekapan faktor buruh dan modal serta produktiviti faktor keseluruhan (TFP) dengan meningkatkan kemahiran, mendalamkan modal di samping memajukan pengurusan dan keusahawanan.

Antara strategi lain yang diusahakan dalam RMK-7 ialah: Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden, dinamik dan

berorientasi terbuka bagi membolehkannya bukan sahaja menjadi pemangkin utama pertumbuhan tetapi juga berpotensi untuk diekspot dalam perdagangan antarabangsa. Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan

penyelidikan dan pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara serta memajukan teknologi maklumat (IT) bagi membolehkan negara beralih daripada hanya sebagai pengguna produk multimedia kepada pembekal dan pemaju IT.

Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui

kesedaran yang lebih tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial. pertambahan pendapatan dan kekayaan negara dengan saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat dan akhir sekali menangani masalah sosial yang semakin meningkat berikutan daripada pertumbuhan yang pesat bagi memastikan ianya tidak melemahkan moral dan etika masyarakat terutamanya di kalangan golongan muda dan generasi masa hadapan.

Menekankan usaha yang lebih gigih ke arah pengagihan

merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad

ke-21. RMK-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN iaitu pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama.

Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan

daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif

sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara,

penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT.

Dasar Wawasan Negara (DWN) RMK-8 juga turut memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN)

= Dasar Ekonomi Baru (DEB) + Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

DWN = DEB + DPN

perpaduan nasional.

Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula

masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang

Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan

merangkumi teras kritikal seperti berikut: Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk

perpaduan. Menyemarakkan semangat patriotik, membentuk

kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi

dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro

Sambungan. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran

globalisasi dan liberalisasi. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai

satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk

menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan Meneruskan pembangunan alam sektor yang mapan untuk

meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.

Strategi dan Pelaksanaan Program RMK-8 Antara yang diberi penekanan ialah meneruskan pengurusan ekonomi

makro yang mantap. Malaysia akan meneruskan matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan akaun luar negara serta belanjawan yang mapan.

pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 peratus setahun. Usaha diambil bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan

modal, melaksanakan pelaburan berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti buruh dan sumbangan TFP kepada pertumbuhan ekonomi.

menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan menarik

Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang berkualiti. Ia bertujuan bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam negeri supaya ekonomi dapat dibangunkan berasaskan strategi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri dan mengukuhkan daya tahan ekonomi.

Kerajaan juga memperluaskan penggunaan ICT dalam

semua sektor ekonomi bagi mempercepatkan proses pertumbuhan. Syarikat Multinasional (MNC) akan terus diberi galakan

untuk mengukuhkan rantaian dengan industri dalam negeri melalui penggunaan lebih banyak input tempatan. penswastaan terus dilaksanakan bagi membantu

pertumbuhan ekonomi. Bagi memastikan orang awam mempunyai peluang

penyertaan yang saksama dalam entiti yang diswastakan, entiti yang dikorporatkan yang berjaya secara komersial akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

sebanyak 98 projek telah diswastakan yang terdiri daripada

47 projek sedia ada dan 51 projek baru. Daripada jumlah projek baru yang diswastakan, 49 projek

adalah dalam sektor pembinaan, pengangkutan serta elektrik dan gas. Projek yang telah siap dibina adalah Lebuhraya DamansaraPuchong, menaiktaraf Jalan Sungai Besi dan tiga Penjanakuasa Elektrik Persendirian iaitu di Sandakan, Karambunai dan Batu Sapi di Sabah, Sistem Monorel di Kuala Lumpur, Hubungan Kereta Api Ekspres (ERL) dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pembangunan 10,000 unit rumah guru dan projek bekalan air Fasa III di Selangor.

Syarikat Multinasional(MNC) terus diberi galakan untuk mengukuhkan rantaian dengan industri dalam negeri melalui penggunaan lebih banyak input tempatan

Pencapaian RMK-8 Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam masa lima belas

tahun lalu, negara berjaya mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus setahun antara 1991 dengan 2005. Pertumbuhan ini dapat dilihat peningkatan lebih sekali ganda

pendapatan isi rumah daripada RM 1,169 sebulan dalam tahun 1990 ke RM 3,249 sebulan dalam tahun 2004.

Semua sektor ekonomi negara menampakkan kemajuan

termasuklah pengembangan sektor ekonomi baru seperti Sains, Teknologi dan Komunikasi (ICT). kadar purata 13.5 peratus setahun dalam tempoh 1991 hingga 2005 menjadikan negara kita negara pedagang yang ke-18 terbesar dunia.

Hasil pertumbuhan ini, jumlah ekspot negara meningkat pada

Dari segi sosial negara terus memperlihatkan

kemajuan. Kadar kemiskinan menguncup daripada 22.8 peratus

pada tahun 1990 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004. Keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga dengan perkembangan prasarana dan utiliti.

Strategi untuk menangani cabaran utama dalam

tempoh Rancangan termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga manusia yang berkualiti dan meningkatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan.

ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan

pengeluaran yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan juga diberi bagi

meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30

Mac 2006 yang lalu dengan objektif utamanya ialah Mengukuhkan Perpaduan Nasional bertemakan Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah tahun 2020. memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara.

RMK-9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina

Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah

Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal

Daripada jumlah keseluruhan peruntukan, sejumlah RM 200

bilion telah diagih-agihkan mengikut sektor.sektor ekonomi, 37.5 peratus sosial, 10.6 peratus sektor keselamatan dan 6.9 peratus sektor pentadbiran am.

44.9 peratus akan diagih kepada projek pembangunan di bawah

Dari segi sub-sektor pendidikan dan latihan akan diperuntukkan

peratusan terbesar iaitu

20.6 peratus, selaras dengan keazaman kerajaan untuk

meningkatkan kualiti modal insan. Sub-sektor pengangkutan akan diperuntukkan sebanyak 15.9 peratus, kemudahan awam dan tenaga, 10.9 peratus; perdagangan dan perindustrian 9.9 peratus; pertanian 5.7 peratus; kesihatan 5.4 peratus dan perumahan 5.0 peratus.

Lima Teras RMK-9Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif

Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.

Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif

Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.

Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.

Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.

Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.

PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAH Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

tiga pembangunan wilayah koridor telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Wilayah yang terbabit ialah:

Wilayah Ekonomi Koridor Utara Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar Wilayah Ekonomi Koridor Timur

Wilayah Ekonomi Koridor Utara Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-

negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan wilayahwilayah di Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri

asas tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan automotif.

Tunjang utama projek pembangunan Wilayah Koridor

Utara ialah pembuatan atau perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara: Jambatan Kedua Pulau Pinang Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM3

bilion menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung, Jambatan dengan jajaran sepanjang 24 kilometer itu dijangka siap 2011. Pusat Pemakanan Utama. Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan)

Sambungan. Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi? Pusat Akuakultur Program Sekolah Angkat di kawasan luar

bandar yang miskin Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah Lebuhraya Tunjang Sentral Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan

Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar Malaysia Wilayah Pembangunan Iskandar di Selatan Johor

merupakan projek pembangunan terancang yang paling besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari

segi lokasi, Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan.

Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan

di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia: Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan

Negeri Johor Pelabuhan Tanjung Pelepas Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai) Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara) Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara bertaraf dunia (Hab Pendidikan) Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan

Wilayah Ekonomi Koridor Timur Wilayah Ekonomi Koridor Timur meliputi negeri-

negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat

pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta pelancongan. Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur

ini masih dalam peringkat perancangan dan pembangunan. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa.

Lebih banyak lagi kemudahan pendidikan teknikal akan

dibina untuk menyokong bentuk perniagaan yang baru diperkenalkan. Pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke

Amerika Syarikat dan Eropah melalui program pembangunan sub-kontraktor. Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan

meluas. Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur

Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas

terbesar di Pantai Timur.

Berlandaskan daripada lima teras yang digarap ini,

kelemahan yang perlu ditangani untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Misi Nasional adalah satu perspektif jangka panjang bagi

menghasilkan prestasi yang lebih baik dan meningkatkan impak daripada gabungan usaha pembangunan negara. Amatlah penting dipastikan pelaksanaan menepati jadual,

supaya semua pihak mendapat pulangan sebenar daripada apa yang dibelanjakan. Mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian perlu

diperkukuhkan.

Komitmen dan tindakan bersama semua pihak adalah

perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan RMK-9. Masyarakat sivil perlu berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan. Sesungguhnya usaha bagi merealisasikan aspirasi

menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan