pppmpendidikanislam tahun2

8
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Upload: jafar-ahman

Post on 05-Dec-2014

490 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN 2

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan

beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang

bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di

akhirat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Murid yang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran melalui kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pendidikan Islam berkebolehan: i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul, dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya

dalam kehidupan seharian;

ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;

iii. Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;

iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;

v. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama;

vi. Memahami dan mengamalkan asas-asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah;

vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda.

viii. Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan

ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 3

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan asas jawi.

2 Memahami asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW, dan asas jawi.

3 Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, melakukan asas ibadah dan adab, memahami sirah Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi.

4 Mempamerkan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, menghayati asas akidah, melaksanakan ibadah, adab tertentu, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi.

5

Mengaplikasikan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan betul, menghayati hadis pilihan dan asas akidah, mengaplikasikan ibadah dan adab tertentu dalam kehidupan, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik.

6 Mahir membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan sempurna, menghayati hadis pilihan dan akidah, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan harian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mahir membaca dan menulis jawi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 4

BIDANG / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

MODUL AL- QURAN Membaca dan menghafaz surah al-Kafirun, surah al-Kauthar, surah al-Ma’un an dan surah Quraisy.

1 Menyebut kalimah dan membaca potongan ayat satu daripada surah-surah tertentu dengan bimbingan.

2 Membaca ayat-ayat satu daripada surah-surah tertentu dengan bantuan.

3 Menghafaz dengan betul satu daripada surah-surah tertentu.

4 Menghafaz dengan bertajwid satu daripada surah-surah tertentu.

AKIDAH

Menghayati Konsep Beriman: Kepada :

Malaikat Rasul dan Nabi

Memahami : Sifat-sifat Allah Wujud Qidam

Nama-nama Allah Al-Rahman Al-Rahim Al-‘Afu Al-Ghafur Al-Karim

1

Mengetahui pengertian dan hukum beriman kepada Malaikat dengan bimbingan.

Mengetahui pengertian dan hukum beriman kepada Rasul dan Nabi dengan bimbingan.

Mengetahui pengertian sifat-sifat Allah SWT dan hukum beriman kepada-Nya dengan bimbingan.

Mengetahui nama-nama Allah SWT serta pengertiannya dengan bimbingan.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 5

BIDANG / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

2

Menyenaraikan 10 nama malaikat dengan betul.

Menyenaraikan tugas-tugas Rasul dengan betul.

Menyatakan bukti-bukti kewujudan Allah SWT dengan betul.

Menyatakan kesan beriman kepada sifat Qidam Allah SWT dengan betul.

Menyatakan tanda-tanda sifat al-Rahman dan al-Rahim Allah SWT terhadap hamba-Nya dengan betul.

3

Menyatakan perbezaan antara sifat Malaikat dan sifat Manusia dengan betul. Menyatakan sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Rasul dengan betul. Menyatakan dengan betul bagaimana :

al-Rahman -boleh membentuk diri menjadi seorang yang pemurah al-Rahim- boleh membentuk diri menjadi seorang yang penyayang

Menyatakan cara-cara memuliakan Allah SWT menerusi nama Allah SWT al-Karim dengan betul.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 6

BIDANG / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

IBADAH

Menghayati Konsep : Fardu ‘Ain Fardu Kifayah

Mengamalkan Solat Fardu Perlakuan Dalam

Solat

1 Mengetahui pengertian fardu ‘Ain dan fardu Kifayah dengan bimbingan.

Mengetahui pengertian, perlakuan dan bacaan dalam solat fardu dengan bimbingan.

2

Mengetahui perbezaan antara fardu ‘Ain dan fardu Kifayah dan menyatakan contoh-contohnya dengan betul.

Mengetahui pengertian, perlakuan, hukum, nama, waktu dan bilangan rakaat solat-solat fardu dengan betul.

3

Menyatakan faedah melakukan perkara fardu ‘Ain dan fardu Kifayah dengan betul.

Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul.

Menghafaz bacaan-bacaan dalam solat dengan betul.

4 Melakukan perlakuan dalam solat dengan tertib.

Menghafaz bacaan tahiyyat awal dengan betul.

5 Melakukan perlakuan dalam solat dengan tertib dan istiqamah.

Menghafaz bacaan-bacaan dalam solat dengan betul dan beradab.

6 Melakukan perlakuan solat serta bacaannya dengan betul, sempurna dan boleh dicontohi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 7

BIDANG / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

SIRAH

Memahami dan mengambil iktibar daripada :

Pekerjaan Nabi Muhammad SAW

Peristiwa Berkaitan Hajar Al-Aswad

Perkahwinan Rasulullah SAW

1

Mengetahui dengan bimbingan : pekerjaan nabi Muhammad SAW semasa kecil mengikut peringkat umur. akhlak nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan pekerjaan. pengenalan Hajar al-Aswad.

2

Menyenaraikan dengan betul : faktor-faktor yang mendorong Nabi Muhammad SAW menjalankan pekerjaan. nama anak-anak Nabi Muhammad SAW. peristiwa perletakan Hajar al-Aswad.

3

Menjelaskan dengan betul : akhlak Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan pekerjaan perkahwinan Nabi Muhammad SAW. sifat-sifat Rasulullah SAW dalam menangani peristiwa perletakan Hajar al-Aswad

ADAB

Mengamalkan :

Adab Tidur Adab Masuk dan

Keluar Rumah Adab di Sekolah

1 Mengetahui satu daripada adab-adab tertentu dengan bimbingan.

2 Menyatakan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul.

3 Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul.

4 Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul dan beradab.

5 Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan istiqamah.

6 Melakukan adab-adab di sekolah dan boleh dicontohi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 8

BIDANG / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

JAWI

Membaca dan menulis :

Suku Kata Terbuka dan Tertutup

Serapan Bahasa Arab

Serapan Bahasa Inggeris

1

Membaca perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan.

2 Menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan.

3

Menulis ayat-ayat daripada perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

4 Membaca perkataan serapan bahasa Arab dan bahasa Inggeris dengan betul.

5

Menulis ayat yang terdiri daripada perkataan serapan bahasa Arab dan serapan bahasa Inggeris dengan tepat.

6

Mampu membaca dan menulis ayat yang mengandungi :

suku kata terbuka dan tertutup serapan bahasa Arab serapan bahasa Inggeris