praktikal 5 litar elektrik

Upload: jessiee-yeo

Post on 03-Apr-2018

480 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    1/10

    PRAKTIKAL 5 LITAR ELEKTRIK

    Objektif

    Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan litar selari.

    Pernyataan Masalah

    Apakah kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan litar selari?

    Pengenalan

    Lintasan arus elektrik yang lengkap melalui lampu, dawai penyambung, suis, bateri dan

    komponen elektrik yang lain disebut litar elektrik.Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar

    pengaliran cas. Apabila cas Q melalui satu konduktor dalam masa t, arus I yang

    mengalir melalui konduktor itu ialah

    Q= It

    Unit SI arus elektrik ialah ampere (A). Arus yang mengalir melalui suatu konduktor ialah

    satu ampere apabila satu coulomb cas melalui konduktor itu dalam masa saat iaitu:

    1 ampere = 1 coulomb per saat

    Beza keupayaan, V merentasi dua titik dalam satu medan elektrik ditakrifkan sebagai

    kerja, E yang dilakukan untuk menggerakkan 1 cas merentasi dua titik itu.

    Beza keupayaan , V=

    Beza keupayaan disukat dalam unit joule per coulomb atau volt (V). Beza keupayaan

    merentasi dua titik dalam satu medan elektrik ialah 1 V jika 1 kerja E dilakukan untuk

    menggerakkan 1C cas yang merentasi dua titik itu.

    Litar bersiri mempunyai arus melalui setiap perintang yang sama. Beza keupayaan

    merentasi perintang-perintang, V adalah sama dengan jumlah beza keupayaan

    merentasi setiap perintang

    V = V1+ V2 + V3

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    2/10

    Rintangan berkesan atau jumlah rintangan perintang-perintang, adalah sama dengan

    jumlah perintang rintangan setiap perintang.

    R = R1 + R2 + R3

    Rintangan berkesan perintang sesiri adalah sentiasa lebih besar daripada rintangan

    mana-mana satu perintang itu.

    Litar selari pula terdiri daripada beza keupayaan V merentasi setiap perintang adalah

    sama. Arus I yang mengalir dari bateri adalah sama dengan jumlah melalui setiap

    perintang.

    I = I1 + I2 + I3

    Rintangan berkesan R untuk sambungan perintang secara selari diberi oleh

    =

    +

    +

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    3/10

    Hipotesis

    Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I.

    Pembolehubah

    a) Dimalarkan : Bateri

    b) Dimanipulasi : Pemasangan mentol berfilamen/ Perintang

    c) Bergerak balas : Kecerahan mentol filamen

    Bahan/ radas

    Pemegang sel kering, sel kering, beberapa wayar penebat, ammeter, voltmeter dan

    mentol lampu.

    Prosedur

    Aktiviti 1: Membina litar bersiri dan selari yang ringkas

    1. Dua litar seperti yang ditunjukkan di atas dibina dengan menggunakan pemegang

    bateri, bateri, beberapa wayar berpenebat dan dua mentol filamen untuk setiap litar.

    2. Semua wayar disambung dan mentol filamen diperhatikan.

    3. Ammater dan voltmeter disambung dalam kedua-dua litar tersebut. Bina satu jadual

    yang sesuai untuk merekod bacaan.

    4. Satu mentol filamen dilonggarkan dalam setiap litar. Mentol filamen yang tinggal

    diperhatikan dan direkod bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter.

    5. Sebiji lagi mentol filamen disambung pada litar A secara bersiri. Semua mentol

    filamen diperhatikan dan bacaan untuk kedua-dua ammater dan voltmeter direkod.

    6. Sebiji lagi mentol filamen disambung pada litar B secara selari. Semua mentol

    filamen diperhatikan dan bacaan untuk kedua-dua ammater dan voltmeter direkod.

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    4/10

    Keputusan

    Aktiviti 1

    Keadaan 1

    Litar I,A V,V Kecerahan

    A 0.14 0.7 Mentol kelihatan malap

    B 0.16 0.8 Mentol kelihatan Cerah

    Keadaan 2

    Litar I,A V,V Kecerahan

    A + 1 mentoldilonggarkan

    0 1.5 Mentol tidak bernyala

    B + 1 mentol

    dilonggarkan

    0.24 1 Mentol bernyala tetapi kurang

    cerah daripada sebelum 1

    mentol dilonggarkan

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    5/10

    Keadaan 3

    Litar I,A V,V Kecerahan

    A + 1 mentol 0.14 3.4 Lebih malap daripada sebelum

    menambah 1 mentol dan lebihmalap daripada litar B + 1

    mentol

    B + 1 mentol 0.58 2.1 Lebih cerah daripada sebelum

    menambah 1 mentol dan lebih

    cerah daripada litar A + 1

    mentol

    Perbincangan

    1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen dalam litar bersiri apabila satu daripada

    mentol filamen terbakar? Terangkan.

    Apabila satu mentol dalam litar bersiri terbakar atau terputus dari litar, mentol

    yang kedua akan turut terpadam. Ini kerana litar tersebut menjadi litar tidak

    lengkap kerana arus, I tidak dapat mengalir melalui litar tersebut.

    2. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar selari apabila satu mentolfilamen terbakar? Terangkan.

    Mentol yang kedua masih akan bernyala tetapi kecerahannya berkurang. Ini

    kerana litar tersebut masih litar lengkap, arus masih boleh melaluinya kerana

    untuk litar selari, arus terbahagi kepada dua dan mengalir mengikut lintasan

    mentol masing-masing.

    3. Kamu membina satu jalur cahaya menggunakan beberapa mentol filamen.

    Bagaimanakah kecerahan cahaya tersebut dipengaruhi dengan cara kamu

    menyambung litar secara bersiri atau selari?

    - Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak

    rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I

    berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang.

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    6/10

    - Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang

    rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua

    mentol semakin cerah.

    4. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen-mentol filamen dalam litar bersiri apabila

    satu mentol filamen lain disambung secara bersiri padanya? Terangkan.

    Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan.

    Maka semakin berkurang arus yang mengalir dan kecerahan semua mentol

    berkurang dan sama nyalaan.

    5. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen-mentol filamen dalam litar selari apabila

    satu mentol filamen lain disambung secara selari padanya? Terangkan.

    Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang

    rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol

    semakin cerah.

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    7/10

    Prosedur

    Aktiviti 2: Membina gabungan litar selari dan bersiri

    1. Litar seperti yang ditunjukkan di atas dibina menggunakan satu pemegang bateri,

    bateri, suis, beberapa wayar berpenebat dan tiga biji mentol filamen.

    2. Suis disambung dan mentol filamen diperhatikan.

    3. Ammeter dan voltmeter disambung untuk menyukat arus dan beza keupayaan setiap

    mentol filamen. Satu jadual yang sesuai dibina untuk merekod bacaan.

    4. Mentol filamen 1 dikeluarkan. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan bacaan

    pada ammeter dan voltmeter direkod.

    5. Mentol filamen 2 dikeluarkan. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan bacaan

    pada ammeter dan voltmeter direkod.

    Keputusan

    Keadaan 1

    Mentol Nyalaan mentol I, A V, V

    1 Mentol menyala dengan terang 0.24 2.0

    2 Nyalaan mentol malap dan kadar

    kecerahannya sama dengan

    kecerahan mentol 3

    0.1 0.2

    3 Nyalaan mentol malap dan kadar

    kecerahannya sama dengan

    kecerahan mentol 2

    0.1 0.5

    Keadaan 2 (Mentol 1 dikeluarkan)

    Mentol Nyalaan mentol I, A V, V

    2 dan 3 Lebih cerah berbanding sebelum

    mentol 1 dibuang dan kecerahan

    mentol 2 dan 3 sama

    0.24 2.0

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    8/10

    Keadaan 3 (Mentol 2 dikeluarkan)

    Mentol Nyalaan mentol I, A V, V

    1 dan 3 Lebih malap berbanding sebelum mentol 3

    dibuang dan kecerahan mentol 1 dan 3sama

    0.1 0.2

    Perbincangan

    1. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 1

    dikeluarkan? Terangkan.

    Mentol 2 dan 3 tidak menyala kerana litar tersebut telah terbuka. Arus elektrik

    tidak dapat mengalir dengan lengkap dalam litar. Namun begitu, terdapat bacaan

    pada voltmeter kerana ia adalah bacaan beza keupayaan atau voltan bateri.

    2. Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 2

    dikeluarkan? Terangkan.

    Sambungan mentol 1 dan 3 akan membentuk sebuah litar siri. Maka, mentol-

    mentol tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin

    malap. Hal ini kerana, dalam sesebuah litar siri hanya terdapat satu laluan arus

    elektrik dan arus yang mengalir melalui setiap perintang (mentol) adalah sama.

    3. Apakah litar yang sesuai digunakan di dalam rumah? Litar bersiri atau selari?

    Terangkan alasan anda.

    Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah.

    Kelebihan litar selari ialah:

    - Jika satu alat/ litar terpadam, litar lain masih boleh digunakan.

    - Penambahan peralatan elektrik dalam litar selari tidak menambah voltage/ beza

    keupayaan.

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    9/10

    Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Antara

    kelemahan litar bersiri ialah:

    - Tidak boleh menutup satu peralatan elektrik/lampu tanpa memadam peralatan

    lain.

    - Arus akan berkurang jika semakin banyak peralatan elektrik ditambah.

    Kesimpulan

    Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I.

    SOALAN MASTERI KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN

    1. Apa yang telah anda pelajari?

    - Litar bersiri ialah sebuah litar yang hanya terdapat satu lintasan arus sahaja.

    Selain itu, komponen-komponen litar siri disambung secara hujung ke hujung

    atau sederet untuk membina sebuah litar lengkap.

    - Manakala, litar selari pula ialah sebuah litar yang terdapat lebih daripada satu

    lintasan arus. Komponen-komponen litar selari pula disambung secara

    bersebelah.

    2. Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah yang mengajar topik

    ini?

    - Menyiasat alam fizikal ( elektrik Tahun 5)

    3. Bincangkan bagaimana anda dapat gunakan praktikal tersebut dalam

    pengajaran?

    Guru boleh mengadakan eksperimen seperti berikut:

    - Menjalankan aktiviti membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan mentol,

    wayar penyambung dan sel kering.

    - Menyiasat fungsi suis, mentol, sel kering dan wayar penyambung dalam litar

    elektrik.

    - Menjalankan aktiviti melukis rajah litar elektrik lengkap menggunakan simbol.

    4. Apakah peranan guru dalam praktikal ini?

    - Guru sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar semasa membuat

    eksperimen.

  • 7/28/2019 Praktikal 5 Litar Elektrik

    10/10

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS SULTAN MIZAN

    22200 BESUT

    TERENGGANU

    FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN (SCE 3105)

    Praktikal 5: Litar Elektrik

    Nama Jessica Bongsam

    Unit 3PISMP-SAINS

    Ambilan Januari 2012

    Nama Pensyarah Cik Roshidah bt Mat