quiz hakam

Upload: lionheart8888

Post on 04-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Quiz Hakam

    1/3

    Nama: Benjamin Goo Koon Wern No.Matrik: A132312 SET: 1

    Soalan HAKAM

    Sila beri komen terhadap klip WIKILEAKS COLLATERAL MURDER dari perspektif hakam.

    Mungkin anda boleh komen dari segi kebebasan maklumat, kepalsuan maklumat, undang-

    undang peperangan, hak rawatan, kebebasan media, mangsa peperangan.

    Komen

    Hakam

    Dari segi pembunuhan wartawan

    -Pembunuhan wartawan oleh askar bercanggah dengan Deklarasi Universal Hak Asasi

    Manusia artikel 1 yang menyatakan setiap orang adalah dilahirkan bebas dan sama tarafdari segi maruahnya.

    pembunuhan oleh askar U.S adalah semacam bahawa askar U.S adalah lebih tinggi

    tarafnya berbanding wartawan dan rakyat Iraq lain.

    Pembunuhan juga bercanggah dengan Artikel 3 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia

    yang mana setiap manusia adalah berhak untuk hidup, bebas secara individu. Namun

    pembunuhan oleh askar U.S seolah-olah menampakkan hak untuk hidup adalah ditentukan

    oleh askar itu sendiri dan bukannya Tuhan. Ini adalah sesuatu perbuatan yang salah.

    Kebebasan Maklumat

    -Artikel 19 telah menyatakan secara jelas setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan

    pendapat dan mengeluarkan fikiran, hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat

    tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran

    melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.

    -Pada Julai 6, 2010, Private Bradley Manning, seorang penganalisis perisikan berusia 22

    tahun dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat di Baghdad, didakwa dengan

    mendedahkan video ini (selepas didakwa bercakap kepada wartawan yang tidak berniat

    baik). Pemberi maklumat di belakang Pentagon Papers, Daniel Ellsberg, telah dipanggil

    Encik Manning seorang 'hero'. Beliau kini dipenjarakan di Kuwait. Anak-anak kapal Apache

    dan orang-orang di sebalik perbuatan tersebut yang digambarkan dalam video masih belum

    dikenakan sabitan hukuman.

    -Ini bermakna sekiranya jika tiada seseorang yang mempunyai hati nurani yang berani

    melaporkan perkara tersebut, perbuatan yang salah tersebut tidak akan diketahui orang

    ramai. Ini adalah bercanggah sama sekali dengan artikel 19 yang mana setiap orang berhak

    mengetahui maklumat dan menerima maklumat.

    Kepalsuan Maklumat

  • 7/29/2019 Quiz Hakam

    2/3

    -Selepas permintaan oleh Reuters, kejadian itu yang kita nampak di video telah disiasat dan

    tentera AS membuat kesimpulan bahawa tindakan askar mengikut undang-undang konflik

    bersenjata dan sendiri "Kaedah-Kaedah Engagement".

    - Tentera AS telah memberitahu maklumat yang palsu kepada media awam dan ini

    bercanggah dengan penyiasatan WikiLeaks. Ini adalah bercanggah dengan dengan artikel 7yang menyatakan semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa

    apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Semua

    orang adalah berhak kepada perlindungan yang sama rata daripada sebarang pembezaan

    yang melanggar Perisytiharan ini dan terhadap sebarang hasutan terhadap pembezaan

    sedemikian.

    -Namun, askar AS telah dinampakkan bahawa merekalah adalah lebih tinggi tarafnya

    berbanding undang-undang itu sendiri. Malahan mereka diberi perlindungan semacam kebal

    oleh Kerajaan AS itu sendiri.

    Undang-Undang Peperangan

    - Askar AS terus menembak tanpa sebarang usul periksa dan mereka menyatakan

    wartawan yang berada di bumi Iraq adalah orang yang bersenjata walhal wartawan

    tersebut bukanlah bersenjata tetapi hanyalah berbekalkan kamera . Wartawan

    merupakan sivilian awam bukannya tentera.

    - Ini adalah bercanggah dengan prinsip undang-undang peperangan iaitu

    i) Perang harus terhad kepada mencapai matlamat politik yang memulakan

    perang (misalnya, kawalan wilayah) dan tidak seharusnya termasukkemusnahan yang tidak perlu.

    ii) Orang-orang dan harta yang tidak menyumbang kepada usaha perang perlu

    dilindungi daripada kemusnahan dan kesusahan yang tidak perlu.

    - Askar AS telah menembak orang-orang yang tidak menyumbang kepada usaha iaitu

    wartawan dan rakyat-rakyat Iraq yang lain di mana mereka ini tidak berpegang

    kepada prinsip undang-undang peperangan. Wartawan hanyalah orang yang

    melaporkan situasi perang dan bukannya menyemarakkan suasana perang.

    Hak Rawatan

    - Seorang kanak-kanak yang cedera akibat tembakan askar AS sepatutnya dihantar

    ke pusat rawatan AS supaya kanak-kanak tersebut dapat pulih, namun ia dihantar ke

    hospital rawatan Iraq yang melambak-lambak orang yang tengah tunggu untuk

    dirawat bagi mengurangkan kos berperang bagi pihak AS.

    - Rakyat Iraq yang lain yang cedera akibat tembakan tersebut patut dihantar ke pusat

    rawatan AS.

    - Di bawah Geneva Convention Protocol I , di mana sivilian yang cedera akibatpeperangan mestilah dirawat dengan secukupnya namun seorang kanak-kanak yang

  • 7/29/2019 Quiz Hakam

    3/3

    tercedera umurnya kurang daripada 15 tahun akibat senjata askar AS sepatutnya

    mendapat perlindungan khas menurut Geneva Convention IV, 14-17 dari mana-

    mana pihak terutamanya askar AS telah diabaikan rawatannya dan membiarkannya

    di hospital Iraq yang mustahil kanak-kanak tersebut boleh mendapat rawatan yang

    secukup.

    - -ini adalah melanggar Geneva Convention yang mana askar yang berbuat demikian

    haruslah disebat dan dipenjarakan.

    Kebebasan Media

    - Media sepatutnya tidak boleh disekat dalam mengetahui kebenaran situasi

    peperangan sebenar di Iraq yang dilakukan oleh askar AS. Mereka telah disekat

    daripada mendapat maklumat perbuatan salah oleh askar AS. Ini sebenarnya

    bercanggah dengan hak seseorang manusia bagi mengetahui hal sebenar yang

    berlaku. Ini bermakna kita semua telah ditipu oleh maklumat palsu yang dibuat dalamkenyataan askar AS berkenaan peperangan berkenaan.

    Mangsa Peperangan

    - Patut diberi rawatan secukupnya terutama sivilian IRAQ NAMUN askar AS

    mengabaikan mereka dan juga telah merosakkan banyak harta di tanah Iraq. Askar

    AS telah menyalahi Geneva Convention Protocol I beserta prinsip undang-undang

    peperangan. Ini adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan mereka

    merupakan binatang.

    Kesimpulan

    Ungkapan Survival toughest the fittest merupakan ungkapan bagi kerajaan yang mana

    tenteranya kuat. Askar AS sememangnya mempunyai kuasa tentera yang kuat namun

    apakah makna kuasa tersebut jika diguna pakai secara berleluasa dan tanpa pengawalan

    dari mana-mana pihak. Sepatutnya kuasa tersebut digunakan untuk membantu pihak yang

    lemah dan bukannya merosakkan lagi pihak yang lemah. Mereka ini tiada kesedaran

    bahawa mereka adalah manusia dan telah membunuh manusia yang lain seolah-olah

    mereka ini binatang malahan telah mempalsukan maklumat bagi mengaburi mata manusia

    yang lain terhadap kesalahan yang dilakukan mereka.