proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas

4
940508 07 5223 1 Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran Yang Unggul Dalam Malaysia Satu kajian tentang kepimpinan Tun Azizan Zainul Abidin (1988-2004) 1. Pengenalan Tokoh yang penyelidik akan kaji ialah Tun Azizan Zainul Abidin (TAZA), beliau dilahirkan di Ayer Itam, Pulau Pinang pada 28 Mei 1935. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan ketika usianya masih muda lagi sudah menjadi anak yatim dan terpaksa tinggal dengan saudara maranya. Beliau pernah bersekolah di Penang Free School(1950)¹ yang merupakan sekolah penyelidik sebelum ini. Seterusnya, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya, Singapura² pada akhir tahun 50-an sehingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1959. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Sulit bagi tiga orang perdana menteri iaitu Tun Abdul Razak Hussein (1971-1975), Tun Hussein Onn (1975-1981) dan Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-1984). TAZA juga tersenarai dalam 100 tokoh paling berpengaruh di Malaysia dan dibukukan dalam buku 100 Tokoh Malaysia Berpengaruh yang dikarang oleh Hamidi M. Adnan terbitan Medium Publication Sdn Bhd. 2. Objektif Kajian Antara objektif kajian penyelidik ialah : 2.1 Mengenal pasti perkhidmatan dan sumbangan beliau dalam sektor birokrat 2.2 Mengenal pasti sumbangan beliau dalam sektor koperat di Malaysia seperti di syarikat PETRONAS 2.3 Mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam tokoh ini untuk dijadikan tauladan.

Upload: ashraf-azim

Post on 02-Jul-2015

215 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas

940508 07 5223

1

Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran Yang Unggul Dalam Malaysia

Satu kajian tentang kepimpinan Tun Azizan Zainul Abidin (1988-2004)

1. Pengenalan

Tokoh yang penyelidik akan kaji ialah Tun Azizan Zainul Abidin (TAZA), beliau dilahirkan

di Ayer Itam, Pulau Pinang pada 28 Mei 1935. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang miskin

dan ketika usianya masih muda lagi sudah menjadi anak yatim dan terpaksa tinggal dengan

saudara maranya. Beliau pernah bersekolah di Penang Free School(1950)¹ yang merupakan

sekolah penyelidik sebelum ini. Seterusnya, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya di

Universiti Malaya, Singapura² pada akhir tahun 50-an sehingga berjaya mendapat ijazah

Sarjana Muda Sastera pada tahun 1959. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Sulit bagi

tiga orang perdana menteri iaitu Tun Abdul Razak Hussein (1971-1975), Tun Hussein Onn

(1975-1981) dan Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-1984). TAZA juga tersenarai dalam 100

tokoh paling berpengaruh di Malaysia dan dibukukan dalam buku 100 Tokoh Malaysia

Berpengaruh yang dikarang oleh Hamidi M. Adnan terbitan Medium Publication Sdn Bhd.

2. Objektif Kajian

Antara objektif kajian penyelidik ialah :

2.1 Mengenal pasti perkhidmatan dan sumbangan beliau dalam sektor birokrat

2.2 Mengenal pasti sumbangan beliau dalam sektor koperat di Malaysia seperti di

syarikat PETRONAS

2.3 Mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam tokoh ini untuk dijadikan

tauladan.

Page 2: Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas

940508 07 5223

2

3. Permasalahan Kajian

Penyelidik akan mengupas mengenai penglibatan tokoh dalam bidang pentadbiran khusus

dalam perkhidmatan awam iaitu dalam kerajaan serta sektor korperat,tidak lupa juga

penyelidik akan mengupas beberapa nilai murni yang terdapat dalam diri Tun Azizan untuk

dijadikan tauladan. Selain itu, penyelidik juga turut mengkaji tentang ciri-ciri kepimpinan

beliau dalam memajukan PETRONAS setanding dengan syarikat petrolium gergasi dunia dan

syarikat paling untung dalam sektor kerajaan.

4. Skop Kajian

Penyelidik akan mengkaji sejarah TAZA dari mula penglibatan beliau dalam bidang

pentadbiran dalam kerajaan dan sektor korperat bermuda pada tahun 1988 sehingga tahun

2004. Penyelidik juga perlu mendapatkan buah 2 buku ilmiah tentang beliau iaitu The

Quintessential Man dan Jiwa Seorang Negarawan. Penyelidik juga perlu pergi ke beberapa

tempat yang pernah Tun Azizan buat seperti Putrajaya dan KL

5. Kajian Lepas

Azam Aris pernah menulis buku tentang biografi Tun Azizan Zainul Abidin yang bertajuk

“The Quintessential Man the story of Tan Sri Azizan Zainul Abidin” pada tahun 2009 dan di

ulas oleh oleh Wan Norazah Wan Chik dan di muat dalam bahagian rencana di surat khabar

Utusan pada tarikh 9 Febuari 2009. Terdapat 20 topik dalam buku tersebut dan ada juga

menceritakan tentang kisah hidup beliau dalam menguruskan PETRONAS.

Sorotan daripada buku “The Quintessential Man the story of Tan Sri Azizan Zainul Abidin”,

Azam Aris meneruskan penulisannya terhadap tokoh yang sama dan menerbitkan buku “Jiwa

Seorang Negarawan”. Karya ini, yang melakar kehidupan Allahyarham Tun Azizan Zainul

Page 3: Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas

940508 07 5223

3

Abidin, membuka ruang kepada para pembaca mengetahui lebih mendalam rentetan

pengalaman dan sumbangan Allahyarham sepanjang hayat beliau sebagai seorang negarawan.

Buku ini juga banyak memberi gambaran tentang kehebatan kepimpinan TAZA dalam

memimpin syarikat besar seperti PETRONAS dan dalam masa yang sama beliau juga

memegang jawatan besar dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan seperti Ketua Setiausaha

Sulit Perdana Menteri.

6. Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada pemimpin ekonomi masa kini kerana jasa dan sumbangan Tun

Azizan sangat besar pada negara dan tersenarai dalam buku 20 Tokoh Pengurusan di dalam

negara Malaysia. Diharapkan kajian ini dapat memudahkan pemimpin masa kini untuk

mencontohi kepimpinan Tun Azizan dalam memajukan organisasi serta negara.

7. Kaedah kajian

Untuk kajian saya ini,saya mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah :

1) Kaedah pembacaan buku ilmiah : Melalui kaedah pembacaan bahan ilmiah, penyelidik

akan membaca dan mencari beberapa buku ilmiah serta majalah dan juga surat khabar

untuk mencari maklumat tentang TAZA. Selain itu juga penyelidik akan menggunakan

beberapa bahan sekunder seperti bahan-bahan elektronik ,artikel dan majalah

2) Melayari internet : pula ialah melayari internet dan merupakan kaedah yang paling banyak

digunakan semasa kajian. Penyelidik akan melayari internet untuk mencari bahan-bahan

bukti berkenaan tokoh dan mengambil beberapa pandangan orang awam tentang

ketokohan beliau dalam memegang jawatan sebagai Presiden PETRONAS dan memegang

beberapa jawatan penting dalam sektor awam seperti ketua setiausaha sulit bagi tiga orang

perdana menteri.

Page 4: Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas

940508 07 5223

4

3) Lawatan ke Tempat bersejarah dalam hidup Tun Azizan : Penyelidik akan melawat

kawasan-kawasan sumbangan Tun Azizan seperti Menara Berkembar PETRONAS,Suria

KLCC, dan bandar Putrajaya.

7. Kesimpulan

Kajian ini lebih kepada mengenali kepimpinan Tun Azizan Zainul Abidin dalam mentadbir

PETRONAS ke arah kecemerlangan organisasi di samping mengaut keuntungan

semaksimum. Saya berpendapat bahawa dengan mengkaji ketokohan beliau, saya dapat

mencontohi dan mengaplikasikan kepimpinan beliau pada masa hadapan demi kepentingan

organisasi yang saya akan sertai. Saya juga berharap dengan kajian saya ini, orang luar

khususnya pelajar dapat mengenali beliau dan mencontohi kepimpinan beliau dalam

memajukan PETRONAS di persada dunia.