ppsmi

6
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) Pengenalan PPSMI di Malaysia Pada 20 Julai 2002, YB Datuk Musa Muhamad yang merupakan Menteri Pelajaran pada ketika itu membuat kenyataan akhbar mengejutkan apabila mengumumkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berkuatkuasa mulai tahun 2003. Ini bermaksud penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains telah ditukar kepada Bahasa Inggeris. Rational Pelaksanaan PPSMI di Malaysia Berdasarkan kepada kenyataan akhbar yang dibuat, rasional perubahan kurikulum ini untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi sains dan matematik kerana sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi disampaikan dalam Bahasa Inggeris (Jemaah Nazir, 2006). Pelaksanaan PPSMI pada awal tahun 2003 dimulakan kepada pelajar tahun satu, pelajar tingkatan satu dan pelajar tingkatan enam rendah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan PPSMI ini tidak bertahan lama apabila mendapat tentangan hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Berikutan desakan daripada pelbagai pihak, akhirnya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Kerajaan telah menggariskan dua matlamat utama pelaksanaan PPSMI iaitu membolehkan pelajar mendalami dan memahami dua bidang ilmu tersebut secara lebih berkesan demi meningkatkan kemajuan pembangunan Negara. Matlamat kedua adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris di samping mempelajari mata pelajaran itu sendiri. Pelaksanaan PPSMI memberikan peluang kepada guru dan pelajar berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan, jelaslah kepada kita betapa pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris dalam menghadapi era globalisasi dan

Upload: teng-sii-niang

Post on 11-Jul-2016

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PPSMI

TRANSCRIPT

Page 1: PPSMI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM

BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Pengenalan PPSMI di Malaysia

Pada 20 Julai 2002, YB Datuk Musa Muhamad yang merupakan Menteri Pelajaran pada

ketika itu membuat kenyataan akhbar mengejutkan apabila mengumumkan Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berkuatkuasa

mulai tahun 2003. Ini bermaksud penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

bagi mata pelajaran Matematik dan Sains telah ditukar kepada Bahasa Inggeris.

Rational Pelaksanaan PPSMI di Malaysia

Berdasarkan kepada kenyataan akhbar yang dibuat, rasional perubahan kurikulum ini

untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar bagi sains dan matematik kerana sebahagian besar maklumat

terkini mengenai sains dan teknologi disampaikan dalam Bahasa Inggeris (Jemaah Nazir,

2006). Pelaksanaan PPSMI pada awal tahun 2003 dimulakan kepada pelajar tahun satu,

pelajar tingkatan satu dan pelajar tingkatan enam rendah. Walau bagaimanapun,

pelaksanaan PPSMI ini tidak bertahan lama apabila mendapat tentangan hebat daripada

pelbagai lapisan masyarakat. Berikutan desakan daripada pelbagai pihak, akhirnya

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa dasar PPSMI

dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Kerajaan telah menggariskan dua matlamat utama pelaksanaan PPSMI iaitu

membolehkan pelajar mendalami dan memahami dua bidang ilmu tersebut secara lebih

berkesan demi meningkatkan kemajuan pembangunan Negara. Matlamat kedua adalah

untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris di samping

mempelajari mata pelajaran itu sendiri. Pelaksanaan PPSMI memberikan peluang kepada

guru dan pelajar berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris semasa proses pengajaran

dan pembelajaran. Berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan, jelaslah kepada kita

betapa pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris dalam menghadapi era globalisasi dan

Page 2: PPSMI

pengetahuan. Pelaksanaan PPSMI ini sudah tentu mampu mendatang pelbagai kesan

positif kepada dunia pendidikan di Malaysia.

Langkah-langkah pelaksanaan

Untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap subjek Matematik dan Sains, pihak

sekolah boleh mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas tambahan secara percuma

kepada murid. Melalui kelas tambahan ini, Bahasa Inggeris murid- murid boleh

dimantapkan lagi. Bahan pembelajaran seperti perisisan CD interaktif, rancangan TV

Pendidikan dan buku bahan tambahan dibekalkan kepada setiap sekolah untuk digunakan

sebagai bahan rujukan guru, bahan bantu pembelajaran murid, dan dapat memudahkan

ulangkaji murid dari semasa ke semasa. Sehingga tahun 2004 dalam Chew (2008),

sebanyak 83,925 buah komputer Notebook, 68,011 projektor LCD, 66,515 skrin, 62,283

troli, 2,286 televisyen dan 9,553 buah pencetak serta perisisan CD interaktif berjumlah

RM101,724,009 telah disediakan oleh kerajaan kepada semua sekolah untuk membantu

guru yang terlibat dalam program. Latihan guru dan latihan dalaman guru dilaksanakan

dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti guru, dan meningkatkan keyakinan

guru mengajar Sains dan Matematik dalam dwibahasa. Penggunaan kemudahan ICT

(teknologi maklumat dan komunikasi) dan latihan berkenaan ICT dapat dipergiatkan

untuk meningkatkan kemahiran guru dalam Bahasa Inggeris serta dapat menyampaikan

PdP dalam bentuk dwibahasa.

Impak Positif dan Negatif Pelaksanaan PPSMI di Malaysia

Bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam era teknologi maklumat dan

komunikasi di peringkat globalisasi, terutamanya di bidang pendidikan, perubatan,

kejuruteraan, telekomunikasi, pertahanan, perakaunan, komunikasi dan pelancongan.

Pelaksanaan PPSMI dapat membantu murid dalam peningkatan penguasaan bahasa

Inggeris sebagai bahasa antarabangsa (Chew 1998). Penguasaan bahasa Inggeris dengan

baik akan membolehkan warga Malaysia bersaing di arena antarabangsa. Selain daripada

penghasilan modal insan yang dapat berkompeten dengan warga negara asing, penjanaan

Page 3: PPSMI

ilmu pengetahuan sains baharu dapat menyumbang kepada himpunan harta intelektual

negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Sains Malaysia.

PPSMI diperkenalkan supaya pelajar senang memahami istilah sains dan

mengelakkan salah faham dalam kebanyakan istilah sains dan matematik yang telah

dimelayukan. Semasa pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti atau luar negara,

mereka dapat memahami pelajaran berkaitan dengan sains dan matematik dengan lebih

mudah. Pendedahan yang awal kepada sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris akan

membolehkan pelajar mengakses maklumat dan menerokai maklumat dengan mudah.

Kebanyakan buku rujukan dan jurnal sains dan matematik adalah ditulis dalam Bahasa

Inggeris.

Walau bagaimanapun, ada pendapat daripada kajian menyatakan bahawa bahasa

ibunda sebagai bahasa pertuturan setempat adalah lebih sesuai untuk menjadi bahasa

pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Hal ini kerana

Bahasa Melayu lebih mudah difahami. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan

Malaysia. Dapatan kajian Low (2004) menyatakan bahawa pelajar tidak memahami

konsep yang ingin disampaikan oleh guru sains mereka.

Mengikut Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan,

kedudukan pelajar Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20

pada tahun 2003. Bagi mata pelajaran Matematik, kedudukan murid telah daripada

tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007. Dasar PPSMI dikatakan

lebih memihak kepada pelajar di bandar yang mempunyai lebih banyak kemudahan untuk

belajar. Hal ini akan mewujudkan perbezaan prestasi antara pelajar yang sosio-ekonomi

ibu bapa mereka yang berpendapatan rendah sama ada di luar bandar dan di bandar.

Tahap keciciran pelajar akan berlaku dan penurunan minat belajar sains dan matematik

kesinambungan daripada ketidakfahaman pelajar terhadap konsep sains dan matematik.

Kompetensi guru dalam Bahasa Inggeris merupakan faktor menyumbang ke arah

ketidakberjayaan PPSMI di Malaysia (Pillay & Thomas 2004). Setiap guru mempunyai

kebolehan berbahasa Inggeris yang berbeza kesinambungan daripada sistem pendidikan

yang bertukar kepada pengajaran dalam medium bahasa Melayu sejak 1970 sehingga

Page 4: PPSMI

semua universiti mula menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penghantaran mulai

1982 (Mauzy 1985).Untuk mengatasi masalah profiensi guru berbahasa Inggeris dalam

PdP, kerajaan telah membangunkan program berterusan seperti “ Buddy Support

Program” untuk meningkatkan teknik dan keperluan PdP guru-guru yang mengajar Sains

dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Guru yang kompeten dalam Inggeris akan digelar

sebagai “kawan kritikal” kepada guru-guru sains dan matematik di sekolah masing-

masing. Guru-guru akan dibekalkan bahan untuk membantu pembelajaran kendiri untuk

meningkatkan profiensi dalam Bahasa Inggeris. Latihan dalam perkhidmatan (LADAP)

akan diberikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemahiran guru mengajar

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (Noraini, et. al 2007).

Menurut kajian Rhodes dan Cox (1990) dalam Aziz dan Yang (2007), kekurangan

perisian yang berkualiti menyebabkan guru gagal memberikan pengajaran yang berkesan.

Kelewatan bahan courseware dihantar ke sekolah telah menggangu proses pengajaran

guru. Terdapat guru tidak menggunakan courseware yang dibekalkan oleh kerajaan atas

alasan sukatan pelajaran yang telah padat. dalam pengajaran kerana perlu mengikut

sukatan pelajaran yang terlalu padat (Low 2004). Tahap pengetahuan dan kemahiran guru

yang kurang terhadap teknologi juga mempengaruhi persepsi mereka untuk

menggunakan komputer dan bahan courseware dalam pengajaran (Yu 2004).

Menurut Nik Safiah Karim (2002), sistem pendidikan dan pengajaran di sekolah

perlu diperbaiki. Kementerian Pelajaran khususnya perlu memastikan guru-guru yang

mengajar bahasa Inggeris benar-benar terlatih dan pakar. Mereka perlu diberi latihan agar

mampu menimbulkan suasana yang menyeronokkan sepanjang sesi pembelajaran.

Seterusnya, guru dinasihatkan agar menggiatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam

kegiatan kokurikulum seperti membanyakkan aktiviti bahasa Inggeris, debat dan

sebagainya. Pelajar perlu memotivasikan diri untuk mempelajari bahasa Inggeris. Sikap

memandang ringan bahasa Inggeris perlu dikikis segera. Pada masa yang sama, mereka

juga perlu mempertingkatkan mutu bahasa Melayu. Dalam ilmu linguistik, kanak-kanak

dari peringkat kecil sehingga mencapai tahap akil baligh mempunyai pemikiran yang

segar dan terang. Pendedahan bahasa pada umur ini perlu dipastikan mencukupi sebelum

beralih untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran lain dalam bahasa kedua. Ini disokong

Page 5: PPSMI

oleh Zainal Abidin Wahid (2002) bahawa sistem pendidikan yang diamalkan dalam

usaha penguasaan bahasa Inggeris adalah kurang berkesan. Beliau mencadangkan

penguasaan bahasa Inggeris dibaiki dengan cara yang betul, seperti membetulkan sistem

di samping mengaplikasikan strategi yang digunakan oleh badan peace core dalam

mempelajari bahasa asing. Justeru itu, penguasaan bahasa Inggeris perlu diatasi dengan

pelbagai kaedah seperti mengubah kaedah pengajaran, metodologi, motivasi, sikap

pelajar dan sebagainya.

Implikasi Pemansuhan PPSMI di Malaysia

Selepas pemansuhan ini, kerajaan telah merangka satu rancangan iaitu dengan menambah

waktu pembelajaran Bahasa Inggeris seratus peratus di semua peringkat sekolah.

Manakala pembelajaran Bahasa Melayu akan dimartabatkan. Dasar Memartabatkan

Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai ganti PPSMI yang

memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran mata pelajaran bahasa (Junaidi et al

2010). Mulai tahun 2016, Program Dual Bahasa akan dijalankan sebagai perintis di

sekolah-sekolah rendah dan menengah untuk mengkaji keberkesanan mengajar sains dan

matematik dalam dua bahasa (Kementerian Pendidikan Malaysia 2015).

Rujukan:

1. Jemaah Nazir Sekolah (2006). Info PPSMI-Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris. Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Laman web berkaitan dengan dasar PPSMI. Diakses pada 27 November 2015, di

http://ppsmi-k39.blogspot.my/2010/08/kelebihan-ppsmi.html

3. Low, Vivian YenYung (2004). Tinjauan terhadap Perlaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains Tingkatan Satu Di sebuah sekolah Jenis Kebangsaan

Terpilih di Ipoh. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda.

4. Yu, Lu Hsing (2002). Preservice Teacher Preparation to Integrate Technology and

Mathematic: Review of Literature. Di muat turun dari http://

www.mste.uiuc.edu/courses/ci413spo2/students/yhsiung/Hsiung_wp2.doc.

Page 6: PPSMI

5. Nik Safiah Karim 2002, 'Punca Kemerosotan Mutu Bahasa Inggeris', Dewan

Masyarakat. Julai, hlm. 8-11.

6. Zainal Abidin Wahid 2002, Satu Pengkhianatan Terhadap Penyata Razak 1956 dan

Laporan Rahman Talib 1960, Dewan Masyarakat. Julai, hlm. 34-36.

7. Chew Fong Peng. (2008). Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

(Ppsmi): Penerimaan Dan Kesannya Terhadap Status Bahasa Melayu. Jurnal

Sarjana Jilid 23.

8. Noraini Idris, Loh Sau Cheong, Norjoharuddeen Mohd. Nor,

Ahmad Zabidi Abdul Razak and Rahimi Md. Saad (2007). The Professional

Preparation of Malaysian Teachers in the Implementation of Teaching and

Learning of Mathematics and Science in English. University of Malaya, Kuala

Lumpur, MALAYSIA © 2007 Moment, Eurasia J. Math. Sci. & Tech. Ed., 3(2),

101-110 Jurnal Melayu (5)2010: 177-197 177

9. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali. (2007). Pemansuhan Dasar PPSMI:

Tinjauan daripada Persepsi Parti Politik, Ahli Akademik dan NGO serta

Pengalaman di Sekolah.

10. Noraini Idris , et. al (2005). 'Peranan Ibu Bapa dalam Pelaksanaan Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris', Jurnal

Pendidikan, Jilid. 24, hlm. 117-132.

11. Pillay & Thomas (2004). A nation on the move: From chalkface to laptops. Paper

presented at MICELT.

12. Mauzy, D. K. (1985). Language and language policy in Malaysia. In Beer, W.R &

Jacob, J.E. (Eds.), Language policy and national unity. New Jersey: Rowan.

13. Aziz Bin Nordin & Yang See Boon (2007). Persepsi Guru Sains PPSMI Terhadap

Masalah Perlaksanaan Pengajaran Subjek Sains (PPSMI) Di Sekolah Rendah

Kawasan Skudai, Johor Bahru. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.