rene descartes

11
FALSAFAH & LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) Tajuk Tugasan: Rene Descartes – Tokoh falsafah Rationalisme Nama: Siti Salmeah Binte Ameer No. Matrik: JEA 080717

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

774 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayurene descrtesSiti Salmeah Binte Ameer

TRANSCRIPT

Page 1: Rene Descartes

FALSAFAH & LOGIKA MELAYU (JXEA 1104)

Tajuk Tugasan:

Rene Descartes – Tokoh falsafah Rationalisme

Nama: Siti Salmeah Binte Ameer

No. Matrik: JEA 080717

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU2008

Page 2: Rene Descartes

Latar belakang Rene Descartes

Descartes dilahirkan di La Haye en Touraine, Indre-et-Loire, Perancis

pada 31 Mac 1596. Ibunya Jeanne Brochard meninggal dunia akibat penyakit

batuk kering semasa beliau berusia satu tahun. Bapanya, Joachim merupakan

hakim di Mahkamah Tinggi Pengadilan. Pada usia 10 tahun, Descartes

menuntut di kolej Paderi La Flèche in Anjou. Beliau telah belajar sastera,

tatabahasa, sains dan matematik. Selepas lulus dari kolej, beliau menyambung

pelajaran dalam jurusan undang-undang sivil dan ‘Canon’ di Universiti Poitiers

dan di akhir pengajian beliau lulus sarjana muda dan juga meraih lesen

undang-undang seperti apa yang diinginkan oleh bapanya yang ingin melihat

beliau menjadi seorang peguam.

Selain undang-undang beliau juga sering menghabiskan masa

mempelajari ilmu falsafah, teologi dan perubatan.

Pada 10 November, 1618, Descartes bertemu Isaac Beeckman di

Bertha. Pada waktu itu tercetus minatnya terhadap ilmu hisab dan ilmu fisik

terutama sekali masalah kejatuhan badan yang berat (problem of the fall of

heavy bodies).

Beliau mengajar di Universiti Franeker, Universiti Leiden, Universiti

Utrecht. Beliau banyak mengembara dari Perancis ke Belanda ke Netherland.

Beliau banyak menerbitkan kertas-kertas kerja berkenaan Ilmu Hisab dan

Falsafah. Beliau juga telah menjadi guru kepada Beliau meninggal dunia pada

11 Februari 1650. (Stephen Gaukroger, 1997)

1

Page 3: Rene Descartes

Pelopor tahap ketiga evolusi falsafah

Menurut Russell(1993), Rene Descartes merupakan pembangkit sains yang

secara nyata. Beliau bukan sahaja seorang ahli matematik dan sains malah

seorang ahli falsafah. Beliau merupakan pelopor falsafah moden tahap ketiga

evolusi falsafah barat.

Sumbangan

Descartes merupakan yang pertama yang dapat menerangkan tentang alam

semesta dari sudut ‘matter’(zarah) dan ‘motion’ (pergerakkan). Beliau yakin

bahawa saians dan matematik boleh menjelaskan segala isi alam semesta.

Beliau telah dapat menghasilkan 3 kertas kerja yang baik iaitu ‘Discourse on

the Method of Rightly Conducting the Reason’ and Seeking Truth in the

Sciences, ‘Meditations on First Philosophy’, and ‘Principles of  Philosophy’.

Beliau juga .telah dianugerahkan wang pencen oleh Raja Perancis pada tahun

1647.

Kaedah Kesangsian

Descartes sering memberi tumpuan kepada diri individu dan peranan

akal. “Corgito, ergo sum” yang bermaksud “Saya berfikir kerana itulah diri saya”

sering menjadi ungkapan dan perhatian beliau. Kaedah kesangsian atau

kesangsian Cartesian merupakan pengasas epistemologi Barat moden dan

menjadi asas bagi falsafah ilmu dan perkembangan ilmu orang Barat. Kaedah

kesangsian ini kini menjelma dalam bentuk fahaman subjektivisme, relativisme

dan bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak dan muktamad.

2

Page 4: Rene Descartes

Descartes hidup dalam masa keadaan masyarakat yang sering

mempersoalkan pemikiran tradisional. Beliau lantas berusaha untuk mencari

kebenaran iaitu penjelasan yang benar yang dapat menyokong pemikiran-

pemikiran tradisional.

Rasionalisme

Rene Descartes merupakan pemuka falsafah moden Barat yang dapat

menggarap ilmu Rasionalisme secara lebih mendalam, sistematik dan utuh.

Lantas, epistemologi, teori ilmu, menjadi tumpuan kajian falsafah

(White,1991:341).

Pendekatan Descartes menjadi ikutan sejumlah ahli falsafah ternama

dalam pemecahan soal bagaimana akal manusia bekerja sebagai alat yang

menghasilkan ilmu. Pendekatan ini dikenali sebagai “Kesangsian Radikal”

(Radical Doubt). Radikal merujuk kepada kesangsian yang asas dan juga yang

ekstrem, kerana bagi Descartes, kebenaran mestilah pasti dan tidak goyah.

Kesangsian tidak harus timbul walaupun sedikit dalam akal dan sesuatu idea

perlu ditolak jika timbul kesangsian ( White, 1991)

Fahaman Rasionalisme

Rasionalisme merupakan fahaman yang berpendapat bahawa

sebahagian ilmu manusia bersumber daripada akal tanpa bantuan deria dan

oleh itu manusia dapat mengetahui sesuatu yang tidak dapat dinyatakan oleh

deria (Wolff,1992:29).

3

Page 5: Rene Descartes

Menurut Hashim Musa(2001), seperti yang dikemukan oleh Rene

Decartes, ilmu penegtahuan tentang alam diperolehi melalui operasi fakulti akal

(Latin:ratio=akal) dan bukan melalui pengalaman semata-mata dan juga bukan

melalui rasa atau hati kalbu. Rasionalisme yang ekstrim berpegang kepada

otoriti ataupun kewibaan akal dengan pendirian bahawa sesuatu yang

tidakboleh dicapai fakulti akal adalah tidak wujud dan segala kejadian dalam

alam ini merupakan gejala alam semula jadi yang biasa bukan daripada kuasa

luar biasa(Tuhan) dan kepercayaan agama dan etika mulia merupakan bentuk-

bentuk aspirasi dan gerak hati suci insan bukan berpunca daripada petunjuk

otoriti yang Kudus (Tuhan).

‘Discourse on the Method of Rightly Conducting the Reason and Seeking

Truth in the Sciences’

Descarte menegaskan bahawa semua manusia mempunyai alasan yang

kukuh atas apa yang dilakukan. Menurut beliau, manusia adalah golongan yang

sangat ‘rational’ walaupun berbeza latar belakang. Namun kita sebagai

manusia sama rata bersifat rasional. Beliau akui manusia mempunyai pendapat

yang berbeza namun akhirnya perbezaan pendapat itu merupakan kaedah

untuk mencari kebenaran. Beliau merumuskan bahawa sebenarnya tiada

manusia yang mempunyai alasan atau pendapat yang lebih baik dari yang lain.

Ini kerana lain orang mempunyai cara yang berbeza bagi mengetengahkan

pendapat ataupun alasan.

‘Meditations on First Philosophy’

4

Page 6: Rene Descartes

Dari kaedah kesangsian, Descartes menyediakan asas bagi falsafah

moden. Dalam ‘Meditations on First Philosophy’ beliau telah menerangkan

tentang keadaan manusia yang mempunyai akal dan badan yang jelas dua

perkara yang jauh berbeza. Beliau juga mengakui kewujudan tuhan dan tuhan

memastikan manusia boleh mempercayai bukti atau tanda pancaindera.

Dengan memasukkan revolusi sains Galileo dan Newton, idea Descarte dapat

mengetepikan cara dan kajian falsafah yang sudah lapuk.

Pancaindera yang sempurna(sound senses) iaitu melalui lima deria

penglihatan, pendengaran, pembauan, pengecapan dan penyentuhan, maka

sesuatu perkara dalam alam zahriah ini dapat dirasai dan dikesani. Yang

mentafsir dan memahami adalah fakulti-fakulti akal dalaman iaitu daya

perlambangan (representasi akal) tentang objek luaran itu, daya

pengukurannya (estimation), daya ingatannya (recollection) dan daya imaginasi

yang membawa kepada pengenalan terhadap makna(kedudukan dan fungsi)

objek itu yang membawa pula kepada pengertian. Timbul pula satu pengertian

yang merupakan ilmu iaitu ilmu deria yang diperolehi.

‘Principles of   Philosophy’

Menurut Descarte, “body is nothing but extended substance and goes on to

explain away our intuitions that this is not the case.” ‘Body’ di sini bermaksud isi

alam semesta seperti manusia, planet, tumbuh-tumbuhan malah zarah

microskopik. Ruang, menurut Descartes bukan sesuatu ruang yang benar-

benar kosong. Ruang adalah sebuah ‘Plenum’ yang mengandungi badan-

badan or bahan perluasan.

5

Page 7: Rene Descartes

Rumusan

Descartes merupakan tokoh pencetus revolusi dengan usahanya mengaitkan

falsafah dengan ilmu sains yang lain. Beliau dihormati atas usaha-usaha beliau

dari perspektif epistemology dan metodologi. Teori-teori beliau juga telah

banyak mempengaruhi ahli-ahli falsafah di seluruh dunia.

6

Page 8: Rene Descartes

Rujukan

1. Stephen Gaukroger, (1997), Descartes: An Intellectual Biography,

Clarendon Press, Oxford.

2. Elizabeth S. Haldane, (1905), Descartes: His Life and Times, John

Murray, Albemarle Street, London.

3. Hashim bin Musa, (1999), Falsafah dan logika Melayu: Suatu

pengenalan, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur.

4. Awang Sariyan, (2007), Falsafah dan Logika Melayu, Synergymate

Sdn.Bhd, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur.

7