program transformasi kerajaan

2
PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) Pada zaman globalisasi kini, sesai dengan ma!lama! n!k men"adi seba# nega$ be$%enda%a!an !inggi men"elang &'&', Pe$dana Men!e$i a!o Se$i Na"ib Razak !e mem%e$kenalkan P$og$am T$ans*o$masi Ke$a"aan (GTP)+ P$og$am ini di%e$kenalkan %ada A%$il &'' dan di-"dkan be$sama.sama P$og$am T$ans*o$masi Ekonomi, P$og$am T$ans*o$masi Poli!ik dan P$og$am T$ans*o$masi Sosial /ang memben!k asa$ T$ans*o$masi Nasional+ i ba-a# bidang kasa 0ni! Peng$san P$es!asi dan Pelaksanaan (PEMAN 0), %elaksanaan GTP adala# be$dasa$kan %$insi% 1Mala/sia, 2Rak/a! ida#lkan, Pen3a%aian i!amakan + Melali %e$ndingan men/el$# dengan %i#ak be$ke%en!ingan, da$i%ad kemen!e$ian.kemen!e$ian ke%ada $ak/a!, ke$a"aan !am%il dengan 4 !onggak !ama /ang di!e!a%kan di ba-a# 5idang Kebe$#asilan 0!ama Nega$a (NKRA)+ T"# NKRA be$kenaan adala# meng$angkan "ena/a#,memban!e$as $asa#, memas!ikan %endidikan be$kali!i, mem%e$!ingka!kan !a$a* ke#id%an isi $ma# be$%enda%a!a $enda#, mem%e$!ingka!kan %embangnan la$ banda$, mem%e$!ingka!kan %engangk!an a-am banda$ dan menangani kos sa$a #id%+ Selain i!, G mengandngi kom%onen MKRA /ang di-"dkan bagi menangani ma!lama! %embangnan /ang !idak !e$mask dalam NKRA+ Se!ela# selesain/a %elaksanaan dalam *asa %e$!ama %e$ba#an a!a lebi# dikenali sebagai GTP 1+', se!ia% NKRA !ela# menn"kkan %en3a%aian /ang ke!a$a dalam bidang masing.masing+ Te!a%i, masi# !e$lal a-al n!k ki!a selesa dengan ke"a/aan ini ke$ana %e$"alanan dal 3e$i!a !$ans*o$masikan nega$a masi# lagi "a#+ An!a$a ke"a/aan !ama GTP, iai! mengik! !"# inisia!i* 5idang Kebe$#a 0!ama Nega$a (NKRA), se!aka! ini iala#, %e$!ama, meng$angkan "ena/a#+ Jena/a# "alanan be$k$angan 67 %e$a!s dan indeks "ena/a# be$k$angan 17 %e$a!s, kesa da$i%ada 18,&&& o$ang anggo!a %olis memba! $ondaan dan 476 ba# balai %olis dinilai %$es!asin/a+ Keda, memban!e$as $asa#+ Penggbalan 9#is!leblo-e$ P$o!e3!ion A3! &'1', 6:+; %e$a!s %e$bi3a$aan kes $asa# diselesaikan se!a#n+ Ke!iga, meningka!kan %en3a%aian %ela"a$+ Pen3a%aian se#ingga 4 %e$a!s %enda*!a$an %$a.sekola# (da$i :',''' ke%ada 4'',''' %ela"a$), ;7 %e$a! kada$ li!e$asi, 1 %e$a!s kada$ nme$asi dan sekola#.sekola# be$%$es!asi dib

Upload: bayuberduri

Post on 02-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Program Transformasi Kerajaan

TRANSCRIPT

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

Pada zaman globalisasi kini, sesuai dengan matlamat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Program ini diperkenalkan pada April 2009 dan diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Di bawah bidang kuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), pelaksanaan GTP adalah berdasarkan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Melalui perundingan menyeluruh dengan pihak berkepentingan, daripada kementerian-kementerian kepada rakyat, kerajaan tampil dengan 7 tonggak utama yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Tujuh NKRA berkenaan adalah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, memastikan pendidikan berkualiti, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan pembangunan luar bandar, mempertingkatkan pengangkutan awam bandar dan menangani kos sara hidup. Selain itu, GTP mengandungi komponen MKRA yang diwujudkan bagi menangani matlamat pembangunan yang tidak termasuk dalam NKRA. Setelah selesainya pelaksanaan dalam fasa pertama perubahan atau lebih dikenali sebagai GTP 1.0, setiap NKRA telah menunjukkan pencapaian yang ketara dalam bidang masing-masing. Tetapi, masih terlalu awal untuk kita selesa dengan kejayaan ini kerana perjalanan dalam cerita transformasikan negara masih lagi jauh.

Antara kejayaan utama GTP, iaitu mengikut tujuh inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), setakat ini ialah, pertama, mengurangkan jenayah. Jenayah jalanan berkurangan 35 peratus dan indeks jenayah berkurangan 15 peratus, kesan daripada 14,222 orang anggota polis membuat rondaan dan 753 buah balai polis dinilai prestasinya. Kedua, membanteras rasuah. Penggubalan Whistleblower Protection Act 2010, 36.8 peratus perbicaraan kes rasuah diselesaikan dalam setahun. Ketiga, meningkatkan pencapaian pelajar. Pencapaian sehingga 72.42 peratus pendaftaran pra-sekolah (dari 60,000 kepada 700,000 pelajar), 85 peratus kadar literasi, 91 peratus kadar numerasi dan sekolah-sekolah berprestasi diberi hadiah. Keempat, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah. Sebanyak 44,535 isi rumah miskin tegar dikeluarkan daripada kategori ini, 15,868 isi rumah miskin dikeluarkan daripada kategori ini dan 35,095 buah rumah murah ditawarkan.

Seterusnya kelima, meningkatkan infrastruktur asas luar bandar. Sebanyak 2 juta penduduk luar bandar menikmati kehidupan lebih baik melalui penyediaan jalan raya, bekalan air dan elektrik serta rumah. Keenam, meningkatkan pengangkutan awam di bandar. Penaiktarafan 634 perhentian bas awam Lembah Klang dan lebih 2.34 juta penumpang menikmati kemudahan LRT. Ketujuh, menangani kos sara hidup rakyat. Kerajaan telah membantu lebih 5 juta isi rumah dan lebih 6 juta pelajar sekolah rendah menengah dan pengajian tinggi dengan membiayai kos sara hidup dalam pelbagai cara. Tambahan lagi, menerusi inisiatif-inisiatif seperti Klinik 1Malaysia, Kedai rakyat 1Malaysia (KR1M), rakyat kini mempunyai akses kepada kos hampir percuma terhadap rawatan perubatan serta 30-40% barangan runcit yang lebih murah dan makanan yang berpatutan.

Fasa Pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melabuhkan tirainya tahun lepas mencatat pencapaian dan kejayaan nyata bagi kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaksanakan demi kesejahteraaan rakyat. Struktur GTP adalah bersifat intuitif, iaitu perlu mengenalpasti bidang yang memerlukan perhatian yang lebih dan tumpuan kepada bidang-bidang tersebut. Oleh itu, masih awal untuk membuat kesimpulan yang konklusif, tetapi, dengan kejayaan GTP setakat ini telah mencukupi untuk menyatakan bahawa kerangka transformasi berkerajaan yang dibawa Dato Seri Najib Razak adalah lebih komprehensif.