prospektus sekolah

6
PROSPEKTUS SEKOLAH __________________________ SJK(C) DESA JAYA Tekun, Cermat, Berani dan Gigih. SJK(C) DESA JAYA, 52100 KEPONG, SELANGOR. TELEFON: 03-62761185; FAX: 03-62751185 EMAIL: [email protected]

Upload: bseong

Post on 11-Jul-2015

1.875 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prospektus sekolah

PROSPEKTUS SEKOLAH

__________________________

SJK(C) DESA JAYA

Tekun, Cermat, Berani dan Gigih.

SJK(C) DESA JAYA, 52100 KEPONG, SELANGOR.

TELEFON: 03-62761185; FAX: 03-62751185

EMAIL: [email protected]

Page 2: Prospektus sekolah

PROSPEKTUS SEKOLAHIbu bapa yang dihormati,Propektus ini disediakan untuk memberi ibu bapa/ penjaga serta ahli masyarakat maklumat mengenai aspirasi sekolah secara umum, visi dan misi serta bidang kebitaraan sekolah. Di samping itu, propektus ini menyampaikan idea yang jelas mengenai sekolah kepada ahli masyarakat yang ingin menyumbang ke arah perkembangan dan kejayaan murid.

1) SEJARAH DAN PENCAPAIAN SEKOLAHPada tahun 1976, Kepong berkembang dengan pesatnya diikuti dengan pertambahan penduduk

secara mendadak. Keadaan ini menyebabkan Sekolah Rendah Kepong mengalami masalah penempatan pelajar baru. Pelajar baru yang terlebih diaturkan ke Sekolah Kebangsaan Kepong Baru. Kejadian ini menyebabkan bangkangan daripada ibu bapa pelajar tersebut dan permintaan untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi menambung pelajar baru tersebut.

Hasrat ibu bapa mendapat perhatian masyarakat dan ahli-ahli politik. Dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak, Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk membina sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang baru dan berluas 6 hektar. Pembinaan sekolah bermula pada tahun 1977 dan mengambil masa selama 8 bulan untuk disiapkan.Pada tahun 1978, SJK (C) Desa Jaya mula beroperasi dengan kira-kira 400 pelajar. Dalam masa 3 tahun, bilangan pelajar bertambah menjadi 1000 orang. Masalah kekurangan bilik darjah diselesaikan dengan dermaan daripada ibu bapa pelajar.

Pada tahun 1981, PIBG bercadang untuk membina sebuah dewan besar dan sebuah gelanggang bola keranjang yang menelan perbelanjaan 500 ribu ringgit Malaysia. Pada tahun yang berikutnya, PIBG dapat mengutip derma daripada masyarakat tempatan melalui beberapa aktiviti yang diadakan. Akhirnya pembinaan dewan besar siap pada tahun 1990. Pada tahun 1993, pagar dibinakan dan diikuti dengan pembinaan tambah tingkat pada dewan sekolah, kantin dan bilik belajar. Semua ini merupakan usahasama daripada PIBG dan dermaan dari ibu bapa pelajar. Tanpa sumbangan dan kerjasama dari semua pihak, pembinaan sekolah baru tidak akan tercapai.

Pada tahun 2002, satu blok bangunan dengan empat tingkat telah dibinakan dengan bantuan kerajaan. Bangunan ini digunakan sebagai bilik darjah dan beberapa bilik serbaguna.

2) VISI SEKOLAHSEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

3) MISI SEKOLAHMEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

4) MOTTO SEKOLAHTekun, Cermat, Berani dan Gigih.

5) BARISAN PENTADBIRGuru Besar: En Chong Yin KongPenolong Kanan Kurikulum: En Lee SzePenolong Kanan Hal Ehwal Murid: Pn Oh Cheng HwaPenolong Kanan kokurikulum: Pn Chong Yoke ChengPenolong Kanan Petang: Pn Khor Lay Lee

6) SENARAI GURU DAN KAKITANGAN Seramai 174 orang guru di sekolah pada tahun 2013 dan seramai 7 orang kakitangan pejabat sekolah.

7) LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAHPenasihat: Dato’ Tan Chai HoPenasihat: En. Yae Khoon ChinPengerusi: Dato’ Tan Kim Hor DPMS, KMN, JP

Page 3: Prospektus sekolah

Naib Pengerusi: Dato’ Tan Kim Leong DSSABendahari: En. Chin Kim HuatAJK: En. Yap Keen, En. Tan Tiau Yoke, En. Shia Pak Sow PJK, Dato’ Ong Teck Eng,

En. Tan Son Huat, Dato’Tan Lik Houe, En.Yip Jiun Hann, En.Ng Kah Keong, En. Chen Hin Sun, En.Ng Chung Kit, En.Tan Hock Guan, En.Hiew Kok Leong, En. Tan Boon Hou, En.Chong Yin Kong, En.Tan Yew Kim

8) PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURUPenasihat: En Chong Yin KongPengerusi: En Ng Kah KeongNaib Pengerusi: En Chen Hin SunBendahari: En Ng Chung KitSetiausaha: Cik Ewe Kok HongAJK: En. Low Teck Hui, En. Yew Tee Tat, En. Seow Kak Mine, En Chong Hin Long, En. Thee Kok Chuan, Pn Ng Kwai Ying, En.Lee Sze, Pn Oh CHeng Hwa, Pn Chong Yoke Cheng, Pn Khor Lay Lee, Pn Tok Siew Siew, Pn Chin Yoke Ling, En. Wong Chee Hun

9) WAKTU PERSEKOLAHAN

Sesi Pagi: 7.30 am – 12.50 pm

Sesi Petang: 1.10 pm – 6.30 pm (Isnin sahaja) DAN 1.10 pm – 6.00 pm (Selasa hingga Jumaat)

10) KETIDAKHADIRAN

- Kenalpasti sebab-sebab pelajar tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah.

- Pihak sekolah bertanggungjawab menghubungi ibu bapa secara bertulis atau melalui telefon.

- Pelajar yang tidak hadir perlu hantar: Surat Doktor atau surat ibubapa / Penjaga dengan tandatangan yang sah.

-Surat Amaran Pertama akan dihantar setelah murid tidak hadir ke sekolah berturut-turut pada hari ketiga.

- Surat Amaran kedua dan ketiga akan dihantar setelah murid tidak hadir ke sekolah berturut-turut selama 7 hari dan proses buang sekolah akan berlaku jika murid tidak hadir ke sekolah selama 14 hari selepas amaran terakhir.

11) PERATURAN SEKOLAHi) Murid mesti beri alasan yang munasabah jika tidak hadir ke sekolah.ii) Murid tidak dibenarkan keluar sekolah dalam waktu persekolahan kecuali ibu bapa mengisi

borang.iii) Murid perlu memakai pakaian sekolah dengan lencana dan tag nama.iv) Memastikan kebersihan diri seperti kuku, rambut dan pakaian sekolah.v) Pastikan kebersihan tandas dan kebersihan kelas dijaga dengan baik.vi) Tidak boleh berkejaran di dalam kawasan sekolah.viii) Sentiasa mematuhui peraturan sekolah (menurut Buku Peraturan Disiplin).

12) KESIHATAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAHKesihatan diri murid perlu dijaga seperti rambut dan kuku. Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. Kereta ibu bapa dilarang masuk ke dalam kawasan sekolah. Murid perlu beratur dan berkumpul di pintu gate A, B atau C sebelum bersurai.

13) KEMALANGAN DAN KECEMASAN

Page 4: Prospektus sekolah

Murid perlu mematuhi peraturan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Bagi kes kemalangan dan kecemasan yang serius, perlu laporkan kepada guru bertugas dan penghantaran murid ke klinik atau hospital boleh diiringi oleh guru bertugas setelah menghubungi ibu bapa murid tersebut.

14) LATIHAN KEBAKARANPelajar perlu berbaris di luar bilik darjah dan bergerak ke tempat berkumpul dengan segera selepas mendengar loceng / siren yang panjang. Pelajar perlu berada di tempat berkumpul dalam masa 5 minit. Panggilan nama pelajar akan dilakukan berdasarkan buku daftar kedatangan.

15) HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBU BAPA/PENJAGAAdakan sesi dialog untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh murid dan ibu bapa.Maklum ibu bapa tentang situasi anak yang tidak buat kerja rumah atau berkelakuan masalah melalui surat-menyurat.

16) HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN KOMUNITIAdakan aktiviti sukan tahunan, hari kokurikulum dan hari penyampaian hadiah / kecemerlangan dan menjemput NGO serta komuniti setempat untuk menghadiri dan terus menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut.

17) AKTIVITI KOKURIKULUMAktiviti kokurikulum diadakan pada hari Sabtu yang ditetapkan untuk sesi pagi dan sesi petang. Waktu kokurikulum sesi pagi: 10.00 pagi hingga 12.00 petang.Waktu kokurikulum sesi petang: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

18) KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA DAN PENJAGADapatkan penajaan daripada ibu bapa dan penjaga untuk menaja aktiviti PIBG dan aktiviti sekolah.

19) PERSATUAN BEKAS MURID(ALUMNI)i) Pengerusi: TAN HOCK GUANii) Naib Pengerusi: BONG LOK TOWiii) Setiausaha: HIEW KOK LEONGiv) Penolong Setiausaha: TAN CHIH SENGv) Bendahari: TAN BOON HOUvi) AJK: CHONG PEAK WAI

THAM CHIN MUNNG YEN TEIKTAN KHOO KOKLEE CHEUN WEIYANG ONN HOW

Kami mengalu-alukan maklum balas anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila hubungi kami:

a) Guru Besar: En CHONG YIN KONGAlamat E-mel: [email protected] Telefon: 03-62761185

b) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Pn Oh Cheng HwaAlamat E-mel: [email protected] Telefon: 03-62761185

c) Alamat sekolah: SJK(C) DESA JAYA, 52100 KEPONG, SELANGOR.Nombor Telefon: 03-62761185

Page 5: Prospektus sekolah

Nombor Fax: 03-62751185Alamat E-mel: [email protected] Laman Web: https://bbc7407.1bestarinet.net

Page 6: Prospektus sekolah

Nombor Fax: 03-62751185Alamat E-mel: [email protected] Laman Web: https://bbc7407.1bestarinet.net