r1001 - polibriged

Upload: saifadamzs

Post on 10-Oct-2015

111 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • i

    MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    R1001

    KO-KURIKULUM 1

    ZAHIRAN BIN HAMZAH (PUO)

    CHE MOHD BIN CHE ISMAIL (PUO)

    http://modul2poli.blogspot.com

  • ii

    BIODATA PENULIS

    R1001 KO-KURIKULUM 1 (POLIBRIGED)

    Nama Leftenan Muda Zahiran bin Hamzah

    Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Alamat Politeknik Ungku Omar,

    Jalan Raja Musa Mahadi

    31400 Ipoh Perak.

    No. Tel. 05-5457622 ext.1431

    E-mail [email protected]

    Kelulusan Sijil Perguruan Asas (MPTAA-Kuantan)

    Sarjana Muda Kej. Mekanik (USM)

    Jawatan Pensyarah

    Nama Che Mohd bin Che Ismail

    Jabatan Kejuruteraan Elektrik Alamat Politeknik Ungku Omar,

    Jalan Raja Musa Mahadi

    31400 Ipoh Perak.

    No. Tel. 05-5457622 ext.2431

    E-mail

    Kelulusan Sijil Perguruan Asas (MPT-KL) Diploma kej. Elektrik (Perhubungan)-(UTM) Sarjana Muda Kej. Elektrik (kuasa) (UTM)

    Jawatan Pensyarah

    http://modul2poli.blogspot.com

  • iii

    RENUNGAN

    HARTA BOLEH DICURI SEDANGKAN ILMU AKAN TIDAK HARTA

    WARISAN QARUN SEDANGKAN ILMU WARISAN NABI HARTA

    MINTA DIJAGA SEDANGKAN ILMU MENJAGA PEMILIKNYA

    HARTA ROSAK DIMAKAN ZAMAN SEDANGANKAN ILMU TETAP UTUH

    HARTA JIKA DIBERI AKAN BERKURANGAN SEDANGKAN ILMU AKAN

    BERTAMBAH

    SABDA RASULULLAH S.A.W.

    Jangan berasa iri hati, kecuali kepada dua orang iaitu orang yang diberi Allahharta, kemudian dipergunakan untuk yang hak, dan orang yang diberi Allah hikmah (ilmu) kemudian dipergunakannya serta diajarkannya

    (sahih muslim)

    Sumber ilmu itu ialah

    mendengar, melihat,

    berfikir dan

    membaca

    http://modul2poli.blogspot.com

  • iv

    SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR

    Tajuk Modul : Kod Modul :

    Nama Pelajar : No. Pendaftaran:

    Kursus : _

    Nama Penulis Modul :

    Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda.

    4 Sangat setuju 3 Setuju

    2 Tidak setuju

    1 Sangat tidak setuju

    Arahan : Tandakan pada ruangan skor yang dipilih.

    Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA

    A. FORMAT 1 2 3 4

    1 Susun atur muka surat adalah menarik. 2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.

    3 Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai

    dengan input.

    4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.

    5 Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah

    difahami.

    6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami. 7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas.

    B. ISI KANDUNGAN 1 2 3 4

    8 Saya faham semua objektif dengan jelas. 9 Saya faham pada idea yang disampaikan. 10 Cara persembahan idea adalah menarik. 11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.

    12 Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit ini.

    13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab. 14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri. 15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya. 16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami. 17 Gaya penulisan menarik. 18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah. 19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini. 20 Penggunaan modul ini menarik minat saya.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • v

    GRID KURIKULUM

    Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    TOPIK UNIT A. BERKAWAD 1 B. PERTOLONGAN CEMAS 2 C. PENCEGAHAN KEBAKARAN 3 D. PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL 4 E. PENGURUSAN DIRI DAN JATI 5

    UNIT 1 : BERKAWAD ( 12 JAM)

    1.0 Asas kawad kaki.

    1.1 Sedia

    1.2 Senang diri

    1.3 Rehatkan diri

    1.4 Berbaris dalam tiga barisan

    1.5 Luruskan barisan

    1.6 Nombor dan nyatakan

    1.7 Buka dan tutup barisan

    1.8 Berpusing/separuh berpusing

    1.9 Berjalan dan berhenti

    1.10 Keluar baris dan bersurai

    UNIT 2 : PERTOLONGAN CEMAS (3 JAM)

    2.0. Pengenalan

    2.1. Definisi pertolongan cemas

    2.2. Petua-petua pertolongan cemas

    2.3. Sistem pernafasan dan peredaran darah

    2.4. Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

    2.4.1 Punca-punca terhenti pernafasan (Asfiksia)

    2.4.2 Pemeriksaan ABC

    2.4.3 Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut

    2.4.4 Rawatan tercekik mangsa tidak sedar

    2.4.5 Kaedah CPR seorang diri

    2.4.6 Kedudukan pemulihan

    2.5. Pendarahan kecil

    2.5.1 Rawatan Pendarahan Eksternal secara umum

    2.5.2 Cara menahan darah

    2.5.3 Pembebatan dan pembalutan

    2.6. Terseliuh dan patah

    2.6.1 Jenis-jenis patah

    2.6.2 Tanda-tanda kecederaan tulang

    2.6.3 Prinsip rawatan secara am

    http://modul2poli.blogspot.com

  • vi

    2.7. Melecur dan terbakar

    2.7.1 Klasifikasi terbakar

    2.7.2 Peraturan sembilan

    2.7.3 Rawatan luka terbakar yang ringan

    2.7.4 Rawatan luka terbakar yang teruk

    2.7.5 Terkejut (Shock) atau Renjatan

    2.8. Lemas air dan sesak nafas 2.8.1 Rawatan lemas kerana air

    2.8.2 Rawatan lemas kerana asap

    2.8.3 Rawatan sesak nafas (kesukaran bernafas)

    2.9. Pengsan atau tidak sedarkan diri

    2.10. Kejutan elektrik

    2.11. Sengatan serangga dan gigitan binatang

    2.11.1 Patukan ular

    2.11.2 Sengatan serangga

    2.11.3 Sengatan hidupan laut

    2.12. Keracunan

    2.12.1 Keracunan makanan

    2.12.2 Keracunan umum

    UNIT 3 : PENCEGAHAN KEBAKARAN ( 3 JAM)

    3.1 Pengenalan kepada kebakaran

    3.2 Katogeri kebakaran dan kejadian api

    3.2.1 Pengkelasan jenis-jenis api.

    3.3 Punca-punca kebakaran

    3.4 Pencegahan kebakaran

    3.5 Tatacara pengunsian bangunan/kawasan

    kebakaran

    UNIT 4 : PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL (3 JAM)

    4.1 Definisi protokol dan etiket sosial

    4.2 Tatasusila dan kelakuan

    4.2.1 Tatacara majlis rasmi

    4.2.2 Tatacara berpakaian di dalam majlis

    4.2.3 Etika di meja makan

    UNIT 5 : PENGURUSAN DIRI DAN JATI DIRI (3 JAM)

    5.1 Konsep pengurusan diri

    5.2 Pengurusan kendiri

    5.3 Komunikasi berkesan

    5.3.1 DefinIsi

    5.3.2 Jenis-jenis komunikasi

    5.3.3 Kaedah komunikasi

    5.3.4 Kepentingan komunikasi

    5.3.5 Halangan komunikasi

    5.4 Kemahiran asas perkhemahan

    5.4.1 Tatacara berkhemah

    5.4.2 Peralatan pekhemahan

    5.4.3 Cara-cara memasang khemah

    5.4.4 Aktiviti perkhemahan

    http://modul2poli.blogspot.com

  • vii

    PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

    1. Modul ini dibahagikan kepada 5 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang

    sama.

    2. Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan halaman.

    R1001 / UNIT 1 / 5

    Subjek Unit 1

    Halaman 5

    3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.

    4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut:-

    OBJEKTIF

    Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus

    setiap pembelajaran

    INPUT

    Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari

    AKTIVITI

    Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif

    untuk menguji kefahaman anda . Anda perlu ikuti dengan teliti

    dan melaksanakan arahan yang diberikan .

    MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI

    Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang

    dikemukakan dalam aktiviti .

    PENILAIAN KENDIRI

    Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap

    unit .

    MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

    Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan

    yang dikemukakan dalam penilaian kendiri .

    http://modul2poli.blogspot.com

  • viii

    5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.

    6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit

    sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.

    PERNYATAAN TUJUAN

    Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 1 yang mengikuti kursus Diploma

    atau Sijil, Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan

    kepada kemahiran asas yang meliputi aktiviti kawad kaki, pertolongan cemas, pencegahan

    kebakaran, asas protokol/etika dan pengurusan diri/jati diri.

    PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN Tiada.

    OBJEKTIF AM MODUL Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:-

    1. Membentuk pelajar supaya hidup dalam konteks yang memberi pendekatan ke arah individu

    yang bermoral, berdedikasi dan bertanggungjawab.

    2. Membina insan yang berketrampilan, bersahsiah tinggi, berdaya tahan mental dan fizikal,

    berkeyakinan, berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis dalam membuat keputusan dan

    penyelesaian masalah.

    3. Boleh membimbing dan memimpin masyarakat serta cekap dan berkeupayaan menjalankan tugas.

    MOTO : CEKAL BUDI

    CEKAL bermaksud mempunyai keupayaan minda yang positif terhadap tanggungjawab atau tugas yang hendak dilaksanakan serta cekap mengendalikan tugas.

    BUDI bermaksud mempunyai nilai-nilai murni serta tanggungjawab terhadap inidividu atau masyarakat.

    CIRI-CIRI 1. Boleh memimpin dan membimbing masyarakat.

    2. Mempunyai daya saing yang tinggi.

    3. Cekap dan berkeupayaan menjalankan tugas. 4. Mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. 5. Boleh menyumbang tenaga bakti kepada negara ketika darurat dan malapetaka.

    6. Daya kreatif dari sudut sains dan teknologi. 7. Mempunyai olahan minda melalui seni dan budaya.

    8. Berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan rohani.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • ix

    PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA MODUL 1. Pakaian seragam (uniform polibgiged)

    2. Patung untuk CRP 3. Kain anduh

    4. Peralatan untuk balutan 5. Alat pemadam api 6. Set makan malam 7. Khemah

    8. Peralatan perkhemahan

    RUJUKAN 1. Kawad Kaki Untuk Semua Pasukan Angkatan Tentera Malaysia

    2. Andrew K Marsden, Sir Cameron Moffat, Roy Scott, Manual Pertolongan Cemas, Golden Books Centre, KUALA LUMPUR, 1992.

    3. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Manual Pertolongan Cemas. Ibu Pejabat kebangsaan PBSM, KUALA LUMPUR, 2000.

    4. Institut Jantung Negara, Panduan Penyelamat Jantung, IJN, KUALA LUMPUR, 1994.

    5. Harvey D Grant, Robert H. Murry, Jr.,J.David Bergeron, Emergency Care-Fourth Edition , A BRADY BOOK,NEW JERSEY.

    6. Modul Kursus Tingkatan Bomba, Pusat Latihan Bomba Malaysia.

    7. Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Siri Asas Kebombaan, UTUSAN PUB. & DIST.

    1997

    8. Rahmat Ismail, Etika Sosial, Utusan Pub. 1997. 9. Mokhtar Haji Mohd Tohar, Ahmad Fawzi M. Basri, Protokol di Malaysia Tradisi dan

    Amalan, DBP,1999. 10. Mohd Yusof Abdullah, Teknik Kegiatan Luar, DBP, 1996

    11. Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Fajar Bakti, 2000. 12. Gordon Koh Hong Kian, Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda, Fajar Bakti,

    1993.

    13. Siri sastera & Teks, Berkhemah untuk semua, Bukumust Sdn. Bhd, 2001.

    14. Samsuddin A. Rahim, Komunikasi Asas, DBP, 1993.

    15. Ahmad Atory Hussain, Pengurusan Organisasi, 1991.

    16. Juhary Haji Ali dan Ishak Ismail, Prinsip dan Amalan Pengurusan, DBP,1991.

    17. Omardin Ashaari, Pengurusan Masa, Utusan Publcation, 1998.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 1

    BERKAWAD

    UNIT 1

    BERKAWAD

    Objektif am :

    OBJEKTIF

    Mengetahui istilah-istilah asas dalam kawad kaki

    Memahami bahasa hukuman yang diberikan

    Aplikasi bahasa hukum kepada bentuk perbuatan

    Objektif khusus :

    Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

    menyatakan arahan atau hukuman untuk sesuatu pergerakan kawad

    mengenal kesalahan yang berlaku semasa kawad kaki

    melaksanakan hukuman/arahan yang diberi dengan betul dan pantas

    memberi hukuman/arahan kepada skuad

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 2

    BERKAWAD

    INPUT

    1.0 ASAS KAWAD KAKI

    Kawad kaki merupakan satu aktiviti wajib bagi setiap pasukan beruniform. Satu-

    satu pasukan akan dianggap berdisiplin, bersatu-hati dan bekerjasama sekiranya

    dapat melakukan aktiviti kawad kaki dengan seragam dan serentak.

    Semasa kawad kaki, pelajar hendaklah melakukan perkara berikut :

    i. Apabila hentak kaki, bengkokkan lutut, peha paras (sama paras

    dengan bumi), hujung kaki menjunam ke bumi dan badan hendaklah

    tegak semasa pergerakan dilakukan. Rujuk rajah 1

    ii. Jangan menyeret tapak kaki ke bumi semasa berjalan.

    iii. Jangan berjalan dengan menjengket-jengket tumit.

    iv. Tangan diluruskan paras kehadapan semasa berjalan. Tangan

    hendaklah sentiasa digenggam dan ibu jari menunjuk ke bawah.

    v. Tangan yang dihayun ke belakang hendaklah dihayun sejauh yang

    mungkin. Tangan juga mestilah digenggam.

    vi. Kepala sentiasa ditegakkan dan mata memandang 100 meter di

    hadapan dan bukannya memandang bumi atau tempat yang hendak

    dipijak.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 3

    BERKAWAD

    Bengkok lutut dan

    peha paras

    Kepala

    sentiasa tegak

    Hujung kaki

    menjunam ke bumi

    Tangan sentiasa di

    genggam

    Rajah 1: Kedudukan kaki semasa hentak

    kaki

    Rajah 2: Berjalan megah semasa tamat latihan

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 4

    BERKAWAD

    1.1 SEDIA

    Sedia merupakan kedudukan dimana anggota badan dalam kedudukan berdiri

    tegak dan tidak boleh melakukan sebarang pergerakan atau bercakap-cakap.

    Kedudukan ini biasanya dilakukan semasa menyanyi lagu kebangsaan,

    pemeriksaan pebarisan dan sebelum arahan pergerakan lain diberikan. Rujuk

    rajah 3.

    Rajah 3: Kedudukan Sedia

    Bahasa Hukuman adalah Skuad... Sedia. Kedudukan anggota berkeadaan tumit

    rapat sebaris, buka hujung kaki 300. lutut ditegangkan, badan tegak, bahu

    dibawa ke belakang, tangan lurus ke bawah, siku rapat di rusuk badan, tangan

    digenggam dengan ibu jari tegak lurus menghala ke bumi dan berada ke

    belakang sedikit dari garisan jahitan seluar, kepala tegak, tengkok kena kolar

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 5

    BERKAWAD

    baju dan memandang terus ke hadapan. Lihat rajah 3. Kedudukan ini adalah

    untuk pertunjukan dan penerangan

    1.2 SENANG DIRI

    Senang diri merupakan kedudukan dimana anggota badan dalam kedudukan

    tangan dibawa ke belakang dan kaki dijarakkan sekitar 12 inci atau sama paras

    dengan bahu. Dalam kedudukan ini anggota masih tidak boleh melakukan

    sebarang pergerakan atau bercakap-cakap. Kedudukan ini biasanya dilakukan

    semasa pegawai hendak menyampaikan ucapan atau sebagai persediaan untuk

    menerima arahan seterusnya. Rujuk rajah 4.

    Rajah 4: Senang diri

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 6

    BERKAWAD

    Bahasa hukuman adalah Skuad, Senang diri. Pergerakan anggota adalah

    dari keadaan sedia ke kedudukan senang diri. Pergerakan dilakukan dengan kaki

    kanan dalam keadaan diam, angkat kaki kiri kehadapan, lutut bengkok, peha

    paras, hujung kaki menjunam ke bawah dan bawa ke sebelah kiri. Hentak kaki

    kiri ke bumi supaya jarak kedua-dua kaki adalah 12 inci. Pada masa yang sama

    bawa tangan kanan dan kiri ke belakang. Tangan kanan di dalam tapak tangan

    kiri, ibu-ibu jari bersilang, jari dan tangan lurus menunjuk ke arah tanah.

    Kedudukan ini adalah untuk pertunjukan dan penerangan. Lihat rajah 4

    Peringatan : Skuad hendaklah berteriak UP sebelum melakukan

    pergerakan.

    1.3 REHATKAN DIRI

    Kedudukan rehatkan diri merupakan kedudukan yang sama dengan kedudukan

    senang diri. Dalam keadaan rehatkan diri anggota boleh menggerakkan anggota

    badan dari pinggang ke atas dengan pergerakan yang tidak ketara.

    Bahasa hukuman adalah Skuad Rehatkan diri. Dari kedudukan senang diri kira

    masa (1,2,3, Rehat). Sela masa pengiraan sekitar satu saat. Kedudukan sama

    seperti senang diri. Kendurkan anggota-anggota badan, bahagian pinggang ke

    atas tanpa menggerakkan kaki. Kedudukan ini adalah untuk pertunjukan dan

    penerangan.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 7

    BERKAWAD

    AKTIVITI 1a

    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

    SELANJUTNYA!

    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

    HALAMAN BERIKUTNYA

    Jawab soalan-soalan yang berikut:

    1.1. Cuba anda berdiri dalam keadaan sedia. Lihat diri anda melalui cermin.

    1.2. Lakukan kedudukan senang diri dari keadaan sedia. Berikan arahan

    Skuad sedia sebelum melakukan senang diri.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 8

    BERKAWAD

    Jawapan :

    MAKLUMBALAS 1a

    1.1. Kedudukan anda adalah dengan keadaan tumit anda rapat sebaris, buka

    hujung kaki 300. lutut ditegangkan, badan tegak, bahu dibawa ke

    belakang, Tangan lurus ke bawah, siku rapat dirusuk badan, tangan

    digenggam dengan ibu jari tegak lurus menghala ke bumi dan berada ke

    belakang sedikit dari garisan jahitan seluar, kepala tegak, tengkok kena

    kolar baju dan memandang terus ke hadapan.

    1.2. Skuad, Senang diri. Pergerakan anda adalah dari keadaan sedia ke

    kedudukan senang diri. Pergerakan dilakukan dengan anda membiarkan

    kaki kanan dalam keadaan diam tidak bergerak, kemudian angkat kaki kiri

    kehadapan, lutut bengkok, peha paras, hujung kaki menjunam ke bawah

    dan bawa ke sebelah kiri. Hentak kaki kiri ke bumi supaya jarak kedua-dua

    kaki adalah 12 inci. Pada masa yang sama bawa tangan kanan dan kiri ke

    belakang. Tangan kanan di dalam tapak tangan kiri, ibu-ibu jari bersilang,

    jari dan tangan lurus menunjuk ke arah tanah.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 9

    BERKAWAD

    INPUT

    1.4 BERBARIS DALAM TIGA BARISAN

    Pada kebiasaannya, kawad kaki dijalankan dalam keadaan semua anggota skuad

    berbaris dalam tiga barisan. Hukuman ini diberikan pada peringkat awal sebelum

    aktiviti kawad dijalankan supaya semua anggota skuad yang berada di sekitar

    kawasan latihan berlari-lari anak dan terus berbaris bertiga-tiga di hadapan

    ketua skuad yang memanggil mereka. Ketua skuad yang memanggil hendaklah

    dalam keadaan sedia.

    Bahasa hukuman adalah SkuadTiga barisan di hadapan saya gerak .

    Apabila semua skuad mendengar arahan tersebut, skuad yang berada di tepi

    padang hendaklah bersedia dan berlari masuk ke dalam padang kawad. Skuad

    hendaklah masuk ke padang kawad dan membuat barisan bertiga-tiga dari

    sebelah kanan ke kiri. Jarak antara anggota adalah satu tangan dan jarak antara

    baris sekitar satu tangan. Anggota yang pertama sampai akan terus berdiri

    dalam keadaan rehatkan diri. Anggota yang kedua sampai pula akan berdiri

    dibelakang anggota yang pertama. Anggota yang ketiga pula akan berdiri di

    belakang anggota yang kedua tadi. Anggota keempat akan berdiri di sebelah kiri

    anggota yang pertama. Anggota yang kelima akan berdiri dibelakang anggota

    yang keempat. Anggota keenam akan berdiri dibelakang anggota yang kelima.

    Anggota ke tujuh akan berdiri disebelah kiri anggota yang kedua. Begitulah

    seterusnya sehingga semua anggota berada dalam tiga barisan. Semua anggota

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 10

    BERKAWAD

    berdiri dalam keadaan rehatkan diri apabila berada dikedudukan mereka tanpa

    menunggu arahan dari ketua skuad.

    Barisan belakang

    Barisan tengah

    Penanda

    kanan

    Ketua

    Skuad

    Barisan hadapan

    Penanda

    kiri

    Rajah 5: Skuad dalam barisan

    Rajah 5 menunjukkan kedudukan anggota dalam barisan tiga baris. Anggota

    pertama yang sampai dikenali sebagai penanda kanan kerana ia merupakan

    anggota yang berada disebelah kanan sekali dibarisan hadapan.

    1.5 LURUSKAN BARISAN

    Selepas semua anggota skuad dipanggil masuk berbaris dalam tiga barisan, ia

    akan disusuli dengan arahan atau hukuman Skuad..sedia. Apabila semua skuad

    sudah dalam keadaan sedia, barulah arahan untuk skuad meluruskan barisan

    diberikan.

    Bahasa hukuman untuk luruskan barisan adalah Kekanan Lurus. Kiraan untuk

    melakukan pergerakan ini adalah 1-2-1,2. Pada kiraan 1, Semua anggota

    kecuali anggota yang berada disebelah kanan sekali angkat tangan kanan

    separas bahu sendiri, jari-jari digenggam, bahagian belakang tangan menghala

    ke atas. Dalam masa yang sama pusingkan kepala dan muka dengan pantas

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 11

    BERKAWAD

    memandang orang disebelah kanan. Anggota di baris hadapan yang berada

    disebelah kanan sekali tidak melakukan sebarang pergerakan dan sentiasa

    berada dalam keadaan sedia. Anggota di sebelah kanan sekali di baris kedua

    (tengah) dan baris ketiga (belakang) akan mengangkat tangan kanan menghala

    ke anggota dihadapan mereka.

    Pada kiraan 2, tiada sebarang pergerakan berlaku. Pada kiraan 1,2

    Hentakkan kaki kanan dan kiri (hentak kaki kiri serentak dengan sebutan 1 dan

    kaki kanan serentak dengan sebutan 2) dan teruskan hentak kaki berturut-turut,

    pendek-pendek dalam masa yang sama terus bergerak ke kanan sehingga

    penggenggam tangan kena bahu orang di sebelah kanan. Anggota di sebelah

    kanan sekali pada barisan kedua (tengah) dan ketiga (belakang), pada masa

    yang sama bergerak pada jarak satu tangan dengan anggota dihadapan mereka.

    Berhenti hentak kaki apabila tangan kanan telah menyentuh bahu anggota

    disebelah kanan anda.

    Rajah 6 : Kedudukkan skuad dalam keadaan ke kanan lurus

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 12

    BERKAWAD

    Hukuman untuk luruskan barisan hendaklah segera disusuli dengan arahan

    pandang hadapan kerana hukuman ke kanan lurus berakhir dengan keadaan

    semua skuad mengangkat tangan kanan dan muka memandang ke kanan.

    Apabila barisan telah lurus dan ketua skuad berpuas hati barulah diberi hukuman

    pandang depan. Bahasa hukuman adalah Skuad Pandang Hadapan. Semua

    anggota Skuad hendaklah pusing kepala dan muka dengan pantas kehadapan

    dan jatuhkan tangan ketepi badan seperti kedudukan sedia.

    Dalam masa tertentu, terdapat juga keadaan dimana ada anggota skuad yang

    tidak menghadirkan diri dalam latihan. Rajah 7 menunjukkan keadaan

    kedudukan skuad sekiranya seorang anggota tidak hadir latihan. Rajah 8 pula

    menunjukkan keadaan kedudukan skuad sekiranya dua orang anggota tidak

    hadir latihan

    Kosongkan

    disini

    Penanda

    kanan

    Ketua

    Skuad

    Penanda

    kiri

    Rajah 7: Kedudukan skuad dalam barisan

    jika seorang anggota tidak hadir

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 13

    BERKAWAD

    Kosongkan 2

    tempat disini

    Penanda

    kanan

    Ketua

    Skuad

    Penanda

    kiri

    Rajah 8: Kedudukkan skuad dalam barisan

    jika dua orang anggota tidak hadir

    1.6 NOMBOR DAN NYATAKAN

    Tujuan hukuman ini adalah untuk mengira jumlah anggota skuad dalam barisan.

    Bahasa hukuman Nombor. Pergerakan anggota sebelah kanan sekali barisan

    hadapan menyebut angka satu, disusuli dengan orang yang kedua menyebut

    angka dua dan seterusnya. Barisan hadapan sahaja yang perlu mengira nombor.

    Bahasa hukuman Semula akan hanya dilakukan sekiranya berlaku kesilapan

    mengira oleh anggota dalam barisan. Sekiranya ingin memulakan dari kiri bahasa

    hukuman adalah dari kiri nombor.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 14

    BERKAWAD

    AKTIVITI 1b

    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

    SELANJUTNYA!

    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

    HALAMAN BERIKUTNYA

    Jawab soalan-soalan yang berikut:

    1.3. Buat 15 keping kad dari manila kad bersaiz 2 inci x 2 inci. Tandakan setiap

    kad dengan nombor 1 hingga 15. Anggaplah kad tersebut akan mewakili

    rakan-rakan anda dalam polibriged.

    i. Aturkan kad tersebut dalam tiga barisan dengan beranggapan

    bahawa No. 1 adalah anggota yang pertama sampai ,diikuti

    dengan No. 2 dan seterusnya hingga No. 15.

    ii. Rakan anda yang diwakili nombor 15 tidak menghadiri latihan

    iii. Rakan anda yang diwakili nombor 4 tidak menghadiri latihan iv.

    Rakan anda yang diwakili nombor 15 dan 10 tidak menghadiri

    latihan

    v. Rakan anda yang diwakili nombor 1 dan 3 tidak menghadiri

    latihan

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 15

    BERKAWAD

    1.4. Anda berada di posisi ke tiga dari kanan barisan hadapan. Lakukan

    pergerakan ke kanan lurus sehingga pandang depan. Anda hendaklah

    memberi arahan kepada diri anda sebelum perbuatan dilakukan.

    1.5. Anda berada di posisi ke empat dari kanan barisan tengah. Lakukan

    pergerakan ke kanan lurus sehingga pandang depan.

    1.6. Anda berada di posisi paling kanan di barisan belakang. Lakukan

    pergerakan ke kanan lurus sehingga pandang depan.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 16

    BERKAWAD

    Jawapan :

    MAKLUMBALAS 1b

    1.3 i. ii.

    iii. iv.

    v.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 17

    BERKAWAD

    1.4 Bahasa hukuman untuk luruskan barisan adalah Kekanan Lurus.

    Kiraan untuk melakukan pergerakan ini adalah 1-2-1,2.

    Pada kiraan 1, anda angkat tangan kanan separas bahu sendiri, jari-jari

    digenggam, bahagian belakang tangan menghala ke atas. Dalam masa

    yang sama pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke sebelah kanan.

    Pada kiraan 2, anda tidak perlu melakukan sebarang pergerakan.

    Pada kiraan 1,2 Hentakkan kaki kanan dan kiri anda (hentak kaki kiri

    serentak dengan sebutan 1 dan kaki kanan serentak dengan sebutan 2)

    dan teruskan hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek dalam masa

    yang sama terus bergerak ke kanan sehingga penggenggam tangan kena

    bahu orang di sebelah kanan (anda perlu bayangkan bahawa disebelah

    kanan anda adalah kawan anda). Berhenti pergerakan setelah anda

    berada pada posisi kanan kawan bayangan anda.

    Apabila anda berpuas hati barulah diberi hukuman pandang depan.

    Bahasa hukuman adalah Skuad Pandang Hadapan. Anda hendaklah

    pusing kepala dan muka dengan pantas kehadapan dan jatuhkan tangan

    ketepi badan seperti kedudukan sedia.

    1.5 Bahasa hukuman untuk luruskan barisan adalah Kekanan Lurus.

    Kiraan untuk melakukan pergerakan ini adalah 1-2-1,2.

    Pada kiraan 1, anda angkat tangan kanan separas bahu sendiri, jari-jari

    digenggam, bahagian belakang tangan menghala ke atas. Dalam masa

    yang sama pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke sebelah kanan.

    Pada kiraan 2, anda tidak perlu melakukan sebarang pergerakan.

    Pada kiraan 1,2 hentakkan kaki kanan dan kiri anda (hentak kaki kiri

    serentak dengan sebutan 1 dan kaki kanan serentak dengan sebutan 2)

    dan teruskan hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek dalam masa

    yang sama terus bergerak ke kanan sehingga penggenggam tangan kena

    bahu orang di sebelah kanan (anda perlu bayangkan bahawa disebelah

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 18

    BERKAWAD

    kanan anda adalah kawan anda). Berhenti pergerakan setelah anda

    berada pada posisi kanan kawan bayangan anda.

    Apabila anda berpuas hati barulah diberi hukuman pandang depan.

    Bahasa hukuman adalah Skuad Pandang Hadapan. Anda hendaklah

    pusing kepala dan muka dengan pantas kehadapan dan jatuhkan tangan

    ke tepi badan seperti kedudukan sedia.

    1.6 Bahasa hukuman untuk luruskan barisan adalah Kekanan Lurus.

    Kiraan untuk melakukan pergerakan ini adalah 1-2-1,2.

    Pada kiraan 1, anda angkat tangan kanan separas bahu sendiri

    menghala ke hadapan, jari-jari digenggam, bahagian belakang tangan

    menghala ke atas. Kepala anda tetap pandang ke hadapan.

    Pada kiraan 2, anda tidak perlu melakukan sebarang pergerakan.

    Pada kiraan 1,2 Hentakkan kaki kanan dan kiri anda (hentak kaki kiri

    serentak dengan sebutan 1 dan kaki kanan serentak dengan sebutan 2)

    dan teruskan hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek dalam masa

    yang sama terus bergerak ke hadapan sehingga penggenggam tangan

    kena bahu orang di hadapan anda (anda perlu bayangkan bahawa

    disebelah hadapan anda adalah kawan anda). Berhenti pergerakan

    setelah anda berada pada posisi belakang kawan bayangan anda.

    Apabila anda berpuas hati barulah diberi hukuman pandang depan.

    Bahasa hukuman adalah Skuad Pandang Hadapan. Anda hendaklah

    dengan pantas jatuhkan tangan ketepi badan seperti kedudukan sedia.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 19

    BERKAWAD

    INPUT

    1.7 BUKA DAN TUTUP BARISAN

    Pergerakan ini biasanya dilakukan semasa awal perbarisan. Tujuan arahan ini dilakukan

    adalah untuk memeriksa anggota skuad oleh ketua skuad atau oleh pegawai sebelum

    aktiviti lain diteruskan.

    Bahasa hukuman adalah Buka barisan, gerak. Pergerakan anggota di barisan hadapan

    ialah melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, kemudian langkah kaki kanan

    kehadapan sejauh 30 inci, kemudian langkah kaki kiri kehadapan sejauh 15 inci dan

    hentak, kemudian angkat kaki kanan ke hadapan (lutut bengkok peha paras) dan

    hentak di sebelah kaki kiri supaya sama seperti kedudukan sedia. Anggota di

    barisan tengah tidak perlu melakukan sebarang pergerakan.

    Anggota di barisan belakang akan melangkah kaki kiri ke belakang sejauh 15

    inci, kemudian langkah kaki kanan ke belakang sejauh 30 inci, kemudian

    langkah kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci dan hentak, kemudian angkat kaki kanan

    ke hadapan (lutut bengkok peha paras) dan hentak disebelah kaki kiri supaya

    sama seperti kedudukan sedia.

    Bahasa hukuman adalah Tutup barisan, gerak. Pergerakan anggota di barisan hadapan

    melangkah kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci, kemudian langkah kaki kanan ke

    belakang sejauh 30 inci, kemudian langkah kaki kiri ke belakang sejauh

    15 inci dan hentak, kemudian angkat kaki kanan ke hadapan (lutut bengkok

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 20

    BERKAWAD

    peha paras) dan hentak di sebelah kaki kiri supaya sama seperti kedudukan

    sedia. Barisan tengah tidak perlu melakukan sebarang pergerakan. Barisan

    hadapan melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, kemudian langkah kaki

    kanan kehadapan sejauh 30 inci, kemudian langkah kaki kiri kehadapan sejauh

    15 inci dan hentak, kemudian angkat kaki kanan ke hadapan (lutut bengkok

    peha paras) dan hentak disebelah kaki kiri supaya sama seperti kedudukan

    sedia.

    1.8 BERPUSING/SEPARUH BERPUSING

    Hukuman berpusing/separuh berpusing bergantung kepada arah kedudukan

    skuad semasa dalam barisan. Terdapat empat kedudukan skuad semasa dalam

    barisan.

    a. Hadapan

    b. Belakang

    c. Kanan

    d. Kiri

    Catatan:

    Menghadap hadapan adalah kedudukan dimana skuad menghadap ke

    ketua skuad.

    Menghadap belakang adalah kedudukan dimana skuad menghadap

    membelakangkan ketua skuad.

    Menghadap kanan adalah kedudukan skuad menghadap ke arah penanda

    kanan iaitu anggota yang paling kanan dalam barisan.

    Menghadap kiri adalah kedudukan skuad menghadap ke arah penanda kiri

    iaitu anggota yang paling kiri dalam barisan.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 21

    BERKAWAD

    Skuad akan

    Menghadap

    Belakang

    Bergerak ke kanan

    bertiga-tiga

    Bergerak ke kiri

    bertiga-tiga

    Skuad akan

    Menghadap

    Hadapan

    Rajah 9: Empat arah pergerakan

    a) Skuad dalam kedudukan menghadap kehadapan.

    i) Mengarahkan skuad untuk berpusing ke kanan dari kedudukan

    menghadap kehadapan.

    Bahasa hukuman ialah Bergerak ke kanan bertiga-tiga ke kanan

    pusing. Pergerakan anggota ialah dalam kiraan (1-2-1). Semasa kiraan

    satu Skuad hendaklah berpusing ke kanan (90%), tumit kaki kanan tetap

    pada kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kanan), manakala hujung

    kaki kiri tetap pada kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kiri ). Seluruh

    tapak kaki kanan berada di atas bumi, manakala tumit kaki kiri diangkat

    sedikit. Anggota badan dari pinggang ke atas adalah tegak. Tangan masih

    di kedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, kaki kiri dibawa ke hadapan,

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 22

    BERKAWAD

    lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, kaki kiri dihentakkan

    disebelah kaki kanan. Keadaan akhir seperti kedudukan sedia.

    ii) Mengarahkan skuad untuk berpusing ke kiri dari kedudukan

    menghadap kehadapan.

    Bahasa hukuman ialah Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke kiri pusing.

    Pergerakan anggota dalam kiraan (1-2-1). Semasa kiraan satu Skuad

    hendaklah berpusing ke kiri (90%), tumit kaki kiri tetap pada

    kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kiri), manakala hujung kaki

    kanan tetap pada kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kanan ).

    Seluruh tapak kaki kiri berada di atas bumi, manakala tumit kaki kanan

    diangkat sedikit. Anggota badan dari pinggang ke atas adalah tegak.

    Tangan masih di kedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, kaki kanan

    dibawa kehadapan, lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi,

    kaki kanan dihentakkan disebelah kaki kiri. Keadaan akhir seperti

    kedudukan sedia.

    iii) Mengarahkan skuad untuk berpusing ke belakang dari kedudukan

    menghadap kehadapan.

    Bahasa hukuman ialah Skuad akan menghadap ke belakang, ke

    belakang pusing. Pergerakan anggota dalam kiraan (1-2-1). Skuad

    hendaklah berpusiang arah jam. Semasa kiraan satu Skuad hendaklah

    berpusing ke belakang (180%), tumit kaki kanan tetap pada

    kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kanan), manakala hujung kaki

    kiri tetap pada kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kiri ). Seluruh

    tapak kaki kanan berada di atas bumi, manakala tumit kaki kiri diangkat

    sedikit. Anggota badan dari pinggang ke atas adalah tegak. Tangan masih

    di kedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, kaki kiri dibawa kehadapan,

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 23

    BERKAWAD

    lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, kaki kiri dihentakkan

    di sebelah kaki kanan. Keadaan akhir seperti kedudukan sedia.

    Skuad akan

    menghadap

    ke belakang,

    ke belakang

    pusing

    Bergerak ke kanan

    bertiga-tiga ke

    kanan pusing.

    Bergerak ke kiri

    bertiga-tiga, ke kiri

    pusing.

    Rajah 10: Bahasa hukuman pergerakan semasa

    skuad menghadap ke hadapan

    b) Skuad dalam kedudukan menghadap ke belakang.

    Skuad akan

    bergerak ke kiri, ke

    kiri pusing

    Skuad akan bergerak

    ke kanan, ke kanan

    pusing

    Skuad akan

    menghadap

    ke hadapan,

    ke belakang

    pusing

    Rajah 11: Bahasa hukuman pergerakan semasa

    skuad menghadap ke belakang

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 24

    BERKAWAD

    c) Skuad dalam kedudukan menghadap ke kanan.

    Skuad akan

    menghadap ke

    belakang,ke kiri

    pusing

    Rajah 12: Bahasa hukuman pergerakan

    semasa skuad menghadap ke kanan

    Bergerak ke kiri

    bertiga-tiga, ke

    belakang pusing.

    Skuad akan

    menghadap ke

    hadapan, ke kanan

    pusing

    d) Skuad dalam kedudukan menghadap ke kiri.

    Skuad akan

    menghadap ke

    belakang, ke

    kanan pusing

    Bergerak ke kanan

    bertiga-tiga ke

    belakang pusing.

    Rajah 13: Bahasa hukuman pergerakan

    semasa skuad menghadap ke kiri

    Skuad akan menghadap

    ke hadapan, ke kiri

    pusing.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 25

    BERKAWAD

    Walaupun ada banyak hukuman berpusing. Tetapi hanya ada tiga pergerakan

    asas berpusing iaitu ke kiri , ke kanan dan ke belakang pusing.

    1 2 3 4 1 2 3 4

    Rajah 14 : Berpusing ke kanan dan berpusing ke belakang

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 26

    BERKAWAD

    AKTIVITI 1c

    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

    SELANJUTNYA!

    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

    HALAMAN BERIKUTNYA

    Jawab soalan-soalan berikut:

    1.7. Cuba anda lakukan pergerakan berpusing ke kanan, ke kiri dan ke

    belakang di hadapan cermin.

    1.8. Anda adalah ketua skuad yang sedang memberi latihan kepada skuad

    anda. Berikan bahasa hukuman sekiranya:

    i. Skuad anda menghadap anda. Anda ingin mereka melakukan

    pergerakan berpusing ke kiri.

    ii. Skuad anda menghadap ke kiri. Anda ingin mereka supaya

    menghadap kepada anda.

    iii. Skuad anda menghadap ke kanan. Anda hendak mereka supaya

    menghadap ke kiri.

    iv. Skuad anda menghadap ke kanan. Anda hendak mereka supaya

    melakukan pergerakan berpusing ke belakang

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 27

    BERKAWAD

    v. Skuad anda menghadap ke belakang. Anda hendak mereka

    supaya menghadap anda.

    vi. Skuad anda menghadap ke belakang. Anda hendak mereka

    supaya menghadap ke kanan.

    vii. Skuad anda menghadap ke belakang. Anda hendak mereka

    supaya berpusing ke kiri.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 28

    BERKAWAD

    Jawapan :

    MAKLUMBALAS 1c

    1.7 Berpusing ke kanan

    Pergerakan anda adalah dalam kiraan (1-2-1). Semasa kiraan satu anda

    hendaklah berpusing ke kanan (90%), tumit kaki kanan tetap pada

    kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kanan), manakala hujung kaki

    kiri tetap pada kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kiri ). Seluruh

    tapak kaki kanan berada di atas bumi, manakala tumit kaki kiri diangkat

    sedikit. Anggota badan anda dari pinggang ke atas adalah tegak. Tangan

    masih dikedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, kaki kiri anda diangkat

    kehadapan, lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, hentak

    kaki kiri disebelah kaki kanan. Keadaan akhir anda seperti kedudukan

    sedia.

    Berpusing ke kiri

    Pergerakan anggota dalam kiraan (1-2-1). Semasa kiraan satu anda

    hendaklah berpusing ke kiri (90%), tumit kaki kiri tetap pada

    kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kiri), manakala hujung kaki

    kanan tetap pada kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kanan ).

    Seluruh tapak kaki kiri berada di atas bumi, manakala tumit kaki kanan

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 29

    BERKAWAD

    diangkat sedikit. Anggota badan anda dari pinggang ke atas adalah tegak.

    Tangan masih dikedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, Kaki kanan

    dibawa kehadapan, lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi,

    kaki kanan dihentakkan disebelah kaki kiri. Keadaan akhir seperti

    kedudukan sedia.

    Berpusing ke belakang

    Pergerakan anda adalah sama dengan pergerakan ke kanan pusing

    kerana untuk berpusing ke belakang mestilah pusing mengikut jam.

    Pergerakan anda adalah dalam kiraan (1-2-1). Semasa kiraan satu anda

    hendaklah berpusing ke belakang (180%), tumit kaki kanan tetap pada

    kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kanan), manakala hujung kaki

    kiri tetap pada kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kiri ). Seluruh

    tapak kaki kanan berada di atas bumi, manakala tumit kaki kiri diangkat

    sedikit. Anggota badan anda dari pinggang ke atas adalah tegak. Tangan

    masih di kedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, kaki kiri anda diangkat ke

    hadapan, lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, hentak kaki

    kiri disebelah kaki kanan. Keadaan akhir anda seperti kedudukan sedia.

    1.8 i.

    ii.

    Bergerak ke kiri bertiga-tiga. Ke kiri pusing.

    Skuad akan menghadap ke hadapan. Ke kiri pusing.

    iii.

    iv.

    Bergerak ke kiri bertiga-tiga. Ke belakang pusing.

    Bergerak ke kiri bertiga-tiga. Ke belakang pusing.

    v. Skuad akan menghadap ke hadapan. Ke belakang pusing.

    vi. Skuad akan bergerak ke kiri. Ke kiri pusing.

    vii. Skuad akan bergerak ke kiri. Ke kiri pusing.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 30

    BERKAWAD

    INPUT

    1.9 BERJALAN DAN BERHENTI

    Skuad biasanya berjalan sebanyak 116-120 langkah seminit. Arahan berjalan

    diberi semasa skuad dalam keadaan kedudukan sedia. Jarak langkah adalah 30

    inci.

    Arahan kiri atau kanan bergantung pada kedudukan skuad sebelum berjalan.

    Sekiranya skuad dalam keadaan menghadap menghadap ke kanan arahan

    diberikan : dari kiri cepat jalan. Sekiranya skuad dalam keadaan menghadap

    ke kiri arahan diberikan : dari kanan cepat jalan.

    Bahasa hukuman ialah Dari kiri/kanan cepat jalan. Anggota dalam skuad

    memulakan langkah dengan kaki kiri kehadapan , jarak langkah sejauh 30 inci

    dengan keadaan tumit terpacak. Tapak kaki kanan di belakang rata dengan

    bumi. Dalam masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan paras

    dengan bahu dan lenggangkan tangan kiri ke belakang sejauh yang boleh,

    muka terus pandang ke hadapan. Begitu jugalah sebaliknya apabila kaki kanan

    melangkah ke hadapan.

    Bahasa hukuman ialah Skuad henti. Perkataan skuad..henti diucap semasa

    kaki kiri melalui kaki kanan. Anggota dalam barisan akan menyebut perkataan

    Check, satu, dua. Check bermakna anggota akan menggerakan kaki kanan

    kehadapan sejauh 30 inci, tangan kiri lenggang paras kehadapan, tangan kanan

    lenggang ke belakang. Satu bermakna anggota akan menggerakan kaki kiri

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 31

    BERKAWAD

    kehadapan sejauh 15 inci, bengkok lutut kaki kiri, peha paras dan hentak ke

    bumi. Tangan kanan lenggang kehadapan, tangan kiri lenggang ke belakang.

    Dua bermakna anggota akan membengkokan lutut kaki kanan, peha paras dan

    hentak di sebelah kaki kiri. Seperti kedudukan sedia.

    1.10 KELUAR BARIS DAN BERSURAI

    Keluar baris adalah hukuman untuk berehat. Bersurai adalah hukuman telah

    tamat latihan pada hari tersebut. Sekiranya ada pegawai semasa bersurai, skuad

    hendaklah memberi hormat kehadapan selepas berpusing ke kanan dan baru

    bergerak tiga langkah.

    Bahasa hukuman ialah Keluar baris atau Bersurai. Anggota akan membuat

    pergerakan berpusing ke kanan semasa berhenti kemudian berjalan dalam masa

    cepat tiga langkah ke hadapan barulah bersurai atau keluar dari barisan.

    Rajah 15: Cara hormat

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 32

    BERKAWAD

    AKTIVITI 1d

    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

    SELANJUTNYA!

    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

    HALAMAN BERIKUTNYA

    Jawab soalan berikut

    1.9 Cuba anda berjalan dan berhenti dalam masa sendiri

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 33

    BERKAWAD

    Jawapan :

    MAKLUMBALAS 1d

    1.9 Bahasa hukuman ialah Skuad henti. Perkataan skuad..henti diucap

    semasa kaki kiri melalui kaki kanan. Anda perlu menyebut Check, satu,

    dua.

    Semasa anda menyebut Check gerakan kaki kanan selangkah kehadapan

    sejauh 30 inci, tangan kiri lenggang paras kehadapan, tangan kanan

    lenggang ke belakang. Semasa anda menyebut Satu gerakan kaki kiri

    selangkah kehadapan sejauh 15 inci, bengkok lutut kaki kiri, peha paras

    dan hentak ke bumi. Tangan kanan lenggang kehadapan, tangan kiri

    lenggang ke belakang.

    Semasa anda menyebut Dua anda perlu membengkokan lutut kaki kanan,

    peha paras dan hentak di sebelah kaki kiri. Kedudukan akhir anda adalah

    seperti kedudukan sedia.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 34

    BERKAWAD

    PENILAIAN KENDIRI

    Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian

    kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .

    Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

    Selamat mencuba semoga berjaya !!!

    1) Berikan bahasa hukuman sekiranya skuad dalam kedudukan menghadap

    ke kiri.

    i) Menjadikan skuad anda menghadap ke belakang.

    ii) Mengarahkan skuad anda berpusing ke belakang.

    iii) Berjalan .

    2) Nyatakan tiga hukuman yang tiada pergerakan iaitu hanya pertunjukkan

    dan penerangan.

    3) Berapakah pergerakan yang perlu dilakukan bagi .

    i) Berpusing kekiri

    ii) Berpusing ke belakang

    iii) Buka barisan

    4) Apakah hukuman yang hanya ada penerangan sahaja.

    5) Skuad sedang berjalan dari arah kiri ke kanan. Berikan bahasa hukuman

    agar skuad berpusing untuk bertukar haluan dari kanan ke kiri pula.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 35

    BERKAWAD

    6) Anda ingin merehatkan skuad anda minum pagi . Berikan bahasa

    hukuman dan pergerakan yang perlu.

    7) Semasa perbarisan tamat latihan, anda dipanggil untuk menerima hadiah

    sebagai peserta terbaik. Bagaimana pergerakan anda untuk menerima

    hadiah tersebut.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 36

    BERKAWAD

    8) Hitamkan perkataan-perkataan di bawah

    KAWAD KAKI CEKAL BUDI

    PANDANG KANAN BENGKUK LUTUT

    KE KANAN LURUS SENANG DIRI

    CHECK UP UNIFORM

    KELUAR BARIS BELAKANG PUSING

    POLIBRIGED DISIPLIN

    SKUAD HENTI REHATKAN DIRI

    PEHA PARAS

    K C I T I T E S L P C E K A L B U D I B

    E A N A N G P E I A R L I N T E R N A E

    S I W O N A L C O R R P T O W N P E N N

    A N G A H I L L C I A T Y S I P O H P G

    O L I T D E K N I K U B N E G K U O M K

    A R P O L K I S A S P K R N B P P R D U

    G P O L I M A A S P O L I A K O T E A K

    K N E M E N T K R I A N P N U E N H D L

    I D I I K A N M I M A L A G S L I E A U

    M U A S P C H A N G S E K D S I E T O T

    A S L M U L A D I S U K A I M I K K R U

    K T A E A P M O E D U L K R O K O A A T

    A P S R G E G T G G G G C I R D D N N A

    N A E O I E T N G H I I D R I S H D G S

    A Z O H P K I E A A U R Y A Z I D I U I

    N H F K A L I D U K I O B I Q J I R T H

    T A G O P P P D H S A J W I A H I I A T

    A M H S T E A F B R I L V I L G P S N E

    K D I K A E B R B Y T J E M R O F I N U

    S D T M N C Q F A U N J F B A G P D G U

    E A U E G E H G D S E K H A L I L D H M

    D N I R T D S E D I H M A S I H D G U A

    A E O B U Y R U C I D B U J A N G H T S

    P D P A L I F H D K A C I K T O O K A D

    K E K A N A N L U R U S U P I B D I N F

    C H E M O H D B I N K P I S M A I L G A

    P N Y U S M A B I N S T I Y U S O F U F

    H A Z M A H N I B N A R I H A Z A M O M

    A D E N G D A A N A N A K G N A D N A P

    A D N A N B I N A R E F D A N G D U T I

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 37

    BERKAWAD

    MAKLUMBALAS

    Adakah anda telah mencuba dahulu ???

    Jika YA , sila semak jawapan anda .

    JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

    1) i. Skuad akan menghadap ke belakang ke kanan pusing.

    ii. bergerak ke kanan bertiga-tiga ke belakang pusing.

    iii. Dari kanan cepat jalan.

    2) Sedia, senang diri, rehat diri, berbaris dalam tiga barisan.

    3) i. Dua pergerakan

    ii. Dua pergerakan

    iii. Tiga pergerakan

    4) Nombor/dari kanan nombor.

    5) Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke belakang pusing.

    6) Keluar baris.

    7) Lakukan pergerakan cepat jalan. Lakukan pergerakan berhenti dalam masa

    sendiri tiga langkah dihadapan pegawai berkenaan . Lakukan pergerakan

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 1/ 38

    BERKAWAD

    hormat kehadapan. Buat satu langkah kehadapan. Hulur tangan untuk

    mengambil hadiah. Pegang hadiah menggunakan tangan kiri. Hulur tangan

    kanan untuk bersalam. Buat pergerakan satu langkah ke belakang. Lakukan

    pergerakan hormat kehadapan. Pusing ke kiri atau ke kanan . Terus

    berjalan menuju ke tempat perbarisan. Tangan kiri jangan di hayun kerana

    memegang hadiah.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 1

    PERTOLONGAN CEMAS

    UNIT 2

    PERTOLONGAN CEMAS

    Objektif am :

    OBJEKTIF

    Mengetahui punca sesuatu kemalangan

    Mengetahui rawatan yang perlu diberikan

    Aplikasi rawatan untuk sesuatu kemalangan atau kecederaan

    Objektif khusus :

    Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

    menyatakan punca dan rawatan yang perlu bagi sesuatu kecederaan

    mengenal punca sesuatu kecederaan

    memberi rawatan kecemasan bagi sesuatu kemalangan

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 2

    PERTOLONGAN CEMAS

    INPUT

    2.0 PENGENALAN

    Pertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap rakyat

    Malaysia. Tugas dalam memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinya

    dibebankan pada pihak hospital, doktor-doktor dan ahli pertolongan cemas

    terlatih sahaja. Malahan ia sepatutnya dipikul oleh setiap lapisan masyarakat. Ini

    adalah kerana kemalangan dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa

    samada di dalam rumah, pejabat, sekolah atau di kawasan terbuka.

    Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan, anda mungkin menjadi orang yang

    berada di lokasi ataupun orang yang pertama tiba ke lokasi kemalangan atau

    kecemasan. Oleh itu anda merupakan Responder Pertama atau ahli pertolongan

    cemas yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau untuk mengurangkan

    kemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk.

    Bagi membolehkan anda menjalankan rawatan kecemasan yang baik, anda

    mestilah mempunyai pengetahuan ilmu pertolongan cemas yang mahir dan

    cekap. Di dalam unit ini anda akan didedahkan mengenai ilmu pertolongan

    cemas agar anda dapat memberikan rawatan pertolongan cemas dengan baik.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 3

    PERTOLONGAN CEMAS

    2.1 DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

    Definisi Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan

    kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di

    dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit

    mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.

    Matlamat utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah:

    untuk menyelamatkan nyawa

    mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk

    mengurangkan kesakitan

    sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh ambulan atau doktor

    2.2 PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS

    i. Buat penilaian segera dan menyeluruh pada mangsa dan kawasan

    ii. Atasi punca kecemasan sekiranya ada atau pindahkan mangsa dari

    keadaan merbahaya.

    iii. Bertindak dengan waspada dan penuh yakin

    iv. Cara terbaik untuk memeriksa pesakit ialah mulai dari muka, kemudian

    badan dan seterusnya anggota. Perhatikan warna kulit dan air muka

    pesakit. Bibir kebiruan menunjukkan masalah pernafasan disebabkan

    kekurangan oksigen. Muka pucat dan berkeringat adalah tanda-tanda

    renjatan.

    v. Periksa nadi dan pernafasan mangsa.

    vi. Kawal pendarahan

    vii. Tentukan tahap kesedaran mangsa

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 4

    PERTOLONGAN CEMAS

    viii. Jangan cuba beri bantuan berlebih-lebihan. Beri bantuan yang

    mustahak saja dan elakkan kecederaan bertambah parah. Beri

    bantuan ikut keparahan.

    ix. Tenangkan dan kendali dengan cermat. Tanggalkan pakaian jika perlu.

    x. Beri bantuan / maklumat kepada pihak hospital/ berkenaan

    2.3 SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN DARAH

    Semasa bernafas, kita sebenarnya menyedut dan menghembuskan udara. Udara

    yang disedut dibawa masuk ke paru-paru dan seterusnya meresapkan oksigen ke

    dalam darah. Udara yang anda sedut sebenarnya hanya mempunyai 21%

    sahaja oksigen dan selebihnya adalah kompisisi gas nitrogen. Badan kita hanya

    memerlukan sebanyak 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.

    Bilangan pernafasan bagi seseorang adalah seperti berikut:

    Dewasa 15 hingga 20 kali seminit.

    Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun 22 hingga 25 kali seminit

    Bayi 35 hingga 40 kali seminit.

    Bilangan nadi bagi seseorang pula adalah seperti berikut:

    Orang dewasa 70 80 seminit

    Kanak-kanak 90 100 seminit

    Bayi 100 - 140 seminit

    Sel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat bekalan

    oksigen selama tiga minit.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 5

    PERTOLONGAN CEMAS

    Anda boleh memeriksa nadi anda atau rakan anda di pergelangan tangan (nadi

    radial) atau di leher (nadi karotid). Jangan gunakan ibu jari untuk memeriksa

    nadi sebaliknya jugakan hujung jari telunjuk, jari tengah dan jari manis anda.

    Nadi radial Nadi karotik Nadi brakial

    Rajah 1 : Cara memeriksa nadi

    Sementara itu, sistem peredaran darah pula adalah berfungsi untuk menyalurkan

    dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel kita di dalam

    badan dan juga membawa bahan buangan keluar. Dalam badan seorang

    dewasa, terdapat sekitar empat hingga enam liter darah dan setiap tujuh

    kilogram berat badan mengandungi 0.5 liter darah.

    Fungsi darah adalah seperti berikut:

    i. Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu

    ii. Membawa bahan buangan ke organ pembuangan

    iii. Melawan penyakit

    iv. Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran

    v. Mengawal suhu badan

    vi. Menghentikan pendarahan

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 6

    PERTOLONGAN CEMAS

    2.4 RESUSITASI KARDIOPULMONARI ( CPR )

    Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya CPR

    adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang

    tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas. Ia merupakan kombinasi

    teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut (atau bantuan pernafasan dengan

    kaedah lain) dan juga tekanan dada.

    Sebelum ini anda telah dimaklumkan bahawa udara yang disedut mempunyai

    21% oksigen dan badan hanya memerlukan 5% sahaja oksigen untuk

    melakukan proses respirasi. Ini bermakna udara hembusan anda masih

    mempunyai baki oksigen sebanyak 16%. Baki oksigen inilah yang akan dihembus

    ke dalam badan mangsa kecederaan untuk membantu memperolehi oksigen.

    Anda harus ingat bahawa mangsa juga hanya memerlukan sebanyak 5%

    oksigen sahaja dari 16% yang dibekalkan. Tekanan yang dilakukan semasa CPR

    pula berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus tadi

    ke seluruh anggota badan.

    Jadi CPR sebenarnya adalah agen untuk membantu mangsa yang tidak bernafas

    dan tiada nadi untuk melakukan proses respirasi seperti orang sihat.

    Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu:

    i. terhenti pernafasan.

    ii. tiada nadi.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 7

    PERTOLONGAN CEMAS

    Sementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas yang perlu anda

    lakukan iaitu ABC:

    A - AIRWAY - SALURAN PERNAFASAN

    B - BREATHING - PERNAFASAN

    C - CIRCULATION - PEREDARAN DARAH

    2.4.1 Punca-punca terhenti pernafasan (Asfiksia)

    Sebarang gangguan terhadap proses respirasi boleh mengakibatkan

    terhentinya pernafasan dan akan membawa kepada kematian. Asfiksia

    (aspyxia) merupakan istilah yang digunakan bagi kes sesak nafas atau

    terhalang pernafasan hingga menyebabkan kekurangan oksigen pada paru-

    paru.

    Asfiksia akan menyebabkan darah beroksigen rendah dalam badan.

    Kekurangan oksigen ini dikenali sebagai hipoksia. Sekiranya dibiarkan ia

    akan membawa kepada maut. Anda harus ingat bahawa sel-sel otak mulai

    mati sekiranya bekalan oksigen tidak diterima dalam masa tiga minit. Oleh

    itu tindakan segera harus diambil untuk mengatasi keadaan ini.

    Tanda-tanda seseorang itu mengalami hipoksia adalah:

    1. pernafasan yang cepat,tercungap-cungap dan seperti menderita

    kesakitan

    2. rasa terkeliru, mudah meradang dan agresif yang membawa kepada

    keadaan tidak sedarkan diri.

    3. lazimnya, kulit akan menjadi lebam kebiruan

    4. jika tidak dikawal, fungsi jantung akan terhenti.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 8

    PERTOLONGAN CEMAS

    Antara punca-punca boleh menyebabkan asfiksia adalah:

    i. Lemas

    a. Pakaian atau kain menutup muka

    b. Lemas di air tidak mendapat udara

    c. Lemas di dalam bilik bergas tidak mendapat oksigen

    ii. Tercekik

    a. Tersekat benda atau tergantung

    b. Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru )

    iii. Kejutan

    b. Arus elektrik

    c. Kilat

    Tanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah:

    1. pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap

    2. pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol ke luar

    3. kulit kelihatan lebam kebiruan

    4. lubang hidung menjadi kembang

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 9

    PERTOLONGAN CEMAS

    2.4.2 Pemeriksaan ABC

    A (Airway) Saluran pernafasan. Ini merupakan tindakan

    pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.

    Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran

    udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh

    membuka saluran udara ini dengan mendongakkan

    kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa.

    Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari

    arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan

    udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan secara

    visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda

    untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.

    Contohnya gigi palsu yang telah pecah. B (Breathing) Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka,

    tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah

    memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda

    disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka

    menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut

    membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa

    hembusan nafas dan mata anda memandang tepat

    kearah dada untuk melihat pergerakkan turun-naik

    dada. (Kaedah 3M =Mendengar,Merasa,Melihat). Jika tiada

    nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.

    Contohnya mulut ke mulut.

    C (Circulation) Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk

    mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu

    dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti

    ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya

    mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu

    meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan

    sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.

    Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan

    atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan

    dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.

    Gunakan berat bandan anda untuk melakukan tekanan.

    Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum)

    dan sekitar dua jari dari atas hulu hati(cuaran xiphoid).

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 10

    PERTOLONGAN CEMAS

    2.4.3 Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut

    1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan

    badan. Dapatkan bantuan.

    2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

    3. Buang sebarang benda asing dari mulut.

    4. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

    5. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk

    anda.

    6. Tentukan mulutnya terbuka

    7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga

    anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran

    udara semasa hembusan dilakukan.

    8. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil

    masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.

    9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan

    pada kadar 10 kali seminit.

    10. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa

    dalam kedudukan pemulihan. (rujuk halaman 16)

    Catatan:

    1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat

    dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi

    agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut

    mangsa.

    2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah

    bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan

    agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 11

    PERTOLONGAN CEMAS

    3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak

    naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh

    muntah, darah atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi

    rawatan mangsa yang tercekik.

    2.4.4 Rawatan tercekik mangsa tidak sedar

    1. Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.

    2. Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan

    pemeriksaan ABC.

    3. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

    4. Buang sebarang benda asing dari mulut.

    5. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

    6. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk

    anda.

    7. Tentukan mulutnya terbuka

    8. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga

    anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran

    udara semasa hembusan dilakukan.

    9. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil

    masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.

    10. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha

    mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen

    mangsa iaitu antara pusat dan penghujung hulu hati.

    11. Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas

    abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.

    12. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum

    bernafas atau masih tercekik.

    13. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam

    kedudukan pemulihan.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 12

    PERTOLONGAN CEMAS

    14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.

    Tekan dengan tepat

    kedalam dan keatas

    sebanyak lima kali

    Condongkan

    kepala

    Rajah 2 : Tekanan bagi rawatan tercekik

    2.4.5 Kaedah CPR seorang diri

    1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan

    badan. Dapatkan bantuan.

    2. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa

    seluruh badan

    3. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.

    4. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada

    kadar 12 hembusan seminit.

    5. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15

    kali. Caranya adalah seperti berikut:

    i. letakkan tangan anda di atas dada mangsa.

    ii. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 2 inci untuk orang dewasa.

    iii. belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan)

    iv. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2

    pusingan)

    v. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik

    vi. teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada nadi.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 13

    PERTOLONGAN CEMAS

    vii. lakukan sehingga bantuan pakar tiba.

    6. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan

    pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan. Bersedia

    untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada.

    7. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam

    kedudukan pemulihan.

    8. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.

    Catatan :

    1. Jika mangsa kanak-kanak , lakukan tekanan sedalam 2.5 3.5 cm

    pada kadar 100 kali seminit. Lakukan 5 tekanan : 1 hembusan.

    Gunakan satu tangan sahaja untuk melakukan tekanan.

    2. Jika bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun, lakukan tekanan sedalam

    2 2.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Gunakan dua jari sahaja untuk

    melakukan tekanan. Periksa nadi dibahagian braktial (lengan atas).

    3. Jangan lakukan latihan CPR pada orang yang sihat. Lakuan

    pada patung (dummy).

    Telefon 999 atau 991

    untuk mendapatkan

    bantuan

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 14

    PERTOLONGAN CEMAS

    a) dewasa b) wanita c) kanak-kanak d) bayi

    mengandung

    Rajah 3 : Rawatan tercekik mangsa sedar

    Rajah 4 : Kedudukan tekanan CPR

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 15

    PERTOLONGAN CEMAS

    Rajah 5: Ringkasan CPR

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 16

    PERTOLONGAN CEMAS

    2.4.6 Kedudukan pemulihan

    Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau

    sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan

    pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah

    mangsa daripada menutupi tekak atau salur pernafasan. Oleh kerana

    kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan

    membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan

    mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan

    bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus,

    manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan

    mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

    1

    Kaki diluruskan

    Siku dibengkokkan

    2 Saluran udara hendaklah

    dibuka terlebih

    dahulu

    Letakkan bahagian

    belakang tangan

    mangsa ke atas

    pipinya dan biarkan

    di situ

    3 Pegang dengan

    kemas, kemudian

    golekkan mangsa

    kearah anda

    Gunakan lutut anda

    untuk menghalang

    mangsa daripada

    tergoleh jauh

    Sokong dan

    lindungi muka

    menggunakan

    tangan anda

    4

    Tangan

    Kepala condong ke

    belakang dengan

    selesa

    Kaki yang bengkok

    menupang badan ke

    atas dan

    menghalang mangsa

    daripada tergolek

    kehadapan

    menyokong

    kepala Lengan yang

    bengkok memberi

    kestabilan

    Rajah 6: Kedudukan pemulihan

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 17

    PERTOLONGAN CEMAS

    AKTIVITI 1a

    UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

    SELANJUTNYA!

    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

    HALAMAN BERIKUTNYA

    Jawab soalan-soalan yang berikut:

    1.1. Berikan definisi pertolongan cemas.

    1.2. Apakah sebab utama CPR perlu dilakukan?

    1.3. Berapakah bilangan nadi dan kadar pernafasan bagi orang dewasa?

    1.4. Cuba anda periksa nadi radial dan karotid rakan anda.

    1.5. Semasa anda hendak melakukan CPR anda dapati mangsa menggunakan

    gigi palsu. Apakah tindakan anda?

    1.6. Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan perut kembung semasa

    bantuan pernafasan diberikan?

    1.7. Berapa lamakah CPR boleh dihentikan bagi memindahkan mangsa ke

    tempat lain?

    1.8. Berapa kalikah hembusan dan tekanan yang perlu diberikan kepada mangsa

    semasa CPR dilakukan? Bilakah masanya untuk memeriksa nadi?

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 18

    PERTOLONGAN CEMAS

    Jawapan :

    MAKLUMBALAS 1a

    2.1. Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada

    pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam

    keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit

    mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.

    2.2. Sebab utama CPR perlu dilakukan apabila mangsa:

    iii. terhenti pernafasan dan

    iv. tiada nadi.

    2.3. Bilangan nadi adalah 70 hingga 80 kali seminit dan kadar pernafasan adalah

    15 hingga 20 kali seminit.

    2.4. Nadi karotid di leher dan nadi radial di pergelangan kawan anda.

    2.5. Jika boleh jangan tanggalkan gigi palsu tersebut supaya mulut anda dapat

    menutup rapat ke mulut mangsa. Anda perlu menanggalkannya jika ia

    longgar supaya tidak menghalang usaha-usaha menyelamat mangsa.

    2.6. Perut kembung biasanya terjadi disebabkan oleh pemberian nafas bantuan

    terlalu kuat atau saluran pernafasan yang separa tersekat. Keadaan ini

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 19

    PERTOLONGAN CEMAS

    dapat dikurangkan dengan mengawal tekanan dan kelajuan pernafasan

    bantuan. Pastikan anda tidak menghembus dengan paksa jika dada telah

    mengembang.

    2.7. Jangan hentikan CPR melainkan keadaan tempat mengancam nyawa anda

    atau mangsa.

    2.8. 2 hembusan dan 15 kali tekanan. Lakukan sebanyak 4 pusingan. Kemudian

    baru memeriksa nadi. Jika nadi tiada teruskan 2 hembusan dan 15 kali

    tekanan sehingga 4 pusingan. Periksa semula nadi dan begitulah

    seterusnya. Ini bermakna satu pusingan 8 kali hembusan dan 60 kali

    tekanan.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 20

    PERTOLONGAN CEMAS

    INPUT

    2.5 PENDARAHAN KECIL

    Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:

    1. Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)

    i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau

    ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai

    iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam

    iv. Luka tembus - seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru

    2. Pendarahan internal ( di bahagian dalam )

    i. Perut muntah berdarah

    ii. Paru-paru / salur penafasan batuk berdarah

    iii. Tali usus darah pada dubur

    iv. Rahim tumpah darah

    v. Buah pinggang kencing berdarah

    vi. Tengkorak darah mengalir melalui telinga dan hidung

    3. Pendarahan internal tanpa kesan

    i. Limpa dan hati pecah

    ii. Pendarahan dalam otak

    a) Luka terhiris b) Luka terkoyak c) Lebam d) Luka tembus

    Rajah 7: Jenis-jenis luka

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 21

    PERTOLONGAN CEMAS

    2.5.1 Rawatan Pendarahan Eksternal secara umum

    a) Luka-luka kecil.

    Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil

    seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk

    mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkahlangkah rawatannya adalah

    seperti berikut:

    i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan

    kotor.

    ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk

    ke kawasan luka.

    iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.

    iv. lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap

    atau batuk ke arah tempat luka.

    v. gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

    Rajah 8: Balutan luka

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 22

    PERTOLONGAN CEMAS

    b) Luka kecil yang ada benda asing.

    Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti

    kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan cuba

    keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih

    banyak kerosakkan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda

    adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek

    dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah

    seperti berikut:

    i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan

    kotor.

    ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk

    ke kawasan luka.

    iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang telah disteril.

    iv. kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas

    kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.

    v. tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko

    jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga

    anda boleh membalut tanpa menekan objek.

    vi. bawa mangsa ke hospital.

    c) Jika lebam gunakan tuaman sejuk. Anda juga boleh mengalirkan air

    sejuk ke atas bahagian anggota yang tercedera. Tuaman sejuk boleh

    dibuat dari kiub ais yang dibungkus dengan tuala. Tuam anggota yang

    cedera selama 20 minit.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 23

    PERTOLONGAN CEMAS

    Balut dibahagian

    atas dan bawah

    objek

    Rajah 9: Balutan luka ada objek

    2.5.2 Cara menahan darah

    a) Tekanan tepat tekan terus pada luka tersebut dengan kain

    bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan

    patah.

    i. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang

    disterilkan

    ii. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan

    menekan pada tempat berdarah.

    iii. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.

    iv. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10-

    15 minit.

    b) Tekanan tidak tepat - tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan

    penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.

    Komplikasi pengunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada

    otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar

    memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga

    beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.

    Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 24

    PERTOLONGAN CEMAS

    c) Anggota terputus - Kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian

    putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya

    dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota

    putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi

    bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus

    secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.

    2.5.3 Pembebatan dan pembalutan

    1. Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh

    digunakan untuk menutup luka.

    2. Fungsi pembebat dan balutan adalah :

    i. mencegah jangkitan kuman

    ii. menyerap kotoran yang keluar seperti nanah dan darah

    iii. mengawal pendarahan dan melindungi luka

    3. Jenis-jenis pembebatan ialah:

    i. paraffin biasanya digunakan untuk luka besar

    ii. pembebat melekat plaster , digunakan untuk luka kecil.

    iii. pembebat berubat kain kasa yang disapu ubat pembunuh

    kuman

    iv. pembebat pembebat biasa gauze

    4. Peraturan membalut:

    i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan

    tangan kotor.

    ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak

    masuk ke kawasan luka.

    iii. lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau

    batuk ke arah tempat luka.

    iv. gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 25

    PERTOLONGAN CEMAS

    5. Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :

    i. pembalut bergulung berasal dari kain kasa ,WOW bandage

    ii. pembalut segi tiga , lebar dan tirus terdiri dari kain segi tiga

    dari jenis kain kaliko

    iii. pembalut cincin diperbuat dari pembalut tirus

    iv. pembalut kain krep biasanya digunakan untuk kes terseliuh.

    2.6 TERSELIUH DAN PATAH

    1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami

    oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi

    disebabkan oleh :

    i. pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku

    pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.

    ii. pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya

    patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.

    iii. kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan.

    Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi

    pada ahli sukan.

    iv. terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan

    mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara

    mengejut semasa berlari.

    v. dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan

    normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 26

    PERTOLONGAN CEMAS

    2.6.1 Jenis-jenis patah.

    Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :

    i. patah tertutup. Kulit permukaan tidak luka

    ii. patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang.

    iii. patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan

    organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain.

    iv. patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.

    v. patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.

    vi. patah simple. Tulang patah dua sahaja.

    2.6.2 Tanda-tanda kecederaan tulang.

    i. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.

    ii. Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah

    iii. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.

    iv. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera.

    v. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.

    vi. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.

    vii. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

    2.6.3 Prinsip rawatan secara am.

    Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut:

    i. memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam

    nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.

    ii. jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan

    rawatan ditempat kejadian.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 27

    PERTOLONGAN CEMAS

    iii. kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.

    Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.

    iv. sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan

    kain yang bersih.

    v. halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat

    (splin), anduh dan pembebat.

    vi. periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari

    tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

    Rajah di bawah menunjukkan cara-cara ikatan anduh.

    a) Andoh besar b) Andoh tiga segi c) Patah tulang

    lengan atas

    e) Patah tulang

    peha

    d) Patah tulang dagu

    Rajah 10: Andoh atau balutan patah

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 28

    PERTOLONGAN CEMAS

    AKTIVITI 1b

    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

    SELANJUTNYA!

    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

    HALAMAN BERIKUTNYA

    Jawab soalan-soalan yang berikut:

    2.9 Nyatakan jenis-jenis luka.

    2.10 Semasa anda sedang berkhemah, rakan anda terhiris lengan tangannya

    dengan parang semasa mencari kayu api. Apakah tindakan yang perlu

    anda ambil sekiranya anda tidak mempunyai kotak pertolongan cemas.

    2.11 Apakah tindakan dan rawatan yang perlu anda lakukan bila berhadapan

    dengan rakan anda yang mengalami kemalangan motosikal.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 29

    PERTOLONGAN CEMAS

    Jawapan:

    MAKLUMBALAS 1b

    2.9 Jenis-jenis luka adalah:

    i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau

    ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai

    iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam

    iv. Luka tembus - seperti kena tikam pisau, jarum atau peluru

    2.10 Tindakan yang perlu diambil adalah:

    i. Tanggal atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka.

    ii. Bersih seberapa boleh kawasan cedera.

    iii. Beri tekanan tepat ke atas luka dengan tapak tangan atau jari-jari

    anda. Jika boleh gunakan kain yang bersih, tetapi jangan buang masa

    untuk mencari kain pembalut. Beri tekanan sehingga darah berhenti.

    Biasanya sekitar 10 hingga 15 minit.

    iv. Angkat dan ampu anggota cedera atas dari paras jantung kawan anda.

    v. Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah

    ke bahagian yang cedera dan mengurangkan dari risiko renjatan.

    vi. Dapatkan bantuan. Sekiranya telah mempunyai pembalut. Balut

    dengan kemas kawasan cedera. Jnagan balut terlalu ketat. Jika

    perdarahan tembus menerusi balutan, bal;utlah selapis lagi.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 30

    PERTOLONGAN CEMAS

    2.11 Tindakan yang perlu diambil adalah:

    Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak menimbulkan

    sebarang bahaya dengan:

    Sekiranya anda membawa kenderaan, Letakkan kenderaan anda

    ditempat yang selamat dan nyalakan lampu kecemasan pada

    kenderaan anda.

    Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat

    kemalangan.

    Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna

    cerah dan bawa lampu picit.

    Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:

    Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan maklumkan

    suasana kejadian terutama bilangan mangsa.

    Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi amaran

    kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain.

    Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada sekurang-

    kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian.

    Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari kawasan

    kejadian.

    Tutup suis enjin motosikal yang terlibat dalam kemalangan samada enjin

    masih hidup atau telah dimatikan.

    Jika rakan anda tidak sedarkan diri

    Jangan alih rakan anda kecuali jika benar-benar perlu.

    Anggap mangsa mengalami kecederaan tulang belakang.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 31

    PERTOLONGAN CEMAS

    Jika mangsa perlu dialihkan, anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga

    orang pembantu. Seorang untuk mengampu bahu dan dada, seorang

    untuk mengampu peha dan seorang untuk memegang kaki. Anda

    hendaklah sentiasa mengapu kepala rakan anda.

    Menanggalkan topi keledar

    Hanya perlu ditanggal jika betul-betul perlu sahaja. Contohnya jika topi

    keledar menghalang anda dari memberi bantuan pernafasan.

    Jika boleh topi keledar ditanggal sendiri oleh mangsa.

    Buka topi keledar dengan menolak bahagian tepi keluar supaya kepala

    bebas dari tekanan. Angkat topi keledar ke atas dan kebelakang.

    Sekiranya topi keledar muka penuh, Masukkan jari anda dibahagian

    bawah rim. Sokong leher dan pegang rahang bawah dengan jari-jari

    yang terbuka. Minta seseorang untuk menarik topi keledar dari

    bahagian atas.

    Rawatan kecederaan

    Ikuti pemulihan kaedah ABC

    Kawal pendarahan yang berlaku

    Beri rawatan luka yang besar, selaran dan keretakan atau patah yang

    teruk

    Rawat mangsa akibat renjatan.

    http://modul2poli.blogspot.com

  • R1001 / UNIT 2/ 32

    PERTOLONGAN CEMAS

    INPUT

    2.7 MELECUR DAN TERBAKAR

    Kecederaan melecur dan terbakar adalah disebabkan oleh haba atau api.

    Kecederaan melecur dan terbakar aka