puisi tradisional - pantun dua kerat (nasihat)

3
Puisi Tradisional: Pantun Dua Kerat (Nasihat) Rangkap 1 Hajat untuk memperoleh sesuatu sekiranya diizinkan. Rangkap 2 Orang yang banyak bercakap akan cenderung bercakap sesuatu yang tidak benar. Rangkap 3 Harapan seseorang agar surat yang diutuskan mendapat balasan. Rangkap 4 Orang yang malas berusaha tidak akan memperoleh kejayaan. Rangkap 5 Pemikiran yang cerdas memudahkan kefahaman sesuatu ilmu. Rangkap 6 Keberanian melakukan sesuatu perlu disertai dengan keberanian menanggung risiko. Rangkap 7 Orang yang terakhir bertanggung jawab mengemaskan tempat yang telah digunakan. Rangkap 8 Keinginan memperoleh sesuatu perlu disertai dengan usaha. Rangkap 9 Kesalahan atau kesilapan yang dilakukan akan memburukkan nama seseorang. Rangkap 10 Seseorang yang telah ditegur dan menerima hukuman tidak akan melakukan kesilapan lagi pada masa akan datang. Nasihat kepada semua lapisan masyarakat untuk tujuan kebaikan. Maksud Tema

Upload: lee-yang-ching

Post on 10-Jul-2015

281 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Puisi Tradisional - Pantun Dua Kerat (Nasihat)

5/11/2018 Puisi Tradisional - Pantun Dua Kerat (Nasihat) - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/puisi-tradisional-pantun-dua-kerat-nasihat 1/3

 

Puisi Tradisional: Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Rangkap 1Hajat untuk memperoleh sesuatu sekiranya diizinkan.

Rangkap 2Orang yang banyak bercakap akan cenderung bercakap sesuatu yang tidak benar.

Rangkap 3Harapan seseorang agar surat yang diutuskan mendapat balasan.

Rangkap 4Orang yang malas berusaha tidak akan memperoleh kejayaan.

Rangkap 5Pemikiran yang cerdas memudahkan kefahaman sesuatu ilmu.

Rangkap 6Keberanian melakukan sesuatu perlu disertai dengan keberanian menanggung risiko.

Rangkap 7Orang yang terakhir bertanggung jawab mengemaskan tempat yang telah digunakan.

Rangkap 8Keinginan memperoleh sesuatu perlu disertai dengan usaha.

Rangkap 9Kesalahan atau kesilapan yang dilakukan akan memburukkan nama seseorang.

Rangkap 10Seseorang yang telah ditegur dan menerima hukuman tidak akan melakukan kesilapanlagi pada masa akan datang.

Nasihat kepada semua lapisan masyarakat untuk tujuan kebaikan.

Maksud

Tema

Page 2: Puisi Tradisional - Pantun Dua Kerat (Nasihat)

5/11/2018 Puisi Tradisional - Pantun Dua Kerat (Nasihat) - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/puisi-tradisional-pantun-dua-kerat-nasihat 2/3

 

1. Persoalan keinginan memperoleh sesuatu.2. Persoalan keburukan orang yang banyak bercakap.3. Persoalan kepentingan usaha untuk memperoleh sesuatu kejayaan.4.

Persoalan kejian masyarakat terhadap orang yang suka menipu dan mencuri.5. Persoalan risiko yang perlu ditanggung oleh orang yang berani melakukansesuatu.

1. Pantun ini terdiri daripada 10 rangkap.2. Terdapat dua baris dalam setiap rangkap.3. Setiap baris mengandungi empat hingga enam perkataan.4.

Setiap baris mengandungi lapan hingga dua belas suku kata.

1. Imej alam – daun keladi, buah cempedak, ayam, itik2. Repitisi – Pecah kaca pecah gelas3. Metafora – Hati terang

Unsur bunyi1.

Asonansi – pengulangan vokal ’a’ – Pecah kaca pecah gelas2. Aliterasi – pengulangan konsonan ”g” – Kumbang jarak kumbang jagung3. Rima – Rima akhir terikat dengan rima aa

Contoh: Terima kasih daun keladi,Kalau boleh hendak lagi.

1. Nilai Keberanian – keberanian dalam menanggung risiko.2. Nilai bertanggung jawab – Tanggung jawab dalam menyelesaikan sesuatu

pekerjaan.3. Nilai kerajinan – Kerajinan dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan

memperoleh kejayaan4. Nilai kejujuran – Kejujuran dan sikap amanah yang dituntut oleh masyarakat.5. Nilai kebijaksanaan – Kebijaksanaan akal fikiran memudahkan kefahaman

sesuatu ilmu.

 

Persoalan

Bentuk

Gaya Bahasa

Nilai

Page 3: Puisi Tradisional - Pantun Dua Kerat (Nasihat)

5/11/2018 Puisi Tradisional - Pantun Dua Kerat (Nasihat) - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/puisi-tradisional-pantun-dua-kerat-nasihat 3/3

 

1. Kita haruslah berani menanggung risiko dalam melakukan sesuatu pekerjan agar kita tidak kecewa seandainya hasil yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan.

2. Kita haruslah bertanggung jawab dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan agar pekerjaan itu tidak bertangguh.

3. Kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu agar mudah memperoleh kejayaan.

4. Kita haruslah menyemai sikap jujur dan amanah dalam diri agar kita diterimaoleh masyarakat.

5. Kita hendaklah saling menegur antara satu sama lain agar kita tidak melakukankesilapan.

Baca Pantun Dua Kerat (Nasihat) dengan teliti, jawab soalan-soalan yang berikutdengan jawapan yang sesuai.

1. Apakah yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam rangkap yang kelima.

2. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam rangkap yang kesembilan.

1. Pengarang ingin menyampaikan bahawa pemikiran yang cerdas memudahkankefahaman sesuatu ilmu.

2. Pengajaran yang terdapat dalam rangkap kesembilan ialah kita hendaklahmenyemai sikap jujur dan amanah dalam diri agar kita dihormati olehmasyarakat.

Pengajaran

Latihan

Jawapan