remaja, antara guru, ibu bapa dan rakan sebaya: suatu perspektif keseimbangan

11
Remaja, antara Guru, Ibu Bapa dan Rakan Sebaya: suatu perspektif keseimbangan 1 oleh Ahmad Daud Ishak al Merbawiy Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTM) Kampus Rekreasi Bukit Besi, Besol 23200 Dungun Terengganu Darul Iaman Email t0: [email protected] Muqaddimah Remaja adalah anasir bangsa manusia yang baru mencari, mengenal, membina dan menerapkan rupa diri atau jati diri sebagai seorang manusia terbaik. Ianya sangat penting dalam episod hidup insan. Dengan membawa harapan tinggi (idealism), mereka menjaring cita-cita dan kerjaya serta menterjemahkannya ke alam realiti. Jika pandangan alam remaja itu berdasarkan ilmu dan realiti sebenar, maka beruntunglah remaja itu. Sebaliknya sekiranya idealisme mereka songsang, meranalah hidup dan masa depan mereka. Allah swt menurunkan Guru-guru, generasi insan yang boleh membimbing dan mewarisi nilai dan menterjemahkan mimpi remaja kepada realiti kehidupan dengan jalan ilmu pengetahuan dan nilai budi sebagai manusia baik. Dengan sabar mereka mengajar menulis, membaca dan mengira serta menyemai sikap dan semangat baru. Memperkenalkan diri sendiri dan orang lain serta alam raya sebagai cabaran untuk dikuasai dengan senjata ilmu pengetahuan. Berbekalkan kebijaksanaan dan luas pandangan mereka dengan penuh kasih 1 Dibentangkan di Program Kem Remaja Cemerlang pada 25 Disember 2002 (Rabu) di Pusat Konvensyen Semarak, Sungai Batu Pahat, Perlis Indera Kayangan. Anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Perlis dengan dibantu selenggara oleh Minda M Sistematik Konsultan. 1

Upload: asudi-hamdun

Post on 21-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

"Youth, Parent and Colleagues which are the main subjects to be highlighted in Muslim life because at this critical ages, they have to decide what ever attitudes, environment, their support system among colleagues and parents. These are major important elements in order to educate and nurture a great generation to come."

TRANSCRIPT

Remaja, antara Guru, Ibu Bapa dan Rakan Sebaya:

Remaja, antara Guru, Ibu Bapa dan Rakan Sebaya:

suatu perspektif keseimbangan

oleh

Ahmad Daud Ishak al Merbawiy Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTM) Kampus Rekreasi Bukit Besi,Besol 23200 Dungun Terengganu Darul Iaman

Email t0: [email protected]

Remaja adalah anasir bangsa manusia yang baru mencari, mengenal, membina dan menerapkan rupa diri atau jati diri sebagai seorang manusia terbaik. Ianya sangat penting dalam episod hidup insan. Dengan membawa harapan tinggi (idealism), mereka menjaring cita-cita dan kerjaya serta menterjemahkannya ke alam realiti. Jika pandangan alam remaja itu berdasarkan ilmu dan realiti sebenar, maka beruntunglah remaja itu. Sebaliknya sekiranya idealisme mereka songsang, meranalah hidup dan masa depan mereka. Allah swt menurunkan Guru-guru, generasi insan yang boleh membimbing dan mewarisi nilai dan menterjemahkan mimpi remaja kepada realiti kehidupan dengan jalan ilmu pengetahuan dan nilai budi sebagai manusia baik. Dengan sabar mereka mengajar menulis, membaca dan mengira serta menyemai sikap dan semangat baru. Memperkenalkan diri sendiri dan orang lain serta alam raya sebagai cabaran untuk dikuasai dengan senjata ilmu pengetahuan. Berbekalkan kebijaksanaan dan luas pandangan mereka dengan penuh kasih membentuk seorang lagi anak selain dari anak mereka sendiri. Wadah ilmu Allah swt ditatang dengan penuh cinta, kasih dan amanah demi melahirkan dan meneruskan generasi manusia yang berguna. Mengelakkan lahir penjenayah-penjenayah bangsa. Merekalah Ibu yang melahirkan semula daripada kegelapan jahili (darkness of ignorant), ke arah cahaya ilmuan terang benderang (tranquility of Knowlegeable homosapien). Mereka telah dilahirkan oleh Ibu Bapa dengan gabungan cinta dan menanggung jerih payah, sedih dan duka membesarkan mereka dengan ikhlas tanpa menuntut ganjaran. Remaja itulah hati dan jantung ibu bapa, baik mereka bahagialah ibu bapa, kecundang remaja, menderitalah ibu bapa segenerasi lamanya. Pengorbanan tidak terjumlah diberikan kepada remaja agar mereka menjadi manusia; bukan binatang dan hantu jembalang. Kerana itulah Islam meletakkan reda Allah swt berada di bawah reda mereka. Murka Allah swt adalah angkara mendurhakai mereka dalam apa jua istilah pendurhakaan dan tidak kenang budi. (fala taqul lahuma uffin wala tanharhuma). Maka layanan wajar adalah diminta oleh Allah swt terhadap ibu bapa. (wa qul lahuma qawlan karima) Pengiktirafan tegar daripada pencipta manusia, Allah swt inilah perlu menjadi ukuran sikap remaja dan golongan tua terhadap kedua ibu bapa mereka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak bukan ideologi bahkan ianya adalah ketetapan wahyu Tuhan kepada manusia, memandangkan agungnya kedudukan ibu bapa kepada seseorang anak. Maka hadiah yang tak ternilai ialah dengan remaja menjadi anak-anak yang soleh dan maqbul doa keampunan dan nikmat syurga kepada kedua-duanya sebagai imbalan layak bagi asuhan mereka sejak kecil. (waqul rabb irham huma kama rabbayani saghira). Rakan Seiringan ke Syurga Hadir di sini, remaja dilingkungi oleh rakan taulan, sahabat handai yang baik dan buruk akhlak serta perangai mereka. Skema dalam Islam ialah remaja perlu bersikap pandai memilih (selective) rakan, agar tidak rugi dalam mencari rakan kongsi dalam melayari hidup di dunia ini. Asas penting kepada remaja ialah mesti berilmu, berpenghayatan agama dan mampu mempunyai budaya hidup sihat; rajin, berpandangan positif, kuat bekerja, memikul tanggung jawab membina insan soleh dan mengimpikan kejayaan hidup di dunia dan menikmati syurga Allah swt. Kerana tujuan-tujuan inilah remaja harus memiliki ramai sahabat dan rakan-rakan seperjuangan untuk menjayakan misi Islam dan menumpaskan perencanaan musuh-musuh Allah swt.

Padangan Alam Remaja youths worldview and attitude

Inilah satu keunikan sudut pandang dan nilai remaja adalah berbeza dengan golongan dewasa kerana jarak pengalaman, pertumbuhan ilmu dan pendewasaan (matang). Youth worldview inilah yang mencorakkkan segala agenda fikir, bertindak dan berinteraksi dengan alam di luar remaja itu sendiri. Sikap adventerous menghasilkan suatu tindakan mencuba, minat kepada benda baru, tidak berkira sangat dengan adat tradisi maupun pantang larang agama. Tindakan tergesa-gesa petanda sudut pandang remaja yang kurang pengalaman dan ilmu serta beremosi melebihi kekuatan diri sebenar. Islam meletakkan suatu penilaian kritis dan selective dengan (Allahumma ijalna min alladhina yastamiuuna al-qawla wa yattabiuuna ahsanah) meneliti banyak gagasan serta wagasan, tetapi berjaya mengikuti yang terbaik. Jadi suatu sikap yang terbaik, remaja perlu sedar diri bahawa dalam tempoh usia belasan dan dua puluhan ini adalah tempuh terbaik kita menimba ilmu pengetahuan asas-asas kehidupan dan pengetahuan bagi menghadapi formula hidup yang sangat berencam. Kecemerlangan kita di fasa ini akan menentukan kejayaan kita pada fasa pendewasaan dalam meniti uisa tiga dan empat puluhan. Dalam konteks keagamaan Islam pula, fasa pendidikan ini harus dimanfaatkan untuk menguasai fardu ain dan fardu kifayah yang beiringan dengan bidang profesional seseorang remaja. Hasil proses pengkamilan profesional dan keislaman melahirkan insan yang beracuankan urusan ketuhanan di dalam segala bidang kehidupan mereka (insan Rabbaniy).

Kepastian Siapakah Diriku?- unsur-unsur dasar dan teras insan.

Unsur diri manusia adalah jasmani, Ruhani, Aqal, nafsu, hati sanubari dan jiwa Yang kekal (the psychological of human soul) dan jasad yang binasa (fana). Jiwa yang bahagia (saadah) dan jiwa yang sengsara (syaqawah). Ilmu atau kejahilan menentukan fokus remaja menjadi dewasa yang sempurna. Ruhaniah inilah yang memerlukan Islam sebagai al-Din serta kefahaman dan penghayatannya bagi menjawab persoalan keseimbangan pertumbuhan diri insan dengan hakikat pembangunan kebendaan (materialistic). Kepastian tentang asal usul diri (nature of human soul) sangat dasar dan perlu untuk memahami siapa diri remaja yang sebenar dan apakah keperluan-keperluan mereka.

Waktu usia yang dititikberatkan Allah swt iaitu usia para penghuni syurga adalah muda belia seusia 30an, usia belia menungkah cabaran nafsu dahsyat sehingga janji lindungan arasy al-Rahman bagi mereka yang terhindar dari dosa zina, yang menangis dengan Allah swt di malam hari dan mereka yang Arb., tahaabba fiLlah - berkasih sayang kerana Allah swt, kalangan Arb., - al-qanitin dan al-qanitat belia lelaki dan perempuan yang taatkan Allah swt seperti ashab al-ukhdud (penerjun parit berapi), ashab al-kahfi (penghijrah ke gua menghindari pemerintah zalim demi menyelamatkan aqidah), mujahidin dari kalangan sahabat Rasulullah saw dan Nabi Muhammad saw sendiri menghampiri Allah di Gua Hira dalam lingkungan 30an mencari jati diri dan pengertian ketuhanan Allah swt dan kemanusiaan serta alam raya, akhirnya Allah swt melantik baginda sebagai Nabi Allah swt dalam usia belia yang matang, 40 tahun.

Usia pengabdian diri kepada Allah swt yang sangat maksimum dan teristimewa, tidak diperolehi lagi di usia tua. Melampiaskan nafsu sebagai ibadat, memiliki kekayaan dengan tubuh segar sihat kerana beribadat, mengisi ilmu pengetahuan dan mengejar karier untuk kepentigan Islam dan meluaskan spektrum pengabdian diri adalah ibadat, menghabiskan usia remaja di jalan Allah swt dengan situasi menang-menang (win-win situation), emosi dan sensitiviti adalah untuk Islam dan kebencian untuk kufur serta suku sakatnya, maka segala kreativiti, emosi dan cinta Tuhanlah yang menunjangi segala aktiviti remaja yang bertuah ini. Inilah asas dan sebabnya mengapa remaja Islam yang sebenar akan memilki akal jernih dan intelek, jiwa bersih, hening dan bahagia, memilki perasaan halus dan bersemangat waja dalam mengharungi realiti kehidupan yang jelas antara kebenaran (haqq) dan kebatilan (batil). Jelas sudah itulah usia remaja yang terbaik untuk ketaatan, kebaikan dan kesolehan di sisi Allah swt. Mereka tidak sedikit pun rugi sekali pun terlepas sedikit habuan keseronokan singkat hedonestic enjoyments di dunia ini.

Hubungan dengan Ibu Bapa

Biarpun sebesar mana jasa anda kepada Ibubapa, namun semuanya itu adalah kecil berbanding dengan kasih sayang, pengorbanan, usaha, kecekalan, berjaga malam, menanggung kesusahan, menjaga, mengasuh dan mendidik agar besar menjadi manusia sempurna fizikal dan spiritualnya. Nyata juga dari sudut kualiti penjagaan dan layanan serta kesempatan masa anak-anak yang diberikan kepada orang tua mereka, jelas relatifnya sedikit sekali.

Maka tidak keterlaluan jika Islam menghendaki layanan minima atau seadanya bagi seorang anak kepada ibubapanya. Islam sangat adil dalam memohon layanan-layanan berikut daripada remaja Islam terutamanya dan remaja lain amnya terhadap kedua ibubapa mereka;

1) Lemah lembutlah bila berbicara dengan mereka, 2) Berjalan di belakang mereka serta memberi laluan, 3) Menyukai tindak tanduk mereka selagi tidak bercanggah dengan syarak, 4) Memohon keampunan untuk keduanya setiap kali kita memohonkan keampunan, 5) Penuhilah hajat makan dan minum mereka dengan segera, 6) Bila dipanggil hendaklah menyahut tanpa sebarang penangguhan dan berat hati, 7) Berikanlah apa jua perkhidmatan yang diperlukan, 8) Serulah atau panggillah mereka dengan seruan yang menyenangkan hati mereka. 9) Memohon keampunan Allah swt atas dosa mereka dan dosa kita terhadap mereka. 10) Muliakan mereka selayaknya dengan kemuliaan yang Allah swt peruntukkan di dalam Islam. Memuliakan mereka, sama pahalanya dengan berjihad di Jalan Allah swt, melaksanakan Haji dan Umrah serta melayakkan remaja mendapat syurga Allah swt.

Kesan menghurmati dan memuliakan kedua ibubapa ialah menambahkan keberkatan, panjang umur dengan kebaikan amal soleh, pertambahan rezki Allah swt, menghilangkan dukacita dihati kerana pekerjaan remaja diredai Allah swt dan jelas sekali bahawa jasa ibubapa tidak akan setimpal dengan habuan kebendaan, kerana ianya bersifat khidmat yang tidak menuntut imbalan atau upah (unexpected mutual return) namun semata-mata dilakukan dengan kasih sayang dan penuh perihatin serta bertanggung jawab.

Kebaktian kepada ibubapa boleh menghalang daripada seafdhal amal iaitu berjihad di jalan Allah swt dan menuntut syahid. Permintaan mereka yang harus mengikut syarak, boleh menghalang keutamaan seseorang anak lelaki terhadap anak-anak isteri dan seluruh kekeyaannya serta kekuasaannya. Jauhilah dari melakukan pendurhakaan kepada mereka kerana akan dikutuk oleh Allah swt dan menjadi terhina di dunia dan akhirat.

Sumbangan dan Komunikasi dengan Guru-Guru

Dalam Islam, Allah swt adalah sumber ilmu pengetahuan kerana manusia mengetahui dengan ilmuNya. Untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, manusia yang bukan nabi, diajar melalui perantaraan al-qalam media atau pena. Maka tradisi Islam memerlukan mashayeekh atau guru-guru yang menyampaikan ilmu Ilahi kepada manusia. Dan ilmu dalam Islam merupakan cahaya petunjuk ke arah kefahaman, penggunaan dan penghayatan dengannya. Cahaya ini tidak akan diperolehi mereka yang keras hati, degil dan jahil tingkah lakunya (tidak berdisiplin).

Oleh kerana guru adalah seorang berilmu dan memegang amanah mengajarkan kebenaran tentang segala sesuatu (the reality of truth) dari Allah swt, mereka juga adalah bayangan ilmu dan kenebanran ilahi di bumi (shadow of the reality and divine knowledge). Maka kerana itu kepatuhan, penghurmatan dan sanjungan kepada guru, adalah suatu yang layak dan tidak dipertikaikan. Demi kebenaran milik Allah swt yang ada pada seseorang, Islam mewajibkan muslim menghurmati guru bukan Islam selama tindak tanduk mereka selaras dengan Syariat Islam. Imam al-Shafie mengakui dan menghurmati seorang Yahudi sebagai guru yang mengajar beliau tanda-tanda kematangan seekor anjing. Hubungan murid dan guru tidak selesai di dunia, malah boleh berinteraksi sekalipun gurunya telah kembali ke alam barzakh menerusi doa, keampunan dan pahala sedekah jariyah ilmunya serta sunnah hasanah yang dipraktikkan murid dengan sebab pengajarannya. Para remaja yang dirahmati Allah swt, marilah kita meletakkan guru-guru kita di tempat yang sangat mulia. Hendaklah para remaja bersopan, mengasihi, menyanjung dan meraikan mereka dengan rahmat Allah swt. Mudah-mudahn dengan usaha ini, perburuan ilmu penghetahuan kita lebih lancar, berkesan, cemerlang tercapai dan keberkatan ilmu dapat memandu kita ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Penegasan Siapakah Rakan Soleh ke Syurga (akhillah)

Mereka ialah golongan yang mentaati Allah swt, Rasulullah saw, para sahabat baginda, para ulamak dan ilmuan amilin, umara dan pembesar muqsitin (adil) serta sahabat seperjuangan yang ikhlas di jalan Allah swt dan beriman dengan kebahagiaan hidup di akhirat. Dalam konteks ini, remaja perlu waras ketika bersahabat dan mencari rakan, kerana kita akan menghabiskan usia kita dengan mereka, suka duka dan susah senang serta jatuh bangun juga bersama mereka. Adalah tepat jika dikatakan rakan itu sebagai teman seperjuangan yang boleh berkongsi apa sahaja bagi mencapai matlamat peribadi dan bersama di dunia dan akhirat.

Maka Islam dengan tegas menyatakan pemilihan rakan sangat penting kerana persahabatn itu akan mencorakkan suatu skima budaya hidup yang bakal terbentuk. Indahnya apabila Rasulullah saw menggambarkan rakan sahabat muslim yang saling berkasih sayang kerana Allah swt, membesar di dalam ketaatan kepada Allah swt, bertemu dan berpisah dengan urusan Ilahi demi kepentingan Islam, hati mereka sentiasa terikat dengan mesjid iaitu rumah Allah swt, tidak terpedaya dengan budaya zina kerana takutkan Allah swt, mereka yang bersedekah secara sulit dan mereka yang sentiasa bermunajat dengan Allah swt serta mengalir air mata penyesalan dan takutkan azab Allah swt. Inilah rakan yang akan berada di bawah lindungan Allah swt di akhirat kelak. Mereka sebaik-baik rakan remaja yang akan bersama-sama berjuang untuk memahami Islam dan menghayatinya.

Rakan-rakan remaja haruslah jelas Matlamat hidup mereka Islam meletakkan kita datang dari Allah swt, kewujudan dan kehidupan remaja itu atas bantuan serta anugerah Ilahi. Demikianlah kita dibiayai rezki dan kehidupan teratur dari sisiNya. Sihat dan sakit kita juga dengan cubaan Allah swt untuk manusia bersyukur dan beristighfar. Kewujudan kita suatu taqdir yang tidak boleh dinafikan lagi. Para remaja harus tahu pasti sebab mereka dijadikan. Kewujudan manusia dan alam ini adalah hasil rasa cinta Tuhan agar makhluk mengenaliNya dan mengetahui mereka adalah hak milik Yang berkuasa. Menyedari hakikat tersebut, manusia mestilah Menjadi Hamba Allah swt yang bersaudara (ukhuwwah fiLlah). Sebagai Khalifah Allah swt di bumi, maka remaja bersama-sama rakan perlu menyiapkan diri untuk menjadi Khalifah di bumi dengan persiapan Ilmu Islam dan Keduniaan; Sains dan Teknologi, menguasai bahasa al-Quran dan al-Sunnah (Arab) dan bahasa Ummah (bahasa teknologi semasa), mendalami dan boleh melaksanakan prinsip dasar Islam dengan betul ketika memimpin diri sendiri, rakan-rakan dan masyarakat ke arah keredaan Ilahi. Mentafsirkan bahasa rukuk dan sujud ke dalam Syariat Islam, bahasa Tawhid serta Marifatillah (pengenalan Allah swt) kepada suasana kegawatan kehidupan di hari akhirat di dalam setiap usaha dan tingkah laku di dunia. Pamerkan pengabdian untuk Allah swt dalam semua perkara yang dimajukan dan dibangunkan di dunia ini sebagai tafsiran pengahayan Islam sebuah negara yang sejahtera dan mendapat pengampunan Tuhan [baldatun toyyibah, wa rabbun ghafur]. Remaja pasti menyedari mereka akan Kembali (mati) menemui Allah swt Sebagai Warga Akhirat yang Hakiki Maka di sinilah destinasi Remaja Muslim untuk menjamin dan memohon belas ehsan Allah swt agar dimasukkan di kalangan pemilik jiwa sejahtera, hasil amalan di dunia ketika bersama ibubapa mereka, guru-guru, rakan-rakan karib dan pembangunan kerjaya serta dunia mereka ditukarkan balasan pahalanya dengan Syurga Allah swt. Inilah pencapaian hakiki yang boleh dipastikan sejak awal usia remaja lagi sebagai RAHMAT menjadi seorang remaja Muslim. Para remaja harus ingat bahawa piawaian Warga Akhirat sangat ketat seketat kepatuhan kita kepada Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam di dalam kemajuan dan pembangunan duniawi. This is the excellent stage of human achievement.

.

Ringkasnya dapatlah dirumuskan dengan ungkapan berikut;

Marilah wahai para remaja Muslim untuk melaksanakan keseimbangan usaha anda di semua tahap komunikasi agar menajdi Remaja Muslim yang akan menempakh kejayaan di dunia dan di akhirat, dan turut sama melaksanakan program-program Islam agama Allah swt (al-Islam deenullah) yg tercinta, agar kejayaan dan kecemerlangan mereka dapat dikongsikan bersama dengan semua warga dunia yang lain IN SYAA ALLAH SWT YA RABB AL-AALAMIN

Rujukan Berkaitan :

Ahmad Musadad Hj. Sulaiman, Citarasa Remaja Islam,Kuala Lumpur:SABHA Services Sdn Bhd, 1992

Amina Hj Noor, Bimbingan Menjana Remaja Soleh, Kuala Lumpur: Medialine Publication, 2000

Imam al-Ghazali, Ayyuha al-Walad terj. Wahai Anakku, Kuala Lumpur, Kintan Sdn Bhd, 1994

Roslin Hj Shamsuri, Pedoman Untuk Remaja, Johor Bahru: Jahabersa, 1998; ABIM, Islam dan Masyarakat Maju, Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd, 1993

Dr. Danial Zainal Abidin, Kit Kombat Islam Untuk Remaja, Bentong: PTS Publication & Distributors, 2002; ____,Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden. Bentong: PTS Publication & Distributors, 2002; Majalah i, Bil..2 Disember 2002.

Hubungilah penulis:

[email protected][email protected]@gmail.com Dibentangkan di Program Kem Remaja Cemerlang pada 25 Disember 2002 (Rabu) di Pusat Konvensyen Semarak, Sungai Batu Pahat, Perlis Indera Kayangan. Anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Perlis dengan dibantu selenggara oleh Minda M Sistematik Konsultan.

Meminjam kata konsep Prof. Muhammad Abu Bakar dalam menjelaskan suatu gagasan idea konkrit dalam memahami dan merealisasikan sesuatu tindakan dan urusan.

Firman Allah swt bermaksud: akan tetapi aku mahu kamu menjadi golongan Rabbaniy yakni dinisbahkan kepada acuan cara hidup daripada Allah swt melalui apa yang kamu pelajari daripada al-Kitab (al-Quran) dan dengan kesentiasaan kamu menyelidikinya. [walakin kuunuu rabbaaniyyiina bimaa tuallimuuna al-kitaab wabimaa kuntum tadrusuun]

Pengertian hasanah fi al-akhirah dan hasanah fi al-dunya ialah untuk mencapai kebaikan hakiki di dunia ini pun memerlukan teras keagamaan Islam dan segala bentuk cabang perlaksanaan dan penghayatannya terhadap apa jua bentuk pembangunan kebendaan daripada membangunkan sektor pertanian sehingga teknologi canggih serta mengahantar misi penerokaan saintifik dan teknologi manusia ke pelusuk alam raya yang maha luas. Keseimbangannya berpaksikan Islam iaitu al-Din yang akan diredai oleh pencipta manusia. Selain daripadanya manusia akan mengalami kekecewaan, penyesalan dan kesengsaraan selama-lamanya.

Lihat Abu Idrak, Remaja dalam Majalah i, Bil..2 Disember 2002, 56-7

Amina Haji Noor, Kewajipan Remaja Terhadap Ibubapa Mereka dalam Bimbingan Menjana Remaja Soleh, Kuala Lumpur: Medialine Publication, 2000, 84-5

Cukuplah dengan melakukan perbuatan perbuatann berikut yang layak dianggap durhaka kepada ibubapa ialah antaranya 1) mengherdik dengan kata-kata kesat dan kasar (bengis), 2) Merenung (tajam) dengan kemarahan, 3) Tidak menyara nafkah kepada orang tua, 4) tidak menjaga, memberi perlindungan ketika mereka keuzuran, 5) Merasakan dirinya sama mulia dan kedudukan dengan orang rua mereka, 6) Membantah dan merendah-rendahkan keperluan mereka.

Catatan Imam al-Shafie r.a., mengadu kepada gurunya Waaqi tentang buruk hafalannya, maka Waaqi menasihatinya agar meninggalkan segala bentuk maksiat, kerana ilmu Allah swt itu adalah seumpama cahaya hidayah, dan cahaya petunjuk Allah swt tidak akan memasuki diri ahli-ahli maksiat.

Antara tips yang membantu remaja adalah 1) Merendah diri kepada guru-guru, 2) Memandang mereka dengan hurmat dan rahmat, 3) Iktiraf kelebihan, kedudukan dan akal budi guru, 4) Berlapang dada dan bersabar dengan tindakan dan arahan mereka, 5) Bersopan di hadapan dan memberi perhatian (konsentrasi), 6) Ceriakan wajah dan mendahulukan salam ketika bertemu guru, 7) Bertanyakan dengan penuh jujur dengan mengharapkan penjelasan 8) Berhujahlah dengan sopan dan mesra jika diberi peluang berhujah atau pendapat, 9) Sentiasa menawarkan apa jua khidmat dan bantuan dan 10) Mendoakan kebaikan selepas mati dan keampunan dosa terhadap guru-guru. Lihat Roslin Haji Shamsuri, Pedoman Hidup untuk Remaja Islam, Johor Bahru: Jahabersa, 1998, 92-4

Firman Allah swt bermaksud : Sesungguhnya kekuatan (izzah) Islam berada di sisi Allah swt, RasulNya dan orang-orang beriman, tetapi golongan munafik tidak mengetahuinya. Allah swt juga mengakui : Allah swt adalah wali kepada orang-orang beriman, manakalan Syaitan adalah wali kepada golongan penentang Allah swt (taghut).

Hadith Rasulullah saw bermaksud : Seseorang itu adalah dibentuk dengan pembawaan rakan karibnya (khalilihi), maka hendaklah kamu melihat siapakah yang dengan mereka dia bergaul. [ al-maru bi khalilihi, falyanzur man yukhaliluhu]

Hadith Tujuh Golongan yang mendapat perlindungan di hari akhirat. Lihat Ahmad Musadad Hj. Sulaiman, Citarasa Remaja Islam,Kuala Lumpur: SABHA Services Sdn Bhd, 1992, 77-8

PAGE 7