prakata - risda.gov.my · pdf filemanakala kepada seluruh rakyat malaysia yang ... luar bandar...

184

Upload: vanquynh

Post on 22-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 2: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 3: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

PRAKATAPelbagai inisiatif telah diambil Kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain tumpuan mengukuhkan sektor ekonomi negara, Kerajaan turut menitik beratkan aspek perpaduan yang merupakan elemen penting dalam memastikan kejayaan sesebuah negara yang populasinya terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan agama. Justeru Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru menerusi gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) melalui Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi mendukung hasrat dan wawasan negara. Walau bagaimanapun demi mencapai objektif Malaysia sebagai sebuah negara maju, pembangunan di luar bandar tidak harus dipinggirkan. Ini kerana setiap rakyat termasuk penduduk di luar bandar mempunyai peranan penting untuk bersama-sama Kerajaan membina masa depan yang lebih baik.

Ironinya pembangunan luar bandar telah dilaksanakan oleh Kerajaan sejak sekian lama iaitu semasa Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan pada tahun 1959. Pembangunan luar bandar yang melepasi usia emas ini telah melalui pelbagai evolusi dan transformasi. Ini termasuklah pelancaran Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB) pada tahun 1994 yang menyaksikan anjakan paradigma dalam inisiatif pembangunan luar bandar.

Kini, Kerajaan bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan wujudnya Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) sebagai satu dasar utama pembangunan luar bandar yang menyokong dasar dan program nasional. PIPLB menggariskan strategi-strategi pembangunan yang komprehensif untuk kawasan luar bandar sehingga tahun 2020. Pelan ini dirangka secara holistik sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa yang semakin mencabar dan bertunjangkan kepada FSBPLB. Ianya akan menjadi panduan umum kepada semua pihak yang terlibat di dalam sektor pembangunan luar bandar termasuk agensi-agensi Kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya.

Menyedari bahawa dunia pada era globalisasi ini sentiasa pantas berubah, perancangan dan strategi pembangunan luar bandar seharusnya turut bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan cabaran. Ini kerana setiap isu global yang berlaku seperti harga makanan dunia, krisis kewangan dan krisis ekonomi dunia akan memberi kesan kepada perancangan pembangunan negara. Oleh sebab itu, PIPLB ini dirangka dengan mengambil kira semua aspek berkaitan luar bandar serta memberi fokus terhadap pembangunan sosial, ekonomi dan modal insan disamping tidak mengenepikan aspek pembangunan fizikal.Ini adalah selaras dengan visi PIPLB iaitu menjadikan luar bandar sebagai kawasan yang ekonominya berdaya maju, masyarakatnya sejahtera dan persekitarannya lestari seiring dengan wawasan negara ke arah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi. Misi PIPLB pula untuk memperkasakan modal insan, meningkatkan peluang ekonomi, memperbaiki kualiti hidup luar bandar dan mengurus luar bandar secara cekap dan mapan.

Pada masa yang sama tujuh (7) teras yang digarap bersama tiga puluh sembilan (39) strategi dalam PIPLB seharusnya boleh meningkatkan prestasi pembangunan luar dengan penekanan kepada aspek pembangunan modal insan. Kita mengambil iktibar daripada pendekatan negara maju yang memberi fokus kepada kualiti sumber manusianya. Ini kerana hanya mocal insan yang berkualiti sahaja berupaya memanfaatkan sepenuhnya faktor-faktor ekonomi dan fizikal di sekeliling meraka.

Selain itu dalam konteks pembangunan negara, kawasan luar bandar begitu penting dari aspek fizikal dan peranannya dalam membentuk jati diri masyarakat. Secara umumnya

Page 4: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

sektor luar bandar berperanan sebagai kawasan sokongan, penstabil kualiti alam sekitar, sumber modal insan, sumber ekonomi dan sebagai ‘showcase’ budaya dan jati diri tempatan.

Seterusnya pendekatan holistik dan bersepadu dalam PIPLB sudah pasti boleh memberi manfaat kepada golongan sasar di luar bandar sama ada golongan miskin dan miskin tegar, golongan belia, pekebun-pekebun kecil, penduduk Orang Asli dan golongan usahawan.Untuk itu kita mesti bijak dan bersedia untuk lebih dinamik serta mampu menjadi agen perubahan dan jentera penggerak pertumbuhan ekonomi luar bandar. Bagi usahawan luar bandar, mereka mesti berani meneroka frontier baru dan meluaskan lagi pasaran, mengeluarkan produk bertaraf dunia serta berusaha gigih dan agresif untuk menjadi lebih kompetitif.

Anjakan dalam pendekatan dasar yang diperkenalkan Kerajaan akan memastikan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan seterusnya sasaran untuk meningkatkan pendapatan penduduk mampu dicapai dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.

Justeru adalah penting agar semua pihak mengambil peranan dalam memastikan kawasan luar bandar di negara ini, berpandukan acuan dan formula kita sendiri, berkembang pantas setanding dengan luar bandar di negara maju yang lain. Kerajaan, akan sentiasa berusaha dengan penuh iltizam bagi memastikan kawasan luar bandar berdaya maju dan berdaya saing. Manakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang lain khususnya penduduk luar bandar, saya menyeru supaya sentiasa bersama-sama Kerajaan dalam membangunkan sektor luar bandar dan menjadikan PIPLB ini sebagai medium untuk mencapai cita-cita negara ekonomi berdaya maju, masyarakat yang sejahtera dan persekitaran lestari menjelang tahun 2020.

Apapun langkah strategi yang kita ambil, kepentingan negara perlu mengatasi segala-galanya. Prinsip ini hendaklah menjadi pegangan dalam merealisasikan aspirasi 1Malaysia. Dalam pada itu, marilah kita bersama-sama memastikan agar PIPLB ini dapat dijayakan dengan jayanya dan menjadi pemangkin trasformasi kemajuan di luar bandar.

Saya yakin dengan sokongan padu dari semua pihak, sektor luar bandar Malaysia akan muncul sebagai pencetus dan jentera penggerak ekonomi negara dengan masyarakat desa terutamanya, dapat menikmati pembangunan yang akhirnya membawa masyarakat desa ke mercu kemakmuran yang lebih gemilang.

1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAKPerdana Menteri, Malaysia

Putrajaya12 Oktober 2010

Page 5: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

KATA PENDAHULUAN Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai aspirasi pentadbirannya. Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat di bandar atau di luar bandar, merentasi etnik dan pegangan hidup, terus maju ke hadapan bersama. Bagi mencapai hasrat ini, Program Transformasi Kerajaan telah dilancarkan. Ini merupakan satu langkah berani dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dengan perpaduan yang utuh. Transformasi ini merupakan satu komitmen Kerajaan yang turut melibatkan pelbagai kaum dan semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk memacu luar bandar agar seiring dengan dasar dan kemajuan yang dinikmati negara.

Sejajar dengan itu, Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) bertanggungjawab menggalas cabaran untuk membawa rakyat luar bandar maju ke hadapan. Dalam merealisasikan hala tuju pembangunan luar bandar yang lestari, KKLW telah merangka Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) dengan berteraskan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi melalui Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh(RMKe-10). Menerusi PIPLB, agenda pembangunan negara khususnya untuk kawasan luar bandar akan lebih tersusun. Saya percaya bahawa kawasan luar bandar perlu diberi wajah tersendiri dengan mengekalkan keindahan alam semula jadinya dan bersifat mesra alam supaya selesa untuk didiami. Ini juga akan dapat menarik kehadiran pelancong dalam usaha mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan komersial bagi menjana pendapatan penduduknya. Justeru itu, saya yakin melalui tujuh (7) teras dan tiga puluh sembilan (39) strategi yang telah dikenal pasti dalam PIPLB, program pembangunan luar bandar terutama pengupayaan modal insan dan pemerkasaan ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pada masa ini pelbagai kemajuan telah berjaya dilaksanakan di luar bandar. Sebagai contoh untuk pembangunan modal insan sahaja, KKLW dan agensi-agensinya telah berjaya melahirkan 205,081 usahawan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Manakala dalam bidang pendidikan pula bagi tempoh 2001 - 2009, MARA iaitu agensi KKLW, telah menaja seramai 10,392 pelajar ke luar negara dan seramai hampir 200,000 pelajar di 184 Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.

Dalam usaha mempelbagaikan kegiatan sumber ekonomi di luar bandar, bidang-bidang ekonomi baru telah diterokai seperti pelancongan tani/agro-tourism. Bidang ini mampu mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Pada tahun 2009, statistik menunjukkan seramai 204,000 orang atau 5% penduduk luar bandar terlibat dalam aktiviti perhotelan dan restoran, berbanding penglibatan di dalam perikanan iaitu seramai 74,000 orang atau 2.2% sahaja. Justeru itu, eksploitasi terhadap bidang ekonomi ini perlu diperhebatkan demi untuk menggalakkan pertumbuhan, kepelbagaian dan kemapanan sektor ekonomi luar bandar.

Sektor luar bandar perlu bergerak seiring dengan arus pertumbuhan ekonomi negara bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Peralihan ini memerlukan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi secara berterusan di setiap peringkat rantaian nilai. Untuk itu, kita perlu memacu pertumbuhan sektor luar bandar menerusi pengupayaan ekonomi yang berasaskan

Page 6: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran tinggi, inovasi dan kreativiti serta peningkatan kompetensi. Strategi pertumbuhan ekonomi luar bandar akan terus ditambah baik dan disusun semula bagi menghadapi peralihan lanskap ekonomi.

Untuk berubah dan berjaya, kita perlu berani mengambil risiko, berani melalui “road less travel” demi mencapai impian. Saya amat yakin, melalui usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh, sektor luar bandar keseluruhannya akan berubah wajah. PIPLB umpama sebuah kompas yang memandu pengembara ke laluan yang betul agar kepentingan masyarakat luar bandar tidak tersasar. Pada masa yang sama PIPLB harus menjadi asas kepada agensi-agensi lain untuk merancang pembangunan negara.

Sehubungan itu, saya menyeru tanpa mengira siapa kita, di bandar atau di desa, sahutlah cabaran dan bersama-sama menjayakan PIPLB ini. Dengan visi yang telah ditetapkan, melalui misi yang telah digubal, strategi yang disusun rapi dan pastinya melalui komitmen kita bersama, PIPLB pasti boleh diterjemahkan untuk menjadi kenyataan bagi merealisasikan wawasan 2020 negara. Insya Allah.

Komuniti Berdaya Desa Berjaya’

DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDALMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Putrajaya12 Oktober 2010

Page 7: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

KATA-KATA ALUAN Penggubalan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar merupakan satu anjakan kearah mempertingkatkan pembangunan luar bandar di Malaysia. Usaha ini meletakkan asas yang kukuh bagi sektor luar bandar bersama-sama merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Pelan induk ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mementingkan pembangunan modal insan, kualiti, dayasaing, kreativiti dan inovasi. Aspek tersebut menuntut perubahan dan transformasi masyarakat luar bandar yang menekankan modal insan sebagai aset terpenting untuk kemakmuran dan kelestarian ekonomi negara.

Pelan induk ini telah digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan luar bandar. Oleh itu, untuk merealisasikannya, usaha perlu digemblengkan secara perkongsian bestari untuk memacu pelaksanaan kesemua tujuh teras strategik yang digariskan dalam pelan tersebut. Wadah ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada kesemua pihak, bukan sahaja oleh Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sahaja, malah Agensi lain yang secara langsung dan tidak langsung memainkan peranan dalam pembangunan luar bandar.

Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penggubalan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ini terutama kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang telah menyumbangkan pandangan dan idea-idea mereka.

DATUK ABD JABAR BIN CHE NAIKetua SetiausahaKementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Putrajaya12 Oktober 2010

Page 8: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

viii

KANDUNGAN PRAKATA

BAB 1 MENGIMBAU KENANGAN, MELAKAR IMPIAN. LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : SATU PENILAIAN SEPINTAS LALU. 2

TUJUH TUNGGAK UTAMA 1. PEMERKASAAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN 6

2. MELONJAKKAN PENDAPATAN MASYARAKAT 7

3. MENGGERAKKAN KEGIATAN EKONOMI

DAN INDUSTRI SECARA BERSEPADU. 8

4. PELUASAN AKSES PRASARANA 10

5. PEMBANGUNAN SEIMBANG DAN BERTERUSAN 11

6. PERLUASAN PENEMBUSAN INTERNET DAN LIPUTAN JALUR LEBAR 13

7. TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14 BAB 2 MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DALAM TEMPOH LIMA (5) DEKAD. EVOLUSI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DALAM TEMPOH LIMA (5) DEKAD. 16 ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 26

POTENSI SEKTOR LUAR BANDAR 30

MELANGKAH KE HADAPAN 35 BAB 3 DASAR DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (PIPLB). DEFINISI LUAR BANDAR 41

PERNYATAAN DASAR 42

VISI DAN MISI 43

OBJEKTIF 44

Page 9: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

ix

TERAS 45

TERAS 1 : PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PENGUPAYAAN MASYARAKAT. 46

TERAS 2 : PEMBANGUNAN EKONOMI YANG BERDAYA MAJU, BERDAYA SAING DAN BERDAYA TAHAN. 63

TERAS 3 : PENGINTEGRASIAN PERANCANGAN FIZIKAL DENGAN PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. 87

TERAS 4 : PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM YANG MENYELURUH. 113

TERAS 5 : PENINGKATAN KUALITI HIDUP DAN PENDAPATAN GOLONGAN ISI RUMAH KUMPULAN 40% TERENDAH. 125

TERAS 6 : PENGURUSAN PEMBANGUNAN SECARA BERSEPADU. 143

TERAS 7 : PENGURUSAN SUMBER ALAM SECARA MAPAN. 157 KESIMPULAN 168 GLOSARI AKRONIM

Page 10: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 11: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

BAB 1

LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN: SATU PENILAIAN SEPINTAS LALU

Semenjak Negara mencapai kemerdekaan, pelbagai strategi dan usaha telah dilakukan oleh Kerajaan yang membawa kepada kejayaan dan perubahan kepada pembangunan luar bandar.Usaha ini akan diteruskan dalam rancangan pembangunan negara memandangkan masih terdapat banyak ruang dan potensi yang perlu diterokai demi pembangunan masyarakat luar bandar.

KETIDAKSEIMBANGAN PENDAPATAN

1.1 Pembangunan pesat ekonomi negara khususnya di bandar menyebabkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar menjadi lebih meluas. Keadaan ini menuntut kepada komitmen berterusan pelbagai pihak supaya luar bandar dapat dimajukan dengan lebih pesat lagi.

1.2 Nisbah ketidaksamaan pendapatan antara bandar dan luar bandar menguncup daripada 1:2.14 pada tahun 1970 kepada 1:1.7 pada tahun 1990, namun melebar semula pada akhir tahun 1990-an dan awal abad ke-21 kepada 1:2.11 dan pada tahun 2007 kembali menguncup kepada 1:1.91. Manakala pada tahun 2009, nisbah berada pada kadar 1:1.85.

1.3 Pada masa yang sama kadar kemiskinan di luar bandar telah menurun daripada 55.3% (1973) kepada 7.1% (2007). Seiring dengan perkembangan ini juga, pekali Gini luar bandar meningkat semula daripada 0.397 (2004) kepada 0.388 (2007).

02

MENGIMBAU KENANGAN MELAKAR IMPIAN

Page 12: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.4 Penting juga dinyatakan bahawa Pekali Gini bagi Bumiputera di seluruh Negara kekal tertinggi pada tahun 2004 dan tahun 2009 berbanding dengan lain-lain kaum seperti jadual di bawah:

Keadaan ketidakseimbangan sesama kaum ini wujud di kalangan pelbagai kelompok penduduk dan kaum di bandar dan luar bandar.

DEMOGRAFI PENDUDUK

1.5 Proses perbandaran dan pembangunan perindustrian yang pesat serta penghijrahan penduduk ke bandar telah menyebabkan kadar penduduk luar bandar semakin berkurangan. Pada tahun 1980, peratus penduduk luar bandar berada pada tahap 68.5% (8.65 juta) daripada jumlah penduduk (13.14 juta) dan semakin menurun kepada 36.7% (10.24 juta) berbanding 27.89 juta pada tahun 2009. Penurunan peratusan penduduk luar bandar ini sebaliknya mencatatkan peningkatan peratusan penduduk yang terdiri daripada warga tua. Keadaan ini membawa kepada dimensi baru cabaran pembangunan ekonomi dan peningkatan produktiviti guna tenaga di luar bandar.

Jadual 1.1 Pekali Gini mengikut Kumpulan Etnik 2004 dan 2009

Etnik 2004 2009

Bumiputera 0.452 0.440

Cina 0.446 0.425

India 0.425 0.424

Pemerkasaan Pembangunan Modal Insan

Melonjakkan Pendapatan Masyarakat

Menggerakkan Kegiatan Ekonomi Dan Industri Secara Bersepadu

Perluasan Akses Prasarana

Pembangunan Seimbang Dan Berterusan

Tadbir Urus Desa Yang Baik

Jadual Page 3

Page 1

03

Page 13: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

KUALITI HIDUP

1.6 Secara umumnya, kualiti hidup penduduk Malaysia telah meningkat seperti yang dicerminkan melalui peningkatan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan asas dan lain-lain indikator yang terkandung dalam Laporan Kualiti Hidup Malaysia, 2008. Pada masa yang sama, kualiti hidup penduduk luar bandar Malaysia turut meningkat melalui program dan projek yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian. Namun secara relatifnya, liputan dan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan ini adalah rendah di luar bandar berbanding bandar. Secara amnya, kualiti hidup penduduk di semua negeri telah bertambah baik, walaubagaimana pun terdapat perbezaan yang nyata serta kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Sabah dan Sarawak.

04

Page 14: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Sebagai contoh, akses kemudahan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak 76.51% dan 66.48% adalah lebih rendah berbanding dengan Semenanjung.Begitu juga akses kemudahan bekalan air 58.5% dan 58.8% berbanding 89.6%. Kadar celik huruf di Sabah dan Sarawak agak jauh lebih rendah berbanding kadar celik huruf seluruh Negara. Kadar kematian bayi 3% dan 5.9% bagi setiap 1,000 kelahiran di Sabah dan Sarawak pula, jauh lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung iaitu

1.7 Malaysia kini berada dalam fasa yang terpenting di mana hanya tinggal 10 tahun sahaja lagi bagi merealisasikan Wawasan 2020. Justeru itu, seluruh tenaga dan kepakaran perlu digembleng ke arah itu. Masyarakat luar bandar juga perlu digerakkan secara efektif ke arah perubahan.Bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, telah dikenalpasti 7 tonggak utama yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

05

Jadual 1.1 Pekali Gini mengikut Kumpulan Etnik 2004 dan 2009

Etnik 2004 2009

Bumiputera 0.452 0.440

Cina 0.446 0.425

India 0.425 0.424

Pemerkasaan Pembangunan Modal Insan

Melonjakkan Pendapatan Masyarakat

Menggerakkan Kegiatan Ekonomi Dan Industri Secara Bersepadu

Perluasan Akses Prasarana

Pembangunan Seimbang Dan Berterusan

Tadbir Urus Desa Yang Baik

Perluasan Penembusan Internet Dan Jalur Lebar

Jadual Page 3

Page 1

Page 15: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.8 Pemerkasaan Pembangunan Modal Insan

Modal insan merupakan aspek terpenting dalam pembangunan dan menjadi pra-syarat utama kepada kejayaan sesebuah Negara. Oleh itu, usaha memperkasakan modal insan perlu diberi perhatian oleh Kerajaan. Pada masa ini, masih ramai penduduk di luar bandar yang mempunyai tahap pendidikan rendah. Mengikut statistik daripada kalangan tenaga kerja di luar bandar, hanya 14.3% sahaja yang mempunyai pendidikan di peringkat tertiari. Di samping itu, kemahiran tenaga pengajar di institusi luar bandar perlu dipertingkatkan lagi bagi melahirkan tenaga kerja luar bandar yang lebih berkesan. Jenis kursus dan kurikulum perlu sentiasa ditambah baik bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Kursus-kursus dan latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar akan lebih menekankan kepada kaedah ’hands-on’ bagi memberi manfaat yang lebih.

06

Page 16: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.9 Melonjakkan Pendapatan Masyarakat

Ketika mencapai kemerdekaan, hampir 90% penduduk Malaysia dalam keadaan kemiskinan. Kebanyakan penduduk berpendapatan rendah, bergantung kepada getah dan bijih timah. Melalui pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan contohnya, pembangunan tanah secara perladangan yang dilaksanakan oleh FELDA, pendapatan penduduk di luar bandar telah berjaya ditingkatkan. Pada tahun 2009, purata pendapatan isi rumah penduduk luar bandar telah berjaya ditingkatkan kepada RM2,545 dan kadar kemiskinan juga dapat dikurangkan kepada 8.4%. Namun begitu, usaha perlu dilipatgandakan bagi meningkatkan lagi pendapatan masyarakat luar bandar.

Pembangunan ekonomi luar bandar masih tertumpu kepada pertanian komoditi, terutamanya getah dan kelapa sawit. Harga komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit masih menghadapi ketidakstabilan harga dan ini telah mempengaruhi pendapatan pekebun kecil. Walaupun terdapat usaha bagi meningkatkan produktiviti, namun dengan saiz keluasan tanah yang kecil dan tidak ekonomik usaha ini tidak akan dapat melonjakkan pendapatan pekebun kecil.

Penstrukturan semula ekonomi perlu dilakukan bagi mempelbagaikan pendapatan penduduk. Sektor perkhidmatan, industri desa serta aktiviti non farm akan dimajukan dengan lebih giat. Laporan World Wildlife Foundation (WWF) Malaysia pada tahun 2002 telah menganggarkan sejumlah RM655 juta setahun diperolehi daripada aktiviti eko-pelancongan. Potensi ini merupakan peluang yang perlu diterokai dengan lebih giat bagi mempelbagaikan sumber pendapatan penduduk luar bandar.

07

Page 17: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

08

1.10 Menggerakkan Ekonomi Dan Industri Secara Bersepadu

Sektor Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) dilihat mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi sektor luar bandar di Malaysia. Secara keseluruhan, pada tahun 2008, sektor ini menyumbang hampir 32% kepada KDNK. Namun, sektor EKS negara masih berhadapan dengan cabaran yang besar terutamanya dari segi keterbukaan pasaran domestik kepada persaingan global. Dalam menghadapi cabaran liberalisasi pasaran ini, sektor EKS luar bandar mesti meningkatkan kualiti produk keluaran mereka supaya berdaya maju dan berdaya saing. Oleh itu, sektor ini perlu dibangunkan secara lebih holistik, seimbang dan tersusun supaya transformasi EKS menjadi sektor yang ekonominya berkembang sejajar dengan ekonomi global dan sektor ekonomi moden lain dapat dicapai.

Kerajaan komited dalam usaha meneroka potensi pertumbuhan dan inovasi EKS termasuk di luar bandar bagi melahirkan juara di peringkat nasional, serantau dan global. Di antara strategi yang dicadangkan, termasuk membangunkan EKS sebagai jentera pertumbuhan dan inovasi dengan mengurangkan kos kawal selia yang ditanggung oleh EKS, membina keupayaan EKS, menyokong pembentukan budaya keusahawanan, memperkukuh infrastruktur sokongan dan mempertingkat akses kepada pembiayaan.

Usaha-usaha akan diambil untuk menggalakkan dan menarik minat golongan belia berkecimpung dalam aktiviti ekonomi dan keusahawanan di luar bandar. Di samping itu, hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh pelbagai jabatan dan agensi perlu dikomersialkan dan dikongsi bersama dengan masyarakat. Namun, isu pemasaran masih lagi merupakan cabaran utama yang mengekang perkembangan sektor ekonomi di luar bandar. Rantaian antara industri desa dan bandar yang boleh menjadi pemangkin bagi meningkatkan ruang pasaran produk luar bandar masih sangat longgar. Justeru itu, langkah-langkah akan diambil bagi menangani cabaran ini supaya usahawan desa dapat memasar dan memperkembangkan produk

Page 18: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

keluaran mereka di kawasan bandar. Ini akanmendorong usahawan meningkatkan produktiviti dan pada masa yang sama memperbanyakkan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar.Selain itu, pelancongan desa dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan menjadi satu industri yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat setempat. Pembangunan industri berasaskan sumber pula mampu membuka peluang kepada sesebuah kawasan bagi membangunkan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti ini bukan sahaja berpotensi untuk diusahakan malah ia tidak melibatkan modal yang besar.

09

Page 19: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.11 Peluasan Akses Prasarana Kerajaan komited untuk memastikan kualiti hidup yang tinggi wujud di luar bandar. Hasrat ini selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, di mana luar bandar akan menjadi kawasan yang menarik untuk didiami, mempunyai perumahan dan perkhidmatan berkualiti serta pelbagai kemudahan bertaraf bandar. Kawasan luar bandar mengekalkan cirinya tersendiri di samping memanfaatkan perkhidmatan asas yang disediakan. Pengangkutan awam dirancang untuk memenuhi keperluan rakyat, akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti turut disediakan disamping persekitaran yang dipelihara untuk generasi akan datang.

Strategi dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan selama ini telah menghasilkan kejayaan. Pada tahun 2009 liputan bekalan elektrik telah mencapai 99.5% di Semenanjung Malaysia,76.5% di Sabah dan 66.5% di Sarawak. Manakala liputan bekalan air bersih pula telah mencapai 89.6% di Semenanjung, 58.5% di Sabah dan 58.8% di Sarawak. Rangkaian kemudahan jalan berturap telah dinikmati oleh sebahagian besar rakyat di Semenanjung Malaysia dan langkah-langkah sedang diambil bagi meningkatkan kemudahan ini di Sabah dan Sarawak. Program bantuan perumahan yang dilaksanakan pula telah membantu usaha menangani kemiskinan tegar.

Di samping memperluas liputan perkhidmatan, kualiti perkhidmatan juga ditingkatkan. Langkah-langkah seperti mengggunakan teknologi moden yang lebih berkesan sedang diambil. Bajet berhemah bagi memastikan nilai yang lebih besar untuk setiap ringgit yang dibelanjakan turut diberi penekanan oleh Kerajaan. Kerajaan akan terus memastikan kemudahan akses prasarana akan dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan di mana mereka berada.

10

Page 20: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.12 Pembangunan Seimbang Dan Berterusan

Kepentingan alam sekitar kepada sesebuah negara tidak dapat dinafikan lagi. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan kepada umatNya. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan dan rakyat untuk memeliharanya. Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara perlu diurus secara mapan supaya pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Jumlah keluasan kawasan hutan di Malaysia pada tahun 2008 dianggarkan melebihi separuh daripada keluasan tanah negara. Di Semenanjung Malaysia jumlah keluasan hutan ialah 5.85 juta hektar, di Sabah 4.3 juta hektar dan di Sarawak 8.06 juta hektar. Kebanyakan daripada kawasan hutan tersebut telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal, taman negeri dan taman negara atau lain-lain kawasan perlindungan hutan. Usaha ini diambil bagi memelihara pelbagai jenis hutan untuk generasi akan datang.Oleh itu, pertimbangan alam sekitar perlu diambil kira sebelum melaksanakan sesuatu projek pembangunan dalam bandar.

Usaha-usaha bagi memelihara dan menghargai alam sekitar perlu diberi perhatian sewajarnya. Antaranya seperti pembukaan hutan secara meluas oleh penduduk luar bandar termasuk Orang Asli perlu diminimakan, di samping mengelakkan penggunaan racun rumpai secara berlebihan yang juga akan memusnahkan alam sekitar. Sebaliknya, pertanian secara organik diberi galakan yang tinggi supaya kesan negatif bahan kimia ke atas kualiti tanah dan air dapat dikurangkan. Pembenihan semula sumber alam perlu dipertingkatkan supaya sumber yang hilang, khususnya sumber yang boleh diperbaharui dapat diganti. Amalan pertanian yang baik (Good Agronomic Pratice) perlu dilaksanakan oleh semua masyarakat dan Agensi Kerajaan. Amalan pematuhan (compliance practice) dan ISO 14000 perlu diberi penekanan dalam pelaksanaan projek di luar bandar.

11

Page 21: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Selain itu, pelancongan desa dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan menjadi satu industri yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat setempat. Pembangunan industri berasaskan sumber pula mampu membuka peluang kepada sesebuah kawasan bagi membangunkan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti ini bukan sahaja berpotensi untuk diusahakan malah ia tidak melibatkan modal yang besar.

12

Page 22: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1.13 Perluasan Penembusan Internet Dan Liputan Jalur Lebar

Pada masa ini, proses transformasi ekonomi Malaysia dari sebuah ekonomi yang berasaskan pengeluaran kepada ekonomi berasas pengetahuan didorong kuat oleh dasar Kerajaan yang proaktif dan agresif kepada perkembangan teknologi maklumat. Bagi mempercepatkan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, jurang digital masyarakat luar bandar perlu diatasi segera. Tidak dapat dinafikan ICT merupakan satu alat untuk mengupayakan kumpulan yang terpinggir. Tanpa kemudahan ini, ketidaksamaan sosio ekonomi pasti wujud. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1997 telah menyatakan bahawa kemiskinan maklumat adalah merupakan satu lagi bentuk kemiskinan yang perlu ditangani secara serius oleh Kerajaan.

“We are profoundly concerned at the deepening mal-distribution of access, resources and opportunities in the information and communication field. The information technology gap and related inequities between industrialized and developing nations are widening: a new type of poverty - information poverty - looms. Most developing countries, especially the Least Developed Countries (LDCs) are not sharing in the communication revolution, since they lack:

affordable access to core information resources, cutting-edge technology and to sophisticated telecommunication systems and infrastructure; the capacity to build, operate, manage, and service the technologies involved;policies that promote equitable public participation in the information society as both producers and consumers of information and knowledge; and a work force trained to develop, maintain and provide the value-added products and services required by the information economy“.

The UN’s Administrative Committee on Coordination statement on Universal Access to Basic Communication and Information Services in April 1997.

13

Page 23: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Semenjak tahun 2000, Kerajaan telah melaksanakan program-program ICT termasuk di kawasan luar bandar. Namun begitu, masih lagi terdapat kawasan-kawasan di luar bandar yang belum mendapat akses kepada teknologi maklumat terutamanya teknologi jalur lebar. Kadar penembusan internet dan jalur lebar di bandar ialah 85% dan di luar bandar 14%. Tahap celik IT yang rendah di kalangan penduduk luar bandar akan menyebabkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar semakin melebar, ini membantutkan usaha ke arah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

1.14 Tadbir Urus Desa Yang Baik

Pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap tadbir urus dan integriti sektor awam dan swasta. Dengan tahap integriti yang tinggi, usaha pembangunan negara akan dapat dilaksanakan dengan baik dan ini mampu meningkatkan kepercayaan serta rasa hormat di kalangan masyarakat.

Tadbir urus yang baik merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi. Ia boleh ditakrifkan sebagai proses membuat keputusan dan cara pelaksanaan. Salah satu daripada cabaran utama Kerajaan adalah untuk memenuhi hasrat dan harapan serta aspirasi rakyatnya. Tabdir urus yang terbaik adalah penting bagi menghadapi cabaran dengan berkesan. Amalan pelaksanaan tadbir urus yang baik dan bertanggungjawab, dengan berteraskan prinsip kesaksamaan, keberkesanan, integriti serta akauntabiliti akan membuahkan kejayaan.

14

Page 24: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 25: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

EVOLUSI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DALAM TEMPOH LIMA DEKAD

2.1 Sejak mencapai kemerdekaan, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pembangunan bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. Tumpuan telah diberikan kepada penyediaan kemudahan prasarana asas termasuk jalan, kemudahan elektrik dan air, kemudahan sosial, serta pendidikan dan kesihatan. Di samping itu, program dan projek pembangunan pertanian juga telah dimulakan di mana kesemua usaha ini dirangka bagi meningkatkan pendapatan penduduk dan membasmi kemiskinan. Secara ringkas, evolusi pembangunan luar bandar dalam tempoh lima dekad yang lalu adalah seperti berikut:

Era Pasca Kemerdekaan (1957-1970)

• Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan, diikuti dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA). Kedua-duanya menjadi pemangkin kepada pembangunan tanah dan pembangunan luar bandar yang lebih pesat. Melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah dan penempatan yang dilaksanakan, FELDA telah dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan merapatkan jurang perbezaan taraf hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.

• Kerajaan juga telah membina sekolah-sekolah berasrama penuh yang turut memberi peluang kepada pelajar-pelajar luar bandar yang berpotensi untuk meningkat maju di samping membina lebih banyak sekolah-

16

BAB 2

MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN BERTERUSAN

Page 26: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

17

sekolah di kawasan luar bandar.

• Menggubal Pelan Pembangunan Desa Kebangsaan bertujuan untuk menyusun dan menggerakkan institusi ke arah pemodenan dan pembangunan desa.

• Majlis Kebangsaan Pembangunan Desa (MKPD) juga telah ditubuhkan supaya dapat menyelaras Pelan Buku Merah yang terdapat di Bilik Operasi setiap pejabat daerah. Langkah yang dipelopori oleh Y.B. Allayarham Tun Abdul Razak ini boleh dianggap sebagai permulaan perancangan dan pembangunan luar bandar secara tersusun.

• MKPD ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri di peringkat persekutuan, manakala di peringkat negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar. Di peringkat daerah pula, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah yang juga merancang kemajuan masyarakat di peringkat akar umbi.

• Prinsip perancangan pembangunan di ketiga-tiga peringkat ini telah menjadi asas kepada perancangan pembangunan luar bandar yang masih diguna pakai sehingga hari ini.

• Pada umumnya, Pelan tersebut tertumpu kepada pembangunan infrastruktur, pembangunan tanah ala FELDA dan peningkatan pengeluaran padi dan beras melalui perluasan kawasan tanaman dua kali setahun dibantu dengan program saliran dan perparitan.

• FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) telah ditubuhkan pada tahun 1965 bagi membantu petani memasarkan produk supaya mendapat harga yang berpatutan. Pada tahun ini juga, Bank Bumiputra ditubuhkan sebagai sebuah bank perdagangan bertujuan untuk menyediakan kemudahan kredit dan perbankan bagi masyarakat di luar bandar.

Page 27: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

18Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

• RIDA telah disusun semula pada tahun 1966 dengan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada ketika itu, RIDA bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman dan bantuan teknikal kepada usahawan Bumiputera di luar bandar.

• Bagi menangani masalah tanah terbiar, Kerajaan telah menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi membantu penduduknya menyertai aktiviti ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup.

Era Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

Usaha membasmi kemiskinan yang lebih bersepadu, terselaras dan terancang telah diperkenalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini yang meliputi tempoh masa 20 tahun (1970-1990) telah diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang mana kemiskinan dikatakan sebagai punca utama berlakunya rusuhan kaum. Dua objektif utama digariskan iaitu:

. pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. . penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan akhirnya menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.

Pelbagai strategi, langkah dan tindakan telah diambil seperti berikut:

• Kerajaan telah menubuhkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada tahun 1973 bertujuan antara lain untuk memajukan sektor pekebun kecil dengan melaksanakan penanaman semula getah serta merancang dan melaksanakan inovasi di dalam sektor pekebun kecil.

• Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah ditubuhkan pada tahun 1977 di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Pemaju Masyarakat KEMAS dan JKKK bekerjasama menggerakkan penyertaan masyarakat di dalam program pembangunan Kerajaan sebagai usaha bersepadu menangani isu kemiskinan.

Page 28: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

19

• Pendekatan pembangunan desa bersepadu iaitu Integrated Rural Development Plan (IRDP) telah diperkenalkan. Bagi menghasilkan impak yang lebih nyata, konsep “pembangunan kawasan” di bawah IRDP menjadi asas kepada pendekatan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP). Kesemua IADP adalah berteraskan pemban-gunan setempat (in-situ) dengan memberi penekanan kepada pembasmian kemiskinan, peningkatan pengeluaran pertanian/bahan makanan dan pembangunan desa.

• Pendekatan pembangunan wilayah yang menggunakan konsep pembangunan kawasan telah diperkenalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), di mana Lembaga Kemajuan Wilayah (contohnya KEDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR) telah ditubuhkan bagi menyelaras pembangunan di kawasan baru dan berskala besar.

• Dasar Halacara Baru telah diperkenalkan pada tahun 1984 bertujuan untuk menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan dan pembasmian kemiskinan di kawasan luar Bandar.

• “Revolusi Pertanian” telah diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian pada tahun 1986 bagi menyokong dasar pembasmian kemiskinan dengan memberi tumpuan kepada kampung-kampung yang tidak menyertai program di bawah dasar Halacara Baru.

• Dasar Pertanian Negara (DPN 1) diperkenalkan pada tahun 1984 bertujuan untuk mencergaskan semula peranan dan sumbangan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi yang secara langsung mempunyai implikasi kepada pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan.

Page 29: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

20

Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

• Dasar Pembangunan Nasional telah digubal bertujuan meneruskan dasar “pertumbuhan dengan pengagihan” dengan penumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan di samping meneruskan penstrukturan semula masyarakat melalui pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

• Pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Perdana Menteri pada ketika itu telah melancarkan Wawasan 2020 dengan matlamat supaya Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020.

• Selari dengan Wawasan 2020 ini, di bawah RMKe-6 (1990-1995), anjakan paradigma bagi luar bandar telah diusahakan dengan memperkenalkan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB) pada tahun 1994.

• FSBPLB menggariskan perubahan dasar daripada penekanan kepada ekonomi (ecocentric) kepada pembangunan manusia (homocentric) bertujuan mewujudkan masyarakat yang berfikiran terbuka dan mempunyai perspektif global serta mempunyai nilai-nilai murni.

• Bagi mencapai matlamat ini, FSBPLB ini menggariskan tujuh inisiatif utama iaitu:

i) pembangunan manusia yang cemerlang;ii) pembangunan keluarga yang sejahtera;iii) pembangunan masyarakat yang beridentiti dan berdaya tahan;iv) penyediaan infrastruktur yang berkualiti;v) pembangunan ekonomi yang mapan;vi) sistem penyampaian yang berkesan; danvii) pewujudan rangka kerja insititusi yang responsif kepada perubahan.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 30: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 31: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

22

• Bagi mencapai hasrat mewujudkan masyarakat moden dan mempunyai nilai-nilai positif, beberapa prasyarat perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu:

i) pendidikan minima yang tinggi serta apresiasi pendidikan sebagai satu proses berterusan;ii) asas teknologi yang moden;iii) penggunaan teknologi maklumat yang meluas;iv) perubahan pergantungan asas ekonomi;v) penyediaan kemudahan prasarana yang berkualiti;vi) minda yang moden, terbuka dan global; dan vii) responsif kepada pasaran.

• Gerakan Desa Wawasan (GDW) telah diperkenalkan dalam tahun 1996 sebagai satu strategi dalam pendekatan pembangunan manusia, di samping merupakan satu Gerakan di peringkat nasional bertujuan untuk meningkatkan pengupayaan masyarakat melalui kesedaran, perubahan sikap dan pembinaan keupayaan. Ianya menekankan penyertaan aktif masyarakat dalam proses pembangunan termasuk mengenalpasti keperluan mereka, merancang dan mengambil tindakan bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.

Page 32: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 33: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

24

Era Pembangunan Berasaskan Pengetahuan

• Peralihan kepada era millenium baru, srategi pertumbuhan turut berubah daripada strategi yang didorong oleh input kepada berasaskan pengetahuan. Peralihan strategi ini adalah penting dalam usaha meningkatkan pertumbuhan potensi pengeluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pembuatan dan perkhidmatan serta menggiatkan sektor pertanian dan memperkukuhkan kestabilan sosio ekonomi melalui pengagihan kekayaan dan pendapatan negara yang saksama.

• Strategi di atas memberikan tumpuan yang lebih kepada inisiatif sektor swasta, sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti.

• Usaha membudayakan teknologi maklumat di kalangan masyarakat luar bandar telah dilancarkan dengan penubuhan pusat komuniti ICT di luar bandar yang dikenali sebagai Medan Infodesa (MID). MID ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ICT dengan menyediakan kemudahan latihan asas ICT kepada masyarakat luar bandar.

Era Transformasi Kerajaan

Negara memerlukan model ekonomi yang baru untuk terus maju dan menyertai kumpulan negara berpendapatan tinggi. Satu anjakan paradigma dan langkah berani diperlukan. Transformasi ekonomi yang menyeluruh hanya dapat dijayakan melalui komitmen dan usaha semua pihak. Malaysia boleh berjaya menjadi negara maju sekiranya seluruh tenaga dan kepakaran digembleng ke arah itu. Beberapa perubahan radikal telah diperkenalkan untuk tempoh 10 tahun akan datang (RMKe-10 dan RMKe-11). Proses transformasi negara menuntut kepada transformasi jentera Kerajaan bagi menyokong peralihan ekonomi.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 34: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

25

Kerajaan telah mula mengambil langkah transformational, pada masa yang sama mempertahankan agenda keadilan sosial. Bagi maksud ini, Kerajaan akan berpegang kepada empat tiang utama terdiri daripada Pertama: Falsafah induk 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Kedua: Program Transformasi Kerajaan atau GTP; Ketiga: Program Transformasi Ekonomi atau ETP yang bersandarkan Model Baru Ekonomi dan Keempat: Dua rancangan pembangunan lima tahun yakni RMKe-10 dan RMKe-11. Empat tiang utama ini pula didokong oleh empat nilai asas pelengkap. Pertama: Membudayakan kreativiti dan inovasi; Kedua: Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan; Ketiga: Nilai untuk wang atau value for money dan Keempat: Nilai integriti.

Selanjutnya, langkah transformasi Kerajaan yang sedang dibuat bermula dengan pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Dengan NKRA tersebut, Kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, meningkatkan infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik sistem pengangkutan awam bandar. Bagi memastikan kehendak dan keperluan rakyat luar bandar dapat dipenuhi, peruntukan terbesar telah disediakan bagi penyediaan infrastruktur asas luar bandar di bawah tempoh tiga tahun NKRA.

Page 35: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

26

ISU DAN CABARAN

2.2 Kajian Pelan Induk yang telah dijalankan pada awal 2010 telah merumuskan beberapa isu dan cabaran pembangunan luar bandar seperti berikut:

Perubahan Minda Masyarakat luar bandar masih terikat dengan cara berfikir dan bertindak mengikut amalan lama. Mereka masih mengharapkan subsidi atau bantuan Kerajaan dan menganggap melaksanakan pembangunan adalah merupakan sepenuhnya tanggung jawab Kerajaan. Oleh itu, usaha-usaha ke arah melakukan perubahan sikap dan minda penduduk di luar bandar perlu dilaksanakan secara lebih berkesan dan tersusun.

Nilai Masyarakat Desa Nilai masyarakat di kawasan luar bandar sentiasa berubah mengikut perkembangan dan peredaran masa. Mereka kini semakin dipengaruhi oleh nilai kebendaan dan bersikap individualistik. Nilai-nilai murni seperti amalan gotong-royong, saling bantu-membantu dan bermuafakat sudah mula terhakis. Perubahan nilai juga dapat dilihat dari segi kesepaduan sosial. Mereka tidak lagi mendokong kesepaduan erat seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat tradisional.

Kepimpinan Desa Kepimpinan desa menjadi isu kerana anak-anak muda yang mempunyai pendidikan tinggi tidak lagi tinggal dan bekerja di kampung. Akibatnya pemimpin pelapis yang berpo-tensi dan berkaliber telah tiada atau semakin berkurangan di kawasan luar bandar bagi menerajui aktiviti ekonomi di kalangan penduduk desa.

Sikap kebergantungan yang tinggi kepada bantuan, zon selesa dan cepat berpuas hati serta kurang daya usaha.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 36: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

27

Penduduk luar bandar didapati masih mengharap bantuan Kerajaan. Hasil kajian Pelan Induk menunjukkan 30.3% responden yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar masih sangat berharap kepada Kerajaan. Selain dari itu, sikap enggan berusaha, keengganan untuk berubah, sikap kebergantungan kepada orang lain dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada masih wujud. Justeru itu, langkah strategik perlu diambil bagi membolehkan penduduk luar bandar berdikari dan dapat bersaing dalam dunia hari ini yang semakin mencabar.

Peluang Pekerjaan Yang Kurang Menarik Berbeza dengan kawasan bandar, peluang pekerjaan di luar bandar dilihat kurang menarik dari sudut pendapatan dan peluang perkembangan kerjaya. Masalah ini terus menjadi penghambat utama kepada golongan pekerja, khususnya belia untuk memilih kerjaya di kawasan luar bandar.

Peluang Aktiviti Keusahawanan Yang Terhad Kawasan luar bandar mempunyai bilangan penduduk setempat yang terhad dengan pendapatan yang rendah. Justeru itu, untuk mengembangkan aktiviti ekonomi, usahawan luar bandar perlu meneroka pasaran di luar daripada kawasan mereka. Kekurangan prasarana menyempitkan lagi ruang dan peluang bagi aktiviti keusahawanan. Hasil kajian Pelan Induk juga menunjukkan mereka menghadapi masalah modal dan kemahiran. Bagi meningkatkan aktiviti pemasaran, usahawan luar bandar boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat terkini seperti kemudahan facebook dan on-line marketing bagi memasarkan produk mereka.

Masalah Tanah Pertambahan penduduk yang begitu pesat dan permintaan tanah untuk aktiviti bukan ekonomi seperti tapak perumahan telah menambah buruk isu tanah di luar bandar. Saiz pemilikan tanah di luar bandar yang kecil dan tidak ekonomik telah menghalang kegiatan ekonomi dijalankan secara komersial.

Page 37: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

28Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Sebagai contoh berdasarkan kajian, 59.1% daripada responden yang terdiri daripada pesawah padi memiliki keluasan sawah padi sekitar 0.5 hingga 1.0 ekar. Selain itu, sekumpulan tertentu penduduk (termasuk Orang Asli) tidak memiliki tanah secara sah atau langsung tidak memiliki tanah. Bagi penduduk yang mempunyai tanah pula, tidak mengusahakan tanah mereka atas pelbagai sebab dan alasan.

Nilai Tambah Yang Rendah Kebanyakan aktiviti ekonomi masih terhad kepada pengeluaran barangan mentah. Kesannya, produk luar bandar tidak dapat menjana pulangan tinggi berikutan kurang nilai tambah dalam aktiviti pengeluarannya.

Kebergantungan Kepada Buruh Asing Kekurangan buruh tempatan mula merebak ke sektor pertanian menjelang dekad 1990-an. Masalah ini bukan sahaja terhad kepada sektor ladang, tetapi turut dihadapi oleh sektor pekebun kecil, penternakan dan perikanan. Kini, sektor luar bandar juga terpaksa bergantung kepada pekerja asing untuk terus beroperasi.

Produktiviti Yang Rendah Tahap pengetahuan dan kemahiran penduduk luar bandar yang rendah serta amalan ekonomi dan teknologi mereka yang bersifat tradisional menyebabkan produktiviti buruh, modal dan tanah di luar bandar berada pada tahap yang tidak memberangsangkan. Saiz Penempatan Luar Bandar Yang Bertaburan Dan Kecil Penempatan luar bandar terdiri daripada kampung tradisi, petempatan FELDA dan FELCRA, kampung baru, penempatan ladang, kampung Orang Asli dan pusat-pusat penempatan di dalam kawasan Lembaga Pembangunan Wilayah. Corak penempatan ini adalah secara berkelompok, sejajar dan bertabur. Corak penempatan desa sebegini memberi implikasi kepada tahap capaian program-program pembangunan yang dilaksanakan.

Page 38: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

29

Saiz penempatannya yang kecil pula menghadkan bilangan penyertaan penduduk yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu projek.

Kurang Kemahiran Dan Tahap Pendidikan Yang Rendah Berdasarkan kajian Pelan Induk, sikap negatif dan enggan berusaha, sikap sentiasa berharap kepada subsidi dan bantuan, masalah kemiskinan sangat jelas di kalangan masyarakat Orang Asli dan kelompok miskin tegar yang lain. Kadar keciciran pelajar di kalangan orang Asli adalah tinggi, misalnya pada tahun 2008 sebanyak 36.1% daripada pelajar orang asli yang tamat Darjah 6 tetapi tidak meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan 1.

Pertindihan Agensi Dan Fungsi – Ketidakcekapan Dan Pembaziran Sumber Pelbagai agensi terlibat dalam usaha pembangunan luar bandar seperti Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, MARA, RISDA, FELCRA Berhad dan KEMAS di bawah KKLW, Jabatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Program-program kementerian/agensi ini semuanya memberi tumpuan kepada golongan sasaran yang sama. Tanpa penyelarasan yang berkesan, keadaan ini boleh mewujudkan pertindihan fungsi dan pembaziran peruntukan serta kekeliruan di pihak penerima atau kumpulan sasar.

Page 39: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

30Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

POTENSI SEKTOR LUAR BANDAR

2.3 Pembangunan luar bandar telah menyaksikan perubahan yang ketara hasil transformasi dan pendekatan yang komprehensif. Proses pembangunan luar bandar telah menyaksikan pembangunan fizikal, peningkatan kebolehcapaian, kemudahan sosial moden termasuk kemajuan ICT dan jalur lebar. Namun pembangunan luar bandar masih boleh dipertingkatkan melalui usaha dan strategi berikut:

Modal Insan dan Pendidikan : Pembangunan Berterusan Merealisasikan Transformasi Usaha dan strategi pembangunan modal insan sentiasa diperkukuhkan meskipun pembangunan fizikal luar bandar masih diberi keutamaan. Ini jelas apabila sebanyak 20.3% peruntukan RMKe-9 Kementerian diagihkan untuk mempergiatkan pembangunan modal insan. Hasilnya, penambahbaikan pengetahuan yang berterusan dan pengupayaan kapasiti bagi membantu komuniti luar bandar terus maju melalui kemahiran dan latihan kepimpinan kepada JKKK/JKKP. Komitmen ini membolehkan sumber dan modal insan dimobilisasikan mengikut komuniti kampung masing-masing. Masyarakat setempat adalah asas kepada pembangunan komuniti luar bandar itu sendiri dan Kementerian sentiasa menyedari masih banyak potensi dan kapasiti modal insan di kawasan luar bandar yang perlu diterokai. Untuk itu, pembangunan modal insan dan pendidikan akan terus menjadi teras agenda pembangunan luar bandar.

Pembangunan Ekonomi : Kepelbagaian Sumber dan Kemapanan Aktiviti Bukan Pertanian Pembangunan ekonomi luar bandar diwujudkan sebagai pemangkin bagi meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini telah mengalami evolusi daripada berpaksikan sektor pertanian kepada pembangunan usahawan serta ekonomi bukan pertanian yang dikenalpasti dapat menyokong strategi pembangunan luar bandar dan sebagai

Page 40: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

31

penjana pertumbuhan ekonomi dan pendapatan. Ini dapat dilihat melalui program Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang dilancarkan pada tahun 2001 dengan nilai kelulusan sebanyak RM12 juta. Angka ini terus meningkat dari tahun ke tahun dan melonjak kepada RM35 juta pada tahun 2009. Keseluruhan pembiayaan berjumlah RM234 juta telah membiayai aktiviti ekonomi hampir 2,200 pengusaha luar bandar dalam tempoh tersebut. Sektor ekonomi luar bandar juga didapati beralih kepada aktiviti bukan pertanian seperti pelancongan dan agrotourism untuk menjana kegiatan ekonomi baru di kawasan luar bandar. Proses ini secara tidak langsung telah membandarkan kawasan luar bandar melalui pembangunan infrastruktur dan kemudahan sokongan sosial yang lain. Kegiatan ini turut mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar di mana perangkaan tahun 2009 menunjukkan seramai 204,000 orang atau 5% penduduk luar bandar yang bekerja terlibat dalam aktiviti perhotelan dan restoran jika dibandingkan dengan aktiviti perikanan yang mencatatkan penglibatan tenaga kerja di paras 2.2% atau 74,000 orang. Eksploitasi pelancongan dan agrotourism dilihat membantu dalam pertumbuhan, kemapanan dan kepelbagaian ekonomi luar bandar dan dijangka akan mampu mengurangkan pengaliran keluar guna tenaga luar bandar. Di Malaysia khususnya, sektor pertanian diyakini akan terus membawa pengaruh penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial luar bandar bagi tempoh dekad akan datang. Justeru itu. struktur berfragmentasi dalam rantaian nilai pertanian, aplikasi teknologi pengeluaran dan kemahiran yang rendah di kalangan pengusaha atau pengeluar pertanian akan diberi tumpuan. Cabaran yang paling besar adalah bagi mempertingkatkan produktiviti untuk melengkapkan rantaian nilai menyeluruh ke arah persaingan dan kebolehpasaran global sebagai langkah mengharungi pertumbuhan lemah 3.0% dalam sektor pertanian negara bagi tempoh RMKe-10.

Page 41: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 42: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

33

Peningkatan Pendapatan Dan Kualiti Hidup Kementerian sentiasa meletakkan prioriti untuk mengintegrasikan strategi pembangunan luar bandar dengan program-program peningkatan pendapatan dan kualiti hidup. Hasilnya terdapat penurunan yang signifikan dalam insiden kemiskinan luar bandar kepada 3.8% pada tahun 2009. Jika diukur secara relatif, usaha-usaha Kementerian jelas ditunjukkan melalui pelbagai program peningkatan pendapatan dengan sejumlah RM5.3 billion telah diperuntukkan bagi melaksanakan 933 projek dalam RMKe-9. Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif seumpama ini dianggarkan telah memberi manfaat kepada 10.34 juta penduduk luar bandar atau 36.6% dari keseluruhan penduduk bagi tempoh tersebut yang menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan indeks kualiti hidup Malaysia.

Usaha masih perlu dipertingkatkan bagi memastikan kadar kemiskinan di kawasan luar bandar bukan sahaja berkurangan tetapi mampu mencapai tahap pendapatan yang disasarkan oleh Kerajaan pada tahun 2020. Oleh itu, Model Baru Ekonomi Luar Bandar turut dirangka pelaksanaannya bagi memastikan keterangkuman masyarakat luar bandar dalam agenda ekonomi nasional seterusnya akan bersaing setara dengan masyarakat bandar bagi mencapai pendapatan RM48,000 pada tahun 2020. Tumpuan khusus telah diberikan kepada perumahan memandangkan ianya merupakan satu aspek yang penting dalam kualiti hidup. Dalam tempoh NKRA (2010-2012) sebanyak 50,000 buah rumah telah dan akan dibina dan dibaikpulih yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.36 billion. Perkembangan yang penting dalam menyediakan perumahan rakyat ini adalah memastikan perumahan yang dibina memenuhi piawaian kualiti selain dari ciri-ciri asas kediaman yang diperlukan. Ini menunjukkan terdapat usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi menyediakan perumahan berkualiti kepada golongan sasar seterusnya memenuhi permintaan kepada perumahan yang berkualiti di peringkat nasional.

Page 43: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

34Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

2.4 Pembangunan luar bandar perlu disesuaikan dengan hasrat Kerajaan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sesuai dengan hasrat itu, luar bandar perlu dibangunkan berdasarkan kekuatan yang dimiliki daripada segi asas sumber, infrastruktur yang baik dan ketekunan tenaga kerja dalam memacu negara ke hadapan. Sehubungan itu, pembangunan luar bandar akan menggunakan rangka kerja dasar dan strategi yang telah dirangka bagi mencapai status sebuah negara maju menjelang 2020. Kejayaan projek-projek di bawah Bidang Petunjuk Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area) dalam menyediakan infrastruktur asas luar bandar akan menjadi faktor bagi menggerakkan aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan akan memberikan tumpuan utama kepada pembangunan modal insan yang menjadi aset utama kearah mencapai negara berpendapatan tinggi.

Page 44: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

MELANGKAH KE HADAPAN

2.5 Menyedari bahawa dunia terus bergerak pantas, sektor luar bandar harus sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Strategi dan perancangan pembangunan luar bandar perlu digubal secara lebih komprehensif, segala kekuatan perlu digembleng, samada di peringkat individu, masyarakat mahupun institusi. Ini adalah kerana pembangunan luar bandar adalah merupakan di antara faktor terpenting bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Selaras dengan hasrat itu, pembangunan luar bandar akan diperkasa dan dilipatgandakan melalui PIPLB, bertunjangkan kekuatan yang dimiliki iaitu sumber asas dan modal insan. Kemudahan infrastruktur yang baik dan ketekunan tenaga kerja akan turut digembleng dalam memacu ekonomi luar bandar melonjak ke hadapan.

2.6 Konsep 1Malaysia akan dijadikan asas untuk mengukuhkan perpaduan negara, disamping mengekalkan kestabilan sosial dan politik. Di bawah konsep ini, semua rakyat samada di bandar mahupun di luar bandar akan diberi peluang untuk sama-sama membangun seiring dengan pembangunan pesat negara. Pendekatan inklusif akan memberi tumpuan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (kumpulan 40% terendah), yang sebahagian besarnya merupakan golongan Bumiputera yang berada di luar bandar.

2.7 Sehubungan dengan itu, pendekatan dari pelbagai dimensi yang berani dan terkini serta berkesan, bagi mengatasi isu dan masalah di luar bandar akan diambil. Dalam tempoh 10 tahun akan datang tumpuan akan diberikan kepada tiga (3) bidang utama seperti berikut :

Pertama : Pembangunan Modal Insan

• Membangun dan mengukuhkan modal insan di luar bandar yang akan dapat mewujudkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan nilai-nilai murni. Penekanan perlu diberikan kepada merubah kerangka minda

35

Page 45: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

36Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

dan sikap penduduk luar bandar supaya mempunyai keyakinan diri dan semangat ingin berdikari. Dimensi pembangunan modal insan juga meliputi pengukuhan keupayaan asas (core competencies) dan pengekalan nilai murni yang diamalkan di luar bandar. Di samping itu, pembangunan keluarga yang sejahtera juga akan diberi tumpuan bagi membentuk institusi keluarga yang kukuh dengan kekuatan nilai yang boleh menjamin masyarakat dan pekerja yang beretika dan bermoral.

Kedua : Pemerkasaan Ekonomi dan Keusahawanan • Menggunakan model baru secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

• Mengenalpasti halangan dan bertindak balas secara efektif terhadap perubahan persekitaran ekonomi.

• Mempelbagai dan memberi insentif kepada industri strategik yang baru di mana luar bandar mempunyai kekuatan, kelebihan dan potensi untuk lebih berjaya bagi memacu pertumbuhan ekonomi luar bandar.

• Memperluaskan aktiviti pertanian berasaskan tanaman yang berpotensi, bernilai tinggi dan berorientasikan pasaran melalui perkongsian bijak dengan sektor swasta, koperasi dan rangkaian pusat jualan produk luar bandar.

• Menggalakkan penciptaan inovasi di peringkat aktiviti ekonomi huluan dan hiliran untuk menghasilkan nilai tambah lebih tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran sedia ada dan baru. Penekanan akan diberikan bagi melibatkan masyarakat luar bandar.

• Menggalakkan peningkatan kualiti produk dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan khususnya dalam sektor peruncitan.

Page 46: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

37

Ketiga : Meningkatkan Kualiti Hidup

• Menggalakkan pembangunan seimbang secara berterusan.

• Menggerakkan transformasi ke arah menggalakkan tadbir urus desa yang baik. Peranan institusi desa akan diperkukuhkan bagi menjamin sistem penyampaian perkhidmatan yang baik dan berkualiti.

• Merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, dan antara bandar dan luar bandar.• Memastikan kemudahan prasarana asas disedia secukupnya.

• Meningkatkan kesedaran kepada kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.

2.8 Tanggungjawab menjayakan Pelan Induk tidak hanya bergantung kepada Kerajaan. Sebaliknya, kesanggupan masyarakat luar bandar bersama-sama melaksanakan perubahan dalam persekitaran ekonomi yang bergerak pantas adalah merupakan satu kemestian. Pendekatan, langkah dan strategi pembangunan akan terus ditambahbaik. Transformasi yang bakal berlaku adalah perlu bagi menghadapi lanskap ekonomi yang semakin mencabar. Matlamat PIPLB adalah untuk membina masa depan luar bandar yang lebih cemerlang. Ini adalah merupakan tanggungjawab kita bersama.

Page 47: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 48: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

39

- - -

- - -

- - -

- - -

- - -

- - -

- - -

-

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

HUBUNGAN DAN ALIRAN SISTEM PENYAMPAIAN DARIPADAPERINGKAT PERSEKUTUAN HINGGA KE AKAR UMBI

MAJLIS TINDAKAN NEGARAPENGERUSI : PERDANA MENTERIS/U : KETUA PENGARAH, ICU JPM

MAJLIS TINDAKAN NEGERI (MTNg)PENGERUSI : MENTERI BESAR/KETUA

MENTERIS/USAHA : PENGARAH PEMBANGUNAN

PERSEKUTUAN/NEGERI

J/K KERJA TINDAKAN NEGARA (JKTN)PENGERUSI : KETUA SETIAUSAHA NEGARAURUSETIA : ICU, JPM

MAJLIS TINDAKAN WILAYAHPERSEKUTUAN (MTWP)

PENGERUSI : MENTERI WILAYAHPERSEKUTUAN

URUSETIA : KEM. WILAYAH PERSEKUTUAN

J/K KERJA TINDAKAN NEGERI (JKTNGg)PENGERUSI : SETIAUSAHA KERAJAA

NEGERIURUSETIA : PEJABAT PEMBANGUNAN

PERSEKUTUAN/NEGERI

J/K KERJA TINDAKAN DAERAH/BAHAGIAN(JKTD/JKTB)

PENGERUSI : PEGAWAI DAERAH/RESIDENURUSETIA : PEJABAT DAERAH/(BAHAGIAN PEMBANGUNAN)

UNIT PENYELARASANPERLAKSANAAN

(ICU, JPM)

J/K TINDAKAN PEMBANGUNANKEMENTERIAN (JTPK)

PENGERUSI : KETUA SETIAUSAHAURUSETIA : PEJABAT SETIAUSAHA

BAHAGIAN/KETUA UNIT PEMBANGUNAN

KKLW

PEJABAT CAWANGANNEGERI (PCN)

JKKK/P

PEJABAT PENGHULU

KETUA KAMPUNG

SUMBER; ARAHAN NO.1, 2004 MAJLIS TINDAKAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI DAN KKLW

AGENSI KKLW:

MARA, KEMAS, FELCRA, RISDA, KEDA, KEJORA ,

KESEDAR, KETENGAH,

INFRA,JHEOA

Page 49: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 50: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

41

3.1 Dasar dan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan, hala tuju dan strategi pembangunan luar bandar secara komprehensif bertunjangkan kepada Falsafah Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB). PIPLB yang digubal ini mempunyai perancangan yang holistik, sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa yang semakin mencabar. PIPLB yang disediakan ini juga mengambil kira dasar, polisi serta program-program yang telah digubal oleh pihak Kerajaan Di samping itu, PIPLB ini juga akan mengambil kira kesinambungan dan keselarasan dengan program dan dasar yang telah dirancang dalam 1Malaysia, Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE), RMKe-10 dan lain-lain dasar yang berkaitan.

DEFINISI LUAR BANDAR 3.2 Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa mendefinasikan kawasan luar bandar sebagai kawasan yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang dengan mempunyai ciri-ciri kawasan pertanian dan sumber alam semulajadi di mana penduduknya tinggal sama ada secara berkelompok, sejajar atau bertaburan.

Pembangunan luar bandar akan terus diberi tumpuan agar kemajuan yang lebih seimbang dicapai supaya masyarakat luar bandar

dapat menikmati kemudahan prasarana

mencukupi dan berkualiti. Untuk ini, Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Willayah akan merangka satu pelan induk pembangunan luar bandar

yang komprehensif.

Y.A.B Perdana Menteri, Ucapan Bajet 2010

BAB 3

DASAR DAN PELAN INDUKPEMBANGUNAN LUAR

BANDAR

Page 51: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

42

PENYATAAN DASAR 3.3 Pembangunan luar bandar berhasrat melahirkan masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti di samping mewujudkan kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan serta selamat untuk didiami. Secara umumnya, ianya bertujuan: Memastikan supaya setiap penduduk luar bandar mempunyai minda dan sikap yang positif serta berdikari dan mampu untuk menggunakan peluang dan sumber yang ada dengan optimum ke arah menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik dan menguntungkan.

Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam persekitaran harmoni, indah, selamat dan terpelihara alam sekitarnya dan menjadi tarikan kepada masyarakat bandar serta pelancong asing.

Menggalakkan pembangunan dan penempatan penduduk yang tersusun dengan dilengkapi infrastruktur asas serta kemudahan-kemudahan berkualiti bertaraf bandar.

Mewujudkan persekitaran ekonomi yang sesuai untuk aktiviti keusahawanan dan menyokong segala aktiviti komersial.

Menjadikan masyarakat luar bandar sebagai pemangkin yang menyokong segala usaha menggerak dan menjayakan program-program pembangunan luar bandar.

Mewujudkan satu sinergi proaktif yang membabitkan usaha pihak-pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penilaian program pembangunan luar bandar yang berkesan dan mapan.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 52: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

VISI DAN MISI PIPLB 3.4 Pembentukan PIPLB ini adalah berdasarkan rangka kerja seperti di bawah:

3.5 PIPLB ini menggariskan visi untuk menjadikan luar bandar sebagai kawasan yang ekonominya berdaya maju, masyarakatnya sejahtera dan persekitarannya lestari seiring dengan wawasan negara ke arah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi. Empat (4) misi utama yang digariskan bagi menyokong visi ini adalah seperti berikut: Memperkasakan modal insan.

Meningkatkan peluang ekonomi.

Memperbaiki kualiti hidup luar bandar.

Mengurus tadbir luar bandar secara cekap dan mapan.

43Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

1 MALAYSIA, PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP),MODEL BARU EKONOMI (MBE) DAN RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK-10)

Pembangunan Kawasan Bandar Pembangunan Luar Bandar

(1) EKONOMI BERDAYA MAJU (2) MASYARAKAT SEJAHTERA (3) PERSEKITARAN LESTARI

VISI

MISI

OBJEKTIF PIPLB

Tujuh (7) Teras Pembangunan

(4) Mengurus Luar Bandar Secara Cekap dan Mapan(1) Memperkasakan Modal Insan (2) Meningkatkan Peluang Ekonomi

(3) Memperbaiki Kualiti Hidup Luar Bandar

1

2

3

4

6

7

5Pembangunan Modal Insan Dan Pengupayaan Masyarakat

Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju,Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan

Pengintergrasian Perancangan Fizikal DenganProgram Pembangunan Luar Bandar

Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan AwamYang Menyeluruh

Peningkatan Kualiti Hidup Dan Pendapatan Isi Rumah Di Dalam Kumpulan 40% Terendah

Pengurusan Pembangunan Secara Bersepadu

Pengurusan Sumber Alam Secara Mapan

Rajah 3.1 : Rangka Kerja PIPLB

Page 53: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

44

OBJEKTIF PIPLB 3.6 Sebanyak tujuh (7) objektif telah dirumuskan untuk mencapai visi dan misi PIPLB seperti berikut: PIPLB perlu digunakan sebagai panduan di dalam perancangan dan pelaksanaan oleh semua agensi yang terlibat dengan pembangunan luar bandar sama ada di peringkat nasional, negeri dan tempatan.

Peningkatan pendapatan penduduk luar bandar kepada 80% daripada pendapatan penduduk bandar.

Penyediaan peluang pekerjaan supaya mencapai guna tenaga penuh.

Penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam yang holistik.

Pengukuhan sistem pengurusan dan penyampaian pembangunan luar bandar supaya lebih efisien dan efektif.

Penggalakkan amalan pembangunan mapan.

Pengukuhan semula nilai-nilai positif dan jati diri masyarakat luar bandar.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 54: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

45

TERAS PIPLB 3.7 PIPLB ini dibentuk dengan menggariskan tujuh (7) teras pembangunan berdasarkan kepada isu dan cabaran serta peluang yang telah dikenalpasti. Teras-teras ini adalah merupakan tunjang kepada hala tuju pembangunan luar bandar di Malaysia. Sebanyak 39 strategi telah dirumuskan bagi mencapai visi dan misi PIPLB seperti berikut :

TERAS 1:

Pembangunan Modal Insan Dan Pengupayaan Masyarakat TERAS 2:

Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju, Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan TERAS 3:

Pengintegrasian Perancangan Fizikal Dengan Program Pembangunan Luar Bandar TERAS 4:

Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Yang Menyeluruh TERAS 5:

Peningkatan Kualiti Hidup Dan Pendapatan Isi Rumah Di Dalam Kumpulan 40% Terendah TERAS 6:

Pengurusan Pembangunan Secara Bersepadu TERAS 7:

Pengurusan Sumber Alam Secara Mapan

Page 55: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

46

3.8 Pembangunan modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara. Ia menjadi teras kepada inovasi dan transformasi ke arah era kreatif serta ekonomi berpendapatan tinggi.Tiada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang dan berpengetahuan tinggi serta pantas bertindak balas dan adaptif terhadap perubahan.Oleh itu, membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai wawasan negara.

3.9 Di bawah RMKe-10 telah disediakan rangka kerja Pembangunan Modal Insan Yang Bersepadu sebagai landasan kepada kecemerlangan generasi masa hadapan, yang merupakan generasi yang akan merealisasikan kewujudan sebuah negara yang bangsanya maju, cemerlang dan terbilang menjelang Wawasan 2020. Pembangunan modal insan ini memerlukan kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta. Proses pembangunan modal insan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari iaitu proses meningkatkan kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran sehingga ke alam pekerjaan dan sepanjang hayat.

3.10 Dalam konteks luar bandar yang didiami oleh lebih 10 juta orang penduduk, pembangunan modal insan dilihat sebagai keperluan terpenting bagi melahirkan masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti. Ia perlu disesuaikan dengan kawasan luar bandar yang mempunyai sifat dan bentuk interaksi sosial yang berbeza dengan kawasan bandar. Interaksi sosial luar bandar adalah lebih bersepadu dan erat, yang dibentuk oleh sejarah pembangunan kampung sejak awal ia diterokai.

“Apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang

empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih penting

daripada apa yang kita ada di bawah tapak kaki dan

sekeliling kita. Rakyat kita merupakan sumber paling

utama”

Wawasan 2020

TERAS 1

PEMBANGUNAN MODAL INSANDAN PENGUPAYAAN

MASYARAKAT

Page 56: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.11 Pada masa ini dilihat berlakunya transformasi negatif dalam masyarakat luar bandar di mana gejala sosial berleluasa dan nilai-nilai murni masyarakat luar bandar semakin luntur. Kemantapan institusi keluarga telah mula goyah oleh pengaruh budaya barat. Oleh itu, aspek pembangunan modal insan luar bandar harus meliputi penerapan semula nilai-nilai murni masyarakat desa, keunggulan tradisi dan semangat kejiranan, kekuatan jati diri dan perpaduan desa serta mengutamakan komuniti dan bukan kepentingan diri. Modal insan luar bandar perlu diperkasa untuk menjadi pemangkin dan tunjang kepada kejayaan program-program pembangunan luar bandar. Ini adalah kerana sumber manusia yang berkualiti boleh mengatasi sebarang kekangan sumber lain.

3.12 Pembangunan modal insan dan pengupayaan masyarakat boleh dicapai melalui empat strategi yang telah dikenalpasti iaitu :

Memperkasakan keupayaan dan harga diri.

Membangunkan potensi penduduk luar bandar melalui sektor pendidikan.

Memperluaskan latihan dan kemahiran dalam pelbagai peringkat, bidang dan peluang.

Menyediakan jurulatih yang kompeten dan latihan yang berkualiti.

47

Page 57: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 58: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN DAN JATI DIRI

3.13 Usaha-usaha pembangunan modal insan luar bandar telah dimulakan semenjak merdeka melalui program-program awal era 50an dan 60an berbentuk perubahan sikap dan semangat mahu membangun seperti Rancangan Buku Merah, Gerakan Pembaharuan dan Revolusi Mental. Penggubalan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar pada tahun 1994 bertujuan memperkasakan pembangunan luar bandar melalui Gerakan Desa (Daya) Wawasan (GDW) melalui pendekatan kualiti insan, keluarga dan masyarakat. Jati diri serta keupayaan modal insan luar bandar perlu dimantapkan bagi mencapai wawasan negara. Hasil kajian mendapati penduduk luar bandar mempunyai sikap kebergantungan yang kuat kepada bantuan kerajaan dan enggan berusaha. Perkara ini disebabkan oleh terhakisnya sikap malu dan kurang inisiatif untuk memajukan diri.

49

STRATEGI 1

Memperkasakan Keupayaan Dan Jati Diri

Rajah 3.1 : Jenis Bantuan Kerajaan Yang Diterima

5.4%

31.5%

21.2%

16.2%17.5%

Kewangan

Barangan Keperluan Harian

Baik pulih Rumah

Rumah PBR

Lain-lain Bantuan

Page 59: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

50

3.14 Memperkasa jati diri lebih difokuskan kepada aspek rohani dan jasmani, bertujuan memastikan nilai-nilai murni kehidupan sosial di luar bandar seperti sikap malu, bekerjasama, jujur, mesra, bertanggungjawab dan berbudi bahasa berkekalan. Ia harus dilaksanakan dengan memantapkan keimanan, mening-katkan ilmu pengetahuan dan mengukuhkan akhlak yang akan menjadi pegangan kehidupan. Keupayaan memajukan diri sendiri dan keluarga perlu diterapkan dalam jati diri masyarakat luar bandar. Mentaliti masyarakat yang mengharapkan bantuan semata-mata, sering bergantung kepada orang lain untuk mengubah diri dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada perlu dikurangkan.

3.15 Strategi memperkasakan keupayaan dan harga diri seharusnya bermula di peringkat awal pembelajaran, iaitu di pusat-pusat pendidikan taska dan tadika, dan seterusnya di sekolah. Ia harus diterapkan dalam sistem pembelajaran. Kanak-kanak yang dididik dengan nilai-nilai murni dan jati diri seharusnya lebih berupaya menempuh cabaran. Program-program bina Insan, program motivasi, keluarga sejahtera, pembangunan minda, lawatan sambil belajar dan kempen kesedaran dilihat perlu diteruskan. Program motivasi dilihat sangat releven bagi meningkat keupayaan diri. Ia boleh dilaksanakan oleh pakar-pakar motivasi atau mereka yang telah berjaya dalam pelbagai bidang supaya ia menjadi contoh yang boleh diikuti. Program lawatan ke kampung-kampung yang berjaya, juga boleh memberi inspirasi kepada peserta untuk berubah kepada lebih baik.

3.16 Program-program seperti ini perlu dilaksanakan kepada semua peringkat umur mengikut kesesuaian, supaya masyarakat luar bandar lebih yakin untuk berdikari, bijak memanfaatkan keupayaan diri dan lebih bertanggungjawab. Modal insan luar bandar juga perlu berusaha untuk sekurang-kurangnya menguasai satu jenis kemahiran

Page 60: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

51

bertauliah yang mempunyai elemen kebolehpasaran untuk menjamin pendapatan yang kukuh.

3.17 Pelaksanaan program secara terancang akan mampu mengurangkan sikap kebergantungan penduduk luar bandar kepada bantuan kerajaan. Bimbingan berterusan jika perlu dan pemantauan oleh agensi pelaksana penting bagi mendidik masyarakat luar bandar terus memanfaatkan keupayaan diri masing-masing untuk bersaing.

Jadual 3.1 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Memperkasa Keupayaan dan Jati Diri

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Pembelajaran di sekolahProgram motivasi dan kempen kesedaran secara berterusan.Program keluarga sejahtera.Program Pembangunan minda insan.Lawatan sambil belajar.Kempen kesedaran secara berterusan melalui pelbagai media massa

Semua kumpulansasaran

KPMKKLWKBSKPWKM

NGOAgensi SwastaJabatan AgamaIslamRTMKerajaan NegeriInstitut IntegritiMalaysiaRISDAMOAKRAFTANGAN

Page 61: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

52Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.18 Sistem pendidikan negara adalah berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada semua usaha transformasi pendidikan. Matlamat falsafah ini adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

3.19 Bagi memastikan penduduk luar bandar mendapat peluang pendidikan yang sama, penyediaan sekolah termasuk di peringkat tadika yang lengkap sangat perlu. Pada tahun 2009, terdapat sebanyak 8,316 Tadika KEMAS yang dapat menampung 190,248 kanak-kanak dan 314 Taska Kemas dengan kemampuan menampung seramai 4,483 orang kanak-kanak. Atas andaian kebanyakan Tadika dan Taska Kemas berada di luar bandar, peluang pendidikan di peringkat ini telah ada walaupun belum mencukupi. Kementerian Pelajaran juga ada menyediakan kelas pra sekolah di sekolah-sekolah yang terpilih. Pihak Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, pihak swasta dan juga NGO turut bekerjasama untuk menyediakan kemudahan tadika di luar bandar. Sehingga tahun 2010 terdapat sebanyak 5,417 sekolah rendah dan 1,028 sekolah menengah berada di luar bandar bagi menampung keperluan pendidikan masyarakat luar bandar.

3.20 Penekanan kepada pendidikan akan dapat melahirkan modal insan luar bandar yang cemerlang, berjati diri, dan mampu bersaing di peringkat global. Berdasarkan sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar celik huruf iaitu mereka yang

STRATEGI 2

Membangunkan Potensi Penduduk dan Masyarakat Luar Bandar Melalui Sektor

Pendidikan

Page 62: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

53

mempunyai pendidikan formal di kalangan masyarakat luar bandar (berumur 10-64 tahun) bagi tahun 2009 adalah 94.0%. Walau bagaimanapun, kajian PIPLB menunjukkan tahap pendidikan masyarakat luar bandar adalah rendah. Sebanyak 48.3% daripada responden berpendidikan sekolah rendah dan menengah rendah, menengah atas 30%, diploma 9.4%, manakala 2.9% sahaja berkelulusan ijazah.

3.21 Selain dari itu, kesedaran tentang kepentingan pendidikan di kalangan masyarakat luar bandar perlu dipertingkatkan. Tahap pendidikan rendah di kalangan ketua isi rumah tidak harus diwarisi. Program-program peningkatan kesedaran terutama kepada para ibu bapa perlu dirangka dan diperhebatkan. Ini merupakan salah satu langkah jangka masa panjang yang dapat membebaskan masyarakat luar bandar yang iliterasi kepada literasi. Bagi meningkatkan tahap pendidikan juga, program pendidikan sepanjang hayat boleh diwujudkan. Program ini boleh dijalankan secara formal di institusi pendidikan dan institusi lain seperti pejabat KEMAS, masjid dan sebagainya.

3.22 Dalam konteks masyarakat minoriti khususnya masyarakat Orang Asli, tahap pendidikan di kalangan golongan ini jauh ketinggalan, malah kadar keciciran di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah masih tinggi. Sebagai contoh, pada tahun 2009, daripada seramai 4,431 orang pelajar Orang Asli yang tamat darjah enam, hanya 3,145 orang sahaja yang menyambung pelajaran di tingkatan satu tahun 2010. Ini bererti kadar keciciran adalah sebanyak 29.02%.Tahap pendidikan yang rendah menjadi penghalang mereka mencapai kemajuan. Oleh itu, program kesedaran tentang kepentingan pendidikan di kalangan Orang Asli sangat perlu. Kerangka pemikiran ibu bapa dan anak-anak Orang Asli terhadap kepentingan pendidikan perlu diperbetulkan. Bantuan pendidikan kepada kanak-kanak Orang Asli perlu diteruskan sehingga taraf sosio ekonomi mereka dipertingkatkan.

Page 63: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

54Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Jadual 3.2 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Mempertingkatkan Masyarakat Luar Bandar Melalui Sektor Pendidikan

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Semua kumpulansasaran

MOEMARA

Pendidian awalkanak-kanakPendidikan sepanjang hayat.Kempen kesedaran .Program memperkukuh peranan institusi keluarga.Menambah kemudahan persekolahan dan asrama.Meluaskan liputan persekolahan (khusus bagi komuniti di pedalaman).

KKLWKPWKWJabatan AgamaIslamKEMASJHEOA

Page 64: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.23 Guna tenaga berkemahiran merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kemajuan serta pembangunan sesebuah negara. Seiring dengan itu, kemahiran dan latihan perlu ada pada masyarakat luar bandar khususnya generasi baru dan generasi pengganti. Oleh yang demikian, golongan ini perlu bersiap sedia dengan ilmu serta kemahiran agar mereka dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan luar bandar dan sumber ekonomi kawasan tersebut. Latihan serta kemahiran masyarakat luar bandar dalam pelbagai peringkat dan bidang dilihat perlu sebagai sebahagian daripada strategi untuk menjadikan golongan ini sebagai sebuah masyarakat yang cemerlang dari aspek pembangunan insan. Pelbagai bentuk latihan dan kemahiran boleh dibangunkan berdasarkan kepada kekuatan individu dan masyarakat setempat yang terdapat di kawasan luar bandar.

3.24 Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan guna tenaga/penduduk bekerja bagi tahun 2009 berjumlah 3,485.9 juta orang berbanding 7,411.4 juta orang dari bandar. Ini menunjukkan kawasan luar bandar menyumbang tenaga kerja yang agak ramai di dalam sektor pekerjaan. Walau bagaimanapun, modal insan luar bandar masih dibelenggu oleh tahap pendidikan yang rendah, kurang kemahiran dan sikap memilih peker-jaan. 14.3% sahaja tenaga kerja di luar bandar berada di peringkat tertiari berbanding 27.6% di bandar.

3.25 Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati masyarakat luar bandar kurang mendapat latihan serta kemahiran. Perkara ini dapat dibuktikan dengan hasil kajian lapangan yang telah dijalankan. Lebih dari 50% keluarga yang ditemui menyatakan tidak mengikuti sebarang program, latihan serta bengkel, manakala sebanyak 69% pula tidak

55

STRATEGI 3

Memperluaskan Latihan Dan Kemahiran Pelbagai Peringkat, Bidang Dan Peluang

Page 65: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 66: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

57

pernah mengikuti latihan atau bengkel yang berbentuk keusahawanan. Perkara ini memberi kesan kepada ekonomi luar bandar dan membantutkan perkembangan usaha melahirkan masyarakat yang berkemahiran di kalangan masyarakat luar bandar.

3.26 Pada masa kini, Malaysia mempunyai 20 universiti awam (IPTA) dan 26 universiti swasta (IPTS) serta 405 institusi kemahiran awam dan 584 institusi kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Lebih 81,000 siswazah adalah lepasan IPTS. Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih. 30,000 adalah pelatih institusi latihan swasta. Sebanyak 27% daripada siswazah tempatan didapati masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Kelemahan dan kekurangan dari segi softskill, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat keputusan serta kepimpinan, dikenalpasti sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran siswazah Malaysia.

3.27 Secara relatifnya, majoriti tenaga kerja di Malaysia adalah di bawah kategori tidak mahir. Hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai taraf pendidikan tertiari. Manakala 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama sebelas tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya. Pada masa yang sama dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan sebelas tahun persekolahan. Kumpulan pelajar ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu mempunyai peluang yang cerah untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknikal.

3.28 Pelbagai agensi kerajaan menawarkan kursus kemahiran dan teknikal untuk diikuti oleh masyarakat luar bandar. Di bawah KKLW terdapat sebanyak 209 buah Giatmara, 12 buah Institut Kemahiran Mara dan 9 buah Kolej Kemahiran Tinggi MARA di seluruh Malaysia. Kementerian Pengajian

Page 67: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

58Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Tinggi menyediakan sebanyak 56 buah kolej komuniti manakala Kementerian Pelajaran pula menyediakan pendidikan kemahiran secara formal melalui aliran teknikal seperti politeknik, aliran vokasional melalui kolej komuniti, aliran kemahiran melalui Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Agensi-agensi Kerajaan lain seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan institusi-institusi kemahiran yang boleh diikuti oleh masyarakat luar bandar.

3.29 Pelbagai institusi kemahiran diwujudkan bagi membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memajukan diri. Walau bagaimanapun, perlu dilihat samada maklumat mengenai kewujudan peluang mendapatkan kemahiran ini, sampai kepada penduduk luar bandar. Oleh itu, perlu dipastikan supaya masyarakat luar bandar mendapat akses dan manfaat secara berkesan daripada persekitaran pembelajaran yang disediakan. Kerjasama antara agensi, NGO dan semua pihak diperlukan untuk mewarwarkan peluang yang ada. Guru-guru sekolah di luar bandar, penghulu, pendamping masyarakat seperti KEMAS dan lain-lain agensi kerajaan di setiap daerah perlu mempunyai maklumat ini agar dapat dikongsi bersama masyarakat. Masyarakat luar bandar termasuk pelajar sekolah kurang mendapat pendedahan mengenai peluang-peluang yang ada kerana sebahagian besar mereka tidak mempunyai kemudahan internet, tambahan pula pergaulan yang terbatas dalam persekitaran berbanding dengan masyarakat bandar.

3.30 Selain daripada itu, hendaklah dipastikan kursus-kursus yang ditawarkan di institusi latihan, mengambilkira keperluan masyarakat luar bandar berdasarkan kemampuan individu dan masyarakat setempat. Perkara ini penting supaya kemahiran yang diperolehi dapat dimanfaatkan serta disesuaikan dengan persekitaran mereka. Pendekatan secara bimbingan terus (hands on) dan in-situ serta pemantauan berterusan boleh menghasilkan modal insan luar bandar yang berkemahiran, komited dan bertanggungjawab.

Page 68: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

59

Jadual 3.3: Mekanisme Pelaksanaan Strategi Memperluaskan Latihan Dan Kemahiran

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLWMARAGIATMARA

Perkongsian pintar(smart partnership) Sistem pemantauan dan penilaian program. Program apprentice . Program kemahiran hidup secara komersial.

Belia Usahawan Pekebun Kecil

FAMAMOAKBSMITIKEMASJHEOARISDA

Program susulan selepas tamat latihan.

Page 69: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

60

3.31 Bagi memastikan setiap program pembangunan modal insan di semua peringkat secara formal atau tidak di institusi-institusi pengajian, pusat-pusat latihan serta bengkel yang dianjurkan mencapai matlamat, keupayaan tenaga pengajar/jurulatih yang terlibat perlu diperkasa dan diperhebatkan. Tenaga jurulatih yang mencukupi dan kompeten merupakan faktor asas dalam memastikan masyarakat luar bandar dapat dilatih dan dibimbing secara teratur dan berkualiti.

3.32 Dari segi pendidikan formal, proses pembelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi telah mempunyai tenaga pengajar yang sedia terlatih. Kepentingan sistem pendidikan ini adalah tanggungjawab kementerian berkenaan. Walau bagaimanapun, perlu dilihat samada proses pembelajaran ini mampu membangunkan modal insan luar bandar yang mempunyai jati diri apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan.

3.33 Peranan institusi latihan yang terlibat dalam pembangunan modal insan luar bandar perlu diperkasakan lagi, supaya mampu menggilap potensi insan yang dilatih. Ia perlu dipertingkatkan dengan penyediaan pelbagai bentuk latihan, khasnya dalam aspek pengurusan luar bandar, keusahawanan dan kekeluargaan. Tenaga pengajar perlu kompeten, mekanisme penyampaian diperkukuhkan dan kurikulum dimantapkan bagi memenuhi kehendak masyarakat luar bandar.

3.34 Pendamping masyarakat juga mempunyai peranan dan pengaruh yang besar kepada masyarakat luar bandar. Mereka perlu diperkasakan melalui program latihan berstruktur dari masa ke semasa supaya mampu memberi bimbingan kepada masyarakat luar bandar. Sistem pembelajaran secara tidak formal antara masyarakat luar bandar dengan pendamping masyarakat dilihat sangat berkesan dalam pembentukan modal insan luar bandar.

STRATEGI 4

Menyediakan Jurulatih Yang Kompeten Dan Latihan Yang Berkualiti

Page 70: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

61

3.35 Sektor swasta juga digalakkan untuk membantu Kerajaan di dalam meningkatkan tahap keupayaan penduduk luar bandar. Peranannya sangat penting dalam menyalurkan pelbagai bentuk latihan yang tidak ditawarkan oleh Kerajaan. Sebagai contoh, pihak swasta boleh menawarkan pelbagai bentuk latihan kemahiran profesional seperti lesen penyelam dan sebagainya. Dengan adanya jalinan rangkaian ini, ia akan memberikan faedah kepada penduduk luar bandar kerana peluang mendapatkan kemahiran di sektor swasta dalam bidang-bidang kemahiran sukar diperolehi oleh golongan dewasa di luar bandar.

Jadual 3.4 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Menyediakan Jurulatih Yang Kompeten Dan Latihan Yang Berkualiti

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Pengukuhan institusi latihaPengukuhan tenaga pengajar/pegawai-pegawai pemberi latihan.Menyediakan kurikulum latihan kemahiran yang lebih berkualiti.

Jurulatih.Pihak pengurusan

KKLWKPM

NGOAgensi Bukan KerajaanMOHEIPTMOHR

Page 71: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 72: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

63

3.36 Momentum pertumbuhan ekonomi negara telah terganggu kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan global bermula pada tahun 2007. Kini, walaupun keadaan beransur pulih, namun langkah tegas dan berani mesti diambil untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus kukuh dalam tempoh dekad akan datang. Ini penting bagi menjamin hasrat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 menjadi kenyataan.

3.37 Di bawah inisiatif Model Baru Ekonomi (MBE), Kerajaan telah mensasarkan pendapatan per kapita USD15,000 – USD20,000 pada tahun 2020. Fokus diberikan kepada jentera pertumbuhan iaitu dua belas (12) Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang akan diterajui oleh sektor swasta berasaskan kepada sumber dalaman seperti sumber asli, modal insan dan kepakaran serta pelaburan tempatan.

“Ini merupakan sesuatu yang sangat bersejarah dan

peluang keemasan bagi kita untuk bekerjasama sebagai satu negara,

sebagai 1Malaysia untuk menjadikannya apa yang

saya panggil satu lonjakan mega dari mana kita berada hari ini kepada

10 tahun yang akan datang, kita mahu benar-benar

maju dan menjadi sebuah negara berpendapatan

tinggi”

Ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan ke Makmal NKEA, Kelana Jaya

pada 30 Jun 2010

TERAS 2

PEMBANGUNAN EKONOMI YANG BERDAYA MAJU, BERDAYA SAING DAN BERDAYA TAHAN

Page 73: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

....

Aktiviti Ekonomi Terpilih Luar Bandar Dalam MBE

Komoditi PertanianPenternakan

dan Perikanan

PerkhidmatanIndustri

Desa

SawitGetah

Cassava Gaharu Cendawan Buah-buahan Sayur-sayuran Herba Kenaf Castor

Ternakan Rumpai Laut Burung Walet Akuakultur

PelanconganKesihatanBaikpulihkenderaanDomestikPerladangan

Makanan Kraftangan Cottage industry

..........

......

......

Pemprosesan/ Aktiviti Nilai Tambah/ Industri Sokongan

Pemborongan Promosi

Infrastruktur R&D Pembiayaan Teknologi & ICT

Peruncitan

MODAL INSAN

..

Rajah 3.3 : Aktiviti Ekonomi Terpilih Luar Bandar Dalam MBE

Page 74: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.38 Bagi mencapai hasrat ini, sektor luar bandar perlu bergerak seiring dengan sektor-sektor lain. Pendekatan sedia ada perlu dinilai semula dan dimantapkan agar penduduk luar bandar mencapai sasaran pendapatan yang telah ditetapkan. Sektor ini perlu diperkasakan secara lebih holistik, seimbang dan tersusun supaya mampu ditransformasikan menjadi sebuah sektor yang ekonominya berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Bagi memastikan teras ekonomi dapat dilaksanakan dengan berkesan, setiap isu dan cabaran perlu ditangani dengan strategi dan program yang berbeza.

3.39 Strategi pertumbuhan ekonomi luar bandar perlu distruktur semula bagi menghadapi lanskap ekonomi domestik, lebih-lebih lagi dalam persekitaran global yang semakin mencabar. Di bawah teras ini, terdapat sepuluh strategi utama yang akan dilaksanakan.

65

Menggalakkan Pengurusan

Dan Pengendalian Aktiviti Ekonomi Desa

Secara Kreatif Dan Inovatif

Mengukuhkan Rantaian Antara

Industri Desa Dan Bandar

Mempelbagaikan Aktiviti Ekonomi

Dan Industri Berasaskan Sumber

Memperluas Pasaran Dan

Mempelbagaikan Aktiviti Pemasaran

Membangunkan Tanah Secara Optimum Dan Bersepadu

Menggalakkan Penggunaan Pekerja

Tempatan Dan Teknologi

Jimat Buruh

Menggalakkan Penggunaan Teknologi Baru

Menambahbaik Capaian Kemudahan

Kewangan Dan Kredit

Menggalakkan Aktiviti

Pemprosesan Dan Nilai Tambah

Meningkatkan Kemahiran

Pengurusan, Teknikal Dan Operasi

1

2

3

4

5

7

8

9

6 10

Rajah 3.4 : Strategi Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju,Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan

Page 75: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

66Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.40 Peralihan ekonomi negara ke arah berpendapatan tinggi memerlukan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Penekanan kepada produktiviti dan inovasi perlu di setiap peringkat rantaian nilai perniagaan yang meliputi peringkat asas seperti penanaman, pemprosesan, pelabelan, pengedaran dan pemasaran. Melalui kaedah ini, aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan pada kos yang lebih rendah serta penjimatan dari segi masa dan tenaga di samping mening-katkan tahap kepuasan pelanggan.

3.41 Pihak swasta dan koperasi perlu digalakkan supaya mampu menjadi agen penggerak ekonomi luar bandar. Dana koperasi perlu digunakan dengan efektif dalam aktiviti ekonomi yang memberikan pulangan tinggi. Sebagai contoh, Mondragon Corporation di Basque, Sepanyol, pada asalnya syarikat ini merupakan sebuah koperasi penduduk yang mengusahakan sebuah bengkel bagi menghasilkan haba panas bagi kegunaan rumah. Namun kini, syarikat tersebut adalah yang ketujuh (7) terbesar di Sepanyol dari segi pendapatan tahunan dan mempunyai 85,000 orang pekerja dalam sektor perbankan, peruncitan dan perindustrian.

3.42 Dalam sektor pertanian juga, pendekatan turn waste to wealth perlu dikaji dan diperluaskan. Antara bahan yang boleh dijadikan sumber pendapatan baru hasil buangan pertanian adalah makanan ternakan dan baja. Secara tidak langsung, inovasi ini akan membantu mengurangkan kos pelupusan sisa serta pembelian baja tanaman atau makanan ternakan.

STRATEGI 1

Menggalakkan Pengurusan Dan Pengendalian Aktiviti Ekonomi Desa Secara Kreatif Dan Inovatif

Page 76: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

67

3.43 Pendekatan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi membudayakan tahap produktiviti tinggi serta inovasi yang berterusan. Di samping memberi pengiktirafan kepada usahawan berinovasi tinggi, usaha perlu dilaksanakan bagi mengaplikasi dan mengkomersilkan hasil penyelidikan secara tersusun dan berterusan. Oleh itu, antara cadangan program bagi merealisasikan strategi ini adalah seperti Jadual di bawah.

Jadual 3.5 : Mekanisme Pelaksanaan Bagi Menggalakkan Pengurusan Dan Pengendalian Aktiviti Ekonomi Secara Kreatif Dan Inovatif

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Semua kumpulansasaran

Usahawan,KoperasiPertubuhanPeladang

MOAMOSTI

KKLWSIRIMPusatPenyelidikanIPT

KKLWMOSTIKPDNKKSwasta

Peladang atau UsahawanInovatifSkim Pencipta Inovasi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Program PengkomersilanTekonologi

Agensi-agensiPenyelidikan:FRIMMARDISIRIMJabatan VaterinarJabatan PertanianGiat MARAIPT

Page 77: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

68

3.44 Kepentingan rantaian antara industri desa dan bandar dilihat sebagai pemangkin bagi meningkatkan peluang aktiviti keusahawanan di kawasan luar bandar. Kaedah ini mampu mewujudkan peluang kepada golongan usahawan desa untuk memasarkan dan memperkembangkan lagi produk keluaran mereka ke kawasan bandar bagi meningkatkan produktiviti. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada usahawan bandar untuk memperolehi bekalan/ input pada harga yang lebih kompetitif dan penawaran yang berterusan.

3.45 Program rantaian industri yang dianjurkan oleh Pelan Induk Perindustrian II (1996-2005) dan III (2006-2020) perlu diteruskan untuk menggalakkan rantaian antara industri/agen yang berada di bandar dan industri di luar bandar melalui konsep feeder industry. Melalui konsep ini, industri luar bandar akan membekalkan input kepada industri/agen di bandar, sama ada untuk tujuan pasaran atau pemprosesan. Rangkaian pusat jualan atau pasar raya mini produk usahawan luar bandar wajar diwujudkan di bandar bagi mempromosikan produk-produk segar luar bandar.

STRATEGI 2

Mengukuhkan Rantaian Antara Industri Desa Dan Bandar

INPUT PENGGUNA

Industri Huluan/ Hiliran

Aktiviti Nilai Tambah/ Hiliran

Aktiviti Sokongan

Berorentasikan Pasaran

Rajah 3.5 : Rantaian Nilai Pemasaran Produk

Ladang Pengumpulan/Pemborongan

Pemprosesan Logistik Peruncitan

Page 78: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

69

3.46 Aktiviti ekonomi luar bandar harus dipelbagaikan, khususnya dalam bidang pelancongan desa dan industri yang berasaskan sumber atau keunikan/ kekuatan yang dimiliki di sesebuah tempat. Program homestay mempunyai potensi yang besar untuk diperluaskan menjadi satu industri yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat setempat. Pengisian aktiviti homestay yang berasaskan kebudayaan, adat resam dan gaya hidup masyarakat tempatan bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong domestik, malah turut menarik perhatian pelancong luar negara yang mencari kelainan dalam aktiviti pelancongan di Malaysia.

Statistik kedatangan pelancong ke homestay Malaysia antara Januari sehingga Mac 2010 mencatatkan peningkatan sebanyak 23% (13,124 orang) berbanding tempoh yang sama pada tahun 2009, iaitu daripada 57,293 orang kepada 70,417 orang. Sejumlah 75% (9,843 orang) adalah merupakan pelancong domestik dan selebihnya (3,281 orang) adalah pelancong luar negara.

3.47 Selain itu, Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang dilaksanakan oleh beberapa Kementerian/Jabatan termasuk KKLW berpotensi untuk meningkatkan tahap ekonomi kawasan luar bandar. Konsep pelaksanaan program ini adalah berasaskan kepada pembangunan produk/perkhidmatan yang beridentitikan daerah dalam skala industri. Ia bertujuan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat melalui pewujudan peluang pekerjaan dan keusahawanan. Program ini perlu diberi penambahbaikan bagi memastikan impak yang lebih berkesan dicapai.

STRATEGI 3

Mempelbagaikan Aktiviti Ekonomi Dan Industri Berasaskan Sumber

Page 79: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

70Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.48 Bagi menggalakkan golongan usahawan dan bakal usahawan mencipta nilai dalam aktiviti pemprosesan atau pembuatan produk berasaskan sumber, Skim Insentif Penciptaan Nilai perlu diwujudkan. Manakala, tindakan yang konstruktif perlu diambil bagi mempatenkan pengetahuan tradisional, kemahiran dan warisan Orang Asli. Mereka juga perlu dilibatkan secara langsung dalam aktiviti pengkomersialan sumber berasaskan hutan seperti tanaman gaharu, bagi mewujudkan nilai tambah serta penggunaan teknologi tinggi.

3.49 Pasaran produk Halal perlu diterokai oleh usahawan luar bandar lebih meluas berdasarkan peningkatan permintaan yang ketara dari setahun ke setahun. Nilai dagangan industri makanan Halal dunia adalah dianggarkan melebihi USD500 bilion setahun (MATRADE). Pada tahun 2005, nilai pasaran produk makanan Halal Malaysia berjumlah RM3.119 billion (2005), dan dijangka meningkat sebanyak 93% kepada RM6.018 billion pada tahun 2010 (HDC).

Jadual 3.6 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Menggalakkan Rantaian Industri Bandar Dan Luar Bandar Serta Mempelbagaikan Aktiviti Ekonomi

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Usahawan danbakalusahawan

Orang Asli

MITIICUKKLW

JHEOA

MOAMOTOURJKKKFELDAKRAFTANGANBank RakyatBank SMESwasta

FELCRARISDA

Konsep ‘feeder industry’Skim insentif penciptaan nilai (pemprosesan dan pembuatan produk)Satu Daerah Satu Industri (SDSI)Pelancongan DesaIndustri halal

Membangunkan tanah Orang Asli secara perladanganMembangunkan pengetahuan tradisional dan warisan Orang Asli

Page 80: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 81: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

3.50 Bagi mencapai tahap yang lebih kompetitif dalam pasaran, kualiti produk yang ditawarkan adalah sangat penting dan perlu disokong dengan aktiviti pemasaran secara berterusan. Justeru itu, para usahawan desa haruslah mengambil langkah proaktif dalam memasarkan produk-produk mereka di pasaran domestik dan antarabangsa. Namun demikian, kelemahan pemasaran produk luar bandar masih wujud. Antara kekangan utama adalah kekurangan penggunaan teknologi terkini dan pembungkusan kurang menarik yang tidak memenuhi permintaan pasaran. Penggunaan internet atau pemasaran secara online juga belum digunakan secara meluas.

Bimbingan usahawan melalui program mentor-mentee dan anchor-vendor juga wajar diperluaskan selain daripada industri berasaskan makanan.

3.51 Perkongsian bijak dengan GLC/swasta juga wajar digalakkan supaya kerjasama ini da-pat membantu pemasaran produk luar bandar ke pasaran global. Usaha ini boleh dilakukan dengan adanya insentif bersesuaian kepada GLC daripada pihak Kerajaan. Standard piawaian juga perlu diwujudkan dengan mengambilkira kehendak pasaran luar negara. Oleh itu, program-program berikut dirancang bagi mencapai strategi ini:

STRATEGI 4

Memperluas Pasaran Dan Mempelbagaikan Aktiviti Pemasaran

Page 82: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

73

Jadual 3.7 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Memperluas dan Mempelbagai Pasaran dan Aktiviti Pemasaran

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Industri berkelompok, pakatan strategik Penubuhan pusat pengumpulanMedan Info DesaLaman webMeningkatkan keupayaan agensi pemasaranMengemaskini dan memperbaiki akses kepada maklumatPerkongsian bijak denganGLC/swasta

Semuakumpulansasaran

MITIFAMAMARA

MOAKKLWSinergi PerdanaGlokal LinkPusat PenyelidikanIPTMOTOURKoperasiJKKKPejabat DaerahRISDANGOSwasta

3.52 Dalam menjayakan strategi pasaran dan pemasaran, program pembangunan industri secara berkelompok dan pakatan strategik seperti dalam Pelan Induk Perindustrian III (2006-2020) perlu turut dilaksanakan di sektor luar bandar.

3.53 Pusat pengumpulan produk pula perlu diadakan untuk memudahkan usaha pengumpulan produk luar bandar yang dikeluarkan secara berselerak di setiap daerah. Koperasi digalakkan untuk menjalankan fungsi pengumpulan ini.

3.54 Medan Info Desa perlu diberi tanggung jawab untuk menyalurkan maklumat kepada petani, pekebun kecil, nelayan dan usahawan tentang kaedah dan peluang pasaran produk mereka. Laman web “pasaran produk desa” akan dibenarkan akses melalui Medan Info Desa bagi memberi ruang kepada penduduk luar bandar, khususnya kumpulan yang tidak mempunyai internet, mendapat akses kepada maklumat pasaran.

Page 83: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

74Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.55 Aktiviti pertanian di kalangan masyarakat luar bandar kini kurang produktif dan kompetitif disebabkan ramai di antara mereka mengusahakan pertanian berskala kecil. Proses pemecahan hak milik tanah yang berterusan telah menyebabkan saiz pemilikan tanah semakin kecil dan tidak ekonomik untuk diusahakan secara komersial. Hasil kajian PIPLB menunjukkan majoriti (59.1%) dari petani memiliki 0.5-1.0 ekar sawah padi. Ini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan pendapatan golongan ini masih dikategorikan sebagai rendah. Pembangunan tanah secara optimum dan bersepadu merupakan strategi yang perlu dilaksanakan bagi memastikan projek pembangunan yang dirancang itu lebih berdaya maju. Oleh itu, antara cadangan program bagi mencapai strategi ini ialah:

STRATEGI 5

Membangunkan Tanah Secara Optimum Dan Bersepadu

Jadual 3.8 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Pembangunan Tanah Secara Optimum Dan Bersepadu

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLWMini estet Program pembangunan tanah Orang AsliTanaman integrasi / ‘integrated farming’Perkongsian pintar GLC dan koperasiPembangunan tanah terbiar

Pekebun kecil, kumpulan miskin, belia, Orang Asli

Agensi Pembangunan WilayahMOAJHEOAGLCKoperasiSwasta

Agropolitan Semua kumpulan sasaran

KKLW RISDAFELCRA

Page 84: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.56 Pembangunan tanah secara bersepadu seperti yang dianjurkan oleh Pelan Induk Pertanian III (1998-2010) perlu terus diperkasa dalam usaha pembangunan sektor pertanian luar bandar. Sehubungan itu, progam mini estet, program pembangunan tanah Orang Asli, kepelbagaian pertanian, pertanian bersepadu (integrated farming) dan pembangunan agropolitan perlu diberi keutamaan sepanjang tempoh pelan. Program-program ini mampu menggalakkan usaha pemodenan dan inovasi sektor luar bandar, mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian serta menjana pendapatan.

3.57 Aktiviti pertanian juga perlu ditumpukan kepada jenis-jenis tanaman yang memberi pulangan tinggi bagi memaksimum penggunaan tanah dengan kerjasama teknikal daripada MARDI serta usahasama dengan pihak swasta/GLC/koperasi.

75

Page 85: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

76Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.58 Kebanyakan aktiviti ekonomi luar bandar terhad kepada pengeluaran barangan mentah yang menunjukkan tiada nilai tambah kepada produk yang dihasilkan. Kesannya, sektor luar bandar gagal mencipta nilai tambah dalam aktiviti pengeluarannya. Selaras dengan hasrat MBE ke arah negara berpendapatan tinggi, strategi meningkatkan nilai tambah bagi setiap produk yang dihasilkan ialah dengan menggalakkan aktiviti pemprosesan dan rantaian pembuatan. Usahasama dengan pihak pemasar (swasta/GLC) juga perlu diwujudkan. Oleh itu, program yang bersesuaian perlu dibentuk dalam meningkatkan aktiviti pemprosesan dan rantaian nilai di kawasan luar bandar.

3.59 Penglibatan masyarakat luar bandar dalam aktiviti ekonomi pada masa ini masih tertumpu kepada aktiviti pertanian di peringkat asas. Aktiviti ini kurang menjana pendapatan yang tinggi berbanding aktiviti-aktiviti ekonomi di peringkat hiliran. Sebagai contoh, dalam industri getah dan sawit, sumbangan pekebun kecil kepada pendapatan keseluruhan industri hanya 30% sahaja, berbanding sektor perkilangan/pemprosesan getah/sawit yang berjumlah 70%. Justeru, usaha yang bersepadu perlu dilakukan bagi membolehkan masyarakat luar bandar terlibat dalam aktiviti ekonomi yang lebih menguntungkan.

STRATEGI 6

Menggalakkan Aktiviti Pemprosesan Dan Nilai Tambah

Page 86: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

77

70% merupakan sumbangan sektor perkilangan

Sektor Pemprosesan dan Perkilangan

Pekebun Kecil Luar Bandar

30% hasil sumbangan pekebun kecil

Proses 2Proses 1Mentah

Sawit Getah

Rajah 3.6 : Penglibatan Masyarakat Luar Bandar Dalam Aktiviti Ekonomi

3.60 Kebergantungan kepada komoditi getah dan sawit sebagai punca pendapatan utama oleh sejumlah 1.28 juta pekebun kecil perlu dikaji semula. Agensi Kerajaan perlu mengambil langkah berani bagi memaksimumkan penggunaan tanah sedia ada dengan memperkenalkan tanaman alternatif yang lebih berpotensi, bernilai tinggi dan berorientasikan pasaran sebagai komoditi utama luar bandar.

Page 87: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

78

3.61 Antara program yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan nilai tambah ialah program rantaian nilai, insentif produk baru serta penyelidikan dan pembangunan (P&P). Program rantaian nilai akan menggalakkan aktiviti pemprosesan bahan mentah kepada barang siap sehingga produk dapat dipasarkan kepada pengguna. Program ini turut menitikberatkan aspek pembungkusan dan penjenamaan supaya produk dapat dipasarkan pada harga yang lebih tinggi.

Program insentif produk baru pula akan ditawarkan kepada mana-mana individu atau organisasi di luar bandar yang berjaya membawa produk baru (bahan mentah atau barang pembuatan baru) ke pasaran. Program ini akan menggalakkan penduduk luar bandar untuk meneroka aktviti ekonomi baru yang mampu meningkatkan pendapatan mereka.

3.62 Komponen utama dalam usaha meningkatkan nilai tambah aktiviti ekonomi luar bandar ialah program P&P. Agensi penyelidikan seperti FRIM, PORIM, LGM dan MARDI akan bekerjasama dengan kumpulan sasar luar bandar untuk meningkatkan nilai produk.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLW

Agropolitan KKLW

Jadual 3.9 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Menggalakkan Aktiviti Pemprosesan Dan Rantaian Nilai

Rantaian nilai.Insentif produk baru.Penyelidikan dan PembangunanPerkongsian bijak dengan GLC/swasta

Pekebun kecilBeliaUsahawan

MOAPusat Penyelidikan Sinergi PerdanaGlokal LinkKoperasiIPTGLCSwasta

Page 88: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 89: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

80Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.63 Kekurangan buruh tempatan mula merebak ke sektor pertanian menjelang tahun 1990-an. Masalah ini bukan sahaja terhad kepada sektor ladang, tetapi turut dihadapi oleh sektor kebun kecil, penternakan dan perikanan. Kini, sektor luar bandar juga tidak terkecuali kerana terpaksa bergantung kepada pekerja asing untuk terus beroperasi. Bagi menangani masalah ini, teknologi jimat buruh iaitu penggunaan mesin dan jentera perlu digunapakai oleh pengusaha di kawasan industri desa bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan berkuantiti besar. Di peringkat ladang, teknologi baru dalam penggunaan baja slow release juga dilihat mampu mengurangkan penggunaan buruh asing.

3.64 Berdasarkan kajian PIPLB, didapati sebanyak 62.4% responden bersetuju bahawa generasi muda tidak berminat tinggal di kawasan luar bandar. Faktor utama adalah kerana kekurangan peluang pekerjaan. Bagi mengelakkan brain drain ke bandar, aktiviti industri di luar bandar perlu dipertingkatkan dengan pembukaan kilang-kilang pemprosesan yang berteknologi tinggi dan berskala besar. Penerokaan produk-produk hiliran berasaskan sumber yang terdapat di luar bandar perlu diperbanyakkan. Dengan wujudnya aktiviti ekonomi yang menarik di kawasan luar bandar, secara tidak langsung akan menggalakkan in-migration bandar ke luar bandar. Oleh itu, strategi bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing adalah dengan menggalakkan penggunaan pekerja tempatan dan penggunaan teknologi jimat buruh seperti jadual di bawah :

STRATEGI 7

Menggalakkan Penggunaan Pekerja Tempatan Dan Teknologi Jimat Buruh

Page 90: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

81

3.65 Skim bantuan pinjaman jentera/mesin/alat perlu diperhebatkan untuk menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi di luar bandar. Langkah ini juga dijangka dapat mengurangkan penggunaan buruh asing. Skim insentif pekerja tempatan wajar diberi kepada mana-mana individu atau syarikat yang menggunakan pekerja tempatan dalam operasi mereka.

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Jadual 3.10 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Menggalakkan Penggunaan Pekerja Tempatan DanTeknologi Jimat Buruh

Skim bantuan pinjaman jentera/mesin/alatSkim insentif pekerja tempatanPenyelidikan dan PembangunanGalakan In-migration

Semua kumpulan sasaran

KKLWSIRIMKSM

MOASIRIMPusat PenyelidikanIPTKDNKBSBank RakyatBank SMEFELDAFELCRARISDA

PekerjaMempergiatkan usaha mencipta teknologi jimat buruh

Page 91: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

82

3.66 Kepentingan penggunaan teknologi baru dalam perniagaan dan perindustrian diakui di peringkat global berdasarkan keperluan yang semakin meningkat. Penggunaan teknologi baru ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pengeluaran, malah pada masa yang sama mampu menjamin kualiti produk yang dipasarkan. Penggunaan teknologi baru dalam perindustrian ataupun perniagaan adalah sangat penting di arus pemodenan dan ICT masa kini. Teknologi baru perlu digunakan dalam sistem pemprosesan, pasaran dan juga pemasaran. Di dalam bidang pemprosesan, teknologi baru dapat menghasilkan produk lebih berkualiti dalam masa singkat. Manakala dalam pasaran dan pemasaran, penggunaan teknologi atau ICT dapat meluaskan pasaran produk.

Tahap pengetahuan dan kemahiran penduduk luar bandar yang rendah serta amalan ekonomi dan teknologi bersifat tradisional menyebabkan produktiviti buruh, modal atau tanah luar bandar berada pada tahap tidak memberangsangkan. Berdasarkan kepada kepentingan ini, strategi menggalakkan penggunaan teknologi baru adalah perlu disarankan berpandukan cadangan program seperti berikut:

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 8

Menggalakkan Penggunaan Teknologi Baru

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLW

Agropolitan KKLW

Pekebun kecilBeliaUsahawan

Jadual 3.11 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Menggalakkan Penggunaan Teknologi Baru

Klon baru berhasil tinggiMini estetTaman agrotek, inkubatorPenyelidikan danPembangunan

KKLW MARDISIRIMIPT

Page 92: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.67 Selaras dengan Pelan Induk Pertanian III, penggunaan klon baru yang berhasil tinggi perlu digalakkan di kalangan petani, penternak dan nelayan. Kegiatan pertanian secara berkelompok melalui mini estet pula perlu diberi perhatian untuk menggalakkan amalan pengurusan ladang secara cekap. Taman agrotek dan inkubator perlu dijadikan pusat penting untuk menggalakkan aktiviti ekonomi bersifat moden dan mampu meningkatkan produktiviti setiap input yang digunakan. Kegiatan P&P pula akan dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan klon dan teknologi baru.

83

Page 93: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

84

3.68 Hasil kajian PIPLB menunjukkan sebanyak 44% responden usahawan luar bandar menghadapi masalah modal. Dalam menambahbaik capaian kemudahan kewangan dan kredit di kalangan penduduk luar bandar, kemudahan pinjaman dan pembiayaan modal kepada para usahawan perlu diberi penekanan. Alternatif lain kepada kemudahan kewangan perlu dilaksanakan untuk menggiatkan industri di kalangan penduduk luar bandar seperti penubuhan koperasi, usahasama antara pemodal dan pengusaha serta pajak gadai konsep Ar-Rahnu. Kajian mengenai keperluan mewujudkan Bank Usahawan Luar Bandar khusus bagi menguruskan pembiayaan kewangan kepada industri kecil di luar bandar juga wajar dipertimbangkan. Bagi membantu usahawan desa memajukan bidang keusahawanan, cadangan menambahbaik capaian kemudahan kewangan dan program berkaitan diperlukan seperti jadual di bawah.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 9

Menambahbaik Capaian Kemudahan Kewangan Dan Kredit

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Semuakumpulansasaran

Jadual 3.12 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Menambahbaik Capaian Kemudahan Kewangan Dan Kredit

Pinjaman mudah (soft loan)Mikro kreditPengumpulan dana komuniti setempat melalui penubuhankoperasiKemudahan modal melalui sistem Ar-RahnuPembiayaan separuh geran oleh Kerajaan

MOFKKLWMOAPUNBTEKUNAmanahIkhtiarMalaysia

MOA AgrobankBank Rakyat NGOMITIYayasan TekunBank SME

Page 94: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.69 Kekurangan ilmu dalam perniagaan merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh para usahawan desa pada masa kini. Hasil kajian PIPLB menunjukkan 69% responden yang menceburi bidang perniagaan tidak mempunyai ilmu asas keusahawanan, 88.3% tidak mengetahui kaedah pengurusan kewangan yang betul, 90.7% tidak mempunyai strategi pemasaran dalam perniagaan dan 89.9% tiada latihan pengurusan sumber manusia.

Bagi memastikan para usahawan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengurusan, teknikal dan operasi, maka peningkatan kemahiran perlu diberikan kepada golongan ini.

Pendedahan kepada kaedah pengurusan perniagaan yang efisien akan meningkatkan kemahiran pengurusan, teknikal dan operasi di kalangan penduduk desa amnya dan usaha-wan desa khususnya.

STRATEGI 10

Meningkatkan Kemahiran Pengurusan, Teknikal Dan Operasi

0 20 40 60 80 100

Tidak

Ya

97.3%

89.9%

90.7%

88.3%

69%

2.7%

10.1%

9.3%

11.7%

31%

Lain-lain

Pen. Kop. & Sumbe Manusia

Strategi Pemasaran

Pengurusan Kewangan

Asas Keusahawanan

Rajah 3.7 : Tahap Kemahiran Usahawan Luar Bandar

85

Page 95: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

86

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Agropolitan KKLW

Pekebun kecilBeliaUsahawan

MOAIPTKBSKSMAgensi latihanBadan BukanKerajaanMITI

KKLWMARAGiatMARA

Kursus latihan kemahiran umumKursus kemahiran khusus mengikut industri

Jadual 3.13 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Meningkatkan Kemahiran Pengurusan, Teknikal Dan Operasi

Page 96: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

87

3.70 Semenjak lebih lima dekad yang lalu, pelbagai program telah dilaksanakan pada peringkat awal pembangunan luar bandar (Fasa I ; 1957 – 1993) dan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Kedua (TPLB II) (1994 – 2009). Secara ringkasnya:

Fasa I menekankan kepada pembangunan prasarana fizikal serta penyediaan kemudahan asas di samping pembangunan modal insan dan pembasmian kemiskinan.

TPLB II, menekankan pembangunan modal insan bagi memperkasa keupayaan dan kebolehan masyarakat luar bandar. Teras TPLB II adalah Gerakan Daya Wawasan (GDW) dengan matlamat utama untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing penduduk luar bandar.

3.71 Pada masa ini, pembangunan luar bandar berada di era transformasi yang baru. Pembangunan kawasan luar bandar juga dipengaruhi oleh perancangan fizikal yang merangkumi :

Cadangan pembangunan infrastruktur mega seperti cadangan lebuh raya, jalan-jalan utama dan institusi kerajaan.

Rancangan-rancangan pemajuan yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD). Rancangan Pemajuan ini disediakan mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar Desa 1976. Penyediaannya berdasarkan hierarki sistem rancangan pemajuan seperti di rajah di sebelah.

Pengintegrasian pembangunan berasaskan

kluster perbandaran berdensiti dalam koridor

akan memanfaatkan potensi dan sumber yang

ada supaya kawasan-kawasan pinggir bandar

dan luar bandar yang mengelilingi bandar-bandar

besar ini akan mendapat manfaat secara langsung.

- Rancangan Malaysia ke-10

TERAS 3

PENGINTEGRASIAN PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DENGAN

PERANCANGAN FIZIKAL

Page 97: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

88Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

RA

NC

AN

GA

N F

IZIK

AL

NEG

AR

A (R

FN)

-Mer

umus

kan

dasa

r-da

sar s

trate

gik

yang

men

entu

kan

halu

an d

an a

rah

alira

n pe

maj

uan

fizik

al d

an g

una-

tana

h ne

gara

, kor

idor

pem

bang

unan

dan

perin

dust

rian

serta

pem

ulih

araa

nsu

mbe

r-su

mbe

r-D

ipan

du o

leh

Maj

lis P

eran

cang

Fi

zika

l Neg

ara

(MFN

) yan

g be

rper

anan

seba

gai b

adan

yan

g be

rtang

gung

-ja

wab

unt

uk m

emep

erel

okka

npe

rsek

itara

n fiz

ikal

neg

ara

kear

ahpe

ncap

aian

sat

u pe

maj

uan

yang

map

an

RA

NC

AN

GA

N S

TRU

KTU

R N

EGER

I (R

SN)

-Men

eran

gkan

das

ar d

an c

adan

gan

ampe

maj

uan

dan

peng

guna

an ta

nah

dala

mse

suat

u ne

geri,

mem

pere

lokk

an p

erse

kita

ran

hidu

p da

ri se

gi fi

zika

l, pe

rhub

unga

n, la

lulin

tas,

sosi

o-ek

onim

i dan

per

tum

buha

n ek

onom

i ke-

arah

pem

bang

unan

yan

g m

apan

-RS

N p

erlu

sel

aras

den

gan

dasa

r-da

sar

stra

tegi

k R

FN d

an s

trate

gi s

patia

l

RA

NC

AN

GA

N T

EMPA

TAN

(RC

)-M

ener

angk

an p

erin

cian

cad

anga

n P

ihak

Ber

kuas

a Te

mpa

tan

(PB

T) d

alam

mem

aju

dan

men

ggun

akan

tana

h, m

empe

relo

kkan

pers

ekita

ran

fizik

al, m

emel

ihar

a to

pogr

afi,

mem

pere

lokk

an la

nska

p, m

empe

rbai

kisi

stem

kom

unik

asi d

an la

lulin

tas,

mem

-ba

ngun

kan

tana

h la

pang

ser

ta m

emel

ihar

ada

n m

engi

ndah

kan

bang

unan

did

alam

ka

was

an P

BT

itu.

-Per

lu s

elar

as d

enga

n da

sar-

dasa

r RS

N

RA

NC

AN

GA

N F

IZIK

AL

NEG

AR

A (R

FN)

RA

NC

AN

GA

N W

ILAY

AH

(RW

)B

agi K

orid

or W

ilaya

h E

kono

mi N

egar

a(C

th: K

orid

or W

ilaya

h U

tara

& T

imur

)

RA

NC

AN

GA

N S

TRU

KTU

R N

EGER

I (R

SN)

RA

NC

AN

GA

N W

ILAY

AH

KO

RN

UB

ASI

/B

AN

DA

RAY

A (C

ity R

egio

n)(W

ilaya

h P

emba

ngun

an Is

kand

ar, L

emba

hK

lang

Cor

nuba

tion,

Geo

rge

Cor

nuba

tion

& K

uant

an C

ornu

batio

n)

RA

NC

AN

GA

N T

EMPA

TAN

(RT)

RA

NC

AN

GA

N K

AWA

SAN

KH

AS

(RK

K)

RA

NC

AN

GA

N W

ILAY

AH

(RW

)B

agi K

orid

or W

ilaya

h Ek

onom

i Neg

ara

(Con

toh:

Kor

idor

Wila

yah

Uta

ra d

anW

ilaya

h Ti

mur

)-M

enye

imba

ngka

n pe

mba

ngun

an k

ewila

yah-

wila

yah

yang

kur

ang

mem

bang

un-M

elip

uti p

emba

ngun

an u

ntuk

beb

erap

a bu

ah n

eger

i di

dala

m w

ilaya

h ya

ng b

erke

naan

-Fok

us u

tam

a ia

lah

men

yedi

akan

pel

uang

-pel

uang

pem

bang

unan

eko

nom

i bag

i neg

eri-n

eger

i yan

g ku

rang

mem

bang

un d

an m

enin

gkat

kan

kual

iti h

idup

pe

ndud

uk lu

ar b

anda

r-P

enye

lara

s ik

lim p

elab

uran

dan

pel

uang

pek

erja

an-P

erlu

sel

aras

den

gan

dasa

r-da

sar s

trate

gik

RFN

RA

NC

AN

GA

N W

ILAY

AH

CO

RN

UB

ATIO

N /

BA

ND

AR

AYA

(City

Reg

ion)

(Wila

yah

Pem

bang

unan

Iska

ndar

, Lem

bah

Kla

ng C

ornu

batio

n, G

eorg

e C

ornu

batio

n&

Kua

ntan

Cor

nuba

tion)

-Men

yela

ras

dan

men

tadb

ir pe

nyed

iaan

rang

kaia

nut

ama

perk

hidm

atan

per

band

aran

ser

ta m

enye

raga

mka

nka

edah

-kae

dah

piaw

aian

bag

i men

ghas

ilkan

sat

u su

asan

a pe

rban

dara

n ya

ng s

etar

a, c

ekap

dan

efis

ien

dika

was

anco

rnub

atio

n ya

ng m

elew

ati s

empa

dan

nege

ri/P

BT

-Mel

aksa

na d

asar

-das

ar d

an la

ngka

h-la

ngka

h ba

gim

enca

pai t

adbi

ruru

s ba

ndar

yan

g ef

ektif

-Fok

us u

ta,a

RW

iala

h pe

ngan

gkut

an a

wam

dan

Tra

nsit-

Orie

nted

Dev

elop

men

t (TO

D),

sist

em s

alira

n da

n te

bata

nba

njir,

bek

alan

air,

pen

guru

san

sisa

pep

ejal

ber

sepa

du,

peng

urus

an le

mba

ngan

sun

gai,

serta

rang

kaia

n ka

was

anre

krea

si.

RA

NC

AN

GA

N K

AWA

SAN

KH

AS

(RK

K)

-Men

eran

gkan

per

anca

ngan

di s

atu

kaw

asan

kha

s ya

ngm

ana

dipe

rinci

kan

cara

pem

ajua

n, p

emaj

uan

sem

ula,

pe

ngel

okka

n, p

emul

ihar

aan

atau

am

alan

pen

guru

sann

ya-P

erli

sela

ras

deng

an d

asar

-das

ar R

SN

ser

ta c

adan

gan-

cada

ngan

RT

yang

ber

kena

an

Raj

ah 3

.8 H

erar

ki S

iste

m R

anca

ngan

Pem

ajua

n N

egar

a

Page 98: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

89

Rancangan pemajuan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa meliputi keseluruhan Semenanjung Malaysia termasuklah kawasan luar bandar. Di setiap peringkat rancangan pemajuan ia mempunyai komponen kajian yang melibatkan pembangunan kawasan luar bandar seperti cadangan pusat pertumbuhan desa, kemudahan masyarakat, cadangan jalan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang digalakkan di kawasan luar bandar. Oleh itu rancangan pemajuan ini perlu dimanfaatkan dengan merujuk kepada cadangan-cadangan tersebut di dalam merangka program pembangunan luar bandar.

3.72 Pengintegrasian ini diperlukan supaya rancangan pemajuan menjadi lebih efektif dan program pembangunan luar bandar selaras dengan perancangan fizikal. Dengan ini, pembangunan kawasan luar bandar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui program yang bertepatan di lokasi yang sesuai, menepati kumpulan sasaran serta dapat mengurangkan pertindihan pelaksanaan program oleh pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.

PENGINTEGRASIAN PROGRAM PEMBANGUNANLUAR BANDAR DENGAN PERANCANGAN FIZIKAL

3.73 Anjakan kearah pengintegrasian program pembangunan dengan perancangan fizikal adalah sebagai langkah untuk menangani isu-isu yang telah dikenalpasti semasa kajian PIPLB melalui lima strategi berikut :

STRATEGI 1

Pengintegrasian Program Pembangunan Luar Bandar Dengan Perancangan Fizikal

Page 99: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

90Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Rajah 3.9 : Strategi Pengintegrasian Program Pembangunan Luar Bandar Dengan Perancangan Fizikal

Memastikan Program

Luar Bandar Mengikut Sistem

Rancangan Pemajuan Yang

Telah Disediakan

Mengklasterkan Kawasan Luar

Bandar Mengikut Klasifikasi

Perancangan Fizikal

Menggalakkan Program

Pembangunan Luar Bandar

Mengikut Pengkhususan Zon Ekonomi

Membangunkan Projek

Pembangunan Di Lokasi Yang

Sesuai Dan Menepati Keperluan Kumpulan

Sasaran

Memulihara Karakter

Luar Bandar Dari Pencerobohan

Aktiviti Pembangunan Yang

Tidak Serasi Dengan

Persekitaran.

Page 100: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

3.74 Strategi ini adalah susulan daripada hasil perbincangan bersama kumpulan sasar di mana, didapati perancangan program pembangunan luar bandar kurang memanfaatkan rancangan pemajuan yang telah disediakan. Terdapat program pembangunan luar bandar yang dilaksana tidak merujuk kepada cadangan-cadangan yang terkandung di dalam rancangan pemajuan samada dari aspek cadangan projek atau lokasi tapak cadangan. Oleh itu, bagi mengintegrasikan program pembangunan luar bandar dengan perancangan fizikal, adalah perlu dipastikan program-program pembangunan luar bandar merujuk kepada rancangan pemajuan yang telah disediakan bagi kawasan yang terlibat.

3.75 Pemantauan dilaksanakan dengan menyemak perancangan program pembangunan luar bandar dengan cadangan-cadangan berkaitan pembangunan luar bandar di dalam rancangan pemajuan khususnya Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas yang telah disediakan. Di antara cadangan-cadangan yang boleh dirujuk ialah:

Pembangunan di pusat petempatan desa.

Pusat pengumpulan dan pemasaran hasil pertanian.

Kemudahan masyarakat dan rekreasi.

Industri asas tani dan pelancongan desa.

Jalan raya dan pengangkutan awam.

91Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 101: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

92Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Di antara aspek-aspek yang perlu disemak daripada rancangan pemajuan adalah seperti:-

Cadangan projek dan program.

Lokasi tapak cadangan.

Komponen pembangunan yang perlu disediakan.

Garis panduan yang perlu dipatuhi.

3.76 Berdasarkan kepada cadangan pembangunan di dalam rancangan pemajuan, program pembangunan luar bandar boleh diperincikan melalui Pelan Tindakan Desa (PTD).

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Memantau perancangan program pembangunan luar bandar. (merujuk kepada cadangan projek dan lokasi tapak cadangan di dalam Rancangan Pemajuan seperti projek kemudahan awam, industri asas tani, pelancongan desa dan jalan raya).

Memperincikan program pembangunan luar bandar melalui Pelan Tindakan Desa (PTD

Golongan miskin Golongan miskin tegarBelia Pekebun kecilOrang asliUsahawan

JPBD NCER ECER KESEDAR KETENGAH KEJORA KEDA UPEN

KKLW

Jadual 3.14 : Program Pelaksanaan Bagi Memastikan Program Luar Bandar Mengikut Sistem Rancangan Pemajuan Yang Telah Disediakan

Page 102: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.77 Pembangunan kawasan luar bandar memerlukan pendekatan pembangunan mengikut klaster kerana kawasan luar bandar mengalami tekanan pembangunan yang berbeza, kesediaan infrastruktur yang berbeza dan corak petempatan yang berbeza.

Penempatan luar bandar terdiri daripada kampung tradisi, penempatan FELDA dan FELCRA, kampung baru, penempatan ladang, kampung Orang Asli dan pusat-pusat petempatan di dalam kawasan Lembaga Pembangunan Wilayah. Corak penempatan ini adalah secara berkelompok, sejajar dan bertaburan. Corak penempatan desa khususnya kampung tradisi yang berjajar atau bertaburan memberi implikasi kepada tahap capaian penduduk kepada program-program pembangunan yang dilaksana. Pola masyarakat luar bandar dan saiz petempatan yang kecil kesan daripada penghijrahan golongan muda luar bandar, menghadkan bilangan penyertaan penduduk dan ini mengurangkan keberkesanan sesuatu projek yang dijalankan.

STRATEGI 2

Mengklasterkan Kawasan Luar Bandar Mengikut Klasifikasi Perancangan Fizikal

93

Page 103: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

94Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Jadual 3.15 : Program Pelaksanaan Bagi Mengklasterkan Kawasan Luar Bandar Mengikut Klasifikasi Perancangan Fizikal

Menumpukan program pembangunan fizikal,ekonomi dan sosial mengikut klaster

Golongan miskin Golongan miskin tegarBelia Pekebun kecilOrang asliUsahawan

KKLW JPBDNCERECERKESEDARKETENGAHKEJORAKEDAUPEN

Mewujudkan dan mengukuhkan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) sedia ada di dalam klaster2 dan 3.

Golongan BeliaUsahawan luarbandar

JPBD

Melaksanakan Penempatan semula kampung Orang Asli

Orang Asli KKLW JPBD

Page 104: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.78 Dengan mengklasterkan kawasan luar bandar, ia akan memudahkan penyaluran projek dan program pembangunan mengikut isu dan masalahnya, potensi dan peluang-peluang pembangunan di dalam klaster berkenaan. Pembentukan klaster ini adalah berdasarkan kepada Rangka Spatial Negara 2020 yang telah dibentuk daripada kajian Rancangan Fizikal Negara (RFN), ciri-ciri pembangunan fizikal dan tekanan pembangunan ke atas kawasan berkenaan. Sejumlah tiga klaster kawasan luar bandar dicadangkan seperti jadual di bawah.

95

Jadual 3.16: Cadangan Klaster Luar Bandar

Klaster Ciri-ciri Jenis projek / program yang diperlukan

Petempatan desa di dalam Konurbasi Perbandaran.

Terletak di dalam konurbasi perbandaran yang telah dikenalpasti oleh RFN iaitu konurbasi Kuala Lumpur, Johor Bahru, Melaka, George Town, Ipoh dan Kuantan.

Menjadi sokongan kepada penduduk bandar dari aspek penawaran kediaman, bekalan sumber makanan serta sumber rekreasi dan pelancongan homestay

Pembangunan jalan raya, sistem saliran dan ICTProgram pembangunan modal insan Program pembasmian kemiskinanProgram keusahawanan

Kawasan luar bandardi dalam Koridor Wilayah Ekonomi Negara

Terletak di dalam tiga Wilayah Ekonomi Negara iaitu Wilayah Ekonomi Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Timur (ECER) dan sebahagian Wilayah Pembangunan Iskandar)

Berpotensi menerima pembangunan berimpak tinggi melalui projek rangkaian perhubungan dan pembangunan ekonomi utama negara.

Pembangunan ICT , kemudahan awam dan jalan raya.Program pembangunan modal insanPembangunan pusat latihan dan kemahirandi pusat-pusat pertumbuhan terpilihProgram pembasmian kemiskinanPusat Pertumbuhan DesaProgram meningkatkan pengupayaan masyarakat seperti Pelan Tindakan DesaProgram keusahawanan

Kawasan luar bandar yang terletak di luar Koridor Ekonomi Negara dan Konurbasi Perbandaran

Meliputi kawasan luar bandar di sebahagian Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Kawasan ini tidak menerima tekanan pembangunan yang tinggi dan terletak diluar wilayah tumpuan utama projek-projek ekonomi negara.

Pembangunan ICT , kemudahan awamdan jalan raya.Program pembangunan modal insan.Pembangunan pusat latihan dan kemahirandi pusat pertumbuhan terpilih.Program pembasmian kemiskinanPusat Pertumbuhan DesaProgram meningkatkan pengupayaan masyarakat seperti Pelan Tindakan DesaProgram keusahawananProjek pemulihan tanah terbiar dan penyatuan tanah untuk aktiviti pertanianProjek pembangunan ekonomi seperti industri asas tani dan perkhidmatan.

Kawasan ini mengalami tekanan pembangunan yang tinggi dan berpotensi untuk menjadi kawasan perbandaran

Meliputi negeri dan wilayah yang kurang membangun

Terdiri dari kampung-kampung tradisi, petempatan FELDA dan kawasan Lembaga Pembangunan Wilayah Johor.

1.

2.

3.

Page 105: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

96Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Peta 3.1 : Rangka Spatial Negara 2020

Page 106: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

97

Page 107: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

98Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Peta 3.2 : Cadangan Klaster Luar Bandar

Page 108: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.79 Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) adalah untuk merasionalisasikan perkhidmatan bagi penduduk luar bandar. Pembangunan sosial, perdagangan dan perkhidmatan serta kemudahan dan infrastruktur awam yang lengkap seperti kemudahan jalur lebar, perbankan dan ATM, akan ditumpukan di PPD bagi menyokong industri pelancongan desa, industri asas kraf serta aktiviti hiliran asas tani dan hutan. Antara kampung-kampung yang sesuai untuk dipilih sebagai PPD adalah yang mempunyai nilai sejarah, warisan, budaya dan seni bina.

Cadangan penempatan semula melibatkan kampung-kampung Orang Asli yang penduduknya terlalu kecil, atau terletak di lokasi yang terpencil untuk disediakan dengan kemudahan asas. Dengan penempatan semula, kemudahan infrastruktur dan awam dapat disediakan dan memudahkan pelaksanaan program-program modal insan kepada penduduk Orang Asli.

99

Page 109: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

100

3.80 Strategi ini digubal berdasarkan penemuan perbincangan bersama kumpulan sasar di mana didapati kawasan luar bandar mempunyai pelbagai sumber ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan. Strategi ini adalah untuk menggalakkan program pembangunan ekonomi luar bandar mengikut zon ekonomi yang telah dikhususkan. Berdasarkan kepada cadangan Rancangan RFN, sembilan (9) kelompok ekonomi luar bandar telah dikenalpasti seperti rajah di bawah. Dengan adanya zon ini, jenis pembangunan ekonomi akan mengikut kelompok ekonomi yang dikhususkan untuk zon berkenaan. Pengkhususan zon ekonomi ini digalakkan supaya pembangunan ekonomi saling melengkapi di antara zon dan mengurangkan persaingan di antaranya.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 3

Menggalakkan Program Pembangunan Luar Bandar Mengikut Pengkhususan

Zon Ekonomi

Page 110: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

101

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Golongan miskin Golongan miskin tegarBelia Pekebun kecilOrang asliUsahawan

KKLW

KKLW

Jadual 3.17 : Program Perlaksanaan Bagi Menggalakkan Program Pembangunan Luar Bandar Mengikut Pengkhususan Zon Ekonomi

Memajukan aktiviti ekonomi mengikut kelompok-kelompok ekonomi yang berpotensi

MOAKESEDARKETENGAHKEJORAKEDAMOTOUR

MOAKESEDARKETENGAHKEJORAKEDARISDAFELCRA

Mengenalpasti dan memajukan pembangunan agropolitan dan mini agropolitan.

Mewujudkan Pusat Pengumpulan danPemasaran Hasil Pertanian

KESEDARKETENGAHKEJORAKEDAFELCRA

Golongan miskindan miskin tegarOrang Asli

UsahawanFAMA

KKLWFAMA

Page 111: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

102

3.81 Projek agropolitan adalah merupakan projek pembangunan tanah yang bersepadu dengan matlamat serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan luar bandar melalui peningkatan pendapatan dan mengeluarkan KIR miskin tegar daripada kemiskinan di samping mempercepatkan pembangunan di kawasan mundur, terpencil dan terbiar.

Perancangan projek agropolitan adalah holistik, meliputi penyediaan prasarana fizikal, pembangunan modal insan serta penglibatan dalam aktiviti ekonomi. Kawasan yang diberi keutamaan adalah kawasan yang terpencil tetapi mempunyai potensi ekonomi yang tinggi seperti pertanian, pelancongan dan industri yang boleh menjana pembangunan di kawasan berkenaan. Penjanaan ekonomi dilaksanakan melalui penyediaan ladang komoditi seperti getah dan sawit bagi tujuan pemberian saham dan penyediaan pekerjaan kepada peserta.

Antara faktor asas yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan projek adalah seperti kesediaan dan komitmen bilangan KIR miskin tegar (kumpulan sasar), kesesuaian tanah dengan tanaman komoditi (lokasi yang sesuai) serta kerjasama oleh Kerajaan Negeri.Lokasi yang sesuai telah membolehkan tanaman getah di Agropolitan Gahai, Kuala Lipis, Pahang yang juga merupakan projek agropolitan yang pertama siap dan mula diduduki peserta pada tahun 2008. Pelaksanaan yang baik di samping kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri membolehkan kumpulan sasar mendapat manfaatnya. Sehingga kini, 76% daripada peserta Agropolitan Gahai telah keluar daripada kemiskinan tegar. Sasaran bagi mengeluarkan peserta sepenuhnya daripada garis kemiskinan dijangka dapat dicapai menjelang tahun 2012 selepas tanaman komoditi getah berhasil.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 112: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

103

Jadual 3.18 : Jumlah Pendapatan Projek Agropolitan Gahai, Kuala Lipis, Pahang

ProjekPendapatan (RM)

Jumlah

Agropolitan Gahai 12 34 - 4 50

Bawah 400 401-600 601-800 801 ke atas

24% 68& 0% 8% 100%

Page 113: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

104

3.82 Projek agropolitan sebagai projek bersepadu yang menggabungkan elemen pembangunan semua kawasan luar bandar, meliputi komponen modal insan dan ekonomi di satu kawasan pembangunan perlu dijadikan model bagi memajukan kawasan yang terpencil, mundur dan terbiar. Dengan berteraskan kelebihan dan kekuatan sendiri, sesuatu kawasan luar bandar berpotensi untuk dibangunkan supaya menjadi satu kota pertanian/perladangan. Oleh yang demikian, konsep agropolitan digunakan sebagai pemangkin pertumbuhan setempat, dengan kegiatan ekonomi sebagai aktiviti utama pertumbuhan.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Jadual 3.19 : Senarai Cadangan Aktiviti Ekonomi Mengikut Kelompok

Pelancongan dan Pertanian Cameron Highlands, Bukit Fraser, Taiping

Pelancongan Pulau Langkawi, Pangkor, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Tioman, PUlau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Bil. Kelompok Lokasi

Eko-Lancong, Pertanian dan Agro-Perhutanan Gua Musang – Kuala Lipis – Jerantut – RaubDungun – Hulu Terengganu dan BesutSebahagian Kedah

Ekonomi Bandar, Tanaman Kontan dan Pertanian Sebahagian Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang

Ekonomi Bandar, Pelancongan dan Pertanian Mersing – Pekan

Ekonomi Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Sebahagian Kedah

Ekonomi Bandar dan Perindustrian, Tanaman Kontan dan Pertanian Bagan Datok - Teluk Intan - Setiawan

Pelancongan, Tanaman Kontan dan Pertanian Pulau Carey, Kuantan – Kemaman – Dungun, Tanah Merah – Pasir Mas

Tanaman Kontan, Pertanian dan Pelancongan Pontian, Kota Tinggi – Kluang, Segamat – Mentakab

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Page 114: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

105

Peta 3.3 : Potensi Kelompok Ekonomi Luar Bandar

Page 115: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

106

STRATEGI 4

Membangunkan Projek Pembangunan Di Lokasi Yang Sesuai Dan Menepati Keperluan

Kumpulan Sasar3.83 Strategi ini bertujuan untuk memastikan projek pembangunan yang akan dilaksana ditempatkan di lokasi yang sesuai dan memenuhi keperluan penduduk atau kumpulan sasaran. Dengan ini, ia akan memberi manfaat kepada penduduk dan kesan yang berganda khususnya kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

Satu kajian kesesuaian projek dicadang dijalankan sebelum projek pembangunan dilaksana bagi mengelakkan kegagalan projek dan memastikan ia memberi impak kepada golongan sasar. Kajian ini perlu meliputi perkara-perkara berikut:-

Mengenalpasti kesesuaian dan tahap penerimaan projek oleh golongan sasar dengan mengadakan perbincangan berkumpulan di peringkat awal kajian.

Mengenalpasti lokasi projek dan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Menyediakan jangkaan kos yang terlibat

Menyediakan alternatif tapak projek dan penilaiannya.

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Jadual 3.20 : Program Pelaksanaan Bagi Membangunkan Projek Pembangunan Di Lokasi Yang Sesuai Dan Menepati Keperluan Kumpulan Sasaran

Menjalankan kajiankesesuaian tapak

Mengenalpasti kumpulan sasaran dan melibatkan mereka di dalam perancangan dan membuat keputusan

Menumpukan program pembangunan berhampiran dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan sedia ada.

Golongan miskin Golonganmiskin tegarBelia Pekebun kecilOrang asliUsahawan

Pejabat DaerahPBTUPENKEJORAKETENGAHKESEDARKEDA

KKLW

Page 116: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

107

STRATEGI 5

Memulihara Karakter Luar Bandar Dari Pencerobohan Aktiviti Pembangunan Yang Tidak

Serasi Dengan Persekitaran3.84 Perbincangan bersama kumpulan sasar telah mengenalpasti wujudnya aktiviti pembangunan yang tidak serasi dengan persekitaran luar bandar. Di antara aktiviti tersebut ialah penularan aktiviti perbandaran ke kawasan hutan simpan atau hutan tadahan air yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Penularan aktviti perbandaran ke kawasan luar bandar juga membawa gunatanah yang tidak serasi dengan persekitaran luar bandar seperti pembangunan industri berat. Ini menyebabkan tekanan kepada kemudahan infrastruktur sedia ada seperti jalan raya dan menimbulkan masalah pencemaran kepada penduduk luar bandar. Pembinaan tapak pelupusan sampah di kawasan luar bandar juga merupakan aktiviti yang tidak serasi jika ia dibina di kawasan penempatan dan pertanian.

3.85 Pembangunan perbandaran juga boleh mengubah karakter visual luar bandar seperti pembangunan pangsapuri di kawasan kampung. Pembangunan ini menghilangkan karakter unik luar bandar dan boleh menjejaskan pelancongan desa jika kawasan tersebut adalah sumber pelancongan desa. Dengan adanya strategi ini, keunikan karakter luar bandar yang berbeza-beza di negeri-negeri dapat dikekalkan dan dipulihara serta penyaluran projek dan program pembangunan yang bersesuaian dapat dilaksanakan.

Page 117: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

108Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Mewujudkan zon pemisahdengan mengambilkira jangkaan kawasan pembangunan perbandaran pada masa hadapan. Zon ini perlu dikenalpasti di peringkat penyediaan Rancangan Tempatan.

Mengenalpasti aktiviti-aktivitiyang dibenarkan di dalamzon pemisah.

Menyediakan garis panduan pembangunan desa di dalam Rancangan Tempatan.

KKLW

Jadual 3.21 : Program Pelaksanaan Bagi Memulihara Karakter Luar Bandar Dari Pencerobohan Aktiviti Pembangunan Yang Tidak Serasi Dengan Persekitaran

KKLWMOAKETENGAHKEJORAKESEDARKEDA

MOTOURPejabat DaerahPBPTKETENGAHKEJORAKESEDARKEDA

PBPTPBPT

UsahawanBeliaOrang Asli

Mengenalpasti petempatan desa yang berpotensi untuk dikekalkan terutamanya petempatan di dalam Klaster 2 dan 3 untuk pembangunan pelancongan desa dan agro.

Page 118: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

3.86 Cadangan zon pemisah antara bandar dan luar bandar adalah untuk mewujudkan satu garis sempadan di antara kawasan luar bandar dengan bandar. Namun, penetapan sempadan ini tidak menghalang pembangunan dilaksanakan di luar bandar. Projek-projek infrastruktur, infostruktur, kemudahan awam, perkhidmatan dan pembangunan ekonomi yang berupaya untuk menjana pertumbuhan ekonomi setempat adalah digalakkan.

Cadangan zon pemisah di antara kawasan bandar dengan luar bandar adalah berbentuk samada penempatan desa, kawasan pertanian atau kawasan berhutan. Zon pemisah ini perlu mengambil kira keperluan perkembangan pembangunan perbandaran pada masa hadapan. Selain daripada aktiviti pertanian, penternakan dan akuakultur, pembangunan yang dibenarkan di dalam zon pemisah pertanian ialah:-

Pelancongan agro dan desa.

Homestay.

Pembangunan perumahan mengikut peruntukan Seksyen 152 Kanun Tanah Negara.

Kemudahan rekreasi seperti futsal, gelanggang permainan, go kart dan motor cross.

Kemudahan awam seperti sekolah, institusi kerajaan dan dewan orang ramai.

109

Kawasan Luar Bandar

ZonPemisah

KawasanPebandaran

Sungai

Rajah 3.10 : Ilustrasi Konsep Zon Pemisah

Page 119: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

110

3.87 Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan di dalam zon pemisah ini perlu dimasukkan ke dalam Rancangan Tempatan. Dengan menetapkan sempadan ini, projek pembangunan dan kumpulan sasar yang bersesuaian dapat dikenalpasti. Bagi mengekalkan karakter semulajadi desa, satu garis panduan pembangunan perlu disediakan yang meliputi aspek-aspek berikut:-

Kepadatan pembangunan. Ketinggian bangunan. Reka bentuk bangunan. Jenis landskap.

Garis panduan ini akan menjadi panduan kepada reka bentuk pembangunan baru supaya ia harmoni dan menepati persekitaran semulajadi desa. Pengekalan karakter semulajadi desa juga boleh dikekalkan dengan memajukan dan mempromosi penempatan desa yang berpotensi untuk pelancongan desa, agro dan pelancongan eko seperti inap desa yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Kg. Endah, Kuala Langat dan Kg. Banghuris, Sepang Selangor. Bagi mengenalpasti penempatan desa yang berpotensi, ia boleh dirujuk kepada Rancangan Tempatan yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT).

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 120: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

111

CIRI-CIRI KAMPUNG LESTARI

Kawasan Pengeluaran (Penternakan, Pertanian, PerhutananKawasan Pemprosesan (Kilang, Bengkel, dll

Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Tadika, Sek Rendah/Menengah, Sek Agama)Keagamaan ( Masjid/Surau, Kawasan Perkuburan)Perniagaan ( Kedai, Gerai, Bengkel, Stesyen Minyak,Perbankan, dll)Kemudahan Keselamatan ( RELA, Pondok/Balai Polis)Kemudahan Perkhidmatan (Pejabat Pos, dll)

Bekalan Air Paip, Elektrik, Sistem Pungutan Sampah, Kemudahan ICT, Pengangkutan ( Jalan, Jeti, dll)

Kekerapan dan Kebolehpercayaan Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Kualiti ( Perumahan Selesa, Persekitaran Harmoni)Keselamatan Bencana Alam (Banjir, tanah runtuh, hakisan, dll)

Agensi Kerajaan (Pejabat Daerah, JKKK/JKKP)Penyedia Perkhidmatan ( KEMAS, Jabatan PertanianNGO dan Persatuan

Latihan, Motivasi, Gotong Royong, Program Keagamaan, dll)

1. Asas Ekonomi

2. Kemudahan Awam

3. Infrastruktur

4. Pengangkutan Awam

5. Persekitaran Berkualiti dan Selamat

6. Organisasi

7. Program Kemasyarakatan

Rajah 3.11 : Ciri-ciri Kampung Lestari

Page 121: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 122: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

113

3.88 Malaysia telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam pembangunan infrastruktur dan penyediaan kemudahan utiliti asas luar bandar. Di sebalik kejayaan tersebut, masih banyak yang perlu dilakukan, bukan sahaja untuk meningkatkan akses kepada infrastruktur asas ini, tetapi juga untuk menyediakan prasarana terkini yang diperlukan bagi meningkatkan lagi kualiti hidup di kawasan luar bandar.

Dianggar seramai 10.34 juta (36%) penduduk Malaysia tinggal di kawasan luar bandar pada tahun 2009 dan dijangka akan meningkat kepada 11.38 juta pada tahun 2020. Usaha akan diteruskan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur asas yang dilengkapi dengan kemudahan prasarana moden kepada penduduk luar bandar.

3.89 Penyediaan infrastruktur asas luar bandar juga mempunyai kesan langsung kepada KDNK Negara. Indeks ekonomi menunjukkan kesan berganda secara langsung perbelanjaan KDNK infrastruktur ialah 1.5 kali ganda berbanding perbelanjaannya.

3.90 Pembangunan infrastruktur dan penyediaan kemudahan awam luar bandar amat signifikan untuk perkembangan dan pertumbuhan kawasan luar bandar. Prasarana yang baik dan kondustif akan menjana pertumbuhan ekonomi negara dan dalam jangkamasa panjang mampu merapatkan jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar.

“......tumpuan khusus akan diberi kepada

pembangunan ekonomi luar bandar untuk memperbaiki

kualiti hidup di kawasan luar bandar melalui

penyediaan jalan yang mencukupi, bekalan air dan

elektrik serta kemudahan persekolahan

yang baik. Fokus juga diberi untuk

membangunkan soft infrastructure, termasuk

membangunkan keupayaan modal insan dan sistem

pengurusan organisasi’...

‘ ...Pembangunan sumber manusia perlu digilap kerana ianya elemen

terpenting dalam memastikan negara terus

berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan

pengetahuan, serta bertunjangkan sains dan

teknologi

Petikan Ucapan Y.A.B. Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi,

Mantan Perdana Menteri Malaysia,Bajet 2006

TERAS 4

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN AWAM YANG

MENYELURUH

Page 123: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

114

3.91 Kerajaan telah melancarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Infrastruktur Asas Luar Bandar bagi mempercepatkan penyediaan infrastruktur asas kepada semua rakyat. Tumpuan akan diberikan untuk menambah dan menaiktaraf rangkaian jalan luar bandar, membekalkan elektrik 24 jam dan membekalkan air bersih/terawat. Reka bentuk dan pembinaan jalan akan dipertingkat bagi menghasilkan jalan yang berkualiti dan juga mengurangkan kos penyelenggaraan melalui penggunaan teknologi dan kaedah baru penstabil tanah dan turapan konkrit. Reka bentuk tersebut akan meningkatkan tahap ketahanan jalan untuk menampung kegunaan kenderaan berat dan komersil serta menghubungkan di antara kawasan luar bandar dengan pusat ekonomi bandar.

Jalan Luar Bandar.

Pada akhir tahun 2015, sepanjang 6,312 km akan dinaiktaraf di Semenanjung Malaysia, sepanjang 2,540 km di Sabah dan 2,819 km di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk Malaysia di seluruh negara. Dalam tempoh NKRA sahaja (2010-2012) dijangka sebanyak RM13.5 billion akan dibelanjakan. Ini termasuk cadangan untuk membina sepanjang 1,900 km jalan perhubungan di Sabah dan Sarawak dimana 70% daripadanya akan diturap dan selebihnya adalah pembinaan jalan batu kerikil.Di Semenanjung Malaysia pula yang hampir kesemua penduduknya telah dihubungkan dengan jalan raya, tumpuan akan diberikan untuk menurap jalan batu kerikil. Ini akan menjadikan liputan 100% penduduk di Semenanjung Malaysia tinggal dalam lingkungan 5 km jalan berturap.

Bekalan Air Luar Bandar.

Usaha bagi meningkatkan liputan bekalan air bersih/terawat di kawasan luar bandar akan dilaksanakan secara menaiktaraf/menyediakan saluran paip dan loji rawatan air baru. Pada tahun 2015, sasaran liputan rumah di luar bandar yang akan menerima bekalan air bersih/ terawat di Semenanjung Malaysia dianggarkan 99%, di Sabah 98% dan di Sarawak 95%.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 124: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Bekalan Elektrik.

Kemudahan bekalan elektrik di luar bandar juga akan diperluaskan ke rumah-rumah di kampung-kampung tradisional di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Ini termasuklah rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak, perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, perkampungan di pulau-pulau serta penempatan di estet-estet kecil berkeluasan kurang dari 400 hektar (kurang 1,000 ektar).

Liputan bekalan elektrik luar bandar akan diperluas melalui sistem talian grid dan sistem alternatif seperti mini hidro dan solar hibrid. Liputan elektrik luar bandar dijangka mencapai hampir 100% di Semenanjung Malaysia dan 99% di Sabah dan Sarawak menjelang tahun 2020.

Bantuan rumah.

Golongan miskin tegar dan miskin terus diberikan perhatian di mana Kerajaan akan menyediakan bantuan perumahan yang lebih selesa dan selamat untuk didiami. Dalam tempoh pelaksanan NKRA, Kerajaan mensasarkan untuk membina dan membaikpulih sejumlah 50,000 unit rumah di seluruh negara.

115

Page 125: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

116

Kemudahan ICT.

Penggunaan kemudahan ICT dan pakej perisian yang sesuai akan terus dipertingkatkan kepada penduduk luar bandar. Peranan telecentre perlu diperkukuhkan dan diorientasikan semula untuk menjadi instrumen yang boleh menjana peluang pendapatan. Ianya akan digunakan bagi memasarkan produk luar bandar serta meluaskan jaringan perniagaan. Kerjasama strategik antara Kementerian dan syarikat swasta juga perlu diselaraskan untuk memastikan lebih banyak telecentre dibina. Sasarannya ialah sekurang-kurangnya satu telecentre untuk setiap mukim.

Kemudahan ameniti sosial.

Selain daripada peningkatan penyediaan infrastruktur asas, penekanan pelaksanaan juga akan difokuskan kepada penyediaan kemudahan ameniti sosial, kemudahan sanitasi dan sukan serta kawasan rekreasi kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

Pembangunan infrastruktur dan penyediaan kemudahan awam yang menyeluruh dan efisien melalui empat strategi yang telah dikenalpasti iaitu :

Menambah dan membaik pulih infrastruktur, sistem pengangkutan dan kemudahan asas.

Menilai keperluan infrastruktur dan kemudahan awam sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

Meningkatkan kerjasama antara agensi pelaksana. Meningkatkan integriti kaedah perolehan.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Page 126: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

117

STRATEGI 1

Menambah Dan Membaik Pulih Infrastruktur, Sistem Pengangkutan Dan Kemudahan Asas

3.92 Terdapat kawasan-kawasan tertentu khususnya yang terletak jauh di pedalaman masih lagi tidak disediakan kemudahan asas. Kajian PIPLB menunjukkan 50.1% responden merasakan tiada kewujudan kawasan rekreasi di kawasan mereka, kurang kemudahan ICT 48.5% dan liputan internet 36.1% menyukarkan lagi hubungan dengan dunia luar. Terdapat responden yang tidak mempunyai kemudahan bekalan air (7.1%) dan bekalan elektrik (0.5%). Proses menambah dan menaiktaraf infrustruktur perlu terus menjadi agenda pembangunan negara.

3.93 Penglibatan pelbagai agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan syarikat swasta dalam bidang sumber tenaga alternatif dan penyediaan sistem pengangkutan adalah sangat penting bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Perkongsian kemudahan merupakan alternatif kepada penduduk luar bandar untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Infrastruktur pemprosesan barang tani hendaklah dipusatkan di satu tempat yang sesuai dan penggunaannya dilaksanakan secara perkongsian antara penduduk luar bandar.

3.94 Di samping itu, mewujudkan sistem pengangkutan awam luar bandar yang efisien dan kondusif juga penting untuk memastikan akses di antara masyarakat luar bandar dengan kawasan perbandaran berada pada tahap terbaik. Jadual di bawah adalah beberapa program yang dicadangkan bagi mencapai strategi ini.

Page 127: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

118Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Memperluaskan projek pembangunan infrastruktur

Penduduk Luar Bandar

KKLW JKRICUMOFKeTTHAMOTKPKT

*Lebih 500,000 buah rumah akan mendapat manfaatRMKe10: *BALB =317,100buah rumah*BELB=141,000Jumlah: 458,000buah rumah

Teknologi alternatif bekalan air dan elektrik

Mengadakan dan memperluaskan liputan kemudahan bergerak

Perkongsian kemudahan

Jadual 3.22 : Mekanisme Pelaksanaan Strategi Bagi Menambah Dan Membaikpulih Infrastruktur, Sistem Pengangkutan dan Kemudahan Asas

Nota:* Tempoh pelaksanaan NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar : 3 tahun (2010-2012), Buku RMKe-10 : ms.177

Page 128: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

STRATEGI 2

Menilai Keperluan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Sebelum Sesuatu Projek Dilaksanakan

3.95 Penilaian kepada keperluan infrastruktur dan kemudahan awam perlu dilakukan untuk memastikan sejauh mana kemudahan tersebut diperlukan dan supaya tidak timbul isu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit. Kajian keperluan juga penting untuk mengenal pasti atau meramalkan kesan negatif atau positif kemudahan tersebut terhadap sosial dan ekonomi apabila sesebuah projek pembangunan hendak dilaksanakan.

3.96 Dapatan kajian PIPLB menunjukkan terdapat beberapa projek pembangunan yang tidak menepati kehendak rakyat atau objektif yang telah digubal. Di samping itu, terdapat beberapa projek yang terbengkalai, dan ada yang tidak digunakan sepenuhnya oleh masyarakat tempatan. Pelaburan Kerajaan tidak setimpal dengan pulangan yang diharapkan oleh Kerajaan. Ketidaksepadanan antara keperluan kehendak rakyat dan kesesuaian sesuatu projek itu bukan hanya merugikan Kerajaan malahan tidak menyumbang kepada pembangunan luar bandar.

3.97 Kerja-kerja penilaian keseluruhan aspek di peringkat awal akan mengambil kira semua keperluan rakyat luar bandar agar tidak menimbulkan masalah yang besar terhadap pembangunan yang dijalankan. Bagi memastikan segala bentuk keperluan infrastruktur dan kemudahan awam ini dibangunkan dengan efisien, maka kajian keperluan adalah sangat penting.

119

Page 129: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

120Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.98 Satu program pemantauan yang berkesan dan telus bagi memantau projek melibatkan semua fasa bermula dari pengenalpastian projek, perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. Kajian keperluan dan analisa kemungkinan (need and feasibility analysis studies) perlu dilaksanakan untuk menentukan keupayaan sesuatu projek. Manakala bagi projek-projek yang sudah dilaksanakan, satu pengauditan perlu dijalankan. Sehubungan itu, garis panduan pemantauan projek yang digunapakai pada masa ini akan dikaji semula untuk tujuan penambahbaikan.

Page 130: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

121

STRATEGI 3

Meningkatkan Sinergi Dan Kerjasama Antara Agensi Pelaksana

3.99 Kejayaan dasar dan program pembangunan negara bukan terletak di bahu satu agensi atau satu kementerian sahaja. Ia memerlukan penyatuan tenaga, masa dan kewangan daripada pelbagai pihak samada dari sektor awam, swasta atau masyarakat umum serta kawal selia badan-badan bukan kerajaan. Justeru itu, sistem dan penyelarasan yang berkesan perlu diwujudkan.

3.100 Agensi pelaksana perlu berpadu mempertingkatkan sinergi dan kerjasama di dalam menyelaraskan kemudahan yang hendak disampaikan kepada golongan sasar. Kurangnya penyelarasan telah menyebabkan pertindihan peranan dan menyukarkan jalinan kerjasama. Keadaan ini juga memungkinkan berlakunya pembaziran pelbagai sumber. Oleh itu, strategi bagi meningkatkan jalinan sinergi dan kerjasama di antara agensi pelaksana adalah sangat penting.

3.101 Peranan jentera pelaksana program pembangunan luar bandar perlu diperkukuhkan melalui jawatankuasa penyelarasan di peringkat kementerian, negeri dan tempatan. KKLW akan menjadi penyelaras utama Majlis Konsultatif Luar Bandar dengan keahlian dianggotai oleh pelbagai agensi, kementerian dan jabatan yang terlibat dengan pembangunan luar bandar.

Di antara kementerian lain yang terlibat ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Di peringkat negeri pula, Pejabat Daerah akan menyelaras jawatankuasa di peringkat daerah.

Page 131: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

122Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 4

Meningkatkan Kecekapan, Keberkesanan Dan Integriti Kaedah Perolehan

3.102 Di antara faktor kejayaan pelaksanaan projek infrastruktur asas luar bandar adalah bergantung kepada kewibawaan kontraktor. Dasar Kerajaan menetapkan kontraktor-kontraktor tempatan dilibatkan dengan kerja-kerja pembangunan ini, namun hasilnya kadangkala mendukacitakan.

Penambahbaikan kaedah perolehan yang sedia ada dan pemantauan yang telus perlu dilakukan. Pendekatan telus perlu dilaksana-kan bagi memastikan kontraktor yang berpotensi daripada sektor swasta memenuhi kriteria minimum, termasuklah dari segi kedudukan kewangan, rekod di dalam pengembangan perniagaan dan kecemerlangan pengurusan serta tawaran mereka untuk membantu pembangunan Bumiputera di dalam menjayakan gagasan 1Malaysia. Pendekatan yang menggunakan sistem merit dan demerit perlu diguna pakai untuk mengklasifikasikan prestasi kontraktor mengikut hasil dan mutu kerja mereka.

Page 132: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

123

STRATEGI 5

Mempertingkatkan Penggunaan Jalur Lebar Dan ICT

3.103 Kemajuan sosial dan ekonomi kini bersandarkan kepada kebolehan seorang individu atau masyarakat menggunakan ilmu pengetahuan. Kini dan di masa hadapan lebih banyak ilmu dan maklumat disalurkan melalui sistem ICT. Namun, masyarakat luar bandar akan terus menjadi golongan yang terpinggir dan tercicir, sekiranya langkah-langkah proaktif tidak diambil untuk membolehkan mereka memanfaatkan ledakan digital ini.

3.104 Di dalam era moden yang dipacu oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, pihak yang menguasai maklumat mempunyai kelebihan. Jika dibandingkan dengan masyarakat bandar, masyarakat luar bandar berada di tahap yang rendah dari aspek perkembangan ICT. Kajian PIPLB menunjukkan terdapat 36.1% keluarga tidak mencapai liputan internet di kampung mereka.

3.105 Strategi untuk merapatkan jurang digital meliputi program-program meluaskan akses infrastruktur ICT, menyediakan peruntukan kemudahan dan perkhidmatan yang mampu dibeli, serta meningkatkan kesedaran dan pendidikan. Di samping itu, penggalakan pembangunan kandungan tempatan (local content) juga akan diberi penekanan.

Page 133: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

124

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLW

Jadual 3.23 : Program Pelaksanaan Bagi Mempertingkatkan Projek Perkembangan Jalur Lebar Dan ICT

Penubuhan pusat-pusat ICT terutama MIDProgram kesedaran dan pendidikanProgram pembiayaanPelupusan liputan jalur lebar

Masyarakat luar bandar terutama belia dan usahawan

Kementerian PeneranganMalaysia

Universal Service Provider (USP)

Page 134: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.106 Kerajaan telah memberi tumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kumpulan etnik sejak negara mencapai kemerdekaan. Usaha tersebut telah mencapai kejayaan yang membanggakan di mana kadar kemiskinan negara telah mencatatkan penurunan yang besar iaitu daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 3.8% pada tahun 2009. Secara lebih spesifik kemiskinan luar bandar telah dapat dikurangkan daripada 705,900 Ketua Isi Rumah (KIR) pada tahun 1970 kepada 158,385 (KIR) pada tahun 2009. Di samping itu juga kadar miskin tegar telah dapat di kurangkan daripada 5.2% pada tahun 1990 kepada 1.8% pada tahun 2009. Jadual di bawah menunjukkan prestasi dan kejayaan yang telah dicapai oleh negara dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf kesejahteraan hidup warga miskin di negara ini.

“Justeru, adalah perlu kita memperbaharui polisi

afirmatif terhadap MBE yang akan memberi

tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua

golongan yang kurang bernasib baik. Ia akan

memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat-

mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah

dan Sarawak serta golongan miskin luar

bandar di Semenanjung Malaysia yang

seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara”

Petikan ucapan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semasa

Persidangan Invest Malaysia, 2010,Kuala Lumpur

TERAS 5

PENINGKATAN KUALITI HIDUP DAN PENDAPATAN ISI RUMAH DI DALAM KUMPULAN

BERPENDAPATAN 40% TERENDAH

125

Jadual 3.24 : Insiden Kemiskinan dan Bilangan Isi Rumah Miskin Di Luar Bandar (1970-2009)

1970

58.6

705.9

-

-

1,203.4

1980

37.7

568.5

-

-

1,500.7

1990

21.8

530.3

5.2

126.8

2,431.9

1999

14.8

323.2

3.6

79.8

2,187.5

2002

13.5

198.3

2.6

40.3

1,737.7

2009

8.4

158.3

1.8

34.2

1,895.8

Insiden Kemiskinan (%)

Bil. Isi Rumah Miskin (’000)

Insiden Miskin Tegar (%)

Bil. Isi Rumah Miskin Tegar (%)

Jumlah Isi Rumah

Page 135: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

126Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.107 Walaupun kejayaan ini boleh dibanggakan, namun masih terdapat kelompok-kelompok masyarakat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang masih sukar dilepaskan daripada belenggu kemiskinan walaupun berbagai usaha telah dilaksanakan. Sebagai contoh, di Semenanjung, daripada keseluruhan 27,841 KIR Orang Asli, sejumlah 13,945 atau (50.09%) adalah miskin dan 9,003 atau (32%) berada pada status miskin tegar (JHEOA 2008).

Sejumlah 76% daripada mereka yang miskin ini menetap di 323 buah perkampungan di pedalaman. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 21 April 2010 yang lalu masih terdapat sejumlah 53,745 (KIR) miskin di luar bandar dan 32,575 (KIR) miskin tegar. Jadual di bawah menunjukkan taburan KIR miskin tegar, miskin dan mudah miskin mengikut negeri dan kategori.

Miskin Miskin Tegar Mudah Miskin

Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar Bandar Luar BandarNegeri

Bilangan Bilangan Bilangan Bilangan Bilangan Bilangan

Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Perak

Perlis

Pulau Pinang

Sabah

Sarawak

Selangor

Terengganu

WP Kuala Lumpur

WP Labuan

WP Putrajaya

Jumlah

870

566

1575

497

144

468

783

265

688

3,495

1140

891

3,900

365

161

-

15,808

1,939

3,246

6,305

381

518

1417

3,510

827

1,025

13,261

14,185

1,779

5,285

-

67

-

53,745

125

196

377

70

10

66

192

24

91

2,202

424

132

178

41

3

-

4,131

489

1,361

2,645

76

43

359

1,205

134

182

14,723

10,900

769

494

-

5

-

32,575

1,908

718

2,110

1,328

485

1,153

1,094

534

2,699

2,991

2,595

2,012

5,046

1,023

330

1

26,027

3,605

5,511

11,595

1,572

2,777

4,492

6,280

2,545

5,328

10,763

16,081

4,192

9,012

-

182

4

83,939

Jadual 3.25 : Jumlah KIR Miskin Tegar, Miskin dan Mudah Miskin Mengikut Negeri

Page 136: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.108 Kerajaan akan terus memberikan tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan tahap pendapatan kira-kira 2.4 juta isi rumah 40% terendah (pendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan). Pecahan daripada angka ini, 1.8% adalah merupakan isi rumah miskin tegar, 7.6% isi rumah miskin dan bakinya 90.6% isi rumah dalam kumpulan berpendapatan rendah. Pada tahun 2009, purata pendapatan bulanan isi rumah berpendapatan 40% terendah adalah sebanyak RM1,440. Butiran lanjut mengenai isi rumah 40% terendah adalah seperti ditunjukkan di rajah-rajah di bawah.

127

Bumiputera

Cina

India

Lain-lain

66.8

25.4

7.4

1.3

PendudukB40 : Kelas Pendapatan <RM2,300

73.5

7.4

0.6

18.5

Rajah 3.13 : Perbandingan Taburan Penduduk Malaysia dan Isi Rumah Berpendapatan 40% Terendah (B40), 2009

Isi Rumah Berpendepatan40% terendah

(2.40 juta)

Bandar

51.4%(1.24j)

LuarBandar

48.5%(1.17j)

Bumiputera Cina India & :ain-lain Bumiputera Cina India & :ain-lain

Bandar Luar Bandar0.5 %

11.1%

29.2%

59.1%88.6%

00.8%3.4%

7.2%

Rajah 3.12 : Isi Rumah Berpendapatan 40% Terendah Dan Kumpulan Etnik, 2009

Page 137: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

128Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

“We have set our sights on completely eradicating hardcore poverty by the

end of 2010 and reducing the incidence of poverty to 2.8% in 2010 (from 3.6% today). In addition, we will implement measures to enhance the productivity

of low-income households (LIH) who do not fall under the categories of poor and

extreme poor”.

Government Transformation Programme Roadmap, 2010.

300

250

200

150

100

50

0Perak Sabah Johor Kedah S’Wak S’ngor K’tan Pahang T’gganu P.P’ng N.S’lan WPKL M’lka Perlis Labuan P’jaya

Miskin Tegar 3.0 24.3 0.5 3.6 5.2 1.1 3.1 0.9 1.2 0.5 0.2 0.3 0.3 0.4 0.1 -

Miskin Tegar

Miskin

Pendapatan Rendah

Miskin 16.0 73.0 9.0 18.8 21.7 7.3 11.7 6.2 7.2 3.9 1.5 2.2 0.6 2.7 0.6 -

Pendapatan Rendah 282.5 177.2 258.6 222.5 217.5 226.6 183.5 148.5 109.0 111.2 87.5 66.8 57.4 28.2 4.4 1.4

Rajah 3.14 : Taburan Isi Rumah Berpendapatan 40% Terendah Mengikut Negeri Tahun 2009

Page 138: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.109 Iltizam Kerajaan bahawa isi rumah kumpulan ini, tanpa mengira etnik atau lokasi, akan diberikan bantuan dan sokongan mengikut keperluan masing-masing. Tiga strategi utama telah dikenal pasti untuk diguna pakai dalam meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan 40% terendah iaitu: Menyediakan sokongan bagi membina keupayaan dan meningkatkan potensi menjana pendapatan melalui pendidikan dan keusahawanan.

Menangani keperluan taraf hidup semasa dengan meningkatkan akses kepada kemudahan asas.

Melaksana program khusus untuk kumpulan sasar yang mempunyai keperluan tertentu seperti Bumiputera di Sabah dan Sarawak, etnik minoriti; seperti masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia; penduduk di kampung baru Cina; dan pekerja ladang yang sebahagian besarnya berketurunan India. 3.110 Kerajaan turut meletakkan sasaran jangka sederhana bagi mencapai sasaran berikut: Mengurangkan insiden kemiskinan daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada 2.0% pada tahun 2015.

Meningkatkan purata pendapatan isi rumah 40% terendah daripada RM1,440 pada tahun 2009 kepada RM2,300 pada tahun 2015.

Memperbaiki ketaksamaan pendapatan keseluruhan dengan mengurangkan Pekali Gini daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.420 pada tahun 2015.

Meningkatkan peratusan isi rumah 40% terendah yang mempunyai kelayakan SPM atau ke atas daripada 30.0% pada tahun 2009 kepada 45.0% pada tahun 2015.

Sumber: Rancangan Malaysia Kesepuluh, ms 153 dan 154

129

Page 139: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

130Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.111 Dalam usaha pembangunan bagi isi rumah 40% terendah, terdapat pelbagai isu dan cabaran yang boleh dikategorikan di bawah empat (4) bidang utama iaitu: Pembasmian kemiskinan negara secara menyeluruh. Perancangan dan pelaksanaan. Pemantauan dan penilaian. Sinergi dan pemantapan. 3.112 Senario pockets of poverty yang masih wujud menghambat pelaksanaan terutama dalam mengenal pasti kumpulan sasar dengan lebih tepat, menyeluruh dan telus. Pelaksanaannya memerlukan pembiayaan kos pembangunan yang besar berikutan halangan bentuk muka bumi dan keterpencilan kawasan daripada capaian kemudahan (accessibility) prasarana asas. 3.113 Perancangan program/projek pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan kumpulan 40% terendah masih berhadapan dengan cabaran untuk merangka projek yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan (viable, marketable dan sustainable). Namun begitu, keterbatasan untuk merangka program yang komprehensif disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

Kapasiti agensi pelaksana yang terbatas dari segi sumber manusia, ilmu, dan kemudahan.

Kekurangan data di dalam pangkalan data berpusat e-Kasih berhubung kumpulan sasar terutamanya isi rumah 40% terendah yang menyukarkan proses need assessment bagi mengenalpasti jenis bantuan dan projek yang perlu dilaksanakan.

Tiada agensi khusus/peneraju di peringkat daerah yang merencana dan memantau projek serta mendampingi dan mendengar suara-suara kumpulan sasar.

Page 140: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Kecenderungan perancangan lebih ke arah top-down berbanding bottom-up.

3.114 Langkah pemantauan dan penilaian yang masih minima terus membelenggu pelaksanaan program/projek. Senario ini sekiranya tidak ditangani boleh menyebabkan kegagalan bagi sesetengah projek di bawah PIPLB. Ketiadaan laporan pemantauan dan penilaian secara berkala ini boleh menyebabkan usaha-usaha menyelamat dan membaikpulih sesetengah projek tidak dapat dibuat pada kadar segera.

3.115 Isu sinergi dan pemantapan pelaksanaan program memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan usaha Kerajaan mencapai sasaran yang ditetapkan. Pembentukan mekanisme penyelarasan akan mewujudkan jentera penyelarasan yang lebih kemas dan berkesan ke arah menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi di peringkat pelaksanaan secara lebih cepat dan tepat. STRATEGI MENANGANI CABARAN DAN MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DAN PENDAPATAN KUMPULAN 40% TERENDAH 3.116 Strategi utama dalam meningkatkan pendapatan dan taraf ekonomi kumpulan 40% terendah adalah seperti berikut: Melaksanakan pembangunan modal insan dan pengupayaan masyarakat yang efektif dengan memperkasakan harga dan keupayaan diri, mempertingkatkan tahap pendidikan dan memperluaskan latihan dan kemahiran di pelbagai peringkat, bidang serta peluang.

Memacu pembangunan ekonomi yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan dengan mewujudkan jalinan rantaian antara industri desa dengan bandar dan mempelbagaikan aktiviti ekonomi khususnya pelancongan desa dan industri berasaskan sumber.

131

Page 141: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

132Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Menyediakan perumahan bagi kumpulan rapuh dan miskin tegar serta skim rumah mampu milik.

Meningkatkan kesedaran kesihatan dan pemakanan seimbang.

Memantapkan jaringan keselamatan sosial.

3.117 Bagi merealisasikan lima strategi utama tersebut, sejumlah lapan (8) langkah khusus telah dikenalpasti seperti berikut: Menyediakan aktiviti yang menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi golongan berpendapatan rendah di luar bandar seperti meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan memperkukuhkan sokongan kepada mereka yang bekerja sendiri.

Meningkatkan akses kepada kemudahan dan ameniti bagi masyarakat luar bandar.

Meningkatkan kemahiran insaniah, kerangka pemikiran, sikap, nilai yang positif dan kemahiran keusahawanan seperti menyediakan akses peluang pendidikan yang lebih saksama kepada kanak-kanak dalam kalangan isi rumah 40% terendah.

Mempertingkatkan perkongsian pintar awam-swasta seperti mempergiatkan kerjasama dengan pihak swasta dan NGO dalam pelaksanaan program/projek dengan menyediakan insentif seperti Geran Sepadan (matching grant).

Memastikan penyertaan komuniti dan penglibatan masyarakat sivil secara efektif dan dinamik melalui cadangan penubuhan One Stop Centre kesejahteraan rakyat (Pusat Sejahtera Rakyat - PSR) di peringkat daerah.

Mengenalpasti jurang, mengintegrasi dan menyelaras serta menambah baik kaedah pemantauan dan penilaian di kalangan agensi pelaksana melalui pengukuhan pangkalan data e-Kasih dan mekanisme Focus Group 40% terendah sama ada di peringkat pusat, negeri dan daerah dalam konteks merangka perancangan pelaksanaan serta pemantauan projek-projek.

Page 142: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Memperluaskan jaringan keselamatan sosial yang lebih komprehensif bagi menangani masalah golongan miskin dan mudah terjejas (vulnerable group).

Mempergiatkan pembangunan bagi golongan minoriti yang terpinggir terutama di kalangan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan golongan minoriti di Sabah dan Sarawak secara bersepadu.

“Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

akan melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama

Kementerian (MKRA) yang menyasarkan tiga aspek utama demi kemajuan

kawasan di luar bandar. Tiga bidang utama yang akan diberi penekanan

ialah meningkatkan pendapatan pekebun kecil,

merancakkan pembangunan usahawan

dan mengutamakan pembangunan Orang Asli”.

Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah (KKLW), 25 Jan 2010.

133

Page 143: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

134Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 1

Membantu Menyedia/Menaiktaraf Perumahan Yang Selesa Dan Selamat Bagi Kumpulan Rapuh

Dan Miskin Tegar

3.118 Kediaman merupakan kemudahan asas yang penting di dalam aspek pembangunan dalam sesuatu kumpulan masyarakat. Ini adalah kerana kediaman merupakan tunjang kepada institusi kekeluargaan yang akan memberi kesan terhadap hubungan interaksi sosial. Kediaman yang selesa memberi kesan positif terhadap perhubungan sosial penghuni dengan masyarakat yang berada di kawasan sekitarnya.

Isu berkenaan keadaan rumah responden dapat disokong dengan hasil kajian PIPLB yang telah dilaksanakan. Hasil daripada kajian PIPLB, mendapati sebanyak 65.0% responden memiliki rumah dalam keadaan sederhana, diikuti dengan rumah yang berkeadaan baik (26.0%) dan rumah dalam berkeadaan daif (6.8%). Memandangkan tempat kediaman merupakan pusat bermulanya interaksi hubungan sosial antara masyarakat, kerajaan harus memberi tumpuan serta meneruskan bantuan dalam menangani isu ini.

3.119 Namun bantuan yang dihulurkan hanya spesifik kepada kumpulan miskin tegar sa-haja. Manakala bantuan kepada kumpulan lain adalah lebih berbentuk kepada program rumah mampu milik melalui pinjaman mudah kera-jaan. Antara program-program yang dirangka bagi mencapai strategi ini ialah seperti jadual berikut:-

Page 144: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.120 Program bantuan perumahan yang dicadangkan kini lebih telus dan sampai kepada golongan sasar. Kemudahan rumah yang selesa bukan sahaja mewujudkan bangunan yang baik dan mempunyai ruang yang memadai, tetapi juga perlu dilengkapi dengan kemudahan prasarana asas.

3.121 Di samping bantuan perumahan, usaha mewujudkan kampung tersusun wajar diteruskan. Ini kerana kampung tersusun dapat menyediakan suasana yang kondusif untuk memantapkan kualiti hidup dan sekali gus menjadikan kehidupan di luar bandar lebih menarik. Ia juga dapat mengurangkan kadar penghijrahan dari desa ke bandar jika pembangunan ekonomi luar bandar dan sekitarnya mampu menyerap tenaga kerja sedia ada. Bagi kumpulan lain program perumahan baru atau program rumah mampu milik wajar diwujudkan oleh kerajaan. Ini akan membolehkan golongan 40% berpendapatan terendah memiliki rumah melalui skim bayaran mudah yang dapat disediakan oleh kerajaan.

135

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLWINFRAJHEOAGIATMARA

Jadual 3.26 : Mekanisme Bagi Membantu Menaiktaraf Perumahan Yang Selesa Dan Selamat Bagi Kumpulan Rapuh Dan Miskin Tegar

Program Bantuan Rumah (PBR) dan baikpulih rumah (khusus untuk kumpulan miskin tegar sahaja).

Program Pembangunan Kampung Tersusun.

Program Rumah Mampu Milik.

Program membangunkan prasarana dan kemudahan awam.

Masyarakat Orang AsliIbu TunggalNelayan/ Petani MiskinOKU

JKMKEMASJKRJBANGOSwastaPejabat DaerahYBKJPM

52,826*

Nota : * Perancangan di bawah PBR, KKLW

Page 145: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

136Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 2

Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Dan Pemakanan Seimbang

3.122 Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sejahtera. Sebuah keluarga yang sihat dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial dan psikologi secara optima. Justeru itu, program-program sesuai yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat luar bandar mengenai pentingnya kesihatan dan pemakanan seimbang perlu dirangka dan diperhebatkan. Langkah berikut akan diambil di bawah PIPLB dalam menangani masalah tahap kesihatan yang rendah di luar bandar:-

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Jadual 3.27 : Mekanisme Bagi Meningkatkan Tahap Kesihatan dan Pemakanan Seimbang.

Meneruskan Bantuan Bakul Makanan kpd kelompok 6 bulan – 4 tahun.

Meluaskan Bantuan Bakul Makanan kpd kelompok5-7 tahun.

Membina lebih banyak klinik di kawasan pendalaman

Meningkatkan khidmatkesihatan.

Meningkatkan kempenkesedaran gaya hidup sihat.

Menambah bilangan RumahTransit untuk Orang Asli

Orang AsliIbu TunggalOKUBayi dan Kanak-kanak

MOH JKMKKLWNGOSwastaJabatan KesihatanYayasan Basmi Kemiskinan

Page 146: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

137

3.123 Program Bantuan Bakul Makanan dilihat masih lagi relevan dan perlu diteruskan bagi membantu masyarakat Orang Asli dan kumpulan miskin tegar. Ini akan dapatmengatasi masalah kekurangan zat makanan di kalangan anak-anak mereka di samping menjamin tahap kesihatan yang lebih baik. Ia juga dapat meringankan masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh mereka.

3.124 Perkhidmatan kemudahan kesihatan juga amat perlu dipertingkatkan di kawasan luar bandar. Kemudahan klinik dan van bergerak terutama di kawasan pendalaman luar bandar wajar ditambah dan diperluaskan capaian perkhidmatannya. Bagi kemudahan komuniti Orang Asli yang tinggal jauh di kawasan pendalaman, pusat transit perlu ditambah bilangannya untuk memastikan golongan minoriti ini memperolehi perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya.

Page 147: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 148: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 3

Memantapkan Jaringan Keselamatan Sosial

3.125 Hubungan sosial merupakan aspek penting di dalam pembangunan masyarakat. Takrifan bagi sosial adalah “memenuhi kewajipan kita kepada masyarakat secara umum, kepada mereka di dalam persekitaran yang terdekat, dan juga kepada diri sendiri” (Barker, 1987). Oleh yang sedemikian, hubungan sosial yang tidak berfungsi akan menggugat keharmonian hidup bermasyarakat dan perkembangan peribadi.

3.126 Di dalam pembangunan sosial masyarakat luar bandar, beberapa isu telah dikenal pasti. Di antara isu utama ialah berhubung kemiskinan. Golongan ini adalah terdiri dari mereka yang uzur, lanjut usia, tidak mampu bekerja dan tiada sumber pendapatan. Bagi mengatasi masalah ini program yang akan dilaksanakan ialah seperti berikut:-

139

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Memperbanyak dan memantapkan rumah ihsan dan rumah orang tua.

Kempen kesedaran keluarga.

OKU Pesakit Kronik Orang Tua Uzur

JKM KEMAS Jabatan Agama NGO Swasta

Jadual 3.28 : Mekanisme Memantapkan Jaringan Keselamatan Sosial

Page 149: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

140Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.127 Dengan adanya kemudahan rumah ihsan dan rumah orang tua, ia dapat mengurangkan beban penderitaan golongan kurang bernasib baik. Walau bagaimanapun, kesedaran menjaga orang tua adalah merupakan tanggungjawab ahli keluarga masing-masing. Bantuan dan sokongan untuk terus hidup perlulah datang daripada setiap ahli keluarga itu sendiri.

Page 150: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

141

3.128 Berdasarkan teras dasar dan strategi, ringkasan kerangka pelaksanaan program-program ke arah meningkatkan kualiti dan kesejahteraan kumpulan 40% terendah adalah seperti di jadual di bawah.

Jadual 3.29 : Ringkasan Kerangka Pelaksanaan Program-program Meningkatkan Kualiti dan Kesejahteraan Kumpulan 40% Terendah

Bil Nama Program Sasaran Objektif/Strategi Program yang akan terlibat

Program Bersepadu Pembasmian Kemiskinan

Isi rumah miskin dan miskin tegar yang masih di usia produktif

Melaksanakan projek yang memberikan impak Big Win;Memperkukuhkan pembangunan modal insan menerusi latihan kemahiran dan kursus perubahan sikap; Menyediakan kemudahan infrastruktur, utiliti dan ameniti sosial yang mencukupi; danMempergiatkan lagi aktiviti penjanaan pendapatan dan mengurangkan kebergantungan berterusan kepada bantuan Kerajaan

PerumahanPembangunanModal InsanPeningkatan Pendapatan

Program Peningkatan Pendapatan Rendah dan Menengah Rendah

Meningkatkan employability dan daya keusahawanan;Fasilitasi kumpulan sasaran kepada pasaran kerja melaluijob matching; Meningkatkan akses kepada kemudahan bantuan modal,khidmat nasihat, ruang niaga daninfrastruktur pemasaran; danMempergiatkan lagi aktiviti penjanaan pendapatan dan mengurangkan kebergantungan berterusan kepada bantuan Kerajaan.

Peningkatan PendapatanPembangunan Modal Insan

Isi rumah berpendapatan rendah dan menengah rendah

Program Pembasmian Kemiskinan Khas

Kumpulan etnik minoriti di Sabah dan Sarawak, masyarakat OrangAsli di Semenanjung Malaysia, penduduk kampung baru Cina dan pekerja ladang

Melaksanakan program pembangunankawasan melibatkan penyediaan unit rumah, aktiviti ekonomi dan modal insan; Menyediakan kemudahan infrastrukturutiliti dan ameniti sosial yang mencukupi; dan Mempergiatkan lagi aktiviti penjanaan pendapatan dan mengurangkan kebergantungan berterusan kepada bantuan Kerajaan.

PerumahanPembangunan Modal InsanPeningkatan PendapatanPenempatan Semula (Resettlement) Agropolitan

Program Penyediaan Bantuan Sosio ekonomi

Kumpulan miskin/miskin tegar – keutamaan golongan OKU, warga emas, ibu tunggal dan pesakit kritikal

Menyediakan sokongan sosial kepadakumpulan sasar (safety net)

PerumahanPembangunan ModalInsanPeningkatan Pendapatan

Program Pembangunan Infrastruktur Asas Luar Bandar

Penduduk di kawasan luar bandar dengan tumpuan kepada negeri-negeri kurang maju

Meliputi penyediaan infrastruktur, utiliti dan ameniti sosial, sanitasi, pusat pertumbuhan dan sistem pengangkutan; danMeningkatkan kualiti hidup dan menjana pertumbuhan ekonomi luar bandar

Program Infrastruktur AsasProgram Pembangunan Wilayah dan Bandar Baru

1

2

3

4

5

Page 151: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 152: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.129 KKLW merupakan agensi utama dalam membangunkan kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, peranan stakeholders yang lain juga penting tetapi harus diuruskan secara cekap dan berkesan. Pembangunan bersepadu ini dirangka bersama bagi mencapai aspirasi negara. Kewujudan pelbagai institusi di peringkat luar bandar, adalah penting namun sekiranya tiada penyelarasan ianya akan menyebabkan beberapa isu yang boleh merencatkan pembangunan luar bandar.

3.130 Pelaksanaan falsafah, dasar, pelan dan strategi pembangunan luar bandar merupakan tanggungjawab nasional yang memerlukan satu rangka kerja institusi yang mantap. Penyelarasan dan koordinasi yang rapat di antara Kerajaan Pusat dan Negeri hingga ke peringkat daerah akan menentukan kejayaan program pembangunan luar bandar. Malahan, penyertaan yang padu dari masyarakat setempat akan menentukan kejayaan di samping kerjasama dari semua agen penyampaian. Satu jentera pentadbiran yang bersepadu yang mempunyai misi dan fungsi yang jelas serta berakauntabiliti perlu diwujudkan. Ini akan diperkukuhkan dengan mekanisme penilaian dan pengawasan serta pemantauan yang rapi.

Membangun kawasan kediaman yang berdaya

maju dan menarikRMKe-10

TERAS 6

PENGURUSAN PEMBANGUNAN YANG BERSEPADU

143

Page 153: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

144Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Kedudukan Semasa

3.131 Pada masa kini, terdapat pelbagai agensi berperanan membangunkan kawasan luar bandar secara berasingan. Kebarangkalian pelbagai bantuan dari pelbagai agensi diterima oleh golongan sasar atau penerima yang sama sering wujud. Akibat daripada itu, sumber atau peruntukan kerajaan yang terhad tidak dapat digunakan secara optimum atau tidak sampai kepada golongan sasar yang diharapkan.

Rajah 3.15 : Program Pelaksanaan Bagi Mengkaji Semula Institusi Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 2Memperkukuhkan sistem pemantauan dan penilaian

STRATEGI 1Mengkaji semula institusi

pembangunan luar bandar

STRATEGI 5Meningkatkan tahap kapasiti agensi dan pegawai pelaksana

STRATEGI PENGURUSAN PEMBANGUNAN YANG

BERSEPADU DI KAWASAN

LUAR BANDAR

STRATEGI 4Mempertingkatkan

kerjasama dengan agensi-agensi

awam, swasta dan badan bukan kerajaan

STRATEGI 3Memperluaskan serta

memperkukuhkan sistem penyampaian maklumat

Page 154: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Isu dan Cabaran Semasa

3.132 Program-program kementerian/agensi ini semuanya memberi tumpuan kepada golongan sasar yang sama. Keadaan ini akan mewujudkan pertindihan fungsi, pembaziran sumber dan peruntukan serta kekeliruan di kalangan kumpulan sasar.

3.133 Di samping itu, pelbagai masalah birokrasi dan penyelarasan masih timbul yang mengurangkan keberkesanan pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan. Terdapat pelbagai masalah di peringkat pra pelaksanaan, pelaksanaan dan pasca pelaksanaan.

3.134 Modal insan yang cemerlang dan kepimpinan yang baik adalah aset penting yang berperanan dalam membangunkan kawasan kampung supaya menjadi lebih maju, menarik dan menguntungkan. Isu dan cabaran terpenting adalah bagaimana untuk meningkatkan pengupayaan penduduk di desa dan bagaimana potensi mereka boleh digilap secara terancang dan berterusan. Pemimpin yang berpotensi dan berkaliber di kawasan luar bandar juga semakin berkurangan kerana anak-anak muda yang berpendidikan tinggi tidak lagi bekerja di kampung. Mereka yang tidak berpeluang mencari penghidupan di bandar sahaja yang akan tinggal di luar bandar. Ini mewujudkan fenomena hakisan pemimpin pelapis yang berpotensi dan berkaliber di ka-wasan luar bandar.

145

Page 155: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

146

STRATEGI 1

Mengkaji Semula Sistem Pengurusan Institusi Pembangunan Luar bandar

3.135 Sistem pengurusan yang baik, tersusun dan sistematik akan memastikan kejayaan sesuatu pembangunan. Segala bentuk perancangan dan pembangunan perlu diuruskan dengan lebih sistematik agar mencapai matlamat pembangunan yang dikehendaki. Justeru itu, PIPLB ini menggariskan strategi bagi mengkaji semula institusi pembangunan luar bandar agar ianya dapat ditambah baik supaya lebih tersusun dan lebih sistematik. Antara program penambahbaikan bagi pengurusan luar bandar ialah memperkemas dan menyusun semula struktur organisasi pelbagai agensi yang terlibat dengan pembangunan luar bandar dan menubuhkan Majlis Konsultatif Luar Bandar bagi menguruskan segala bentuk perancangan dan pembangunan luar bandar.

Sebagai contoh, peranan KEMAS di bawah KKLW hendaklah diperkasa untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan di kawasan luar bandar. Fungsi KEMAS perlu dibantu oleh rakan strategik lain seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi-agensi di peringkat tempatan, negeri mahupun nasional. Program pengupayaan dalam institusi pembangunan luar bandar merupakan langkah pelaburan jangka panjang dalam pembangunan institusi dan modal insan.

3.136 Kini terdapat 15,188 JKKK di seluruh negara. JKKK adalah sebagai jentera pengurusan dan agen pembangunan yang perlu diperkasa. Pemilihan JKKK perlulah berdasarkan merit dan merujuk kepada kelayakan yang ada. Dengan pemilihan berdasarkan kepada kelayakan, adalah diharapkan akan dapat memberi semangat kepada kepemimpinan JKKK ini untuk berkhidmat demi pembangunan kawasan mereka dengan lebih gigih dan produktif lagi. Jadual berikut menunjukkan bilangan JKKK mengikut negeri bagi tahun 2009:

Page 156: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

147

Jadual 3.30 : Bilangan JKKK Mengikut Negeri Bagi Tahun 2009

Negeri Bilangan JKKK/P

Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Perak

Perlis

Pulau Pinang

Sabah

Sarawak

Selangor

Terengganu

W.P Labuan

Jumlah

666

1,899

597

232

381

542

818

371

142

2,699

5,448

381

985

27

15,188

Page 157: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

148Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

52,826*

Jadual 3.31 : Program Pelaksanaan Bagi Mengkaji Semula Institusi Pembangunan Luar Bandar

Memperkemaskan agensi seperti KEMAS dankumpulan tindakan desa

Menubuhkan majlis konsultatif luar bandar

Perlantikan JKKK/JKKKP yang berkelayakan

KKLW KPWKMJPMPejabatDaerah

Page 158: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 2

Memperkukuhkan Sistem Pemantauan Dan Penilaian

3.137 Sistem pemantauan dan penilaian yang berkesan adalah sangat penting dalam pelaksanaan sesuatu projek. Ianya bertujuan untuk menjalankan pemantauan sebelum sesuatu projek dilaksanakan dan membuat penilaian untuk melihat keberkesanan projek tersebut setelah ia dilaksanakan.

3.138 Strategi ini dilihat penting bagi memastikan pembangunan luar bandar mencapai matlamatnya sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Kerajaan. Oleh itu, antara strategi bagi menguruskan pembangunan luar bandar ialah dengan memperkukuhkan sistem pemantauan dan penilaian sesebuah projek.

3.139 Pendekatan sedia ada dalam memantau perkembangan dan daya maju perniagaan usahawan luar bandar perlu ditambahbaik. Usahawan luar bandar yang majoritinya adalah bersaiz mikro perlu diberi bimbingan dan bantuan secara berterusan mengikut tahap kemajuan perniagaan mereka. Aspek utama yang perlu diberi penekanan ialah bantuan kewangan dan bukan kewangan seperti pasaran, aktiviti pemasaran, kualiti produk, mekanisasi dan perakaunan. Justeru, dicadangkan supaya diwujudkan Pusat Usahawan Desa (Rural Entreprenuer Centre-REC) di peringkat daerah.

3.140 Peranan REC adalah sebagai pusat sehenti kepada usahawan luar bandar mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan berkaitan bantuan kewangan dan bukan kewangan daripada pelbagai Agensi Kerajaan, memantau dan menilai program/projek pembangunan usahawan dan prestasi usahawan yang terlibat dalam program di setiap daerah.

Antara cadangan program bagi mencapai strategi ini ialah pemantauan dan penilaian yang berterusan serta menyediakan indikator terhadap sistem pemantauan.

149

Page 159: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

150Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Jadual 3.32 : Program Pelaksanaan Bagi Memperkukuhkan Sistem Pemantauan Dan Penilaian

Pemantauan dan penilaian yang berterusan

Menyediakan indikator sistem pemantauan

Pusat Usahawan Desa (REC)

Penduduk luar bandarUsahawan

KPWKMJKRJPMIPTKPMKPKTSME Corp

KKLWMITI

Page 160: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

151

STRATEGI 3

Memperluaskan serta memperkukuhkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat

3.141 Satu perancangan yang komprehensif tidak akan dapat direalisasikan dengan sempurna tanpa adanya sistem penyampaian yang berkesan. Sistem penyampaian ini juga diperlukan bagi menjamin faedah yang maksimum kepada golongan sasar dan untuk menghindarkan pembaziran. Dalam konteks pembangunan luar bandar keadaan ini menjadi lebih kritikal kerana terdapatnya kaedah penyampaian yang berbeza bagi setiap agensi.

3.142 Bagi memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar keseluruhannya, perluasan dan pengukuhan yang berterusan untuk meningkatkan mekanisme penyampaian akan diambil bagi menjamin masyarakat mendapat perkhidmatan yang cepat dan berkesan. Langkah ini juga merupakan strategi bagi meningkatkan tahap pengurusan pembangunan yang bersepadu.

3.143 Untuk mempertingkatkan keberkesanan penyaluran maklumat dan komunikasi Kerajaan kepada rakyat luar bandar, medium atau saluran baru perlulah diguna pakai. Peranan Medan Info Desa atau telecentre perlu diperkasa manakala peranan saluran televisyen dan radio serta sebaran media perlu dipertingkat untuk hebahan maklumat. Melalui sistem komunikasi yang berkesan ianya akan dapat menghubungkan setiap rakyat luar bandar dengan perkembangan semasa dan dunia luar.

Page 161: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

152152Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLW

Jadual 3.33 : Program Pelaksanaan Bagi Memperluaskan Serta Memperkukuhkan Sistem Penyampaian Maklumat

KementerianPenerangan (RTM)Syarikat MultimediaJKKK/JKKKP

Masyarakat luar bandar

Saluran televisyen dan radioluar bandar

Khutbah Jumaat

Peningkatan ICT

Medan Info Desa

Page 162: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

STRATEGI 4

Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan

3.144 Kerjasama yang erat di antara pelbagai agensi merupakan elemen yang sangat penting di dalam agenda pembangunan luar bandar dan akan menentukan kejayaan dan keberkesanan sesebuah projek dan program. Ini dapat dibuktikan kerana melalui kerjasama erat di antara institusi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), kejayaan demi kejayaan dalam pembangunan negara telah tercapai.

3.145 Di bawah strategi ini adalah dicadangkan supaya pihak swasta dapat memenuhi obligasi sosial melalui ‘Tanggungjawab Sosial Koporat’ (CSR). Program satu daerah satu GLC, pelaksanaan konsep satu keluarga satu syarikat di bawah pendekatan mentor-mentee serta program khidmat masyarakat merupakan antara langkah-langkah yang boleh dikaji untuk menjimatkan kos dan peruntukan kewangan dalam membangunkan masyarakat luar bandar. Selain daripada sumbangan sektor korporat, pendekatan lain seperti penglibatan institusi pengajian tinggi juga akan dapat memberi faedah dan manfaat kepada kemajuan luar bandar.

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLW GLCKementerian Pertanian danAsas TaniKementerian PeneranganIPT (Integrasi Desa Jaya Siswa – iDEAS)

Usahawan luar bandar

Konsep 1 daerah 1 GLC- bagi daerah termiskin

Konsep 1 keluarga 1 syarikat (mentor-mentee)

Jelajah kampung

Program khidmat masyarakat

Jadual 3.34 : Program Pelaksanaan Bagi Mempertingkatkan Kerjasama Dengan Agensi Awam, Swasta Dan Badan

Page 163: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

154Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 5

Meningkatkan tahap kapasiti agensi dan pegawai pelaksana

3.146 Kekuatan sumber manusia amat penting bagi menggerakkan pembangunan. Kekurangan sumber manusia akan menyebabkan sesuatu pembangunan yang dijalankan tidak berjalan dengan lancar. Bagi memastikan pembangunan luar bandar yang dijalankan mencapai matlamatnya, kapasiti pelaksanaan agensi dan sumber manusia hendaklah seiring dengan beban tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Ini bagi memastikan segala aspek pembangunan dapat dilakukan oleh tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dengan kapasiti yang mencukupi. Selain itu, bagi menjamin tahap pengurusan yang bersepadu di peringkat akar umbi, maka kapasiti agensi dan pegawai pelaksana perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa.

3.147 Pembinaan keupayaan institusi melalui pembangunan modal insan, perlu dititikberatkan menerusi latihan dan insentif. Pertambahan jumlah tenaga kerja yang terlatih dalam sesebuah organisasi adalah amat penting. Justeru itu, Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan dijadikan sebagai salah sebuah institusi kecemerlangan untuk membangunkan modal insan luar bandar yang terlatih (centre for excellence). Di antara program yang dicadangkan adalah seperti jadual berikut;

Page 164: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

155

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLW

Jadual 3.35 : Program Pelaksanaan Bagi Meningkatkan Tahap Kapasiti Agensi Dan Pegawai Pelaksana

Latihan dan kursus

Pengambilan dan penambahan tenagakerja berpendidikantinggi

Insentif skim kakitangan cemerlang

Infra sebagai pusat kecermerlangan

JPAIPTKSM

JKKKBeliaUsahawan dan pemimpin luar bandar

Page 165: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 166: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

157

3.148 Kawasan luar bandar telah mengalami beberapa fasa pembangunan. Pada peringkat awal, selepas mencapai kemerdekaan penekanan diberikan kepada pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan kemudahan asas kepada masyarakat luar bandar. Di bawah Transformasi kedua pada 1994 pula matlamatnya lebih kepada pembentukan insan luar bandar yang berkualiti, cemerlang dan berdaya tahan supaya dapat membentuk keluarga sejahtera dan peningkatan ekonomi yang mapan. Manakala penekanan terhadap pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar telah mula diberi perhatian yang lebih terutama sejak RMKe-5. Usaha tersebut diteruskan di bawah Pelan Transformasi Kerajaan melalui MBE dan RMKe-10.

3.149 Bagi mencapai matlamat yang digariskan di bawah MBE, penekanan telah diberi kepada pengurusan sumber alam, penggunaan produk dan perkhidmatan yang mengurangkan kesan perubahan iklim seperti penggunaan bahan-bahan kitar semula juga digalakkan. Di bawah RMKe-10 komitmen jelas diberikan oleh Kerajaan untuk memastikan bahawa aset alam sekitar dan sumber ekologi negara diurus secara mapan supaya pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Terdapat hanya sebuah dunia dan hanya satu

Malaysia. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memeliharanya bagi

generasi akan datang. Kerajaan akan

memastikan bahawa aset alam sekitar dan sumber

ekologi negara diurus secara mampan supaya

pembangunan masa kini tidak menjejaskan

keperluan generasi akan datang.RMKe-10

TERAS 7

PENGURUSAN SUMBER ALAM SECARA MAPAN

Page 167: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

158

3.150 Dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran luar bandar yang menarik, lestari dan selamat untuk didiami, sumber alam semula jadi perlu dipelihara. Usaha ini penting kerana kawasan luar bandar merupakan kawasan untuk mendapatkan bahan makanan dan bahan mentah. Ia juga tempat menjalankan aktiviti ekonomi. Oleh itu kelestariannya dalam menstabilkan iklim dan mengekalkan ekosistem seluruh negara amat penting. Menyedari kepentingan ini, kawasan luar bandar perlu diurus secara mapan supaya sistem kehidupan manusia tidak mengancam alam sekitar dan ia akan dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

3.151 Kawasan luar bandar adalah meliputi kawasan penempatan desa dan persekitarannya termasuk kawasan pertanian dan hutan. Sehubungan itu, ke arah mencapai negara maju 2020, Kerajaan melaksanakan pendekatan pembangunan seimbang dengan memberikan penekanan terhadap keperluan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan sosio ekonomi. Melalui pendekatan ini, negara berupaya mengekalkan 56.4% daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan hutan. Negara juga telah lama mengamalkan pengurusan hutan secara mapan yang mampu membekalkan kawasan hutan sebagai pembekal oksigen dan penyerap karbon dioksida. Justeru itu, kawasan luar bandar adalah penting sebagai Kawasan Sokongan Hidup, penstabil kualiti alam sekitar, sumber modal insan, sumber ekonomi dan sebagai ‘showcase’ budaya dan jati diri tempatan. Secara umumnya, isu-isu dan cabaran yang sering dihadapi dalam mengekalkan kawasan luar bandar sebagai persekitaran yang menarik, lestari dan selamat untuk didiami adalah: Pembalakan haram. Penerokaan tanah untuk penempatan dan aktiviti ekonomi yang tidak dikawal dan dirancang.

Pencemaran sungai.

Penggunaan racun rumpai dan kawalan serangga yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Page 168: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

159

3.152 Sepanjang tempoh 2006 hingga 2008 umpamanya, sebanyak 114 kes pembalakan haram telah dikesan. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang memperkemaskan perundangan dan membuat pindaan ke atas peruntukan-peruntukan dalam Akta Perhutanan Negara, 1984 [Akta 313] bertujuan untuk meningkatkan kadar hukuman denda kepada pencuri balak daripada maksimum RM500,000 kepada RM1 juta, di samping mempertingkatkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan hutan dalam usaha membanteras kegiatan pembalakan haram di negara ini.

3.153 Selain itu, sepanjang tempoh RMKe-9, sejumlah 1,377 Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA dan DEIA) diterima untuk diproses oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), sejumlah 85 kes mahkamah telah didaftarkan di atas kesalahan tidak mematuhi pelaksanaan EIA. Daripada jumlah ini, sebanyak 43 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda sebanyak RM 976,500. Manakala dalam tempoh yang sama, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Jabatan PERHILITAN) telah berjaya menangkap seramai 351 orang pemburu haram. Kes-kes ini telah disiasat dan sebanyak 35 kes yang melibatkan 78 orang mempunyai bukti yang kukuh dan telah dihadapkan ke mahkamah. Manakala sebanyak 187 kes yang melibatkan seramai 273 orang pemburu haram telah dikenakan denda kompaun.

3.154 Kajian Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah mengenalpasti bekalan air per kapita bagi Semenanjung Malaysia dijangka akan berkurangan lebih kurang 3,000m³/tahun pada tahun 2050. Kerajaan telah menjangkakan Negeri Sembilan akan menghadapi krisis air yang kritikal pada tahun 2010, diikuti oleh Pulau Pinang dan Melaka bagi tahun 2020. Manakala Selangor dan Perlis pula dijangka akan menghadapi masalah tersebut pada tahun 2050. Negeri-negeri di kawasan pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan masih kaya dengan sumber air, begitu juga Negeri Perak dan Johor. Keadaan ini menunjukkan kawasan luar bandar yang kaya dengan sumber air akan mengimbangi kawasan-kawasan yang meng-

Page 169: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

160

hadapi krisis tersebut. Kawasan luar bandar mampu menyalurkan sumber air ke kawasan-kawasan bandar yang dikenal pasti dan diselaraskan melalui kawasan tadahan sumber air, empangan, kawasan imbuhan dan akuifer. Mengikut statistik, lebih daripada 90% sumber air mentah yang dirawat untuk kegunaan air minuman adalah dari sumber air sungai ataupun empangan yang dibina di sekeliling kawasan tadahan air. Ini menunjukkan nilai air daripada sungai dan empangan amat tinggi sekali. Selain itu, sungai-sungai juga digunakan sebagai koridor penghubung untuk mengekalkan integriti dan kesinambungan ekosistem hutan. Justeru itu, pemuliharaan hutan sebagai kawasan tadahan hujan dan sumber air dari sungai perlu diurus secara mapan supaya kepentingan kawasan luar bandar sebagai Kawasan Sokongan Hidup dapat dikekalkan.

PENGURUSAN SUMBER ALAM DI KAWASAN LUAR BANDAR

3.155 PIPLB akan tetap memberi keutamaan kepada pemuliharaan dan penggunaan mapan sumber alam (fizikal dan biologi) menerusi strategi dan program-program seperti berikut: Mengawal dan memantau aktiviti penerokaan hutan dan pembangunan tanah.

Mengawal dan memantau aktiviti industri.

Menggalakkan amalan pengurusan dan pengendalian ladang secara terbaik dan mesra alam.

Page 170: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

161

STRATEGI 1

Mengawal Dan Memantau Aktiviti Penerokaan Hutan Dan Pembangunan Tanah

3.156 Pertambahan penduduk yang pesat dan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat telah menyebabkan semakin banyak kawasan hutan diterokai untuk tujuan pertanian sara diri atau komersial. Pembangunan tanah dan penerokaan hutan yang tidak dikawal boleh menyebabkan pencemaran alam, kerosakan kawasan tadahan hujan, hakisan tanah dan keruntuhan cerun-cerun bukit serta kepupusan sumber asli. Sehubungan dengan ini, kerajaan akan terus memberi keutamaan supaya sumber hutan negara diurus dengan baik menerusi pelbagai program untuk mengawal dan memantau aktiviti penerokaan hutan serta pembangunan tanah.

3.157 Program penanaman semula hutan akan dipergiatkan untuk mengganti hutan yang telah ditebang secara haram, terutamanya di kawasan hutan simpan. Kumpulan Pemantau Alam Sekitar Luar Bandar (Rural Environmental Watch Group) dicadang supaya ditubuh dan diperkasakan untuk menjadi pemantau, penilai dan melaporkan segala aktiviti yang merosakkan alam sekitar. Manakala audit alam sekitar pula akan dilakukan secara berterusan supaya sebarang pencabulan alam sekitar dapat diambil tindakan dan diselesaikan segera. Penglibatan bersama pelbagai agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan adalah penting untuk memastikan strategi ini tercapai.

Page 171: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

162Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Jadual 3.36 : Program Pelaksanaan Bagi Mengawal Dan Memantau Aktiviti Penerokaan Hutan Dan Pembangunan Tanah

Melaksanakan program penghutanan semula secaramapan.

Menubuhkan ‘Rural Environmental Watch Group’.

Menjalankan ‘EnvironmentalAudit’ secara berterusan.

Belia Pekebun kecilOrang Asli

Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar

KKLWKem. Pertanian

Page 172: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

STRATEGI 2

Mengawal Dan Memantau AktivitiIndustri

3.158 Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memberi keutamaan kepada sektor industri sebagai agen penjana ekonomi. Kesan daripada proses perindustrian negara, banyak kawasan pertanian di luar bandar telah dimajukan sebagai kawasan industri samada secara terancang atau tanpa izin. Pembangunan industri tanpa izin boleh merosakkan alam sekitar kerana umumnya industri seperti ini beroperasi secara tidak mesra alam atau menggunakan sumber alam secara tidak optimum.

3.159 Strategi-strategi bagi mengawal dan memantau aktiviti industri di kawasan luar bandar terutamanya industri tanpa izin adalah sangat diperlukan. Strategi ini perlu dilaksana melalui program penguatkuasaan undang-undang, program pemutihan industri tanpa izin dan penyaringan jenis dan peletakan industri.

3.160 Penduduk luar bandar juga boleh berperanan sebagai pemerhati bagi pihak berkuasa jika kewujudan sesebuah industri itu meragukan. Ia secara tidak langsung dapat membantu pihak berkuasa memerangi masalah kewujudan industri tanpa izin dengan lebih berkesan. Program pelaksanaan bagi mengawal dan memantau aktiviti industri adalah seperti jadual di bawah.

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

KKLW

Jadual 3.37 : Program Pelaksanaan Bagi Mengawal dan Memantau Aktiviti Industri

Penguatkuasaan undang-undang sedia ada .

Melaksanakan program pemutihan industri tanpaizin.

Penyaringan jenis dan perletakan industri.

Usahawan PBPTJAS

Page 173: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

164Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

STRATEGI 3

Menggalakkan Amalan Pengurusan Dan Pengendalian Ladang Secara Terbaik

Dan Mesra Alam

3.161 Secara umumnya, amalan aktiviti ekonomi di luar bandar pada masa kini masih belum mencapai piawaian negara maju dalam konteks penjagaan kualiti alam sekitar, tanah, air dan udara. Walaupun isu alam sekitar tidak dijadikan klausa rasmi dalam Organisasi Perdagangan Dunia (WTO), negara-negara barat sering menjadikan isu kemapanan aktiviti ekonomi sebagai prasyarat perdagangan dengan mereka.

3.162 Kajian PIPLB menunjukkan bahawa lebih daripada 50% responden luar bandar tidak bersetuju jika aktiviti pembangunan dan kegiatan ekonomi menyebabkan kerosakan dan kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh yang demikian, kerjasama bersepadu antara semua agensi kerajaan dan penduduk luar bandar adalah perlu untuk menangani aktiviti pertanian, penternakan dan penangkapan ikan yang tidak dikawal sehingga menyebabkan kemusnahan alam semulajadi.

3.163 Adalah menjadi hasrat Kerajaan supaya segala aktiviti ekonomi ini dapat diurus dan dikendalikan dengan cara yang lebih baik supaya dapat memberikan hasil yang optimum tanpa menjejaskan kualiti dan aset alam semulajadi. Program kempen kesedaran melalui media perlu dilakukan secara berterusan supaya tahap kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dan amalan kegiatan ekonomi secara mapan di kalangan masyarakat desa dapat dipertingkatkan.

Page 174: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

165

3.164 Pertanian secara bio-organik perlu terus diberi galakan supaya kesan negatif bahan kimia (racun dan baja) ke atas kualiti tanah dan air dapat dikurangkan. Pembenihan semula sumber alam pula akan dipertingkatkan supaya sumber yang hilang, khususnya sumber yang boleh diperbaharui (sumber pertanian, sungai dan laut) dapat diganti. Amalan pematuhan (compliance practice) dan ISO 14000 perlu diberi penekanan dalam projek-projek perusahaan luar bandar, khususnya projek yang melibatkan kerajaan, GLC dan syarikat-syarikat swasta.

Program KumpulanSasaran

Agensi Pelaksana

FasaPelaksanaan

Agensi Utama

RakanStrategik 2011-2015 2016-2020

Jadual 3.38 : Program Perlaksanaan Bagi Menggalakkan Amalan Pengurusan Dan Pengendalian Ladang Secara Terbaik Dan Mesra Alam

UsahawanMeningkatkan kempen kesedaran kepentingan penjagaan alam sekitar.Menggalakkan pertanianbio-organikMeningkatkan pembenihan semula sumberalamMenggalakkan compliance practice .Menggalakkan pengusaha/syarikat memperolehi Sijil Pengurusan alam Sekitar ISO 14000.

Pekebun kecilKem. Pertanian KKLW

Kem. PeneranganSIRIMKeTTHA

Page 175: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

166Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices - GAP) 3.165 GAP adalah satu cara mengurus ladang pertanian (tanaman, ternakan dan perikanan) yang berasaskan prinsip dan piawaian minimum amalan mengurus dan mengendali ladang pertanian yang perlu disediakan dan diamalkan oleh pengusaha. Penerapan amalan ini bermula dari peringkat perancangan dan pembangunan ladang, pengurusan sumber dan pemasaran hasil pertanian.

Garis panduan amalan ini membolehkan ladang diuruskan dengan lebih bersistematik, cekap sehingga satu piawaian kualiti dicapai. Ladang yang menerapkan amalan ini akan menentukan produktiviti ladang dioptimumkan, hasil ladang berkualiti dan selamat dimakan, kebajikan pekerja terpelihara dan kesejahter-aan alam sekitar dijaga.

Page 176: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 177: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

168Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

3.166 Dalam tempoh lima (5) dekad yang lalu, pembangunan luar bandar di Malaysia mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan pantas ekonomi di peringkat global dan domestik. Dalam suasana persekitaran lanskap ekonomi dunia yang sentiasa berubah, persaingan menjadi semakin sengit. Berhadapan dengan cabaran tersebut, dengan aspirasi mencapai negara maju berpendapatan tinggi, membangunkan modal insan yang mahir dan berpengetahuan, adalah penting. Modal insan yang berupaya memanfaatkan sepenuhnya ilmu pengetahuan dan kekuatan sumber adalah merupakan aset yang sangat berharga kepada pembangunan luar bandar dan negara.

Sehubungan dengan itu, PIPLB berhasrat melahirkan masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti. Pelan ini juga berhasrat untuk mewujudkan kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan serta selamat untuk didiami. Misi PIPLB adalah jelas untuk memperkasakan modal insan, meningkatkan peluang ekonomi, memperbaiki kualiti hidup penduduk di luar bandar dan mengurus tadbir luar bandar secara cekap dan mapan.

3.167 Untuk merealisasikan matlamat Pelan ini, tujuh (7) teras strategik dirangka. Ketujuh-tujuh teras tersebut ialah Pembangunan Modal Insan Dan Pengupayaan Masyarakat, Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju, Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan; Pengintegrasian Perancangan Fizikal Dengan Program Pembangunan Luar Bandar; Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Yang Menyeluruh Dan Efisien; Peningkatan Kualiti Hidup Dan Pendapatan Golongan Isi Rumah Di Dalam Kumpulan 40% Terendah; Pengurusan Pembangunan Secara Bersepadu dan Pengurusan Sumber Alam Secara Mapan.

“Kita memerlukan satu perubahan radikal

dengan segera dalam pendekatan kita supayapembangunan ekonomi

akan terus mampandalam jangka panjang

dan dinikmati olehsetiap rakyat serta

membolehkan Malaysiameraih status negara

berpendapatan tinggi”Petikan Daripada Ringkasan

Eksekutif MBE

KESIMPULAN

Page 178: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

169

3.168 Kejayaan Pelan Induk ini, amat bergantung pada sistem pelaksanaan dan pemantauan yang cekap dan berkesan. Pemantauan perlu diadakan secara berkala dan dibuat penambahbaikan pada setiap peringkat pelaksanaan supaya sasaran yang ditetapkan tercapai. Peletakan asas transformasi perlu berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran yang ditentukan. Kejayaan pada peringkat transformasi akan menentukan kegemilangan dan kelestarian pembangunan luar bandar melangkaui tahun 2020. Pelan Induk ini penting bukan sahaja kepada penggubal dasar tetapi kepada pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan pembangunan luar bandar termasuk pihak berkepentingan, khususnya masyarakat luar bandar itu sendiri.

3.169 Pendekatan berasaskan ‘outcome’ akan digunakan bagi perancangan, pengagihan sumber, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian kemajuan. Tumpuan kepada ‘outcome’ akan membolehkan pengurusan sumber yang lebih efektif dan seterusnya memberikan impak yang tinggi kepada kumpulan sasar. Pendekatan bersepadu semua kementerian dan agensi yang terlibat dengan pembangunan luar bandar juga akan digunakan bagi memastikan ‘value for money’ dalam penggunaan sumber Kerajaan secara optimum.

3.170 PIPLB ini juga mengambil kira cabaran semasa dan akan datang. Ianya merupakan suatu landasan untuk meningkatkan kualiti modal insan bagi mewujudkan masyarakat luar bandar yang berdaya maju dan berdaya saing. Proses pembangunan modal insan bersepadu berupaya membentuk masyarakat luar bandar kelas pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovatif serta mahir dalam bidang teknikal dan pengurusan bagi menangani persekitaran global yang dinamik. Modal insan yang diban-gunkan akan menyumbang kepada kesejahter-aan masyarakat dan kekayaan negara yang akhirnya membantu ke arah mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi

Page 179: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 180: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

171

GLOSARICSR Tanggungjawab Sosial Korporat

DARA Lembaga Kemajuan Pahang TenggaraDPN Dasar Pertanian NegaraDWN Dasar Wawasan NegaraDEB Dasar Ekonomi Baru

EKS Enterpris Kecil dan SederhanaECER Wilayah Ekonomi Koridor Timur

FELDA Lembaga KemajuanTanah PersekutuanFELCRA Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah PersekutuanFSBPLB Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar BandarFRIM Institut Penyelidikan Hutan MalaysiaFAMA Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

GDW Gerakan Desa Wawasan (1996), Gerakan Daya Wawasan (2004)GLC Government Link Company GAP Amalan Pertanian Baik

HDC Halal Development Corporation

ICU Unit Penyelarasan PelaksanaanIRDP Pelan Pembangunan Pembangunan Luar Bandar BersepaduIADP Pelan Pembangunan Pertanian BersepaduIPT Institut Pengajian TinggiIPTA Institut Pengajian Tinggi AwamIPTS Institut Pengajian Tinggi SwastaICT Teknologi Maklumat dan KomunikasiIPS Inisiatif Pembaharuan StrategikINFRA Institut Kemajuan Desa

JKKK/P Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung /PersekutuanJPBD Jabatan Perancangan Bandar dan DesaJPA Jabatan Perkhidmatan AwamJPM Jabatan Perdana MenteriJAS Jabatan Alam SekitarJKR Jabatan Kerja RayaJHEOA Jabatan Hal Ehwal Orang AsliJKM Jabatan Kebajikan MasyarakatJBA Jabatan Bekalan Air

KEDA Lembaga Kemajuan KedahKDNK Keluaran Dalam Negara KasarKKLW Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan WilayahKEMAS Jabatan Kemajuan MasyarakatKETENGAH Lembaga Kemajuan Terengganu TengahKESEDAR Lembaga Kemajuan Kelantan SelatanKEJORA Lembaga Kemajuan Johor TenggaraKIR Ketua Isi RumahKBS Kementerian Belia dan SukanKPM Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 181: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

172Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

KRAFTANGAN Perbadanan Kemajuan Kraftangan MalaysiaKDN Kementerian Dalam NegeriKIR Ketua Isi RumahKLCC Pusat Konvensyen Kuala LumpurKPDNKK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

KeTTHA Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan AirKSM Kementerian Sumber ManusiaKPM Kementerian Pelajaran MalaysiaKPKT Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

LKWJ Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka

MKPD Majlis Kebangsaan Pembangunan DesaMARA Majlis Amanah RakyatMARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian MalaysiaMOA Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniMOTOUR Kementerian PelanconganMOE Kementerian PelajaranMITI Kementerian Perdagangan Industri dan AntarabangsaMOHE Kementerian Pengajian TinggiMOHR Kementerian Sumber ManusiaMBE Model Baru EkonomiMPPB Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian BumiputeraMID Medan InfodesaMOSTI Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiMOTOUR Kementerian PelanconganMATRADE Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar MalaysiaMPFN Majlis Perancang Fizikal Negara MOF Kementerian KewanganMKRA Bidang Keberhasilan Utama KementerianMOH Kementerian KesihatanMBE Model Baru Ekonomi

NCER Wilayah Ekonomi Koridor UtaraNGO Pertubuhan Bukan Kerajaan NKRA Bidang Keberhasilan Utama NegaraNKEA Bidang Ekonomi Utama Negara

OKU Orang Kurang Upaya

PPD Pusat Pertumbuhan DesaPBT Pihak Berkuasa TempatanPBPT Pihak Berkuasa Perancangan TempatanP&P Penyelidikan dan PembangunanPORIM Institut Penyelidikan Minyak Sawit MalaysiaPIPLB Pelan Induk Pembangunan Luar BandarPUNB Perbadanan Usahawan Nasional BerhadPERDA Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau PinangPPRT Projek Pembangunan Rakyat TermiskinPSR Pusat Sejahtera RakyatPBR Program Bantuan RumahPERHILITAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman NegaraPTD Pelan Tindakan DesaPBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

RIDA Lembaga Kemajuan Industri Luar BandarRISDA Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan GetahREC Pusat Usahawan DesaRTM Radio Televisyen MalaysiaRFN Rancangan Fizikal NegaraRW Rancangan WilayahRSN Rancangan Struktur NegeriRT Rancangan TempatanRKK Rancangan Kawasan KhasRELA Ikatan Relawan Rakyat Malaysia

Page 182: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

173

R&D Penyelidikan dan PembangunanRRI Rubber Research Institute

STAR Sekolah Tunku Abdul RahmanSDAR Sekolah Dato’ Abdul RazakSTAR Sekolah Tun Abdul RazakSAS Sekolah Alam ShahSPED Skim Pembiayaan Ekonomi DesaSIRIM Insitut Piawaian dan Penyelidikan Industri Malaysia

TKC Kolej Tunku KursiahTEKUN Tabung Ekonomi Keusahawanan NasionalTPLB Transformasi Pembangunan Luar BandarTOD Transit Oriented Development

UPEN Unit Perancang Ekonomi Negeri

YBK Yayasan Basmi Kemiskinan

Page 183: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
Page 184: PRAKATA - risda.gov.my · PDF fileManakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang ... LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN : ... TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14