rayu

2
Che Mu’Azam bin Che Man, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan, 16300 Bachok, Kelantan. Tarikh : 18 Oktober 2011 Kepada: Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Sumber Manusia, Unit Paramedik dan Auksiliari, Aras 9, Blok E7, Parcele E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya. Tuan, RAYUAN PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS ISTERI KE KLINIK KESIHATAN DAERAH BACHOK,KELANTAN Saya seperti nama di atas adalah suami kepada seorang Jururawat Kesihatan U29 yang bernama NORHAFIZA BINTI ALIM( 820311-01-6186) yang bertugas di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang, Johor. 2. Saya bertugas di Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Bachok sebagai Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat. Tujuan saya membuat surat ini adalah untuk membuat rayuan bagi permohonan pertukaran isteri saya kerana beberapa sebab yang munasabah. Antara sebab-sebabnya ialah :- i. Masalah kesihatan anak saya yang memerlukan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.( Surat disertakan ) ii. Terpaksa menjaga ibu yang berusia 70 tahun yang tidak berapa sihat dan mengalami major depression with psychosis features yang kini menetap bersama saya. iii. Jarak perjalanan dari kelantan ke Johor terlalu jauh dan kos ulang-alik saya sangat besar dan sangat membebankan dan tidakmencukupi dengan pendapatan yang diperolehi. iv. Mutu tugas saya sebagai kakitangan kerajaan menjadi terjejas kerana banyak menghabiskan cuti rehat kerana faktor jarak terlalu jauh. v. Rekod perkhidmatan saya akan menjadi bermasalah jika masalah pertukaran isteri saya tidak dapat diselesaikan. vi. Masalah perhubungan saya dan isteri turut mengalami gangguan

Upload: chop-za

Post on 10-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ddd

TRANSCRIPT

Page 1: rayu

Che Mu’Azam bin Che Man,Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27,Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan,16300 Bachok,Kelantan.

Tarikh : 18 Oktober 2011

Kepada:

Ketua Setiausaha,Kementerian Kesihatan Malaysia,Bahagian Sumber Manusia,Unit Paramedik dan Auksiliari,Aras 9, Blok E7, Parcele E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62590 Putrajaya.

Tuan,

RAYUAN PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS ISTERI KE KLINIK KESIHATAN DAERAH BACHOK,KELANTAN

Saya seperti nama di atas adalah suami kepada seorang Jururawat Kesihatan U29 yang bernama NORHAFIZA BINTI ALIM( 820311-01-6186) yang bertugas di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang, Johor.

2. Saya bertugas di Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Bachok sebagai Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat. Tujuan saya membuat surat ini adalah untuk membuat rayuan bagi permohonan pertukaran isteri saya kerana beberapa sebab yang munasabah. Antara sebab-sebabnya ialah :-

i. Masalah kesihatan anak saya yang memerlukan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.( Surat disertakan )

ii. Terpaksa menjaga ibu yang berusia 70 tahun yang tidak berapa sihat dan mengalami major depression with psychosis features yang kini menetap bersama saya.

iii. Jarak perjalanan dari kelantan ke Johor terlalu jauh dan kos ulang-alik saya sangat besar dan sangat membebankan dan tidakmencukupi dengan pendapatan yang diperolehi.

iv. Mutu tugas saya sebagai kakitangan kerajaan menjadi terjejas kerana banyak menghabiskan cuti rehat kerana faktor jarak terlalu jauh.

v. Rekod perkhidmatan saya akan menjadi bermasalah jika masalah pertukaran isteri saya tidak dapat diselesaikan.

vi. Masalah perhubungan saya dan isteri turut mengalami gangguan akibat sering berjauhan.vii. Masalah penjagaan anak apabila isteri perlu menghadiri kursus dalam tempoh yang lama terutama

apabila kursus di luar daerah dan perlu tinggal di sana.

3. Saya merayu kepada pihak tuan agar dapat meluluskan pertukaran tempat bertugas isteri saya dengan secepat mungkin. Saya bimbang jika pertukaran tidak dapat dilakukan dengan segera, masalah akan bertambah rumit dan ini akan memberi tekanan kepada saya dan isteri saya dan seterusnya menjejaskan hubungan kekeluargaan saya.

4. Saya dengan rasa rendah diri merayu pada pihak Tuan/Puan agar dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan sebaik mungkin. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan adalah sangat dihargai dan disanjungi.

Page 2: rayu

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................................(CHE MU'AZAM BIN CHE MAN)830113-03-5035