pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2 B Modul 2 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 03-Dec-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR2B

Modul 2

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 2

A. Bacaan

Bacaan : Persahabatan Terjalin Semula

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思

1 terjalin

- telah wujud

结 交/ 维 系

2 karib

- rapat, akrab

亲 密

3 menemani

- mengiringi

陪 伴

4 tradisional

- lama, mengikut tradisi

传 统

5 melangkah

- berjalan

开 步/ 走

6 ruang

-tempat

厅/空 间

7 dijangka

-diduga

预 测

8 tercanggih

-moden dan kompleks

先 进

9 penerangan

-penjelasan

解 释

10 kagum

-terkejut, hairan

惊 讶

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

11 mahir

-pandai

熟 练

12 teknologi

-cara membuat sesuatu dengan cara sains

技 术

13 mengubah

-menukar

改 变

14 hebat

-bagus

好/ 优 越

15 dicipta

-direka

被 发 明

16 membayangkan

-memikirkan

想 象

17 menyatakan

-mengatakan

说 明

18

meneroka

-membuka kawasan baru, membuat sesuatu yang

baru

开 拓

19 sebaya

-seumur

同 龄

20 gelagat

-kelakuan

行 为

21 memaklumkan

-memberitahu

通 知

22 bertemu

-berjumpa, bersua

遇 见

23 melambaikan

-bergerak-gerak turun naik

挥 手

24 meluru

-berlari ke

走 向( 快)

25 kekok

-berasa tidak biasa, janggal

生 硬/ 别 扭

26 beramah mesra

-berbual-bual dengan mesra

交 谈

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

b. Latihan Perbendaharaan Kata – Tuliskan perkataan berdasarkan

maksud yang diberi.

Bil Maksud Perkataan/Frasa

1 bagus, dahsyat

2 berasa tidak biasa

3 berbual-bual/bergaul dengan mesra

4 bergerak-gerak turun naik

5 berjalan

6 berjalan dengan cepat, berlari ke

7 berjumpa

8 cara membuat sesuatu dengan cara sains

9 diduga

10 direka

11 kelakuan

12 lama, mengikut tradisi

13 memberitahu

14 membuka kawasan baru, menjalankan

sesuatu yang baru

15 memikirkan

16 mengatakan

17 mengiringi

18 menukar

19 moden dan kompleks

20 pandai

21 penjelasan

22 rapat, akrab

23 seumur

24 telah wujud

25 tempat

26 terkejut, hairan

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Persahabatan Terjalin Semula

Encik Jamal memandu keretanya ke Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan berhati-hati. Encik Jamal

hendak menjemput sahabat karibnya dari Negara Indonesia yang

akan bercuti di Malaysia.

Adlan turut menemui ayahnya ke KLIA. Sepanjang jalan, Adlan

dapat melihat ladang kelapa sawit, ladang getah dan kampong Melayu

tradisional. Selepas meletak kereta, Encik Jamal dan Adlan

melangkah masuk ke ruang menunggu. Kapal terbang yang dinaiki oleh

sahabat baik Encik Jamal dijangka tiba setengah jam lagi.

“Kalau Adlan hendak tahu, inilah lapangan terbang yang

tercanggih di Asia. KLIA merupakan lapangan terbang yang menjadi

kebanggaan rakyat Malaysia,” beritahu Encik Jamal.

Adlan mengangguk-anggukkan kepala dengan penerangan

ayahnya. Dia amat kagum dengan keindahan dan kemudahan yang

disediakan di KLIA.

“Ayah, siapakah yang membina lapangan terbang ini?” tanya

Hakimi.

“Lapangan terbang ini dibina oleh 70 orang jurutera tempatan

yang mahir dalam bidang masing-masing. Lapangan terbang ini juga

menggunakan teknologi terkini yang canggih. Hal ini menunjukkan

bahawa teknologi telah mengubah cara hidup manusia,” jawab Encik

Jamal dengan panjang lebar.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

“Ayah, bagaimanakah teknologi itu telah mengubah cara hidup

manusia?” tanya Adlan.

“Pada zaman dahulu, teknologi yang ada tidak sehebat teknologi

pada hari ini. Contohnya, alat pertama yang digunakan oleh manusia

untuk terbang ialah belon udara panas. Belon udara panas ini dicipta

oleh adik-beradik Montgolfier pada tahun 1783,” terang Encik Jamal.

Adlan mendengar penjelasan yang diberi oleh ayahnya dengan

tekun. Dia dapat membayangkan bagaimana manusia menaiki belon

udara panas untuk pergi ke sesuatu tempat. Encik Jamal

memberitahu Adlan bahawa belon udara panas itu tidak dapat

membawa ramai penumpang.

“Sekarang barulah Adlan faham. Sebab itulah Wright

bersaudara telah mencipta kapal terbang. Kapal terbang pada waktu

itu bergerak menggunakan petrol,” beritahu Adlan.

“Wah, bijak sungguh anak ayah!” puji Encik Jamal.

“Cikgu Adlan ada menyatakan bahawa kapal terbang yang kita

gunakan sekarang menggunakan enjin jet,” tambah Adlan.

“Betul tu, Adlan. Dengan kemajuan teknologi, manusia berjaya

mencipta roket untuk meneroka angkasa lepas. Kalau Adlan pandai,

siapakah yang pertama sampai ke bulan?” uji Encik Jamal.

“Tahu, abah. Orang yang pertama sampai ke bulan ialah Neil

Armstrong,” jawab Adlan dengan bangga.

Encik Jamal ketawa dengan gelagat anak bongsunya. Kemudian,

kedengaran pengumuman yang memaklumkan ketibaan kapal terbang

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

dari negara Indonesia. Encik Jamal berasa tidak sabar lagi untuk

bertemu dengan sahabat baiknya.

“Ayah, Pak Cik Hendrawan datang ke sini dengan siapa?” tanya

Adlan.

“Pak Cik Hendrawan datang ke sini dengan isteri dan tiga orang

anaknya. Anaknya yang kedua sebaya dengan Adlan,” beritahu Encik

Jamal.

“Baguslah begitu ayah,” kata Adlan.

“Sudah lama ayah tidak bertemu dengan Pak Cik Hendrawan.

Kalau tidak silap ayah, sudah hampir lima tahun. Bagaimana agaknya

dia sekarang?” Encik Jamal tertanya-tanya sendiri.

Adlan memerhati para penumpang yang baru keluar dari balai

ketibaan. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki sedang

melambaikan tangan ke arah ayahnya. Ayahnya juga membalas

lambaian itu sambil meluru ke arah lelaki itu. Adlan hanya mengikut

dari belakang.

Ayahnya dan lelaki itu berpelukan mesra. Mereka begitu

gembira kerana dapat bertemu semula.

“Ini mesti Adlan. Wah, sudah besar kamu rupanya!” usik Pak Cik

Hendrawan.

“Apa khabar pak cik?” tanya Adlan sambil bersalam dengan Pak

Cik Hendrawan, isteri dan anak-anak mereka.

“Khabar baik, Hakimi,” jawab Pak Cik Hendrawan dengan ramah.

Kemudian, Encik Jamal membantu Pak Cik Hendrawan

mengangkat beg pakaian dan menuju ke tempat letak kerata.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Sepanjang perjalanan pulang, Encik Jamal dan Pak Cik Hendrawan

tidak habis-habis bercerita tentang perkembangan diri masing-

masing. Hakimi hanya mendiamkan diri. Dia berasa kekok untuk

beramah mesra dengan anak-anak Pak Cik Hendrawan.

Encik Jamal turut memberitahu rancangannya untuk membawa

Pak Cik Hendrawan sekeluarga bercuti di Pulau Perhentian. Mereka

bercadang untuk bercuti di pulau peranginan itu selama tiga hari.

Adlan dapat membayangkan keindahan semula jadi di Pulau

Perhentian. Hakimi berjanji akan menggunakan peluang itu untuk

berkenalan dengan anak-anak Pak Cik Hendrawan dengan lebih rapat

lagi

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

B. Pemahaman

1. Apakah tujuan Encik Jamal pergi ke Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur ?

A. Melawat tempat itu

B. Dia akan ke luar negeri

C. Dia akan menjemput sahabat karibnya dari Indonesia

D. Dia hendak menghantar sahabat karibnya balik ke Indonesia

2. Mengapakah lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ?

A. Kerana lapangan terbang itu besar dan cantik

B. Kerana lapangan terbang itu dibina dengan teknologi yang

canggih

C. Kerana lapangan terbang itu dibina oleh jurutera yang hebat

D. Kerana lapangan terbang itu dikunjungi ramai pelawat asing

3. Apakah perbezaan kapal terbang dahulu dan sekarang ? (KBAT)

_________________________________________________

_________________________________________________

4. Pada pendapat kamu, mengapakah Encik Jamal memilih Pulau

Perhentian sebagai destinasi percutian ? (KBAT)

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

C. Tatabahasa

Nota Ringkas: Kata Kerja Transitif & Tak Transitif

1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan.

Contoh: menebang, menggoreng, berbual-bual, terjumpa

2. Kata kerja boleh dibahagikan kepada 2 jenis:

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Tak

Transitif

Penerangan:

Kata kerja yang diikuti

dengan penyambut /

kata nama dalam ayat

Biasanya ditulis dengan

imbuhan awalan meN-

Kata kerja yang diikuti

dengan kata sendi atau

tanda baca. (Tidak

memerlukan

penyambut)

Biasanya, dibubuh

imbuhan ber, te

Contoh:

menggoreng ikan ;

Kata kerja kata nama

transitif (penyambut)

mengecat dinding

Ali berbasikal ke pasar.

Kata kerja tak transitif

Ali sedang tidur.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Latihan 1.1

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.

mengayak merebak meradang menconteng

memejamkan berbahas terseliuh singgah

1. Kami sekeluarga _______________ di Tanjung Malim sebelum

meneruskan perjalanan ke Ipoh.

2. Ibu ________________ tepung sebelum membuat kek pisang.

3. Api yang ________________ dengan cepat telah

memusnahkan sederet kedai.

4. Kaki Hamzah _______________ semasa menjalani latihan

gimnastik tadi.

5. Pelajar yang ________________ dinding akan didenda.

6. Adik ________________ mata apabila adegan yang seram

muncul di kaca televisyen.

7. Dua orang pegawai sedang ________________ tentang

cadangan pekerjanya.

8. Pak Hassan ________________ apabila mengetahui bahawa

anaknya ponteng sekolah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Latihan 1.2

Lengkapkan petikan dengan kata kerja yang sesuai

memenangi berasa merasa

merupakan mengajar menang

memberi melukis menghadiri

Pramjit suka (1) _________________. Dia suka melukis

gambar-gambar pemandangan di kampungnya. Dia (2) ____________

kelas melukis pada hujung minggu. Cik Minah yang (3) ___________

guru Seni Lukis di sekolahnya selalu (4) __________________

galakan kepadanya. Berkat usahanya, Pramjit telah beberapa kali (5)

___________________ peraduan melukis di tempatnya. Cik Minah

(6) ________________bangga dengan kejayaannya.

Latihan 1.3

Isikan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai dan tandakan

‘KKT’ untuk kata kerja transitif atau ‘KKI’ untuk kata kerja

intransitif. (KBAT)

Jenis Kata

Kerja

1 menceritakan, bercerita

a) Datuk suka ________________ pengalamannya

semasa zaman pendudukan Jepun.

b) Aini _____________ tentang peristiwa pelik itu di

hadapan kawan-kawannya.

2 teringat, mengingatkan

a) Jenny selalu ___________ akan mendiang ibunya.

i-Think

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

b) Ibu _____________ abang supaya balik awal.

3 menyembunyikan, bersembunyi

a) Budak yang nakal itu telah _____________ kasut

bapanya.

b) Pencuri yang ____________ di dalam semak

akhirya ditangkap polis juga.

Latihan 1.4

Lengkapkan peta minda berikut dengan maklumat tentang kata kerja

yang diberikan:

kata kerja mengambil membeli berehat

kata kerja transitif kata kerja tidak transitif

bercakap menangis menyanyi menulis

menanak

i-Think

1.

2.

3.

4

1.

2.

3.

4

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Latihan 1.5

Daripada petikan pemahaman dalam modul ini pada muka surat 4 – 7,

senaraikan kata kerja transitif dan tidak transitif (KBAT)

Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tidak Transitif

1.

2.

3.

4.

5.

1.

2.

3.

4.

5.

i-Think

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

D. Pertuturan

Rangsangan. : Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang

disediakan.

1. Apakah pekerjaan orang yang terdapat dalam gambar di atas ?

2. Apakah tugas mereka ?

3. Bagaimanakah mereka menjalankan tugasnya ?

4. Sebutkan tiga tempat yang boleh kita lihat orang seperti ini.

5. Bezakan pekerjaan di atas dengan polis.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

E. Penulisan

Karangan Jenis Autobiografi

Panduan Mengarang

1. Karangan jenis autobiografi menceritakan riwayat hidup penulis

sendiri sama ada sebagai benda hidup (orang, binatang) atau

benda bukan hidup (pen, kasut dan lain-lain).

2. Kata ganti diri pertama “saya”atau “aku” digunakan. Jangan

campur auk kedua-dua “saya” dan “aku” dalam karangan.

3. Bayangkan diri anda bernyawa, seperti berperasaan, boleh

berfikir, berkawan dan memahami perasaan pihak orang lain.

4. Biasanya, tulis peristiwa yang dialami mengikut urutan masa

(dari kecil sehingga besar dan sebagainya)

5. Masukkan nilai moral atau nilai murni pada akhir karangan.

Karangan Contoh:

Pendahuluan : Berasal daripada idea seorang pengarang

Isi-isi : 1. Siap dicetak

2. Diletakkan di rak-rak buku

3. Pesanan ayah kepada anaknya

4. Dibeli oleh seorang pelajar Tahun 5

Penutup : Selepa dibaca, diletak di rak-rak sehingga dimakan

lipas.

Asal usul saya adalah daripada hasil pena seorang pengarang

yang gigih menyelidik, menaip, menghimpunkan kertas-kertas yang

sudah ditulis yang kemudian dipanggil manuskrip, lalu dihantar ke

sebuah syarikat penerbitan. Di sana, bermulalah proses menilai,

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

menyunting, sehingga proses mencetak, sempurnalah diri saya

sebagai sebuah buku yang bertajuk “ Cara-cara Mengarang

Sekolah Rendah”.

Buku yang siap dicetak kemudian disusun di dalam kotak.

Bersama teman-teman yang lain sebanyak 30 naskhah, saya

diangkut dengan sebuah lori ke tempat lain. Daripada perbualan

pengurus kilang percetakan, saya tahu kami semua akan dibawa ke

sebuah kedai buku yang terletak di Ipoh.

Sangkaan saya tidak salah. Apabila terbuka sahaja kotak,

seorang lelaki segera meletakkan saya di antara celah-celah buku.

Lelaki itu menyusun kami dengan begitu kemas. Susunan yang

kemas ini sudah tentu memikat pelanggan.

“Elok kamu baca buku ini. Biar tahu cara menulis karangan yang

baik.”Tiba-tiba seorang lelaki, si ayah meluahkan kalimat itu

kepada si anak. Si anak mengangguk, lalu memegang tubuh saya.

Saya kemudiannya dibelek, dibaca sambil lalu.

“Bagus buku ni. Memang elok murid sekolah rendah

membacanya.” Pujian itu membuatkan hati saya dilambung

kegembiraan. Setelah si ayah membayar wang sebanyak RM4.75,

saat itu juga saya sudah bertukar tuan. Tuan baru saya membawa

saya pulang. Di dalam kereta saya dibaca begitu tekun.

Sesampainya di rumah, saya terus dibaca.

Akan tetapi, apabila saya sudah selesai dibaca, saya diletakkan

di celah rak-rak. Di situ saya mengharapkan ada sesiapa yang sudi

mengambil saya, tetapi cuma impian sahaja. Beberapa ekor lipas

menggigit tubuh saya sehingga wajah saya tidak seseri dulu.

Apabila tuan saya tahu, bukan dibaikinya wajah saya tetapi dibuang

ke dalam tong sampah kitar semula. Alangkah sedihnya saya

apabila berhadapan dengan saat kematian, tetapi saya gembira

kerana berkesempatan berbakti kepada manusia.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Latihan 1 :

Di rumah kamu terdapat sebuah televisyen. Cuba bayangkan jika

kamu menjadi televisyen dan ceritakan riwayat hidup kamu dalam

sebuah karangan. (Sila rujuk peta minda yang diberikan)

Latihan 2 :

“Aku Sebatang Pensel” (Sila rujuk peta minda yang diberikan)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Input Bahasa

Simpulan Bahasa

1. makan angin – melawat

sesuatu tempat

2. naik angin – marah

3. orang harapan – orang

yang dipercayai dan

diharapkan dalam

sesuatu hal

4. Paku Belanda – Harga

tetap yang tidak boleh

ditawar lagi.

5. rabun ayam – tidak

dapat melihat dengan

jelas pada waktu malam.

6. sakit mata – sesuatu

perkara yang tidak ingin

dilihat

7. tahi judi – orang yang

suka berjudi

8. ada hati – ada

kemahuan untuk

mendapatkan sesuatu

atau melakukan sesuatu

9. banyak lemak – terlalu

dimanjakan

10. cakap besar – orang

yang bercakap untuk

menunjukkan

kelebihannya

Pintar Kata

(Perkataan Banyak Makna)

1. cerah

a. terang – Cuaca

hari ini cerah

b. agak putih –

Gadi India itu

berkulit cerah.

c. berpeluang –

Alias ada

harapan yang

cerah untuk

memenangi

pertandingan

itu.

2. dalam

a. ukuran – Dalam

perigi itu lebih

kurang tujuh

meter.

b. tempat – Adik

berada di dalam

bilik tadi.

c. keadaan –

Keluarga Pak

Sehak hidup

dalam kemiskinan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu
Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......tercanggih -moden dan kompleks 先进 9 penerangan -penjelasan 解释 10 惊 kagum -terkejut, hairan 讶 Program Bahasa Melayu

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my