refleksi.doc

4
REFLEKSI Buat pertama kalinya saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek bagi subjek Pra-Kalkulus (MTE 1064) ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima dan menimba pengalaman baru sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang terpaksa saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat dan kecekalan yang tinggi, saya telah mampu menyempurnakannya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja kursus projek telah diberikan oleh pensyarah subjek iaitu Encik Nik Ibrahim Bin Nik Mat ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut, saya dan rakan sekelas mula berbincang tentang cara untuk melaksanakan kerja kursus ini. Walaupun Kerja Kursus Projek ini dinilai secara individu namun saya dan rakan-rakan yang lain saling berbincang dan saling membetulkan antara satu sama yang lain. Ini sedikit sebanyak memudahkan kami semua untuk melaksanakannya. Kami saling bertukar pendapat, pemikiran serta idea dan ini membolehkan kami berfikir dengan lebih terbuka dan pengetahuan kami berkenaan dengan kerja kursus ini menjadi semakin meluas. Interaksi yang berlaku diantara kami juga telah merapatkan lagi hubungan kami sekaligus menyebabkan kami dapat menjalani kehidupan di IPG dengan lebih baik.

Upload: norazlinarahman

Post on 02-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI

REFLEKSIBuat pertama kalinya saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek bagi subjek Pra-Kalkulus (MTE 1064) ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima dan menimba pengalaman baru sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang terpaksa saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat dan kecekalan yang tinggi, saya telah mampu menyempurnakannya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja kursus projek telah diberikan oleh pensyarah subjek iaitu Encik Nik Ibrahim Bin Nik Mat ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut, saya dan rakan sekelas mula berbincang tentang cara untuk melaksanakan kerja kursus ini. Walaupun Kerja Kursus Projek ini dinilai secara individu namun saya dan rakan-rakan yang lain saling berbincang dan saling membetulkan antara satu sama yang lain. Ini sedikit sebanyak memudahkan kami semua untuk melaksanakannya. Kami saling bertukar pendapat, pemikiran serta idea dan ini membolehkan kami berfikir dengan lebih terbuka dan pengetahuan kami berkenaan dengan kerja kursus ini menjadi semakin meluas. Interaksi yang berlaku diantara kami juga telah merapatkan lagi hubungan kami sekaligus menyebabkan kami dapat menjalani kehidupan di IPG dengan lebih baik.

Walaupun terpaksa menghadapi beberapa kesukaran dan kesulitan ketika menyiapkan tugasan ini namun tidak dapat dinafikan bahawa banyak manfaat yang saya peroleh disebaliknya. Saya belajar bahawa setiap kita hendak melakukan sesuatu, kita hendaklah sentiasa berfikiran dan bersikap positif. Kita hendaklah menghadapi segalanya dengan sabar dan jangan mudah berputus asa. Kita juga haruslah mempunyai keyakinan dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana ia merupakan kunci utama bagi sebuah kejayaan.

Saya juga belajar untuk mengurus masa saya dengan bijak ketika menyempurnakan kerja kursus ini. Saya telah menyediakan satu pelan tindakan tugasan bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan ini mengikut waktu yang telah ditetapkan. Tidak dapat dinafikan pelan tindakan tugasan ini membolehkan saya mengatur masa saya dengan sebaiknya iaitu melaksanakan sesuatu itu mengikut keutamaan dan kepentingannya. Pengalaman semester yang lepas telah banyak mengajar saya. Kini saya telah mampu untuk mengagihkan masa antara belajar, melaksanakan tugasan kerja kursus, menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh pensyarah serta menguruskan masa untuk aktiviti riadah yang lain. Saya juga telah mampu memberikan komitmen dalam setiap yang saya lakukan. Sesungguhnya, pengalaman yang lepas telah banyak mengajar saya cara kehidupan di Institut Pendidikan Guru ini.

Dari aspek pengetahuan, saya telah banyak meluangkan masa di Perpustakaan IPG untuk mencari maklumat yang diperlukan bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus Projek ini. Pemilihan buku ilmiah yang baik serta memenuhi kehendak kerja kursus sebagai rujukan juga amat penting. Saya kini tidak lagi mengalami masalah untuk mencari dan memilih buku rujukan yang sesuai dengan kehendak kerja kursus. Ini kerana, seperti yang telah saya lakukan pada semester yang lepas, saya telah menggunakan kemudahan OPAC yang disediakan di perpustakaan di IPG. Kemudahan OPAC yang telah disediakan telah memudahkan pencarian buku yang saya kehendaki dan juga dapat menjimatkan masa saya untuk mencari bahan bagi menyiapkan kerja kursus projek ini.

Selain itu, saya juga telah belajar cara menggunakan pelbagai aplikasi baru terutama aplikasi yang membolehkan saya membina graf-graf seperti yang diminta oleh kerja kursus projek. Antara aplikasi yang telah saya gunakan untuk membina graf ialah Geometri Sketch Pad (GSP), GeoGebra, dan juga pelbagai aplikasi-aplikasi online yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan cara untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ini, saya telah mencari dan mendapatkan maklumat di internet di samping penerangan yang telah diberikan oleh pensyarah ketika di dalam kelas. Walaupun pada mulanya saya mengalami kesukaran untuk memahami cara menggunakan aplikasi-aplikasi ini tetapi berkat bantuan pensyarah dan juga rakan-rakan yang lain, saya telah mampu menggunakannya dengan baik dan telah berjaya menghasilkan graf-graf seperti yang diiingini.

Tuntasnya, dapat saya simpulkan bahawa kerja kursus projek ini telah memberi ruang serta peluang kepada saya untuk menambahkan lagi pengetahuan dan ilmu berkenaan dengan bidang-bidang dalam kalkulus iaiatu fungsi, had dan keseanjaran, pembezaan dan juga pengamiran. Saya juga telah berjaya mempelajari dan menguasai pelbagai perisian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang terkini yang semestinya amat berguna untuk saya aplikasikan ketika mengajar di sekolah pada suatu hari nanti. Setanding dengan pembangunan negara dalam bidang tersebut dan dalam era globalisasi ini, sudah pasti cara pembelajaran dan pengajaran murid akan berubah dan tidak lagi hanya bergantung kepada buku teks dan juga penerangan guru menggunakan papan tulis tetapi pelajar mengalami dan menerokai sendiri apa yang mereka pelajari untk mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut. Oleh itu, dengan adanya kemahiran saya menggunakan pelbagai aplikasi ini, sudah pasti ianya akan membantu saya untuk mengubah cara pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.

Saya juga mula menyedari tentang kepentingan serta keindahan matematik dan ia telah dapat melatih diri saya untuk menghargai nilai-nilai intrinsik matematik dan menjadikan saya lebih kreatif dan inovatif. Saya juga sedar bahawa Matematik adalah satu alat yang penting dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan manusia yang sebenar. Kerja kursus projek ini juga telah mula menyediakan lagi diri saya dalam bergelar bakal guru matematik. Harapan saya agar saya dapat berkongsi segala ilmu yang saya ada kepada kepada generasi muda alaf ini dan memupuk minat dan cinta terhadap Matematik dalam diri mereka.