radd qadianiyat - menentang kepercayaan sesat qadiani

Upload: jalalludin-ahmad-ar-rowi

Post on 30-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    1/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    1

    Kepercayaan Sesat

    Mirza Ghulam Ahmad Qadiani

    RADD QADIANIYAT

    MENGAPA

    BELIAU BUKANMUSLIM

    SIRI 1

    Oleh:Dr. Syed Rashid Ali

    Terjemahan Bahasa Melayu:Zubir Hussein As-Singapuri

    Suntingan:Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    2/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    2

    uKempen Kesedaran Tentang Fitnah Ahmadiyah Qadiani

    Segala pujian bagi Allah, Rahmat dan Kesejahteraan ke atasjunjungan kami Sayyidina Muhammad yang tiada Rasul atauNabi sesudahnya serta ke atas Ahli Keluarga dan Para Sahabat

    Baginda.

    Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

    Pada tahun Masihi 1974, Para Ulama Islam dari 124negara telah berhimpun di Makkah Al-Mukarramah dibawah naungan Rabitah Al-Alam Al-Islami. Dengansebulat suara mereka telah meluluskan fatwa yangmengisytiharkan bahawa Mirza Ghulam Ahmad Qadianiserta pengikutnya Gerakan Ahmadiyya atau Qadiani atau

    Ahmadi atau Mirzai atau Lahori sebagai Murtad, Kafirdan tersingkir dari Ummat Islam. Bahkan, sejak 100 tahunkebelakangan Para Ulama Makkah Al-Mukarramah, Al-Madinah Al-Munawwarah, Mesir, India, Pakistan sertasemua negara Arab dan Islam telah sepakat pendirianmereka bahawa sesungguhnya Mirza dan pengikutnyaadalah Murtad, Kafir dan bukan Islam.

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    3/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    3

    CARA DAN HELAH

    Pengikut Mirza Ghulam Ahmad menggelar diri merekaMuslim Ahmadi. Mereka sengaja berdakwah di daerah-daerah pendalaman di mana orang-orang Islam tidakpernah terdengar nama Mirza Ghulam Ahmad, fahamanQadiani atau gerakan Ahmadiyya. Mereka megaku diri

    meraka dari golongan Ahli Sunnah serta menawarkanpertolongan dalam bentuk kewangan dan lain-lainkemewahan. Dengan cara demikian sebilangan ummatIslam yang miskin dan kurang ilmu pengetahuan telahdisesatkan yang kebanyakannya dari negara-negaraAfrika Tengah dan Afrika Barat, Asia Timur dan AsiaTengah. Ini kerana Muslim dan Muslimah di daerah-

    daerah tersebut tidak tahu-menahu tentang fitnah MIRZAGHULAM atau AHMADIYYA dan sama sekali tidakdimaklumkan tentang fatwa bahawa seluruh UmmatIslam telah menganggap mereka sebagai Murtad, Kafirserta terkeluar dari ajaran Islam yang benar.Kesudahannya ramai pengikut Ahli Sunnah berubahmenjadi Muslim Ahmadi.

    PERTANYAAN: Mengapakah meraka menggelar dirimereka MUSLIM AHMADI jika mereka dari golonganAHLI SUNNAH?

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    4/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    4

    SIAPAKAH MIRZA GHULAM AHMADSEBENARNYA?

    Mirza Ghulam Ahmad telah dilahirkan di sebuahkampung yang bernama Qadian di utara India padatahun Masihi 1839 dan berasal dari keluarga Islam. Beliau

    mempelajari sedikit sebanyak ilmu Agama di rumahnya.Beliau juga sering mengalami berbagai penyakit jiwa danjasmani serta lazim mengubati dirinya dengan candu dantonik arak anggur. Pemerintah Inggeris India telah berjayamempengaruhinya supaya menjual Imannya bagimendapat ganjaran dunia. Beliau juga mengakui dirinyaadalah Nabi Isa Al-Masih, Imam Mahdi, seorang Nabidan bahkan sebagai kedatangan Nabi MuhammadSallallahu Alaihi Wasallam yang kedua kalinya dalambentuk rupa Mirza untuk mengembangkan ajaran Islam.Dalam pada itu beliau mendakwa telah menerima wahyudengan menyifatkan karangannya Braheen-e-Ahmadiyya sebagai Kitab Allah.

    Pada masa itu penjajah Inggeris di India sedangmenghadapi kesulitan dalam pemerintahan disebabkansemangat Jihad orang-orang Islam, lalu meggalakkanMirza Ghulam Ahmad mengarang beberapa kitab danwarkah dalam mana beliau telah menghapuskan Jihadsabagai Syara dan menggantikannya dengan kesetiaanterhadap pemerintah Inggeris adalah satu-satunya rukunIman. Mirza menubuhkan aliran Ahmadiyya pada tahun

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    5/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    5

    1889 dan pengikutnya diberi nama Muslim Ahmadi.Beliau menggelar sesiapa yang tidak menerimanya danenggan mengiktiraf kenabiannya sebagai anak haram(keturunan sundal). Mirza Ghulam Ahmad menemuiajalnya pada tahun 1908 tetapi aliran Ahmadiyya terusgiat berkembang, pada mulanya di bawah naunganInggeris dan kemudian ditaja oleh Amerika Syarikat and

    lain-lain negara yang memusuhi Islam.

    KEPERCAYAAN MIRZA GHULAM

    Mirza Ghulam Ahmad mengarang 80 kitab dalam masa

    hidupnya dari mana kita dapat mengenal carapemikirannya dan memahami bagaimana dalam beberapamasa keislamannya bertukar menjadi keingkaran dankekufuran. Kesemua kitab-kitab karangan Mirza Ghulamtelah dihimpunkan dan diberi tajuk Roohaini Khazainditerbit dan diedarkan oleh Pusat Aliran Ahmadiyya diLondon.

    Oleh kerana Mirza telah dilahirkan dalam keluarga Islam,buah fikirannya pada awalnya tidak banyak berbezadengan fahaman Ahli Sunnah. Dengan peredaran masa,kepercayaan Mirza berubah sama sekali dan penulisannyabertukar mencerminkan kesesatan dan bertentangandengan Islam. Tidak hairanlah Golongan Ahmadi dalam

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    6/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    6

    dakyahnya hanya menyebut ajaran Mirza yang awal. Halperistiwa Mirza jarang disebut dan jika dirujuk Mirza,diperkenalkannya sebagai saorang Mujaddid atau ImamMahdi atau Nabi Isa dan ini pula mengikut keadaan atautaraf pemikiran ahli jemaah yang mereka tujukan.Dakwaan Mirza mencapai kenabian tidak dibangkitkan.

    Berikut adalah petikan dari kitab-kitab Mirza Ghulam danberdasarkan semua ini Para Ulama Islam telahmengisytiharkan Mirza serta pengikutnya sebagai Kafir,Murtad dan terkeluar dari Ummat Islam:

    Mirza Ghulam Ahmad mengatakan (petikan dari Izala-e-Auham, Roohani Khazain jilid 3 ms 114-472):

    Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallamtidak mengerti makna Surah Al-Zalzalah.

    Para Rasul yang lain juga telah berbuat salah danberbohong. Kesilapan juga didapati dalam wahyuyang diterima Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam. Di sini Mirza cuba menutup

    kesalahannya sendiri baik kenyataannya yangpalsu atau telahan-telahannya yang tidak berlaku. Wahyu yang diterima Nabi Muhammad Sallallahu

    Alaihi Wasallam tidak memaklumkan tentangIbnu Maryam, Dajjal, Yajuj dan Majuj danDabbatul Ardhz.

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    7/13

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    8/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    8

    Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telahkembali ke dunia sebagai Mirza untukmengembangkan Islam (Roohani Khazain jilid 17 ms249).

    Penganut Ahmadiyya tidak harus membezakanantara Mirza Ghulam dengan Nabi NabiMuhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerana

    katanya, Sesiapa yang membezakan antara akudan Mustafa (Nabi Muhammad Sallallahu AlaihiWasallam) tidak pernah melihat ataumengenalku"(Roohani Khazain jilid 16 ms 171).

    Mirza kononnya menerima wahyu: MuhammadurRasulullah Wallaziina Ma'ahu Ashidda-uhu Alal Kuffar Ruhama-u Bainahumdalam mana Tuhan

    telah menamakan aku sebagai Muhammad danRasulullah (Roohani Khazain jilid 18 ms 207).

    Sesiapa menjadi ahli Jemaah Mirza dengantersendirinya bertaraf Sahabat Rasulullah (RoohaniKhazain jilid 16 ms 259).

    Oleh sebab Mirza Ghulam tidak lain orangnya dariNabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

    maka apabila seorang Ahmadi mengucap KalimahTayyibah (Syahadah), maksud MuhammadRasulullah adalah Mirza Ghulam Ahmad Qadiani(Kalimat Al-Fasl oleh Mirza Basheer Ahmad anaknyaMirza Ghulam Ahmad Qadiani).

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    9/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    9

    Dari Mirza anak Chiragh Bibi hingga ke Isa IbnuMaryam

    Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan oleh ChiraghBibi tetapi beliau mendakwa yang dirinya adalahIsa Ibnu Maryam. Mirza mengatakan padamulanya Tuhan telah merubahnya menjadi

    Maryam salama dua tahun. Selepas itu, Tuhanmembuatnya mengandung selama 10 bulandengan meniupkan Ruh Isa ke dalamnya danakhirnya dia telah bertukar menjadi Isa IbnuMaryam (Roohani Khazain jilid 19 ms 87-89).

    Mirza Ghulam Ahmad mendakwa:

    Dirinya adalah Massel Masih serta mempunyaibeberapa persamaan dengan Isa Ibnu Maryam(Roohani Khazain jilid 1 ms 593).

    Nabi Isa adalah anak Yusuf Najjar (Roohani Khazainjilid 3 ms 254).

    Nabi Isa telah wafat dan tidak lagi akan kembali(Roohani Khazain jilid 3 ms 402)

    Nabi Isa adalah seorang pembohong, kerap kalimenyebut kata-kata lucah, pemabuk, perakus dan jahat, bukan orang yang salih atau mencarikebenaran, juga sombong dan angkuh danmendakwa ketuhanan dirinya (Roohani Khazain jilid9 ms 289).

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    10/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    10

    "Sebenarnya Nabi Isa tidak pernahmemperlihatkan sebarang mukjizat" (RoohaniKhazain jilid 11 ms 290-291).

    "Tiga nenek moyang Nabi Isa adalah ahli zina danpelacur dan dari darah daging mereka Nabi Isadijadikan" (Roohani Khazain jilid 11 ms 291).

    "Nabi Isa menjadi gila kerana penyakit sawan"(Roohani Khazain jilid 9 ms 417).

    "Aku lebih senang jika Nabi Isa tidak pernahditurunkan ke dunia ini" (Roohani Khazain jilid 9 ms417).

    "Aku lebih sempurna dari Isa Ibnu Maryam"(Roohani Khazain jilid 1 ms 593).

    "Aku mempunyai beberapa sifat yang menyerupaiIsa,. sifatku dan Isa ibarat atom yang kembaratau dua benih dari pokok yang sama" (RoohaniKhazain jilid 1 ms 593).

    Takabbur Mirza bahawa:

    Al-Quran adalah Kitab Allah dan sebutanku"(Iklan bertarih 15 Mar 1897, Roohani Khazain jilid 22ms 87).

    "Aku yakin akan wahyu yang aku terima samasaperti Al-Quran dan Taurat" (Roohani Khazain jilid17 ms 454).

    "Asas dakwaan kami bukan Al-Hadis dan Al-Quran tetapi wahyu yang kami terima. Memang

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    11/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    11

    benar kami merujuk kepada Hadis yang disahkanAl-Quran bilamana ia memperkukuhkan dan tidakberchanggah dengan wahyu kami, yang lainnyakami ketepikan seperti sampah kertas" (RoohaniKhazain jilid 19 ms 140).

    "Baitul Zikr (Masjid di sebelah Baitul Fikr, bilikyang di mana Mirza berdiam dan mengarang kitab-

    kitabnya) sama saperti Haram Kaabah, Wa mandakhalahoo kaana amina yang bermaksud Dansesiapa yang memasukinya berada dalamkeamanan. (Roohani Khazain jilid 1 ms 666-667).

    Ayat 1 Surah 17 (Al-Isra) dari Al-Quran: MahaSuci Tuhan yang telah menjalankan hambanya(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Haram

    (di Makkah) ke Masjid Aqsa (di Baitul Maqdis),erti dan tujuannya adalah masjid yang telah dibinaoleh bapa Mirza Ghulam. (Himpunan iklan jilid 3 ms286)

    Perhatian: Mengikut Mirza Ghulam, Al-Quranadalah kata-kata dari mulutnya, Masjidnya sama

    dengan Masjid Haram, dan Masjid Aqsa pulaterletak di Qadian bukan di Baitul Maqdis.

    Mirza memutuskan bahawa:

    "Kesemuanya telah terima dan percaya akankenabianku melainkan keturunan pelacur yang hati

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    12/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    12

    mereka itu telah ditutupi Tuhan" (Kamalate Islam,Roohani Khazain jilid 5 ms 547).

    "Sesiapa yang enggan percaya tentang MirzaGhulam Ahmad Qadiani telah ingkar terhadapTuhan dan Rasul dan akan dimasukkan ke dalamNeraka" (Iklan oleh Mirza Ghulam Ahmad bertarih 25Mai 1900).

    "Aku adalah benih yang dengan kemahuan sendiriditanam dan dipelihara Kerajaan Inggeris. Kerajaanharus melindungi benih tanaman ini.mestimengarah kaki tangannya melayan aku serta jemaahku dengan kemudahan dan pertolonganyang istimewa. Keluarga kami tidak pernahteragak-agak menumpahkan darah mereka demi

    kepentingan Kerajaan Inggeris dan tidak berhentimenggadai nyawa meraka sejak dahulu hinggakini" (Roohani Khazain jilid 13 ms 350).

    "Dari sejak remaja hinnga kini usiaku 65 tahun, akusenantiasa sibuk, dengan lidah dan penaku, dalamtugas penting bagi mengubah hati orang Islamkapada cinta, tulus ikhlas dan simpati terhadap

    Kerajaan Inggeris dan melesapkan fahaman Jihaddari hati sibodoh (Orang Islam)" (Kitab-ul-Bariyah,Roohani Khazain jilid 13 ms 350 ).

    ". demi kepentingan Kerajaan Inggeris, sudahkumenerbitkan dan membahagi 50,000 keping kertasdi negeri ini (India) dan negara Islam yang lainnya(membahas Jihad) kesudahannya beratus ribu

  • 8/14/2019 Radd Qadianiyat - Menentang Kepercayaan Sesat Qadiani

    13/13

    Radd Qadianiyat Siri 1

    13

    manusia telah menggugurkan fahaman Jihad yangkotor itu." (Roohani Khazain jilid 15 ms 114).

    Saudara dan Saudariku yang beragama Islam,

    Pendedahan di atas adalah kepercayaan Mirza GhulamAhmad dan Ahmadiyya/Qadiani yang sebenarnya. Perlu

    diingat bahawa bahan tulisan propaganda mereka hanyacuba membuktikan bahawa mereka adalah Ahli Sunnah.Beratus ribu orang Islam telah kehilangan Iman di tanganQadiani/Ahmadi kerana mereka tidak berpengetahuantentang Mirza Ghulam atau Aliran Ahmadiyya.

    Kuasa-kuasa Barat sangat khuatir akan kebangkitan Islam

    dan semangat Jihad orang Islam. Mereka faham bahawasetiap Muslim yang memasuki Qadiani Ahmadiyyabererti berkurangnya seorang Mujahid Islam. SetiapAhmadi wajib percaya yang Jihad itu haram. AliranAhmadiyya sebenarnya adalah wakil musuh Islam bagimencuri keimanan kita dengan menggunakan namaIslam.

    Semoga Allah tetapkan Iman kita dari segala bahaya kekufuran,Amin.

    Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu.