projek1 pahang (statistik_bm)-2015

Upload: tuntejaputeri

Post on 28-Mar-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kerja Kursusu

TRANSCRIPT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Kerja Projek Matematik Tambahan2015

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANGKERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2015SOALAN 1 (STATISTIK)

Bahagian 1

Maklumat statistik sangat berguna dalam perniagaan dan kehidupan seharian.

a) Membincangkan konsep sukatan kecenderungan memusat dalam kajian statistik.b) Memberikan satu contoh kegunaan sukatan kecenderungan memusat dalam kehidupan seharian.

Bahagian 2

a) Pelajar dikehendaki menjalankan satu kajian ke atas 50 orang pelajar ( 10 pelajar dari setiap tingkatan 1 hingga 5 ) dari sekolah anda. Kajian memfokus kepada tinggi mereka. Dengan cara merekodkan tinggi mereka dalam sentimeter (cm) seperti di Jadual 1.

b) Berdasarkan data mentah anda, hitungkan tinggi min, mod dan median pelajar.Bahagian 3

Pelajar dikehendaki menyusun data yang telah dikumpulkan di Bahagian 2 (a) ke dalam sebuah jadual kekerapan dengan selang kelas yang sesuai.

a) Mengapakah arahan tersebut diberikan kepada anda? Nyatakan pendapat anda.b) Terangkan dengan jelas, langkah-langkah untuk membina sebuah jadual kekerapan .

c) Bina dan lengkapkan jadual kekerapan tersebut.d) Gunakan jadual yang anda bina di bahagian ( c ) untuk menentukan nilai tinggi min, mod dan median pelajar dengan kaedah yang sesuai.e) Gunakan satu kaedah alternatif yang lain untuk mendapatkan nilai tinggi median pelajar.Bahagian 4

Dalam kajian statistik, satu set data boleh memberitahu kita banyak maklumat selain sukatan kecenderungan memusat.

a) Apakah maklumat statistik lain yang dapat diperolehi daripada jadual kekerapan di bahagian 3 (c) ?

b) Hitungkan nilai-nilai tersebut .

EKSPLORASI LANJUTANBahagian 1 Shawn Bradley Michael Jordana) Jika tinggi pemain bola keranjang, Michael Jordan dan Shawn Bradley ditambahkan ke dalam 50 data dalam Jadual 1, komen tentang kesan ke atas tinggi min, mod dan median.

b) Terangkan dengan jelas yang manakah antara nilai kecenderungan memusat digunakan bagi setiap kes berikut :i. sekiranya anda adalah seorang pemilik sebuah kilang kasut,ii. sekiranya anda ingin mengetahui sama ada sesebuah negara itu kaya atau tidak, dengan mengkaji pendapatan keluarga-keluarga dalam negara tersebut.

Bahagian 2

a) Kadang-kadang maklumat statistik boleh digunakan untuk mengelirukan orang. Kaji situasi berikut dan berikan pandangan anda tentang komen dua orang pelajar dari sudut manipulasi statistik untuk perkara tersebut.

Syarikat P mengumumkan jualan keretanya di luar negara telah meningkat sebanyak 100% pada 2010 sementara Syarikat M mengumumkan jualan keretanya di luar negara meningkat sebanyak 50% pada tahun 2010. Abu mengulaskan bahawa Syarikat P adalah syarikat yang lebih berjaya dari Syarikat M tetapi Chong Meng tidak setuju dan menyatakan bahawa syarikat M mungkin lebih berjaya. Jadi, Syarikat P mungkin cuba menyampaikan maklumat yang mengelirukan orang.

b) Berikan satu contoh lain di mana maklumat statistik mungkin boleh mengelirukan.Bahagian 3 Statistik ialah satu set kaedah yang digunakan untuk mengumpul, analisis, persembahan dan mentafsir data. Kaedah statistik digunakan dalam banyak pekerjaan dan boleh membantu orang mengenal, mengkaji dan menyelesaikan banyak soalan yang kompleks. Dalam dunia ekonomi dan bisnes, kaedah-kaedah ini membolehkan orang yang membuat keputusan dan pengurus-pengurus untuk melakukan cadangan-cadangan yang lebih baik tentang situasi yang tidak dijangka. Analisis data statistik menyediakan pengalaman untuk mengalakkan kegunaan pemikiran secara statistik dan langkah-langkah untuk diaplikasikan supaya dapat melakukan keputusan yang rasional dalam dunia bisnes. Untuk berjaya dalam pesaingan global, pengurus dan orang yang membuat keputusan hendaklah memahami maklumat dan mengunakannya dengan berkesan. Justeru, dalam dunia sebenar, statistik melibatkan banyak amaun data dan model atau kaedah statistik yang kompleks, bukan model statistik yang ringkas seperti yang diajar dalam kelas masing-masing.Sila bincangkan salah satu daripada model statistik yang digunakan dalam dunia sebenar.REFLEKSIRangka satu laporan tentang pelajaran yang anda telah perolehi semasa menjalankan projek ini. Anda boleh menggunakan grafik atau media lain untuk menyampaikan laporan anda secara kreatif.Jadual 1 : Jisim 50 orang pelajar

BilKelasNama PelajarTinggi (cm)

1

2

49

50