pr bks rasuah rm500,000 - bekas pengurus besar kewangan mimos didenda rm5 juta

1
ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN, PERANGI RASUAH Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PkPj Azmi Alias Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (019-7145854) atau Dr G Manimaran (012-3081355) KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA Alamat : Bahagian Komunikasi Strategik, Aras 7, Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62007 Putrajaya Tel. : 03-8886 7131 Faks : 03-8888 9528 E-mel : [email protected] Web : www.sprm.gov.my Twitter : twitter.com/SPRMMalaysia Facebook: facebook.com/sprm.benci.rasuah Blog : www.ourdifferentview.com Youtube : www.youtube.com/odvmacc Rasuah RM500,000 - Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Didenda RM5 juta KUALA LUMPUR, 13 Februari - Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Berhad, Khairuddin Khalid hari ini dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta kerana didapati bersalah berhubung lapan tuduhan menerima rasuah 12 tahun lalu. Khairuddin, kini yang kini menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat IT swasta, juga berdepan dengan hukuman penjara 64 bulan jika membayar denda hari ini. Hakim membenarkan rayuan ke atas hukuman penjara tujuh tahun yang berjalan serentak hari ini, tetapi mengenepikan hujah peguam untuk menangguhkan hukuman membayar denda. Hakim Mahkamah Sesyen 14, Ahmad Zamzani Mohd Zain menyabitkan Khairuddin dengan lapan tuduhan di Seksyen 10 (a) (bb) dan 11(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 setelah mahkamah mengambil kira pembelaan tertuduh berasaskan penafian semata-mata, tidak berasas dan munasabah, pembelaan tertuduh juga disifatkan pembelaan 'after thought' dan saksi-saksi pembelaan tidak menyokong pembelaan. Hakim dalam pada itu juga menyifatkan alasan dendam terhadap tertuduh tidak dapat dibuktikan dan hanya berdasarkan andaian dan spekulasi semata-mata serta keterangan saksi melampaui keraguan munasabah. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Nur Lokman Samingan dan Wan Ahmad Nizam Wan Omar manakala tertuduh diwakili Azi Azlin binti Zulkifli dari Tetuan Hanif & Co. Dua tahun lalu, Khairuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat tuduhan menerima rasuah melebihi RM500,000, 11 tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi keempat-empat tuduhan itu. Berdasarkan semua pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya sendiri suapan melalui empat cek semuanya bernilai RM985,248 daripada Pengerusi Eksekutif Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Muhammad Khalid Ismail, 64. Daripada jumlah itu, tertuduh didakwa menerima RM502,002.37 sebagai upah kerana melaburkan dana pelaburan Mimos Berhad bernilai RM5.5 juta dengan syarikat pelaburan berkenaan. Tertuduh didakwa melakukan empat perbuatan itu di pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Suite 17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan di sini, antara 23 Mei 2001 dan 8 Februari 2002. http://youtu.be/FbMg5ppF1pI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah agensi penguatkuasaan yang ditubuhkan melalui penggubalan Akta SPRM 2009 (Akta 694) bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi SPRM. SPRM turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan SPRM bertindak selaras dengan kehendak perundangan negara dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya ini dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Upload: aaron

Post on 10-Apr-2016

238 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Testimony of the cruel out there

TRANSCRIPT

Page 1: PR BKS Rasuah RM500,000 - Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Didenda RM5 Juta

ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN, PERANGI RASUAH

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PkPj Azmi Alias Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (019-7145854) atau Dr G Manimaran (012-3081355)

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA

PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Alamat : Bahagian Komunikasi Strategik,

Aras 7, Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62007 Putrajaya

Tel. : 03-8886 7131 Faks : 03-8888 9528 E-mel : [email protected] Web : www.sprm.gov.my Twitter : twitter.com/SPRMMalaysia Facebook: facebook.com/sprm.benci.rasuah Blog : www.ourdifferentview.com Youtube : www.youtube.com/odvmacc

Rasuah RM500,000 - Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Didenda RM5 juta

KUALA LUMPUR, 13 Februari - Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Berhad, Khairuddin Khalid hari ini dihukum

penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta kerana didapati bersalah berhubung lapan tuduhan menerima rasuah 12

tahun lalu.

Khairuddin, kini yang kini menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat IT swasta, juga

berdepan dengan hukuman penjara 64 bulan jika membayar denda hari ini.

Hakim membenarkan rayuan ke atas hukuman penjara tujuh tahun yang berjalan serentak hari ini, tetapi

mengenepikan hujah peguam untuk menangguhkan hukuman membayar denda.

Hakim Mahkamah Sesyen 14, Ahmad Zamzani Mohd Zain menyabitkan Khairuddin dengan lapan tuduhan di

Seksyen 10 (a) (bb) dan 11(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 setelah mahkamah mengambil kira

pembelaan tertuduh berasaskan penafian semata-mata, tidak berasas dan munasabah, pembelaan tertuduh juga

disifatkan pembelaan 'after thought' dan saksi-saksi pembelaan tidak menyokong pembelaan.

Hakim dalam pada itu juga menyifatkan alasan dendam terhadap tertuduh tidak dapat dibuktikan dan hanya

berdasarkan andaian dan spekulasi semata-mata serta keterangan saksi melampaui keraguan munasabah.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Nur Lokman Samingan dan Wan Ahmad Nizam Wan

Omar manakala tertuduh diwakili Azi Azlin binti Zulkifli dari Tetuan Hanif & Co.

Dua tahun lalu, Khairuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat tuduhan menerima rasuah melebihi

RM500,000, 11 tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi keempat-empat tuduhan itu.

Berdasarkan semua pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya sendiri suapan

melalui empat cek semuanya bernilai RM985,248 daripada Pengerusi Eksekutif Corporate Eight Asset Management

Sdn Bhd, Muhammad Khalid Ismail, 64.

Daripada jumlah itu, tertuduh didakwa menerima RM502,002.37 sebagai upah kerana melaburkan dana pelaburan

Mimos Berhad bernilai RM5.5 juta dengan syarikat pelaburan berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan empat perbuatan itu di pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Suite

17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan di sini, antara 23 Mei 2001 dan 8 Februari 2002.

http://youtu.be/FbMg5ppF1pI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah agensi penguatkuasaan yang ditubuhkan melalui penggubalan Akta SPRM 2009 (Akta 694) bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi SPRM. SPRM turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan SPRM bertindak selaras

dengan kehendak perundangan negara dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya ini dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).