ppw fire drill

Upload: lily-amore

Post on 02-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    1/11

    SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PUTERA

    JALAN PADANG KATONG,

    01000 KANGAR, PERLIS

    KERTAS CADANGAN

    PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN

    BERSAMA JABATAN PERTAHANAN AWAM

    SRK PUTERA

    Anjuran : Guru-guru Pelatih Internship

    IPG Kampus Darulaman dan IPG Kampus Perlis

    Tempat : Sekolah Rendah Kebangsaan Putera

    Tarikh : 17 Julai 2013

    Hari : Rabu

    Masa : 9.30 pagi11.30 pagi

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    2/11

    1. Pendahuluan

    Program demonstrasi latihan kebakaran ini dirancang oleh guru-guru pelatih dari IPG

    Kampus Darulaman dan IPG Kampus Perlis sebagai salah satu projek internship.

    Program ini bertujuan mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi

    bahaya kebakaran serta melatih murid mengenai kaedah terbaik untuk menyelamatkan

    diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah disamping memberi pengetahuan

    dan pengalaman baru kepada murid terhadap cara memadam kebakaran kecil.

    Program ini juga diharapkan dapat menjalinkan hubungan yang erat bersama agensi

    kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan

    kebakaran.

    2. Objektif

    a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah

    menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan

    b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam

    menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran

    c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan

    agensi keselamatan yang lain.

    d) Memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada murid cara

    menggunakan alat pemadam api dan cara memadamkan kebakaran kecil.

    e) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

    3. Tarikh

    17 Julai 2013 (Rabu)

    4. Masa

    9.30 pagi hingga 11.30 pagi

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    3/11

    5. Tempat

    Padang Sekolah Rendah Kebangsaan Putera

    6. Pengelolaan

    Guru Praktikum Sekolah Rendah Kebangsaan Putera, Kangar, Perlis.

    7. Penglibatan :

    BIL SUMBER MANUSIA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

    1. GURU 15 38 53

    2. MURID 258 215 4733. STAF SOKONGAN 3 9 12

    4. PEMBERSIH SWASTA 2 3 5

    5.PEGAWAI KESELAMATANSWASTA

    2 - 2

    JUMLAH 17 50 536

    8. Pelan Kecemasan SRK PUTERA.8.1 Seperti Lampiran 1

    9. Peraturan Latihan Kecemasan Dan kebakaran9.1 Seperti Lampiran 2

    10. Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran10.1 Seperti Lampiran 3

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    4/11

    11. Kewangan

    Bil. Perkara Kos (RM)

    1. Peralatan / Bahan

    i. Minyak petrol

    5 liter = RM10.00

    ii. Minyak diesel

    5 liter = RM 10.00

    Peruntukan oleh Jabatan

    Pertahanan Awam Perlis.

    2. Cenderahati kepada anggota

    bomba

    30.00

    JUMLAH 30.00

    12. Jawatankuasa Induk Keselamatan (HEM)

    Pengerusi : Pn. Hjh Ibtisam Binti Othman

    Naib Pengerusi I : En. Zulbakri Bin Khalid

    Naib Pengerusi II : Pn. Norehan Binti Ishal

    : En. Abdul Kader Bin Ali

    : En. Zakaria Binti Abdullah

    Setiausaha : En. Azman Bin Mat (Manual Keselamatan Sekolah)

    Ahli jawatankuasa:

    1. Pn. Asna Binti Mahayuddin (Keselamatan Fizikal sekolah)

    2. En. Ammar Bin Ahmad (Keselamatan Sosial)

    3. Pn. Che Timah@Salmah Binti Bakar (Krisis/Bencana)

    4. En. Mohd. Hadi Bin Khamidun (Aktiviti pergi dan Balik)

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    5/11

    13. Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran

    Pengerusi : Pn. Hjh. Ibtisam Binti Othman (GB SRKP)

    N/Pengerusi : En. Zulbakri Bin Khalid (GPK HEM)

    Penyelaras : En. Azman Bin Mat

    Ahli Jawatankuasa

    Loceng : En. Faizal Bin Saadon

    Kawalan murid : Guru Kelas Tahun 1- Tahun 6

    Guru Pendidikan Khas, Guru PraSekolah Dan Pembantu PengurusanMurid

    Jururakam peristiwa : Cik Lili Farhana Binti Md. Yasin

    Guru peronda : En. Mohd. Hadi Bin KhamidunPn. Telasiah Binti Nanyan

    Cenderamati : Cik Norshafiqah Binti Ahmad

    Penyediaan Alatan : Pihak Jabatan Pertahanan Awam

    Penjaga Masa : En. Hamzah Bin Azizan

    Penilai : En. Azman Bin Mat

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    6/11

    14. Penutup

    Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi

    pendedahan kepada guru pelatih dalam merancang dan melaksanakan program

    Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Pertahanan Awam di sekolah.

    Seterusnya diharapkan warga sekolah mendapat pengetahuan mengenai

    keselamatan di sekolah dan bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan

    yang sebenar.

    Disediakan oleh: Disemak oleh:

    . .............

    (LILI FARHANA BINTI MD YASIN) ( AZMAN BIN MAT )

    Guru Pelatih Internship Penyelaras Program Latihan Kebakaran

    IPG Kampus Darulaman SRK Putera,

    Kangar, Perlis.

    Disokong oleh : Disahkan oleh :

    ..

    ( ZULBAKRI BIN KHALID ) ( HJH. IBTISAM BIN OTHMAN )

    Guru Penolong Kanan HEM Guru Besar

    SRK Putera,01000 Kangar, Perlis. SRK Putera, 01000 Kangar, Perlis.

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    7/11

    Lampiran 2

    SRK PUTERA, KANGAR, PERLIS

    LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

    1. PERATURAN AM

    1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan

    kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-

    talu.

    1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti

    latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut:

    1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan

    ditutup rapat sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu

    berbuat demikian.

    1.2.2. Padamkan lampu dan kipas

    1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting

    seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa.

    1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan

    laluan yang dilampirkan.

    1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi

    pantas.

    1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang

    dipertanggungjawab membuat demikian.

    1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

    2. TUGAS MURID-MURID

    2.1. Masukkan kerusi di bawah meja

    2.2. Tidak dibenarkan membawa beg

    2.3. Matikan suis lampu dan kipas

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    8/11

    2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke

    padang dengan senyap dan pantas

    2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan

    3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH

    3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke

    padang. Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan

    bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu.

    3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang

    seperti dalam pelan laluan keluar.

    3.3. Memastikan semua suis ditutup

    4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP

    4.1. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-

    murid

    4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug

    dari soket-soket berkenaan.

    4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib

    dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.

    4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

    5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA

    PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES.

    5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke

    tempat asal.

    5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket yang

    berkenaan

    5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan

    berjalan keluar secara senyap dan pantas.

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    9/11

    5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa

    kritikal tidak perlu berbuat demikian.

    6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN :6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.

    6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.

    7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT

    7.1. Tutup semua tingkap

    7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.

    7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan computer serta cabut plug dari soket.7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di

    pejabat, bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan.

    7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat

    demikian.

    7.6. Bawa jadual kedatangan murid.

    8. BILIK PEKERJA

    8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua

    pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu

    bilik dengan rapat.

    8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan

    beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang

    diperlukan oleh bomba.

    9. KANTIN

    9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan

    serta-merta.

    9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang

    mengikut laluan yang ditetapkan.

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    10/11

    9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk

    dipadamkan. Cabut plug daripada soket.

    9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua

    tigkap dan kunci dengan segera.

    10. PERONDA

    10.1. Meronda ke setiap bangunan / kawasan seolah dan membuat laporan kepada

    bomba jika dikehendaki.

    11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA

    11.1. Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kakitangan pejabat atauGuru Besar)

  • 7/27/2019 PPW Fire Drill

    11/11

    Lampiran 3

    Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran

    TARIKH : 17 JULAI 2013 (RABU)

    MASA : 9.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI

    MASA Butir-Butir Aktiviti

    9.3010.00 pagi Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.

    Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan

    dan menuju ke tempat berkumpul seperti yang terdapat

    dalam plan kecemasan

    Guru kelas memeriksa kehadiran murid.

    10.0011.00 pagi

    Post mortem oleh pegawai pertahanan awam.Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak

    Jabatan Pertahanan Awam.

    11.0011.30 pagi Refleksi dan sesi soal jawab bersama pihak pertahanan

    awam

    Penyampaian cenderahati kepada pihak tetamu.

    Para murid bersurai ke kelas masing-masing.