di zon sarawak padat - unimas.my filemanakala lokasi keempat jmipt 2019 adalah di zon timur iaitu di...

8

Upload: phungdien

Post on 20-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KOTA SAMARAHAN, 23 Mac 2019 : Jom Masuk IPT 2019 (JMIPT) di Zon Sarawak yang bermula hari ini sesak dan padat dengan pengunjung sejak awal pembukaan bertempat di Mydin Mall Petra Jaya, Kuching.

JMIPT diadakan selama dua hari bermula 23 hingga 24 Mac 2019 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan merupakan peluang untuk pelajar meneroka peluang pengajian ke peringkat tinggi yang ditawarkan di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Zon Sarawak merupakan zon kelima JMIPT 2019 dengan melibatkan lebih 50 pempamer terdiri dari agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Antara pengisian aktiviti di sepanjang program berlangsung seperti Forum Kebolehpasaran Murid yang diadakan serentak dengan pameran pendidikan berlangsung untuk

di Zon Sarawak padat dengan pengunjung

jMipt 2019

pengetua-pengetua sekolah menengah di Sarawak, pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), semakan syarat khas kelayakan program ke UA, Politeknik, kolej komuniti dan ILKA, taklimat kenali UA/Politeknik, Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, saringan kesihatan secara percuma kepada pengunjung oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh penyanyi jemputan iaitu Najwa Latif. JMIPT yang dulunya dikenali sebagai Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) merupakan “signature programme” Kementerian Pendidikan Malaysia dan selaras dengan gagasan KPM iaitu Sekolah Untuk Komuniti dan Universiti Untuk Masyarakat dan berkonsepkan KPM Turun Padang dengan tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta atau kasih sayang (love), kegembiraan atau kebahagiaan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect).

JMIPT 2019 diadakan di enam zon bermula di zon Selatan iaitu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 2 hingga 3 Mac 2019 dengan perasmian disempurnakan oleh

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik dan seterusnya lokasi berpindah ke dua zon serentak iaitu zon Sabah di Waterfront Mall Kota Kinabalu Sabah dan zon Utara di USM Pulau Pinang pada 9 hingga 10 Mac 2019.

Manakala lokasi keempat JMIPT 2019 adalah di zon Timur iaitu di Aeon Mall Kota Bharu Kelantan (16-17 Mac 2019), lokasi kelima di zon Sarawak iaitu di Mydin Mall Petra Jaya Kuching (23-24 Mac 2019) dan lokasi terakhir di zon Tengah di Maeps Serdang, Selangor pada 30 hingga 31 Mac 2019.

Antara objektif JMIPT adalah untuk mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program Pendidikan yang ditawarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2019/2020, mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui Upu Online dan menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke UA/Politeknik Premier yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Selain itu, JMIPT juga sebagai usaha untuk menyebarluas maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM / Setaraf dan STPM / Setaraf di peringkat Pendidikan program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama serta Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia dan mempromosi serta menyebarluas maklumat mengenai UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

JMIPT 2019 menyasarkan kumpulan pelajar yang sedang menduduki Pendidikan peringkat SPM / STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / diploma, calon lepasan SPM / STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / diploma dan lain-lain yang sedang menunggu keputusan, calon lepasan sijil dan diploma kemahiran Malaysia, guru bimbingan dan kaunseling, kaunselor, guru, Ibubapa dan penjaga dengan sasaran jumlah pengunjung adalah seramai 200,000 orang di seluruh negara.

MENARIKNYA ARAWAK

Jambatan Darul Hana

Main Bazaar ‘syurga’ barangan lama Tebingan Sungai Kuching

- halaman ‘Heritage Trail’ Kuching

Masjid ‘terapung’ Kuching

Tepat jam 11.11 minit : 11 saat pada malam 11 November 2017, tarikh keramat yang tidak dapat dilupakan apabila masyarakat Kuching menyaksikan perasmian Jambatan Darul Hana – sebagai mercu tanda baharu di Tebingan Sungai Kuching.

Jambatan yang berbentuk melengkung sepanjang 335 meter itu diberi nama ‘Darul Hana’ yang melambangkan kepelbagaian budaya dan keunikan Kuching yang diiktiraf sebagai Bandar Raya Perpaduan.

Maksud Darul Hana ialah “negeri yang aman” atau “rumah yang aman” yang membawa pengertian agar masyarakat terus hidup harmoni dengan perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Jambatan ini dilihat sebagai penghubung kepada dua bahagian pusat bandar raya Kuching iaitu di sebelah utara dan selatan dan menyerlahkan keindahan kedua-dua tebing dari tengah perairan Sungai Sarawak.

Jambatan yang menelan kos sebanyak RM35 juta itu, mempunyai dua tiang yang bersimbolkan burung Kenyalang seolah-olah berbentuk bengkok ‘S’ dengan disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dengan kecondongan 48 darjah merentangi Sungai Sarawak.

Kedudukannya pula strategik berlatarkan bangunan Astana Negeri dan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan reka bentu yang lengkap dengan dua ruang tinjau dan dilengkapi pencahayaan LED.

Masjid India Kuching atau dikenali ‘Masjid Terapung’ menjadi ikonik baru dan telah dirasmikan pada 1 Mac 2019 oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Masjid tersebut merupakan masjid tertua di Sarawak yang dibina pada tahun 1834 dan pembinaan barunya menelan belanja

sebanyak RM21 juta dengan reka bentuk yang menarik dan pengayaan simbol keagungan syiar Islam.

Kedudukan yang strategik di sebelahan Tebingan Kuching bertambah mengasyikkan pada waktu senja dengan sinaran lampu LED pelbagai warna,

kemudahan tempat wuduk yang selesa, sistem keselamatan yang kukuh dan boleh

menampung bilangan jemaah seramai 1,600 orang dalam satu-satu masa.

Jika anda pengumpul barang-barang lama maka Main Bazaar adalah lokasi yang harus anda kunjungi. Berlokasi di Tebingan Sungai Kuching dengan deretan rumah kedai kaki lima. Di sana, anda akan melihat pelbagai jualan barang-barang perhiasan dan kraftangan tempatan seperti

kain-kain, barangan rumah, tikar, cenderahati dan sebagainya pada kadar murah. Semakin banyak anda membeli

barang-barang di kedai-kedai Main Bazaar, anda akan terkejut dengan diskaun harga

yang diberikan oleh peniaga di sana.

Tebingan Sungai Kuching yang sepanjang satu kilometer bukan asing lagi bagi pelawat ke negeri ini. Apa yang menarik di ‘Kuching Waterfront’ ini bukan sekadar pada pemandangan tetapi disini anda akan melihat informasi-informasi sejarah Sarawak menerusi ‘History Walk’ yang ditulis di atas lantai penjalan kaki di sepanjang tebingan sungai berkenaan. Antaranya ‘History Walk 5’ (1839-1841) mengenai kedatangan James Brooke ke Kuching dan ‘History Walk 9’ (1941-1946) mengenai penaklukan Sarawak oleh tentera Jepun. Disini juga terdapat Muzium Sejarah Cina dan arca “Celebration of Sarawak” yang mengambarkan elemen sejarah masyarakat di negeri Bumi Kenyalang.

Koleksi-koleksi makanan yang pelbagai menjadi menu pembuka selera pengunjung ke negeri ini antaranya ikan terubuk, kek lapis Sarawak, mi kolok,mi jawa dan laksa Sarawak.

Ikan terubuk masin antara yang harus dibeli untuk menjadikan lawatan anda lengkap. Tempat ikonik yang menjual ikan terubuk adalah di Medan Niaga Satok yang mempunyai ruang niaga sebanyak 1,444 dan 600 ruang untuk peniaga hasil hutan. Di Sarawak, terdapat dua jenis ikan terubuk iaitu terubuk laut atau dipanggil ‘Tenualosa Macrura’ yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk dan jenis kedua, terubuk sungai atau dipanggil ‘Tenualosa Toliyang’ bermulut lebih besar dan panjang. Harga jualan ikan terubuk masin di sini juga berpatutan seperti tiga ekor RM10 dan ke atas mengikut saiz.

Kek lapis pula antara satu kemestian ole-ole yang mesti dibeli oleh pelancong ke Sarawak. Antara kawasan pembuatan kek lapis terkenal di bandaraya ini adalah di Kampung Boyan. Deretan kedai dan rumah dijadikan tempat untuk mengilang, membuat dan menjual kek lapis. Lokasi kampung Boyan amat strategik iaitu berhadapan dengan Tebingan BGS (Boyan, Gersik, Surobaya. Harga-harga kek lapis juga amat berpatutan sekitar RM10 hingga RM50, bergantung pada saiz dan jenis kek lapis Sarawak.

Selain itu, Sarawak sememangnya terkenal dengan masakan tradisional yang enak dan menyelerakan seperti laksa Sarawak, mi kolok dan mi jawa. Jika anda pergi ke bandaraya Kuching, adalah tidak lengkap lawatan anda jika tidak mencuba rangkaian mi ini. Laksa Sarawak, Mi Kolok, Mi Jawa – tiga rangkai mi terkenal di negeri Sarawak. Pergilah ke manapun kafe, restoren mahupun kedai makanan, pastinya menu ini antara yang disajikan.

Mi kolok antara mi popular di Sarawak. Di atas mi kolok diletakkan daging, hati ayam, tomato dan sup dan mi kolok dihidang bersama sup daging. Harga semangkuk mi kolok mencecah RM5.00 hingga RM6.00.

Manakala mi Jawa dihidang dengan kuah kari yang dibuat menggunakan bahan-bahan seperti rempah ratus, cili, tumisan bawang, gabungan udang kering yang membuat kuah menjadi pekat dan keledek jingga membuat kuah terasa manis. Mi yang telah direbus akan disaji bersama

Koleksi pembuka selera di Sarawak

kuah dan telur rebus, tauge, cebisan tauhu goreng, cebisan daging,daun sup dan tumisan bawang. Mi Jawa juga boleh disajikan dengan sate berkuah dan ayam. Harga semangkuk mi jawa sekitar RM5.50 hingga RM7.00.

Menu makanan terakhir yang sinonim dengan negeri ini adalah laksa Sarawak. Kuah laksa menggunakan perencah tersendiri yang mengandungi bahan-bahan asas seperti minyak sawit, rempah ratus, lengkuas, bawang merah, bawang putih, cili kering, bijan dan lain-lain. Manakala bahan sampingan bersama laksa Sarawak yang dihidangkan seperti ayam rebus yang dicarik-carik, tauge, udang, telur, limau nipis dan sambal belacan. Perencah laksa Sarawak biasanya antara ole-ole yang popular untuk di bawa pulang oleh pelancong ke tempat asal masing-masing. Harga semangkuk laksa Sarawak sekitar RM5 hingga RM8.

Lepasan STPM/setarafdan

Diploma/setarafLepasan SPM

Asasi UNIMAS(1 tahun)

Asasi HayatAtau

Asasi Fizikal

Matrikulasi(1 tahun)

TingkatanEnam

(STPM)(2 tahun)

Bumiputera Semua

Diploma(3 tahun)

FACULTY OF ENGINEERINGWK01 Civil EngineeringWK03 Chemical EngineeringWK18 Mechanical and Manufacturing EngineeringWK23 Electrical and Electronics Engineering

FACULTY OF RESOURCE SCIENCE AND TECHNOLOGYWS47 Resource BiotechnologyWS48 Resource ChemistryWS49 Aquatic Resource Science and ManagementWS50 Plant Resource Science and ManagementWS51 Animal Resource Science and Management

FACULTY OF COMPUTER SCIENCE ANDINFORMATION TECHNOLOGYWC00 Computational ScienceWC03 Information SystemsWC09 Multimedia ComputingWC10 Software EngineeringWC11 Network Computing

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCESWM00 Doctor of MedicineWM12 Nursing

FACULTY OF BUILT ENVIRONMENTWH00 ArchitectureWH06 Quantity Surveyor

FACULTY OF ECONOMICS AND BUSINESSWE01 Service EconomicsWE02 AccountancyWE03 Business EconomicsWE07 FinanceWE09 International EconomicsWE10 MarketingWE13 Corporate Management

FACULTY OF COGNITIVE SCIENCES AND HUMAN DEVELOPMENTWP02 Human Resource DevelopmentWP04 CounsellingWS24 Cognitive ScienceWA19 Psychology

FACULTY OF SOCIAL SCIENCES AND HUMANITIESWA12 Industrial Relations and Labour StudiesWA14 Anthropology and SociologyWA15 International StudiesWA21 Politics and Government StudiesWA22 Development Planning and ManagementWA23 Social Works Studies

FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTSWA05 MusicWA06 Drama and TheatreWA32 Fine ArtsWA57 Design TechnologyWA58 CinematographyWA59 Arts ManagementWA92 Animation

FACULTY OF LANGUAGE AND COMMUNICATIONWB02 English for Global CommunicationWB03 LinguisticsWB18 Strategic Communication

PILIH PROGRAM UNIMAS

Fakulti Sains dan teknologi Sumber

Fakulti alam Bina

uniMaSkuSayang

FSTS antara fakulti terawal ditubuhkan di UNIMAS iaitu pada 8 Ogos 1993. FSTS menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman di dalam bidang seperti biologi molekular, mikrobiologi, biokimia, teknologi penapaian, ekologi tumbuhan, perlindungan biologi, entomologi, ekologi haiwan, teknologi nano dan sebagainya dengan harapan dapat melahirkan tenaga kerja yang tepat untuk memperkembangkan bidang sains dan teknologi di negara ini. Antara program FSTS seperti program sains dan pengurusan sumber manusia, program kimia sumber, program sains dan pengurusan sumber akuatik, program bioteknologi sumber dan program sains dan pengurusan sumber tumbuhan.

FAB ditubuhkan secara rasmi pada 1 September 2018 dan menjadi fakulti ke-10 di UNIMAS. Visi fakulti ini adalah menjadi peneraju pendidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kecemerlangan ikhtisas dalam amalan, budaya dan warisan Alam Bina. Program-program ditawarkan adalah bersifat multi-disciplinary dengan berteraskan pengajian seni merekabentuk dan pengajian berkaitan alam bina. Antara program ditawarkan seperti program senibina dan program ukur bahan.

Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan FSSK menjadi fakulti penting untuk melahirkan golongan intelektual dalam pelbagai disiplin sains sosial yang berfikiran kritis, analitikal serta berkemahiran tinggi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Antara program yang ditawarkan seperti program kajian hubungan industri dan perburuhan, program antropologi dan sosiologi, program kajian antarabangsa, program kajian politik dan pemerintahan, program perancangan dan pengurusan pembangunan dan program kajian khidmat sosial.

Fakulti Sains kognitif dan pembangunan Manusia Muncul sebagai fakulti pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf kepentingan fungsi minda dengan menggabungkan disiplin sains kognitif, pembangunan sumber manusia dan kaunseling dalam meneroka aspek inovasi teknologi, pembangunan dan prestasi insan ke arah produktiviti organisasi. Antara program FSKPM iaitu program sains kognitif, kaunseling, pembangunan sumber manusia dan psikologi.

Fakulti ekonomi dan perniagaanBersandarkan visi untuk menuju kesarjanaan ekonomi, perniagaan dan keusahawanan, FEP berusaha untuk menjadi pusat pembelajaran utama bagi golongan pelajar dan akademik dalam bidang ekonomi dan perniagaan, melalui strategi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan yang terancang. Antara program FEP seperti program ekonomi antarabangsa, program perakaunan, program pengurusan korporat, program pengurusan perniagaan (pemasaran), program kewangan, program ekonomi perniagaan dan program ekonomi perkhidmatan.

program pengajian pra-universiti PPPU UNIMAS ditawarkan pada sesi 2010/2011 dengan penawaran dua program asasi iaitu asasi sains hayat dan asasi sains fizikal. Pada tahun 2018, PPPU telah menawarkan satu program baharu iaitu ‘International Foundation in Science’. Program ini direka bentuk sebagai landasan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini dijalankan selama satu tahun akademik iaitu melibatkan dua semester dengan tempoh perkuliahan bagi setiap semester selama 18 minggu.

Fakulti Seni gunaan dan kreatifFSGK yang ditubuhkan pada tahun 1994 mengiktiraf kepentingan teknologi dan kemahiran pengurusan seni bagi memanfaatkan program-program pengajian yang ditawarkan. Graduan fakulti ini diberi peluang untuk belajar dan berlatih dengan kualiti tinggi, sejajar dengan misi fakulti untuk menjadi pusat pembelajaran seni yang dinamik, inovatif dan bertaraf antarabangsa. Antara program yang ditawarkan seperti program teknologi seni reka, drama dan teater, muzik, seni halus, pengurusan seni, sinematografi dan animasi.

Fakulti kejuruteraanVisi FK adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian yang dapat melahirkan jurutera mahir menerusi mod pembelajaran yang dinamik, berinovasi dan sistematik.Program yang tawarkan diiktiraf dan diakreditasi oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang bernaung di bawah Washington Accord. Graduan-graduan FK mendapat tempat pasaran kerja di negara luar yang bernaung di bawah Washington Accord seperti Australia, Kanada, Ireland, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Malaysia. Antara program yang ditawarkan seperti program kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan elektrikal dan elektronik dan kejuruteraan sivil.

Fakulti perubatan dan Sains kesihatanFPSK UNIMAS beriltizam untuk menjadi pusat pengajian ilmu perubatan dan kesihatan terkemuka yang mempunyai daya saing sezaman dengan cabaran perubahan. Fakulti ini menyumbang secara aktif terhadap perkembangan ilmu kesihatan melalui pendekatan pendidikan perubatan yang relevan dan efektif yang berteraskan penyelidikan yang bersesuaian. Antara program FPSK ialah program perubatan dan program kejururawatan.

Fakulti Sains komputer dan teknologi MaklumatFSKTM mulanya dikenali sebagai Fakulti Teknologi Maklumat (FTM) dan ditubuhkan pada bulan November 1993 serta merupakan fakulti terawal di UNIMAS. FTM kemudiannya ditukar nama ke FSKTM pada sesi 2002/2004.Slogan korporat fakulti ‘Focus On Individual Transformation’ (FoCuSIT) sinonim dengan fokus utama fakulti iaitu dalam bidang ICT sebagai satu kerjaya pilihan pelajar dan calon pelajar. Antara program FSKTM seperti program pengkomputeraan rangkaian, program sistem maklumat program kejuruteraan perisian, program pengkomputeraan multimedia dan program sains komputan.

Fakulti Bahasa dan komunikasiFBK yang mulanya dikenali sebagai Pusat Pengajian Bahasa sejak penubuhannya 1 Disember 1993 telah di naik taraf menjadi fakulti ke-9 di UNIMAS pada bulan Januari 2016. Menawarkan kursus-kursus generik dan efektif universiti yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Ketiga seperti bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Mandarin, bahasa Perancis dan bahasa Korea. Antara program yang ditawarkan di FBK seperti program linguistik, program komunikasi strategik dan program bahasa Inggeris untuk komunikasi global.

PenasihatYBhg Prof Datuk Mohamad Kadim bin SuaidiNaib Canselor

Prof Datu Mohd Fadzil Abdul RahmanTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

YBhg Prof Dr Wan Hashim Wan IbrahimTimbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

YBhg Prof Dr Fasihuddin Badruddin AhmadTimbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

EditorTuan Haji Azlan Ramli

PengarangCik Sarena Haidir

PerekaPuan Hajah Dayanie HashimEncik Mohamad Nazri bin MarioEncik Haidher AhmadPuan Suraya Bakeri

JurugambarEncik Azlandy Mohammid Ali Tuah

Sidang Editorial

PenerbitPejabat Canselori dan Hubungan AntarabangsaTingkat 3, Bangunan Canselori,Universiti Malaysia Sarawak94300 Kota SamarahanSarawak

penghargaan1. Kementerian Pendidikan Malaysia2. Pejabat Ketua Menteri Sarawak3. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, 4. Jabatan Pendidikan Tinggi5. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak6. Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM)7. Dewan Bandaraya Kuching Utara8. Majlis Bandaraya Kuching Selatan9. Majlis Daerah Kota Samarahan 10. Polis Diraja Malaysia Kontijen Sarawak11. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)12. Majlis Dekan UNIMAS 13. Media Massa dan Media Cetak

Ahli Jawatankuasa JMIPT 2019 Zon Sarawak, Pelajar UNIMAS dan Semua pihak yang terlibat menjayakan JMIPT Zon Sarawak 2019