rakyat tanyajib ma rm2.6 il - roketkini.com bm... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... mohamed...

16
DISEMBER 2015 PERCUMA KDN PP11732/12/2012 (032229) EDISI BM DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] UNTUK AHLI SAHAJA www.dapmalaysia.org www.roketkini.com GOLONGAN PROFESIONAL DAYAK SERTAI DAP > 7 RAKYAT TANYA NAJIB MANA RM2.6 BILION? > muka 3

Upload: ledan

Post on 30-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

DISEMBER 2015

PERCUMAKDN PP11732/12/2012 (032229)

EDISIBM

DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR

facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] AHLI SAHAJA www.dapmalaysia.org

www.roketkini.com

GOLONGAN PROFESIONAL DAYAK SERTAI DAP > 7

RAKYAT TANYA NAJIBMANA RM2.6 BILION?

> muka 3

Page 2: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

2DISEMBER 2015

Oleh LIEW CHIN TONG

SEPANJANG separa dekad lalu, telah banyak usaha cuba digembleng

pemerintah untuk mendiamkan Lim Kit Siang dan semuanya gagal sama sekali.

Terkini — penggantungan beliau dari Parlimen selama enam bulan — juga tak akan dapat melenyapkan kelantangan Kit Sing dalam memperjuangkan kepentingan negara.

Selepas 50 tahun dalam perjuangan, beliau menempuhi liku-liku politik bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) — yang tidak didaftar pada awal penubuhannya — perjalanannya belum selesai.

Parti pemerintah memang mahu mendiamkan beliau kerana tahu ramai rakyat Malaysia seiring dan senada dengan Kit Siang. Pemerintah tahu ramai lebih percayakan Kit Siang berbanding Barisan Nasional (BN).

Jadi, apakah yang berlaku di Parlimen baru-baru ini?

Kit Siang hanya menjalankan amanah selaku sebagai Ahli Parlimen dengan melontar pandangan berasaskan fakta — memberi komenter terhadap peranan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin kerana menghalang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dari mengadakan mesyuarat.

Komentar itu dilontar kerana Pengerusi PAC terdahulu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik menganggotai kabinet sedangkan PAC ketika itu dalam proses memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Seterusnya, ia membawa kegagalan terhadap usaha meneruskan siasatan terhadap skandal berkenaan. Proses itu menjadi semakin tertangguh apabila empat Ahli Parlimen BN dalam PAC ditarik masuk ke kabinet.

Sebelum ini, Najib menggunakan strategi dengan menyingkirkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengelak krisis kemungkinan

benda yang boleh dikenakan hukuman sebagai perbuatan menghina Majlis mengikut Ordinan Majlis-Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, Majlis boleh melantik suatu Jawatankuasa untuk terus menyiasat hal itu dan mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut Ordinan tersebut.”

(“Notwithstanding the provisions of Standing Order 80 relating to the Committee of Privileges, in any case where it appears to the House that there has been the commission, whether by a member or by any other person, of any acts, matters or things as are made punishable as contempt under the Houses of Parliament (Privileges and Powers) Ordinance 1952, the House may appoint a committee to summarily enquire into such a case and appropriate action in accordance with the said Ordinance.”)

Jadi, speaker perlu mengubah kebiasaan Parlimen bagi mengelakkan Ahli Parlimen dijatuhi ‘hukuman terus’ yang menjadi taktik jahat kerajaan sebagai kumpulan majoriti yang membawa usul dan undi.

Kita juga tak harus lupa ramai Ahli Parlimen pembangkang seperti Fong Po Kuan (2000), Karpal Singh (2004), Gobind Singh (2010), Anwar Ibrahim (2010) dan N Surendran (2013) yang digantung melalui taktik sama.

Sedangkan sistem parlimen Westminster bersifat demokratik dan hukuman penggantungan bertujuan mengekal keharmonian sewaktu persidangan.

Dan, biasanya penggantungan cuma dilakukan beberapa hari saja, itupun ke atas Ahli Parlimen yang gagal mengawal tingkah laku di dewan.

Dalam Parlimen Britain, penggantungan terhadap Ahli Parlimen dibuat atas sebab salah guna kewangan, bukannya k e r a n a m e n y u a r a k a n p a n d a n g a n berbeza, menyebelahi mana-mana pihak. Sebaliknya di Malaysia, penggantungan dijadikan alat untuk mendiamkan Ahli Parlimen pembangkang.

Namun, Kit Siang tetap gagal ditakut-takutkan.

Seperti yang disebutkannya di Parlimen, pengorbanan beliau itu tidak akan sia-sia kerana rakyat akan lebih sedar tentang skandal 1MDB.

Biarpun 50 tahun berkecimpung dalam politik, beliau masih menjadi sosok yang digeruni pemerintah, menjadi simbol ulung kepada perlawanan terhadap kerajaan.

Walau digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan, Kit Siang sedang mengorak langkah baru untuk bertemu rakyat Malaysia dari segenap lapisan.

Pada masa sama, rancangan juga sedang diatur untuk sambutan ulang tahun DAP ke-50 pada 18 Mac 2016 beserta ulang tahun ke-50 penglibatan Kit Siang dalam politik pada 1 Disember 2015. Malah ulang tahun kelahirannya yang ke-75 pada 20 Februari 2016.

Jadi, kita jangan sesekali mengalah. Ingatilah ungkapan Thomas Paine, a h l i f a l s a f a h a b a d k e - 1 8 : “L e b i h bur uk konfl iknya, lebih gemilang kemenangannya.”

* Penulis ialah Ahli Parlimen Kluang.

diheret ke mahkamah.Se b e n a r n y a , PAC m a s i h b o l e h

meneruskan proses siasatan. Kerana ada masih seorang Timbalan Pengerusi dan sembilan Ahli Parlimen lain dalam jawatankuasa berkenaan.

Namun, pada saat kritikal itulah Pandikar selaku speaker memutuskan PAC tidak boleh bermesyuarat, sekaligus menghalang menjalankan tugas mereka.

Sebenarnya juga, Nur Jazlan boleh saja menolak tawaran pelantikan menganggotai kabinet dan terus mengetuai PAC. Speaker Pandikar juga boleh saja memainkan peranan sebenar dengan mengizinkan PAC meneruskan mesyuarat.

Mereka boleh saja mengubah haluan sejarah negara kita.

Mereka boleh saja berpihak pada rakyat, bukannya pada Najib yang sarat skandal. Tapi nampaknya, Nur Jazlan dan Pandikar tak peduli apa-apa. Nyatalah, mereka terlepas peluang untuk mengubah sejarah.

Sebaliknya, Kit Siang membuktikan perjuangannya. Selain Gani, Muhyiddin, Tony Pua, pegawai SPRM, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas dan ramai lagi, beliau rela menjadi satu lagi korban skandal 1MDB.

Kata pemimpin veteran DAP itu selepas penggantungan itu: “Semasa saya cuba mendapatkan penjelasan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang

bercakap tentang pelantikan Pengerusi PAC, saya bertanya sama ada beliau bersetuju speaker tidak ada kuasa mengikut Peraturan Mesyuarat untuk menghalang PAC — yang ketika itu tidak ada pengerusi — daripada meneruskan siasatan terhadap 1MDB dan itu adalah salah guna kuasa.”

Pandikar pula berlagak berani , menyatakan Ahli Parlimen boleh membawa usul membantah keputusan ‘mutlak’ beliau. Malangnya, sistem parlimen Westminster yang majoritinya dikuasai penyokong kerajaan, mengakibatkan pembangkang tidak mampu menolak keputusan speaker itu.

Apapun, kalaupun Kit Siang perlu dikenakan penggantungan, bel iau patut diberi hak untuk dibicara melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (Committee of Privileges).

Seperti yang disebut Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh di Parlimen, berpandu kepada usul pertuduhan terhadap Kit Siang, speaker tidak boleh mengabai proses perbicaraan sesebuah jawatankuasa.

Peraturan Mesyuarat 80A menyebut: “Walau apa pun peruntukan Peraturan Mesyuarat 80 berhubung Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, kiranya pada hemat Majlis telah berlakunya, sama ada oleh seorang ahli atau oleh mana-mana orang lain, apa-apa perbuatan, perkara atau

Lim Kit Siang: Perjuangan yang belum selesai

Parti pemerintah memang mahu mendiamkan beliau kerana tahu ramai

rakyat Malaysia seiring dan senada dengan Kit Siang. Pemerintah tahu

ramai lebih percayakan Kit Siang berbanding Barisan Nasional.

RENCANA

Page 3: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

3DISEMBER 2015

KEMPEN ‘Pantang Undur - Kempen Solidariti Bersama Kit Siang: Mana RM2.6 bilion?’ dilancarkan bagi m e m b e r i p e n e r a n g a n kepada rakyat mengenai s k a n d a l 1 M a l a y s i a D e l e v o p m e n t B e r h a d (1MDB) dan ‘derma’ kepada Datuk Seri Najib Razak.

Pelancaran itu dibuat melalui sidang media di ibu pejabat DAP pada 10 November lalu. Kempen itu dikendali Jawatankuasa Nasional diketuai Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok manakala Jawatankuasa Kerja diketuai Edry Faizal Eddy Yusof (gambar).

Melalui kempen itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dijadual mengadakan program jelajah ke seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Anak muda harus yang meluat dengan skandal membabitkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus memiliki semangat pantang undur supaya perlawanan menentang gejala rasuah menjadi semakin kuat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja kempen ‘Pantang Undur - Kempen Solidariti Bersama Kit Siang’, Edry Faizal Eddy Yusof, berkata kesempitan hidup anak muda sering diperlekeh atau dibalas dengan jenaka, bahkan ada melabel mereka sebagai manja.

Sedangkan, katanya, ramai anak muda menyampah dengan skandal demi skandal, bahkan ia bukan hanya dalam kalangan penyokong parti pembangkang tetapi golongan atas pagar.

“Pasang saja telinga di kedai mamak atau warung makan. Jika terkeluar topik 1MDB atau ‘derma’ RM2.6 bilion, tentu yang keluar hanyalah rasa meluat dan tak puas hati,” katanya.

Be l i a u b e rk a t a , p i h a k n y a a k a n mengadakan program penerangan melalui cara bukan konvensional tetapi fleksibel termasuk menganjurkan acara dialog dan berunsur seni.

Anak muda meluat dengan BN

PENGGANTUNGAN L im K it Siang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan Ahli Parlimen lain termasuk dari Umno Barisan Nasional (BN) supaya tidak membangkitkan skandal 1MDB.

Namun, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar yakin tindakan zalim itu hanya menguatkan lagi semangat Ahli Parlimen pembangkang supaya melawan skandal itu habis-habisan.

“Seluruh dunia memerhatikan gelagat negara kita. Malaysia jadi bahan ketawa negara luar kerana kita seolah-olah ditadbir sekumpulan badut.

“Ia menjatuhkan imej Malaysia di mata antarabangsa. Lebih sedih, institusi seperti Parlimen turut dicemari untuk bela orang yang terlibat dalam skandal 1MDB.

“Pemimpin BN berkulit tebal kerana tidak berasa kehangatan skandal 1MDB walaupun ia jadi tajuk bualan di warung atau kedai kopi. Mereka pura-pura pekak,” katanya.

Malaysia jadi bahan ketawa

Penggantungan bangkitkan kesedaran rakyatLim Kit Siang digantung dari Parlimen enam bulan

KUALA LUMPUR: Penggantungan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dari sidang Parlimen berikutan keberaniannya mengkritik Speaker Dewan Rakyat dalam isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bakal membangkitkan kesedaran rakyat.

B e l i a u t i d a k k e s a l d i k e n a k a n penggantungan selama enam bulan kerana ia bakal menjadi lesen kesedaran d a n k e b a n g k i t a n r a k y a t u n t u k menumbangkan kerajaan zalim.

“Jika saya digantung dari (sidang) Parlimen enam bulan tapi ia menjadi lesen kesedaran rakyat dan rakyat

bangkit melawan kezaliman, saya terima, saya rela,” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu kesal kerana isu penggantungannya menguasai sidang Dewan Rakyat seolah-olah ada cubaan mengalih tumpuan dari skandal 1MDB dan masalah jerebu yang lebih serius.

“Kalau tanya orang, apa isu paling besar? 1MDB. Lagi besar dari 1MDB tapi dalam dewan ini, isu paling besar gantung Gelang Patah enam bulan. Dalam isntitusi parlimen pun, isu sudah bertukar wajah,” katanya.

Kit Siang digantung enam bulan

selepas pengundian 107 menyokong dan 77 membantah sekalipun prosedur penggantungannya mencurigakan, malah beliau dinafi hak pembelaan.

Beliau tidak menarik balik perkataan terhadap Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada perbahasan Isnin lalu dalam isu berkaitan 1MDB dan jerebu.

Usul penggantungan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said jam 11.40 pagi pada 22 Oktober lalu selepas usul sama ditolak sehari sebelumnya.

Bukti 1MDB tak boleh disentuh

KUAL A LUMPUR: Penggantungan Ahli Parlimen paling lama dalam sejarah tanah air dari menghadiri sidang Parlimen, tidak wajar sekaligus menjadikannya sebagai mangsa terbaru skandal 1MDB.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kesal kerana Kit Siang hanya membawa suara rakyat berkaitan skandal 1MDB yang hangat diperkata dalam dan luar negara.

“Adakah 1MDB langsung tidak boleh disentuh, tidak sesiapa pun boleh soal?

Kit Siang hanya bawa surat speaker yang memungkinkan 1MDB tidak boleh berfungsi. Apakah itu satu kesalahan?” katanya.

Beliau menyifatkan penggantungan itu tidak wajar kerana pelbagai tafsiran lain boleh dibuat terhadap Kit Siang sekaligus membuktikan Parlimen bukan lagi medan bersuara.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula menyifatkan penggantungan itu sebagai babak hitam dalam sejarah Parlimen di Malaysia berikutan Kit Siang

tidak diberi peluang membela diri.“Ia jelas usaha menutup skandal

1MDB. Ia tidak akan mematikan usaha membongkar skandal itu. Rakyat mahu tahu kebenaran dan ini bukan caranya. Cubaan tutup mulut Kit Siang hanya menyedarkan rakyat mengenai skandal itu,” katanya.

Tony Pua (DAP-Petal ing Jaya Utara), berkata Kit Siang patut dibawa ke pendengaran Jawatankuasa Hak Keistimewaan untuk diberi peluang membela diri beserta bukti dan saksi.

Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) mempertikai usul penggantungan itu berikutan ia tidak menepati tiga syarat untuk berbuat demikian termasuk elemen kepentingan umum.

“Usul itu pula diluluskan speaker yang namanya ada disebut dalam isu itu. Ini ada unsur konflik kepentingan,” katanya.

N Surendran (PKR-Padang Serai) berkata usul penggantungan tidak mematuhi prosedur berikutan speaker kerap menggunakan budi bicara yang berat sebelah.

UTAMA

Page 4: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

4DISEMBER 2015

UTAMA

Peruntukan JPM melonjakBajet Najib, oleh Najib, untuk Najib

KUALA LUMPUR: Bajet 2016 menyaksikan peningkatan drastik peruntukan Jabatan Perdana Menteri ( JPM) berjumlah RM20.3 bilion berbanding dekad lalu berikutan angkanya mencecah tujuh peratus buat pertama kali.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong itu menyifatkan bajet itu sebagai ‘abnormal’ dan songsang berikutan pemotongan besar-besaran dibuat terhadap sektor pendidikan, kebajikan dan perbelanjaan sosial.

“JPM bukan sahaja tidak kurangkan perbelanjaan, bahkan lebih banyak wang diperuntuk, dari RM19 bilion pada 2015 kepada RM20.3 bilion untuk 2016. Jumlah itu mengambil sebahagian besar wang negara,” katanya pada kenyataan media.

Pengarah Pendidikan Politik DAP itu mengesyaki peningkatan itu untuk memberi lebih sumber kepada Najib untuk menguatkan kedudukannya dalam UMNO, selain melawan kemaraan pembangkang.

Selain itu, kata Chin Tong, peruntukan JPM itu tidak jelas dan semata-mata mengikut budi bicara atau ‘suka hati’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai contoh, katanya, peruntukan seperti Dana Fasilitasi bernilai RM3 bilion, Projek Mesra Rakyat (RM1.3 bilion) dan Projek Khas (RM309 juta), amat meragukan.

“ Ti d a k p a t u t Pe rd a n a Me n t e r i memegang kuasa begitu besar dalam m e m u t u s k a n p e n g g u n a a n d a n a berbilion-bilion ringgit melalui JPM tanpa perlu kelulusan menteri ataupun Parlimen.

“ I a m e m b e r i p e l u a n g k e p a d a Na j i b ‘ b e r m a i n’ p o l i t i k m e l a l u i ‘penganugerahan’ projek ataupun dana kepada mereka yang ada talian politik dengan beliau,” katanya.

Chin Tong kesal kerana pemotongan besar-besaran dibuat ke atas bidang pendidikan, kebajikan dan perbelanjaan sosial sedangkan JPM menerima RM20.3 bilion melalui Bajet 2016 berbanding RM19 bilion pada 2015.

“Amalan yang bermula pada 2009 harus berhenti segera,” katanya.

KUALA LUMPUR: Ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membawa hasil RM39 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memotong peruntukan Ke m e n t e r i a n Pe n d i d i k a n Ti n g g i sebanyak RM1 bilion.

“Rakyat bersusah payah bayar GST tetapi kerajaan pula kurangkan peruntukan sektor pendidikan. Ini tidak masuk akal,” kata Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong.

Mengikut Bajet 2016, peruntukan sektor pendidikan dikurangkan daripada RM2.4 bilion sebelum ini kepada RM1.4 bilion.

Beliau membidas pengurangan peruntukan itu kerana ia dikhuatiri menjejaskan kualiti institusi pengajian itu, malah mengakibatkan masalah dana penyelidikan dan kemudahan lain.

Katanya, peruntukan Universiti Malaya yang kedudukannya merosot p a d a p e r i n g k a t a n t a r a b a n g s a dikurangkan 27.3 peratus, daripada RM638 juta kepada RM463 juta

“Sektor pendidikan harus dititik berat. Kerajaan perlu tambahkan universiti awam supaya pelajar tidak berkemampuan dapat pendidikan tinggi dengan percuma, bukannya kurangkan peruntukan universiti,” katanya.

Beliau kesal kerana peruntukan sektor kebajikan dan pengangkutan awam turut dikurangkan sebaliknya JPM yang menerima arahan langsung Perdana Menteri, menerima dana tambahan.

Peruntukan KPT dipotong RM1 bilion

Jejas kehidupan rakyat kelas pertengahanKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Che Keong mengecam pemotongan peruntukan sektor penting kehidupan rakyat dalam Bajet 2016 kerana ia menjejaskan kehidupan rakyat kelas pertengahan dan rendah.

Apatah lagi, katanya, negara dilanda kelembapan ekonomi, lambakan hutang dan kadar pengangguran tinggi yang memberi kesan kepada pekerjaan, pasaran dan kebajikan semasa.

Beliau berkata, pemotongan yang membebankan rakyat itu pula dibuat

ketika Jabatan Perdana Menteri ( JPM) menerima tambahan besar peruntukan berjumlah RM1.1 bilion.

“Ke ra j a a n m e m b o l o t b a h a g i a n besar hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Juga bermakna tambahan berbilion r inggit untuk digunakan mengikut budi bicara Perdana Menteri.

“Ini menunjukkan sikap tidak peduli Najib terhadap kesusahan rakyat. Beliau memberikan dirinya bahagian yang lebih besar ketika peruntukan untuk kehidupan harian rakyat dipotong. Ini secara terang-

terangan kejam,” katanya.Selain sektor pendidikan, beliau

berkata, pemotongan sama 28 peratus dibuat terhadap sektor pembangunan anak muda manakala peruntukan berkaitan kepentingan buruh dan pencarian kerja dikurangkan 24 peratus.

K a t a n y a , p e m o t o n g a n j u g a melibatkan peruntukan bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Yuran pengajian tinggi naik?K U A L A L U M P U R : P e m o t o n g a n peruntukan untuk sektor pengajian tinggi dikhuatiri mendorong kepada kenaikan yuran pengajian dan pelbagai masalah lain.

“Yang dinanti-nanti mahasiswa ialah pertambahan peruntukan dan pemberian pendidikan percuma tetapi yang terjadi sebaliknya,” kata Pascasiswazah Ijazah Sarjana Kajian Politik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Abdul Aziz Isa.

Pada kenyataan media, beliau berkata tidak salah jika bajet kali ini memberi lebih peruntukan untuk sektor pendidikan bagi meringankan beban mahasiswa.

K a t a n y a , s e k t o r p e n d i d i k a n memerlukan lebih peruntukan bagi membina kolej kediaman tambahan, memperbaiki jaringan internet di universiti dan memperbaiki sistem pengangkutan untuk kemudahan mahasiswa.

“Mudah suruh berjimat cermat dan berdikari tetapi dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kenaikan harga barangan melampau dengan GST, ini mustahil. Malah, menambahkan beban mahasiswa dan keluarga mereka,” katanya.

Kata Abdul Aziz, penempatan kolej universiti antara masalah besar berikutan pengambilan baru bertambah tiap

tahun, menyebabkan kolej sesak dan mengakibatkan mahasiswa tahun akhir terpaksa menyewa di luar pada kadar sewa mahal.

Katanya sistem pengangkutan di universiti pula bagai melepaskan batuk di tangga manakala internet sukar diakses berikutan kelajuan perkhidmatannya terhad, mendorong mahasiswa berbelanja lebih untuk mendapatkan akses lebih baik.

“Perkara itu mengganggu konsentrasi mahasiswa dalam menuntut ilmu,” katanya setiausaha Publisiti Pemuda DAP Petra Jaya itu.

Page 5: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

5DISEMBER 2015

bersambung di mukasurat 6

Oleh DR NUNGSARI A RADHI

MUTAKHIR ini , kemarahan dan nasib orang Melayu menjadi topik

popular. Bukannya semua yang marah, tetapi ada sekelompok dalam masyarakat Melayu, barangkali tercetus oleh rasa tidak selamat, telah mencipta bayangan yang mereka kini dalam ancaman.

Mereka rasa berpecah, terancam, serta tercalar maruah mereka. Walhal hampir semua kedudukan dan jawatan rasmi negara dipegang oleh orang Melayu, dan bilangan mereka melebihi 60 peratus daripada jumlah penduduk negara ini.

Banyak pihak yang mengatakan sentimen ini adalah tidak munasabah, dan ia adalah satu rekaan mental dan dipropagandakan untuk tujuan yang tidak baik — untuk mewujudkan sokongan di kalangan orang Melayu berdasarkan kebimbangan dan mungkin juga prasangka mereka.

Tindakan mengapi-apikan sentimen p e r k a u m a n i n i a k a n m e m b a w a kesan yang amat buruk. Kita perlu melakukan segala yang terdaya untuk mengelakkannya. Setakat ini, saya kecewa dengan kepimpinan yang ditunjukkan dalam soal ini.

K ita per lu menyedarkan rakyat Malaysia tentang apa yang terjadi di Syria — sebuah negara yang indah dan kaya sejarah yang kini musnah ekoran persengketaan dalaman yang disebabkan perbezaan sektarian. Mereka yang dahulunya hidup bersama kini saling berbunuhan, meninggalkan kampung halaman dan menjadi pelarian.

Kita sudah lupa dengan apa yang terjadi kepada Yugoslavia — barbarisme, pembunuhan dan pertumpahan darah yang memecah-belahkan negara itu. Ia sudah wujud sebagai sebuah negara selama 60 tahun sebelum itu. Apa yang

pendidikan telah memperdayakan orang Melayu, sekaligus meningkatkan status sosial (upward mobility) mereka apabila semakin ramai yang memasuki pasaran tenaga kerja.

D a r i p a d a s i t u , p e m b a n g u n a n seterusnya mula melangkaui soal akses melalui pembangunan fizikal, dan menghala ke arah lapangan yang lebih bersifat ‘dalaman’ seperti pembentukan nilai dan institusi masyarakat.

Namun peredaran masa menyaksikan penyelesaian masalah pembangunan orang Melayu yang merupakan masalah negara, mula menjadi masalah Melayu yang eksklusif. Seolah-olah ada dua hala tuju yang selari tetapi berbeza — pembangunan negara dan pembangunan Melayu atau Bumiputera.

Objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) — yang bermatlamat untuk mencapai perpaduan dengan menghapuskan identifikasi kaum berdasarkan fungsi ekonomi — tidak dipenuhi ekoran perubahan dalam institusi dan dasar awam.

S e k t o r a w a m y a n g m e r u p a k a n institusi negara didominasi Melayu, dan agenda Melayu menjadi eksklusif — oleh orang Melayu dan untuk orang Melayu. Ia telah hilang ciri nasionalnya. Apa yang sepatutnya menjadi langkah pembangunan berdasarkan keperluan menjadi layanan istimewa berdasarkan apa yang disifatkan sebagai hak.

Dan satu mitos pun di lahirkan — b a h a w a k e ra n g k a i n s t i t u s i i n i perlu dipertahankan demi menjaga kepentingan Melayu. Sementara itu, masalah pembangunan masyarakat Melayu — pendapatan yang rendah dan pembahagian pendapatan yang herot — kekal dan dalam beberapa segi, menjadi semakin buruk.

Percanggahan ini perlu dipecahkan dan dibentuk semula. Model pemikiran yang salah ini tidak membebaskan minda dan psike orang Melayu, apatah lagi menjadikannya semakin maju. Minda Melayu perlu dibebaskan sepenuhnya bagi membolehkannya mencapai potensi sebenar.

Maka, apa yang sepatutnya menjadi agenda Melayu?

Mentaliti feudal yang tertanam begitu dalam perlu diubah. Ia bertentangan dengan globalisme, persaingan dan kecemerlangan. Orang Melayu perlu yakin bahawa setiap seorang daripada m e re k a m e n e n t u k a n n y a n a s i b n y a sendiri, dan pembaikan diri bergantung k e p a d a u s a h a m e re k a , b u k a n n y a ditentukan oleh kelahiran atau bantuan dan naungan oleh mana-mana pihak. Berdikari adalah agenda Melayu.

Masyarakat Melayu perlu memastikan demokrasi berfungsi dan tidak dicerobohi oleh mana-mana kumpulan minoriti. Perlu ada persaingan sihat dalam politik kerana itu sahaja yang akan dapat mewujudkan kerajaan yang cekap, dan yang akan menunaikan agenda Melayu yang juga merupakan agenda nasional. Dalam soal ini, perlu ada perdebatan serta kebebasan media dan maklumat. Selagi proses demokrasi berjalan, k e h e n d a k m a j o r i t i a k a n m e n a n g . Demokrasi adalah agenda Melayu.

Oleh kerana pada puratanya orang Melayu adalah ket inggalan dalam pembangunan, mereka perlu bergantung

terjadi seolah-olah membayangkan yang mereka hidup dalam penipuan selama tempoh itu. Adakah kita juga hidup dalam satu penipuan?

M a s y a r a k a t M e l a y u m e m a n g mempunyai masalah tersendiri dan isu sebenarnya adalah mereka ketinggalan dalam aspek pembangunan (under-development). Ini bukanlah satu masalah yang luar biasa — sudah ada pelbagai kajian tentang aspek sosiologi dan ekonomi dalam pembangunan sesebuah masyarakat, dan ada penemuannya yang relevan di sini.

Namun perbincangan mengenainya

haruslah bermula dengan menggariskan p e n t a f s i r a n m a s a l a h y a n g b e t u l sebenar — bahawa ini adalah masalah pembangunan yang juga memerlukan penyelesaian bersifat pembangunan.

Masyarakat Melayu berhadapan dengan masalah pembangunan dalam pelbagai segi. Masih ramai orang Melayu yang berpendapatan rendah. Jumlah ini cukup ramai sehinggakan purata pendapatan masyarakat Melayu adalah

lebih rendah daripada purata negara. Ia juga menunjukkan bahawa tahap modal insan mereka adalah juga rendah pada puratanya.

Selain itu, pembahagian pendapatan d i k a l a n g a n o r a n g Me l a y u j u g a menunjukkan jurang yang amat besar. Ia lebih besar daripada jurang pembahagian pendapatan antara kaum. Diperhatikan b a h a w a s e m a k i n l a m a , j u r a n g pendapatan intra-kaum menjadi lebih besar berbanding jurang pendapatan antara kaum.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan, mengapakah orang Melayu

secara puratanya masih ketinggalan dalam soal pembangunan? Orang Melayu mana yang mendapat manfaat, dan apa yang terjadi dengan selainnya?

Jelas, model pembangunan yang semata-mata mewujudkan akses kepada kesihatan dan pendidikan asas sudah tidak berkesan lagi. Ia telah dijalankan dengan jayanya pada dekad-dekad awal selepas Merdeka. Akses meluas — hampir bersifat universal — kepada peluang

Agenda Melayu dan penyelesaiannya

Orang Melayu perlu yakin bahawa setiap seorang daripada mereka menentukannya

nasibnya sendiri, dan pembaikan diri bergantung kepada usaha mereka, bukannya

ditentukan oleh kelahiran atau bantuan dan naungan oleh mana-mana pihak.

RENCANA

Page 6: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

6DISEMBER 2015

RENCANA

kepada institusi awam. Maka, salah satu agenda Melayu yang penting adalah untuk memastikan sektor awam yang cekap, berkesan dan paling utama tidak dilumpuhkan oleh rasuah, serta sebuah sistem yang adil. Pencegahan rasuah adalah agenda Melayu.

Pendidikan adalah faktor penyamarata yang amat baik, dan akses yang meluas telah meningkatkan kedudukan generasi pertama pasca-Merdeka. Namun sistem pendidikan negara sudah merosot di saat peranannya semakin diperlukan ekoran persaingan sengit dunia tanpa s e m p a d a n . Ma l a y s i a m e m e r l u k a n sistem pendidikan bertaraf dunia yang membangunkan potensi individu setiap pelajar, melahirkan warga yang bersatu padu dan menyiapkan mereka untuk menyahut cabaran globalisasi. Reformasi pendidikan adalah agenda Melayu.

Secara geografi, Malaysia terletak di kedudukan yang baik. Ini bukan sahaja memberikan kelebihan geografi, tetapi te lah menyebabkan negara memiliki penduduk yang kosmopolitan, sebuah warna-warni Asia yang boleh memberikan kelebihan kepada negara dan kepada orang Melayu secara amnya. Masa depan negara dalam dunia tanpa sempadan ini bergantung kepada cara kita memanfaatkan dinamika ini. Maka, multirasialisme adalah agenda Melayu; untuk bercampur, hidup dan saling belajar antara satu sama lain.

Orang Melayu harus berusaha ke arah menjadi satu masyarakat dibina di atas

kepelbagaian. Perlunya wujud masyarakat madani yang berkembang maju, serta sifat toleransi terhadap perbezaan antara kelompok dalam masyarakat. Mereka perlu mengurangkan kebergantungan terhadap kerajaan dan lebih bergantung

kepada kesukarelawanan dan inisiatif masyarakat. Kehidupan di masa depan adalah mengenai kehidupan berangkaian (networked living). Pembentukan modal sosial adalah agenda Melayu.

Sudah lama saya menyimpulkan bahawa walaupun dengan kerangka institusi yang baik dan struktur insentif yang betul, hanya mereka yang berusaha akan mencapai kejayaan. Jalan ke arah kecemerlangan, dalam apa sahaja perkara, adalah kerja keras. Kerja keras bermaksud ketekunan, kedegilan dan usaha yang berterusan — gagal dan terus

mencuba, lagi dan lagi. Maka akhir sekali, kerja keras adalah agenda Melayu.

Pembangunan dan kelangsungan orang Melayu bergantung kepada mereka sendiri, bukan kepada naungan sesiapa. Mereka tidak boleh dikhayalkan dengan

kepercayaan bahawa negara dan kerajaan akan memberikan segalanya. Mereka perlu berfikir sendiri dan yakin untuk bersaing dan menang.

Jika ki ta t idak ber f ikir sendir i , kecenderungannya ialah kita melepaskan tanggungjawab walaupun dalam hal-hal peribadi.

Maruah seseorang terletak pada akhlaknya. Maruah dan akhlak saling bergantungan, dan tidak ditentukan oleh kedudukan ekonomi. Itulah peradaban Melayu.

Justeru, mempertahankan maruah

adalah tentang mengenai memiliki akhlak yang baik dan menunjukkan kelakuan yang betul. Tiada apa yang hebat dengan bersikap biadab dan kasar. Itu hanya kurang ajar.

Orang Melayu perlu menolak sikap-sikap ini dan mereka yang memilikinya. Mereka harus memilih pemimpin yang memuliakan dan mengangkat martabat mereka untuk menjadi insan yang lebih baik, bukannya yang memperalatkan mereka dan mengambil kesempatan dari kelemahan mereka.

D a l a m s o a l h u b u n g a n s e s a m a manusia, Islam mengajar umat Islam untuk sentiasa berbuat baik dengan orang lain dan menjaga alam ini, selaku khalifah di bumi ini. Untuk memenuhi peranan itu, mereka perlu memiliki kemampuan ekonomi dan ilmu pengetahuan.

Inilah yang paling utama — berusaha mencipta kekayaan demi berkongsi dan menyebarkannya kepada orang lain.

Orang Melayu perlu menguasai i lmu demi memanfaatkannya dan menyampaikannya kepada orang lain. Malah, ini bukan hanya agenda Melayu, tetapi agenda nasional dan agenda manusia sejagat.

* Penulis ialah seorang ahli ekonomi dan Pengarah Urusan Prokhas Sdn Bhd di sebuah syarikat perunding milik Kementerian Kewangan Diperbadankan. Beliau juga mantan Ahli Parlimen (Umno) Balik Pulau. Rencana asal diterbitkan di dalam bahasa Inggeris di The Edge, September 28, 2015.

Oleh LIM LIP ENG

SAYA tertarik dengan pendedahan terbaru National Oversight and

Whistleblowers (NOW) tentang pemusatan kekayaan sebuah badan amal jariah kepada beberapa individu dan kaum kerabat mereka.

Ini amat memeranjatkan. Saya tidak pernah menyangka sebuah yayasan yang berfungsi membantu umat Islam memajukan ekonomi mereka boleh dicemari skandal yang begitu jijik dan memualkan.

Pada saat rakyat seluruh negara sedang diperah keringat dan wang ringgit mereka dengan pengenaan cukai dan kenaikan kos sara diri, saya amat terkejut dengan pendedahan yang dibuat berkenaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Antara yang paling memualkan ialah pendedahan mengenai seorang pemimpin wanita Umno, yang menerima elaun untuk dua jawatan yang pada saya seolah-olah tidak ada banyak beza.

Jawatan pertama ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, dan yang satu lagi berbunyi Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah. Kedudukan ini memberi pulangan elaun bulanan dan keraian bernilai RM15,000 setiap satu, secara bulanan.

Pening juga kepala memikirkannya. Bagaimanakah seseorang diperuntuk elaun keraian setiap bulan pada jumlah RM15,000? Apakah yang diraikannya setiap bulan sampai sebanyak itu? Malah, jumlah pulangan beliau setiap bulan mencecah RM45,000.

Lebih menarik lagi, anak dan suami pemimpin wanita Umno itu turut

apabila musim tengkujuh kembali, masing-masing dirundung bimbang; ke mana akan mereka bawa harta benda yang tersisa sejak bencana tersebut berlaku satu tahun lalu.

Dalam keadaan rakyat terbanyak berhadapan situasi ekonomi yang menjerut leher mereka, sekelompok kecil yang beruntung mempunyai pertalian dan kenalan politik boleh sahaja bersenang-senang dengan pendapatan puluhan ribu setiap bulan, tanpa perlu letih membanting tulang.

Ada kawan-kawan yang pernah menceritakan kepada saya tentang sifat amanah yang dimiliki Nabi Muhammad SAW, sehingga diberi gelaran Al-Amin, dikeranakan integriti yang ada padanya.

B a g i n d a b e r p e s a n s u p a y a mengembalikan harta kepada yang berhak, dan jangan memakan harta anak yatim.

Saya juga diberitahu bahawa apabila matinya seorang orang Islam, segala-galanya ditinggalkan kecuali tiga perkara. Salah satunya ialah amal jariah.

Maka, jika institusi amal jariah umat Islam seperti YaPEIM secara sesuka hati meluluskan elaun puluhan ribu ringgit yang bersumber amal jariah umat Islam kepada si pemegang amanah; saya tidak tahu bagaimana rantaian sedekah dan amal jariah yang ditinggalkan akan memberi manfaat di alam sana.

Saya justeru rasa bertanggungjawab untuk menasihati mereka yang sedang bersenang lenang dengan wang hasil amal jariah umat Islam untuk segera bertaubat dan menyucikan harta mereka yang didapati dengan cara yang penuh keraguan.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Segambut

menerima pulangan bulanan daripada YaPEIM; menjadikan pendapatan setiap bulan keluarga tersebut mencecah RM81,700.

Si anak memegang jawatan pengarah di enam anak syarikat yayasan terbabit, dengan hasil mudah RM31,200 satu bulan.

Itu baru timbalan.P r e s i d e n L e m b a g a P e m e g a n g

Amanahnya pula mempunyai sepuluh jawatan di pelbagai panel, jawatankuasa dan anak syarikat yayasan tersebut. Beliau membawa pulang pendapatan bulanan sebanyak RM73,000.

Hairan, kerana pada kedua-dua surat yang mengesahkan bayaran itu diluluskan ada tertulis: ‘Institusi Amal Jariah Anda’. Mungkin slogan ini boleh ditukar menjadi ‘Institusi Amal Jariah Kami dan Anak-beranak Kami’.

Tidak masuk akal sebuah yayasan berasaskan ‘amal jariah’ khusus buat pembangunan ekonomi umat Islam memberi keuntungan atas angin kepada ‘pemegang amanah’nya dengan jumlah yang begitu besar, hanya dengan kedudukan dan jawatan sebagai pemegang

amanah.Padahal kita semua sedia maklum,

masih lagi ramai orang Melayu beragama Islam yang jenuh mencari rezeki mengais sesuap nasi untuk mandiri hari demi hari.

Saya terkenang nasib mangsa banjir di Kelantan, yang membanting tulang saban hari memotong getah. Mereka sehingga hari ini masih lagi belum menemukan punca rezeki. Malah pisau toreh getah juga hanyut dibawa air bah.

Bukan itu sahaja, kebanyakannya masih lagi menetap di khemah-khemah. Dan kini

Mengapa tergamak makan harta amal jariah?

Orang Melayu harus berusaha ke arah menjadi satu masyarakat dibina di atas

kepelbagaian. Perlunya wujud masyarakat madani yang berkembang maju, serta

sifat toleransi terhadap perbezaan antara kelompok dalam masyarakat.

Tidak masuk akal sebuah yayasan berasaskan ‘amal jariah’ khusus buat pembangunan ekonomi umat Islam

memberi keuntungan atas angin kepada ‘pemegang amanah’nya dengan jumlah yang

begitu besar, hanya dengan kedudukan dan jawatan sebagai pemegang amanah.

bersambung dari mukasurat 5

Page 7: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

7DISEMBER 2015

Oleh LIM KIT SIANG

PENYERTAAN masyarakat Dayak ke DAP menjadi antara sejarah yang

besar dalam perkembangan parti sejak 50 tahun lalu dalam mencapai hasrat menjadi sebuah parti mewakili semua kumpulan etnik dan kaum di Malaysia.

Memang sejak dari awal penubuhan pada setengah abad lalu, pemimpin m a h u p u n a h l i a w a l D A P b e g i t u bersungguh-sungguh mencurah bakti untuk memenuhi matlamat itu; Impian Malaysia.

Tanpa mengira etnik, agama. budaya, linguistik dan perbezaan sosio-ekonomi, mereka bertekad untuk membina negara Malaysia yang menegakkan demokrasi, mengamal pentadbiran cekap dan keadilan sosio-ekonomi.

Ia bagi memastikan semua rakyat — tak kira kaum dan agama, mencapai potensi bagi membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat.

Itulah sebabnya, DAP awal-awal lagi — sejak pilihan raya umum pada 1969 meletak calon pelbagai kaum baik untuk kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung Malaysia, dengan Melayu, Cina dan India dipilih sebagai wakil rakyat.

Malah, DAP juga menjadi parti politik pertama memiliki ahli dan cawangan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, bahkan di Sabah dan Sarawak.

Ini terbukti apabila pemimpin Kadazan dari DAP menjadi wakil rakyat di DUN Sabah pada pilihan raya umum 2013. Moga-moga, wakil rakyat Dayak dari DAP turut terpilih di DUN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka berlangsung awal tahun depan.

Namun, matlamat DAP untuk menjadi

parti politik yang mewakili semua kumpulan etnik dan agama di Malaysia bukan semudah yang disangka dalam suasana politik berunsur perkauman dan keagamaan yang begitu mencengkam.

Musuh politik pula cuba melemahkan cita-cita mengangkat Impian Malaysia

dengan mentohmah DAP kononnya parti politik hanya untuk satu kaum, malah satu agama. Namun, segala pembohongan dan kepalsuan semakin lama kian terhakis ditelan zaman.

Fitnah kononnya DAP hanyalah parti Cina atau parti Kristian, sah-sah suatu pembohongan kerana, pada 44 tahun lalu,

misalnya, pada pilihan raya umum 1969, Ahli Parlimen DAP keturunan India lebih ramai daripada MIC.

Sebenarnya, DAP adalah parti yang menempa sejarah negara apabi la menjadikan kaum India sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak

Suatu pembetulan sejarah politik Sarawak

KUCHING: Selepas kelompok anak muda, golongan intelektual dan masyarakat orang Asli menyertai DAP, kali ini seramai 12 pemimpin Dayak dari pelbagai latar belakang menyertai parti itu, 1 November lalu.

Mereka ialah Paul Anyie Raja yang juga bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus, Ali Basah Kesing (bekas calon PKR DUN Belaga), Manjah Frankie

11 dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Memetik Borneo Post, semua 12 orang itu sudah membuat pertimbangan teliti sebelum memutuskan untuk menyertai parti pembangkang terbesar di Bumi Kenyalang itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang turut hadir pada pengisyt iharan penyer taan mereka ke DAP bersama-sama

Bendindang (bekas calon PKR DUN Baleh), Richard Lias (bekas calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) DUN Ngemah).

Selain itu, Philip Tero ialah bekas pegawai kanan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Baba Emperan (ahli perniagaan dari Bintulu), Douglas Alau (bekas Setiausaha Eksekutif Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Edward Agung (bekas

guru).Turut sama, Robert Tella

(bekas Leftenan Komander Tentera Diraja Laut Malaysia) dan Gabriel Ajan (bekas kakitangan Petronas) dan David Kalom (bekas timbalan pengarah sebuah badan berkanun).

Penyertaan mereka pasti mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap DAP, apatah lagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-

12 pemimpin Dayak sertai DAPPengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen di ibu pejabat DAP Sarawak di Kuching.

Mereka turut menandatangani deklarasi ‘DAP Dayak Blueprint’ mengandungi tujuh perkara termasuk kepimpinan politik, reformasi tanah adat, identiti Dayak dan Perjanjian Malaysia 1963 bagi meningkatkan peranan mereka.

pada 2008, selain mencipta posisi jawatan Timbalan Ketua Menteri untuk wakil kaum itu, juga pada tahun sama.

Sebenarnya, mengikut Paul Raja, seorang peguam yang membantu perjuangan tanah adat, masyarakat Dayak suatu ketika dahulu adalah potensi kuasa politik di Sarawak, bahkan mampu memberi kesan kepada senario politik nasional.

Namun, selepas 50 tahun, mereka sebaliknya pula menjadi mangsa kuasa politik sekaligus menjadikan mereka tidak relevan dalam persaingan politik. Dan, sejarah silam itu memerlukan pembetulan.

Kerana Impian Malaysia tidak akan tercapai jika ada mana-mana etnik atau kelompok termasuk masyarakat Dayak tercicir dari arus perdana pembangunan nasional.

Untuk itu, DAP Dayak Blueprint di lancarkan supaya mereka lebih berperanan dalam politik, sosio-ekonomi, pendidikan, pembangunan insfrastruktur dan pengidentitian masyarakat Dayak, selain tentunya Perjanjian Malaysia 1963.

Mereka berhak mendapat pengiktirafan itu — bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Dayak bahkan dari Sarawak, malah pada peringkat nasional.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Gelang Patah

Sebenarnya, mengikut Paul Raja, seorang peguam yang membantu perjuangan tanah

adat, masyarakat Dayak suatu ketika dahulu adalah potensi kuasa politik di

Sarawak, bahkan mampu memberi kesan kepada senario politik nasional.

SABAH/SARAWAK

Page 8: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

8DISEMBER 2015

SUMBANGAN BUAT ORANG ASLI

BUKAN saja di Sarawak, di Perak juga ada perkampungan yang terpinggir

dari pembangunan. Ini dialami Ahli Dewan Undangan

Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh dan Adun Jalong, Loh Sze Yee ketika mengunjungi sebuah perkampungan di Tasek Temenggor, Gerik, Perak yang didiami orang Asli.

Mereka tidak ada kad pengenalan, jauh dari peluang pendidikan, malah boleh dikatakan tidak ada apa-apa.

Dengan memberi sumbangan, selain bermesra dengan penduduk setempat, Impian Perak merancang terus membantu mereka.

BAIKI SALURAN PAIP AIR

IMPIAN Perak baru-baru ini menjalankan projek membawa air bersih untuk disalur kepada enam

keluarga orang Asli suku Temiah yang terpaksa mandi menggunakan air sungai yang kotor seakan ‘teh tarik’.

Malah, penduduk terpaksa berjalan kaki kira-kira satu kilometer termasuk menyeberang sungai menggunakan rakit untuk mendapatkan air minuman yang bersih.

Melalui projek itu, saluran paip akan ditarik menyeberangi sungai ke kaki bukit kediaman penduduk yang terletak kira-kira satu kilometer dari punca air.

Impian Perak secara rasminya dilancarkan pada 5 Mei lalu pada ulang tahun sambutan DAP ke-49 dengan digerakkan ahli dan sukarelawan DAP Perak.

BINA JETI NELAYAN

PUSAT Komuniti DAP Teluk Intan melancarkan kempen derma bina jeti RM10 untuk bagi pembinaan jeti nelayan di Kampung Esso di sini, sebelum

membangunkannya secara gotong-royong.Pengerusinya, Dyana Sofya Mohd Daud, berkata Impian Perak kelolaan DAP

Perak menyumbang RM10,000 tetapi ia belum mencukupi bagi menampung kos pembinaan sekitar RM26,600.

Katanya, permohonan jeti berulang kali dibuat kepada pihak berkaitan tetapi tidak mendapat maklum balas manakala jeti sedia ada yang mereka bina sendiri, daif dan berbahaya.

“Kita terima aduan nelayan mengenai masalah kekurangan infrasturuktur jeti. Jadi, kita lancarkan kempen derma Untuk mengutip dana selebihnya,” katanya.

Kampung penempatan Melayu itu dihuni 80 keluarga dengan 30 daripadanya adalah nelayan, malah sebahagiannya adalah generasi kelima keluarga nelayan yang mencari rezeki di Sungai Perak di sini.

Ia terletak di sepanjang persisiran Sungai Perak yang hanya dua kilometer dari Bandar Teluk Intan tetapi pembangunan di perkampungan itu, jauh ketinggalan.

PASANG PAIP BAWAH TANAH

IMPIAN Sabah memperuntuk RM110,000 untuk memasang paip bawah tanah sepanjang tujuh kilometer (km) di dua kampung bagi membantu penduduk

Keningau mengatasi masalah bekalan air.Ia menelan kos RM30,000 bagi projek di Kampung Linsosod manakala Kampung

Dowokon di Pitas RM80,000 sekaligus sekitar 2,000 penduduk dapat menikmati kemudahan itu.

Penyelaras Impian Sabah, Stephen Wong, berkata dua projek itu hasil usaha gigih 12 sukarelawan Impian Sabah dari Semenanjung dan dibantu penduduk tempatan.

Kampung Linsosod adalah kawasan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tetapi kebajikan rakyat diabai.

Impian Sabah menjalankan enam projek membantu rakyat tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama dengan kos RM500,000 hasil sumbangan pelbagai pihak.

Projek membina paip bawah tanah melebihi 10 km di Keningau dengan kos RM200,000 untuk membekal sumber air kepada 1,500 penduduk di lima kampung sedang dirancang.

IMPIAN MALAYSIA8DISEMBER 2015

Page 9: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

9DISEMBER 2015

PAKATAN BARU PAKATAN HARAPAN Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi mangsa politik Umno apabila dimasukkan dalam penjara. Dalam masa sama, Pakatan Rakyat berkubur pada Jun apabila PAS melanggar dasar Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama. PAS juga enggan bertolak ansur dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan, walaupun jelas ia dimanipulasi oleh UMNO. Di samping itu, politik dalaman PAS di mana golongan profesional dipinggirkan oleh golongan ulama menyebabkan parti itu berpecah. Ramai pimpinan utama PAS termasuk Mat Sabu, Hatta Ramli, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, selain anak bekas Presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil Noor sendiri keluar parti dan bersama menubuhkan Parti Amanah Rakyat (Amanah). Amanah menjadi salah satu parti selain DAP dan PKR yang bergabung di bawah Pakatan Harapan.

BERSIH 4 LAKAR SEJARAH Rakyat Malaysia melakar sejarah pada 29 dan 30 Ogos apabila buat pertama kali himpunan Bersih diadakan siang dan malam selama 34 jam. Kira-kira 200,000 menyertai Bersih 4 yang membuat 5 tuntutan; bersihkan pilhanraya, kerajaan bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi Parlimen, dan selamatkan ekonomi Malaysia. Himpunan itu bukan saja berlangsung dengan aman tapi juga memaparkan toleransi antara peserta yang berbilang bangsa dan agama.

GSTWalaupun mendapat t e n t a n g a n d a r i p a d a majoriti rakyat, kerajaan UMNO Barisan Nasional tetap melaksanakan C u k a i B a r a n g a n & Perkhidmatan (GST ). Cukai sebanyak 6% itu menyebabkan kos hidup semakin t inggi dan rakyat semakin terbeban.

ISU PERKAUMAN Sentimen perkauman terus dimainkan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia. Tahun ini melakar beberapa peristiwa yang menyebabkan ketegangan kaum termasuklah manipulasi kes kecurian telefon di Low Yatt. Isu yang asalanya adalah kes jenayah diterjemahkan sebagai isu perkauman. Selain itu, provokasi perkauman yang hanya bertujuan menutup kelemahan pentadbiran Umno BN terus berlangsung tanpa banyak halangan daripada pihak berkuasa. Pada 16 September, himpunan yang digelar Himpunan Maruah Melayu yang jelas berbau perkauman telah diadakan. Himpunan itu disokong oleh pemimpin Umno, malah Presidennya sendiri, Najib Razak.

SKANDAL 1MDB Perdana Menteri Najib Razak telah memalukan negara sehingga di peringkat antarabangsa apabila dikaitkan dengan skandal 1MDB. Media antarabangsa Wallstreet Journal mendedahkan berbilion ringgit dimasukkan ke akaun Najib. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua giat berkempen selain turut menganggotai jawatankuasa siasatan yang melibatkan penyelewengan sebanyak RM2.6 bilion itu. Sehingga hari ini, Najib belum memberi jawapan yang jelas tentang isu itu.

RINGGIT JATUH Tahun 2015 menyaksikan nilai ringgit jatuh pada tahap antara yang paling rendah sejak krisis kewangan Asia 1997. Ketidakcekapan pentadbiran Umno BN ini yang menyebabkan ketirisan cuba ditutup pula dengan kenaikan harga tol, pengenalan pelbagai cukai dan kenaikan harga barangan. Kos hidup semakin meningkat, rakyat semakin tertekan.

SOROTAN PERISTIWA SEPANJANG 2015

DAP SEMAKIN DITERIMA Sejak tahun lalu, penyertaan dari kalangan Melayu ke dalam DAP semakin ramai. Tahun ini saja DAP menarik penyertaan tokoh seperti Sasterawan Negara A Samad Said dan pakar perlembagaan Aziz Bahri. Penyertaan lain termasuklah aktivis reformasi, Norazimah Mohamad Nor; bekas peguam PAS, Zulhazmi Shariff; dan bekas aktivis Pemuda PAS, Sheikh Omar Ali. Penyertaan di kalangan orang Melayu ini memperlihatkan DAP sebagai parti yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

UTAMA

Page 10: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

10DISEMBER 2015

Oleh AL-FILFILANY

KE L A N TA N G A N P r e s i d e n I r a n , Mahmoud Ahmadinejad dalam

membawa panji Islam mengangkatnya sebagai ‘Tiger of Islam’.

Ramai teruja dengan program nuklear Iran dan memberi sokongan. Bahkan, masyarakat mengutuk Amerika yang cuba menghalang program itu walaupun Iran bertegas ia akan digunakan sebagai sumber elektrik.

Namun, selepas isu Syiah melanda, mereka mula mengganas. Cerita bertukar 180 darjah. Media menggambarkan kejamnya Syiah hinggalah ke konflik Syria. Maka, kisah Ahmadinejad terpadam.

Muncul wajah baru, Recep Tayyip E r d o g a n . B a n y a k k e n y a t a a n n y a mengangkat maruah orang Islam. Dari isu Palestin, Syria dan Mesir. Juga Rohingya. Erdogan bagai singa — mengaum dan ngaumannya tersebar luas ke persada antarabangsa.

Tentang ketegasannya mempertahan Ahli Sunnah Wal Jamaah di depan puak Syiah, keberanian mempertahan maruah Islam dalam persidangan antarabangsa yang dihadiri pemimpin negara gergasi.

Sesiapapun umat Islam termasuk saya mudah sekali teruja dengan watak Erdogan — berani berhujah dan tegas menyatakan pendirian, tidak takut dengan tindakan balas mana-mana negara.

Terbayang Turki yang gah dipimpin seorang ‘Asadullah’. Tentang hijab, masjid yang penuh saf, tiada pusat maksiat secara legal. Malah, tergambar betapa Turki mungkin negara bayangan pemerintahan khalifah Islamiah.

Barangkali iman rakyatnya seteguh iman Abu Bakar as-Siddiq. Tegas dalam agama bak Saidina Umar al-Khattab.

Te r b a y a n g n e g a r a t i n g g a l a n Badiuzzaman Said Nursi yang penuh kesufian — dendangan qasidah dan burdah di serata tempat. Allah! Hampir pecah kepala membayangkan modenisasi Turki dan sekularisme zaman Mustafa Kemal Attaturk berubah di tangan Singa Islam.

Namun, semua itu hanya mimpi, tidak wujud. Seperti bermimpi saintis mencipta mesin masa yang mengembalikan manusia pada masa lampau dan menghantar manusia ke masa depan.

Walaupun perempuan Turki manis berhijab di Mesir, itu hanya segelintir di negara mereka. Di tempat lain, mereka memaksa orang untuk berhijab walaupun tidak faham keperluan berhijab kerana mereka sebelum ini hidup pada zaman pengharaman hijab.

Berjalan-jalan di Taksim pula, ada banyak kelab malam dan disko beroperasi terang- terangan. Saya termenung. Apakah ini kerajaan Singa Islam?

Persoalan itu dijawab seorang muslim di Turki. Islam agama yang tidak gopoh. Agama yang tadarruj. Berperingkat- peringkat dalam melaksanakan pekerjaan. Mustahil mencapai kesempurnaan sekelip mata. Untuk membina empayar Islam, bukan mudah.

Membaca cerita dan mengalaminya adalah perkara berbeza.

Keselesaan yang dikecapi rakyat Turki, kemantapan ekonomi yang meletakkan China sebagai kayu ukur dan segala-galanya kemajuan membuatkan orang

menyusun atur bandar.Begitulah Erdogan menterjemah

Is l a m d a l a m k e a d a a n n e g a r a n y a berperlembagaan sekular.

A n d a i n y a E r d o g a n m e n g u b a l perlembagaan dengan melaksanakan Islam yang sempurna, beliau mungkin tidak akan kekal di tampuk kuasa. Kudeta akan merampas kerajaan, maka lenyaplah Singa Islam sekelip mata.

Tiada lagi pembela ahli sunnah, tiada lagi yang mengangkat darjat golongan pelarian. Dan Islam akan dilihat kembali lemah kerana tiada lagi suara mengauman di pencak politik dunia.

Kejatuhan beberapa parti Islam dalam sesebuah kerajaan selepas satu penggal pemerintahan ialah kerana kegopohan melaksanakan Islam — hingga terlupa turutan dalam pelaksanaan.

Ke s a n n y a , d u n i a m e n y a k s i k a n kejatuhan kerajaan Islam dari parti Islam tumbang hanya sepenggal di tampuk kuasa. Mereka lupa untuk mengajar perihal agama kepada rakyat sebelum melaksanakan hukum-hakam.

Mereka gagal memberi pemahaman kepada rakyat bukan muslim dan p e r s e t u j u a n m e re k a s e p e r t i m a n a persetujuan Kristian dan Yahudi di Madinah sebelum wujudnya perlembagaan.

Akhirnya, Islam disalah faham sebagai agama yang memaksa dan menghukum manusia.

Jika parti Islam tidak mengamal tadarruj berperingkat-peringkat dalam melaksana Islam seperti berperingkat-peringkat turunnya al-Quran, nescaya kerajaan Islam yang pernah hilang dahulu, tidak akan kembali.

* Al-Filfilany adalah rakyat Malaysia yang menuntut di Universiti al-Azhar

lebih mudah menerima Islam.Lihatlah bagaimana perintah Allah

swt kepada Rasul diturunkan. Namun, kita membacanya dalam sehari dan kita menghabiskan beberapa kisah penurunan ayat al-Quran.

Sedangkan, sebenarnya, ayat itu turun dalam tempoh lama antara satu dengan lain. Bermakna, Islam menjadi sempurna dan lengkap bukan dalam setahun tetapi sirah nabi tercatat dalam tempoh 23 tahun.

Mustahil sebuah kerajaan Islam yang baru berusia lima atau enam tahun, mampu melaksanakan Islam secara sempurna. Erdogan melakukannya berperingkat-peringkat.

Wa l a u p u n k e r a j a a n n y a t i d a k s e m p u r n a s y a r i a h , b e l i a u t e g a s membela negara tertindas. Jika gopoh mengubah perlembagaan, memperkenal dan mengaplikasi syariah serentak, kemenangan partinya pasti tidak mampu bertahan sekuat sekarang.

Erdogan perlu memikirkan maslahah atau keperluan lain terlebih dahulu sebelum membuat perubahan drastik. Islam bukan semata-mata dengan syariah. Sebaliknya, melalui kelembutan Islam, rahmahnya seperti yang disantuni kepada

pelarian Burma dan Syria sekaligus melunakkan rakyat kepada Islam.

Malah, Kitab Syamail Muhammadiyah (buku perihal watak Nabi Muhammad) menyatakan yang membawa orang kepada agama ialah sikap pembawa agama. Rahmatnya Islam yang membela kaum wanita, hamba dan kaum miskin.

Ia disusuli meletakkan aqidah atau keyakinan dalam diri, kemudian apabila mereka percaya dan yakin, didatangkan syariah yang memandu hidup.

Untuk mencapai ke peringkat syariah lengkap, suatu jalan yang panjang. Memakan masa bertahun-tahun untuk menyempurnakan hal kemanusiaan, keperluan asasi sehingga mampu kepada syariah Islam seperti hukuman.

Turki sebelum ini ibarat Sabah dan Sarawak. Jalan raya berlubang, masalah air di mana-mana, masalah bekalan elektrik, kini berubah. Tiada perkataan mampu diungkap melihat susunan bandar Istanbul.

Tidak hairanlah, sekitar 50 peratus rakyat Turki menyokong Erdogan kerana gerak kerjanya. Bel iau mengubah mentaliti kononnya muslim tidak mampu dan mustahil menandingi Barat dalam

Kegopohan politik, mimpi syariah dan hijab Istanbul

Kejatuhan beberapa parti Islam dalam sesebuah kerajaan selepas satu penggal pemerintahan ialah kerana kegopohan melaksanakan Islam — hingga terlupa

turutan dalam pelaksanaan.

RENCANA

Page 11: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

11DISEMBER 2015

Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI

PADA 2013, Kementerian Pendidikan M a l a y s i a m e l a n c a r k a n P e l a n

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, suatu dokumen paling komprehensif dan transformasi paling besar bagi memacu semua aspirasi pembangunan negara.

Pelan itu hasil tindak balas kepada kemerosotan standard murid Malaysia berbanding rakan mereka dalam penilaian antarabangsa seperti PISA (Programme for International Student Assessment) dan TIMSS ( Trends in International Mathematics and Science Study).

Mengikut penilaian PISA pada 2012, kanak-kanak berusia 15 tahun dalam bidang Bacaan, Matematik dan Sains, Malaysia berada pada kedudukan ke-52 daripada 65 negara.

Murid Malaysia berada pada kedudukan jauh di bawah purata, bahkan ketinggalan berbanding negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Vietnam. Keputusan Malaysia itu memperlihat kemerosotan dari penilaian PISA pada 2009.

Corak kemerosotan itu dikesan dalam penilaian empat tahun sekali TIMSS yang menyaksikan Malaysia mengalami penurunan terbesar dalam kalangan 59 negara sejak 1999.

Walaupun memperoleh kedudukan ke-16 dalam mata pelajaran Matematik dan ke-22 bagi Sains pada 1999, prestasi mereka menurun kepada tangga ke-26 (Matematik) dan ke-32 (Sains) pada 2011.

Lebih membimbangkan, 38 peratus m u r i d M a l a y s i a g a g a l m e n c a p a i penanda aras minimum bagi peringkat antarabangsa dalam Matematik dan Sains pada 2011, berbanding 20 peratus pada 2007 dan kira-kira lima hingga tujuh peratus pada 2003.

Pada masa sama, hanya dua peratus mencapai penanda aras antarabangsa tertinggi pada 2011 — penurunan besar daripada 10 peratus pada 1999.

Tidak seperti Malaysia, negara Asia lain seperti Taiwan, Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong, semuanya menunjukkan peningkatan sejak 1999.

Selama ini, murid Malaysia cemerlang dalam ‘memuntahkan’ semula kandungan mata pelajaran tetapi tidak berdaya saing dalam penilaian seperti PISA dan TIMSS kerana tidak berupaya menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.

Justeru, pelan itu menggariskan 11 anjakan yang bakal mengubah sistem berorientasi peperiksaan yang cenderung meramal soalan dan topik serta penghafalan bulat-bulat — kepada melatih murid berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam persekitaran berbeza.

Dengan matlamat mencapai kedudukan dalam satu pertiga teratas pada peringkat global melalui penilaian antarabangsa seperti PISA dan TIMSS pada 2025, banyak pembaharuan pendidikan dilaksanakan.

Pada peringkat sekolah rendah, kurikulum Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi meluaskan pembangunan 3M

yang menganggap proses itu rumit. Justeru, sistem pentaksiran itu kemudian dirombak dan dipermudah.

Malangnya, setelah hanya dua tahun pelaksanaan pelan pembangunan itu, beberapa dasar pembaharuan kini diterbalik.

Pada 9 Oktober 2015, keluar pekeliling membatal keputusan 2011 itu. Bermakna perubahan yang menggabungkan 40 peratus pentaksiran pada tahun depan dibatal, sebaliknya 100 peratus peperiksaan bertulis.

Keputusan itu mensia-siakan semua masa dan sumber bagi menyiapsediakan pelbagai pihak untuk menghadapi format UPSR baru, apatah lagi dalam membangun, melaksana dan kemudian merombak semula sistem pentaksiran berasaskan sekolah.

Selain meresapkan pentaksiran dalam UPSR dan SPM, pelan pembangunan itu juga menyatakan penilaian secara amali bagi mata pelajaran sains akan diperkenal semula mulai 2015.

Bagaimanapun, dasar itu juga tidak menjadi berikutan pengumuman awal

(membaca, menulis dan mengira) kepada 4M dengan penambahan unsur keempat, menaakul.

Bagi mengalih tumpuan pembelajaran hafalan kepada kemahiran berfikir aras tinggi, pentaksiran berasaskan sekolah diperkenal dan dimasukkan dalam peperiksaan UPSR dan SPM manakala PMR akan dimansuh.

Malah, pelan itu menyatakan bahawa menjelang 2016, sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan peperiksaan UPSR dan 50 peratus dalam SPM terdiri daripada soalan pemikiran aras tinggi.

Sejajar hala tuju baru itu, pekeliling bertarikh 22 Februari 2011 dikeluarkan bagi menghebah format peperiksaan UPSR berubah dari 100 peratus berasaskan peperiksaan bertulis kepada 60 peratus manakala baki 40 peratus dari pentaksiran berasaskan sekolah. Format baru itu dijadual bermula 2016.

Sejak 2011, lima tahun dihabiskan bagi menyediakan ratusan ribu guru dan murid untuk kaedah penilaian baru itu. Malah, pelbagai cabaran ditempuhi semasa pelaksanaan awal berikutan bantahan guru

Nasib Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPusingan-U format peperiksaan dari hafalan kepada menaakul

tahun ini bahawa peperiksaan amali untuk Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pada SPM tahun ini, ditangguh.

Satu lagi masalah asas ialah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris — faktor yang dikenal pasti sebagai lima isu utama yang dihadapi majikan di Malaysia. Tambahan pula, hanya 28 peratus murid mendapat kredit minimum kertas bahasa Inggeris SPM 2011 berdasarkan standard Cambridge 1119.

Antara langkah yang disyor ialah menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus pada peringkat SPM bermula 2016. Dasar itu juga ditangguh, ia mengecewakan ibu bapa dan aktivis pendidikan yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris.

Keputusan flip-flop itu bukan sahaja membazirkan usaha bertahun-tahun melatih dan mempersiap guru-guru, ibu bapa dan murid-murid, ia juga menimbulkan tanda tanya mengenai sejauh mana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia masih relevan.

Apa gunanya pelan pembangunan itu sekarang, apabila langkah utamanya tidak dituruti?

Implikasi pusingan U dalam dasar pendidikan amat serius.

Ia bukan sahaja mendedahkan kegagalan dalam melaksanakan pembaharuan yang disyor pelan pembangunan tetapi juga untuk menyiapsediakan murid dan guru untuk format penilaian baru.

Jika objektif jangka pendek pun tidak dipenuhi, maka ada sebab kukuh untuk mempercayai betapa pelan pembangunan itu tidak lebih sekadar percubaan yang tidak realistik bagi memperbaharui sistem pendidikan.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera

Selama ini, murid Malaysia cemerlang dalam ‘memuntahkan’ semula kandungan mata pelajaran tetapi tidak berdaya saing

dalam penilaian seperti PISA dan TIMSS kerana tidak berupaya menggunakan

kemahiran berfikir aras tinggi.

RENCANA

Page 12: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

12DISEMBER 2015

Tapak tentera tergadai

KUALA LUMPUR: DAP mempertikai tindakan pemindahan beberapa kem tentera berikutan penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil pada nilai bawah pasaran.

Walaupun dinafi Kementerian Pertahanan, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkata ia berlaku membabitkan kem Sungai Besi dan Pangkalan Udara Sungai Besi di sini, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Kem Majidee, Johor.

Katanya, kerajaan menganggap penjualan i tu sebagai program pertukaran tanah dengan kementerian

dan pemaju swasta memperoleh keuntungan bersama sedangkan kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai.

“Mengapa kerajaan memindahkan kem tentera yang dikendalikan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan menjual tanah kepada syarikat swasta?” katanya.

Be l i a u m e m b u a t p e r t a n y a a n bertulis kepada Menteri Pertahanan mengenai hal itu tetapi dinafikan tetapi kejadian beberapa tahun kebelakangan menunjukkan sebaliknya.

Chin Tong berkata, kerajaan perlu mempertimbang aspek keselamatan

y a n g b o l e h m e n g g u g a t n e g a ra berikutan faktor maklumat dan aktiviti di kem tentera sebelum membuat penjualan sedemikian.

“Mindef perlu mendedahkan berapa kem tentera akan dijual untuk pembangunan semula dan jumlah kerugian akibat penjualan itu. Siapa pula yang dapat manfaat hasil jualan itu?

“ Me n t e r i Pe r t a h a n a n p e r l u menerangkan kriteria yang diguna pakai untuk memilih pemaju kerana kerajaan menjalankan rundingan terus tanpa amalan tender terbuka,” katanya.

DELEGASI DAP mengunjungi Duta Besar Indonesia di Malaysia baru-baru ini bagi menyerahkan memorandum berkaitan masalah jerebu yang menjejaskan negara ini. Antara kandungannya ialah kerajaan Indonesia diminta mempertimbang bantuan teknikal dari Malaysia dan Singapura bagi membantu proses pemadaman kebakaran hutan. Hal itu boleh dibuat melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang dua kali tertangguh berdasarkan kenyataan Menteri Alam Sekitar, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

JOHOR: Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram, Gan Peck Cheng sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Adun Jementah, Tan Chen Choon pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang di samping menjalankan tugas sebagai ketua whip.

“Saya berharap mereka akan menjadikan DAP lebih lantang dalam melalui sokongan wakil rakyat negeri itu,” katanya sambil berterima kasih kepada Dr Boo Cheng Hau yang meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor 12 Oktober lalu.

Cheng Hau yang juga Adun Skudai meletak jawatan itu pada 13 Oktober lalu berikutan kekalahannya dalam pemil ihan bar isan jawatankuasa DAP negeri itu dua hari terdahulu.

Kata Guan Eng, kedudukan mereka belum disahkan dalam sidang DUN Johor sebaliknya mereka dicalonkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP berdasarkan bilangan kerusi di negeri itu.

Adun Penggaram Ketua Pembangkang DUN Johor

KUALA LUMPUR: DAP mencetak 100,000 keping kenyataan Majlis Raja-raja Melayu untuk disebar kepada rakyat khususnya kawasan pedalaman yang kebanyakan dihuni penduduk keturunan Melayu.

“Dengan ini, rakyat dari segenap lapisan akan memperoleh gambaran sebenar situasi yang menimpa negara,” kata Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Beliau kesal kerana media tempatan berbahasa Melayu tidak memberi liputan meluas, malah menggelapkan kenyataan Raja Melayu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 6 Oktober lalu, Majlis Raja-raja Melayu m e m b u a t k e n y a t a a n m e m i n t a k e ra j a a n menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak terlibat.

Ia dianggap teguran kerana ia tidak pernah berlaku berikutan Majlis Raja-raja Melayu lazimnya hanya membuat kenyataan berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.

Pertengahan Oktober lalu, Pakatan Harapan Johor mulakan kempen penerangan dengan menyebar risalah pendedahan skandal 1MDB termasuk memuatkan kenyataan Majlis Raja-raja Melayu.

“Kita konsisten untuk memberi penerangan serta mengajak orang ramai supaya peka terhadap masalah itu,” kata Nie Ching.

Cetak 100,000 risalah titah Raja Melayu

Elak pertandingan tiga penjuruKETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Beliau mencadangkan PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri lain dengan tertakluk persetujuan parti pembangkang lain.

Beliau mengakui formula itu belum tentu dapat dilaksanakan berikutan cadangan berkenaan belum dibincang dengan mana-mana pemimpin mahupun parti politik berkaitan.

“Kepelbagaian kombinasi dalam dunia politik Malaysia berlangsung bukan sahaja dalam kalangan BN tetapi juga parti pembangkang. Ia hangat diperkata sekarang,” katanya.

UTAMA

Page 13: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

13DISEMBER 2015

SABAH/SARAWAK

DAP Sabah dipuji k e r a n a p a n t a s m e n g h u l u r k a n bantuan kepada 23 keluarga mangsa kebakaran rumah panjang di Kampung Balantos, Nabawan Pensiangan.

Pengerusi DAP S a b a h , J i m m y Wo n g S z e P h i n juga menyumbang peralatan dapur dan khemah pasang siap.

“Walaupun jauh di Penampang dan Kota Kinabalu, mereka s a n g g u p d a t a n g m e m b a n t u . L a j u macam roket,” kata Ketua Kampung, KK Tingkalur merujuk sumbangan pakaian terpakai, makanan d a n b e r a s y a n g d i k u m p u l d a l a m masa seminggu.

Buka semula kes ‘derma’ Musa Aman

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin mendesak siasatan skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan seorang ahli perniagaan balak, Michael Chia, dibuka semula.

“Jika skandal ‘derma’ RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang disiasat, mengapa skandal RM40 juta tidak dibuka semula?” katanya yang menyifatkan kedua-dua kes itu banyak persamaan.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah itu disyaki mendapat dana dari ahli perniagaan balak yang kemudian disalur sebagai ‘derma’ kepada UMNO Sabah manakala Perdana Menteri pula dikatakan memperoleh ‘derma’ dari Arab Saudi.

“Mohon Bank Negara Malaysia

(BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan, buka semula kes itu,” katanya yang mengesyaki lebih USD100 juta diberi sebagai komisen kontraktor balak Yayasan Sabah.

M e n g i k u t s i a s a t a n k e s membabitkan SPRM dan keterangan SPRM dan maklumat ICAC di Hong Kong sebelum ini, wujud pemindahan RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana ia dikatakan derma politik kepada UMNO Sabah.

Pada 16 Oktober lalu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jingga 13 membuat laporan polis berikutan N a j i b e n g g a n m e n d e d a h k a n p e n y u m b a n g w a n g b e rk e n a a n kepada UMNO Sabah.

Pada 14 Ogos 2008, Michael

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong apabila wang berjumlah RM40 juta (mata wang Singapura) ditemui dalam bagasinya ketika mahu menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Justeru, Jimmy yang memperoleh maklumat tertentu, menggesa BNM dan SPRM menyiasat dua akaun di Zurich iaitu UBS AG 231117 dan UBS AG N/A 21010109.

Beliau khuatir jika kes RM40 juta melibatkan Musa tidak dibuka semula, kebarangkalian untuk kes ‘derma’ RM2.6 bilion melibatkan Najib bakal ditutup begitu sahaja.

“Ini ‘adik abang’ punya kes. Kedua-duanya kes derma. Dulu, bila RM40 juta itu dikatakan sebagai ‘derma’ kepada UMNO Sabah, kes dianggap selesai,” katanya.

HANYA 10.9 peratus dari keseluruhan nilai Bajet 2016 diberi kepada Sabah dan Sarawak sekaligus menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengabai pembangunan di kedua-dua negeri itu.

Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong, berkata peratusan bersamaan dengan RM29.2 bilion itu apabila dibahagi dua, bermakna hanya lima hingga enam peratus diterima setiap negeri itu.

“Ini tidak mencukupi. Kerajaan BN tidak berazam untuk mempercepat proses pembangunan, malah mengabaikan kedua-dua negeri yang masih mundur,” katanya.

Sa b a h m e m e r l u k a n R M 2 b i l i o n u n t u k memperbaiki dan membina jalan raya tetapi peruntukan kepada JKR Sabah dikurangkan kepada RM425 juta berbanding RM432 juta tahun lalu.

Stephen mengesyaki peruntukan kepada JKR Sarawak ditambah RM100 juta kepada RM281 juta berbanding RM194 juta tahun lalu berikutan proses pilihan raya negeri tahun depan.

Peruntukan cuma 11 peratus

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan patut menggunakan peruntukan pembinaan Projek Hi Speed Rail (HSR) bernilai lebih RM40 bilion untuk membangunkan jaringan kereta api di Sabah dan Sarawak.

“Hingga sekarang, Sarawak tidak ada kereta api. Di Sabah hanya ada landasan kereta api tak sampai 200 kilometer pun.

“Apa salahnya bangunkan sistem kereta api di Sabah, Sarawak untuk hubungkan bandar ke bandar,” kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin pada kenyataan media

Katanya, jaringan kereta api dari Sarawak ke Sabah dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri dan penduduk sekaligus mengecilkan jurang pendapatan rakyat.

Sebaliknya, Jimmy berkata, projek HSR dari Kuala Lumpur ke Singapura itu jika diteruskan, Sabah dan Sarawak akan terus ketinggalan 20 tahun di belakang.

“Ia mewujudkan ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi antara Semenanjung dan Malaysia Timur. Adakah ada agenda tersembunyi apabila tumpukan projek di Semenanjung?” katanya.

“Cadangan projek yang dipersetujui dengan Kerajaan Singapura itu mencerminkan BN tidak mementingkan Sabah dan Sarawak, apatah lagi tambang kereta api tidak mesra pengguna.

“Yang kaya sahaja mampu gunakan perkhidmatan itu,” katanya sambil menambah, projek itu cadangan YTL Corporation Berhad pada 2006 yang juga pengendali KLIA Ekspres.

Projek itu secara rasmi dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada 19 Februari 2013.

Bangunkan sistem kereta api Sabah

Jawapan menteri ‘pusing jauh’AHLI Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin kesal berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berdolak dalik dalam isu membabitkan kepentingan Sabah dan Sarawak.

“Soalannya mudah. Adakah perjanjian 20 perkara Sabah dan 18 perkara di Sarawak sudah dilaksanakan? Mengapa menteri pusing jauh?” katanya sambil mengingatkan perjanjian berkenaan menjadi intipati kepada pembentukan Malaysia.

Nancy pada sidang Parlimen tidak secara tepat menjawab soalan itu sebaliknya berlegar kepada ‘perjanjian Malaysia 1963 dengan 18 perkara Sarawak dan 20 perkara Sabah adalah dua perkara berbeza’.

Be l i a u m e n g i n g a t k a n B N s u p a y a t i d a k memandang remeh tuntutan itu dan menekankan kepentingan Batu Sumpah Peringatan Perlembagaan yang didirikan di Keningau pada 31 Ogos 1964.

“Jika benar-benar komited terhadap hak dan aspirasi Sabahan, BN perlu buktikan. Jangan sekadar berpolitik,” kata Pengerusi DAP Sabah itu.

Page 14: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

14DISEMBER 2015

Oleh LIEW CHIN TONG

APABILA Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan baru-

baru ini menasihati pengguna jalan raya untuk “bangun lebih awal dan elakkan jalan bertol”, nyatalah, beliau benar-benar tidak memahami rungutan rakyat.

Adakah beliau wajar meletakkan kesalahan di bahu rakyat tetapi tidak mahu mengakui kegagalan kerajaan dalam membuat perancangan yang cekap untuk sektor pengangkutan awam.

Tak ubah seperti cerita rakyat di Perancis tentang seorang permaisuri yang tidak faham akan kesusahan rakyatnya. Semasa dalam era kekurangan bekalan makanan, rakyat memberontak dan merungut kerana tidak ada roti untuk dimakan, dan permaisuri itu membalas rungutan mereka dengan berkata: “Jika tidak ada roti, makanlah kek.”

Kenyataan tidak masuk akal itu kemudian menyebabkan revolusi anti-monarki yang menyaksikan kebangkitan rakyat besar-besaran melawan kelas aristokratik yang mementingkan diri dan tidak mengerti kesusahan rakyat biasa.

Hari ini, cerita rakyat dalam versi moden itu nampaknya berlaku di Malaysia. Kenyataan tak berhati perut dari Ahli Parlimen Kota Belud menunjukkan betapa kurangnya rasa peduli terhadap beban kewangan yang dihadapi rakyat biasa.

Dengan kejatuhan ekonomi, nilai ringgit yang susut dan kadar inflasi yang semakin tinggi, rakyat terpaksa menjalani hidup yang serba susah.

Malah, kerajaan mengumumkan kadar tol di 18 lebuh raya di sekitar Lembah Klang naik antara 10 sen hingga RM3 atas alasan kerajaan harus mengikut persetujuan konsesi dengan syarikat tol.

yang mungkin mencecah dua jam atau menggunakan pengangkutan awam.

B a g a i m a n a p u n , p i l i h a n u n t u k menggunakan pengangkutan awam juga tidak relevan memandangkan Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga mengumumkan kenaikan kadar tambang untuk perkhidmatan KTMB Komuter.

Dengan kadar baru itu, pengguna yang mahu mengelak membayar tol juga tiada pilihan lain. Kenaikan kadar tambang KTMB sebanyak 36 peratus itu pasti menambahkan beban pengguna komuter. Untuk perjalanan dari stesen Mid Valley ke KL Sentral (satu stesen dengan jarak 6.2 kilometer) menelan kos RM1.50 berbanding RM1 sebelumnya.

Rakyat tanggung kerugian KTMB?

Pengarah KTMB, Sarbini Tijan ada menyatakan Putrajaya tidak meluluskan jumlah penuh subsidi yang dimohon dan kenaikan kadar tambang menjadi jalan terakhir untuk menampung kerugian.

M e n g i k u t S a r b i n i , s y a r i k a t pengangkutan itu juga terkesan dengan kejatuhan ringgit memandangkan alat ganti dibeli melalui transaksi dolar Amerika.

Dalam situasi ekonomi negara yang merudum, peningkatan kos pengangkutan tidak harus diletakkan di bahu pengguna. Kerajaan patut menyediakan khidmat pengangkutan awam yang lebih baik dan mampu untuk membantu rakyat biasa menghadapi beban inflasi akibat situasi ekonomi tidak menentu.

Tanggungjawab sosia l kerajaan dalam memastikan kesediaan khidmat pengangkutan awam yang mencukupi untuk rakyat harus ditanggung oleh kerajaan, dan rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan kerugian yang dialami KTMB.

Kerajaan mesti memberi lebih banyak peruntukan untuk perkhidmatan awam seperti yang diperuntuk untuk sektor kesihatan dan pendidikan. Inilah keperluan awam yang asas yang diperlukan rakyat untuk menjalani kehidupan lebih baik.

Kos kereta dan pengangkutan awam yang semakin tinggi menyebabkan rakyat terpaksa memilih menggunakan motorsikal dan ia mendorong kadar kematian jalan raya yang lebih tinggi.

Setiap kali harga minyak naik, kadar kematian penunggang motors ikal meningkat kerana rakyat dari kalangan berpendapatan rendah terpaksa beralih daripada menggunakan kereta kepada motorsikal.

I n i l a h m a s a t e r b a i k u n t u k m e n g u r a n g k a n k a d a r t a m b a n g pengangkutan awam sebagai cara menggalakkan rakyat bertukar daripada mod pengangkutan persendirian kepada bas dan kereta api.

Namun, tanpa visi ke arah khidmat pengangkutan yang komprehensif dan lestari, kita akan terperangkap dengan lebih banyak lebuh raya mahal dan lebih banyak tol yang perlu dibayar.

Malah, masalah kesesakan lalu lintas dan keperluan terhadap pengangkutan awam tidak akan selesai-selesai.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Kluang

Pengumuman itu menyebabkan keributan reaksi pengguna jalan raya yang merungut bahawa mereka terpaksa menanggung kenaikan tol sedangkan tiada usaha memperbaiki situasi kesesakan lalu lintas di semua jalan sekitar Kuala Lumpur.

Sementara keengganan kerajaan untuk masuk campur pula membolehkan syarikat konsesi mengaut keuntungan walaupun kos pembinaan lebuhraya sudah lama langsai.

Kenapa bayar lebih?

Soalan yang ditanya oleh semua orang ialah: “Kenapa kami perlu bayar lebih sedangkan tidak ada penambahbaikan?”

Kesesakan lalu lintas di lebuh raya Lembah Klang berlaku setiap masa dan ia bertambah parah pada waktu puncak ataupun ketika banjir kilat.

Berbeza dengan fikiran Ahli Parlimen Kota Belud, kebanyakan pengguna tiada pilihan selain menggunakan lebuh raya kerana tidak ada langsung laluan alternatif. Dan, kalaupun ada laluan lain, itu tidak

menjanjikan pengguna tidak berhadapan kesesakan.

Ketika pengguna jalan raya menangisi nasib mereka, beliau dengan mudah melepaskan tanggungjawab dan menyebut ia sebagai “pilihan yang memerlukan pengorbanan”.

Ya, memang ia sebuah pilihan.Bagi kerajaan, ia sebuah pilihan antara

memberi subsidi pengangkutan awam atau membina lebih banyak lebuh raya; antara memotong peruntukan hal yang tidak memberi keuntungan besar atau melebihkan peruntukan untuk sektor lebih ‘penting’ seperti peruntukan Jabatan Perdana Menteri ( JPM) yang melonjak sebaliknya mengurangkan peruntukan sektor pendidikan dan pengangkutan.

Bagi pengguna pula, ia sebuah pilihan antara membayar tol atau pulang awal ke rumah untuk makan malam bersama keluarga atau tiba tepat di rumah jagaan untuk mengambil anak atau pulang lewat dan makan malam di pejabat atau berpindah ke tempat lebih dekat untuk mengurangkan masa perjalanan

Pengangkutan awam: Masalah atau penyelesaian?

Tanggungjawab sosial kerajaan dalam memastikan kesediaan khidmat

pengangkutan awam yang mencukupi untuk rakyat harus ditanggung oleh kerajaan, dan rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan kerugian yang dialami KTMB.

RENCANA

Page 15: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

15DISEMBER 2015

BUDAYA

Oleh SHARIFAH NURSYAHIDAH

JAM 6.45 pagi, saya sudah berada di Stesen Kereta Api Tanjung Aru.Program ‘Garisan Landasan Sabah

2015’ yang disertai ini menghimpunkan jurufoto, pelukis, penulis dan sebagainya yang akan bersama-sama bergerak dari Kota Kinabalu ke Tenom dengan menaiki kereta api.

Ada hampir 60 orang. Selain beberapa kenalan, saya tidak mengenali sesiapapun. Kebanyakan mereka daripada Persatuan Seni Visual Sabah, guru seni, pelajar seni dan lainnya. Ada juga datang sejauh dari Kelantan.

Sebaik sahaja kereta api bergerak, peserta bersiap sedia dengan pen, kertas, kamera dan sebagainya. Perjalanan harus digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencari inspirasi karya masing-masing.

Pemandangan alam sangat membantu. K a m i b e r k o n g s i g e r a b a k d e n g a n masyarakat tempatan dan boleh berbual dengan mereka untuk mendapatkan cerita.

Saya melihat seorang ibu gigih mendukung anaknya, seorang pak cik tua tertidur lena, seorang mak cik sayu memandang ke luar dan sebagainya. Kami juga ditemani dengan iringan muzik busker oleh ‘Dingin & Damai’.

Selepas dua jam perjalanan melalui sembilan stesen; Tanjung Aru, Putatan, Kinarut, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut dan Beaufort, jam 9.50 pagi kami tiba di Pekan Beaufort.

K a m i h a r u s t r a n s i t s e b e l u m meneruskan perjalanan jam. Justeru, peluang digunakan untuk berjalan-jalan sekitar pekan mencari ilham, melukis, menggambar atau apa sahaja.

Di luar Stesen Beaufort, ada satu pondok hangus. Saya tidak tahu pondok itu untuk apa? Mengikut beberapa lelaki di situ, mereka sudah minta peruntukan untuk membina pondok baharu sejak September lalu tetapi tiada maklum balas.

Mereka meminta kami hebahkan hal itu. Kata mereka, ini zaman teknologi, sebar di Facebook bar ulah dapat perhatian. Saya menyiakan sambil memerhati rakan lain sibuk merakam foto.

Saya sudah lama tidak ke sini. Kali terakhir mungkin ketika berusia belasan tahun.

Pekan kecil ini masih tidak berubah. Meskipun ramai menganggap deretan kedai lama hanya menggambarkan kemuraman dan kedaifan tetapi saya

Apatah lagi, ia melintasi Sungai Padas yang diapit kehijauan pohon dan bukit. Ia pengalaman membekaskan. Harus diingat, kereta api adalah rencam kehidupan dan satu-satunya kenderaan yang membawa penduduk keluar dari pedalaman.

Kami ke Taman Pertanian di Lagud Seberang pada hari kedua. Sampai di sini, kantuk terus hilang, ilham mudah datang. Lebih-lebih lagi melihat peserta lain asyik dengan seni mereka.

Pemandangan menenangkan. Masing-masing mengambil tempat - ada duduk di tepi tasik, berbaring di buaian, meronda-ronda taman dan sebagainya. Saya dan beberapa rakan duduk di sebuah pondok di sebelah tasik.

Sayang sekali program lebih tertumpu kepada seni lukis. Mereka yang senior membimbing orang baru berjinak-jinak. Sebagai orang yang hanya tahu menulis, agak hilang arah. Saya dengar juga petua melukis mereka. Mungkin satu hari nanti saya akan melukis pula.

Mujur ada juga rakan penulis. Kami berkongsi hal seputar penulisan puisi. Mungkin program pada tahun depan boleh diisi dengan bengkel penulisan, lukisan dan fotografi.

Saya sempat menghasilkan sebuah puisi di sini.

Kami kemudian ke Kilang Kopi Tenom Yit Foh pada sebelah petang. Kopi dan

senang melihat wujud kedai-kedai papan, utuh dengan konservatifnya.

Tidak banyak aktiviti boleh dilakukan pada waktu malam. Panggillah ia sebagai ‘pekan koboi’ sekalipun - yang penting, ia tidak boleh dibanding dengan kehirukan kota batu. Saat mahu lari mencari kedamaian di sebalik kehijauan dan suasana tenang, pekan seperti Beaufort inilah akan dicari-cari.

Masih ada lima stesen harus dilalui sebelum tiba di Pekan Tenom, destinasi tujuan sebenarnya. Stesen itu ialah Saliwangan, Halogilat, Rayoh, Pangi dan Tenom. Tetapi, ketika di Stesen Saliwangan, kami terpaksa menunggu lama.

Mungkin ada kerosakan. Petugas kereta api sibuk membaiki kereta api dalam cuaca terik. Suasana di dalam dan luar kereta api memang panas. Tanpa pendingin hawa dan kerusi empuk, perjalanan cukup meletihkan.

Dengan keadaan gerabak dan landasan, baru saya faham mengapa pernah terjadi kemalangan kereta api. Tetapi, saya kira, kereta api yang mungkin berusia lebih 30 tahun ini suatu nikmat yang harus dirasai semua orang.

Mencari seni di garisan landasanseni memang kesatuan yang tidak boleh dipisah. Seni tanpa kopi itu akan jadi kosong. Minum kopi tanpa berseni juga sesuatu yang mustahil.

Pada waktu malam, kami menyaksikan b u s k i n g ‘ D i n g i n & D a m a i ’ d a n Haidar. Sifu Fuad dan Cikgu Ramli juga mempersembah nyanyian puisi. Pertunjukan mereka hebat, rasa kerdil berada dalam kalangan mereka, terasa tidak layak berada di sini.

Persembahan sama berlangsung pada malam ketiga - majlis penutupan. Ia dihadir i wakil Balai Seni Lukis Negara, Tourism Malaysia (Sabah), Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan (UMS), Senator Datuk Lucas Umbul dan sebagainya.

Malah, ia diseri dengan deklamasi puisi oleh penyair terkenal, Siti Zainon Ismail. Saya juga membaca puisi saya yang berjudul ‘Satu’ - terhasil ketika perjalanan ke Tenom.

Lantas, apakah yang saya peroleh? Adakah saya dapat mencari seni di garisan landasan?

Sejujurnya, ia menimbulkan pelbagai rasa. Saya pulang dengan seribu macam perkara dalam fikiran. Apabila melihat kesederhanaan masyarakat tempatan, kita lupa itulah seni kehidupan.

Apabila memandang wajah penyair bernyanyi, kita tidak tahu itukah seni bercinta? Apabila melihat aksi aktivis menegakkan kebenaran, kita tidak sedar itulah seni perlawanan. Seni itu tidak boleh berpisah daripada kebenaran.

S e n i i t u h a r u s m e n j a d i a l a t menyampaikan hakikat. Bukan sekadar mengungkap keindahan atau memberi warna pada benda-benda. Kita tidak perlu bersusah-susah untuk mencari kata-kata terbaik untuk membuat puisi, tidak harus pening memikirkan bagaimana mahu melukis, tidak payah mencari sudut terbaik ketika menggambar.

Sedang Tuhan itu maha seniman, seni itu daripada dalam hati dan jiwa manusia. Seperti kata Deidara Naruto, seni itu adalah ledakan, adalah sesuatu yang rapuh, yang menghilang dalam sekejap.

* Penulis ialah anak muda kelahiran Sabah yang giat mengembara, kerap terlibat dalam aktiviti seni dan kemasyarakatan selain menulis di The KL Review.

Seni itu tidak boleh berpisah

daripada kebenaran. Seni

itu harus menjadi alat menyampaikan

hakikat. Bukan sekadar

mengungkap keindahan atau memberi warna

pada benda-benda.

Page 16: RAKYAT TANYAJIB MA RM2.6 IL - roketkini.com BM... · benda yang boleh dikenakan hukuman ... Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi ... seorang ahli atau

16DISEMBER 2015

EDITOR FAZALLAH PIT | JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI | PENYELARAS ROKETKINI EDRY FAIZAL YUSOF | REKALETAK SHAFIQ HALIM | GRAFIK MUKADEPAN WAHYUDI MOHD YUNUS

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

UTAMA

Skandal YaPEIM: Agama diperguna ‘halalkan’ seleweng dana?

KUALA LUMPUR: Pendedahan mengenai penyelewengan dana institusi agama termasuk Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), bukan pertama kali berlaku di negara ini, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Beliau berkata, ia mengingatkan kembali kepada penggunaan wang Lembaga Tabung Haji untuk membeli tanah pada harga RM188.5 juta yang memberi keuntungan atas angin RM184 juta kepada 1Malaysia Developemt Berhad (1MDB).

Sebelum ini, katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain pernah didakwa menggunakan wang zakat Wilayah Persekutuan untuk membiayai kos guaman.

“Jika semua agensi dan yayasan disiasat,

mungkin lebih banyak penyelewengan dijumpai. Tidak hairanlah betapa banyak sekalipun institusi atas nama Islam ditubuh, umat Islam di negara ini tetap tidak terbela,” katanya.

Pada 12 November lalu, National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW ) mendedahkan, sebuah keluarga pentadbiran atasan YaPEIM membolot 26 jawatan dengan jumlah gaji RM154,700 sebulan.

Seorang pimpinan wanita Umno Kelantan didakwa menerima gaji bulanan RM45,500 daripada tujuh jawatan yang disandangnya manakala anak lelakinya (RM31,200) dan suaminya (RM5,000), ber makna keluarga i tu mendapat RM81,700 sebulan.

Seorang lagi pimpinan YaPEIM memperoleh pendapatan RM73,000.00 sebulan dengan memegang 12 jawatan.

Za i r i l m e n y i f a t k a n i a u m p a m a menggunakan Islam untuk menghalalkan penyelewengan, apatah lagi NOW mendedahkan RM223,000 pernah disalur terus kepada pemimpin Wanita Umno itu pada kempen Pilihan Raya Kecil Rompin.

Pe n o l o n g S e t i a u s a h a P u b l i s i t i K e b a n g s a a n D A P i t u b e r k a t a penyalahgunaan dana sebuah institusi agama yang mengutip derma daripada 588,930 pencar um bulanan suatu perbuatan keji.

Jika benar, katanya, pendedahan itu membuktikan kecenderungan dana sesebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri ( JPM) itu disalah guna bagi kepentingan individu.

Tambah malang, katanya, agensi itu adalah yayasan yang diberi mandat untuk membantu orang Islam, dengan sebahagian daripada dananya hasil

sumbangan orang ramai.“Nama Islam dicemari institusi

dan agensi agama yang bukan sahaja menyeleweng dana dan tidak menjaga kebajikan umat

“Bukankah lebih baik segala tenaga dan sumber digunakan bagi menangani jurang pendapatan, kemiskinan kota dan lain-lain isu sosio-ekonomi yang menjadi pokok masalah sosial?

“Bukankah kemiskinan itu sebenarnya menghampirkan orang dengan kekufuran, sepertia yang dijelaskan oleh hadis Nabi?” katanya pada kenyataan media.

Beliau mendesak kerajaan membuat penjelasan dan merombak semula pengurusan YaPEIM supaya diurus secara profesional, bukan menjadi sumber habuan politik.

K UA L A LU M P U R : Ju m l a h keseluruhan pendatang asing di Malaysia mencapai hampir 30 peratus penduduk negara ini jika cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh diteruskan.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, berkata bilangan p e k e r j a B a n g l a d e s h y a n g mahu dibawa masuk secara berperingkat selama tiga tahun itu pula hampir menyamai tiga

perempat penduduk di Perak.M e n g i k u t s t a t i s t i k

Kementerian Sumber Manusia, katanya jumlah pekerja asing yang memiliki Pas lawatan Kerja Sementara pada 2014 mencecah 2.1 juta manakala pendatang tanpa izin seramai 4.6 juta.

“Apabila kerajaan membawa m a s u k 1 . 5 j u t a p e k e r j a Ba n g l a d e s h , m a k a j u m l a h k e s e l u r u h a n p e n d a t a n g asing akan mencecah 8.2 juta

orang, lebih kurang 27 peratus penduduk Malaysia,” katanya pada kenyataan media.

Pada 1 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor menyatakan kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh dari pelbagai sektor akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, kemasukan itu juga merumitkan masalah

p e n g a n g g u r a n b e r i k u t a n kadarnya dikhuatiri naik kepada empat peratus berbanding sekarang antara 2.9 hingga 3.2 peratus.

Katanya, banyak sektor awam tidak mengambil pekerja baru manakala syarikat swasta ‘tutup kedai’ sekaligus menjejaskan peluang penduduk tempatan memperoleh pekerjaan dan kenaikan gaji.

“Statistik Kumpulan Wang

Simpanan Peke r ja (KWSP) menunjukkan lebih 40 peratus pekerja tempatan berpendapatan b u l a n a n k u r a n g R M 2 , 0 0 0 manakala 65 peratus pendapatan gabungan suami isteri kurang RM3,500.

“ M a l a y s i a a k a n g a g a l mencapai taraf negara maju pada 2020 kerana sasaran gaji individu RM5,000 sebulan mustahil dicapai dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya.

30 peratus penduduk pendatang asing jika...