refleksi merentas desa

5
REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA 2013 OLEH : Norzulaika Binti Sabtu PISMP PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2011 910621-04-5686 Pada 9 Mac yang lalu, bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu Melaka, sebuah acara merentas desa telah dijalankan dibawah kelolaan Unit Kokurikulum dan guru pelatih PISMP Bahasa Melayu serta Pendidikan Agama Islam semester 5. Acara ini merupakan acara tahunan yang akan dijalankan setiap tahun dan semua guru pelatih wajib mengikutinya. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memenuhi proforma kursus WAJ 3114 iaitu pengelolaan aktiviti suka. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat menyihatkan badan selepas penat memerah otak di tempat kerja. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara pensyarah, staff- staff bukan akademik, dan guru pelatih iaitu dapat mengenali dengan lebih dekat lagi secara tidak formal. Ia juga dapat meningkatkan stamina warga guru pelatih. Acara ini dimulakan dengan pendaftaran iaitu seawal pukul 7.30 pagi. Sebuah tempat pendaftaran disediakan iaitu mewakili rumah sukan guru pelatih yang akan mendaftar. Rumah sukan yang terlibat adalah merah, jingga, hijau , biru dan ungu. Guru pelatih diminta untuk memakai baju mengikut warna rumah sukan masing-masing. Semasa mendaftar, guru

Upload: nor-zulaika

Post on 13-Aug-2015

743 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

merentas desa sem5

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Merentas Desa

REFLEKSI MERENTAS DESA PERINGKAT IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

MELAKA 2013

OLEH :

Norzulaika Binti Sabtu

PISMP PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2011

910621-04-5686

Pada 9 Mac yang lalu, bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus

Perempuan Melayu Melaka, sebuah acara merentas desa telah dijalankan dibawah

kelolaan Unit Kokurikulum dan guru pelatih PISMP Bahasa Melayu serta Pendidikan

Agama Islam semester 5. Acara ini merupakan acara tahunan yang akan dijalankan

setiap tahun dan semua guru pelatih wajib mengikutinya.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memenuhi proforma kursus WAJ 3114

iaitu pengelolaan aktiviti suka. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat menyihatkan badan

selepas penat memerah otak di tempat kerja. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan

silaturrahim di antara pensyarah, staff-staff bukan akademik, dan guru pelatih iaitu

dapat mengenali dengan lebih dekat lagi secara tidak formal. Ia juga dapat

meningkatkan stamina warga guru pelatih.

Acara ini dimulakan dengan pendaftaran iaitu seawal pukul 7.30 pagi. Sebuah

tempat pendaftaran disediakan iaitu mewakili rumah sukan guru pelatih yang akan

mendaftar. Rumah sukan yang terlibat adalah merah, jingga, hijau , biru dan ungu. Guru

Page 2: Refleksi Merentas Desa

pelatih diminta untuk memakai baju mengikut warna rumah sukan masing-masing.

Semasa mendaftar, guru pelatih dibekalkan dengan nombor dan sedikit makanan untuk

dibuat sarapan pagi. Ini adalah untuk mengelakkan guru pelatih pitam atau pengsan

kesan dari tidak mengambil sarapan pagi.

Selepas sesi pendaftaran selesai, semua warga IPG yang terlibat dengan larian

diminta ke bahagian tengah padang untuk menjalankan sesi memanaskan badan.

Aktiviti ini diketuai oleh Nur Fitri dari PISMP Bahasa Melayu Semester 5. Aktiviti

memanaskan badan bertujuan untuk menyediakan otot-otot supaya mampu bergerak

dengan baik semasa berlari. Sekiranya tiada aktiviti pemanasan badan dilakukan, maka

risiko untuk mendapat kecederaan seperti tisu terkoyak dan sebagainya adalah tinggi.

Oleh itu, langkah-langkah keselamatan dijalankan supaya semua warga IPG dapat

menjalankan aktiviti dengan jayanya.

Selepas aktiviti memanaskan badan dijalankan, tibalah masa untuk acara

merentas desa dimulakan. Setiap guru pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan

besar. Kumpulan pertama yang akan memulakan larian ialah kumpulan A, manakala

kumpulan kedua selepas itu ialah kumpulan B. Jarak larian setiap peserta ialah lebih

kurang 6km

Page 3: Refleksi Merentas Desa

Acara dimulakan pada jam 10.00 pagi dan tamat pada 11.30 pagi. Sepanjang

larian merentas desa diadakan, Ahli Jawatankuasa penganjur mengadakan rondaan

bagi memastikan guru pelatih mengambil laluan yang betul serta keselamatan terjaga.

Selain itu, mereka juga akan membantu sekiranya terdapat guru pelatih yang sakit atau

tidak dapat meneruskan acara. Ini membuktikan keselamatan kami terjamin.

Selepas menamatkan larian, guru pelatih diminta untuk tunggu di Stadium Puteri

Gunung Ledang bagi upacara penyampaian hadiah. Penutup acara merentas desa ini

dirasmikan oleh Puan Tumerah Binti Rosmin selaku Pengarah IPG KPM . Penyampaian

hadiah di sempurnakan oleh En Mohd Shaipullah b Awang Ibrahim, dan En Rosli iaitu

ketua unit jabatan gerko. Pemenang diumumkan dan dijemput ke hadapan.

Aktiviti merentas desa ini sememangnya aktiviti yang sangat sesuai untuk

dijalankan kepada guru pelatih. Ini kerana, guru pelatih kurang aktif dan lebih gemar

untuk tinggal di dalam bilik asrama sahaja. Oleh itu, aktiviti ini dapat menjadikan guru-

guru pelatih ini lebih aktif dan dapat mengenali alam sekitar. Para guru pelatih dapat

mengetahui jalan-jalan di sekitar IPG dan dapat mengenali penduduk kampung di

sekitar tempat ini.

Selain itu, hubungan pensyarah dan guru pelatih juga semakin akrab. Ini kerana,

guru pelatih dapat bekerjasama dengan pensayarah sebelum dan semasa aktiviti ini

hendak dijalankan. Ahli jawatankuasa pengelolaan merentas desa sudah pasti lebih

Page 4: Refleksi Merentas Desa

kerap berjumpa dengan pensyarah untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Ini adalah satu impak yang positif dimana warga IPG saling mengenali dan ini dapat

mengeratkan silaturrahim antara warga IPG.

Aktiviti ini juga dapat meningkatkan semangat kesukanan di antara warga IPG.

Ini kerana, semasa larian, semua guru pelatih berlumba-lumba untuk menamatkan

larian demi mendapatkan markah untuk rumah sukan masing-masing. Semangat inilah

yang perlu ada dalam diri saya sebagai guru pelatih iaitu sentiasa memberikan

komitmen walaupun sudah meninggalkan IPG suatu hari nanti.

Kelemahan yang saya dapati dalam aktiviti merentas desa ini ialah kawasan

pendaftaran yang tidak strategik. Pihak pengelola seharusnya menyediakan tempat

pendaftaran yang lebih luas supaya tidak terkeliru atau terlalu padat. Selain itu,

penyediaan minuman di stesen persegaran juga tidak berapa sesuai kerana pihak

pengelola sepatutnya hanya memberi air mineral dan bukannya air sirap.

Kelemahan lain yang saya dapati ialah kawasan zon penamat yang agak sempit.

Hal ini mungkin agak mengelirukan peserta kerana pengelola telah membahagikan

kawasan zon penamat kepada beberapa lorong. Perkara ini seharusnya tidak perlu

diadakan kerana ini akan mengganggu kelancaran larian peserta.

Page 5: Refleksi Merentas Desa

Dari segi kekuatan pula, saya berasa bangga dengan penyertaan guru pelatih

dan juga semangat kesukanan yang tinggi dalam diri setiap guru pelatih. Di smaping itu,

pihak pengelola juga begitu peka terhadap kebersihan kawasan stadium. Sebelum

pulang ke asrama, kesemua ahli jawatankuasa pengelola bekerjasama membersihkan

kawasan stadium.

Namun begitu, kelemahan-kelemahan tersebut boleh dibaiki kerana ia di luar

kawalan pihak pengelola. Saya berharap supaya aktiviti ini dapat diadakan secara

berterusan sepanjang tahun kerana aktiviti ini banyak membawa faedah kepada guru

pelatih. Ia juga dapat membuka mata dan minda para guru pelatih tentang pengelolan

acara merentas desa di sekolah nanti.