psiko

Download Psiko

If you can't read please download the document

Upload: fariesya20

Post on 20-Aug-2015

509 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  1. 1. PERTUMBUHAN DANPERKEMBANGAN KANAK-KANAKDISEDIAKAN OLEH : PSIKOLOGIPENDIDIKANEDC2103 NURHUMAIRAH BT SITI ERWINA BT FAKIR TULOT
  2. 2. KONSEP PERTUMBESARAN DANPERKEMBANGAN KANAK-KANAK
  3. 3. PERKEMBANGAN FIZIKAL Merujuk kepada tumbesaran saizbadan dan organ-organ fungsi sistemfizikal dan koordinasi kemahiranmotor yang halus dan kasar.
  4. 4. PERKEMBANGAN FIZIKAL Seseorang individu membesar darikeadaan bayi hingga ke keadaan saizdewasa sebelum mengecut kembaliapabila badan mula melalui prosespenuaan.
  5. 5. Tumbesaran Saiz Badan
  6. 6. Organ-organ Fungsi Sistem Fizikal
  7. 7. Koordinasi kemahiran motor yanghalus dan kasar Perkembangan motor halus :perkembangan kemahiran kanak-kanakyang melibatkan otot dan jari sertakoordinasi mata dan tangan. Contoh : a)mengoyak kertas dan tampal padakertas disediakan b) mewarna, melukis
  8. 8. Perkembangan motor kasar :perkembangan kemahiran yangmembantu seseorang individu untukbergerak di sekelilingnya. Contoh : merangkak, berdiri, berjalan,mengesot
  9. 9. PERKEMBANGAN KOGNITIF Merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku semasa otak manusia berfungsi. Ini termasuk :a) Persepsib) Pembentukan konsepc) Pemerolehan bahasad) Daya ingatane) Kebolehan ruangf) Kebolehan matematikg) Kebolehan penghujahanh) Penaakulan rasional
  10. 10. PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PSIKOLOGI Merujuk kepada perkembangan perasaan,emosi dan kelakuan individu. Ia melibatkan kebolehan untukmengetahui diri sendiri dan kebolehanuntuk mengurus emosi serta keterampilandiri.
  11. 11. PERKEMBANGAN SOSIAL Merujuk kepada kebolehan individu untukmenjalin hubungan dengan orang lain,membentuk persahabatan dan ikatan. Ia melibatkan perubahan-perubahan danperkembangan yang berlaku padapersonaliti dan kemahiran berhubungsesama manusia supaya individu dapatmenyesuaikan dan menerima persekitaransosial di sekelilingnya.
  12. 12. PERTUMBESARAN Definisi adalah perubahan-perubahanfizikal atau perubahan-perubahankuantitatif yang berlaku di dalamseseorang individu.
  13. 13. Perubahan struktur dan fisiologi yang berlakukepada tulang, otot, kelenjar, sistem sarafdan semua organ-organ yang lain dalambadan sehingga mencapai kematangan. Seseorang individu bertambah besar darisegi saiz dan berat badan dari bayi hinggadewasa.
  14. 14. Dengan kata lain, tumbesaran juga adalahperubahan-perubahan fizikal padaketinggian, berat dan saiz yang berlakupada seseorang individu denganperubahan masa.
  15. 15. PERKEMBANGAN Didefinisikan sebagai perubahan berterusanyang berlaku dalam pola kelakuan,kebolehan mental dan personaliti seseorangindividu sehingga matang. Perubahan-perubahan ini adalah kualitatif,melibatkan kecerdasan, kemahiran dan sikapyang berlaku secara progresif di dalamseseorang individu.
  16. 16. BEZA PERTUMBESARAN DAN PERKEMBANGANASPEK PERTUMBESARANPERKEMBANGANJASMANI Pertumbesaran saiz, berat, gigi, Kemahiran menggunakanorgan deria, anggota pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerjaMENTALBertambah keupayaan berfikir Kemahiran memikir, mengingat, menaakul, menganalisisEMOSI Perasaan seronok, gembira, Kemahiran mengawal perasaanduka, takut, bimbang, sedihdalam situasi tertentuSOSIALMeluaskan perhubungan, Kemahiran mendisiplin dankomunikasi dan pergaulan penyesuaian diri dalam pergaulandengan orang laindengan orang lain
  17. 17. PRINSIP-PRINSIPPERTUMBUHAN DANPERKEMBANGAN KANAK-KANAKoleh: Ruffin (2001)
  18. 18. PRINSIP-PRINSIP PERTUMBUHANDAN PERKEMBANGANKANAK-KANAK1.Perkembangan Berlangsung Dari Kepala Ke Bawah2.Perkembangan Berlangsung Dari Tengah Badan KeBahagian Luar3.Perkembangan Bergantung Pada Kematangan danPembelajaran4.Perkembangan Berlangsung Daripada Mudah (konkrit)Kepada Yang Lebih Kompleks5.Tumbesaran dan Perkembangan Adalah Satu Proses YangBerterusan6.Tumbesaran dan Perkembangan Berlangsung DaripadaUmum ke Spesifik7.Kadar Tumbesaran dan Perkembangan Tersendiri
  19. 19. 1. Perkembangan Berlangsung Dari Kepala Ke Bawah Bayi berkembang bermula dengan kawalan di bahagiankepala. (kuatkan bahagian leher) Kemudian kawalan di bahagian tangan di mana merekamempelajari untuk memegang objek-objek Kemudian mereka akan membina kekuatan dan kawalanpada bahagian kaki (mula merangkak, berdiri atauberjalan)
  20. 20. 2. Perkembangan BerlangsungDari Tengah Badan Ke Bahagian Luar Saraf tunjang berkembang dahulu daripada bahagian-bahagian badan yang lain. Contoh: bahagian lengan kanak-kanak berkembangdahulu daripada bahagian telapak tangan dan Bahagian telapak tangan dan kaki berkembang dahuludaripada jari-jari
  21. 21. 3. Perkembangan Bergantung PadaKematangan dan Pembelajaran1. Kanak-kanak akan bertambah baik dalam pemikiran (kognitif) dan kemahiran psikomotor (fizikal) mereka apabila otak dan sistem saraf berkembang dengan pembelajaran baru yang berterusan daripada persekitaran.2. Kanak-kanak mesti matang ke satu tahap tertentusebelum mereka dapat memperoleh kemahiran baru.Contohnya, seorang bayi 4 bulan tidak bolehberbahasa kerana sel-sel otak bayi untuk bahasabelum matang lagi
  22. 22. Apa itu kematangan?1. Merujuk kepada apa-apa sahaja perubahan yang berlaku dengan perubahan umur yang bergantung pada tumbesaran fizikal
  23. 23. Pada umur berapakah pertumbuhanmanusia akan terhenti ??
  24. 24. - Biasanya berlaku di sekitar umur 17hingga 19 tahun- Ini bermakna individu tersebut telah sampai ke peringkat optimum dalam pertumbuhan tingginya.- Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap tetapi perkembangannya berlaku secara berterusan hingga ke akhir hayat.
  25. 25. 4. Perkembangan Berlangsung Daripada Mudah (konkrit) Kepada Yang LebihKompleks- Kanak-kanak hanya boleh memahami contoh-contohkonkrit semasa awal zaman kanak-kanak- Mereka hanya faham konsep-konsep yang abstrak dankompleks apabila mencapai zaman keremajaan- Menggunakan kemahiran kognitif dan bahasa yangmudah dalam zaman awal kanak-kanak untuk memberisebab-musabab atau menyelesaikan masalah.
  26. 26. 5. Tumbesaran danPerkembangan Adalah Satu Proses Yang Berterusan Kanak-kanak membina pengetahuan dan kemahiranbaru berdasarkan apa yang mereka telah ketahui atauperoleh iaitu berdasarkan pengetahuan yang lalu. (TeoriKonstraktivisme) Seperti blok binaan: kanak-kanak membina danmengumpul pengetahuan beransur-ansur, sedikit demisedikit
  27. 27. 5. Tumbesaran danperkembangan adalah satu proses yang berterusan Semua kanak-kanak mengikut pola perkembangan yangserupa. Satu peringkat perkembangan menjadi asas kepadaperingkat perkembangan yang seterusnya. Contohnya: kanak-kanak mesti sudah pandai mengawalpergerakan tangan untuk memegang pensil atau krayonsebelum mereka dapat melukis atau menulis
  28. 28. 6. Tumbesaran danperkembangan berlangsungdaripada umum ke spesifik Aspek perkembangan motor, kanak-kanak bolehmengenggam objek dengan keseluruhan tanganbaharulah boleh belajar menggunakan ibu jari dan jaritelunjuk sahaja. Tumbesaran berlaku daripada pergerakan otot besarkepada pergerakan otot yang lebih seni (kecil)
  29. 29. Menurut Newman, PR. Dan Newman BM. 1997 tahap perkembangan manusia bermula daripralahir hingga mati TAHAP MASA HIDUP TEMPOH MASA 1. Pralahir 1. Mengandung hingga lahir 2. Bayi 2. 2 tahun pertama 3. Awal kanak-kanak 3. 2 hingga 3 tahun 4. Pra- sekolah 4. 4 hingga 6 tahun 5. kanak-kanak pertengahan5. 6 hingga 11 tahun 6. Remaja awal6. 12 hingga 14 tahun 7. Remaja pertengahan dan akhir 7. 15 hingga 22 tahun 8. Dewasa awal8. 22 hingga 34 tahun 9. Dewasa pertengahan 9. 34 hingga 59 tahun 10. Dewasa akhir10. 60 hingga 75 tahun 11. Tua 11. 75 tahun ke atas
  30. 30. 7. Kadar Tumbesaran dan Perkembangan Tersendiri Walaupun pola dan urutan tumbesaran danperkembangan adalah serupa bagi semua kanak-kanak,tetapi kadar pencapaian peringkat tumbesaran bagisetiap kanak-kanak adalah berbeza. Contohnya, perkembangan intelek seseorang kanak-kanak mungkin maju lebih cepat daripadaperkembangan emosi dan sosialnya.Bermain
  31. 31. 7. Kadar Tumbesaran danPerkembangan TersendiriContoh 2: Tingkah laku kanak-kanak yang berumur 7-12 bulan akan mencapai kebolehan merangkak, duduk, berdiri, bertatih dan berjalan.Irfan-: merangkak (7bln)- mula bertatih (10bln)- berjalan (12 bln)Iffah-: merangkak (8 bln)- mula bertatih (10bln)- berjalan (13bln)** jangka masa untuk mencapai tingkah laku adalah berbeza-beza mengikut individu tetapi tingkah laku yang dicapai adalah sama urutan tertibnya.
  32. 32. KEPENTINGAN MEMAHAMIPRINSIP-PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN Penting dan membantu guru-guru merancangaktiviti-aktiviti yang sesuai danmemberangsangkan Memberi pengalaman-pengalaman pengayaanuntuk kanak-kanak Memberikan pemahaman asas untukmenggalakkan dan menyokong pembelajarankanak-kanak** Pembelajaran mengikut tahap perkembangan kanak-kanak
  33. 33. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
  34. 34. SEMULA JADI (KETURUNAN) Keturunan atau faktor gen terdiri daripadapengaruh genetik pada fizikal badan,kecerdasan, kesosialan dan emosimanusia. Contohnya : keadaan fizikal ( warna mata,warna rambut yang diwarisi daripada ibubapa atau nenek moyang)
  35. 35. PEMELIHARAAN (PERSEKITARAN) Termasuklah pengaruh daripada keluarga,rakan sebaya, guru-guru, media massadan masyarakat. Faktor latar belakang rumah, sekolah,status sosio ekonomi dan kebudayaanmempunyai pengaruh bagaimanaseseorang kanak-kanak itu berfikir,bersosial dan memperoleh kesedaran-kendiri.
  36. 36. Faktor biologi seperti pengambilanpemakanan, kekurangan makanan,penjagaan perubatan dan pendedahankepada bencana alam (pencemaran alam)mempengaruhi tumbesaran badan danminda manusia.
  37. 37. RUMUSANSecara ringkas beza pertumbuhan dan perkembangan adalah pertumbuhan merupakan perubahan dari segi fizikal tubuh badan manakala perkembangan merupakan perubahan tingkah laku mental.Komponen-komponen pertumbuhan dan perkembangan adalah fizikal, kognitif, afektif dan psikologi serta sosial.Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah :a) Perkembangan Berlangsung Dari Kepala Ke Bawahb) Perkembangan Berlangsung Dari Tengah Badan Ke Bahagian Luarc) Perkembangan Bergantung Pada Kematangan dan Pembelajarand) Perkembangan Berlangsung Daripada Mudah (konkrit) Kepada Yang Lebih Komplekse) Tumbesaran dan Perkembangan Adalah Satu Proses Yang Berterusanf) Tumbesaran dan Perkembangan Berlangsung Daripada Umum ke Spesifikg) Kadar Tumbesaran dan Perkembangan TersendiriFaktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan adalah faktor semula jadi (keturunan) dan faktor persekitaran.