proposal of multi camera production (mcp) workshop (b07 atau lebihan crash prog)

4
KERTAS CADANGAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA BENGKEL PENERBITAN MCP

Upload: rodzidah-mohd-rodzi

Post on 20-Jul-2015

96 views

Category:

Presentations & Public Speaking


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal of Multi Camera Production (MCP) Workshop (B07 atau lebihan Crash Prog)

KERTAS CADANGAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

BENGKEL PENERBITAN MCP

Page 2: Proposal of Multi Camera Production (MCP) Workshop (B07 atau lebihan Crash Prog)

1. Nama Kursus: Bengkel Penerbitan MCP (Multi Camera Production)

2. Tempat diadakan: Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia)

3. Bilangan Peserta: Seramai 10 orang

4. Kumpulan Sasar: i. Ahli Jawatankuasa AVA CIAST ii. Pegawai Latihan Vokasional (J17-J48)

5. Tarikh/Tempoh Kursus: 5 hari

6. Tujuan/Objektif Kursus:

i. Meningkatkan pengetahuan teori dan amali mengenai teknik mengguna kamera video MCP.

ii. Melahirkan lebih ramai jurukamera dan pengarah kamera video MCP.

iii. Meningkatkan kemahiran dan memahami teknik-teknik pengendalian dari sudut subjektif dan objektif.

iv. Memahami aspek-aspek pengurusan produksi, penggunaan peralatan, penyediaan skrip, pengambaran, pencahayaan, penataan bunyi dan pasca produksi.

7. Latar Belakang Kursus:

i. CIAST telah mewujudkan JK MCP yang akan terlibat secara aktif dengan aktiviti video dan fotografi.

ii. CIAST telah membeli peralatan baru untuk JK MCP dan tidak semua Ahli JK MCP mahir menggunakan setiap peralatan dan perkakasan tersebut.

iii. Untuk meningkatkan tahap penggunaan peralatan dan perkakasan MCP, dicadangkan diadakan bengkel yang dilatih oleh pakar iaitu dari Finas.

Page 3: Proposal of Multi Camera Production (MCP) Workshop (B07 atau lebihan Crash Prog)

iv. Bengkel Penerbitan MCP juga diperlukan untuk memberi pendedahan kepada Ahli JK MCP teknik profesional bermula dari sesi penggambaraan sehingga sesi pratonton supaya hasil output dapat dijadikan produk untuk pasaran.

8. Kandungan kursus :

Topik 1

Definisi dan matlamat, kaedah penggunaan kamera video MCP. Menerima arahan dan mengenali shot serta sudut kamera dari bilik konti.

Topik 2

Kefahaman mengenai pengeluaran dan penerimaan bunyi, penataan bunyi, penggunaan peralatan bunyi, pengadunan bunyi dan pencahayaan.

Topik 3

Latihan amali lokasi luar atau studio.

Topik 4

Pasca Produksi, penyuntingan, pratonton, projek, rumusan dan penilaian.

Latar Belakang FINAS

Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ditubuhkan kerajaan pada 26 Julai 1980 untuk

merangka cara-cara bagi memajukan perusahaan filem Malaysia. Hasil daripada salah satu

cadangannya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (atau FINAS), telah

ditubuhkan dalam tahun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, 1981

(Akta 244). FINAS mula beroperasi di alamat No. 7 Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur mulai

1 November 1981 dibawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Mulai 16

Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. FINAS kemudiannya

Page 4: Proposal of Multi Camera Production (MCP) Workshop (B07 atau lebihan Crash Prog)

beroperasi di alamat No. 198 Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke

Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, pada 19 Disember 1988. Mulai tarikh 27 Disember

2004, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Malaysia dan merupakan agensi Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan

Warisan bermula pada tahun 2008. Mulai April 2008 FINAS diletakkan dibawah Kementerian

Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

9. Anggaran Perbelanjaan:

Perbelanjaan melibatkan Yuran Kursus.

Bilangan Peserta

Yuran Kursus / seorang (Penginapan dan makan minum

disediakan) Jumlah (RM)

10 RM 1,500.00 15,000.00

10. Kompetensi yang

Diperolehi : Sijil Penyertaan Kursus keluaran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

11. Justifikasi Mengadakan Kursus :

Untuk meningkatkan penggunaan peralatan MCP dan menambahkan kemahiran JK MCP yang menerima peralatan baru dan ke arah memasarkan produk keluaran.

12. Cadangan Lain : Tiada

13. Kesimpulan : Kursus ini mampu meningkatkan kemahiran dalam pengurusan produksi, penggunaan peralatan, penyediaan skrip, pengambaran, pencahayaan, penataan bunyi dan pasca produksi di samping mengoptimumkan lagi penggunaan peralatan yang baru dan sedia ada.