prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/industri...

13
57 Buletin Teknologi MARDI, Bil. 3(2013): 57 – 69 Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara (Prospects and challanges of the country’s edible bird nest industry) Mohd. Rashid Rabu, Ahmad Zairy Zainol Abidin, Mohd Syauqi Nazmi Pengenalan Aspirasi kerajaan untuk membina sebuah negara berpendapatan tinggi dicetuskan semasa pembentangan Dasar Wawasan 2020 pada tahun 1991. Antara matlamat Wawasan 2020 adalah menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing, dinamik, berdaya tahan dan pendapatan perkapita setanding dengan negara maju. Usaha untuk mencapai matlamat tersebut dibuat dengan mempelbagai sumber pendapatan negara melalui peningkatan sumbangan sektor yang dinamik seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan perlombongan. Namun, usaha ini terjejas akibat krisis mata wang dunia pada 1997 dan 1998, diikuti oleh krisis makanan dunia pada 2008 dan terkini krisis bebanan hutang yang melanda negara-negara Kesatuan Eropah seperti Greece, Sepanyol, Itali dan Portugal. Krisis ini merencatkan pertumbuhan dan keseimbangan ekonomi global termasuk Malaysia. Bagi mengatasi kesan kejatuhan ini, kerajaan telah mengambil langkah strategik untuk mengukuhkan keseimbangan pembangunan keseluruhan struktur ekonomi negara termasuk sektor pertanian. Kejatuhan nilai mata wang, kenaikan harga minyak dan krisis beban hutang kewangan telah menyebabkan kenaikan kos pengeluaran dari segi kos modal dan input langsung pengeluaran. Kesan yang paling ketara kepada negara ialah peningkatan mendadak defisit imbangan dagangan produk makanan dan pertanian. Contohnya, Jadual 1 menunjukkan, defisit imbangan dagangan negara telah meningkat daripada hanya RM1.1 bilion pada 1990 kepada lebih RM12 bilion pada 2010. Ini mendorong kerajaan menilai semula kedudukan strategi pembangunan ekonomi negara bagi memastikan agihan pembangunan ekonomi yang menyeluruh meliputi keseluruhan Jadual 1. Import, eksport dan imbangan dagangan sektor makanan (1990 – 2010) _________________________________________________________________ Tahun Eksport makanan Import makanan Imbangan dagangan RM (Juta) RM (Juta) RM (Juta) _________________________________________________________________ 1990 3,453 4,583 – 1,130 2000 6,470 11,393 – 4,923 2009 15,791 26,732 – 10,941 2010 18,168 30,252 – 12,084 _________________________________________________________________ Sumber: Jabatan Statistik (2011)

Upload: hoangdieu

Post on 06-Feb-2018

273 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

57

  Buletin Teknologi MARDI, Bil. 3(2013): 57 – 69

Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara(Prospects and challanges of the country’s edible bird nest industry)

Mohd. Rashid Rabu, Ahmad Zairy Zainol Abidin, Mohd Syauqi Nazmi

PengenalanAspirasi kerajaan untuk membina sebuah negara berpendapatan tinggi dicetuskan semasa pembentangan Dasar Wawasan 2020 pada tahun 1991. Antara matlamat Wawasan 2020 adalah menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing, dinamik, berdaya tahan dan pendapatan perkapita setanding dengan negara maju. Usaha untuk mencapai matlamat tersebut dibuat dengan mempelbagai sumber pendapatan negara melalui peningkatan sumbangan sektor yang dinamik seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan perlombongan. Namun, usaha ini terjejas akibat krisis mata wang dunia pada 1997 dan 1998, diikuti oleh krisis makanan dunia pada 2008 dan terkini krisis bebanan hutang yang melanda negara-negara Kesatuan Eropah seperti Greece, Sepanyol, Itali dan Portugal. Krisis ini merencatkan pertumbuhan dan keseimbangan ekonomi global termasuk Malaysia. Bagi mengatasi kesan kejatuhan ini, kerajaan telah mengambil langkah strategik untuk mengukuhkan keseimbangan pembangunan keseluruhan struktur ekonomi negara termasuk sektor pertanian. Kejatuhan nilai mata wang, kenaikan harga minyak dan krisis beban hutang kewangan telah menyebabkan kenaikan kos pengeluaran dari segi kos modal dan input langsung pengeluaran. Kesan yang paling ketara kepada negara ialah peningkatan mendadak defisit imbangan dagangan produk makanan dan pertanian. Contohnya, Jadual 1 menunjukkan, defisit imbangan dagangan negara telah meningkat daripada hanya RM1.1 bilion pada 1990 kepada lebih RM12 bilion pada 2010. Ini mendorong kerajaan menilai semula kedudukan strategi pembangunan ekonomi negara bagi memastikan agihan pembangunan ekonomi yang menyeluruh meliputi keseluruhan

Jadual 1. Import, eksport dan imbangan dagangan sektor makanan(1990 – 2010)_________________________________________________________________Tahun Eksport makanan Import makanan Imbangan dagangan RM (Juta) RM (Juta) RM (Juta)_________________________________________________________________1990 3,453 4,583 – 1,1302000 6,470 11,393 – 4,9232009 15,791 26,732 – 10,9412010 18,168 30,252 – 12,084_________________________________________________________________Sumber: Jabatan Statistik (2011)

Page 2: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

58

sektor ekonomi negara meliputi pertanian dan makanan. Kerajaan mengambil inisiatif untuk membangunkan industri pertanian yang bernilai tinggi bagi mengimbangi jurang defisit yang berpunca daripada import dalam sektor pertanian dan makanan negara. Jadual 2 menunjukkan penurunan kadar sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian berbanding dengan sektor lain daripada 16.5% pada tahun 1990 kepada hanya 7.8% pada tahun 2010. Namun begitu, sektor ini masih memainkan peranan yang begitu penting kepada ekonomi apabila nilai keluaran sebenar sektor pertanian terus meningkat daripada RM14.8 bilion pada tahun 1990 kepada 27.5 bilion pada tahun 2010. Sektor ini menawarkan peluang pekerjaan kepada hampir 15% pasaran buruh negara iaitu dengan menawarkan 1.67 juta peluang pekerjaan. Usaha memperkasa sektor pertanian setanding dengan sektor ekonomi yang dinamik dan maju seperti perindustrian dan perkhidmatan terus diperkukuhkan melalui inisiatif Model Ekonomi Baru (MEB) dan fokus utamanya ialah program mentransformasi sektor pertanian negara yang dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Ini merupakan langkah strategik bagi mengeluarkan negara daripada perangkap negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Penglibatan keseluruhan sektor ekonomi secara menyeluruh dengan mencergaskan aktiviti pertanian bernilai tinggi dijangka mampu menyokong usaha mentransformasi ekonomi negara. Program transformasi ekonomi negara bagi sektor pertanian yang dirangka telah melaksanakan 16 projek permulaan atau Entry Point Project (EPP) dan industri sarang burung walit adalah salah satu projek utama dengan sasaran eksport bernilai RM4.5 bilion menjelang 2020. Industri ini dijangka memberi sumbangan tertinggi dari segi pendapatan berbanding dengan projek EPP yang lain. Keyakinan kerajaan terhadap potensi industri ini berasaskan pertumbuhan nilai dagangan yang memberangsangkan dan potensi pembangunan industri yang lestari hasil daripada kejayaan penuaian sarang burung walit dari rumah burung walit. Malaysia kini menduduki tangga kedua dari segi eksport sarang burung walit dunia selepas Indonesia dengan nilai eksport mencecah RM1 bilion pada tahun 2009. Pada masa kini, premis burung walit buatan menyumbang hampir 95% daripada nilai

Jadual 2. Sumbangan sektor pertanian dalam keluaran dalam negara serta nilai dan guna tenaga (1990 – 2010)_________________________________________________________________________Tahun Jumlah KDNK Nilai sektor Sumbangan sektor Jumlah guna Jumlah guna RM (juta) pertanian pertanian (%) tenaga tenaga sektor RM (juta) (populasi) pertanian_________________________________________________________________________1990 92,370 14,827 16.051995 119,081 17,115 14.37 7,999.2 1,492.72000 210,557 18,662 8.86 9,572.5 1,407.52005 262,029 21,585 8.24 10,858.9 1,306.52010 351,207 27,517 7.83 11,866.7 1,677.2_________________________________________________________________________Sumber: Laporan Ekonomi, Kerajaan Malaysia (1990 dan 2010)

Page 3: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

59

keluaran negara manakala 5% lagi dihasilkan daripada pengutipan tradisi dari gua. Artikel ini bertujuan menjelaskan prospek dan cabaran dalam rantaian pengeluaran sarang burung walit, bermula daripada pembinaan rumah buatan sehingga pemasaran.

Industri sarang burung walitIndustri sarang burung walit berkembang disebabkan oleh nilai eksotik dan kepercayaan bahawa sarang burung walit berkhasiat untuk memulihkan tenaga, meningkatkan daya tahan penyakit, melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai agen antipenuaan. Kepercayan masyarakat Cina tentang khasiat dan nilai eksotik sarang burung bermula semenjak penemuan sarang burung dan penggunaannya oleh pedagang Cina semasa pelayarannya ke nusantara untuk mencari produk tropika sebagai bahan perubatan tradisional Cina pada abad ke-15. Rekod terawal hubungan dagangan Sino-Borneo telah bermula sekitar tahun Masihi 631 apabila rekod dagangan sarang burung walit dipercayai dicatat semasa pelayaran Laksamana Cheng Ho sekitar tahun 1405 ke Kepulauan Sulu. Suku kaum Idahan mengakui bahawa nenek moyang mereka merupakan etnik asal di Kepulauan Sulu dan Borneo yang memulakan penuaian dan perdagangan sarang burung walit dengan pedagang China di Laut Sulu. Penglibatan penjajah British dalam perdagangan sarang burung walit juga bermula sekitar kurun ke-17 dan 18 selari dengan penerokaan Barat ke negara Asia untuk mencari rempah-ratus di samping mengadakan perdagangan dengan China. Penubuhan penal penempatan British di Kepulauan Andaman pada tahun 1858 bertujuan untuk mengendalikan urusan eksport sarang burung walit. Manakala di bawah perjanjian British dan Kesultanan Sulu, hak penjagaan dan penerokaan Borneo Utara iaitu Sabah telah diberikan kepada British. Pihak British telah melantik Syarikat Bersekutu Borneo Utara untuk menguruskan pentadbiran di Borneo Utara yang telah mengurus tadbir sistem pengutipan kesemua hasil hutan di Borneo Utara dan bagi menguatkuasakan sistem pemilikan dan percukaian maka Ordinan Sarang Burung telah diwartakan pada 1914. Ordinan ini memberi hak warisan penuaian sarang burung walit secara sah di empat gua utama di Sabah kepada etnik Idahan. Kepercayaan mengenai khasiat dan kesukaran mendapatkan bekalan sarang burung menyebabkan komoditi ini menjadi makanan yang eksotik dan mendapat nilai yang tinggi di pasaran. Namun begitu, khasiat sarang burung ini masih belum dibuktikan secara saintifik dan permintaan di kalangan pengguna adalah berasaskan tanggapan dan kepercayaan semata-mata. Kajian saintifik pada umumnya hanya membuktikan bahawa sarang burung mempunyai nilai protein yang tinggi, mengandungi nilai perubatan, merawat penyakit dan menjadi agen antipenuaan. Penerokaan secara saintifik mendapati ekstrak daripada sarang burung walit mampu mengekang virus

Page 4: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

60

selesema. Kajian ini merujuk kepada penemuan awal yang mendapati tonik sarang burung menggalakkan proses mitosis hormon dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit serta sistem imunisasi. Walau bagaimanapun, penerokaan yang lebih mendalam dari segi aplikasi kepada manusia

masih di peringkat awal. Buat masa ini banyak syarikat pengeluar mengeksploitasi keyakinan pengguna terhadap sarang burung terutamanya syarikat pengeluar perubatan tradisional Cina dengan mempelbagaikan produk berasaskan sarang burung untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Antara produk berasaskan sarang burung ialah tonik sarang burung (Gambar 1), makanan kesihatan untuk ibu mengandung dan pelbagai minuman serta tonik untuk kesihatan. Bagi memperkasa usaha pembangunan industri ini, kerajaan melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN) telah menggariskan empat strategi penting dalam memastikan industri ini berkembang dengan mematuhi piawai yang ditetapkan. Strategi berkenaan merangkumi pengukuhan keupayaan pengeluaran negara, penguatkuasaan, pematuhan garis panduan pengeluaran, memperluas amalan pengeluaran baik dan penumpuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Kesemua strategi yang disusun adalah untuk menjadikan industri ini berdaya saing dalam keseluruhan rantaian pengeluaran produk.

Senario pengeluaran sarang burung walitPengeluaran tradisiSejarah awal penuaian sarang burung walit bermula secara tradisional di gua di Kepulauan Borneo iaitu Gua Gomantong, Gua Niah, Gua Mulu, Gua Madai dan gua-gua di Kepulauan Andaman dan Nicobar di Lautan Hindi, Kepulauan Jawa dan Kepulauan Palawan di Filipina dan pulau-pulau di Selatan Thailand. Pengusaha mengutip sarang burung yang dibina di lelangit gua secara manual. Kaedah penuaian secara tradisional ini menyebabkan hasil yang diperoleh terhad. Di samping itu, penuaian di gua juga berisiko tinggi dan sering membabitkan kemalangan jiwa. Ini disebabkan tiada penguatkuasaan dari aspek keselamatan. Persaingan antara pengusaha berlaku disebabkan kerakusan untuk mendapat hasil yang tinggi, khususnya apabila harga tawaran tinggi. Satu kajian di Kepulauan Nicobar dan Andaman menunjukkan kerakusan pengusaha menuai dan mengambil sarang burung tanpa mengendahkan tempoh masa pembiakan, penetasan dan kematangan anak burung untuk terbang menyebabkan populasi burung turun mendadak. Melalui temu bual dengan pihak berkuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak didapati kekurangan pengawalan terhadap pengutipan

Gambar 1. Contoh produk tonik sarang burung walit 

Page 5: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

61

tradisi di Gua Mulu dan Gua Niah menyebabkan trend penurunan hasil yang ketara akibat eksploitasi berlebihan. Bagi menjamin kelestarian populasi burung, pihak berkuasa perlu memastikan sistem penguatkuasaan yang efektif agar amalan penuaian yang sewajarnya dipatuhi. Misalnya, kerajaan Sarawak menetapkan penuaian sarang burung hanya boleh dijalankan sebanyak tiga musim setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November. Peraturan ini digubal bagi menjamin peningkatan populasi burung secara semula jadi, supaya pasangan burung dapat dilindungi untuk bertelur, menetas pada luar musim menuai bagi memastikan kitaran hidup anak burung tidak terancam. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Sabah juga melaksanakan sistem pengurusan yang tersusun dan terancang yang telah menunjukkan hasil yang begitu baik. Bagi tempoh 2007 – 2010, Gua Gomantong yang diuruskan melalui sistem tender menujukkan peningkatan hasil, manakala Gua Mandai yang diurus oleh sistem warisan dapat mengekalkan hasil keluaran sehingga kini seperti dalam Jadual 3.

Pengeluaran daripada rumah burungKeupayaan pengutipan secara tradisional untuk menampung peningkatan permintaan dan penawaran harga yang tinggi telah menyebabkan pengusaha mengambil inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran. Oleh itu, mereka membuat binaan untuk memikat burung dengan membuat sarang dalam habitat tiruan. Inisiatif awal pembinaan rumah burung walit dimulakan di Indonesia dalam 1980-an untuk mengambil kesempatan permintaan dan kenaikan harga yang tinggi di pasaran negara China. Antara faktor utama lonjakan permintaan ini ialah dasar ekonomi terbuka China yang dilaksanakan oleh pemimpin China pada masa itu Deng Xio Peng. Natijah daripada polisi ini ialah peningkatan pendapatan dan seterusnya kuasa membeli rakyat China yang semakin meningkat. Statistik ekonomi yang dikeluarkan menunjukkan pendapatan per kapita rakyat China meningkat hampir 16 kali ganda dalam masa dua dekad daripada RMB1,634 pada 1990 kepada RMB25,866 pada 2009 (Jadual 4). Pertumbuhan pesat ini telah melahirkan kumpulan pengguna kelas menengah dan atasan di China. Mereka merupakan golongan elit yang membudayakan semula tradisi hidangan

Jadual 3. Hasil keluaran gua di Negeri Sabah (2007 – 2010)___________________________________________________________Tahun/Jenis Sarang hitam (kg) Sarang putih ______________________________ Gua Gomantong Gua Madai Gua Gomantong___________________________________________________________2007 9,099.95 7,559.760 2,825.9702008 10,956.11 5,914.230 3,865.0202009 11,098.01 7,466.830 3,968.6002010 42,816.47 28,305.370 13,559.920___________________________________________________________Sumber: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Sabah

Page 6: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

62

eksotik di kalangan rakyat China. Justeru, hidangan sarang burung yang dianggap hidangan maharaja telah menjadi sajian ekslusif dalam majlis-majlis penting dan dijadikan sebagai hadiah dalam perayaan yang disambut di China. Semenjak awal 80-an pembinaan premis rumah burung walit di Indonesia berkembang dengan pesat dan peningkatan pengeluaran daripada premis rumah ini menjadikan Indonesia sebagai pengeksport utama sarang burung walit ke China. Pedagang sarang burung walit yang mempunyai rangkaian perniagaan di Indonesia telah memperkenalkan pembinaan rumah burung walit di Malaysia. Namun begitu, data dan maklumat mengenai daya maju ekonomi industri ini masih kurang dan terbatas. Kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi menilai kos pengeluaran, struktur kos, pasaran dan pemasaran sarang burung walit di dalam dan luar negara. Kajian yang lebih mendalam juga perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti faktor yang mampu menarik burung walit bersarang di rumah yang dibina. Bagi menyelenggara dan mengurus tadbir industri ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah dipertanggungjawabkan bagi mendaftar kesemua rumah burung walit, pengusaha pemprosesan burung walit, peraih dan pedagang burung walit. Ini bertujuan memantau sistem pengeluaran, pemprosesan serta pengeskportan produk sarang burung walit mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan. Sehingga kini dianggarkan sejumlah 50,000 rumah burung walit telah dibina di negara ini. Namun demikian hanya 6,608 premis sahaja yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Didapati trend pengeluaran sarang burung walit negara terus meningkat daripada kurang 20 tan metrik pada tahun 2005 kepada lebih 100 tan metrik pada tahun 2010 (Rajah 1). Namun terdapat sedikit penurun akibat daripada kejatuhan harga yang berpunca pada sekatan dagangan oleh pihak kerajaan China disebabkan oleh pencemaran nitrat dan sarang burung tiruan.

Jadual 4. Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar, Pendapatan Per kapita dan Kadar Pertumbuhan KDNK China__________________________________________________________Tahun/Item KDNK (RMB) Pendapatan Kadar (bilion) Perkapita (RMB) Pertumbuhan (%)__________________________________________________________1990 1,854.8 1,634 3.81995 5,847.8 4,854 10.52000 8,946.8 7,858 8.02005 18,386.8 14,040 9.92006 21,087.1 16,084 11.12007 24,661.9 18,668 11.42008 31,404.5 23,648 9.62009 34,506.9 25,866 8.72010 40,201.2 10.42011 47,084.6 9.2__________________________________________________________Sumber: Pelbagai sumber World Bank dan FAO

Page 7: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

63

Sejarah dan kemajuan industriKrisis ekonomi 1997 – 1998 menyebabkan banyak hartanah khususnya rumah kedai terbiar. Untuk memanfaatkan hartanah tersebut ramai pelabur menjadikan rumah kedai terbiar tersebut sebagai rumah burung walit. Inisiatif ini berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, Johor dan Perak sekitar tahun 2000. Pulangan lumayan daripada inisiatif tersebut mendorong pembinaan rumah burung walit yang khusus secara giat di Malaysia dan Thailand. Pada 2009, dianggarkan terdapat hampir 50,000 rumah burung walit di Malaysia. Bagi tujuan permohonan dan pembinaan premis sarang burung walit adalah bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Beberapa peraturan dan garis panduan telah diwartakan bagi memantau dan menyelia pembangunan industri burung walit. Tindakan tegas telah diambil terhadap pengusaha yang melanggar peraturan ini. Contohnya, pihak berkuasa Georgetown telah menyita beberapa bangunan warisan yang dijadikan premis burung walit secara haram. Kerajaan Melaka juga telah mewartakan kawasan tertentu di Melaka sebagai bangunan warisan dan tidak boleh dijadikan premis burung walit. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula menetapkan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai kawasan larangan yang tidak membenarkan pengusaha membina premis sarang burung walit. Pada umumnya daya maju industri sarang burung walit dan risiko perusahaan ini sukar diramal. Namun begitu, penilaian kasar struktur kos dan harga pasaran semasa menunjukkan industri ini mampu memberi pulangan yang menguntungkan jika rumah yang dibina dapat menarik burung untuk membuat sarang. Secara purata, jika sebiji sarang burung memerlukan ruangan satu kaki persegi, maka pembinaan bangunan dua tingkat yang berkeluasan 800 kaki persegi/setingkat mampu menyediakan ruang untuk 800 biji sarang burung, maka pengusaha mampu meraih tidak kurang 7 kg sarang burung mentah bagi satu pusingan. Jika pusingan tuaian tiga kali setahun maka pengusaha mampu memperoleh hasil RM21,000 semusim, atau lebih kurang RM62,000 setahun.

CabaranKemajuan industri burung walit amat bergantung kepada keupayaan negara memenuhi kehendak pasaran dan permintaan daripada pelanggan utama iaitu China, Taiwan dan Hong Kong. Isu perdagangan dengan China berkaitan eksport sarang burung

20.0–

40.0

60.0

80.0

100.0120.0

140.0

160.0

180.0

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

Tan

met

rik

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Eksport

AnggaranPengeluaran

Rajah 1. Jumlah eksport dan pengeluaran sarang burung mentah diproses (2005 - 2012)

Page 8: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

64

walit menunjukkan bahawa pergantungan sepenuhnya kepada pasaran tersebut berisiko tinggi. Di samping itu, pesaing tradisi Indonesia dan Thailand serta pemain baru Vietnam mempunyai kelebihan dari aspek kos pengeluaran yang rendah berbanding dengan Malaysia. Justeru, Malaysia sewajarnya mewujudkan produk burung walit yang unik dan berkualiti tinggi agar mendapat harga yang tinggi. Isu utama yang dihadapi oleh pengeskport sarang burung negara ialah kadar pencemaran nitrat yang tinggi dan pengeluaran sarang burung tiruan yang menggunakan jenama Malaysia sebagai sumbernya. Di samping itu, terdapat juga hasil kajian yang memaparkan kesan negatif terhadap kesihatan akibat memakan sarang burung walit. Usaha perundingan perdagangan dan diplomatik di peringkat kepimpinan tertinggi dan pegawai-pegawai kerajaan secara dasarnya telah berjaya menyelesaikan pertenglingkahan yang timbul. Rundingan dan persetujuan dalam beberapa perkara sedang giat dijalankan. Antaranya kejayaan menetapkan paras minimum nitrat dalam sarang burung daripada paras nitrat 0 bahagian perjuta (ppm) kepada paras nitrat 30 ppm, penggunaan identifikasi pengesanan radio frekuensi (RFID) bagi tujuan mengesan sumber sebenar sarang burung secara sukarela. Peraturan yang dipersetujui melalui rundingan ini telah disebarkan kepada pengusaha di Malaysia melalui program kesedaran, pemasangan RFID, pemantauan dan penguatkuasaan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Pihak Kementerian Kesihatan pula mengendalikan standard kualiti sarang burung bagi memastikan sarang burung yang dieksport mencapai paras piawai yang ditetapkan antara negara pengimport dengan Malaysia. Sistem pengeluaran dan pusat pemprosesan sarang burung juga dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan mewajibkan pendaftaran bagi setiap premis yang dijadikan sebagai pusat pemproses sarang burung walit. Unjuran perkiraan secara konvensional yang baik tidak dapat dibuat disebabkan tiada jaminan semua rumah burung walit yang dibina akan dimasuki oleh burung walit. Faktor sebenar yang mempengaruhi burung untuk memasuki sesebuah rumah burung masih menjadi persoalan dalam industri ini. Sehingga kini tiada anggaran yang tepat berhubung tempoh masa burung mula membuat sarang dan jumlah kutipan sarang burung dari mula rumah burung walit beroperasi diterima umum. Lazimnya saiz dan populasi burung serta pelbagai faktor luaran alam sekitar, pencemaran dan kewujudan bekalan serangga sebagai makanan burung dianggap faktor yang mendorong burung untuk membuat sarang di rumah yang dibina. Justeru, adalah wajar kedudukan struktur daya saing industri sarang burung walit negara dinilai dan dibanding secara empirikal bagi memastikan pelaburan dan dasar bawah Model Ekonomi Baru akan dapat dicapai.

Page 9: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

65

ProspekPersaingan dan cabaran dari segenap dimensi sememangnya wujud dalam membangunkan industri ini. Namun prospek industri masih terbuka luas. Produk ini masih mempunyai potensi untuk berkembang disebabkan kepercayaan pengguna terhadap khasiat, nilai eksotiknya dan nilai pemakanan dari segi protein dan mineral yang tinggi. Dari aspek pasaran pula, negara China kian berkembang dan pertumbuhan pesat ekonominya masih berterusan. Pertumbuhan ekonomi meningkatkan golongan rakyat berpendapatan menengah dan tinggi yang menjadi kumpulan pengguna utama sarang burung walit. Di samping itu, pertumbuhan China Town di seluruh pelusuk dunia sejajar dengan pertumbuhan pelaburan luar negara China di benua Amerika, Afrika dan Asia Barat akan membawa bersama budaya pemakanan mereka. Ini ditambah pula dengan peningkatan kadar rakyat China yang berhijrah dan melancong ke luar negara turut memberi impak positif terhadap permintaan sarang burung di seluruh dunia. Selain itu kempen dan promosi berkaitan kebaikan produk sarang burung walit memungkinkan pengguna di kalangan bukan etnik China bertambah pada masa akan datang. Aspek pemprosesan dan permintaan sarang burung sebagai bahan mentah atau ramuan dalam perubatan tradisi China juga merupakan satu lagi aspek yang membawa kepada pertumbuhan pesat dalam permintaan sarang burung ini. Menurut laporan tahunan Eu Yang Sang Pte (Ltd.) (2009) sebuah syarikat multinasional berpangkalan di Singapura, permintaan terhadap makanan tambahan berasaskan sarang burung terus meningkat melalui saluran pasaran francais Eu Yang Sang di seluruh dunia. Kajian yang pernah dibuat pada tahun 2011 terhadap pengunjung kedai perubatan tradisi China mendapati salah satu daripada tiga barangan utama yang dibeli oleh pengguna ialah tonik sarang burung walit. Berdasarkan laporan tahunan syarikat pengeluar terbesar produk sarang burung di Singapura terdapat peningkatan penjualan produk berkenaan di kalangan pengguna di pasaran Singapura, Malaysia dan Hong Kong.

Hala tuju industriPemantuan yang semakin meningkat menunjukkan industri ini berpotensi untuk berkembang lagi. Bagi mengekalkan industri ini untuk terus lestari kerjasama antara pihak berkuasa, pengusaha dan pedagang perlu digembleng dalam semua aspek rantaian nilai membabitkan pengeluaran, pemprosesan dan perdagangan. Sistem pengeluaran rumah walit perlu dipantau bagi memastikan penyelenggaraan dan pembinaannya tidak menimbulkan pertikaian akibat gangguan bunyi, bau dan najis burung. Ancaman penyakit bawaan yang berpunca daripada sistem penyelenggaraan premis perlu dikawal. Bagi kaedah pemprosesan, pengusaha perlu mengambil langkah dan pengurusan yang betul tanpa mengguna kaedah yang boleh menjejaskan kualiti dan mencemarkan produk

Page 10: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

66

dengan bahan pembersih yang tidak mematuhi aspek keselamatan makanan. Intervensi pihak kerajaan secara meluas bermula pada tahun 2010, apabila garis panduan 1GP telah dikeluarkan bagi menyusun pembangunan industri dengan lebih terancang. Garis panduan ini telah menetapkan enam aspek pengurusan industri sarang burung walit iaitu perancangan pembinaan premis rumah burung walit, pembinaan premis pemprosesan sarang burung, urusan import dan eksport, pendaftaran dan pengesanan premis rumah dan pemprosesan, pendaftaran premis pemprosesan bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan integrasi maklumat sarang burung walit. Sistem perdagangan juga perlu dipantau untuk mengelakkan penyalahgunaan sumber produk tiruan dan kemasukan sumber dari negara yang tidak diiktiraf dan mengamalkan urus tadbir industri yang diiktiraf oleh negara pengimport. Dari segi bantuan dan insentif kerajaan pula, ia perlu diperluaskan kepada sokongan pemasaran dan promosi yang mantap untuk menangkis propaganda negatif oleh sesetengah pihak terhadap sarang burung walit negara. Penyusunan strategi pemasaran dan promosi serta rangka kerjasama membabitkan tiga cabang utama dalam sistem rantaian bekalan industri sarang burung walit, iaitu pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran perlu dipertingkatkan. Sinergi antara pemain industri dengan pihak berkuasa dalam dan luar negeri perlu dimantapkan dan dimanfaat bagi memastikan industri ini berjalan mengikut landasan dan peraturan yang ditetapkan. China yang masih di ambang pertumbuhan ekonomi mampan masih mampu memberi ruang pasaran yang begitu besar kepada pasaran produk negara. Terdapat banyak lagi bandar-bandar besar di China yang belum diterokai sepenuhnya pasaran sarang burung walit. Di samping pasaran domestik China, potensi pasaran di seberang laut terutama Afrika yang kini antara pangkalan pelaburan asing utama China perlu diterokai. China kini sedang giat meningkatkan pelaburanya dalam kerja-kerja cari gali minyak di Afrika, aliran pelaburan dan dagangan membawa sama pelabur dan pekerja China yang merupakan pengguna kepada produk-produk bernilai tinggi seperti sarang burung. Hala tuju membangunkan masa depan industri juga perlu dibuat dengan menangkis kesan akibat usaha memburukkan produk sarang burung sama ada secara tindak balas ilmiah melalui seminar dan persidangan antarabangsa dan kempen serta propaganda mengenai khasiat dan manfaat pemakanan sarang burung. Pengalaman negara dalam mengatasi usaha memburukkan eksport minyak kelapa sawit dan industri kayu dan balak negara di negara-negara maju wajar dijadikan pedoman dalam mempromosikan industri sarang burung negara di peringkat dunia. Penggabungan kesemua usaha ke hadapan yang dicadangkan di atas merupakan langkah yang boleh dijayakan dalam memastikan matlamat program transformasi ekonomi bagi

Page 11: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

67

industri sarang burung walit boleh dicapai menjelang tahun 2020. Pembangunan produk nilai tambah dan inovasi baru sama ada sebagai makanan tambahan atau sebagai bahan kosmetik dan farmaseutikal berasaskan sarang burung perlu dipertingkatkan. Usaha ini boleh meningkatkan kepelbagaian penggunaan produk dan membina satu pasaran baru melestarikan industri ini pada masa depan.

KesimpulanIndustri sarang burung walit dunia yang telah lama berkembang kini telah memasuki fasa baru yang lebih kompleks dan memerlukan inisiatif baru. Inisiatif baru ini sejajar dengan cabaran industri dalam rantaian bekalan daripada pengeluaran sehingga kepada produk akhir kepada pengguna. Industri kini berdepan dengan cabaran daripada pelbagai peringkat membabitkan isu pencemaran produk semasa pemprosesan, sistem pematuhan peraturan jaminan kesihatan makanan dan penghasilan sarang burung tiruan. Di peringkat pengguna pula mereka kini lebih peka dan berpengetahuan. Pengguna masa kini mementingkan mutu dan kualiti produk dari aspek jaminan kebersihan dan kesihatan, sumbangan nilai nutrisi produk makanan kepada kesihatan dan kepekaan kepada isu pematuhan alam sekitar dan kebajikan haiwan menjadi semakin ketara. Dengan itu pengusaha dan pihak berkuasa sewajarnya membina satu sistem yang diterima pakai oleh pengguna meliputi kepentingan menjamin kehendak kesihatan pengguna dan penjagaan alam sekitar serta sensitif kepada kebajikan haiwan. Secara umumnya industri pertanian perlulah mesra awam, alam dan haiwan. Pengusaha sewajarnya sentiasa berusaha dan bekerjasama bagi membangunkan sebuah industri yang tersusun dan mampu memberi keyakinan bukan sahaja pengguna tempatan bahkan negara pengimport produk sarang burung walit Malaysia. Manakala pihak berkuasa yang terbabit dalam pengurusan industri pula perlu menyediakan sistem yang telus dan mudah diamalkan oleh pengusaha. Oleh itu, kerjasama kedua-dua pihak bagi membina sebuah industri yang kukuh dan berdaya saing di peringkat antarabangsa amat kritikal untuk menjamin industri ini mampu merealisasikan aspirasi kerajaan bawah program transformasi ekonomi negara dan Dasar Agromakanan Negara yang dilancarkan oleh kerajaan menjelang 2020. Sistem pensijilan yang berbentuk mandatori perlulah telus, diterima pakai di peringkat antarabangsa manakala sistem pensijilan berbentuk sukarela perlulah digalakkan dan insentif serta proses pengiktirafan perlu diuar-uarkan dan dipermudah kepada pengusaha untuk dipraktikkan. Ini merupakan pembinaan daya saing yang terbaik kepada negara memandangkan kita kurang mampu bersaing dari segi upah buruh dalam industri yang masih berintensif buruh seperti pemprosesan sarang burung walit. Sistem pensijilan yang berbentuk mandatori perlulah seiring dan

Page 12: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

68

mesra pengusaha dan telus kepada pengguna. Oleh itu, jaminan pertumbuhan industri terletak kepada pengukuhan kerjasama semua peringkat rantaian nilai industri.

BibliografiAnon. (2011). Department of Statistic Malaysia. Selected Indicators for

agriculture industryBarbe, P. (1846). Notice of the Nicobar Islands. J. Asiatic Soc. Bengal 15: 344 – 367Beavan, R.C. (1867). The avifauna of the Andaman and Nicobar Islands. Ibis 2:

314 – 334Earl, C. (1984). Report on the bird nest industry in the Baram district and at

Niah Sarawak. The Sarawak Museum Journal 54: 145 – 169Government of Malaysia. (2001). Eight Malaysia Plan (2001 – 2005). The

Economic Planning Unit. Prime Minister Department, Kuala Lumpur. Government Printer

Government of Malaysia (2006). Ninth Malaysia Plan (2006 – 2010). The Economic Planning Unit. Prime Minister Department, Kuala Lumpur. Government Printer.

Government of Malaysia (2011). Tenth Malaysia Plan (2011– 2015). The Economic Planning Unit. Prime Minister Department, Kuala Lumpur. Government Printer.

Guo, C.T., Ohta, S., Yoshimoto, A., Nakata, R., Shortridge, K.F., Takahashi, T., Suzuki, T., Miyamoto, D., Hidari, K.I.P.J. dan Suzuki. Y. (2006). Edible bird’s nest extract inhibits influenza virus infection. Antiviral Research 70: 140 – 146

Harrison, T. dan Harrison, Barbara. (1970). The Prehistory of Sabah. Sabah Society Journal 4: 1 – 272

Ismail, M.Y. (1999). Social control and bird’s nest harvesting among the Idahan: A preliminary observation. Journal of South Asian Studies 37(1): 3 – 17

Tan, J.P.T. dan Freathy, P. (2011). Consumer decision making and store patronage behavior in traditional Chinese medicine (TCM) halls in Singapore. Journal of Retailing and Consumer Services Vol.18, Issue 4: 285 – 292

Kong, Y.C., Keung. W.M., Yip,T.T., Ko, K.M., Tsao, S.W. dan Ng, M.H. (1987). Evidence that epidermal growth factor is present in swiftlet’s (Collocalia) nest. Comp. Biochem. Physiol. B, 87: 221 – 226

Ng, M.H., Chan, K.H. dan Kong, Y.C. (1986). Potentiation of mitogenic response by extracts of the swiftlet’s (Collocalia) nest. Biochem. Int. 13: 521 – 531

Sankaran, R. (2001). The Status and conservation of the edible-nest swiftlet (Collocalia fuciphaga) in the Andaman and Nicobar Islands. Biological Conservation 97: 283 – 294

Yatim, S.H., Mamat, I. (1997). Population estimates for the edible swiftlet and black-nest swiftlet in Terengganu and Johor. J. Wildlife and Parks 48 – 56

RingkasanPermintaan yang tinggi terhadap sarang burung walit pada hari ini didorong oleh kepercayaan tradisi masyarakat China dan perkembangan pesat ekonomi China. Sarang burung walit dihasilkan daripada dua sumber utama iaitu penuaian dari gua dan penuaian dari premis sarang burung walit. Sarang burung walit merupakan produk daripada haiwan yang mendapat harga pasaran tertinggi di pasaran yang menyebabkan hasil keluaran di gua-gua di Indonesia, Thailand dan Malaysia menurun disebabkan ekploitasi yang berlebihan oleh pengusaha. Penurunan hasil gua ini membawa kepada inisiatif untuk menyediakan premis tiruan melalui binaan bangunan yang dikhaskan untuk memikat burung walit bersarang. Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar sarang burung walit dunia dengan nilai eksport RM1 bilion pada tahun 2009. Prospek industri ini di Malaysia amat cerah

Page 13: Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/03/Industri sarang burung walit.pdf · melegakan asma dan mampu merawat sel kulit sebagai

69

disebabkan kepercayaan dan budaya di kalangan generasi baru masyarkat China. Ini disokong oleh pengukuhan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan negara bagi menghasilkan pengiktirafan saintifik mengenai khasiat kesihatan sarang burung walit, pembangunan produk baru dan sokongan kerajaan dalam menyusun program untuk menginstitusikan industri. Ini bagi mengatasi isu bekalan, permintaan dan perdagangan terutamanya keselamatan makanan, kualiti dan protokol kebersihan. Daya saing negara dalam industri ini dijangka akan dapat diperkukuhkan melalui polisi yang komprehensif, program dan sistem yang diamalkan oleh institusi kerajaan dan pengusaha terbabit.

SummaryThe recent strong demand of the bird nest was backed by the strong traditional belief among Chinese community coupled with the rapid development of the China’s economy. There are two sources of raw bird nest supply in the market, caves’ bird nest and houses’ bird nest. The edible bird nest ranks amongst the world most expensive animal product which has resulted in high exploitation of the natural cave nest. The declining in swiftlet nest production in most of the caves in Indonesia, Thailand and Malaysia lead to the initiative to domesticate the bird by attracting swiftlets, nestling in the man made bird house. Malaysia which is ranked second biggest exporting country has exported more than RM1 billion of edible bird nest in 2009. The industry prospect in Malaysia is considered bright due to the belief and culture embedded among the Chinese new generation is still intact. It was also strengthened by the strong research and development efforts to validate health benefits, product development and supported by government’s consistent programmes to institulionalize the industry. This is to overcome supply, demand and trade issues in particular on the food safety, quality and hygienic protocol. Subsequently, comprehensive policies, programmes and systems undertaken by the industry players will drive Malaysian competitiveness in this industry.

PengarangMohd. Rashid RabuPusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala LumpurE-mel:[email protected] Zairy Zainol Abidin dan Mohd Syauqi NazmiPusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur