program kebolehpasaran pelajar -...

3
Program Kebolehpasaran Pelajar Ditulis oleh - Terakhir dikemaskini Isnin, 10 Jun 2013 13:00 Program Kebolehpasaran Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi telah menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai agenda kritikal dan ianya merupakan Key Result Area (KRA) kementerian. Selaras dengan hasrat itu, KPT telah menyediakan satu rangka kerja yang terdiri daripada pelbagai program employabiliti dengan tujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Rangka kerja tersebut merangkumi :  1. Degree++ Program Pentauliahan Profesional di mana para pelajar yang sedang belajar boleh mengikuti program ini bagi mendapatkan sijil yang diiktiraf oleh badan-badan bertauliah dan profesional dalam bidang-bidang yang berkaitan. Program-program ini mempunyai modul yang spesifik dan memberi nilai tambah yang tinggi kepada graduan. Sebagai contoh, program 3P Prestariang dan Infosys Foundation Programme di mana pelajar-pelajar dari bidang IT atau yang berkaitan berpeluang untuk mengikuti program ini untuk mendapat sijil profesional daripada Cisco, Microsoft dan lain-lain. 2. Finishing School Program ini untuk memberi pendedahan dan persiapan awal kepada bakal graduan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sebenar. Antara kandungan program ini termasuklah personal grooming, English proficiency, soft skills, resume writing, interview skills dan sebagainya. 1 / 3

Upload: tranxuyen

Post on 06-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Program Kebolehpasaran Pelajar

Ditulis oleh - Terakhir dikemaskini Isnin, 10 Jun 2013 13:00

Program Kebolehpasaran Pelajar

Kementerian Pengajian Tinggi telah menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai agendakritikal dan ianya merupakan Key Result Area (KRA) kementerian. Selaras dengan hasrat itu,KPT telah menyediakan satu rangka kerja yang terdiri daripada pelbagai program employabilitidengan tujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Rangka kerja tersebutmerangkumi :

 

1. Degree++Program Pentauliahan Profesional di mana para pelajar yang sedang belajar boleh mengikutiprogram ini bagi mendapatkan sijil yang diiktiraf oleh badan-badan bertauliah dan profesionaldalam bidang-bidang yang berkaitan. Program-program ini mempunyai modul yang spesifik danmemberi nilai tambah yang tinggi kepada graduan. Sebagai contoh, program 3P Prestariangdan Infosys Foundation Programme di mana pelajar-pelajar dari bidang IT atau yang berkaitanberpeluang untuk mengikuti program ini untuk mendapat sijil profesional daripada Cisco,Microsoft dan lain-lain.

2. Finishing SchoolProgram ini untuk memberi pendedahan dan persiapan awal kepada bakal graduan sebelummereka memasuki alam pekerjaan sebenar. Antara kandungan program ini termasuklahpersonal grooming, English proficiency, soft skills, resume writing, interview skills dansebagainya.

1 / 3

Program Kebolehpasaran Pelajar

Ditulis oleh - Terakhir dikemaskini Isnin, 10 Jun 2013 13:00

3. Apprenticeship ProgrammeApprenticeship Programme merupakan program yang  melibatkan graduan Institut PengajianTinggi (IPT) yang bakal dan baru menamatkan pengajian. Program ini memberi penekanankepada latihan yang menjurus kepada peningkatan kemampuan graduan untuk merebutpeluang pekerjaan di high end industries. Mereka yang mengikuti program ini akan diberilatihan selama 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis program yang disertai. Selepas tamatlatihan, para peserta yang mengikuti program ini akan ditawarkan pekerjaan di syarikat-syarikatyang menyediakan latihan tersebut.  Contoh program ini adalah program Code 8 bersamaMIMOS Berhad.

4. Bridging Gap ProgrammeProgram ini adalah untuk menyediakan latihan bagi melengkapkan pengetahuan dankemahiran graduan mengikut  keperluan majikan. Modul latihan yang disediakan adalahdinamik dan fleksibel mengikut keperluan majikan. Majikan yang terpilih adalah mereka yangmempunyai reputasi yang baik (Multi National Company, GLC, Public listed companies, SMEyang dapat menjana ekonomi baru)  serta memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.Di akhir program, graduan akan ditawarkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang terpilih. Contohprogram adalah CareerXcell Graduate Employment.

5. Program Latihan KeusahawananProgram Keusahawanan ini bertujuan untuk mendedahkan graduan mengenai duniakeusahawanan dan memupuk minat mereka untuk menceburi bidang perniagaan dankeusahawanan. Para graduan yang mempunyai atribut yang sesuai akan ditawarkan mengikutiprogram ini dengan modul-modul khas (mengikut sektor-sektor tertentu seperti pertanian,francais dan sebagainya) dan di akhir program, graduan yang terlibat mampu menjadiusahawan melalui bimbingan dan bantuan yang disediakan.

6. Program InternshipInternship atau Latihan Industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasiuntuk mengikuti latihan praktikal dalam industri yang terpilih , sama ada di luar ataupun didalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan sijil,diploma atau ijazah. Tempoh latihan industri adalah selama 5 hingga 6 bulan atau bergantungkepada program pengajian dan juga IPT yang melaksanakannya.

7. Karnival Kerjaya (Career Fair)Penganjuran karnival kerjaya dilihat sebagai salah satu aktiviti dalam usaha menangani isu-isu

2 / 3

Program Kebolehpasaran Pelajar

Ditulis oleh - Terakhir dikemaskini Isnin, 10 Jun 2013 13:00

nasional berkaitan pasaran kerja untuk para graduan serta mempromosikan nilaikeusahawanan di kalangan graduan. Karnival kerjaya  juga bertindak sebagai salah satusaluran bagi mengintegrasikan kerjasama di antara agensi kerajaan dan pelbagai sektorindustri dalam menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan memenuhi piawaian bagikumpulan sasaran iaitu graduan lepasan IPT.

untuk maklumat lanjut, sila layari: http://jpt.mohe.gov.my/menugraduan.php

3 / 3