presentation keselamatan jalan raya.pptx
TRANSCRIPT
PKES3023
KESELAMATAN JALAN RAYA
• pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak-kanak
bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di
jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada
keharmonian, kemakmuran dan pembangunan negara.
• Pendidikan keselamatan jalan raya merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula di peringkat sekolah
rendah, merangkumi program bagi mengajarkan amalan keselamatan lalu lintas dari seawal sekolah rendah hingga ke sekolah
menengah supaya pendidikan keselamatan jalan raya menjadi sebahagian daripada amalan budaya dan amalan bagi setiap
kanak-kanak di Malaysia. Justeru, Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah diluluskan dalam Mesyuarat. Jawatan
Kuasa Kabinet Menggenai Keselamatan Jalan Raya Bil. 1/2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 15
Mei 2006.
•
PENGENALAN
• Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya.
VIDEO VIDEO
• Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008).
TALI PINGGANG KELEDAR
VIDEO
• KUALA LUMPUR – Keselamatan nyawa pengguna jalan raya terjamin 60 peratus apabila mereka memakai tali pinggang keledar, demikian menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
• Ketua Pengarahnya Prof Dr Wong Shaw Voon berkata penggunaan alat keselamatan itu berkesan mengurangkan risiko kematian dan berfungsi menahan penumpang agar tidak tercampak keluar dari kenderaan mereka apabila terdapat momentum yang menghentak kuat semasa kemalangan.
• “Kecederaan parah sehingga mengakibatkan kematian biasanya berlaku disebabkan penumpang mengalami hentakan kuat dan tercampak dari posisi asal mereka.
JANGAN AMBIK MUDAH PEMAKAIAN
TALI PINGGANG KELEDAR
LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA
TERIMA KASIH