punb

Download PUNB

If you can't read please download the document

Upload: athir

Post on 19-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pinjaman PUNB

TRANSCRIPT

PUNBSkim PROSPER SiswazahSkim PROSPER Siswazah memberi peluang kepada siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera bagi menceburi bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan. Siswazah muda begitu dialu-alukan untuk menjadi usahawan bagi menyumbang kepada pembentukan usahawan Bumiputera ke arah intelektual dan berkemahiran tinggi.Objektif skim ini ditubuhkan adalah :Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera bagi menceburkan diri khususnya dalam perniagaan runcit dan pengedaran.Membantu siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik.Skim PROSPER Siswazah turut menawarkan dua pakej kemudahan pinjaman.Pakej AJumlah pembiayaan dari RM5,000.00 sehingga RM50,000.00 untuk perniagaan tunggal, perkongsian atau Sendirian Berhad. Usahawan perlu menyumbang modal minimum RM500.00 untuk satu projek dan tempoh pembayaran semula pinjaman adalah daripada 3 tahun sehingga 7 tahun.Pakej BMenyediakan jumlah pinjaman daripada RM50,001.00 sehingga nilai maksimum RM100,000.00 bagi mana-mana perniagaan perkongsian atau Sendirian Berhad.usahawan juga perlu menyumbang modal sekurang-kurangya RM500.00 untuk satu-satu projek dan tempoh pembayaran semula yang ditetapkan adalah dari 5 tahun sehingga ke 7 tahun.Kedua-dua pakej ini merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan sepanjang tempoh pembiayaan dan bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada usahawan. Siswazah yang dibenarkan untuk memohon skim ini mestilah sekurang-kurangnya memiliki diploma daripada mana-mana institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan ataupun pemegang sijil dalam bidang teknikal daripada institut pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan dan sekurang-kurangnya lulus tahap 2 serta mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya satu tahun dalam bidang yang dipelajari.Apa yang dapat dikatakan, PUNB telah menawarkan langkah yang cukup bijak untuk menarik lebih ramai golongan muda yang berpelajaran bagi menyertai bidang keusahawanan dengan sedia menghulurkan bantuan dan perkhidmatan kepada mana-mana golongan sisiwazah yang berminat. Diharapkan melalui skim ini, lebih ramai usahawan-usahawan muda yang berjaya dapat dilahirkan.Syarat Kelayakan - PROSPER Usahawan MudaCalon sasaranBumiputeraBerumur tidak lebih dari 33 tahun pada tarikh pendaftaranSanggup mengikuti ke semua program yang ditentukan oleh PUNBPerniagaan100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawanPerniagaan baru atau peringkat perkembanganBidang Perniagaan Tumpuan - PROSPER Usahawan MudaTelekomunikasi & Peralatan TeknologiPendidikanPengedaran & Pasar BasahPakaian & AksesoriKonfeksi & Gerai MakananKosmetik & Servis KecantikanAlatan Logam & Bahan BinaanFotokopi & PercetakanBuku & Alat TulisPerhiasan RumahAutomotifProses Permohonan - PROSPER Usahawan MudaBerminat untuk mengetahui proses permohonan untuk PROSPER Usahawan Muda? Sila lihat jadual dibawah.LANGKAH 1Peserta mendaftar dan menghadiri Sesi Kesesuaian KeusahawananLANGKAH 2Peserta menghadiri Kursus Rancangan Perniagaan PROSPER Usahawan Muda (ditawarkan sebagai pilihan atau jika perlu)LANGKAH 3Peserta menghantar Rancangan Perniagaan ke PUNB untuk pertimbangan dan penilaianLANGKAH 4Peserta membentangkan Rancangan PerniagaanLANGKAH 5Kelulusan PembiayaanLANGKAH 6Peserta menghadiri Kursus Sijil Keusahawanan PROSPER Usahawan Muda (3 Hari)LANGKAH 7Pengeluaran Dana dan Pelaksanaan (apabila semua dokumen dan syarat pengeluaran telah dipenuhi)