prosedur keselamatan pengguna fasiliti dan … · jabatan sukan, kokurikulum dan kebudayaan (jskk)...

21
PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN PERALATAN POLITEKNIK KOTA KINABALU JABATAN SUKAN KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN 2013 Disediakan Oleh: Md syadiqin Bin Awg Adi @ Jumaat Ketua Kursus Kokurikulum Politeknik Kota Kinabalu Edisi Kedua

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

67 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA

FASILITI DAN PERALATAN

POLITEKNIK KOTA KINABALU

JABATAN SUKAN KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN

2013

Disediakan Oleh:

Md syadiqin Bin Awg Adi @ Jumaat Ketua Kursus Kokurikulum Politeknik Kota Kinabalu

Edisi Kedua

Page 2: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

Pendahuluan

Jawatankuasa Keselamatan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah

mencadangkan agar prosedur penggunaan fasiliti dan peralatan PKK

diperketatkan dan diperhalusi bagi menjaga harta benda kerajaan amnya dan

PKK khususnya. Penjagaan harta benda tersebut termasuk banggunan,

padang, gelanggang dan peralatan-peralatan yang berada didalam kawasan

PKK. Prosedur ini diwujudkan bagi membantu dan sebagai panduan kepada

kakitangan PKK untuk mengawal pengguna yang menggunakan fasiliti dan

peralatan samada pelajar, kakitangan mahupun pengguna luar agar dapat

dipantau dengan lebih sistemetik.

Merujuk perbincangan pada Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan

Politeknik Kota Kinabalu (PKK), pada 20 JUN 2013, Jabatan sukan,

Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) telah membentangkan beberapa kaedah

pemantauan dan perlaksanaan bagi menjaga kemudahan dan peralatan yang

ada di PKK ini. Setelah dibincangkan dan dipertimbangkan, jawatankuasa

bersetuju menyenaraikan kemudahan mahupun peralatan umum dibawah

seliaan JSKK agar diwujudkan prosedur khas untuk hebahan kepada semua

pengguna iaitu satu garis panduan khusus dan rujukan umum yang boleh

diguna pakai di PKK.

Prosedur Keselamatan Pengguna Fasiliti dan Peralatan Politeknik

Kota Kinabalu dikeluarkan berdasarkan keperluan semasa merujuk kepada

pekeliling-pekeliling sedia ada dan dimurnikan mengikut kesesuaian di PKK.

Bagaimanapun, buku prosedur ini hanya panduan umum dan sebarang

pertindihan maklumat perlu dirujuk kepada pekeliling asal dan sebarang

permasalahan penggunaan juga perlu merujuk kepada keputusan pihak

pengurusan PKK.

Page 3: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Perlaksanaan Dan Pemantauan 1

2.1 Aktiviti Pelajar 2.2 Aktiviti Kakitangan

2.3 Aktiviti Pengguna Luar

3.0 Fasiliti Politeknik Kota Kinabalu 3

3.1 Fasiliti Umum

3.2 Fasiliti Sukan

4.0 Peralatan Politeknik Kota Kinabalu 5

4.1 Peralatan Umum

4.2 Peralatan Khusus

5.0 Kadar Sewaan Dan Bayaran Fasiliti 6

6.0 Prosedur Asas Urusan Penggunaan Fasiliti dan 7

Peralatan PKK

8.1 Sebelum Aktiviti 8.2 Semasa Aktiviti

8.3 Selepas Aktiviti

8.4 Langkah-Langkah Umum Urusan Penggunaan Fasiliti Dan Peralatan PKK

7.0 Carta Alir Urusan Penggunaan Fasiliti PKK 10

8.0 Carta Alir Urusan Pinjaman Peralatan PKK 11

9.0 Prosedur Keselamatan Pengguna Fasiliti dan 12 Peralatan PKK

9.1 Keselamatan dan Tanggungjawab Pelajar

9.2 Keselamatan dan Tanggungjawab Kakitangan PKK

9.3 Keselamatan dan Tanggungjawab

Pengguna Luar

10.0 Maklumat Asas Keselamatan Pengguna Fasiliti dan 13

Peralatan PKK

11.0 Rumusan 14

Rujukan 15

Lampiran 16

Page 4: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

1.0 Pengenalan

Prosedur Keselamatan Pengguna Fasiliti dan Peralatan Politeknik Kota

Kinabalu ini adalah bagi mengemaskini sistem keselamatan pengguna luar

dan dalaman. Keperluan mengemaskini sistem keselamatan ini adalah amat

penting agar penggunaan fasiliti PKK dapat dipantau dengan sistematik.

Prosedur ini menerangkan kepada proses-proses yang perlu diikuti

sebelum, semasa dan selepas menggunakan fasiliti PKK. Proses sebelum

termasuk urusan permohonan, semakan tarikh dan pembayaran. Proses

semasa pula adalah pemantauan daripada pihak keselamatan dan penyelia

PKK. Manakala proses terakhir iaitu selepas penggunaan adalah pemeriksaan

kerosakan peralatan, kemudahan dan kebersihan.

Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi

tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang,

gelangang, jeti dan sebahagian peralatan umum dibawah jagaan JSKK. Antara

matlamat utama penjagaan fasiliti PKK adalah untuk memastikan keadaan

fasiliti dapat dipantau dan direkod seterusnya memudahkan penyenggaraan

dan baikpulih dilakukan.

2.0 Perlaksanaan Dan Pemantauan

Perlaksanaan dibahagikan kepada tiga (3) iaitu aktiviti pelajar,

kakitangan dan pengguna luar yang mana merujuk kepada pengguna asas

kemudahan dan peralatan umum di PKK. Manakala kaedah pemantauan

dikategorikan kepada lima (5) iaitu penggunaan padang, gelanggang (indoor),

gelanggang (outdoor), jeti dan penggunaan peralatan.

1

Page 5: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

2.1 Aktiviti Pelajar

a. Penggunaan padang: Setiap hari pagi dan petang. Penggunaan

pada waktu malam tidak dibenarkan melainkan dengan

kebenaran. Aktiviti tidak dibenarkan semasa dalam senggaraan

padang, selepas hujan lebat bagi menjaga permukaan tanah

dan rumput dan semasa musim tengkujuh.

b. Penggunaan gelanggang (outdoor): Setiap hari pagi dan petang.

Penggunaan pada waktu malam tidak dibenarkan melainkan

dengan kebenaran. Aktiviti tidak dibenarkan semasa dalam

senggaraan gelanggang dan semasa musim tengkujuh.

c. Penggunaan gelanggang (indoor): Setiap hari pagi dan petang

atau berjadual. Penggunaan pada waktu malam tidak

dibenarkan

d. melainkan dengan kebenaran. Aktiviti tidak dibenarkan semasa

dalam senggaraan.

e. Penggunaan peralatan: Pelajar dibenarkan meminjam peralatan

aktiviti kokurikulum sahaja dengan sokongan pensyarah,

penasihat, jurulatih, pengurus pasukan dan kakitangan

bertugas. Penggunaan peralatan lain atas nama individu

pelajar tidak dibenarkan.

2.2 Aktiviti Kakitangan

a. Penggunaan padang: Setiap hari pagi dan petang dengan

merujuk jadual penggunaan. Penggunaan pada waktu malam

tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran. Aktiviti tidak

dibenarkan semasa dalam senggaraan padang, selepas hujan

lebat bagi menjaga permukaan tanah dan rumput dan semasa

musim tengkujuh.

2

Page 6: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

b. Penggunaan gelanggang (outdoor): Setiap hari pagi dan petang.

Penggunaan pada waktu malam tidak dibenarkan melainkan

dengan kebenaran. Aktiviti tidak dibenarkan semasa dalam

senggaraan gelanggang dan semasa musim tengkujuh.

c. Penggunaan gelanggang (indoor): Setiap hari pagi dan petang

atau berjadual. Penggunaan pada waktu malam adalah

merujuk jadual penggunaan. Aktiviti tidak dibenarkan semasa

dalam senggaraan.

d. Penggunaan peralatan: Kakitangan tidak dibenarkan

meminjam atau membawa keluar sebarang peralatan daripada

kawasan PKK melainkan dengan kebenaran pengarah.

2.3 Aktiviti Pengguna Luar

Bagi setiap pengguna luar samada daripada jabatan kerajaan,

swasta atau individu perlu membuat tempahan awal. Semua

penggunaan padang, gelanggang dan peralatan perlu mendapat

kelulusan daripada pengarah dengan permohonan rasmi.

Pertindihan tarikh atau masa dengan sebarang aktiviti dalaman

PKK tidak akan dipertimbangkan dan ketidak sesuaian aktiviti

juga menyebabkan permohonan ditolak.

3.0 Fasiliti Politeknik Kota Kinabalu

3.1 Fasiliti Umum

Fasiliti Umum dibahagikan kepada dua (2) bahagian merujuk

kepada penjagaan iaitu Fasiliti Umum dan Fasiliti Jabatan seperti

senarai berikut:-

3

Page 7: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

1. Dewan Rafflesia (Umum)

2. Dewan Serbaguna (Umum)

3. Dewan Kuliah Utama (Umum)

4. Dewan Kuliah Jabatan (Jabatan)

5. Makmal (Jabatan)

6. Bilik Kuliah (Jabatan)

JSKK hanya menjaga Fasiliti Umum sahaja. Kebiasaannya

pengguna luar hanya boleh menggunakan Fasiliti Umum dan Fasiliti

Jabatan tidak dibenarkan. Penggunaan Fasiliti Jabatan, hanya untuk

aktiviti jabatan iaitu aktiviti pengajaran dan pengajaran (P&P) atau

aktiviti kokurikulum kecuali aktiviti rasmi yang diluluskan oleh

pengarah atas perbincangan dengan ketua jabatan.

Rajah 1: Fasiliti Dewan Rafflesia

3.2 Fasiliti Sukan

Semua Fasiliti Sukan dibawah jagaan JSKK. Bagi kakitangan PKK,

sebarang tempahan, makluman dan penggunaan adalah merujuk terus

kepada JSKK. Manakala bagi penggunaan pelajar, sebarang tempahan

memerlukan sokongan kakitangan yang bertugas seterusnya boleh

4

Page 8: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

merujuk terus kepada JSKK. Bagi pengguna luar, perlu membuat

permohonan rasmi kepada pengarah PKK terlebih dahulu. Senarai

Fasiliti Sukan PKK adalah seperti berikut:-

1. Padang Bola Sepak

2. Padang Ragbi

3. Padang Hoki

4. Gelanggang Bola Tampar (indoor/outdoor)

5. Gelanggang Tenis

6. Gelanggang Bola Keranjang

7. Gelanggang Bola Jaring

8. Gelanggang Sepak Takraw (indoor/outdoor)

9. Gelanggang Badminton

10. Gelanggang Squash

11. Gelanggang Petanque

12. Jeti (Sukan Air – Kayak)

Penggunaan banggunan Jeti PKK adalah dibawah jagaan JSKK,

sebarang aktiviti dalaman mahu luar, perlu berurusan dengan

pengurusan JSKK. Sebagai makluman, bangunan jeti adalah diluar

kawasan PKK, oleh yang demikian penggunaannya amat terhad dan

perlu pemantauan yang lebih cekap.

4.0 Peralatan Politeknik Kota Kinabalu

4.1 Peralatan Umum

Peralatan Umum merujuk kepada peralatan yang sering

digunakan untuk aktiviti kokurikulum dan aktiviti rasmi. Antara

Peralatan Umum tersebut adalah:-

5

Page 9: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

1. Kerusi Banquet

2. Kerusi Pelastik

3. Meja Peperiksaan

4. Lain-lain Peralatan

Semua peralatan yang tersebut di atas dipantau dan diuruskan

sepenuhnya oleh JSKK kecuali kerusi dan meja yang berada di bilik

kuliah dan makmal jabatan induk. Peminjamanan lain-lain peralatan

merujuk kepada peralatan-peralatan pejabat dan sukan yang dipohon

secara rasmi.

Bagi aktiviti dalaman, tempahan, makluman dan penggunaan

adalah merujuk terus kepada JSKK. Manakala pengguna luar perlu

membuat permohonan rasmi kepada pengarah PKK.

4.2 Peralatan Khusus

Peralatan Khusus pula ialah perlatan-peralatan sukan,

kokurikulum dan peralatan bengkel di jabatan. Bagi penggunaan aktiviti

dalaman perlu dengan kebenaran jabatan masing-masing. Manakala

penggunaan untuk pengguna luar tidak dibenarkan sama sekali. Bagi

kakitangan PKK yang menggunakan peralatan seterusnya membawa

keluar dari kawasan PKK perlu mendapat kelulusan pengarah. Sebarang

kehilangan dan keosakan adalah tanggungjawab peminjam.

5.0 Kadar Sewaan Dan Bayaran Fasiliti

Kadar sewaan dan bayaran kepada pengguna adalah merujuk pekeliling

dan arahan daripada pihak pengurusan tertinggi. Penyewaan fasiliti dan

peralatan hanya diberikan kepada pengguna luar sama ada jabatan kerajaan

6

Page 10: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

atau pun swasta dan urusan kakitangan (individu). Kadar sewaan dan

bayaran fasiliti PKK seperti yang disenaraikan pada Jadual 1.

Jadual 1: Kadar Sewaan dan Bayaran Fasiliti

BIL KEMUDAHAN KADAR BAYARAN CATATAN

1

Dewan Rafflesia

1200 Orang (Sehari:8.00pg – 4.00ptg)

RM150/jam

RM250/jam

RM500-

1000/sehari

Jabatan Kerajaan (Air-cond.) Jabatan Swasta (Air-cond.)

Tanpa Penghawa Dingin

2 Dewan Serbaguna RM500-1000/sehari

500 Orang

3 Dewan Kuliah Utama RM800/sehari 280 Orang (Air-cond.)

4 Gelanggang Badminton RM10/jam/Gelng

RM15/jam/Gelng

6 Gelanggang (7 pg – 6 ptg)

6 Gelanggang (7 – 10 mlm)

5 Gelanggang Bola Tampar RM15/jam/Gelng 2 Gelanggang

6 Gelanggang Bola

Keranjang RM10/jam/Gelng 2 Gelanggang

7 Gelanggang Bola Jaring RM10/jam/Gelng 2 Gelanggang

8 Gelanggang Sepak Takraw RM10/jam/Gelng 2 Gelanggang

9 Gelanggang Tenis RM10/jam/Gelng

RM15/jam/Gelng

2 Gelanggang (7 pg – 6 ptg)

2 Gelanggang (7 – 10 mlm)

10 Gelanggang Squash RM15/jam/Gelng 2 Gelanggang (7 pg – 6 ptg)

11 Gelanggang Petanque RM10/jam/Gelng

RM15/jam/Gelng

4 Gelanggang (7 pg – 6 ptg)

4 Gelanggang (7 – 10 mlm)

12 Padang Bola Sepak RM100/sehari RM30/perlawanan

13 Padang Ragbi RM100/sehari

RM30/perlawanan

14 Padang Hoki RM50/sehari

15 Kayak RM15/sebuah/hari

16 Meja Ping-pong RM5/jam/meja

17 Kerusi Banquet RM5/sebuah

18 Lain-Lain Merujuk budi bicara pihak pengurusan PKK Catatan: Gelng – Gelanggang Kemaskini Jan 2014

Fasiliti dan peralatan yang disewa juga amat terhad dan PKK hanya

menyenaraikan fasiliti dan peralatan yang sesuai untuk disewakan kepada

pengguna luar. Fasiliti dan peralatan yang tidak tersenarai adalah bergantung

kepada budi bicara pihak pengurusan PKK. Berikut adalah kadar bayaran

mengikut senarai fasiliti dan peralatan.

7

Page 11: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

6.0 Prosedur Asas Urusan Penggunaan Fasiliti dan Peralatan PKK

Berikut adalah asas urusan penggunaan fasiliti dan peralatan PKK yang

mana dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas

aktivti dilaksanakan.

6.1 Sebelum Aktiviti

1. Penerimaan Surat arahan perlaksanaan apa–apa aktiviti sukan

daripada Kementerian / Penerimaan Permohonan daripada institusi

luar untuk menjalankan aktiviti sukan

2. Penetapan tempahan tarikh untuk aktiviti pada mana – mana fasiliti

yang diperlukan (mengelakkan pelanggaran penggunaan pada tarikh

yang sama)(7 hari sebelum tarikh penggunaan)

3. Penubuhan AJK pelaksana (jika berkaitan)

4. Sekiranya melibatkan hal sewaan, JSKK perlu memastikan kadar

sewaan telah dibayar sebelum aktiviti

6.2 Semasa Aktiviti

1. Makluman kepada pihak keselamatan mengenai aktiviti yang akan

dijalankan

2. Makluman kepada pihak keselamatan berkenaan senarai institusi /

individu luar yang akan memasuki kawasan politeknik sempena

aktiviti yang berjalan

3. Memastikan aktiviti yang berjalan hanya menggunakan fasiliti yang

ditetapkan dan tidak mengganggu fasiliti lain

4. Pihak JSKK akan memastikan sekiranya aktiviti yang melibatkan

institusi luar berjalan, aktiviti tersebut tidak akan mengganggu P&P

pelajar Politeknik

8

Page 12: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

5. JSKK perlu memastikan pengguna fasiliti mengenakan pakaian dan

aksesori sukan yang bersesuai dengan aktiviti bagi mengelakkan

kecederaan. (sebarang kecederaan adalah di bawah tanggungjawab

pengguna sendiri)

6.3 Selepas Aktiviti

1. Sekiranya penggunaan fasiliti adalah daripada institusi luar, JSKK

perlu memastikan keadaan fasiliti dalam keadaan yang baik selepas

berkakhirnya satu – satu aktiviti.

2. Makluman kepada pihak keselamatan mengenai aktiviti yang telah

berakhir.

3. Memastikan pihak keselamatan maklum bahawa selepas tarikh

tersebut tidak ada lagi urusan keluar masuk daripada institusi luar.

6.4 Langkah-Langkah Umum Urusan Penggunaan Fasiliti Dan

Peralatan PKK

Antara langkah-langkah umum dalam urusan penggunaan

fasiliti dan peralatan PKK adalah seperti berikut:-

1. PENGGUNA: Membuat Permohonan

2. PIHAK PKK: Menyokong / Melulus

3. PIHAK PKK: Memberi Maklum Balas

4. PIHAK PKK: Makluman Kepada Pihak Keselamatan

5. PIHAK KESELAMATAN: Mengambil Tindakan

6. PENGGUNA: Melaksanakan Aktiviti

7. PIHAK KESELAMATAN: Membuat Pemantauan

8. PIHAK PKK: Memeriksa dan Membuat Laporan

9

Page 13: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

7.0 Carta Alir Urusan Penggunaan Fasiliti PKK

Wakil Pegawai Luar Surat Rasmi (Pengguna Luar) Pengurus Pasukan / Penasihat Surat permohonan / sewaan / Isi Borang Wakil Individu penggunaan (Serah kepada Penyelia Logistik & Infrastruktur) Tidak

Lengkap Pengarah / Ketua Jabatan / Kelulusan / Kebenaran / Sokongan Dokumen Pegawai JSKK

Ada / Lengkap

Penggunaan Sewaan / Dalaman Pengguna Luar Isi Borang Keselamatan/ Penyelia Logistik & Infrastruktur Semak Penggunaan /

Aktiviti Dalaman

Digunakan / Penyelia Logistik & Tiada Ada Aktiviti Infrastruktur LULUS Aktiviti Dalaman TIDAK / Tidak TIDAK Digunakan Makluman / surat LULUS Gagal balas Penyelia Logistik & Infrastruktur / Proses Unit Kewangan Pembayaran Penyelia Logistik & Infrastruktur Rekod / Makluman Pengawal Keselamatan

Proses Penggunaan/ Sewaan/ Pemantauan

Keselamatan Periksa Kebersihan/

Penyelia Logistik & Infrastruktur Kemudahan dalam keadaan baik.

Rajah 1: Carta Alir Urusan Penggunaan Fasiliti PKK

Mula

Tamat

10

Page 14: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

8.0 Carta Alir Urusan Pinjaman Peralatan PKK

Wakil Pegawai Luar / Surat Rasmi (Pengguna Luar) Pengurus Pasukan / Penasihat Surat permohonan / Isi Borang pinjaman Wakil Individu (serah kepada Penyelia Logistik)

Pengarah / Ketua Jabatan / TIDAK Kelulusan / Kebenaran. Pegawai JSKK LULUS

Penyelia Logistik & Infrastruktur Mengeluarkan dan Merekod peralatan

keluar. Proses Peminjaman. Wakil Pegawai Luar / Pengurus Pasukan / Penasihat Proses Pemulangan Wakil Individu. Merekod peralatan masuk Penyelia Logistik & Infrastruktur Memeriksa Peralatan. Penyelia Logistik & Infrastruktur Keadaan Rosak Baik Wakil Pegawai Luar / Makluman / Pengurus Pasukan / Penasihat Buat Laporan Wakil Individu Kerosakan Penyelia Logistik & Infrastruktur Rekod dan Laporan pada yang terlibat

Rajah 2: Carta Alir Urusan Pinjaman Peralatan PKK

Mula

Tamat

11

Page 15: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

9.0 Prosedur Keselamatan Pengguna Fasiliti dan Peralatan PKK

Prosedur Keselamatan Pengguna dibahagikan kepada tiga (3) kategori

iaitu tanggungjawab pelajar, kakitangan PKK dan pengguna luar. Ketiga-tiga

pengguna ini mempunyai prosedur penggunaan fasiliti dan peralatan yang

berbeza.

9.1 Keselamatan dan Tanggungjawab Pelajar

Prosedur keselamatan dan tanggungjawab pelajar di PKK adalah

tertakluk kepada peraturan keselamatan dalaman dan akta 174 yang

sedang berkuatkuasa. Pelajar yang menggunakan fasiliti dan peralatan

PKK adalah dibawah pemantauan kakitangan PKK. Keselamatan dan

kebenaran keluar masuk pelajar daripada kawasan PKK adalah antara

jam 5.00 pagi hingga 11.00 malam sahaja termasuk pelajar yang

menduduki asrama (kamsis). Bagi urusan penggunaan kemudahan dan

peralatan pelajar juga perlu merujuk peraturan yang digunapakai

mengikut jabatan dan unit di PKK.

9.2 Keselamatan dan Tanggungjawab Kakitangan PKK

Prosedur keselamatan kakitangan PKK adalah tertakluk kepada

peraturan dan tanggungjawab penjawat awam dan undang-undang

kerajaan terhadap penjagaan harta benda kerajaan. Tindakan tatatertib

dan tindakan undang-undang akan dikenakan mengikut laporan

pengurusan PKK, pihak awam dan pihak polis.

12

Page 16: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

9.3 Keselamatan dan Tanggungjawab Pengguna Luar

Prosedur keselamatan pengguna luar termasuk komuniti

kakitangan PKK juga tertakluk kepada peraturan undang-undang

kerajaan. Tindakan undang-undang akan dikenakan mengikut laporan

pihak keselamatan pengurusan PKK, pihak awam dan pihak polis. Bagi

pengguna luar yang menggunakan fasiliti dan peralatan PKK, kaedah

pemantauan keluar masuk telah diperketatkan dan diperhalusi agar

dapat dikawal dengan lebih baik.

10.0 Maklumat Asas Keselamatan Pengguna Fasiliti dan Peralatan PKK

Maklumat asas keselamatan pengguna amat penting bagi

memudahkan urusan. Oleh yang demikian, beberapa maklumat asas

perlu dinyatakan dalam setiap urusan penggunaan (kandungan borang)

antaranya:-

1. Nama Aktiviti

2. Tujuan

3. Tarikh

4. Masa

5. Nama dan Nombor Telefon Pemohon

6. Anggaran Bilangan Pengguna

7. Fasiliti yang digunakan

8. Peralatan yang digunakan

9. Pegawai Bertugas (Pihak PKK)

10. Laporan Pihak Keselamatan

11. Komen dan Cadangan

Borang lengkap yang diguna pakai bagi penggunaan fasiliti,

peralatan serta keselamatan boleh dirujuk di bahagian Lampiran.

13

Page 17: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

11.0 Rumusan

Keselamatan penjagaan harta benda awam mahupun harta benda

kerajaan adalah amat penting terutamanya tanggungjawab kepada penjawat

awam. Berapa peraturan dan pekeliling telah dikeluarkan agar

perlaksanaannya dapat dipatuhi dengan lebih sempurna. Oleh yang demikian,

prosedur ini dikeluarkan adalah diatas pemurnian perlaksanaan pemantauan

keselamatan dan asas dasar peringatan bersama bagi memudah cara

pengurusan di Politeknik Kota Kinabalu.

14

Page 18: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,

Rujukan

Prosedur Kerja Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan (2012), Edisi

Kedua, Politeknik Kota Kinabalu.

Buku Garis Panduan Organisasi (2012), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Politeknik Kota Kinabalu: 91 m/s

Wahadhir Bin Hamdan (2012), Lampiran Garis Panduan Penggunaan Dewan

Rafflesia, Dewan Serbaguna Dan Dewan Kuliah Utama: Politeknik Kota Kinabalu.

Programmes Hand Book, Politeknik Kota Kinabalu (2012), Politeknik Kota

Kinabalu.

Maimunah Sapri dan Maizan Baba (2008), Penyumberan Luar dan Pengurusan

Fasiliti: Universiti Teknologi Malaysia.

Yuhainis Abdul Talib, Nor Aini Salleh & Noraini Johari (2007), Perbandingan Corak

Pengurusan Fasiliti Kediaman Bertingkat Oleh Institusi Kerajaan Dan Swasta: Universiti

Teknologi Mara.

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004, Penjenisan Kod Bagi Hasil

Perbelanjaan: Kementerian Kewangan.

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1995, Panduan Am

Mengenai Perolehan Kerajaan

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1997, Garis Panduan

Mengenai Penyelarasa Penggunaan Dan Perolehan Kemudahan Dan Peralatan

Teknologi Baru Di Agensi Kerajaan

15

Page 19: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,
Page 20: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,
Page 21: PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang, gelangang,